• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN PERSARAAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN PERSARAAN"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU PANDUAN

PERSARAAN

(2)

ISI KANDUNGAN

1.

SEKAPUR SIRIH ………... i

2.

PENERANGAN BERSARA ……….. 1-6

3.

BERSARA WAJIB ……….. 7

4.

BERSARA PILIHAN ……….. 8

5.

BERSARA SEBAB KESIHATAN ………..……. 9

6.

FAEDAH PERSARAAN ………..………….. 10-11

7.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BAKAL PESARA .… 12-13

8.

RUJUKAN ………. 14

9.

FAQ ……….…………... 15-20

10. LAMPIRAN ………..……….... 21

(3)

S

EKAPUR

S

IRIH

P

uji syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala limpahan Rahmat,

Inayah, Taufik dan Hidayahnya sehingga kami dapat menyelesaikan Buku Panduan

Persaraan ini dalam bentuk mahupun isi kandungannya yang sangat sederhana. Semoga

Buku Panduan ini dapat digunakan sebagai salah satu rujukan serta panduan dalam

menguruskan urusan Persaraan.

Dalam kekangan tugas hakiki sedia ada, tidak sedikit halangan yang kami hadapi.

Namun kami sedari bahawa kelancaran dalam penyediaan buku panduan ini tidak lain

berkat bantuan, dorongan, dan bimbingan Ketua dan rakan-rakan unit, sehingga segala

rintangan dan kekangan yang kami hadapi dapat di atasi.

Dengan terhasilnya Buku Panduan Persaraan ini diharapkan ia boleh dijadikan

sebagai rujukan dan panduan kepada staf khususnya bakal pesara dan juga jabatan yang

menguruskan Sumber Manusia amnya.

Harapan kami semoga dengan adanya Buku Panduan Persaraan ini dapat

membantu serta menambah pengetahuan bagi kelancaran Urusan Modal Insan.

Bahagian Pengurusan Modal Insan

Pejabat Pendaftar

UTM Kuala Lumpur

Disember 2014

(4)

P

ENERANGAN

B

ERSARA

1.0 Skim Pencen adalah;

1.1 Penghargaan terhadap perkhidmatan yang taat setia dan dedikasi 1.2 Mengadakan bentuk saraan hidup selepas bersara dari perkhidmatan

1.3 Mengadakan Skim Pampasan terhadap bencana (Pencen Hilang Upaya Atau Pencen Tanggungan); dan

1.4 Mengikat supaya terus berkhidmat dalam Sektor Awam 2.0 Skim Pencen Sektor Awam sekarang adalah yang terbaik kerana;

2.1 Non-contributory di pihak pekerja 2.2 Skim Pencen Keluarga

2.3 Ada penyelarasan pencen; dan 2.4 Ada Kemudahan Rawatan Perubatan 3.0 Percukaian bagi Skim Pencen adalah;

3.1 Bayaran Ganjaran Dan Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan.

3.2 Pencen yang dibayar kepada anggota yang bersara wajib pada umur 55/56/58/60 tahun dikecualikan daripada cukai pendapatan.

3.3 Manakala bayaran pencen yang diterima oleh pesara yang memilih bersara pilihan sebelum mencapai umur 55 tahun dikenakan cukai pendapatan

(5)

4.0 Kad Pesara

4.1 Dikeluarkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA kepada pesara/penerima pencen sebagai Ganti Surat Jaminan (GL)

a. Dokumen pengenalan pesara yang amat penting kerana terdapat keistimewaan tersendiri (bekas anggota Kerajaan):-

b. Ubatan Percuma, Caj Hospital dan Wad di Hospital Kerajaan yang dikenakan - minima bersamaan dengan gaji akhir pesara (kelayakan wad) 5.0 Faedah Persaraan

5.1 Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:

a. Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan) b. Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus)

c. Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus)

5.2 Kadar ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir diterima oleh anggota itu. Bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, peraturan-peraturan Pencen 1980, dibaca bersama-sama Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1993, juga memperuntukkan pembayaran Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR), iaitu bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan perkhidmatan dan terkumpul mengikut syarat-syarat pengumpulan di bawah peraturan pencen dan pekeliling yang berkenaan.

5.3 Award Wang Tunai sabagai Gantian Cuti Rehat ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan (melalui Bahagian Pencen, JPA) bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan dan oleh Kerajaan Negeri bagi pegawai-pegawai

(6)

Tempatan yang telah menerimapakai Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1993, Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat dibayar sendiri kepada pekerja-pekerjanya.

5.4 Akta 227 atau Akta 239 juga membolehkan faedah-faedah persaraan lain yang dinyatakan di bawah ini diberikan kepada anggota atau orang-orang tanggungannya, di mana wajar:

5.4.1 Faedah Terbitan

Faedah Terbitan merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau anggota yang telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasmi atau penyakit yang dihidapi atau kemalangan dalam perjalanan dengan syarat:

5.4.1.1 Anggota tersebut telah meninggal dunia di dalam salah satu keadaan yang dinyatakan di atas; dan

5.4.1.2 Kematian pesara atau anggota tersebut telah berlaku dalam masa 7 tahun dari tarikh ia mula mengalami kecederaan atau menghidap penyakit tersebut.

5.4.2 Jenis-jenis faedah :

5.4.2.1 Ganjaran Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta

227 atau Seksyen 15 Akta 239;

5.4.2.2 Pencen Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 atau

15 Akta 227 atau Seksyen 15 atau 16 Akta 239;

5.4.2.3 Pencen Tanggungan diperuntukkan di bawah Seksyen 18

Akta 227 atau Seksyen 20 Kata 239; dan

5.4.3 Pencen Hilang Upaya merupakan faedah tambahan yang diberikan kepada seseorang anggota Kerajaan yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab kesihatan akibat daripada:

(7)

5.4.3.1 Kecederaan yang dialami semasa , menjalankan tugas-tugas rasminya

5.4.3.2 Penyakit yang dihidapinya kerana anggota tersebut telah terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu semasa menjalankan tugas-tugas rasminya; atau

5.4.3.3 Kemalangan dalam perjalanan; 5.5 Tafsiran “Orang Tanggungan”

5.5.1 Balu/Duda

5.5.1.1 Balu/Duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang anggota yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat dan kelaziman.

5.5.1.2 Bagi orang yang bukan beragama islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], mengkehendaki perkahwinan selepas 1 Mac 1982 didaftarkan.

5.5.1.3 Bagi orang yang beragama Islam, sekiranya berlaku kematian suami semasa dalam tempoh eddah, maka isteri layak diberi faedah terbitan.

5.5.2 Anak

5.5.2.1 Anak ertinya anak seorang anggota atau pesara yang mati dan berumur di bawah 21 tahun dan masih belum berkahwin, iaitu :

- Anak kandung;

- Anak tiri tanggungan;

- Anak tak sah taraf, iaitu anak yang dikandung atau lahir sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah;

(8)

- Anak angkat atau anak yang diambil sebagai anak angkat oleh anggota itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman;

- Anak cacat, iaitu anak yang tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal, dan tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri, sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. Bagi anggota yang dilantik sebelum 16 Mei 1986, syarat umur 21 tahun itu tidak terpakai; dan

- Bagi anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menuju ijazah pertama akan terus diberi pencen terbitan, selagi mereka tidak berkahwin atau berhenti menuntut atau mendapat ijazah tersebut mengikut mana yang terdahulu. 5.5.3 Ibu atau Bapa

Ibu atau bapa ertinya ibu kandung atau bapa kandung kepada anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan.

5.5.4 Wakil Yang Sah Di sisi Undang-undang

Wakil yang sah di sisi undang-undang ertinya orang yang diberi kuasa atau yang bertindak bagi pihak atau keluarga terdekat kepada anggota berpencen yang mati.

5.6 Anggota Berpencen yang Mati dalam Perkhidmatan 5.6.1 Anggota berpencen yang berkahwin

5.6.1.1 Ganjaran terbitan dan pencen terbitan diberi kepada : - balu; atau

(9)

- duda kepada anggota berpencen berada dalam

perkhidmatan pada atau selepas 1 Julai 1980; dan /atau

- anak; dan

- ibu atau bapa sebanyak 1/10 bahagian daripada

ganjaran terbitan sahaja dan tiada pencen terbitan. 5.6.2 Anggota berpencen yang bujang

5.6.2.1 Ganjaran terbitan sahaja diberi kepada :

- Ibu atau bapa (jika ibu telah meninggal dunia); atau - wakil yang sah di sisi undang-undang

6.0 Skim KWSP

6.1 Staf menerima gaji bulan diisyaratkan mencarum kepada KWSP sebanyak 11% dari gaji milik pencarum dan 13% dari majikan dan ianya berterusan sehingga mencapai umur 55/56/58/60 tahun atau meninggalkan UTM. Bagi staf tetap yang membuat opsyen skim pencen akan diberhentikan mencarum sebaik sahaja diberi pekerja berpencen.

6.2 Pencarum boleh berhenti dari perkhidmatan pada bila-bila masa dan peringkat umur caruman pekerja dan caruman majikan akan menjadi milik pencarum. 6.3 Boleh dikeluarkan sebahagian dari simpanan untuk tujuan membeli rumah,

(10)

B

ERSARA

W

AJIB

Pesaraan wajib dikenali sebagai bersara paksa diperkenalkan mengikut Akta Pencen 1980 (Per. 61).

Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239 Umur persaraan ditetapkan mengikut:

Umur 55 tahun - Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 Umur 56 tahun - Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 Umur 58 tahun - Lantikan pada atau selepas 1.07.2008 Umur 60 tahun - Lantikan pada atau selepas 1.01.2012

Namun begitu bagi pegawai/pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan bersara dengan perkhidmatannya di lanjut dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi.

(11)

B

ERSARA

P

ILIHAN

Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239 a. Layak memohon adalah;

i. Telah berumur 40 tahun pada tarikh permohonan termasuk staf lelaki dan wanita. ii. Telah genap 10 tahun perkhidmatan yang diambilkira

iii. Telah disahkan dalam jawatan iv. Telah diberi Taraf Pekerja Berpencen

v. Bebas daripada tindakan tatatertib / tindakan mahkamah

vi. Tidak terikat dengan syarat-syarat kontrak biasiswa kerajaan atau UTM. Bagi staf yang masih mempunyai ikatan kontrak biasiswa kerajaan atau UTM mereka perlulah membayar gantirugi bagi mendapatkan pelepasan kontrak

(12)

B

ERSARA

S

EBAB

K

ESIHATAN

Pegawai/pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995. Faedah persaraan termasuk pencen yang tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima layak diberi kepada mereka pada tarikh persaraan.

a. Syarat-syarat bagi Bersara sebab Kesihatan adalah; i. Pegawai yang telah disahkan dalam jawatan.

ii. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Pencen hendaklah berpuashati atas keterangan doktor dalam Laporan Perubatan bahawa anggota itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal.

iii. Tarikh kuatkuasa persaraan adalah sehari selepas tarikh kepuasan hati Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Pencen atau sehari selepas habisnya cuti rehat. (Tarikh sebenar diputuskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam selepas menerima dokumen lengkap oleh majikan).

iv. Anggota boleh diberi cuti Perubatan Khas atas gaji penuh (sekiranya tiada cuti rehat atau selepas cuti rehatnya habis) mulai tarikh berikutan keluarnya laporan Lembaga Perubatan hingga tarikh sehari sebelum tarikh kelulusan persaraan. Sekiranya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Pencen tidak berpuashati dengan laporan/keterangan Lembaga Perubatan, anggota hendaklah kembali bertugas dengan serta merta.

(13)

F

AEDAH

P

ERSARAAN

1.0 Pesara yang layak mendapat Faedah Persaraan adalah;

1.1 Hanya mereka yang telah diberikan taraf berpencen sahaja adalah dibayar faedah faedah persaraan seperti Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan) & Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus).

1.2 Award wang tunai yang diberi sebagai gantian cuti rehat yang terkumpul akan dibayar sebaik sahaja mereka bersara.

1.3 Bagi anggota yang memohon bersara pilihan, pencen akan dibayar seperti berikut : 1.3.1 Bagi mereka yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan dibayar

apabila mencapai umur :-

 45 tahun bagi staf perempuan

 50 tahun bagi staf lelaki

1.3.2 Bagi mereka yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, pencen akan dibayar hanya apabila mencapai umur 55/56/58/60 tahun.

2.0 Formula Perkiraan Pencen dan Ganjaran 2.1 Pencen Perkhidmatan

 Tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji akhir diterima.

 tidak boleh kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima;

 Tidak kurang dari RM280 sebulan bagi tempoh perkhidmatan yang dimasukkira 300 bulan atau lebih.

1 X Bulan Perkhidmatan X Gaji Pokok (Akhir) 600

(14)

2.2 Ganjaran Perkhidmatan

2.3 Gantian Cuti Rehat (GCR)

(Nota : Jumlah GCR adalah tertakluk kepada maksimum 150 hari)

7.5 X Bulan Perkhidmatan X Gaji Pokok (Akhir) 100

1 X Jumlah GCR X (Gaji Pokok + Imbuhan Tetap) 30

(15)

P

ERANAN

D

AN

T

ANGGUNGJAWAB

B

AKAL

P

ESARA

1.0 Langkah Pertama :

Kemaskini maklumat melalui system HRMIS. Layari alamat berikut;

https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

(Hubungi Pengurusan Modal Insan untuk mendapatkan user id dan password)

2.0 Langkah Kedua :

Menyediakan dokumen yang akan dihantar ke Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, Kuala Lumpur

Maklumat/dokumen tambahan bakal pesara (jika berkenaan) iaitu: a. Borang Butiran Peribadi

b. Salinan Kad Pengenalan (Staf & Suami/Isteri) muka depan dan belakang

c. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Anak-Anak (Umur dibawah 21 tahun dan belum berkahwin)

d. Salinan Sijil Nikah/Cerai atau Sijil Kematian (Jika berkenaan) e. Alamat Selepas Bersara

f. No. Telefon dan E-mail

g. Maklumat Pasangan (Pekerjaan/alamat majikan/no. telefon)

h. No. Cukai Pendapatan dan Alamat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) i. No. Fail/Akaun Pinjaman Perumahan (Jika berkenaan)

j. No. Akaun Pinjaman Kenderaan Kerajaan (Jika berkenaan)

(16)

3.0 Tanggungjawab Permohonan bersara pilihan

a. Staf yang ingin membuat permohonan persaraan pilihan hendaklah memohon sekurang-kurangnya satu (1) tahun awal dari tarikh persaraan yang dipohon. b. Surat permohonan daripada staf hendaklah melalui persetujuan Ketua

Jabatannya.

c. Tarikh persaraan yang dipohon berserta alasan staf ingin memohon bersara pilihan hendaklah dicatatkan di dalam surat permohonan.

d. Membuat perisytiharan harta melalui website http;//hrfin.utm.my bagi kelulusan Universiti.

e. Mengemukakan 1 Salinan kad pengenalan pemohon

(Nota : Kegagalan atau kelewatan dalam mengemukakan maklumat-maklumat persaraan akan melewatkan proses mengemukakan permohonan staf ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA Pembayaran pencen, ganjaran dan lain-lain)

(17)

R

UJUKAN

1. Akta 239 - Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa dan Tempatan 1980 2. Akta A619 - Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan

(Pindaan) 1985

3. Akta A645 - Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 1986

4. Akta A793 - Akta Pencen (Pindaan) 1991

5. Akta A824 - Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 1992

(18)

F

AQ

1. Soalan Apakah umur persaraan wajib bagi anggota-anggota sektor awam?

Jawapan Lantikan sebelum atau pada 1.10.2001 – Umur persaraan wajib adalah 55 tahun.

Lantikan pada atau selepas 1.10.2001 - umur persaraan wajib adalah 56 tahun

Lantikan pada atau selepas 1.07.2008 - Umur persaraan wajib adalah 58 tahun.

Lantikan pada atau selepas 1.01.2012 - Umur persaraan wajib adalah 60 tahun.

2. Soalan

Bolehkah seseorang anggota bersara pada umur 58 tahun jika ia sedang menghadapi tindakan tatatertib atau pembicaraan jenayah yang boleh berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan?

Jawapan Dalam keadaan sedemikian, anggota berkenaan tidak boleh bersara apabila mencapai umur 58 tahun. Sebaliknya perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur tersebut sehingga keputusan diperolehi. Sekiranya tindakan tatatertib atau pembicaraan itu tidak berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan, maka ia hendaklah dibersarakan dan tempoh perkhidmatan selepas umur 58 tahun dikira cuti tanpa gaji dan tidak boleh diambilkira untuk faedah persaraan.

(19)

3. Soalan Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?

Jawapan Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan

kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan (“optional retirement”) sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.

Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:

(i) Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat rendah dan ke bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental. (ii) Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

4. Soalan Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?

Jawapan Tanggungan pesara yang layak dibayar pencen terbitan ialah –

balu atau balu-balu atau duda (bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas 1.7.1980);

anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen terbitan melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.

(20)

5. Soalan Apakah yang harus dibuat oleh tanggungan/waris kepada pesara yang meninggal dunia?

Jawapan Sekiranya pesara tidak meninggalkan tanggungan yang layak dipertimbangkan pencen terbitan, waris terdekatnya harus memaklumkan Bahagian Pencen JPA tentang kematiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

salinan sijil kematian

salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.

salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun

salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)

dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)

sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)

surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda).

6. Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim A dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?

Jawapan Pembayaran pencen di bawah Skim A membawa maksud bahawa pencen pesara akan terus dikreditkan ke akaun bank pesara di hari pembayaran pencen pada setiap bulan. Pesara boleh membuat pengeluaran pencennya di mana-mana cawangan bank berkenaan di seluruhnegara.

Golongan pesara yang layak dibayar pencen di bawah Skim A ialah mereka - mereka yang mempunyai isteri/suami yang masih hidup yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan.

(21)

7. Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim B dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?

Jawapan Pembayaran pencen di bawah Skim B membawa maksud bahawa untuk mendapatkan bayaran pencen mereka, pesara perlulah terlebih dahulu membuat tuntutan di mana-mana cawangan bank yang berkenaan, dengan mengisi borang tuntutan pencen yang boleh diperoleh di kaunter bank berkenaan. Ini bererti pesara/penerima pencen perlu menghadirkan diri ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran pencen dikreditkan ke dalam akaunnya. Tiada perkreditan terus pencen ke akaun pesara akan dibuat di bawah Skim B.

Golongan pesara yang layak dibayar di bawah Skim B ialah mereka-mereka yang bujang atau yang telah kematian isteri/suami atau mempunyai suami/isteri yang dikahwini setelah bersara dan juga mereka yang menerima pencen terbitan/ pencen tanggungan.

8. Soalan

Apakah yang akan terjadi sekiranya pesara/penerima pencen di bawah Skim B tidak menuntut pencen mereka untuk beberapa bulan?

Jawapan Sekiranya pesara/penerima pencen di bawah Skim B tidak menuntut pencennya untuk tempoh enam bulan berturut-turut, pencen tersebut akan luput dan pihak bank akan memulangkan bayaran pencen tersebut kepada Bahagian Pencen, JPA. Pesara/penerima pencen tidak akan dapat menuntutnya lagi daripada bank tetapi mereka dikehendaki menghubungi Bahagian Pencen JPA untuk menuntut semula pencen tersebut.

(22)

9. Soalan Bolehkan pencen dituntut oleh orang lain selain daripada pesara/penerima pencen?

Jawapan Pesara/penerima pencen boleh melantik seorang wakil diri untuk membantu beliau dalam urusan pencen dengan bank. Tetapi pelantikan wakil diri hanya dibenarkan di bawah Skim B sahaja. Untuk melayakkan wakil diri dilantik, pesara/penerima pencen tersebut mestilah seorang yang uzur dan keadaan keuzurannya perlu dibuktikan melalui surat pengesahan oleh sama ada Pegawai Perubatan Kerajaan atau doktor swasta, atau Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Daerah. Pesara/penerima pencen perlu memohon kepada Bahagian Pencen JPA untuk pelantikan wakil diri tersebut melalui Borang (JPA.BP.SKP.B07) . Pelantikan wakil diri adalah sah untuk tempoh setahun dan boleh diperbaharui jika masih diperlukan oleh pesara/penerima pencen.

10. Soalan Bolehkah pesara/penerima pencen menukar akaun bank?

Jawapan Pesara/penerima pencen boleh menukar akaun bank mereka tetapi notis sekurang-kurangnya dua bulan secara bertulis hendaklah diberi kepada Bahagian Pencen JPA sebelum akaun lama ditutup. Ini adalah untuk mengelakkan terputusnya bayaran pencen bulanan mereka.

Dalam keadaan di mana pesara/penerima pencen hilang buku akaun, adalah dinasihatkan agar akaun baru dibuka di bank yang sama supaya bayaran pencen boleh dipindahkan ke akaun baru tersebut. Jika akaun baru dibuka di bank lain, pembayaran pencen mungkin tergendala oleh kerana bayaran pencen yang telah dihantar untuk dikreditkan ke dalam akaun lama perlu dikembalikan oleh bank berkenaan kepada Bahagian Pencen JPA untuk diproses semula bagi pengkreditan ke dalam akaun baru di bank lain.

(23)

11. Soalan

Jika terdapat perubahan pada maklumat peribadi (contoh : pertukaran alamat, pertukaran waris dan lain2) apakah tindakan yang patut dilakukan?

Jawapan Sekiranya ada perubahan Pesara/penerima pencen boleh

mengemukakan permohonan pengemaskinian maklumat secara bertulis kepada Bahagian Pencen JPA.

Alamat :

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan,

Unit O1, Aras 3, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia.

12. Soalan

Saya telah memilih opsyen bersara wajib pada umur 60 tahun pada awalnya. Walau bagaimanapun saya telah memohon untuk bersara pilihan ketika saya genap 55 tahun pada 1 Ogos 2015. Adakah ganjaran, bayaran pencen dan sebagainya akan dikenakan cukai oleh kerajaan.

Jawapan Semakan dengan pihak LHDN, ganjaran dan bayaran pencen yang tuan terima tidak akan dikenakan cukai. Ini berasaskan semua bayaran berkenaan adalah menggunakan wang awam (Mana-mana organisasi yang pencennya dibiayai bukan wang awam, cukai akan dikenakan).

Walau bagaimanapun, bayaran cukai akan dikenakan sekiranya tuan menikmati 2 kemudahan pencen dalam masa yang sama. Contohnya tuan dan isteri tuan menerima pencen dalam masa yang sama. Salah seorang akan dikenakan cukai.

(24)

L

AMPIRAN

1. “Checklist” 2. Borang Hrmis 3. Borang SPRM

4. Borang Maklumat Staf

(25)

S

EKALUNG

P

ENGHARGAAN

S

egala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Hjh. Siti Janaton binti Haji Yasin iaitu Ketua Bahagian, Pejabat Pendaftar, UTM Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada kami melahirkan Buku Panduan Bersara.

Seterusnya, kepada Encik Nasir bin Osman dan Puan Farahana binti Ahmad yang memberi tugasan ini. Ribuan terima kasih kepada “Team” Pengurusan Modal Insan iaitu Puan Yanti Hajar binti Hamzah, Puan Nuridzati binti Mohd Noh, Puan Mardiana binti Azis, Cik Ainul Adla binti Abd Jalil dan Cik Noreha binti Md Japah yang telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu. Begitu juga kepada Puan Safariah binti Mohd Berhan dan sahabat-sahabat PSM di jabatan lain yang banyak memberi “input” serta sokongan yang membina sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Oleh yang demikian, kami berharap agar maklumat yang kami perolehi ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam urusan persaraan.

Referensi

Dokumen terkait

Terjadinya gempa bumi di Alor yang berpusatkan di daratan sekitar 33 Km arah timur ibukota Kabupaten Alor, Kota Kalabahi, mengakibatkan kerusakan fisik berupa bangunan pribadi

Selanjutnya, masih menurut Brunvand (dalam Danandjaja, 1994: 142) nyanyian rakyat terdiri dari tiga jenis yaitu:1) nyanyian rakyat yang berfungsi yaitunyanyian rakyat

Rata-rata kecepatan arus dan kekeruhan perairan pada setiap stasiun pengamatan Kecepatan arus pada tiap stasiun menunjukkan nilai yang masih mendukung untuk kehidupan

Secara garis besar, rancang bangun alat penanganan kebakaran otomatis pada rumah menggunakan Arduino Atmega 2560, relay, water pump, dan buzzer. Diagram blok

Menimbang : bahwa dalam rangka mendukung tertib administrasi pengelolaan keuangan pelaksanaan pemungutan Pajak Bumi dan Bangunan di Kabupaten Banyuwangi Bagian

Syallom, puji syukur kepada Tuhan Yesus Kristus oleh karena kasih dan anugrah-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan kertas karya ini sebagai salah satu syarat untuk

Bagian yang paling sulit pada analisis fungsi adalah memperkirakan nilai kegunaan (worth) setiap subsistem atau komponen untuk membandingkannya dengan biaya yang

31 Mnurut penulis, berdasarkan penelitian yang telah dilakukan oleh Martina Christy dalam penelitiannya berjudul evaluasi pengendalian internal atas fungsi