• Tidak ada hasil yang ditemukan

PINDAAN KEPADA: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA TAHUN 2014 (KEPADA PELAJAR)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PINDAAN KEPADA: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA TAHUN 2014 (KEPADA PELAJAR)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PINDAAN KEPADA:

GARIS PANDUAN

PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

TAHUN 2014 (KEPADA PELAJAR)

(2)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 2

1. PENDAHULUAN

Pada 25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet tahun 2014. Dalam pembentangan tersebut, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM325juta untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) warganegara Malaysia.

2. OBJEKTIF

Pemberian BB1M adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3. KRITERIA KELAYAKAN

Pelajar yang layak menerima BB1M ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M;

c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Julai 2014;

d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; e) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) atau institusi pengajian yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan

f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

(3)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 3

4. TEMPOH PELAKSANAAN

BB1M ini sah diguna pakai selama tujuh (7) bulan sahaja iaitu mulai 1 Januari hingga 31 Julai 2014.

5. KADAR

Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M berjumlah RM250.

6. TANGGUNGJAWAB JABATAN

6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia

a) Menyedia dan mengedar Surat Siaran dan Garis Panduan Pemberian BB1M tahun 2014;

b) Mengemukakan enrolmen pelajar mengikut institusi kepada Kementerian Kewangan dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi tujuan cetakan BB1M;

c) Mengemukakan data pelajar yang layak mengikut institusi kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan penyelarasan dengan BR1M tahun 2014; dan

d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pemberian BB1M mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

6.2 Institusi Pengajian/Agensi Penyelaras

a) Mengemukakan data pelajar yang layak kepada Urusetia BB1M di Bahagian Kewangan, KPM;

b) Memaklumkan kepada semua pelajar yang layak mengenai pelaksanaan pemberian BB1M bermula tahun 2014;

c) Menyelaras pengagihan BB1M untuk semua

sekolah/kolej/kampus/cawangan di negeri masing-masing (Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyelaras pengagihan BB1M meliputi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta/Persendirian);

d) Mengedarkan BB1M kepada pelajar yang layak dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh BB1M diterima;

e) Memastikan pelajar menandatangani Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M seperti di Lampiran 1;

(4)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 4

f) Mengecop BB1M dengan cop rasmi institut pengajian pada ruang yang telah ditetapkan;

g) Memastikan pelajar mengisi pada ruangan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M sebaik sahaja menerima BB1M tersebut;

h) Menyimpan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M dan buku keratan BB1M bagi tujuan penyemakan dan pengauditan; dan

i) Melaporkan Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M seperti di Lampiran 2 kepada agensi penyelaras selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2014 seperti di Jadual 1:

Jadual 1

j) Agensi penyelaras hendaklah mengumpul Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M di bawah tanggungjawab masing-masing dan mengemukakannya kepada Urusetia BB1M di Bahagian Kewangan KPM sebelum 15 Ogos 2014; dan

PERINGKAT PENGAJIAN/ INSTITUSI

PENGAJIAN

AGENSI PENYELARAS Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi (BM)

Tingkatan 6 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Institut Pendidikan Guru

(IPG)

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Kolej Vokasional Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

Politeknik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Institut Pengajian Tinggi

Awam (IPTA)/ Hospital Pengajar

Pejabat Bendahari/ Pejabat Kewangan IPTA

Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) Bahagian Governans IPTS (JPT) Institusi Pengajian di

bawah Kementerian lain/Kerajaan Negeri

(5)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 5

k) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan BB1M mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

7. TATACARA PENYALURAN DAN PENEBUSAN BB1M

Tatacara penyaluran dan penebusan BB1M adalah seperti berikut :

7.1 BB1M akan dicetak dan diedarkan oleh PNMB terus kepada institusi pengajian/agensi penyelaras;

7.2 Institusi pengajian/agensi penyelaras perlu mengagihkan BB1M kepada pelajar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan;

7.3 Pelajar perlu mengisi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dengan jelas pada BB1M semasa menuntut BB1M di institusi pengajian masing-masing. Pelajar juga perlu menyemak BB1M telah dicop dengan cop rasmi institut pengajian berkenaan;

7.4 Pelajar perlu menggunakan BB1M di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M dan kad pengenalan;

7.5 BB1M ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik/jurnal/majalah ilmiah berdasarkan kepada keperluan institusi masing-masing;

7.6 Pelajar hendaklah menggunakan kesemua baucar bernilai RM 250 untuk tujuan pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja;

7.7 Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada Kerajaan;

7.8 BB1M tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga; dan

7.9 Tempoh sah laku BB1M adalah tujuh (7) bulan sahaja mulai 1 Januari hingga 31 Julai 2014.

8. PELAJAR BERPINDAH ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN.

8.1 Pihak institusi pengajian hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada institusi pengajian asal pelajar mengenai status pemberian BB1M bagi mengelakkan pertindihan agihan; dan

8.2 Pelajar yang telah berpindah ke institusi pengajian lain dan belum menerima BB1M, hendaklah menuntutnya di institusi pengajian tersebut.

(6)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 6

9. KEROSAKAN/KEHILANGAN BB1M

9.1 Pelajar hendaklah memastikan BB1M yang diterima daripada institusi pengajian masing-masing berada dalam keadaan yang elok;

9.2 Kehilangan/kerosakan BB1M atas sebab kecuaian adalah di bawah tanggungan pelajar; dan

9.3 Sebarang tuntutan penggantian BB1M disebabkan kecurian/kerosakan akibat bencana alam perlu dikemukakan kepada institusi pengajian/agensi penyelaras dan disertakan dengan salinan laporan polis.

10. KEKURANGAN/LEBIHAN BB1M

10.1 Sekiranya berlaku kekurangan BB1M, pihak institusi pengajian/agensi penyelaras hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada Urusetia BB1M di Bahagian Kewangan, KPM bersama Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M. Tarikh akhir untuk mengemukakan tuntutan adalah pada 30 April 2014;

10.2 Sekiranya berlaku lebihan BB1M, institusi pengajian/agensi penyelaras hendaklah mengembalikannya kepada Urusetia BB1M melalui penyelaras masing-masing sebelum 30 April 2014.

11. PENYALAHGUNAAN BB1M

11.1 BB1M yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

11.2 Setiap pelajar hanya diperuntukkan lima (5) keping BB1M berjumlah RM250. Sebarang penebusan melebihi lima (5) keping BB1M boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pelajar yang menerima lebih daripada lima (5) keping BB1M perlu memulangkan lebihan tersebut kepada institusi pengajian/agensi penyelaras;

11.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak pelaksana di institusi pengajian/agensi penyelaras dan kedai-kedai buku untuk mematuhi tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian BB1M bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan; dan

(7)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 7

11.4 Mana-mana pihak yang didapati bersubahat dalam penyalahgunaan BB1M ini boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

12. URUSETIA BB1M

12.1 Sebarang urusan surat-menyurat berkenaan BB1M tahun 2014 hendaklah dialamatkan kepada:

Urusetia BB1M, Bahagian Kewangan,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 12, No. 2 Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya.

12.2 Untuk pertanyaan lanjut, boleh melalui e-mel ke bb1m@moe.gov.my atau menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:

a) Sektor Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri)

i. Puan Ruhaizah binti Mohamad No. Telefon : 03-88705340

ii. Cik Nor Shafidatul Adila binti Abd Aziz No. Telefon : 03-88705339

iii. En Wan Hazaman bin Wan Hassin No. Telefon : 03-88705334

iv. Cik Norhidayah binti Rizuem No. Telefon : 03-88704361

b) Sektor Pelajaran (Sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional/Institut Pendidikan Guru)

i. Cik Nor Azira binti Sabu No Telefon : 03-8884 7520 ii. Encik Mohd Yusof bin Rosli

No. Telefon : 03-88847616 iii. Puan Hasnah binti Ismail

(8)

SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (Borang ini dikemaskini dan disimpan oleh institusi pengajian masing-masing)

NAMA INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ... KOD INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ………...

ALAMAT : ...

NO. TELEFON : ………...….. JUMLAH BAUCAR DITERIMA : ...

NO FAKS : ... JUMLAH BAUCAR DIAGIH : ...

JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN : ………...

BIL NAMA PELAJAR NO. KAD

PENGENALAN MENERIMA / MENOLAK BB1M TARIKH TERIMA NO SIRI BAUCAR TANDATANGAN

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan :

(9)

LAMPIRAN 2 RINGKASAN AKUAN PENERIMAAN/PENGAGIHAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

(Borang ini dikemaskini oleh institusi pengajian dan dihantar kepada agensi penyelaras)

INSTITUSI PENGAJIAN/ AGENSI PENYELARAS :

ALAMAT :

NO TELEFON :

NO FAKSIMILI :

BIL INSTITUSI PENGAJIAN/ AGENSI PENYELARAS BAUCAR DITERIMA BAUCAR DIAGIH LEBIHAN / KURANGAN (NO SIRI) JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan Tandatangan

Nama Nama

Jawatan Jawatan

Referensi

Dokumen terkait

SEKTOR MAKROPRUDENSIAL SEKTOR SISTEM PEMBAYARAN DAN PENGELOLAAN UANG RUPIAH SEKTOR MONETER SEKTOR PENDUKUNG KEBIJAKAN SEKTOR PENDUKUNG ORGANISASI REGIONAL JARINGAN KANTOR REGIONAL I

2 Metode ini dilakukan untuk memperoleh data tentang pelaksanaan proses pembelajaran Sejarah Kebudayaan Islam yang berlangsung di kelas dengan menggunakan model

dan keamanan Negara maka kepentingan Militer diutamakan melebihi dari pada kepentingan golongon dan perorangan. Penjatuhan pidana tambahan pemecatan terhadap Prajurit TNI juga

 Analisa sinar X menunjukkan bahwa sellulosa tersusun dalam berkas yang disebut Misela terdiri dari rantai – rantai yang tersusun parallel yang mungkin diikat oleh ikatan

Jadi, dapat disimpulkan bahwa pengertian Potensi Pariwisata adalah kemampuan, kesanggupan, kekuatan, dan daya untuk mengembangkan segala sesuatu yang berhubungan

[r]

Berdasarkan hasil penelitian penggunaan model Open Ended Learning dengan multimedia dalam peningkatan pembelajaran IPA tentang energi dan perubahannya pada siswa

Hasil Survei Kepuasan Pengguna terhadap peserta yang pernah mengikuti diklat di Pusdiklatwas BPKP tahun 2016 menunjukkan indeks sebesar 8,43 terdiri dari penilaian