• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Dan Kebaikan Membaca

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kepentingan Dan Kebaikan Membaca"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Kepentingan dan Kebaikan membaca

Dewasa ini,terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di pasaran sama ada di dalam atau dari luar negara.Antara contoh-contoh bahan bacaan yang terdapat di pasaran ialah surat khabar,majalah,komik dan sebagainya.Bahan bacaan ini boleh didapati di kedai-kedai buku. Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri sendiri.Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa seperti ekonomi,politik,dan sosial.Ibubapa pada hari ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan.Ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan ilmiah serti Dewan Pelajar,Al-Risalah dan sebagainya bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.Hal ini, dapat mereka jadikan sebagai amalan yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Selain itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Remaja zaman sekarang seakan sudah hilang minat membaca kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti

melepak,lumba haram,bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan sebagainya.Oleh itu,berlakulah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang akan merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah tonggak negara.

Di samping itu juga, seseorang itu dapat mendalami sesuatu isu dengan lebih mendalam apabila membuat rujukan sama ada untuk kertas kerja atau sebaliknya.Bahan bacaan baleh didapati dalam pelbagai versi bahasa antaranya ialah Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin dan sebagainya.Pembaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui pembacaan tersebut.

Oleh itu,membaca memberikan pelbagai faedah yang amat berguna.Jadikan membaca sebagai amalan seharian agar kita dapat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan dan dapat menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat, negara dan bangsa.

Setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kita berjaya di dalam pelajaran ?

setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang

berbagai-bagai cara untuk mendapat kecemerlangan setiap murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan tinggi bergantung kepada individu sendiri dan lain-lain faktor

(2)

i. tumpuan terhadap pelajaran - menelaah pelajaran - membuat rujukan

ii. menyediakan jadual waktu peribadi yang teratur - patuh kepada jadual waktu tersebut iii. rajin bertanya kepada guru - jika timbul masalah - perbincangan dengan rakan-rakan iv. sediakan buku-buku rujukan secukupnya

v. ikuti kelas tambahan - di sekolah / tempat lain vi. banyakkan latihan tambahan

vii. tidak ponteng kelas / sekolah

viii. tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa ix. banyak membaca bahan-bahan tambahan

x. sikap tidak berputus asa - tekun tanpa mengenal jemu mencermin diri sendiri - berazam - mencapai kejayaan

kesedaran perlu untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran

Masalah disiplin murid-murid sekolah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pengertian disiplin - peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti

contoh pelanggaran disiplin di sekolah - ponteng sekolah, hisap rokok, ugutan, melawan guru, berpakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan lain-lain.

Isi-isi

Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin murid-murid

i. memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu

ii. ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka

iii. pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.

iv. piak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid

v. pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan - mengawasi tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan masalah salah laku murid.

(3)

Penutup

masalah disiplin tidak akan berjaya jika satu pihak saja yang berusaha tanpa kerjasama semua pihak.

Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin - Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

Ikan air tawar banyak khasiatnya. Tuliskan cara-cara untuk menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar.

i. Ikan air tawar sedap dan banyak khasiatnya

ii. ikan air tawar terdapat di sungai, tasik, sawah dan dipelihara di kolam

iii. contoh ikan air tawar - lampan Jawa, keli, sepat, haruan, tilapia, patin dan lain-lain cara-cara menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar :

i. kempen memakan ikan air tawar dijalankan dari masa ke semasa

ii. cara-cara memasak ikan air tawar hendaklah diberitahu kepada orang ramai supaya mereka benar-benar dapat merasai kelazatannya

iii. harga ikan air tawar hendaklah dikawal supaya ianya tidaklah terlalu mahal agar orang ramai dapat membelinya

iv. galakkan orang ramai menternak ikan air tawar supaya ikan air tawar mudah diperolehi v. gerai-gerai makan hendaklah menyediakan menu masakan ikan air tawar sebagai salah satu daripada lauk pilihan

vi. pihak kesihatan / perikanan hendaklah selalu memberi penerangan tentang khasiat memakan ikan tawar kepada orang ramai.

Semua pihak harus mengambil bahagian bagi menggalakkan orang ramai memakan ikan air tawar.

soalan 0

Pendidikan tadika yang ada pada masa ini amat memberi faedah kepada anak-anak kita apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Bincangkan.

1. PENDAHULUAN :

Pendahuluan : Apakah ia pendidikan tadika

- memberi manfaat kepada kanak-kanak Isi- isi penting : a] berumur antara 4 hingga 6 tahun

(4)

b] mendedahkan kanak-kanak ke alam persekolahan c] dapat bergaul dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka

- mengelakkan kanak-kanak daripada bosan duduk di rumah

d] kanak-kanak sudah biasa dengan alam persekolahan dan tidak kekok

Penutup : Lebih banyak penubuhan kelas tadika lebih baik soalan 1

Buah-buahan tempatan memang berkhasiat dan lazat untuk dimakan. Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai memakan buah-buahan tempatan.

Pendahuluan : Jenis buah-buahan tempatan ada dua jenis - jenis bermusim - tidak bermusim - contoh buah bermusim - contoh buah tidak bermusim isi

kempen memakan buah-buahan oleh kerajaan adakan promosi jualan murah

peranan media massa - sebarkan tentang kelebihan memakan buah tempatan kurangkan import buah-buahan dari luar

tegaskan peranan dan kelebihan buah-buahan tempatan - kepada kesihatan soalan 2

Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke negara kita. Pendahuluan : banyak tempat menarik di Malaysia - contoh tempat

isi

penerangan meluas mengenai tempat - pemandu pelancong yang cekap kemudahan pengangkutan - contoh

peranan kerajaan di luar negara - membuat promosi mengenai Malaysia. membina kemudahan seperti hotel dan sebagainya.

(5)

memulihara kawasan yang menjadi tumpuan dan mencari serta memperkenalkan kawasan berpotensi.

pelancongan membawa keuntungan kepada negara. Langkah-langkah yang perlu mesti diambil bagi menggalakkan lebih rami pelancong datang ke Malaysia.

soalan 3

Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Nyatakan cara-cara untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid sekolah.

Pendahuluan : Membaca secara berterusan - memperoleh ilmu pengetahuan. isi

kempen membaca - peringkat sekolah , negeri dan kebangsaan - adakan pertandingan bahan yang bermutu tinggi disediakan serta menarik.

galakan daripada ibu bapa - kemudahan tempat membaca dan bahan. membaca jambatan ilmu.

soalan 4

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “ Pentingnya Air Kepada Kita “ Pendahuluan : Sumber-sumber air - contoh

sumber terpenting - keperluan untuk hidup - minuman untuk penjanaan kuasa elektrik

membersih pakaian - diri - elak penyakit

untuk pertanian - tiada air tanaman dan haiwan ternakan akan mati. Jimat penggunaan air - jangan membazir

soalan 5

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor. Namun begitu kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Nyatakan cadangan-cadangan anda , langkah-langkah untuk menggelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Pendahuluan : Kemalangan jalan raya selalu saja berlaku. Dalam setiap

kemalangan ada saja tercedera dan ada juga melibatkan kematian. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dengan berbagai cara.

a. Pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu - memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan.

(6)

b. Pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu - lampu , brek berfungsi dengan baik.

c. Kenakan hukuman berat kepada pemandu yang memandu dalam keadaan merbahaya - melanggar undang-undang - denda dan penjara.

d. adakan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan Kemalangan berlaku akibat sikap cuai pengguna jalan raya. soalan 6

Kerajaan menggalakkan rakyat negara kita memakan buah-buah tempatan. Apakah faedah yang akan kita perolehi apabila memakan buah-buahan tempatan.

Pendahuluan :

Buah-buahan tempatan ada dua jenis - bermusim - contoh - buah-buahan tidak bermusim - contoh

isi

a. rasanya amat lazat - tambahan pula - berkhasiat b. lebih segar mutu lebih baik untuk kesihatan

c. tidak diletakkan bahan pengawet - baik untuk kesihatan mesti digalakkan memakan buah-buahan tempatan soalan 7

Pentingnya semangat kejiranan di kalangan kita. Tulis sebuah karangan mengapa pentingnya semangat kejiranan.

Pendahuluan : Jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada yang tinggal di sebelah - menyebelah di hadapan atau di belakang. a. sekiranya ditimpa kesusahan - jiran akan menolong .

ini bukti jiran adalah penting kepada kita - mesti saling bantu membantu - berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

b. diamal tanpa mengira kaum, agama dan bangsa -masyarakat akan hidup dengan aman.

perpaduan akan menjadi kukuh.

(7)

kunjung mengunjungi semasa perayaan - memupuk semangat muhibah di antara pelbagai kaum. kita perlu memupuk semangat kejiranan antara kita - perselisihan kaum akan dapat dielakkan. negara akan menjadi lebih kuat dan disegani oleh musuh.

soalan 8

Kepentingan Perpustakaan dan faedah-faedahnya. Pendahuluan :

Tempat letak perpustakaan / Jenis perpustakaan / Huraian perpustakaan

Perpustakaan adalah gedung ilmu. banyak bahan bacaan yang dikumpulkan dan disimpan. Diantaranya termasuklah bahan rujukan, buku cerita , buku panduan. Ini semua adalah untuk kemudahan pelajar.

i. tempat membaca dan menelaah yang selesa - terdapat kemudahan disediakan ii. terdapat berbagai sumber rujukan - buku - majalah - akhbar dan lain-lain iii. tempat belajar yang sesuai - buat kerja yang diberi oleh guru

iv. perpustakaan sebagai pusat ilmu pengetahuan - penting untuk pelajar -

membaca jambatan ilmu - dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan lagi. v. pinjam buku untuk membuat rujukan dan mengulang kaji - tidak perlu membeli buku yang dikehendaki - jimat perbelanjaan

vi. boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah - tidak terlibat dengan unsur negatif

vii. melatih diri menggunakan bahan dengan baik - persediaan untuk masa hadapan

viii. tidak boleh bergantung kepada guru-guru semata-mata - meningkatkan tahap pencapaian dalam semua hal.

pelajar sepatutnya selalu mengunjungi perpustakaan pada setiap masa demi untuk kejayaan masa depan / mengemukakan cadangan membaiki perkhidmatan

perpustakaan / menyatakan penghargaan kepada sesiapa yang berkenaan . Membaca jambatan ilmu.

soalan 9

Rakan sebaya adalah orang yang penting dalam kehidupan kita. Apakah peranan yang dapat diberikan oleh rakan sebaya dalam kehidupan kita.

Pendahuluan :

Rakan sebaya ialah rakan yang seusia dengan kita dan mempunyai kegemaran yang hampir sama.

(8)

mempengaruhi perwatakan seseorang - baik - mempengaruhi untuk menjadi baik - jahat - akan mempengaruhi menjadi jahat

Rakan adalah tempat kita mencurah segala masalah yang kita hadapi - orang yang boleh dipercayai.

sentiasa saling bantu-membantu , bekerjasama antara satu sama lain. membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran.

rakan sebaya - berperanan penting - bijak memilih kawan. soalan 10

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Kepentingan Kenderaan Kepada Kita”.

Pendahuluan : Ada berbagai jenis kenderaan - darat - contoh - air - contoh - udara - contoh

a penting - dapat ke sesuatu tempat dengan cepat selamat

b. membawa penumpang yang ramai dan juga boleh memuatkan barang dengan banyak penting dalam pembangunan ekonomi

- buat kenderaan dan dijual - dapat keuntungan - wujud bandar dan kota besar

C. peluang pekerjaan di kilang membuat kenderaan. soalan 11

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “ Kepentingan Pelajar menyertai aktiviti ko kurikulum “. Pendahuluan : Ko kurikulum ialah aktiviti selepas sekolah iaitu aktiviti persatuan unit beruniform dan sukan.

A. melatih murid menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti.

B. melatih murid untuk berdikari sendiri - contoh dalam perkhemahan tahunan - masak sendiri dan aktiviti dalam perkhemahan.

(9)

- penting untuk keutuhan sesuatu organisasi atau negara. Semangat kerjasama - berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

D. Menambah ilmu pengetahuan tambahan - cara membuat pertolongan cemas. E. untuk kesihatan diri - aktiviti sukan dan permainan

- badan sihat - otak cergas

Murid patut menyertai aktiviti ko kurikulum untuk memperolehi berbagai faedah untuk diri. Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru. Berikan sebab-sebabnya.

Pengertian kokurikulum - kegiatan luar bilik darjah - untuk bantu pembelajaran di bilik darjah contoh ; sukan dan permainan , unit beruniform, kelab dan persatuan

boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru

i. dalam aktiviti sukan dan permainan - murid-murid akan bekerjasama dan bantu-membantu bagi mencapai kemenangan - tidak secara langsung dapat merapatkan hubungan sesama mereka.

ii. dalam aktiviti unit beruniform - dapat berbincang . ikut arahan ketua, disiplin / riadah - dapat merapatkan hubungan sesama murid

iii. dalam aktiviti kelab dan persatuan - berbalas pantun , kuiz, syarahan dan lain-lain memerlukan kerjasama dan muafakat - dapat eratkan hubungan

iv. pertandingan / perlawanan sukan dan aktiviti kokurikulum dengan sekolah lain pula dapat rapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan

hubungan yang rapat dan baik penting bagi menjamin keharmonian sesebuah sekolah dan masyarakat

kejayaan dalam pendidikan / pelajaran. soalan 12

soalan : Kerja rumah sangat baik untuk murid-murid sekolah. Tuliskan sebuah karangan berkenaan dengannya.

Pendahuluan : Kerja rumah ialah kerja sekolah yang diberi oleh guru untuk disiapkan di rumah.

A. melahirkan murid dengan kemahiran yang telah diajar - sebagai latihan tambahan

(10)

- murid menjadi lebih mahir lagi.

B. sebagai latihan mengulang kaji pelajaran di rumah - berusaha dengan membuat rujukan

- berbincang dengan rakan-rakan

C. mengelakkan murid daripada membuang masa dengan sia-sia di rumah - mengisi masa lapang dengan betul.

Siapkan tugasan yang diberi meningkatkan prestasi pelajar - keputusan yang baik dalam peperiksaan.

soalan 13

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “ Faedah membaca buku “

Pendahuluan : Membaca sebagai hobi yang baik. Berbagai bahan yang boleh dibaca seperti akhbar, majalah, buku dan sebagainya.

a. mendapat pengetahuan tambahan b. dapat membaiki penguasaan bahasa

- membantu dalam membina karangan - menambah perbendaharaan kata - memperolehi ejaan betul

c. mengisi masa lapang dengan berfaedah - menggelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.

d. boleh dijadikan panduan hidup dalam penyelesaian masalah. membaca jambatan ilmu.

Soalan22:

Kemajuan sains banyak membantu manusia dalam semua hal. Bina sebuah karangan mengenai baik dan buruk kemajuan sains.

Pendahuluan: Sains amat penting kepada manusia. Kemajuan sains membawa perubahan kepada kehidupan manusia. Berbagai faedah diperolehi daripada kemajuan sains sekarang.

Kebaikan

a) Dalam bidang komunikasi-telefon-televisyen dan radio. b) Dalam bidang perhubungan-pembinaan jalan raya bertar

(11)

-pembinaan kenderaan darat,air dan udara.

-manusia dapat bergerak pantas dari satu tempat ke satu tempat - penerokaan angkasa lepas.

C) Untuk pertahanan negara-membina alatan perang -senjata - kereta kebal dan sebagainya

-negara menjadi lebih selamat. Keburukan

a) Mengancam keselamatan manusia dan dunia -Bom atom-Jepun-ramai terbunuh

-Gas sarin -Bom nuklear

b) Robot dicipta - kereta di kilang -peluang kerja manusia terbatas. Penutup :

Sains membawa kebaikan dan juga keburukan kepada kehidupan manusia. Oleh itu kita seharusnya berhati-hati menggunakan kemajuan sains hanya untuk kebaikan. Soalan23 :

Bina sebuah karangan tentang baik dan buruknya menonton televisyen .Bincangkan Pendahuluan: - Televisyen merupakan satu media elektrik yang paling

popular di negara kita. Boleh dikatakan setiap rumah di negara kita mempunyai sebuah peti televisyen.

Isi : Kebaikan

a) Mengetahui perkembangan semasa - berita

(12)

c) Mendapat pengetahuan agama - Ehwal Islam d) Mengeratkan hubungan kekeluargaan e) Isi masa lapang dengan baik. Keburukan bagi pelajar

a) Menonton terlalu lama-membazir masa

b) Ada rancangan-rancangan yang tidak sesuai ditonton.

Penutup : Menonton televisyen memberi faedah kepada pelajar. Namun pelajar seharusnya pandai memilih rancangan yang sesuai dan tidak mengabaikan pelajaran.

Soalan 24:

Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah .Bincangkan.

Pendahuluan: Asrama adalah tempat penempatan untuk pelajar-pelajar

di sekolah. Kerajaan menyediakan asrama-asrama ini untuk kemudahan pelajar-pelajar belajar dengan lebih sistematik.

Isi

a) Pelajar berpeluang untuk belajar dengan lebih baik

-mempunyai jadual - patuh pada jadual - bermain dan sebagainya diatur dengan baik.

b) Dapat dilatih untuk hidup bekerjasama-bagai "Aur dengan Tebing", - saling bantu membantu. c) Dapat dilatih untuk hidup berdikari -di sini pelajar tidak bergantung kepada ibu

bapa semata-mata.

d) Dapat belajar secara berkumpulan. banyak faedah yang di perolehi. Keburukan

a) bebanan yuran bulanan kepada keluarga miskin

b)Jumlah murid adalah ramai-pengawasan tidak dapat diberikan oleh pihak asrama secara berkesan.

Penutup :

Tinggal di asrama ada kebaikan dan ada juga keburukan.

(13)

SEBAGAI remaja, kita perlu memupuk tabiat membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan, menajamkan pemikiran dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Tamadun Islam itu sendiri bertunjangkan budaya ilmu yang berpandukan petunjuk al-Quran dan sunah.

Ilmuwan Islam terdahulu menghidupkan budaya ilmu melalui kegiatan membaca, bermuzakarah serta penulisan.

Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ayat pertama surah al-Alaq ialah Iqra’ yang bermaksud Bacalah. Justeru Islam sendiri mengisyaratkan budaya membaca sebagai salah satu lorongan ke arah menuntut ilmu.

Terdapat remaja yang menyedari akan kebaikan membaca tetapi tidak mengamalkannya. Alasan yang diberikan adalah seperti ketiadaan minat membaca, sentiasa sibuk, halangan bahasa atau sebagainya. Maka persoalannya apakah kaedah yang boleh digunakan dalam usaha menyuburkan tabiat membaca.

Satu Buku Setiap Masa

Satu cara utama yang berkesan ialah dengan sentiasa membawa sebuah buku walau ke mana kita pergi. Apabila kita mempunyai masa senggang seperti ketika menunggu bas atau menaiki (sistem transit aliran ringan (LRT), buku tersebut boleh kita baca. Di samping mengisi masa, kita juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

Tetapkan Matlamat Dalam Membaca

Kita boleh menetapkan matlamat dari segi berapa lama dalam sehari kita ingin membaca atau berapa banyak buku kita ingin membaca dalam sesuatu tempoh masa. Sebagai contoh kita boleh menetapkan matlamat untuk beristiqamah membaca sesebuah buku itu walaupun sekadar lima atau 10 minit sehari. Atau kita boleh meletakkan matlamat untuk menghabiskan pembacaan sebuah buku dalam sebulan.

Matlamat pembacaan tersebut haruslah mencabar tetapi realistik. Apabila tabiat membaca semakin bercambah, kita boleh menetapkan matlamat pembacaan yang lebih mencabar. Matlamat juga boleh ditulis di atas sehelai kertas dan ditampal di tempat yang mudah dilihat sebagai pencetus motivasi.

Pilih Buku Menarik Dan Bermutu

Membaca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan, khasnya apabila buku tersebut adalah daripada genre yang diminati serta dapat difahami. Sekiranya buku tersebut begitu sukar difahami, kita mungkin cepat terasa jemu atau resah walaupun baru beberapa minit menatapnya.

Setelah kegiatan membaca telah menjadi tabiat, maka kita boleh memilih buku yang lebih mencabar. Namun sebagai permulaan, dapatkan buku yang buku yang sesuai dengan minat serta tahap kefahaman kita. Seperkara yang perlu diambil perhatian, buku yang dipilih perlulah mempunyai pengisian yang bermutu dan bukan sekadar bercorak picisan atau popular sahaja.

Melawat Perpustakaan, Kedai Buku

Perpustakaan atau kedai buku menyediakan pelbagai jenis buku daripada pelbagai genre. Remaja boleh menjadikan kegiatan mengunjungi perpustakaan atau kedai buku sebagai salah satu amalan mingguan.

Bagi remaja yang ke tempat tersebut, mereka boleh mengambil masa untuk mengimbas pelbagai buku di samping mencari buku dengan tajuk yang kelihatan menarik. Dengan mengimbas isi kandungan buku yang terpilih, remaja dapat mengenali pelbagai idea baru serta mendapat sebanyak mungkin maklumat.

Rumusan Buku Tugasan Pelajar

Para guru serta pensyarah boleh menugaskan pelajar mereka untuk membuat rumusan buku. Setiap pelajar boleh diberikan satu tajuk buku yang berbeza daripada yang diberi

(14)

kepada pelajar-pelajar lain. Kemudian mereka boleh ditugaskan untuk membuat rumusan buku serta mengaitkannya dengan subjek diajar atau kehidupan seharian.

Melalui kaedah tersebut pelajar dapat didedahkan kepada bahan-bahan penulisan yang tinggi mutunya. Impaknya pelajar akan dapat mengenali lebih dekat serta dibiasakan dengan bahan ilmiah yang mencabar minda. Kelak diharapkan mereka dapat menemui keseronokan membaca bahan sedemikian dan akhirnya minat dan tabiat membaca dapat bercambah dengan sendirinya.

Tugasan mengaitkan buku yang dibaca dengan mata pelajaran diajar pula dapat melatih pelajar untuk berfikir secara kritis dan analitis. Maka ilmu yang didapati hasil pembacaan dapat dikembangkan lagi serta dapat diadaptasi dalam realiti kehidupan semasa. Hal ini turut dapat membantu menyelesaikan permasalahan pembelajaran yang bersifat teori yang kurang diminati oleh sesetengah pelajar.

Dalam usaha menyediakan senarai tajuk buku yang perlu dibaca oleh para pelajar, para guru juga perlu terlebih dahulu menelusuri buku-buku yang dicadangkan tersebut. Hal ini penting untuk guru tersebut bagi tujuan pemarkahan hasil kerja pelajar. Malah pada masa yang sama mereka juga dapat meningkatkan ilmu berkenaan subjek diajar lalu

menyumbang ke arah pengajaran yang lebih berkesan serta menarik. Kesimpulan

Saranan seperti di atas adalah sebahagian dari pelbagai lagi kaedah yang boleh dicuba ke arah meningkatkan tabiat membaca di kalangan remaja. Dengan menggunakan kreativiti sendiri, kita boleh memikirkan banyak lagi cara berguna yang boleh diaplikasikan untuk menanam tabiat membaca.

Namun sebanyak mana idea atau saranan bernas dapat dicetuskan tetapi seandainya tidak diikuti dengan tindakan, maka idea akan kekal menjadi idea dan kita akan terus kekal ditakuk lama tanpa ada perubahan. Justeru kepada para remaja, ayuh dapatkan sebuah buku sekarang dan jadikan ia teman setia anda!

Referensi

Dokumen terkait

perihal Permohonan Persetujuan Menjadi Penyelenggara Perdagangan Surat Utang Negara Di Luar Bursa Efek, dengan ini diberitahukan bahwa permohonan Saudara masih terdapat kekurangan

Memberikan penjelasan kepada mahasiswa tentang materi yang terdapat dalam buku Écho 1 sebagai bahan dan contoh penulisan surat tidak resmi untuk mengucapkan selamat dalam

(3) Dalam hal Wajib Pajak yang dalam Surat Keterangannya terdapat informasi Harta tambahan yang berada di luar wilayah Negara Kesatuan Republik Indonesia serta tidak dialihkan dan

CONTOH ANALISIS BUKU AJAR BAHASA ARAB KELAS V MADRASAH IBTIDAIAH KTSP 2008 TERBITAN DARR SYAFI’I 2017 Buku adalah bagian yang tak terpisahkan dalam kegiatan belajar mengajar. Selama