• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. Setiap penyebutan C I M B merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1. Setiap penyebutan C I M B merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P)."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

T e r m a -t e rm a d a n S y a ra t-s y a ra t

K e m p e n “ D a fta r u n t u k S e rv is B a y a ra n A u to m a t ik m e la lu i C IM B C lic k s d a n D a p a t k a n

P u la n g a n T u n a i” C IM B B A N K

1. Setiap penyebutan “C IM B

” merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P). T e m p o h K e m p e n

2. Kempen “Daftar untuk Servis Bayaran Automatik melalui CIMB Clicks dan Dapatkan

Pulangan Tunai” CIMB Bank (“K e m p e n

”) ini akan berlangsung dari 8hb April 2015 sehingga 7hb Julai 2015, termasuk kedua-dua tarikh (“T e m p o h K e m p e n

”).

3. CIMB menyimpan hak apabila memberikan notis yang mencukupi untuk menukar

tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen tersebut.

K e la y a k a n

4. (a) Kempen ini adalah terbuka kepada semua pemegang kad kredit utama CIMB

yang memegang kad kredit (kecuali CIMB Business Cards dan CIMB Partner Cards) yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia sahaja (“K a d Y a n g M e n g a m b il B a h a g ia n

”) yang mendaftar untuk servis bayaran automatik (“S e rv is

”) m e la lu i C IM B C lic k s

semasa Tempoh Kempen kecuali pihak yang dirujuk di Klausa 4(b) di bawah (seterusnya dirujuk sebagai “P e m e g a n g K a d La y a k

”).

(b) Kategori orang berikut adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini:

(i) Bukan individu termasuk tetapi tidak terhad kepada Pemilik tunggal,

Perkongsian, Organisasi/Persatuan Kebajikan/Bukan Untung,

Pelanggan Korporat dan Komersial, syarikat tersenarai awam, syarikat sendirian berhad, kelab, persatuan dan koperasi; dan/atau

(ii) Wakil dan/atau ejen-ejen (termasuk ejen-ejen pengiklanan dan

promosi) CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura, mempunyai pejabat di 30, Raffles Place,

#10-00, Chevron House, Singapore 048622 (“V

IS A

”) dan MasterCard Worldwide, sebuah syarikat diperbadankan di bawah Negeri Delaware, mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utama di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“M a s t e rC a rd

”) (termasuk subsidiarinya dan syarikat-syarikat berkenaan).

K r ite ria K e la y a k a n

5. Untuk menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak harus:-

i) mendaftar untuk Servis tersebut untuk mana-mana pembekal servis di

bawah (“P e m b e k a l S e rv is

”) dan mengemukakan pendaftaran untuk Servis tersebut melalui CIMB Clicks semasa Tempoh Kempen:-

(2)

(b) DiGi; (c) Maxis; (d) U Mobile; (e) Astro; (f) P1.com; (g) Syabas; (h) Gas Malaysia;

(i) Zurich Insurance Malaysia Berhad;

(j) Hong Leong Assurance;

(k) Pacific Assurance;

(l) Sun Life Malaysia;

(m) Majlis Perbandaran Petaling Jaya;

(n) Majlis Perbandaran Subang Jaya;

(o) Majlis Perbandaran Shah Alam; dan

(p) Majilis Perbandaran Klang; dan

ii) pendaftarannya untuk Servis tersebut berjaya diluluskan oleh mana-mana

enam belas (16) Pembekal Servis pada atau sebelum 31hb Ogos 2015 dan sekurang-kurangnya satu (1) bil di bawah Servis yang diluluskan dicajkan ke akaun kad kredit CIMBnya pada atau sebelum 30hb September 2015 (“S e rv is Y a n g D ilu lu s k a n

”).

6. Jika Pemegang Kad Layak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di Klausa 5 di

atas, Pemegang Kad Layak akan menerima Pulangan Tunai berikut dan/atau 20” Beg Troli Barry Smith (selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai “H

a d ia h

”) mengikut bilangan Servis Yang Diluluskan tertakluk kepada ketersediaan Hadiah dan Klausa 7 hingga 12:

B ila n g a n S e rv is Y a n g D ilu lu s k a n P u la n g a n T u n a i

1 Servis Yang Diluluskan RM20 Pulangan Tunai

2 Servis Yang Diluluskan RM50 Pulangan Tunai

3 atau lebih banyak Servis Yang Diluluskan RM80 Pulangan Tunai

dan satu (1) 20” Beg Troli Barry Smith

7. Hanya Pemegang Kad Layak utama sahaja boleh mendaftar untuk Servis.

H

a d ia h

8. Maksimum Pulangan Tunai yang diperuntukkan bagi Tempoh Kempen adalah

dihadkan kepada Ringgi Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu (RM250,000.00) sahaja dan 20” Beg Troli Barry Smith adalah dihadkan kepada lima ratus (500) buah sahaja. Hadiah akan diberikan atas dasar “tiba dahulu layan dahulu”.

9. Pemegang Kad Layak tidak layak menerima Hadiah sekiranya mereka

mengemukakan pendaftaran untuk Servis secara terus kepada Pembekal Servis dan bukan melalui CIMB Clicks. Pendaftaran Pemegang Kad Layak untuk Servis hendaklah kekal sah sehingga enam (6) bulan dari tarikh pendaftaran. CIMB berhak untuk mendapatkan kembali Hadiah yang diberikan kepada Pemegang Kad Layak di

(3)

bawah Kempen ini jika Servis tersebut ditamatkan oleh Pemegang Kad Layak pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan tersebut.

10. Hadiah akan diberi berdasarkan kepada tarikh dan masa pendaftaran Servis Yang

Diluluskan oleh Pemegang Kad Layak, di mana jika Pemegang Kad Layak mendaftar untuk beberapa Servis, hanya tarikh dan masa Servis Yang Diluluskan yang pertama didaftarkan (“S e rv is P e rt a m a

”) akan diambilkira. Sekiranya jumlah Hadiah tidak mencukupi untuk diberikan kepada semua Pemegang Kad Layak yang berkelayakan, Hadiah akan diberikan kepada Pemegang Kad Layak berdasarkan kepada susunan keutamaan berikut:-

(a) Pemegang Kad Layak yang Servis Pertamanya didaftarkan pada tarikh dan

masa yang terawal akan diberikan Hadiah; dan

(b) jika terdapat seri dalam tarikh dan masa terawal Servis Pertama didaftarkan,

Hadiah akan diberikan kepada Pemegang Kad Layak yang mempunyai jumlah bilangan tertinggi Servis Yang Diluluskan.

11. Setiap Pemegang Kad Layak utama hanya layak untuk menerima maksimum

Pulangan Tunai sebanyak RM80 dan SATU (1) 20" Beg Troli Barry Smith semasa Tempoh Kempen.

12. Hanya Pemegang Kad Layak utama sahaja berhak menerima Hadiah.

13. 20” Beg Troli Barry Smith akan dikurier ke alamat surat-menyurat Pemegang Kad

Layak yang dikekalkan dengan CIMB dalam tempoh sepuluh (10) sehingga dua belas (12) minggu dari darikh tamat Tempoh Kempen. Hadian diberikan atas dasar “sedia ada” dan tidak boleh dipindahmilik atau ditukar untuk wang tunai atau kredit.

14. Pulangan Tunai akan dikreditkan ke akaun Kad Yang Mengambil Bahagian jenis

tertinggi Pemegang Kad Layak dalam tempoh sepuluh (10) sehingga dua belas (12) minggu dari akhir Tempoh Kempen. Pemegang Kad Layak akan menerima pemberitahuan Pulangan Tunai melalui penyata kad kredit bulanan Kad Yang Mengambil Bahagian yang berikut selepas tarikh pengkreditan Pulangan Tunai.

15. CIMB tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana Pemegang Kad

Layak atau mana-mana orang lain untuk mengkreditkan Pulangan Tunai ke akaun lain Pemegang Kad Layak atau akaun CIMB pihak ketiga.

16. Gambar Hadiah yang ditunjukkan di dalam sebarang bahan pemasaran dan iklan

adalah untuk tujuan visual sahaja dan warna mungkin berbeza daripada Hadiah sebenar yang diterima.

17. Pemegang Kad Layak mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa

nombor telefon dan alamat surat-menyurat yang diberikan adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB sekiranya terdapat sebarang perubahan. Pemberitahuan dan penyampaian Hadiah oleh CIMB adalah berdasarkan kepada nombor telefon dan alamat surat-menyurat Pemegang Kad Layak yang dikekalkan dalam rekod CIMB. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Kad Layak untuk apa-apa kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian yang diakibatkan) ditanggung sekiranya nombor telefon atau alamat surat-menyurat Pemegang Kad Layak dalam rekod CIMB adalah tidak terkini atau betul.

(4)

18. Semua Pemegang Kad Layak bersetuju dan memberi kebenaran kepada CIMB untuk mendedahkan maklumat mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/ejen yang dilantik untuk menghantarkan Hadiah.

19. CIMB menyimpan hak untuk menggantikan Hadiah dengan barangan lain yang sama

nilai pada bila-bila masa dengan memberi tiga (3) hari notis terdahulu.

20. Akaun-akaun kad kredit Pemegang Kad Layak MESTI TIDAK delinkuen dan/atau tidak

sah atau dibatalkan dalam definisi CIMB pada masa Hadiah diberikan, jika tidak, Pemegang Kad Layak akan hilang kelayakan untuk menerima Hadiah.

T e r m a -t e r m a d a n S y a ra t -s y a ra t S e rv is B a y a ra n A u to m a t ik

21. Apabila permohonan oleh Pemegang Kad Layak untuk Servis diluluskan, semua

bayaran yang terhutang dan harus dibayar (“B a y a ra n

”) kepada Pembekal Servis yang dinyatakan oleh Pemegang Kad Layak di dalam borang permohonan untuk Servis akan dikenakan ke atas akaun kad kredit Pemegang Kad Layak yang dikekalkan dengan CIMB (“A k a u n K a d K re d it

”) sahaja. Arahan-arahan yang terdahulu oleh Pemegang Kad Layak kepada Pembekal Servis untuk mengenakan Bayaran ke atas akaun kad kredit atau akaun kad caj yang dikekalkan oleh Pemegang Kad Layak dengan pembekal kad kredit atau kad caj yang lain dianggap sebagai batal dan Pemegang Kad Layak memberi kuasa kepada CIMB untuk memberi notis kepada Pembekal Servis dengan sewajarnya. Sekiranya mana-mana Pembekal Servis memberitahu CIMB bahawa ia tidak mengiktiraf arahan-arahan yang diberikan oleh CIMB, Pemegang Kad Layak tersebut harus dengan segera memberi notis secara bertulis kepada Pembekal Servis yang berkenaan mengenai penukaran arahan-arahan pembayaran tersebu.

22. Walaupun CIMB akan berusaha untuk membayar Bayaran tersebut, ia tidak akan

menerima sebarang tanggungjawab untuk membayar Bayaran tersebut pada sebarang masa atau pada masa yang ditetapkan. CIMB tidak akan menerima sebarang liabiliti yang tertimbul melalui apa-apa kesilapan, kecuaian, keenganan atau peninggalan untuk membuat atau kelewatan di dalam membuat Bayaran tersebut kepada Pembekal Servis. Pemegang Kad Layak harus memberi tempoh minima sebanyak dua (2) bulan untuk arahan bayaran automatik pertama dilaksanakan oleh CIMB untuk Bayaran tersebut.

23. Tanpa prejudis terhadap Klausa 22, CIMB tidak bertanggungjawab untuk membayar

semua atau apa-apa Bayaran kepada Pembekal Servis sekiranya Akaun Kad Kredit Pemegang Kad Layak tidak mempunyai had kredit atau sekiranya Pemegang Kad Layak bertanggungjawab untuk membayar Bayaran tersebut secara terus kepada Pembekal Servis. CIMB tidak wajib memberitahu Pemegang Kad Layak mengenai ketidakbayaran untuk semua atau mana-mana Bayaran tersebut kepada Pembekal Servis.

24. Sekiranya terdapat had kredit di dalam Kad Yang Mengambil Bahagian tetapi had

kredit tersebut tidak mencukupi untuk membayar Bayaran tersebut kepada semua Pembekal Servis, CIMB boleh memilih sama ada untuk:

(5)

(a) tidak membuat sebarang bayaran untuk Bayaran tersebut kepada Pembekal Servis di mana Pemegang Kad Layak mempunyai tanggungjawab untuk membuat Bayaran yang tidak terbayar tersebut secara terus kepada Pembekal Perkhidmatan; atau

(b) di dalam budi bicaranya yang multak menentukan susunan keutamaan

membayar Bayaran tersebut kepada mana-mana Pembekal Servis ia fikirkan sesuai, di mana Pemegang Kad Layak mempunyai tanggungjawab untuk membayar Bayaran yang tidak terbayar tersebut secara terus kepada Pembekal Perkhidmatan.

25. Terma-terma dan syarat-syarat ini kekal berkesan untuk melindungi CIMB untuk

Bayaran yang dibuat dengan suci hati tanpa mengira kematian atau kebankrapan Pemegang Kad Layak atau penamatan servis yang diberikan oleh Pembekal Servis (“P e n a m a t a n

”) sehingga notis sebenar diterima oleh CIMB berkenaan kematian atau kebankrapan Pemegang Kad Layak atau Penamatan.

26. Sebagai balasan kepada persetujuan CIMB memberi Servis, Pemegang Kad Layak

mengaku janji untuk menanggung rugi CIMB terhadap semua kehilangan, kos, ganti rugi, perbelanjaan, tuntutan dan permintaan yang ditanggung atau diterima oleh CIMB akibat pembekalan Servis.

27. CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa perbuatan atau peninggalan

Pembekal Servis atau untuk apa-apa kecacatan atau kekurangan di dalam servis yang diberikan oleh Pembekal Servis. Sebarang aduan atau pertikaian oleh Pemegang Kad Layak harus diselesaikan secara terus dengan Pembekal Servis dan tiada tuntutan terhadap Pembekal Servis boleh ditolak atau dituntut balas terhadap CIMB. Pemegang Kad Layak tidak boleh di bawah apa-apa keadaan menahan bayaran dari CIMB oleh sebab pengaduan atau pertikaian tersebut.

28. Pemegang Kad Layak harus memberitahu CIMB secara bertulis mengenai sebarang

penukaran terhadap nombor Kad Yang Mengambil Bahagian, termasuk nombor Kad Yang Mengambil Bahagian baru yang dikeluarkan di bawah ketegori “Kad Hilang” atau “Penukaran”.

29. Sama ada CIMB ataupun Pemegang Kad Layak boleh menamatkan Servis dengan

memberi notis bertulis antara satu sama lain tidak kurang dari satu (1) bulan. Penamatan Servis tidak akan menamatkan Perjanjian Kad Kredit antara CIMB dan Pemegang Kad Layak.

30. Sekiranya Perjanjian Kad Kredit antara CIMB dan Pemegang Kad Layak ditamatkan

sama ada oleh CIMB ataupun Pemegang Kad Layak, Servis akan ditamatkan dengan segera dan kewajipan CIMB untuk membuat Bayaran tersebut kepada Pembekal Servis dengan segara ditamatkan.

31. Pemegang Kad Layak memberi kebenaran kepada CIMB untuk mendedahkan kepada

Pembekal Servis yang dipilih oleh Pemegang Kad Layak maklumat berhubungan dengan Pemegang Kad Layak sepertimana yang didedahkan di dalam borang permohonan dan/atau penamatan dan Pemegang Kad Layak bersetuju secara nyata kepada pendedahan maklumat tersebut dan mengesahkan dan mengistiharkan bahawa tiada kebenaran lanjut daripada Pemegang Kad Layak adalah perlu dan

(6)

dikehendaki berkaitan ini dan CIMB tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam pendedahan maklumat tersebut.

32. Terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Pembekal Servis berkenaan

servis bayaran automatiknya adalah terpakai terhadap Servis seolah-olah yang sama digabungkan di dalamnya.

33. Pemegang Kad Layak harus mengemukakan kepada CIMB borang pendaftaran untuk

Servis berkaitan bayaran cukai taksiran kepada majlis perbandaran pada atau sebelum 15hb Disember dan 15hb Jun untuk tahun berkenaan supaya berjaya didaftarkan untuk Servis untuk tempoh-tempoh pertama dan kedua bayaran cukai taksiran tahun tersebut.

T e r m a -t e r m a d a n S y a ra t -s y a ra t A m

34. CIMB berhak untuk menerbitkan atau memaparkan nama, gambar dan bandar

kediaman Pemegang Kad Layak yang mendapat Hadiah di bawah Kempen ini untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai olehnya. Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Pemegang Kad Layak di sini membenarkan CIMB untuk menerbitkan nama, gambar dan bandar kediaman mereka tanpa apa-apa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

35. Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak bersetuju untuk terikat oleh

Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB.

36. CIMB berhak untuk mengubah, memotong atau menambahkan apa-apa kepada

Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau

memanjangkan, mengubah, memendekkan, menghentikan, membatalkan,

menamatkan atau menggantungkan Kempen (“P in d a a n

”) dengan memberikan notis yang mencukupi kepada Pemegang Kad Layak. Tiada pampasan dalam tunai atau bentuk lain akan diberikan kepada Pemegang Kad Layak untuk apa-apa kerugian atau kerosakkan yang dialami atau ditanggung oleh Pemegang Kad Layak secara langsung atau tidak langsung akibat daripada pengubahan, pemotongan,

penambahan atau perubahan Terma-terma dan Syarat-syarat dan/atau

penambahan, pengubahan, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini.

37. Terma-terma dan Syarat-syarat ini (seperti yang sama boleh diubah dari masa ke

semasa berdasarkan kepada Klausa 36) harus dibaca bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Kad Kredit dan Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks yang sedia ada dan harus mengatasi apa-apa ketidaksejajaran terma-terma, syarat-syarat, peruntukan-peruntukan atau representasi-representasi di dalam mana-mana material promosi yang mengiklankan Kempen ini.

38. Pindaan adalah mengikat terhadap Pemegang Kad Layak dan akan dianggap dibawa

kepada perhatian Pemegang Kad Layak melalui sebarang notis terdahulu sekurang-kurangnya tujuh (7) hari yang dimaklumkan oleh CIMB kepada Pemegang Kad Layak melalui komunikasi elektronik yang dipaparkan di laman web CIMB di www.cimbclicks.com.my, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh CIMB.

(7)

39. CIMB tidak menjamin bahawa Kempen ini tidak akan mengalami gangguan dan/atau kesilapan. Dengan menyertai Kempen, Pemegang Kad Layak dengan ini mengakui dan secara tidak boleh batal bersetuju bahawa CIMB tidak akan dalam apa cara jua bertanggungjawab atas sebarang kegagalan teknikal yang apa jua jenisnya, apa-apa halangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia yang berbangkit daripada Kempen atau pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui CIMB Clicks.

40. CIMB tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab untuk Hadiah yang

ditawarkan di bawah Kempen ini. CIMB tidak akan menerima apa-apa liabiliti (termasuk tanpa batasan, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, sampingan, akibat, teladan, punitif atau ganti rugi khas daripada mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang tertimbul samada secara kontrak, tort, kecuaian atau lain-lain yang berkaitan dengan Kempen ini, walaupun sekiranya CIMB telah dinasihati atas kemungkinan kerugian tersebut terlebih dahulu, dan semua kerugian tersebut adalah dikecualikan secara ekspres. 20” Beg Troli Barry Smith adalah disediakan secara tunggal oleh penjual-penjual dan pembekal-pembekal yang relevan. Sekiranya Pemegang Kad Layak tidak berpuas hati dengan Hadiah tersebut, Pemegang Kad Layak harus menuntut hak dengan penjual/pembekal yang relevan secara terus.

41. Dengan persetujuan atau penerimaan Hadiah, Pemegang Kad Layak bersetuju untuk

membebaskan CIMB dan anggota sekutu dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen masing-masing daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakkan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan anggota sekutu dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen masing-masingnya berkenaan dengan penyertaan Pemegang Kad Layak dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah.

42. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau

kepincangan antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan dibuat oleh Pemegang Kad Layak dan dicatatkan dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia untuk terma-terma dan syarat-syarat ini harus mengawal operasi Kempen, versi Bahasa Malaysia untuk Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan digunapakai.

43. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkenaan Kempen, Pemegang Kad Layak

boleh menghubungi Bahagian Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat, nombor telefon dan faksimili berikut (atau mempunyai alamat, nombor telefon dan faksimili lain di mana CIMB boleh menukar dengan memberikan notifikasi kepada Pemohon): Bahagian Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 1 300 880 900 / Faks: 603 2691 3248/ cru@cimb.com.

Referensi

Dokumen terkait

TEGANGAN SISI SEKUNDER PADA TRANSFORMATOR DAYA I 60 MVA 150/20 kV DENGAN PENGUBAH TAP BERBEBAN DI GARDU INDUK KERAMASAN PT. PLN ini

Calon mahasiswa yang namanya tertera pada Daftar Peserta Jalur PMDK Tahun 2016 namun tidak melakukan pendaftaran ulang pada periode waktu yang ditentukan di atas

Salah satu usaha yang dapat dilakukan oleh guru untuk mengatasi persoalan yang telah disebutkan di atas adalah memilih suatu pendekatan, strategi, metode, atau model

Lamanya jam siang hari memiliki sedikit efek pada suhu bumi ini dapat terlihat pada kutub yang masih dingin di musim panas walau meskipun lamanya siang hari adalah 24 jam,

Divisi pergudangan menangani pencatatan pupuk yang masuk dan keluar gudang dengan menggunakan Ms.Excel, lalu mencetak surat perintah bongkar sesuai dengan nomor DO

 Bagi melayakkan diri untuk menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak mestilah memohon Kad Layak melalui laman web HLB di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”) atau Perbankan

Pemegang Kad dan Pemegang(-Pemegang) Kad Tambahan masing-masing memberikuasa kepada Bank, samada sebelum atau selepas pemberhentian penggunaan Kad Kredit tersebut, untuk menahan wang

Kuota siswa yang diterima dalam setiap sekolah didasarkan pada: ❑ Jumlah rombongan belajar tahun lalu. ❑ Jumlah dan domisili