• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manhole

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Manhole"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Tangki Septik

Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum.

Posted by Rammel Firdaus Ramli at 9:06 AM2 comments Labels: Pengenalan, tangki septik

Lurang (manhole)

Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Jenis-jenis lurang Terbahagi kepada 4: -Lurang cetek -Lurang biasa -Lurang dalam

-Lurang tirai belakang Lurang Cetek

Ciri-ciri:

-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm. -Saiz 450mm x 600mm

(2)

Lurang Biasa Ciri-ciri: -Kedalaman adalah 1500mm -Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm Lurang Dalam Ciri-ciri: -kedalaman melebihi 1500mm

Lurang Tirai Belakang Ciri-ciri:

-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran. -Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang -Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

Pembinaan Lurang

Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:

-pada setiap kecerunan

-pada setiap perubahan saiz paip saliran -pada jarak maksima 1200mm

-pada pertemuan paip saluran.

Posted by Rammel Firdaus Ramli at 4:57 AM0 comments Labels: Ciri-ciri, Fungsi-fungsi, Jenis-jenis, Lurang(manhole)

Saturday, February 3, 2007

Sump

Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.

Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dan dibina secara in-situ. Biasanya terletak pada sambungan sistem saliran.

Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar.

Posted by Rammel Firdaus Ramli at 9:31 AM0 comments Labels: Fungsi-fungsi, Pengenalan, Sump

(3)

Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain.

Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk membina jalanraya diatasnya .

Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang, besi atau PVC.

Jenis-jenis Culvert.

Box Culvert Ciri-ciri:

-Berbentuk segiempat -diperbuat daripada konkrit Fungsi-fungsi:

-Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. -Menghubungkan jalanraya yang terpisah disebabkan anak sungai yang kecil atau parit -Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat menanggung beban kenderaan berat Round Culvert

Ciri-ciri:

-Berbentuk bulat

-bahan buatan konkrete, besi Fungsi-fungsi:

-Dibina sebagai terowong saliran air. -bisanya terletak di tepi jalan

-menghubungkan jalanraya yang dipisahkan oleh longkang atau parit Posted by Rammel Firdaus Ramli at 6:56 AM0 comments

Labels: Culvert, Fungsi-fungsi, Jenis-jenis, Pengenalan

Wednesday, January 31, 2007

Jenis-jenis Parit

Terdapat 7 jenis parit yang biasa digunakan dalam pembinaan saliran. 1) Pre Cast V Drain

2) Pre Cast U Drain 3) R.C Drain

4) Half Round Drain 5) Cascading Drain 6) Scupper Drain

(4)

7) Roadside Drain. 1) Pre Cast V Drain Ciri-ciri:

-Berbentuk "V"

-Biasanya terdapat di sepanjang jalan raya atau ditepi cerun bukit. 2)Pre Cast U Drain

Ciri-ciri:

-Berbentuk "U"

-Biasanya terdapat di sekeliling bangunan atau rumah. 3) R.C Drain

Ciri-Ciri:

-Saliran yang di perkukuh dengan konkrit dan tetulang. -Dibina terus di tapak melalui kaedah in-situ.

-Biasanya dibina di tepi jalan. 4) Half Round Drain

Ciri-Ciri:

-Berbentuk separuh bulatan.

-Biasanya dibina di kawasan perumahan, dan kawasan tanah rendah. 5) Cascading Drain

Ciri-ciri:

-Berbentuk seperti tangga.

-Berupaya memberi sokongan kepada lereng bukit. -Pembinaan berdasarkan kepada kecerunan bukit.

-Bisanya dibina di lereng bukit yang terletak di tepi jalan 6) Scupper Drain.

-Dibina disepanjang tepi jalan.

-Air yang bertakung di tepi jalan akan mengalir melalui saliran ini. 7) Roadside Drain

Ciri-ciri:

-Dibina di tepi Jalan.

-Bertujuan untuk mengelakkan jalan raya banjir.

Posted by Rammel Firdaus Ramli at 8:54 AM0 comments Labels: Ciri-ciri, Jenis-jenis, Penyaliran

Ciri-ciri Saliran

1) Dibina dengan kecerunan yang sesuai, antaranya ialah 1:40, 1:60,1:80, 1:120

2)Saiz dan kedalaman longkang bersesuaian dengan jumlah air yang dapat ditadah. Tujuannya adalah untuk mengelak air melimpah keluar dari longkang.

(5)

3) Sambungan longkan yang baik dan kukuh untuk memudahkan pengaliran air pada saliran. 4) Reka bentuk yang sesuai dengan sistem saliran.

5) Sentiasa dibersihkan untuk mengelakkan pengaliran air terhalang. Posted by Rammel Firdaus Ramli at 8:30 AM0 comments

Labels: Ciri-ciri, Penyaliran

Penyaliran (Drainage)

Sistem saliran bangunan terdiri daripada dua bahagian iaitu Drainage system dan Venting system. Sistem Saliran (Drainage system) juga dikenali sebagai perparitan, terdiri daripada paip yang menuju kepada pelbagai sambungan perpaipan dari saliran didalam bangunan ke pembentungan Dari pembentungan, akan bersambung kepada sistem saliran.

Venting system terdiri dari paip yang menyambung kelengkapan sanitari menuju ke luar bangunan, biasanya keatas bumbung. Ianya berfungsi untuk melepaskan gas yang dapat menghalang gas-gas berbau masuk ke dalam bangunan.

Posted by Rammel Firdaus Ramli at 5:07 AM0 comments Labels: Jenis-jenis, Pengenalan, Penyaliran

Monday, January 22, 2007

Pintu

Pintu adalah sesuatu bukaan pada tembok yang membolehkan laluan keluar masuk sesebuah bangunan atau diantara bilik ke bilik dalam sebuah bangunan. Bahagian utama pintu adalah kerangka dan daun pintu. Bahan yang digunakan untuk membuat pintu antaranya adalah kayu, logam, kaca atau plastik.

Faktor-faktor pembinaan pintu

1. Kekuatan dan bentuk 2. Keselamatan

3. Penebatan Haba dan Bunyi 4. Perintang Api

Kekuatan dan bentuk

Pintu perlu mempunyai kekuatan dan tahan lasak untuk mengekalkan bentuknya apabila menerima hentakan. Kekuatan pintu bergantung kepada bahan buatan.

Contohnya pintu yang diperbuat daripada kayu, kayu yang digunakan hendaklah kering, tidak mempunyai kerosakkan dan kecacatan yang boleh menyebabkan pintu tidak kukuh.

Tanggam yang menyambung juga hendaklah kukuh dan dapat menahan keadaan persekitaran yang berubah-rubah seperti cuaca kering dan lembab supaya tidak terlepas pemasangannya.

(6)

Keselamatan

Piawaian Bs4787 saiz pintu adalah:

 Tinggi: 2040m

 Lebar: 926m

 Tebal: 40 @ 44 meter tebal

Keselamatan pintu bergantung kepada kualiti kelengkapan contohnya tombol, engsel, bolt, kunci, cara pemasangan bingkai kerangka supaya pintu dapat dibuka dan ditutup dengan selamat.

Sebagai Penebat

Pintu adalah salah satu komponen tembok. Tembok berfungsi untuk menebat suhu atau bunyi dari luar ke dalam bangunan. Begitu halnya dengan pintu. Nilai tehrmal resistance adalah diantara 2.5 bhingga 3.5 bagi pintu rata berongga dan pintu rata padu.

Pintu juga seharusnya dapat mengurangkan atau menghalang kemasukkan bunyi terutamanya bilik mesyuarat, pejabat, panggung wayang, dewan dan lain-lain.

Pintu yang dapat mengurangkan bunyi adalah pintu yang besar dan berat atau diletakkan penebat kedap udara disekeliling pintu.

Pintu Rintangan Api

Pintu yang dapat menahan api untuk satu jangkamasa yang lama dikenali sebagai pintu perintang api. Biasanya pintu perintang api dapat menahan diantara 30 minit hingga 3 jam mengikut spesifikasi Jabatan Bomba.

Bahan pintu rintangan api adalah gipsum atau asbestos sebagai lapisan pelindung. Bentuk pintu biasanya rata, padat, dipasang rapat kepada kerangka dan boleh tutup dengan sendiri.

Posted by Rammel Firdaus Ramli at 10:47 PM0 comments Labels: Difinisi, Faktor-faktor, Teknologi Binaan Bangunan

Jenis-jenis asas

Asas Hampar

Sesuai untuk diguna pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggungan sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan.

Asas Jalur

Digunakan untuk menyokong dua tiang dimana salah satunya terletak di sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain.

Asas Alas Tiang

(7)

menyokong tiang. Asas ini biasanya digunakan di atas lapisan tanah yang mempunyai tanggungan yang sederharna atau diatas cerucuk jika tanahnya adalah jenis gambut.

Asas Bertangga

Asas yang dibina seperti tangga mengikut kesesuaian ketinggian tapak yang curam. Setiap binaan tangganya adalah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi satu 1 meter.

Asas Rakit

Sesuai dibina di atas tanah yang keras atau mempunyai tanah yang mempunyai keupayaan tanggungan yang rendah.

Posted by Rammel Firdaus Ramli at 10:15 PM1 comments Labels: Asas Bangunan, Jenis-jenis, Teknologi Binaan Bangunan

Asas Bangunan

Bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan adalah Asas atau Building Foundation. Pembianaan Bangunan bermula dari Asas yang terletak paling bawah diatas tanah yang menanggungnya.

Asas mengandungi struktur yang terletak dibawah tanah. Struktur ini termasuklah cerucuk (filling) dan penapak (base). Pembinaan asas memerlukan bahan binaan yang kuat untuk menampung beban di atas.

Fungsi Asas:

1. Mengagihkan bebanan yang ditanggung ke seluruh tapak bangunan

2. Mengelakkan daripada bangunan tengelam (sinking) disebabkan oleh hakisan atau gerakkan 3. Menambahkan kestabilan bangunan.

Jenis Asas

1. Asas Hampar 2. Asas Jalur 3. Asas Alas Tiang 4. Asas Berakit 5. Asas Bertangga 6. Asas Cerucuk

Referensi

Dokumen terkait