• Tidak ada hasil yang ditemukan

bab 3.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "bab 3.pdf"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1

Ciri-ciri Negara dan Bangsa

JOHOR:Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

Terengganu: Undang-undang Tubuh Kerajaan Terenggnu. (Ittiqan-Ilmuluk Bi-Ta’ Dil Il-Suluk)

Kelantan: Sistem Jemaah Menteri 3. Kesedaran Pembinaan Negara

dan Bangsa

Latar Belakang Pembinaan

Negara dan Bangsa

Warisan Negeri-Negeri Melayu

Pembinaan Negara

dan Bangsa

Kesultanan Melayu Melaka

Sebagai Asas Pembentukan

Negara Bangsa

Negeri Sembilan: Prinsip Demokrasi dan Persekutuan.

Ciri-ciri Negara dan Bangsa

dalam Kesultanan Melayu

(2)

2

Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa

 Kerajaan telah wujud dalam masyarakat Melayu tradisional disebabkan adanya raja.

 Kedudukan raja sangat tinggi dan istimewa.

 Raja bertanggungjawab melindungi dan menjamin keselamatan rakyat yang tinggal di wilayah kekuasaannya.

 Sebagai balasan rakyat mengakui kekuasaan raja dan memberikan sepenuhnya taat setia kepada raja.

 Kesetiaan rakyat menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh seseorang raja.

 Kerajaan yang kuat meluaskan empayarnya melalui penaklukan atau menaungi kerajaan lemah contohnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak jajahan takluk dan negeri naungan.

 Persetujuan Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan sebuah Negara Malaysia yang berdaulat.

 Penjajahan British, telah mengubah konsep kerajaan Melayu tradisional kepada konsep negeri.

 British telah menentukan setiap sempadan negeri.

 Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 telah mengubah konsep kerajaan kepada sebuah Negara bangsa.

 Kerajaan-kerajaan Melayu disatukan, kedaulatan raja-raja Melayu terhapus.

 Malayan Union ditentang oleh orang Melayu, digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditubuhkan menggabungkan Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.  Pada 31 ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan dan menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.

(3)

3

 Negara bangsa merupakan konsep yang merujuk kepada pembentukan Negara bangsa moden di Eropah kesan daripada Revolusi Inggeris (1688), Perang Kemerdekaan Amerika (1776) dan Revolusi Perancis (1789).

Pembinaan Negara dan Bangsa.

 Pembentukan Negara moden adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk Negara feudal.  Kebangkitan semangat nasionalisme telah mengancam

empayar Rusia, Austria dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

 Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa untuk membentuk Negara bangsa masing-masing. 1. Penyatuan dan pembentukan Negara bangsa merupakan

matlamat akhir para nasionalis.

 Jerman dan Itali merupakan contoh Negara bangsa yang dibentuk pada kurun ke-19.

 Itali awalnya terdiri daripada beberapa wilayah yang belum bersatu. Sebahagian wilayah utaranya dikuasai oleh Autria.

 Count Camillo Benso di Cavour menggunakan amalan realpolitik

yang mewajarkan apa sahaja tindakan seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlamat.

 Tentera Napoleon III , membantu di Cavour menewaskan Austria.  Tahun 1866, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali sebagai

balasan membantu Prussia menewaskan Austria.

 Pada tahun 1870, di Cavour mengambil peluang menyatukan Rom dengan Itali, apabila Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom.  Penyatuan ini akhirnya telah membentuk sebuah Negara bangsa Itali.  Persidangan damai Paris 1918 selepas Perang Dunia Pertama

berakhir dengan Deklarasi Empat Belas mencadangkan dua prinsip iaitu menekankan nasib sesebuah Negara ditentukan oleh rakyatnya sendiri dan sempadan Negara berasaskan kepada bangsa.

 Empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan berdasarkan bangsa.  Muncul tujuh Negara bangsa baru yang merdeka seperti

Czechoslavakia, Estonia, Finland, Latvia, Poland, Lithuania dan Yugoslavia.

 Tahun 1871, Negara Jerman wujud hasil penyatuan wilayah-wilayah bangsa Jerman oleh Otto Eduard von Bismarck menggunakan amalan

realpolitik.

 Bismack menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.

 Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismack untuk menyatukan Jerman.

 Bismack menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.  Pembentukan Negara bangsa di Eropah berbeza dengan pembentukan

kerajaan Islam Madinah.

 Nabi Muhammad s.a.w menggubal perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.

 Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, Kristian dan orang Arab.

 Pembentukan kerajaan Islam Madinah membuktikan kejayaan tersebut disebabkan oleh wujudnya kerjasama dan permuafakatan antara pemimpim dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat.

(4)

4  Negara adalah merupakan wilayah yang mempunyai penduduk,

sempadan dan pemerintahan yang berwibawa.

 Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

 Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan. Ciri-ciri Negara dan Bangsa Negara Perlembagaan Bangsa

 Perlembagaan merupakan peraturan yang tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis menjadi rujukan dan panduan untuk memerintah atau untuk mentadbir Negara.

 Perlembagaan juga memberi jaminan perlindungan kepada rakyatnya.

 Konsep Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesuatu wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.

 Kerajaan merupakan satu institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksana dasar-dasar sesebuah Negara.

(5)

5 Ciri-ciri Negara dan Bangsa Dalam Zaman Kesultanan Melayu Melaka Wilayah Pengaruh Rakyat Kedaulatan Lambang-lambang Kerajaan

 Setiap Negara mempunyai wilayah pengaruh (kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadan yang diterima umum), rakyat menerima dan mengakui pemerintahan seorang raja.

 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.

 Rakyat merupakan penduduk yang mendiami sesuatu wilayah dan mereka terikat dengan undang-undang yang dikenakan dalam wilayah tersebut.

 Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka rakyat wajib mentaati raja yang memerintah.  Tanda kesetiaan ditunjukkan dengan kesediaan mempertahankan Negara, menghadiri adapt

istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.

 Kedaulatan merujuk kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah Negara atau pemerintah.  Negara atau pemerintah boleh menggunakan kuasa yang dimiliki untuk menggubal

undang-undang dan menguatkuasakannya.

 Kedaulatan memastikan sesebuah Negara bebas daripada campur tangan, paksaan dan penaklukan kuasa asing.

 Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah dan mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.

 Lambang Negara merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah Negara yang mesti dihormati.

 Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat lain.

 Kerajaan merupakan badan yang diberi tanggungjawab menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan Negara dan menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara lain.

 Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, raja adalah pemerintah yang tertinggi dan dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

 Sistem pembesar Empat Lipatan dalam Zaman Kesultanan Melayu Melaka menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan di Melaka.

(6)

6 Undang-undang

 Keunggulan undang-undang merupakan asas pembentukan Negara dan bangsa. Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.

 Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat.

Hukum Kanun Melaka  Mengandungi 44 fasal.

 Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat.  Menyatakan tentang hukuman

terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya.

Undang-undang Laut Melaka  Memperuntukan perkara yang

berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti:

i. Tanggungjawab pengawal kapal.

ii. Bidang kuasa nakhoda. iii. Atur cara pelayaran. iv. Hukuman bagi kesalahan

(7)
(8)
(9)
(10)
(11)
(12)
(13)
(14)
(15)
(16)
(17)
(18)
(19)
(20)
(21)

Referensi

Dokumen terkait

Dose of 100 mg/kg BW and 200 mg / kg BW could decrease the relative number of activated CD4 + T cells producing IFN- γ cytokine significantly compared to controls.. But, minimum

Dalam penguraian Asmaul husna dengan materi aqidah yang umum diajarkan kepada masyarakat, untuk mengajak masyarakat melihat Asmaul husna sebagai materi aqidah, yang

mendapatkan kesimpulan dalam penelitian ini, maka digunakan teknik induktif, yaitu dengan menyimpulkan data secara khusus berdasarkan kenyataan umum di lapangan yang

Mediated Schema map- ping semi SQL Yes Geographic Information Display BUSTER XML, RDF, OWL Common & local ontology Ontology mapping / semantic translation semi SQL like, QXML,

Badan Pengembangan Sumber Daya Manusia (BPSDM)) sebagai salah satu institusi publik, maka secara tidak langsung mempunyai kewajiban untuk mempertanggung-jawabkan segala

Perspektif sistem memandang individu, hubungan, kelompok, dan organisasi sebagai kegiatan interaksi ‘dengan’ dan ‘bergantung’ pada satu sama lain dan lingkungan mereka..

Nomor Registrasi REACH Nomor registrasi tidak tersedia untuk bahan ini karena bahan atau penggu naannya dibebaskan dari pendaftaran sesuai dengan Pasal 2 peraturan REAC H (EC)

Jika kelopak mata tidak beraposisi dengan mata (ektropion), atau jika terdapat penutupan mata yang insufien (misal pada palsi saraf ketujuh atau jika mata mengalami