• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 25 Mei 2010

(2)

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

2.0 KERTAS

2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)

2.2 Warna: Putih

3.0 PENAIPAN

3.1 Jenis Huruf: „Times New Roman‟ bersaiz 12 yang ditaip „justify

3.2 Selang Baris:DUA (2) langkau „double spacing‟ bagi teks am.

Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak dan Rujukan

3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:

 Atas : 2.5cm daripada jidai atas

 Bawa : 2.5cmdaripada jidai bawah

 Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan

 Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 2.5 cm daripada jidai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.

(3)

3.4 Format Am :Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.

3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada jidai bawah dan 2.5 cm daripada jidai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut seperti mana berikut: i, ii, iii, iv …….

Peringatan:halaman permulaan dianggap sebagai

halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….

4.0 CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan.

5.0 PENJILIDAN

5.1 Pemarkahan : Menyediakan DUA(2) naskhah laporan untuk

pemeriksaan (penyelia / penilai pertama). Laporan hendaklah dijilid menggunakan kulit „keras‟ jenis two-sheet card.

Serahan

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan

setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.

5.2 Laporan Akhir: Bagi salinan berikutnya (4 naskah kulit keras; 1 kepada Penyelaras PISMP, 1 kepada Perpustakaan, 1 kepada Jabatan dan 1 kepada Penyelia), calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80g dan ke atas sahaja.

(4)

5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).

6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN

6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun

mengikut urutan berikut:

 Judul lengkap penyelidikan

 Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan

 Penyataan tujuan penyelidikan

 Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar

 Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan „Tajuk Penyelidikan‟ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada jidai atas dan berakhir dengan „Tahun‟ 5.0 cm daripada jidai bawah.

Sila lihat contoh di Lampiran A.

6.2 Tulang Kulit

Maklumat pada ruang „tulang laporan penyelidikan‟ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:

Nama IPG (singkatan) Nama Calon

Ijazah Tahun Contoh:

IPG KSAH MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2015

7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format Penyelidikan Tindakan.

(5)

8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:

8.1 Kertas Kosong

8.2 Pengesahan Penyelia

Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B.

8.3 Halaman Pengakuan Penulis

Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh pada Lampiran C.

8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)

Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D.

8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)

Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.

8.6 Abstrak

Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya. Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila lihat contoh pada Lampiran F dan G.

(6)

8.7 Halaman Kandungan

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada

Lampiran H.

8.8 Halaman Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.

8.9 Halaman Senarai Rajah

Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan rajah tersebut.Sila lihat contoh pada Lampiran J.

8.10 Halaman Senarai Lampiran

Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi

lampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran.

b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada

Lampiran K.

8.11 Teks

a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi tajuk/judul yang membayangkan kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.

(7)

b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.

c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan Penyelidikan Tindakan.

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN 4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI 8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0 SENARAI RUJUKAN

TajukAlternatif

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Saya

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Apakah Isu KajianSaya?

2.2 Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian Saya?

3.0 APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?

(8)

5.0 APAKAH TINDAKAN SAYA?

6.0 BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA? 7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?

8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI? 9.0 APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA? 10.0 SENARAI RUJUKAN

[Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar boleh menulis laporan mengikut peringkat dalam Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]

8.12 Sistem Rujukan

8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks

Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan… Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang: Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005).

(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan …

Banyakkajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan…

(9)

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan

Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut: (a) Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline.

(b) Jurnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The efficiency dimension [Prestasi institusi dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of Educational Research, 2, 175-199.

(c) Surat khabar

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15.

(d) Tesis tidak diterbitkan

Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah Persekutuan. (Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

(e) Media elektronik

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 darihttp://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/

(10)

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks Pengarang Melayu Pengarang Cina Pengarang India

Dalam Senarai Rujukan

Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga.

Mohd. Ali (2005) menyatakan … Lim (2006) menyokong … Krishnan (2003) menerangkan…

Mohd. Ali Mohd. Bakar. (2005).

Merdeka. Kuala Lumpur:

Penerbit Taufik Intelek Sdn. Bhd. Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.

Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd. Krishnan Thambipillay. (2003).

Dunia politik. Kuala Lumpur:

Tasha Publications.

9.0 Had Maksimum

Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000 patah perkataan.

Referensi

Dokumen terkait

3.7.2 Menganalisis peran BPUPKI dan PPKI bagi tujuan perjuangan bangsa Indonesia 3.7.3 Mengaitkan peristiwa Rengasdengklok dengan peristiwa perumusan teks proklamasi 3.7.4

Aspek pengetahuan berdasarkan analisis uji-t semua kelas mengalami peningkatan hasil belajar signifikan setelah diterapkannya pembelajaran inkuiri terbimbing berbasis

Bertolak dari hal di atas, peneliti merasa tertarik mengembangkan lebih jauh penelitian ini dengan judul “Pengaruh Pelatihan Plaiometric Side Jump Sprint Terhadap

Mekanisme trauma pada dislokasi posterior karena kaput femur dipaksa keluar ke belakang asetabulum melalui suatu trauma yang dihantarkan pada diafisis femur dimana

Stereotactic Needle Biopsy (Core Biopsy) → Dilakukan pada suatu gumpalan (bengkak) yang sulit untuk dilihat atau dirasakan. Jarum akan dituntun ke area yang

Anda merasa senang dengan fasilitas asuransi jiwa syariah dalam pembiayaan, dengan sistem (pembagian risiko) yaitu azas saling tolong-menolong dalam kebaikan. Anda memiliki

Anomali perubahan muka airtanah di Dusun Karangwuni dan Dusun Kumpulrejo, Desa Caturtunggal, Kecamatan Depok, Kabupaten Sleman, Yogyakarta dihasilkan dari analisis

Berdasarkan uraian di atas menunjukkan pentingnya menghargai orang lain dengan mengedepankan budi pekerti yang luhur dengan menebarkan salam, seorang peserta didik