• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOALAN LAZIM INSENTIFMREPC

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SOALAN LAZIM INSENTIFMREPC"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

• Adakah MREPC menyediakan insentif untuk pengeksport sahaja?

• Bolehkah sesebuah syarikat memohon untuk kedua-dua MREPC dan insentif Matrade bagi aktiviti

yang sama?

• "Kami adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di Malaysia yang membuat produk-produk getah.

Syarikat kami adalah 100% dimiliki oleh orang Jepun. Adakah kami layak untuk menuntut insentif-insentif itu?"

• Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan insentif itu diluluskan?

• Bilakah sesebuah syarikat itu harus menghantar borang pra-kelulusan mereka?

• Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan membuat tuntutan?

• Apakah kadar tukaran wang yang digunakan untuk tujuan membuat tuntutan?

• Apakah keperluan untuk pengeksport sarung tangan getah untuk memohon insentif-insentif

MREPC?

• Apakah geran pra-tentu mengikut rantau?

• Adakah terdapat satu had untuk bilangan tuntutan di bawah SBIM1 (Insentif untuk Penyertaan

dalam pameran dagangan antarabangsa yang dikoordinasi oleh MREPC)?

• Di bawah insentif SBIM2, apakah jumlah amaun yang boleh dituntut setiap tahun?

• Bolehkah sebuah syarikat memilih untuk menyertai dalam 8 pertunjukan dagangan dalam

mana-mana satu rantau tertentu?

• Jika sebuah syarikat telah menuntut sehingga RM98 ribu, apakah yang berlaku kepada baki 2 ribu

(memandangkan amaun maksimum boleh dituntut di bawah SBIM2 adalah RM100,000)?

• "Syarikat kami akan mengambil bahagian dalam satu pameran dagangan antarabangsa secara

bersendirian. Bayaran kepada penganjur pameran akan dibayar oleh subsidiari pemasaran kami di Singapura. Adakah kami layak menuntut untuk penyertaan dalam pameran dagangan

antarabangsa?"

• Bolehkah syarikat-syarikat itu terlibat dalam mesyuarat dengan pelanggan di luar kawasan

pameran ketika menyertai dalam pameran dagangan yang diketuai oleh MREPC?

• Apakah itu ISO Panduan 65?

• Adakah badan pensijilan itu perlu diakreditasi kepada ISO/IEC Panduan 65 sahaja?

• Apakah itu pensijilan produk?

• Adakah MREPC menanggung SEMUA perbelanjaan ke arah pensijilan produk getah di bawah

SBIM4 (Insentif untuk Perolehan Pensijilan Produk yang Diiktiraf di Peringkat Antarabangsa)?

• Adakah keperluan pensijilan produk mandatori kerajaan boleh dituntut di bawah SBIM4?

• Apakah itu akreditasi ISO17025? Jika makmal syarikat kami akan diaudit dan dinilai oleh

Perkhidmatan Akreditasi United Kingdom (UKAS), adakah kami layak menuntut di bawah SBIM7 (Insentif untuk Akreditasi Makmal)?

• Adakah cukai-cukai mandatori boleh dituntut di bawah insentif MREPC?

• Apakah yang dimaksudkan oleh "...kos penginapan, tertakluk kepada satu maksimum sebanyak

RM500 semalam..."?

(2)

1. Adakah MREPC menyediakan insentif untuk pengeksport sahaja?

Objektif insentif itu adalah untuk menggalak dan membantu kedua-dua pembuat dan pedagang produk getah, yang pada masa kini mengeksport dan juga untuk mereka yang bersedia untuk mengeksport, dalam menjalankan pembinaan kapasiti, pertumbuhan perniagaan dan aktiviti-aktiviti promosi untuk

pembangunan pasaran eksport.

2. Bolehkah sesebuah syarikat memohon untuk kedua-dua MREPC dan insentif Matrade bagi aktiviti yang sama?

Tidak. Sebuah syarikat hanya boleh menuntut dari satu agensi. Mengemukakan dua tuntuntan yang sama adalah satu kesalahan yang serius dan dengan berbuat demikian syarikat akan menghadapi risiko

disenaraihitamkan daripada insentif MREPC.

3. "Kami adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di Malaysia yang membuat produk-produk getah. Syarikat kami adalah 100% dimiliki oleh orang Jepun. Adakah kami layak untuk menuntut insentif-insentif itu?"

Sebuah syarikat adalah layak untuk memohon insentif MREPC jika ia memenuhi kriteria-kriteria berikut:  Syarikat-syarikat didaftarkan di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965;  Pembuat dan/atau pedagang/pengeksport produk-produk getah tertakluk kepada cukai eksport

produk getah.

4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan insentif itu diluluskan?

Kelulusan permohonan akan mengambil masa kira-kira tiga minggu, dengan syarat semua dokumen adalah lengkap. Dokumen-dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses, maka adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk memastikan bahawa semua dokumen yang diperlukan dihantar segera dalam tempoh yang ditetapkan (tidak lewat dari dua (2) bulan selepas berakhirnya acara/aktiviti itu).

(3)

5. Bilakah sesebuah syarikat itu harus menghantar borang pra-kelulusan mereka?

Borang pra-kelulusan harus dihantar kepada MREPC untuk kelulusan bertulis tidak lewat dari 1 bulan sebelum acara/aktiviti itu.

6. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan membuat tuntutan?  Invois-invois dan resit-resit asal

 Penyata bank/penyata kad kredit/pindahan telegrafik asal

Salinan pendua dokumen-dokumen ini MESTI disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan resit-resit janaan komputer MESTI diperakui dan disahkan oleh syarikat yang mengeluarkan resit-resit itu.

Untuk permohonan-permohonan SBIM1 & SBIM2, pas menaiki pesawat dan gambar berwarna gerai (dengan nombor gerai yang jelas, nama syarikat & kakitangan yang menguruskan gerai itu) adalah satu kemestian.

7. Apakah kadar tukaran wang yang digunakan untuk tujuan membuat tuntutan?

MREPC menggunakan kadar tukaran rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Akauntan untuk bulan pameran dagangan itu, tanpa mengira tarikh bayaran atau tuntutan.

8. Apakah keperluan untuk pengeksport sarung tangan getah untuk memohon insentif-insentif MREPC?

Pengeksport sarung tangan dikehendaki memiliki satu lesen EE yang sah yang dikeluarkan di bawah nama syarikat yang sama yang memohon untuk insentif MREPC semasa tempoh aktiviti itu.

(4)

9. Apakah geran pra-tentu mengikut rantau?

Ia merujuk kepada satu amaun tetap yang diperuntukkan untuk syarikat-syarikat berdasarkan kepada destinasi pameran dagangan antarabangsa seperti berikut:

Rantau Amaun Geran

Amerika Utara / Amerika Latin / Kanada RM25,000 Eropah / Timur Tengah / Asia Tengah RM20,000

Afrika RM18,000

Asia / Oceania RM15,000

Asia Tenggata (ASEAN) RM12,000

10. Adakah terdapat satu had untuk bilangan tuntutan di bawah SBIM1 (Insentif untuk Penyertaan dalam pameran dagangan antarabangsa yang dikoordinasi oleh MREPC)?

Tidak. Syarikat-syarikat adalah layak untuk memohon untuk insentif SBIM1 untuk semua pameran dagangan antarabangsa yang dikoordinasi oleh MREPC.

11. Di bawah insentif SBIM2, apakah jumlah amaun yang boleh dituntut setiap tahun?

Di bawah insentif SBIM2, syarikat-syarikat layak untuk menuntut maksimum sebanyak RM100, 000, terhad kepada 8 pameran setiap tahun.

12. Bolehkah sebuah syarikat memilih untuk menyertai dalam 8 pertunjukan dagangan dalam mana-mana satu rantau tertentu?

Ya dengan syarat tuntutan itu tidak melebihi RM100,000.

: Sebuah syarikat boleh menyertai 8 pameran dagangan di rantau Asia Tenggara dan jumlah amaun yang boleh dituntut adalah RM96 ribu (RM12 ribu untuk setiap pameran). Walau bagaimanapun, jika sebuah syarikat memilih untuk menyertai dalam rantau Amerika Utara/Amerika Latin & Kanada, mereka layak

(5)

untuk menuntut hanya untuk 4 pameran dagangan dan jumlah amaun boleh dituntut adalah RM100 ribu (RM25ribu setiap pameran)

13. Jika sebuah syarikat telah menuntut sehingga RM98 ribu, apakah yang berlaku kepada baki 2 ribu (memandangkan amaun maksimum boleh dituntut di bawah SBIM2 adalah RM100,000)?

Baki amaun akan dibayar untuk tuntutan seterusnya (dengan syarat bilangan permohonan tidak melebihi 8)

Pertunjukan Dagangan Region Geran Pra-Tentu Amaun Boleh Dituntut Boleh Dituntut Baki Amaun

Pertunjukan Dagangan A Amerika RM25,000 RM25,000 RM75,000

Pertunjukan Dagangan B Asia RM15,000 RM15,000 RM60,000

Pertunjukan Dagangan C Europah RM20,000 RM20,000 RM40,000

Pertunjukan Dagangan D Afrika RM18,000 RM18,000 RM22,000

Pertunjukan Dagangan E Eropan RM20,000 RM20,000 RM2,000

Pertunjukan Dagangan F Asian RM12,000 RM2,000 RM0

Jumlah Tuntutan RM100,000

14.."Syarikat kami akan mengambil bahagian dalam satu pameran dagangan antarabangsa secara bersendirian. Bayaran kepada penganjur pameran akan dibayar oleh subsidiari pemasaran kami di Singapura. Adakah kami layak menuntut untuk penyertaan dalam pameran dagangan

antarabangsa?"

Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran dagangan antarabangsa secara bersendirian boleh membuat tuntutan di bawah pakej insentif SBIM2 dengan syarat bahawa papan fascia, nama tersenarai dalam direktori pameran dan, invois dan resit asal dikeluarkan kepada syarikat yang didaftarkan di Malaysia. Jika invois itu dialamatkan kepada syarikat subsidiari, ia harus diinvois semula kepada syarikat Malaysia. Bukti bayaran yang dibuat oleh syarikat Malaysia adalah satu kemestian untuk melayakkan diri membuat tuntutan itu.

(6)

15. Bolehkah syarikat-syarikat itu terlibat dalam mesyuarat dengan pelanggan di luar kawasan pameran ketika menyertai dalam pameran dagangan yang diketuai oleh MREPC?

Syarikat-syarikat adalah digalakkan untuk menjalankan mesyuarat perniagaan di gerai mereka semasa pameran dagangan.

Syarikat itu harus memastikan bahawa sekurang-kurangnya satu wakil hadir untuk menjaga gerai itu sepanjang masa.

16. Apakah itu ISO Panduan 65?

ISO Panduan 65 menentukan keperluan am untuk pihak ketiga yang menspesifikasikan keperluan am untuk pihak ketiga yang mengoperasikan satu sistem pensijilan produk. Berikut adalah huraian sistem pensijilan pihak ketiga:

 Sistem No. 1 - Ujian Jenis

 Sistem No. 2 - Ujian jenis diikuti oleh pemantauan seterusnya melalui ujian audit persampelan yang dibeli di pasaran terbuka

 Sistem No. 3 - Ujian jenis diikuti oleh pemantauan seterusnya melalui ujian audit sampel-sampel kilang

 Sistem No. 4 - Ujian jenis diikuti oleh pemantauan seterusnya melalui ujian audit persampelan dari kedua-dua pasaran terbuka dan kilang itu

 Sistem No. 5 - Ujian jenis dan penilaian kawalan kualiti kilang dan penerimaannya diikuti oleh pemantauan yang mengambil kira audit kawalan kualiti kilang dan ujian sampel dari kilang dan pasaran terbuka

 Sistem No. 6 - Ujian Kumpulan  Sistem No. 7 - Ujian 100%

17. Adakah badan pensijilan itu perlu diakreditasi kepada ISO/IEC Panduan 65 sahaja?

Untuk membantu pembuat getah dalam mendapatkan pensijilan berdasarkan kepada spesifikasi produk mereka dan/atau keperluan pasaran antarabangsa, seorang pembuat getah Malaysia boleh memohon melalui sebuah badan pensijilan yang diakreditasikan kepada ISO/IEC Panduan 65 atau mana-mana

(7)

18. Apakah itu pensijilan produk?

Pensijilan produk adalah proses mengesahkan bahawa sesuatu produk tertentu telah lulus:  ujian-ujian prestasi dan jaminan kualiti; atau

 keperluan kelayakan yang ditetapkan dalam peraturan dan standard ujian yang terakreditasi di peringkat kebangsaan; atau

 bahawa ia mematuhi satu set peraturan yang mengawasi kualiti dan keperluan prestasi minimum. Perolehan pensijilan produk membuktikan bahawa produk itu telah memenuhi keperluan standard kualiti atau spesifikasi yang ditentukan. Ia memberikan pengguna satu jaminan prestasi, keselamatan dan ketahanan. Ia juga menunjukkan bahawa pembuat itu mempunyai satu sistem yang efektif dalam menguruskan proses-proses pengeluarannya. Mendapatkan pensijilan produk adalah secara sukarela untuk kebanyakan produk. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa kerajaan mungkin memerlukan pensijilan mandatori untuk sesetengah produk.

19. Adakah MREPC menanggung SEMUA perbelanjaan ke arah pensijilan produk getah di bawah SBIM4 (Insentif untuk Perolehan Pensijilan Produk yang Diiktiraf di Peringkat Antarabangsa)? MREPC menanggung hanya perbelanjaan ujian TERAKHIR yang lulus dan memenuhi keperluan untuk pensijilan itu sahaja. Hasil ujian yang gagal untuk memenuhi keperluan untuk pensijilan tidak boleh dituntut.

20. Adakah keperluan pensijilan produk mandatori kerajaan boleh dituntut di bawah SBIM4? Keperluan pensijilan produk mandatori kerajaan untuk kemasukan ke pasaran seperti Tanda CE dan Tanda CCC boleh dipertimbangkan di bawah insentif SBIM4.

Walau bagaimanapun, MREPC tidak menyokong sebarang pendaftaran untuk perbelanjaan pensijilan (contohnya FDA510k, SFDA dan sebagainya).

(8)

21. Apakah itu akreditasi ISO17025? Jika makmal syarikat kami akan diaudit dan dinilai oleh Perkhidmatan Akreditasi United Kingdom (UKAS), adakah kami layak menuntut di bawah SBIM7 (Insentif untuk Akreditasi Makmal)?

ISO 17025 adalah satu Standard Antarabangsa (diterbitkan oleh International Organization for

Standardization) yang menentukan keperluan am untuk kompetensi dalam menjalankan ujian dan/atau kalibrasi dalam makmal. Ia mengandungi 15 keperluan pengurusan dan 10 keperluan teknikal yang menggariskan apa yang sebuah makmal mesti lakukan untuk menjadi terakreditasi.

Sebuah syarikat mungkin mendapatkan perkhidmatan dari sebarang badan yang menilai dan mengakreditasi makmal mengikut keperluan BS EN ISO/IEC 17025.

22. Adakah cukai-cukai mandatori boleh dituntut di bawah insentif MREPC?

Cukai nilai tambah (VAT) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh dituntut hanya untuk

penginapan. Cukai di mana ia tidak ditanggung seperti Cukai Bandaraya juga boleh dituntut di bawah pakej yang sama.

23. Apakah yang dimaksudkan oleh "...kos penginapan, tertakluk kepada satu maksimum sebanyak RM500 semalam..."?

Syarikat-syarikat yang menyertai pameran dagangan antarabangsa dan misi pemasaran/misi khas/lawatan kerja anjuran MREPC boleh menuntut untuk kos penginapan, sehingga satu maksimum sebanyak RM500 semalam untuk satu orang untuk sepanjang tempoh aktiviti itu ditambah dengan satu malam sebelum dan satu malam selepas (Sila rujuk kepada FAQ no. 21 untuk satu contoh pengiraan).

(9)

24. Di bawah SBIM11 (Pensijilan Sistem Pengurusan), adakah MREPC menanggung kos perundingan, latihan dan audit setelah perolehan pensijilan itu?

MREPC hanya akan membayar kos audit setelah berjaya memperolehi pensijilan tidak termasuk kos perundingan dan latihan

Referensi

Dokumen terkait

Setelah mengikuti mata kuliah ini, mahasiswa: (a) hakikat Teori Administrasi Publik; (b) mengetahui sejarah, dinamika, dan elemen-elemen pemikiran yang telah

Langkah yang dilakukan pada proses partitional K- means Clustering adalah pembuatan tabel eucledian dalam setiap iterasi untuk menghitung jarak antar cluster, perhitungan

● berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan (Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat) di Malaysia atau syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965

Bentuk program yang akan dilaksanakan oleh peserta KKN-Tematik adalah program pendidikan dan pelatihan, desa oleh dosen pelaksana dan didampingi oleh mahasiswa

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh pemberian pakan konsentrat komersial pada produksi dan kadar lemak susu dibandingkan ampas tahu, pengaruh periode

Hasil penelitian didapatkan dari wawancara yang dilakukan oleh peneliti kepada objek peneliti dan juga hasil observasi dilapangan berupa dokumentasi pada saat

Berdasarkan hasil analisa uji pH asap cair dari bahan baku tempurng kelapa dengan waktu pirolisa 60 menit pH 4,5, waktu pirolisa 75 menit pH 4,5 dan waktu pirolisa 90 menit pH 3,

• Dokumen kebenaran rentas negeri kumpulan pelancong yang menggunakan pakej pelancongan di bawah syarikat pelancongan sah berlesen dan berdaftar dengan MOTAC boleh dikemukakan