• Tidak ada hasil yang ditemukan

CIMB Kempen Live your Dream Terma-terma dan Syarat-syarat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CIMB Kempen Live your Dream Terma-terma dan Syarat-syarat"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

CIMB – Kempen “Live your Dream” Terma-terma dan Syarat-syarat

1. Kempen CIMB – “Live your Dream” (“Kempen”) dianjurkan bersama oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) (“CIMB Islamic”). Sebarang rujukan kepada CIMB di sini merujuk kepada CIMB Bank dan/atau CIMB Islamic, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Tempoh Kempen

2. Kempen ini akan berlangsung dari 1 Disember 2015 sehingga 29 Februari 2016, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

3. CIMB menyimpan haknya apabila memberikan notis terdahulu yang mencukupi empat belas (14) hari kalendar untuk menukar tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen.

Kelayakan dan Kriteria Kelayakan

4. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit utama (kecuali Kad CIMB Platinum Business) yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia dan mempunyai nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile dan dikekalkan di dalam rekod CIMB (“Peserta Yang Layak”). Peserta Yang Layak yang menghantar SMS dari nombor telefon bimbit yang tidak dikekalkan di dalam rekod CIMB tidak layak menyertai Kempen ini. Akaun-akaun kad kredit Peserta Yang Layak dirujuk secara kolektif sebagai “Akaun Kad Kredit Peserta”.

5. Kategori orang yang berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:-

i) Kakitangan atau pekerja-pekerja tetap, kontrak dan/atau sambilan CIMB (termasuk subsidiarinya dan syarikat-syarikat berkenaan) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibubapa, abang dan kakak); dan/atau

ii) Wakil dan/atau agen-agen (termasuk agen-agen pengiklanan dan promosi) CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura, dan beralamat di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 (“VISA”) (termasuk subsidiari mereka dan syarikat-syarikat berkenaan) dan MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utama di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“MasterCard”) (termasuk subsidiari mereka dan syarikat-syarikat berkenaan).

6. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak harus pertama sekali mendaftar penyertaan mereka di dalam Kempen ini sama ada:-

(a) dengan menjawab khidmat pesanan ringkas CIMB (“SMS”) yang di hantar kepada nombor telefon bimbit beliau yang dikekalkan di dalam rekod CIMB dan taipkan Y atau

(2)

Y1 atau Y2 atau Y3 atau Y6 atau Y7 dan hantar kepada 62666 semasa tempoh Kempen; atau

(b) dengan menghantar satu SMS dengan menaip Y4 atau Y5 atau Y8 atau Y9 atau B atau B1 atau B2 atau B3 atau B4 atau B5 atau B6 atau B7 atau B8 atau B9 <selang> nombor 6 digit terakhir Kad Pengenalan Peserta Yang Layak dan hantar kepada 62666 semasa Tempoh Kempen menggunakan nombor telefon bimbit yang di kekalkan di dalam rekod CIMB.

7. Peserta Yang Layak dikehendaki menanggung semua caj telekomunikasi yang dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar.

8. Setelah penyertaan Peserta Yang Layak berjaya didaftarkan mengikut Klausa 6, Peserta Yang Layak akan menerima SMS pengesahan daripada CIMB.

9. Sekiranya pendaftaran SMS tidak lengkap, satu SMS akan dihantar kepada nombor telefon bimbit Peserta Yang Layak tanpa sebarang kos untuk memberi notifikasi untuk mendaftar semula melalui SMS. Peserta Yang Layak harus memastikan bahawa mereka telah memasukkan 6 digit terakhir Kad Pengenalan mereka dengan betul di dalam SMS.

10. Setelah Peserta Yang Layak berjaya didaftarkan, semua Akaun Kad Kredit Peserta akan dikesan secara automatik untuk menjadualkan bilangan penyertaan untuk Kempen ini.

Kriteria Penyertaan & Hadiah-hadiah

11. Setelah pendaftaran berjaya dilakukan seperti Klausa 8 di atas, Peserta Yang Layak harus membuat transaksi perbelanjaan runcit (seperti yang ditakrif di dalam Klausa 15 di sini) menggunakan Akaun Kad Kredit Peserta dalam cara yang diterangkan di bawah untuk mendapat penyertaan-penyertaan semasa tempoh Kempen untuk mendapat peluang memenangi Hadiah Harian dan/atau Hadiah Utama (seperti yang diterangkan di dalam Klausa 12 & 14 di sini):-

Hari Transaksi Perbelanjaan Runcit diluluskan

Transaksi-transaksi Perbelanjaan Runcit diluluskan oleh CIMB semasa

Tempoh Kempen

Bilangan Penyertaan Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat Setiap RM50 perbelanjaan runcit di

dalam satu resit 1 penyertaan

Sabtu, Ahad Setiap RM50 perbelanjaan runcit di

dalam satu resit 2 penyertaan

Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit mata wang asing akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia (RM) untuk tujuan pengiraan perbelanjaan runcit dan adalah berdasarkan kepada kadar pertukaran semasa CIMB.

Hadiah-hadiah Utama

12. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak akan mendapat dan mengumpul penyertaan-penyertaan bermula dari hari pertama Kempen untuk berada dalam pencalonan untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama semasa Tempoh Kempen secara berikut:-

(3)

Kategori Hadiah Bilangan Hadiah

Hadiah Utama 1

Satu (1) unit hartanah di Suria @ North Kiara di Bukit Segambut bernilai dalam anggaran sebanyak *RM570,800.

*Nilai yang dinyatakan di atas adalah tidak konklusif dan tidak berdasarkan kepada apa-apa penilaian rasmi dilakukan oleh CIMB.

**Ciri-ciri Hadiah Utama 1 di atas adalah seperti berikut:

 Saiz: Lebih kurang 713 kaki persegi  2 bilik tidur + 2 bilik air

 Pemaju: Maxim Development Sdn Bhd  Projek : Suria Service Suite @ North Kiara ** Saiz yang dinyatakan di atas adalah anggaran sahaja dan berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh Pemaju dan tidak dijamin oleh CIMB sebagai tepat.

1 Hadiah Utama

2 Satu (1) unit BMW 318i 1

Hadiah Utama

3 RM100,000 wang tunai / Pulangan Tunai 1

3

13. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak akan mendapat dan mengumpul penyertaan-penyertaan bermula dari hari pertama Kempen untuk berada dalam pencalonan untuk memenangi satu (1) daripada Hadiah-hadiah Utama tanpa mengira tarikh pendaftaran penyertaan Peserta Yang Layak di dalam Kempen tersebut dengan syarat bahawa pendaftaran tersebut dibuat semasa Tempoh Kempen. Sila rujuk kepada contoh di bawah. Contoh:

Peserta Yang Layak A telah membuat pelbagai transaksi runcit menggunakan kad kredit CIMB beliau sejak 1 Disember 15. Akan tetapi, Peserta Yang Layak A hanya berjaya mendaftar penyertaan beliau di dalam Kempen pada 10 Disember 15. Tanpa mengira tarikh pendaftaran, semua transaksi runcit Peserta Yang Layak A yang dibuat dari 1 Disember 15 - 29 Februari 16 yang memenuhi keperluan perbelanjaan runcit masih akan dikumpul untuk berada dalam pencalonan untuk untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama semasa Tempoh Kempen selagi Peserta Yang Layak A telah berjaya mendaftar untuk Kempen semasa Tempoh Kempen.

Hadiah Harian

14. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak akan mendapat dan mengumpul penyertaan-penyertaan bermula dari hari beliau berjaya mendaftar untuk Kempen untuk berada dalam pencalonan untuk memenangi satu (1) daripada sepuluh (10) Hadiah Harian di mana jam 0000 sehingga jam 2359 Malaysia (24 jam) akan dianggap sebagai satu hari semasa Tempoh Kempen dan jumlah Hadiah Harian adalah seperti berikut:-

(4)

Kategori Hadiah

Pulangan Wang No. Pemenang

Jumlah Pemenang semasa Tempoh Kempen

Hadiah

Harian RM100

10 untuk satu

hari 910

15. Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit untuk Kempen ialah perbelanjaan runcit dalam negara, luar negara dan/atau atas talian (“online”) yang dicajkan ke dalam sebarang Akaun Kad Kredit Peserta semasa Tempoh Kempen.

Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit bermaksud transaksi-transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan peribadi menggunakan Akaun Kad Kredit Peserta dan tidak termasuk transaksi-transaksi judi atau perjudian. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, transaksi-transaksi berikut juga adalah secara nyata dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai transaksi-transaksi perbelanjaan runcit:

(i) Transaksi yang dibuat pada Kad Perniagaan Platinum Business CIMB;

(ii) Transaksi Tunai Kuasi – (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian);

(iii) Ansuran bulanan di bawah apa-apa kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB;

(iv) Perkhidmatan arahan tetap /auto-pembayaran;

(v) Pembayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj fraud atau yuran-yuran, caj-caj atau penalti-penalti yang lain samada dikenakan oleh CIMB atau sebaliknya;

(vi) Transaksi untuk pembayaran yang dibuat terhadap premium insurans dan / atau sumbangan takaful dalam apa jua sekalipun;

(vii) Transaksi pendahuluan wang/pengeluaran/deposit tunai; dan

(viii) Transaksi perbelanjaan runcit yang kemudiannya dibatalkan atau dipulangkan, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau penipuan.

Sebarang penentuan oleh CIMB berkenaan apa yang merupakan transaksi perbelanjaan runcit adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana cara sekalipun kecuali yang sama dilihat sebagai terlalu tidak adil.

16. Transaksi perbelanjaan runcit untuk tujuan Kempen ini akan dikira atas jumlah gabungan (utama dan tambahan) perbelanjaan kad kredit setiap Peserta Yang Layak. Sekiranya Peserta Yang Layak mempunyai pelbagai akaun kad kredit, transaksi perbelanjaan runcit yang dilakukan atas semua Akaun Kad Kredit Peserta termasuk akaun kad kredit utama dan tambahan akan digabungkan dan tidak diambil sebagai individu. Sila rujuk kepada contoh di bawah.

Peserta Yang Layak A mempunyai 1 kad kredit utama CIMB dan 2 kad kredit tambahan CIMB. Semua transaksi menggunakan sebarang kad kredit tersebut yang memenuhi kriteria perbelanjaan runcit akan dikumpul untuk menjadualkan jumlah penyertaan yang layak untuk Kempen.

(5)

17. Pengesanan transaksi-transaksi perbelanjaan runcit adalah berdasarkan kepada tarikh urusniaga dan / atau masa (waktu Malaysia) transaksi-transaksi seperti yang ditangkap di dalam rekod-rekod transaksi CIMB semasa Tempoh Kempen.

18. CIMB tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kegagalan dan/atau kelewatan penghantaran bukti transaksi-transaksi jualan oleh VISA, MasterCard, peniaga-peniaga atau mana-mana pihak. Proses Pemilihan Pemenang

Hadiah-hadiah yang dinyatakan di dalam klausa 12 dan 14 akan disediakan untuk pemenang-pemenang Kempen yang terpilih dalam cara berikut:-

19. Selepas tamat Tempoh Kempen, Peserta Yang Layak akan dipilih secara rawak melalui suatu system pemilihan automatik berdasarkan kepada Penyertaan yang diperolehi oleh Peserta Yang Layak semasa Tempoh Kempen, untuk Hadiah-hadiah berikut:-

i) Hadiah Harian

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, sistem automatik Bank akan menjana sepuluh (10) pemenang berpotensi untuk Hadiah Harian setiap hari berdasarkan kepada Penyertaan (“Pemenang Hadiah Harian Berpotensi”) semasa Tempoh Kempen. Satu notifikasi SMS akan dihantar kepada Pemenang Hadiah Harian Berpotensi dan beliau dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan menjawab kepada SMS dengan jawapan yang betul dalam masa dua (2) hari dari tarikh SMS dihantar kepada pemenang berpotensi. Tarikh akhir (iaitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan dinyatakan di dalam SMS. Pemenang Hadiah Harian Berpotensi yang menjawab dengan betul akan diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Harian. Sekiranya Pemenang Hadiah Harian Berpotensi gagal memberi jawapan yang betul atau tidak menjawab dalam masa tarikh akhir yang diberi, beliau akan hilang kelayakan untuk memenangi Hadiah Harian dan Hadiah Harian akan dilucuthak. Hadiah yang dilucuthak tidak akan diberi kepada pemenang hadiah berpotensi yang seterusnya.

Untuk mengelakkan sebarang keraguan, caj telekomunikasi untuk SMS jawapan adalah terpakai dan dibayar oleh Pemenang Hadiah Harian Berpotensi.

ii) Hadiah Utama

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, sistem automatik Bank akan menjana senarai pemenang berpotensi (“Senarai”) dalam susunan berikut; pemenang Hadiah Utama 1 diikuti pemenang Hadiah Utama 2 dan diikuti pemenang Hadiah Utama 3 (“Pemenang Hadiah Utama Berpotensi”). Pemenang Hadiah Utama Berpotensi akan dihubungi melalui telefon melalui nombor telefon bimbit yang dikekalkan di dalam rekod CIMB dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat tempoh Kempen dan dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan betul sebelum diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Utama. Sekiranya panggilan cubaan pertama kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi gagal, oleh kerana sebab-sebab seperti tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau sebab-sebab lain, dua (2) lagi cubaan akan dibuat untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Berpotensi.

(6)

Sekiranya cubaan kali ketiga tidak berjaya, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi tersebut akan dilucuthak dan tidak berhak memenangi Hadiah Utama tersebut. Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang seterusnya yang dipilih berdasarkan kepada senerai akan dinaikkan pangkat untuk memenangi Hadiah Utama di peringkat seterusnya. Sila rujuk kepada contoh di bawah:-

Contoh: Oleh Kerana Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 1 tidak dapat dihubungi selepas 3 kali cubaan, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 2 akan dinaik pangkat kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 1 dan Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 3 akan dinaik pangkat kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 2. Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 3 akan dipilih semula.

20. CIMB mempunyai hak mutlak untuk menetapkan tarikh (Isnin – Jumaat) dan masa (9am-6pm) untuk membuat panggilan telefon kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi. CIMB tidak bertanggungjawab untuk panggilan yang dibuat kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang (i) tidak lengkap atau terputus kerana apa-apa sebab; (ii) tidak dijawab atau diteruskan kerana ketiadaan Pemenang Hadiah Utama Berpotensi pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau kerana apa-apa sebab lain. Ia merupakan tanggungjawab Peserta Yang Layak utama untuk memastikan bahawa nombor telefon yang diberikan oleh mereka adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB sekiranya terdapat sebarang perubahan. CIMB menyimpan hak untuk merekod percakapan-percakapan telefon ini.

21. Semasa memilih pemenang Kempen, Akaun Kad Kredit Peserta untuk Peserta Yang Layak yang terpilih HARUS dalam keadaan baik dan TIDAK melanggar sebarang terma-terma dan syarat-syarat kad kredit CIMB atau tertunggak, dan/atau tidak sah atau dibatalkan sekiranya tidak, mereka akan dilucuthak dari menyertai atau dipilih sebagai pemenang Kempen.

22. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pilihan pemenang untuk Hadiah Harian dan Hadiah Utama (dinyatakan di dalam Klausa 19(i) dan (ii)) dilakukan secara serentak.

23. Satu Peserta Yang Layak layak memenangi maksimum tiga (3) Hadiah Harian dan/atau satu (1) Hadiah Utama semasa Tempoh Kempen.

24. Hadiah Harian akan dikreditkan ke dalam Akaun Kad Kredit Peserta Yang Layak utama dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

25. Pemenang Hadiah Utama akan menerima surat notifikasi daripada CIMB dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

26. Pemenang Hadiah Utama 1 harus mematuhi terma-terma tambahan berikut:

(a) Pemenang harus menandatangani dan memulangkan kepada pemaju perjanjian jual beli pemaju yang biasa, surat perjanjian bersama (deed of mutual covenants) pemaju yang biasa dan semua dokumen yang berkaitan sepertimana yang dikehendaki oleh pemaju pada atau sebelum 31 Mei 2016 atau mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh CIMB dan diberitahu oleh CIMB kepada pemenang dan mematuhi terma-terma dokumen-dokumen itu;

(b) Pemenang harus menandatangani satu surat ikatan penyerahan hak (deed of

(7)

harga belian atau mana-mana bahagiannya di bawah perjanjian jual beli untuk Hadiah Utama 1 termasuk sebarang faedah, pampasan atau ganti rugi yang kena bayar oleh Pemaju kepada pemenang (sekiranya ada) (“Hak Bayaran Balik”) kepada Bank dan pemenang tidak berhak kepada Hak Bayaran Balik atau sebarang tuntutan atau ganti rugi dalam apa jua bentuk berbangkit dari Hak Bayaran Balik tersebut.

(c) Pada masa yang sama dengan penandatanganan perjanjian jual beli, pemenang harus menandatangani dan memulangkan kepada pemaju satu surat aku janji untuk membayar semua bayaran dan caj-caj yang berkaitan di bawah perjanjian jual beli termasuk tetapi tidak terhad kepada caj-caj perkhidmatan, kumpulan wang pelepas

(sinking fund), cukai tanah, cukai taksiran, air, elektrik, pembetungan dan semua

bayaran lain berkaitan dengan Hadiah Utama 1 apabila diserahkan milikan kosong Hadian Utama 1 kepada pemenang.

(d) pemenang harus mempunyai kapasiti undang-undang penuh untuk memiliki Hadiah Utama 1 dan tidak dilarang oleh sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan untuk memiliki Hadiah Utama 1;

(e) Hadiah Utama 1 adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan ketegori kegunaan tanah yang nyata atau tersirat atau dikenakan ke atas Hadiah Utama 1. Pemenang bertanggungjawab, dalam kos dan perbelanjaannya yang sendiri, untuk mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan (jika berkenaan) daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk pindahmilik Hadiah Utama 1 kepada pemenang. CIMB tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara sekiranya pemenang tidak mendapat kelulusan yang diperlukan untuk pindahmilik Hadiah Utama 1 kepada beliau atau Hadiah Utama 1 tidak boleh dipindahmilik kepada pemenang atas apa jua sebab;

(f) saiz Hadiah Utama 1 yang dinyatakan di atas adalah anggaran sahaja dan tidak dijamin sebagai tepat. CIMB tidak bertanggungjawab untuk sebarang percanggahan saiz Hadiah Utama 1;

(g) melainkan dari harga pembelian Hadiah Utama 1 yang akan ditanggung oleh CIMB, semua duti setem, yuran guaman, yuran pembayaran, yuran pendaftaran, yuran pemprosesan, caj perkhidmatan, caj penyelengaraan dan semua kos dan caj sampingan yang ditanggung untuk memiliki Hadiah Utama 1 atau kos-kos penyediaan untuk dokumen-dokumen sampingan lain yang berkaitan, akan ditanggung oleh pemenang. Hak kepada Hadiah Utama 1 akan terlucut sekiranya pemenang gagal membayar yuran-yuran dan caj-caj dalam masa yang ditetapkan atau gagal memenuhi terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan untuk Hadiah Utama 1 (termasuk tetapi tidak terhad kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pemaju);

(h) semua cukai hartanah semasa dan masa depan (seperti cukai tanah dan cukai pintu), insurans, dan semua cukai lain, kos pengubahsuaian, utiliti, wang keluar, kos-kos, yuran-yuran dan perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan dengan penyelengaraan Hadiah Utama 1 adalah tanggungjawab penuh pemenang bermula dari tarikh Pemenang menerima Hadiah Utama 1 dari CIMB;

(i) sekiranya harga pasaran Hadiah Utama 1 atas apa jua sebab adalah lebih rendah daripada harga/nilai belian yang dinyatakan di dalam Klausa 12 di atas, CIMB tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk perbezaan antara harga pasaran dan harga / nilai belian dan pemenang tidak layak membuat sebarang tuntutan untuk perbezaan tersebut;

(j) Hadiah Utama 1 adalah dalam pembangunan dan akan disiapkan dalam tempoh masa yang dinyatakan di dalam perjanjian jual beli; dan

(8)

(k) pemenang Hadiah Utama 1 TIDAK dibenarkan untuk mencalon orang/entiti lain untuk menerina Hadiah Utama 1.

(l) sekiranya pemenang Hadiah Utama 1 gagal mematuhi secara tegas terma-terma dan syarat-syarat di sini, CIMB menyimpan hak untuk membatalkan Hadiah Utama 1 terhadap pemenang tersebut dan memilih pemenang Hadiah Utama 1 lain. Dalam peristiwa seperti ini, CIMB tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kos atau kehilangan yang ditanggung oleh pemenang tersebut.

27. Pemenang Hadiah Utama 2 bertanggungjawab secara penuh untuk membayar semua cukai, insurans dan/atau semua caj sampingan berkaitan Hadiah Utama 2. CIMB TIDAK bertanggungjawab untuk membayar kos cukai jalan, insurans kenderaan, kos mengangkut kenderaan untuk Pemenang Hadiah Utama 2 dan/atau sebarang kos sampingan yang lain. 28. Pemenang Hadiah Utama 3 berhak memilih, sama ada untuk menerima RM100,000 pulangan

wang tunai dikreditkan ke dalam akaun kad kredit CIMB beliau atau akaun semasa atau akaun simpanan. Pemenang Hadiah Utama 3 boleh memilih cara pengabulan dengan memberi notifikasi kepada pegawai perkhidmatan pelanggan CIMB semasa panggilan telefon dibuat kepada beliau semasa proses pemilihan pemenang. Sekiranya Pemenang Hadiah Utama 3 tidak mempunyai akaun semasa atau akaun simpanan CIMB, beliau harus membuka akaun semasa atau akaun simpanan CIMB di mana-mana cawangan CIMB dan memberi butiran akaun kepada perkhidmatan pelanggan CIMB dalam masa 5 hari bekerja selepas panggilan dibuat dengan menghantar e-mail / menelefon pusat perkhidmatan pelanggan CIMB. Pulangan wang tunai RM100,000 akan dikreditkan ke dalam akaun pilihan Pemenang Hadiah Utama dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat tempoh kempen.

29. Pemenang-pemenang Kempen bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB untuk mendedahkan maklumat-maklumat mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor NRIC, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/ejen yang akan menghubungi pemenang-pemenang berkenaan penghantaran atau penebusan Hadiah-hadiah. Pemenang-pemenang-pemenang bertanggungjawab untuk membuat susunan yang perlu dengan CIMB dan/atau pemaju/pengedar/ejen untuk memungut atau menebus hadiah mereka. CIMB tidak bertanggungjawab untuk membayar kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang dibayar atau harus dibayar oleh pemenang-pemenang semasa menebus atau menggunakan Hadiah-hadiah.

30. Pemenang-pemenang Kempen dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau acara publisiti lain sebagaimana dan apabila dikehendaki atas kos-kos dan perbelanjaan-perbelanjaan sendiri. Sekiranya pemenang gagal menghadiri majlis dan/atau acara publisiti tanpa sebab-sebab yang sah, CIMB menyimpan hak untuk melucuthak hadiah pemenang dan memilih pemenang lain.

Terma-terma dan Syarat-syarat Am

31. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat kepada Terma-terma dan Syarat-syarat di sini dan keputusan-peputusan CIMB. Keputusan CIMB dan/atau hakim-hakim CIMB berkenaan Kempen ini adalah muktamad, terikat dan konklusif. CIMB menyimpan hak dan budi bicara mutlak untuk melucuthak dan/atau

(9)

menolak Peserta Yang Layak yang ditentukannya atau disyaki secara munasabah mengganggu proses atau operasi Kempen atau bertindak melanggar Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 32. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak membenarkan dan bersetuju bahawa CIMB

berhak untuk menerbitkan dan/atau memaparkan bahan-bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama-nama dan gambar-gambar Peserta Yang Layak yang memenangi Hadiah Utama/Harian untuk Kempen ini ("Pemenang") untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa-apa cara yang difikirkannya sesuai. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan pemenang alternatif dipilih

.

33. CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk hadiah-hadiah, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Semua hadiah, produk dan/atau perkhidmatan ditawarkan dan/atau diberi semata-mata oleh penjual-penjual dan pembekal-pembekal yang berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh penjual-penjual dan pembekal-pembekal tersebut, dan CIMB tidak menerima sebarang tanggungjawab (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau gantirugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) walaubagaimana timbul sama ada secara kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berkaitan dengan Kempen ini dan semua ganti rugi adalah dengan nyata dikecualikan.

34. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak bersetuju untuk tidak memegang Bank bertanggungjawab sekiranya Bank tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana obligasinya di dalam ini, secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kegagalan mana-mana alat mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrikal, pertikaian perindustrian, apa-apa tindakan di luar kawalan Bank atau disebabkan oleh sebarang faktor dalam bentuk force majeure. Sebarang ketidakmampuan untuk menyediakan hadiah-hadiah kerana tidak lengkapnya dan / atau ketidaksediaan produk masing-masing oleh pihak pemaju / pengedar / penjual akan dianggap sebagai peristiwa force majeure dan Bank berhak menggantikan hadiah-hadiah dengan hadiah- hadiah kos sama atau setara.

35. CIMB tidak akan melayan sebarang aduan berkenaan hadiah-hadiah. Hadiah-Hadiah tidak disahkan oleh CIMB dan tidak dalam sebarang situasi kemasukan hadiah-hadiah di dalam Kempen ini dianggap sebagai pengendorsan atau cadangan hadiah-hadiah oleh CIMB. Liabiliti CIMB berkenaan Hadiah Utama adalah hanya untuk membayar harga pembelian kepada pemaju / pembekal / ejen sahaja.

36. Dengan menerima hadiah, pemenang hadiah bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka berhubungan dengan penyertaan pemenang hadiah tersebut dalam Kempen ini atau penerimaan, penebusan atau penggunaan hadiah. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Yang Layak atau mana-mana pihak untuk sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami oleh Peserta Yang Layak atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, turutan, teladan,

(10)

punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) yang timbul, berhubung dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini melainkan ianya adalah disebabkan oleh kecuaian kasar atau keingkaran CIMB.

37. CIMB menyimpan hak untuk menggantikan Hadiah yang ditawarkan di dalam Kempen ini dengan hadiah-hadiah kos sama atau setara dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak.

38. CIMB berhak meminda, mengubahsuai, menggugurkan, menambah atau mengubah (“Pindaan”) sebarang Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau mana-mana bahagiannya dengan memberi notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak. Tiada pampasan wang tunai mahupun dalam sebarang bentuk akan diberi kepada Peserta Yang Layak untuk sebarang kehilangan atau gantirugi yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Yang Layak secara langsung atau tidak langsung daripada pindaan, ubahsuaian, pengguguran, penambahan atau pengubahan Terma-terma dan Syarat-syarat ini kecuali disebabkan oleh kecuaian kasar dan keingkaran CIMB.

39. Notifikasi kepada Peserta Yang Layak berkenaan Pindaan oleh CIMB adalah mengikut budi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, khususnya, dengan menghantar notis tersebut melalui pos biasa ke alamat terakhir Peserta Yang Layak yang diketahui atau dengan mempamerkan notis Pindaan di setiap cawangan CIMB di mana butiran berkenaan Pindaan tersebut mungkin diberi di dalam notis itu sendiri atau mungkin diberi kepada Peserta Yang Layak atas permintaan atau dengan mengiklankan Pindaan di dalam satu surat khabar pilihan CIMB atau melalui laman web CIMB atau melalui mel elektronik atau apa-apa cara notifikasi lain pilihan CIMB dan Pindaan sedemikian dianggap terikat atas Peserta Yang Layak pada tarikh notifikasi Pindaan tersebut atau pada tarikh-tarikh lain sepertimana yang dinyatakan secara khusus oleh CIMB di dalam notifikasi tersebut.

40. Terma-terma dan Syarat-syarat di sini (sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa di bawah Klausa 38 harus dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat kad CIMB dan/atau perjanjian akaun dan/atau produk-produk yang berkaitan dan akan mengatasi semua terma-terma, syarat-syarat, peruntukan-peruntukan atau representasi-representasi yang tidak konsisten yang terkandung di dalam mana-mana bahan-bahan promosi dan/atau pengiklanan berkaitan dengan Kempen ini.

41. Imej-imej hadiah, prop-prop dan reka bentuk yang dipaparkan di dalam mana-mana bahan-bahan pengiklanan termasuk laman web dan semua bahan-bahan bercetak berhubungan Kempen ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Model sebenar / produk-produk / warna mungkin berbeza. 42. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di

antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan dibuat oleh Peserta Yang Layak dan dicatatkan dan diakui oleh CIMB di dalam rekod-rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia untuk terma-terma dan syarat-syarat ini harus mengawal operasi Kempen, versi Bahasa Malaysia Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan digunapakai.

(11)

43. Untuk sebarang maklumbalas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Peserta Yang Layak boleh menghubungi bahagian resolusi pelanggan CIMB di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (ataupun di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks sepertimana yang dipinda oleh CIMB secara notifikasi kepada Peserta Yang Layak): Customer Resolution Department, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 1 300 880 900 / Fax: 603 26913248 / cru@cimb.com.

Referensi

Dokumen terkait

Pada diagnosa ketiga menyusun intervensi untuk mengatasi masalah kurang aktivitas bermain adalah kaji aktivitas yang di sukai klien seperti bermain, bercerita dan belajar

(b) Sekiranya Pemegang Kad memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris terdekat dan tanggungan

CIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap sesiapa Peserta Layak atau mana-mana pihak bagi sebarang kerugian atau ganti rugi dalam apa-apa sifat jua dialami (termasuk

Model logit regresi ZIP menjelaskan bahwa probabilitas penderita TBC dalam satu rumah tangga tidak dipengaruhi oleh jumlah anggota rumah tangga dengan jenis pekerjaan utama

yang senantiasa memberikan segala rahmat sehingga dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Pengaruh Return On Investment, Return On Equity, Total Asset Turn

Pada penelitian ini telah dilakukan induksi kanker melalui variasi dosis DMBA dan umur tikus putih Sprague Dawley untuk mendapatkan kejadian kanker yang paling tinggi, cepat,

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),

11.1 Jika Pedagang gagal memberikan kepada Bank sebarang maklumat yang diminta atau dokumen yang diperlukan secara munasabah oleh Bank dalam tujuh (7) Hari Perniagaan dari