• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP AMALAN DIALOG PERADABAN DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DI IPG KAMPUS

SULTAN ABDUL HALIM

Md Zuki Bin Hashim IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Abstract

Lately found many people often raise sensitive issues of civilization very risky sparking racial strife in Malaysia whether through verbal statements or physical actions. This issue has posed a challenge to the education system in Malaysia, particularly in terms of the role of teachers to realize the concept of education for solidarity. Thus, this study aims to detect the level of understanding about culture and civilizatioanal dialogue practices and the relationship between both among trainees who will be entrusted with the responsibility to foster unity in the workplace in the future. This study is a survey research. The sample is 57 students of Bachelor of Education Takeout June 2015. Data were collected through questionnaires completed by the subjects. Data were analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS). The study found that overall understanding of civilization is at a high level. Practice civilizational dialogue among respondents also are at high level, which includes the practice of goodwill, sharing practice, practice of positive attributes and practice of interaction. Some items available requires special attention because it is at a moderate level, namely the tendency to greet a different race or religion people (goodwill), share stationery and living room with friends of different race and religion (partnership) and the discussion of issues of racism with a friend or lecturers of different nationalities and religions (interaction). The study also found that there is a significant, positive and strong relationship between the understanding of civilization with civilizational dialogue practices.

Keywords: civilizational dialogue, the practice of goodwill, the interaction

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Matlamat pendidikan global adalah untuk membolehkan golongan muda mengambil bahagian dalam membentuk masa depan yang lebih baik dan dikongsi bersama untuk kesejahteraan dunia. Pendidikan global menekankan perpaduan sesama manusia yang saling bergantung antara ahli masyarakat dan membangunkan jati diri dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, memperkukuh keadilan sosial dan hak asasi manusia, serta keamanan dan tindakan membina untuk masa depan yang mampan pada masa-masa dan tempat-tempat yang berbeza. Pendidikan global menggalakkan nilai-nilai positif dan membantu pelajar untuk bertanggungjawab atas tindakan mereka dan untuk melihat diri mereka sebagai warga dunia yang boleh menyumbang kepada

(2)

dunia yang lebih aman, adil dan mampan. 1.2 Latar Belakang Masalah

Malaysia sebuah Negara yang unik dari segi komposisi kaum dalam masyarakatnya. Masyarakat majmuk di Malaysia menjadi contoh kepada penduduk dunia betapa semua kaum yang wujud saling berusaha mempertahan keharmonian dan keamanan yang telah sekian lama dibina hasil kerjasama dan sikap toleransi. Kaum-kaum utama yang menerajui tamadun Malaysia ialah Melayu, Cina dan India di samping kaum-kaum lain yang tidak kurang sumbangan mereka memajukan Malaysia yang mewakili tamadun masing-masing. Manakala ugama yang mendominasi kepercayaan ketuhanan penduduk Malaysia ialah Islam, Kristian, Buddha, Kungfusius dan beberapa agama lain yang turut mendasari ajaran untuk keamanan, kesejahteraan, ketenteraman, keselamatan dan keharmonian berasaskan perintah Tuhan.

1.3 Pernyataan Masalah

Pepatah Melayu ada menyebut sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Begitu jugalah dengan suasana di Malaysia. Kedapatan beberapa isu perkauman dan peradaban telah berbangkit dalam kalangan masyarakat Malaysia. Isu perkauaman yang dibangkitkan berhubung dengan status bumiputera kaum bukan Melayu, ungkitan status masyarakat Cina sebagai pendatang yang menumpang (Utusan Malaysia, 5 September 2008) dan penghinaan terhadap masyarakat India. Isu status kaum ini dibangkitkan oleh pemimpin-peminpin yang berpengaruh yang boleh mengundang keadaan kegawaatan di seluruh Negara (Utusan Malaysia, 2 Februari 2010).

Pelbagai pihak kemudiannya tampil mengemukakan pendapat bagi menyelesaikan isu-isu perkauman ini dengan cadangan supaya digiatkan dialog antara peradaban (Mohd. Shauki, 2008). Sistem pendidikan dicadangkan agar menjadi wadah terbaik untuk menjadi mekanisma perpaduan. Guru-guru merupakan agen yang paling berkesan untuk mencapai hasrat itu. Sidek (2007) , telah menyuarakan kebimbangan ini bahawa di institusi pengajian tinggi (IPT) terutama di tahap persediaan atau rendah, interaksi sosial berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar berada di tahap yang baik. Di kantin, di bilik darjah dan di padang permainan anak-anak tidak mengenal makna perbezaan dan kelainan.Tetapi apabila memasuki peringkat menengah, polarisasi mula tampak dan di IPT pola pergaulan semakin ketara dan ia memberi petanda yang kurang enak bagi Malaysia pada masa depan.

(3)

mantap dan mengamalkan dialog peradaban dalam kehidupan mereka? Justeru, kajian ini berhasrat meninjau tahap kefahaman peradaban dan amalan dialog peradaban dalam kalangan bakal guru (guru pelatih) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia yang bakal dipertanggungjawabkan menerajui pendidikan untuk perpaduan di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk:

1.4.1 Mengenal pasti tahap kefahaman peradaban dalam kalangan guru pelatih di instutut pendidikan guru.

1.4.2 Mengenalpasti tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan guru pelatih. 1.4.3 Mengkaji hubungan tahap kefahaman peradaban dengan tahap dialog

peradaban dalam kalangan guru pelatih. 1.5 Persoalan Kajian

Objektif kajian ini dapat dicapai dengan menjawab persoalan-persoalan berikut: 1.5.1 Apakah tahap kefahaman peradaban dalam kalangan guru pelatih di institut

pendidikan guru?

1.5.2 Apakah tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan guru pelatih?

1.5.3 Adakah wujud hubungan antara tahap kefahaman peradaban dengan tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan guru pelatih?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini akan memberikan gambaran yang lebih bermakna kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk menyemak semula kurikulum beberapa mata pelajaran yang relevan untuk meningkatkan kefahaman peradaban dalam kalangan pelajar.

Peneraju pusat-pusat pendidikan dapat menggiatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk meningkatkan tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan pelajar.

1.7 Batasan / Skop Kajian

Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjanamuda Perguruan yang sedang mengikuti pengajian di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Kajian ini bersifat setempat ( locality) dan tidak boleh digeneralisasi kepada IPG lain.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Amalan Dialog Peradaban

(4)

perbuatan yang menunjukkan bahawa wujud unsur tolak ansur atau toleransi dalam perhubungan merentas agama, bangsa dan budaya. Azizan (2008) mengklasifikasi amalan dialog peradaban bahawa di dalam kehidupan seharian masyarakat pelbagai kaum dan agama saling memperkaya fahaman masing-masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi mereka melalui proses bekerjasama, berkomunikasi dan hidup bersama-sama di dalam konteks pekerjaan, sekolah, penggunaan hospital transportasi awam dan lain-lain.

SOROTAN KAJIAN 2.1 Definisi Dialog

Dialog bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya (Kamus Dewan, 2005). Selain itu berdialog yang disebutkan dalam Kamus Dewan juga memberi erti bertukar-tukar pendapat atau pandangan mengenai sesuatu isu secara terbuka. Menurut Ghazali Basri (1990), dialog adalah suatu bicara, komunikasi antara dua pihak atau lebih samada secara formal atau tidak formal. Selain itu, dialog bukannya semata-mata satu siri perbicaraan malahan ia adalah satu cara berfikir yang baru; satu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta maknanya. Dialog juga membawa maksud sebuah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza mengenai sesuatu subjek atau perkara yang tertentu dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi (Azizan,2008).

2.2 Definisi Peradaban

Manakala peradaban pula didefinisikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dsb) (Kamus Dewan: 2005). Tamadun yang seerti dengan peradaban juga membawa maksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi (Kamus Dewan: 2005). Selain itu, tamadun dimaksudkan dengan negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) serta keadaan pemikiran (budaya dan moral yang halus) (Kamus Dewan: 2005). Menurut Prof. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang dipetik oleh Azmi Shah (2007) bahawa peradaban ialah keadaan kehidupan

(5)

insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

2.3 Konsep Dialog Peradaban

Menurut Chandra Muzaffar (2003), dialog peradaban juga bermaksud interkomunikasi dan persefahaman antara tamadun berdasarkan kepada elemen penting iaitu memahami budaya masing-masing tanpa ada rasa prejudis terhadap masyarakat daripada kaum yang lain. Oleh yang demikian, dialog peradaban dapat difahami sebagai perundingan, interaksi positif antara dua pihak, komunikasi dua hala atau lebih peradaban yang bertujuan untuk memupuk persefahaman dan pengertian, berkongsi perspektif dalam menyelesaikan masalah dalam pelbagai aspek, bertoleransi sesama rakan dialog yang berlainan peradaban, kerjasama yang disepakati, bertukar-tukar pendapat dan fikiran dan sebagainya.

2.4 Kajian Lepas

Azmi Shah et.al.(2007) telah menjalankan kajian tahap dialog peradaban dalam kalangan guru pelatih tahun tiga Universiti Teknologi Malaysia dan mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap dialog peradaban adalah sederhana, namun dalam nilai prihatin dan sikap tolenransi adalah tinggi. Dapatan kajian ini telah dirumus dalam beberapa isi penting iaitu:

2.7.1. Budaya hidup berinterasksi dan berdialog dikalangan guru pelatih-guru pelatih di IPTA sememang sudah terjalin melalui subjek dan kuliah TITAS dan Hunbungan Etnik yang diwajibkan kepada guru pelatih IPTA. Kewajiban mengambil subjek wajib Universiti dan mengikutinya ternyata memberi kesan dan boleh ditingkatkan dari masa ke semasa.

2.7.2. Prinsip, nilai dan sifat dimensi dialog peradaban seperti nilai kejujuran, nilai prihatin dan sikap toleransi dalam tanggapan dan amalan guru pelatih yang terbina sejak pada peringkat sekolah dan dibawa ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Prinsip, nilai dan sifat murni peradaban harus dipupuk dan dibangunkan agar senantiasa dinamik dan menjadi budaya masyarakat kampus.

2.7.3. Guru pelatih menyedari dan mengambil berat tentang perlunya kepada keamanan dan kedamain bukanya kekerasan dan pencerobohan terhadap hak-hak asasi manusia.

(6)

toleransi, interaksi, prihatin, jujur, hormat-menghormati serta kerjasama berada pada tahap yang sederhana ke atas dan boleh ditingkatkan lagi.

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan.

3.2 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini ialah 312 orang guru pelatih yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat Ijazah Sarjanamuda Perguruan. Gay dan Airasian (2003) menjelaskan bahawa adalah memadai untuk kajian deskriptif menggunakan 10%-20% sampel, tetapi itu adalah had minima yang dicadangkan. Walaupun begitu adalah lebih baik jumlah sampel dapat dibesarkan jika responden mampu diakses dengan mudah kerana jumlah sampel yang besar dapat membantu generalisasi dapatan kajian ke atas populasi. Justeru, sampel kajian ini hanya melibat 57 orang guru pelatih Ambilan Jun 2015.

3.4 Instrumen Kajian 3.5.1 Soal Selidik

Soalselidik kajian ini menggunakan borang yang disediakan. Borang soalselidik ini diubahsuai daripada borang soalselidik yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Malaysia. Soalselidik dibahagian kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A bagi latarbelakang responden, Bahagian B bagi kefahaman peradaban dan Bahagian C bagi amalan dialog peradaban.

3.5 Analisis Data

Data-data yang dikumpul diperolehi daripada borang soalselidik yang diedarkan kepada responden. Semua data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Analisis deskriptif digunakaan untuk menjawab dua soalan yang berkaitan tahap kefahaman peradaban dan tahap amalan dialog peradaban.

(7)

Tahap kefahaman dan amalan dialog peradaban dikategorikan kepada tiga iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Julat bagi ketiga-tiga kategori ini adalah 1 berasaskan formula 4-1=1 seperti dalam Jadual berikut:

Jadual 1:

Kategori Tahap Berdasarkan Min

Nilai Min Tahap

1.00 – 1.99 Rendah

2.00 – 2.99 Sederhana

3.00 – 4.00 Tinggi

Manakala analisis korelasi digunakan untuk menjawab persoalan kajian ketiga iaitu untuk melihat hubungan antara tahap kefahaman peradaban dan tahap amalan dialog peradaban. Analisis Korelasi Pearson 'r' digunakan untuk melihat perkaitan di antara tahap kefahaman peradaban dan amalan dialog peradaban dalam kalangan responden. Pearson 'r' ialah ukuran perkaitan yang menunjukan kekuatan dan arah perkaitan di antara pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan. Kaitan ini di sebut dalam dua bentuk iaitu sama ada perkaitan positif atau perkaitan negatif.

Jadual 3:

Nilai Pekali ‘r’ dan penerangannya Nilai Pelaki ‘r’ Penerangan

.70 atau lebih Kaitan yang sangat kuat .50 hingga .69 Kaitan yang kuat .30 hingga .49 Kaitan sederhana kuat .10 hingga .29 Kaitan yang lemah

.01 hingga .09 Kaitan yang yang boleh diabaikan

Manakala nilai magnitut 'r' akan menunjukan kekuatannya iaitu sama ada perkaitan yang kuat atau perkaitan yang lemah. Nilai magnitut ‘r’ untuk kajian ini adalah berdasarkan persetujuan yang dibentuk oleh Davis (1971).

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan memandangkan soalselidik adalah hasil ubahsuai daripada kajian oleh Universiti Teknologi Malaysia bagi menguji tahap keesahan dan kebolehpercayaan item-item yang diuji. Kajian rintis ini dijalankan dalam guru pelatih Program Diploma Lepas Ijazah.

Kajian rintis terhadap item soalselidik yang dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science 12.0 (SPSS) memberikan nilai

(8)

kebolehpercayaan yang tinggi iaitu nilai Alpha Cronbach instrumen ini iaitu .902 bagi Bahagian A (Kefahaman terhadap peradaban). Manakala nila Alpha Cronbach bagi Bahagian B (Amalan dialog peradaban) ialah .913.

Jadual 3:

Nilai Kebolehpercayaan Instrumen

Bahagian Nilai Alpha Cronbach N

B: Kefahaman terhadap peradaban .902 13

C: Amalan dialog peradaban .913 40

DAPATAN KAJIAN

4.1 Analisis Demografi Responden

Kajian ini telah melibatkan responden dalam kalangan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2015 yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan 49 orang perempuan daripada pelbagai latar belakang agama iaitu Islam (24), Kristian (7), Buddha (7) dan Hindu (19) dan latar belakang bangsa iaitu Melayu (21), China (11), India (19) dan lain-lain (6) yang mewakili bidang pengajian Tamil (15), Agama dan Bahasa Arab (13), Sejarah (14) serta Prasekolah (15) sebagaimana dinyatakan dalam Jadual 4.

Jadual 4:

Analisis demografi responden kajian

JANTINA AGAMA BANGSA PENGAJIAN

Lel ak i Per em pua n Isl am K ri st ia n B uddha H indu Me layu C hi na Indi a Lai n -l ai n Tam il A gam a Sej ar ah Pra se kol ah 8 49 24 7 7 19 21 11 19 6 15 13 14 15

4.2 Persoalan kajian 1: Apakah tahap kefahaman guru pelatih tentang peradaban Malaysia?

Analisis deskriptif telah menzahirkan bahawa kefahaman terhadap peradaban dalam kalangan responden berada pada tahap tinggi (min=3.3). Namun begitu kedapatan dua item berada pada tahap sederhana iaitu kefahaman tentang sejarah tamadun lain (2.9) dan kefahaman terhadap peruntukan perezaban yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia (2.9). Perincian tentang skor setiap item bagi tahap kefahaman terhadap peradaban boleh dirujuk kepada Jadual 5.

Jadual 5:Skor Min Tahap Kefahaman Responden Terhadap Peradaban

(9)

1 Faham agama sendiri 3.7

2 Faham agama lain 3.1

3 Fahamn sejarah tamadun sendiri 3.3

4 Faham sejarah tamadun lain 2.9

5 Faham persamaan antara tamadun 3.1

6 Faham sumbangan tamadun lain untuk merdeka 3.5

7 Faham hak semua kaum 3.1

8 Faham kedudukan Bahasa Melayu 3.4

9 Faham kedaulatan Raja-raja 3.4

10 Faham Islam agama rasmi 3.5

11 Faham rukun negara 3.5

12 Faham perezaban 2.9

13 Faham sumbangan semua untuk pembangunan 3.5

14 Kefahaman Peradaban 3.3

4.3 Persoalan kajian 2: Apakah tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan guru pelatih?

Analisis deskriptif juga telah menzahirkan bahawa amalan dialog peradaban dalam kalangan responden berada pada tahap tinggi (3.5) yang meliputi amalan muhibbah (3.4), amalan perkongsian (3.4), amalan nilai (3.7) dan amalan interaksi (3.4) seperti dalam Jadual 6. Tiada item yang berada pada tahap rendah. Namun kedapatan beberapa item yang berada pada tahap sederhana seperti keselesaan untuk menyapa warga IPG yang berlainan agama dan bangsa (2.0) dalam amalan muhibbah. Bagi amalan perkongsian pula, didapati dua item berada pada tahap sederhana iaitu keselesaan berkongsi bilik (2.8) serta keselesaan berkongsi alat tulis (2.0) dengan rakan berlainan agama dan bangsa. Manakala amalan interaksi pula menzahirkan dua item yang berada pada tahap sederhana iaitu penyertaan dalam perbincangan umum tentang isu perkauman (2.9) dan keselesaan berbincang isu perkauman dengan pensyarah berlainan agama dan bangsa (2.5). Jadual 7 hingga Jadual 10 mempunyai perincian tentang skor min setiap item bagi amalan dialog peradaban.

Jadual 6:

Skor Min Amalan Dialog Peradaban

1 Amalan Muhibbah 3.4

2 Amalan Perkongsian 3.4

3 Amalan Nilai 3.7

4 Amalan Interaksi 3.4

5 Amalan Dialog Peradaban 3.5

Jadual 7:

Skor Min Amalan Muhibbah

(10)

2 Selesa berjabat tangan 3.7

3 Angkat tangan bila bertemu 3.4

4 Ziarah rumah semasa perayaan 3.2

5 Selesa layan rakan berkunjung 3.7

6 Selesa menyapa warga IPG berlainan bangsa dan agama 2.0

7 Senyum bila bertemu 3.8

8 Ucap takziah atas musibah 3.5

9 Ucap tahniah kejayaan 3.6

10 Ucap terima kasih 3.7

11 Muhibbah 3.4

Jadual 8:

Skor Min Amalan Perkongsian

1 Boleh makan semeja 3.8

2 Selesa kongsi ruang perbincangan 3.7

3 Selesa tinggal sebilik dengan rakan berlainan bangsa dan agama 2.8

4 Selesa kongsi kenderaan awam 3.6

5 Selesa guna pinggan dan gelas 3.2

6 Selesa kongsi gelanggang permainan 3.8

7 Suka kongsi alat tulis dengan rakan berlainan bangsa dan agama 2.0

8 Selesa dalam pasukan kokurikulum bersama 3.6

9 Selesa kongsi kelas 3.7

10 Selesa berkongsi peralatan sukan 3.7

11 Perkongsian 3.4

Jadual 9:

Skor Min Amalan Nilai

1 Semangat berpasukan tinggi 3.8

2 Hormat cara makan 3.7

3 Hormat cara berpakaian 3.5

4 Hormat pandangan orang lain 3.6

5 Hormat amalan tanggal kasut 3.8

6 Hormat Tuan Pengarah 3.8

7 Beri laluan kepada orang tua 3.7

8 Tidak mengguna tandas OKU 3.6

9 Menghargai sumbangan orang lain 3.6

10 Pilih MPP berdasarkan kewibawaan 3.6

11 Nilai 3.7

Jadual 10:

Skor Min Amalan Interaksi

1 Selesa KK berkumpulan 3.6

2 Ambil bahagian perbincangan perkauman 2.9

3 Selesa dalam satu jawatankuasa 3.5

4 Selesa rombongan bersama 3.5

(11)

6 Selesa aktiviti ko bersama 3.8 7 Suka sertai aktiviti sukarela dgn rakan berlainan bangsa 3.4 8 Selesa bincang perkauaman dengan pensyarah berlainan bangsa 2.5

9 Selesa berwasap dalam group 3.6

10 Berlapang dada terima kritikan demi kebaikan 3.5

11 Interaksi 3.4

4.4 Persoalan kajian 3: Apakah wujud hubungan antara tahap kefahaman peradaban dengan tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan guru pelatih?

Kajian ini telah menzahirkan bahawa wujud hubungan positif yang sederhana kuat (r=.555) antara tahap kefahaman peradaban dan tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan responden kajian seperti yang dinyatakan dalam Jadual 11.

Jadual 11:

Korelasi Pearson antara kefahaman terhadap peradanan dengan amalan dialog peradaban AMALAN DIALOG PERADABAN KEFAHAMAN PERADABAN Korelasi Pearson .552(**) Sig. (2 hala) .000 N 57

** Korelasi signifikan pada aras 0.01 (2 hala). PERBINCANGAN

Kajian ini telah menzahirkan tahap kefahaman bakal guru (guru pelatih) di institusi pendidikan guru berada pada tahap tinggi. Namun begitu, pihak-pihak berkepentingan perlu memberikan perhatian kepada dua isu yang masih lagi berada pada tahap sederhana iaitu kefahaman tentang sejarah tamadun-tamadun yang wujud di Malaysia iaitu Tamadun Melayu, Tamadun Islam, Tamadun Cina, Tamadun India, Tamadun Jepun dan Tamadun Barat.

Dapatan kajian ini, tidak sewajarnya memberikan ruang selesa kepada pihak IPG kerana cabaran masih belum selesai sebagaimana dijelaskan oleh Abdul Shukor (2003) bahawa walaupun guru menunjukkan mempunyai kefahaman terhadap usaha pemupukan patriotisme di bilik darjah, tetapi guru dilihat kurang berjaya dalam menghubungkaitkan antara kehendak kurikulum untuk memupuk semangat patriotisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru kurang berjaya memupuk semangat patriotisme secara berkesan sekadar di tahap pemikiran asas sahaja dan tidak ke arah pemikiran tinggi yang dapat mengubah pemikiran atau andaian pelajar.

(12)

mempertimbangkan usaha untuk menjadikan kefahaman tentang Perlembagaan Malaysia sebagai salah satu mata pelajaran atau diterapkan dalam mata pelajaran lain secara khusus. Cadangan ini berasaskan dapatan kajian ini yang menzahirkan kefahaman guru pelatih terhadap konsep perezaban masih berada pada tahap sederhana.

Kajian ini juga mendapati tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan guru pelatih berada pada tahap tinggi. Dapatan ini tidak selari dengan dapatan kajian oleh Azmi Shah et. al. (2007) yang mendapati tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan guru pelatih pada tahap sederhana. Perbezaan ini menarik untuk dikaji lebih lanjut. Namun, beberapa item masih memerlukan usaha yang bersepadu bagi meningkatkannya seperti amalan menyapa hanya warga IPG yang sama bangsa atau agama sahaja. Berdasarkan dapatan kajian ini, amalan menyapa warga IPG yang berlainan agama dan bangsa berada pada tahap sederhana bagi kategori muhibbah.

Begitu juga dengan kategori perkongsian, kedapatan item yang skornya berada pada tahap sederhana. Kajian ini telah menzahirkan bahawa item yang masih memerlukan perhatian untuk dibudayakan ialah amalan berkongsi alat tulis dan berkongsi bilik dengan rakan berlainan bangsa dan agama.

Manakala kategori amalan nilai murni pula, kajian ini mendapati semua item berada pada tahap tinggi. Justeru, boleh dibuat rumusan bahawa guru pelatih di IPG sangat mengamalkan nilai murni dalam kehidupan mereka.

Namun begitu, bagi kategori interaksi, kajian ini mendapati guru pelatih kurang melibatkan diri dalam perbincangan umum tentang isu perkauman dan mereka lebih suka berbincangan isu berkenaan dengan pensyarah yang sama bangsa dan agama dengan mereka. Jurang ini perlu diberi perhatian agar dialog peradaban diamalkan dengan telus dan terbuka dengan pendekatan akademik yang berasaskan pemikiran yang rasional tanpa berselindung atau menyembunyikan sesuatu pandangan yang berlainan kerana ia mungkin menyebabkan salah faham.

Kajian ini akhir sekali merumuskan bahawa wujud hubungan positif yang kuat antara kefahaman peradaban dan amalan dialog peradaban. Dalam erti kata lain, peningkatan tahap kefahaman peradaban akan meningkatkan amalan dialog peradaban. Justeru, semua pihak dalam industri pendidikan di Malaysia perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kefahaman peradaban dalam kalangan pelajar agar amalan dialog peradaban dapat ditingkatkan. Tahap amalan dialog peradaban yang tinggi akan menjamin keharmonian masyarakat dan kestabilan negara. Perkaitan dua unsur ini penting sebagaimana ditegaskan oleh Sidek (2007) bahawa sekolah atau IPT adalah tapak semai yang terbaik bagaimana proses memahami perbezaan dapat di pupuk dan

(13)

pendekatan memahami persamaan dapat di semai. Yang berbeza biarlah berbeza tetapi aspek yang merintis titik persamaan yang banyak patut disuburkan dan menjadi jambatan kepada hubungan manusia dan kemanusiaan.

CADANGAN

Hasil kajian ini telah menzahirkan maklumat-maklumat yang bermakna untuk dijadikan asas tindakan penambahbaikan dari segi meningkatkan kefahaman peradaban dan amalan dialog peradaban. Namun begitu, beberapa kajian lain masih boleh dibuat bagi memperkukuh atau mengkritik dapatan kajian-kajian sebelumnya. Berikut dicadangkan kajian lanjutan tersebut:

1. Kajian keberkesanan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah.

2. Kajian tahap kefahaman peruntukan-peruntukan yang berkaitan hak semua kaum dalam perlembagaan.

3. Kajian tahap amalan dialog peradaban dalam kalangan masyarakat berasaskan beberapa elelemen demografi seperti kawasan penempatan, bidang pekerjaan dan sebagainya.

PENUTUP

Beberapa insiden yang berlaku di Malaysia masih dapat dikawal oleh pihak berkuasa keselamatan. Insiden-insiden ini telah mematangkan cara berfikir dan bertindak rakyat Malaysia apabila berhadapan dengan isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian negara. Kematangan berfikir dan bertindak bagi mengekalkan keamanan dalam negara mungkin merupakan tanda awal kejayaan sistem pendidikan di Malaysia yang mengutamakan perpaduan melalui aplikasi mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Sejarah yang disokong oleh aktiviti kokurikulum yang sentiasa memperkukuhkan pelaksanaan kurikulum serta rancangan khas RIMUP dalam usaha mewujudkan interaksi silang budaya dan tamadun dalam kalangan pelajar. IPG yang dipertanggungjawabkan menyediakan guru yang berkualiti telah berjaya merealisasikan peranannya sebagai suatu amanah yang diiringi tahap akauntabiliti yang tinggi.

RUJUKAN

Abd Sukor Bin Yusof (2003), Pemupukan Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Menerusi Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah: Satu Kajian Kes Tingkatan Dua, diperoleh pada 3 Januari 2017 daripada http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/91/1/Pemupukan%20semangat%20patriotis

(14)

me%20di%20kalangan%20pelajar%20sekolah%20menengah%20menerusi%20

pengajaran%20dan%20pembelajaran%20sejarah-%20satu%20kajian%20kes%20tingkatan%20dua.pdf

Azizan Bin baharudin (2008), Peranan Dialog peradaban Di Dalam Wacana “Tamadun Malaysia”, Jurnal peradaban, Jilid 1, hal.1, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Azmi Shah bin Suratman, Mohd Nasir Bin Ripin, Ramli Bin Awang, Syed Mahussain Bin Syed Ahmad dan Zulkifli Bin Haron (2007), Tahap dialog Peradaban: Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun 3 Universiti Teknologi Malaysia, Laporan Kajian oleh Pusat pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, http://eprints.utm.my/2835/1/71864.pdf

Chandra Muzaffar (2003). Muslim, Dialogue, Terror. JUST: Petaling Jaya

Davis, J.A. (1971), Elementary survey analysis. New York: Prentice Hall. Inc. Glied, S., & Kofman, D. (1995). Women and mental health: Issues for health reform. Columbia University Commission on Women’s Health. New York: Columbia University Press.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gay L.R. dan Airasian P. (2003), Educational Research: Competencies for Analysis and

Applications, 7th edition, New Jersey: Pearson Education, Inc.

Ghazali Basri (1990). Christian Mission And Islamic Da’wah In Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Mohd Shauki Bin Abd Majid (2008), Kepentingan dialog antara peradaban (Bhg.1), http://ummatanwasatan.net/?p=213

Sidek Baba, Dr. Prof, (2007), Makna Peradaban Bagi Remaja, Diperoleh pada 15 Oktober 2015 daripada http://drsidekbaba.blogspot.my/2007/03/makna-dialog-peradaban-bagi-remaja.html

Utusan Malaysia, (2 Februari 2010), Pegawai Khas PM akan letak jawatan, Kuala

Lumpur: Utusan Malaysia Sdn. Bhd.,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0202&pub=utusan_mal aysia&sec=Terkini&pg=bt_34.htm&arc=hive

RUJUKAN TAMBAHAN

Bernama (5 September 2008), Saya tidak bersikap perkauman, isu perkauman timbul

kerana salah lapor akhbar, kata Ahmad,

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=357476

________ (20 Januari 2010), Dialog yang efektif bantu selesai isu sensitif, Kuala

Lumpur: Bernama.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=469792

________ (27 Januari 2010 ), Kepala babi hutan dijumpai di dua masjid di Petaling

Jaya, Kuala Lumpur: Bernama.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=471482

________ (27 Januari 2010 ), Polis tetap siasat penulis blog hina Al-Marhum Sultan

Johor, Kuala Lumpur: Utusan Malaysia,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0127&pub=Utusan_Ma laysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

Utusan Malaysia ( 12 Januari 2010), Mantapkan penghujahan isu kalimah Allah, Kuala

(15)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0112&pub=utusan_mal aysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

_____________ (15 Januari 2010), Siasat pelbagai sudut gereja disimbah cat, Kuala

Lumpur: Utusan Malaysia Sdn. Bhd.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0115&pub=utusan_mal aysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

Siddiq Fadhil, Dr. Dato’ (2010), Kontroversi pemakaian kalimat Allah: Suatu

pernyataan keprihatinan,

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1005/KONTROVERSI-

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga