• Tidak ada hasil yang ditemukan

sekolah satu aliran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "sekolah satu aliran"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Kini media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik banyak membincangkan mengenai sekolah satu aliran. Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai telah membangkitkan banyak isu oleh semua pihak seperti ahli politik, tokoh akademik serta pelbagai kaum di Malaysia seperti India dan Cina. Isu-isu yang dibincangkan adalah adakah cadangan ini dapat membentuk perpaduan Malaysia.

Bagi kaum India dan Cina, mereka khuatir dengan pembentukan sekolah satu aliran, bahasa dan adat mereka akan dilupakan oleh generasi pada masa akan datang. Banyak persoalan timbul mengenai isu ini. Namun begitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah menjelaskan kerajaan hanya akan mengubah dasar itu berdasarkan kepada kehendak masyarakat demi kepentingan mereka. Beliau turut menjelaskan, kerajaan perlu mengambil kira pandangan rakyat terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan bagi menjaga sensitiviti kaum di negara ini.

Oleh itu, isu terbabit masih lagi dibincangkan sehingga kini untuk melihat pro dan kontra terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan. Isu ini menjadi semakin hangat apabila terdapat segelintir rakyat yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa berfikir secara mendalam mengenai cadangan yang telah dikemukakan dan menyebarkan pelbagai fitnah yang kurang enak kepada masyarakat.

2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

Menurut tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Kamaruddin, sistem pendidikan satu aliran ialah sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar di sekolah. Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Menurut beliau, wujudnya sisitem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar , secara tidak langsung akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan.

(2)

Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan. Menurut beliau lagi sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran adalah sebuah sistem yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia khususnya Melayu, India dan Cina. Menurut beliau jika sekolah satu aliran tidak dilaksanakan, ia akan member kesan pada masa hadapan seperti timbulnya masalah perkauman berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.

Perpaduan kaum tidak dapat dicapai jika semua pelajar diletakkan di sekolah yang berasingan. Sekolah adalah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat. Menurut beliau lagi, dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaun hanya terjadi dalam keadaan luaran dan tidak mendalam. Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu aliran baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

(3)

Menurut tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim pula menerangkan konsep sekolah aliran ialah semua pelajar akan ditempatkan di sekolah yang sama dan penggunakan bahasa pengantar yang sama. Namun begitu bahasa ibunda setiap kaum akan diselitkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum di bilik darjah. Menurut beliau lagi, sekolah satu aliran penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan ia bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalankan. Walaupun terdapat beberapa pihak yang membantah cadangan pembentukan sekolah satu aliran, mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa.

Dalam perspektif lain, Tun Mahathir Mohamad menyatakan bahawa sistem pendidikan satu aliran sebernarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan. Beliau menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistem sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaan memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-murid dari sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan.

Tetapi sehingga kini orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat.

Oleh itu kesedaran masyarakat terhadap sekolah satu aliran harus dipertimbangkan untuk memupuk perpaduan antara kaum supaya perpecahan tidak akan berlaku dan tragedy 13 Mei tidak akan berulang lagi.

(4)

3.0 ISU DAN CABARAN 3.1 Etnik Dan Kebudayaan Isu Dan Cabaran

Di dalam mengupas dan membincangkan mengenai tajuk sekolah satu aliran ini, sedar ataupun tidak, terdapat beberapa isu telah timbul. Isu- isu ini telah dibangkitkan selepas Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang merupakan seorang tokoh sejarah telah menyokong cadangan Mukhriz Mahathir agar sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan diperluaskan pengajarannya.

Dipetik daripada Utusan Malaysia pada 2 Disember, Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim telah menyifatkan bahawa, cadangan Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli majlis kerja Pemuda Umno ini adalah sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950). Namun, cadangan ini telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya orang Cina dan India. Hal yang demikian telah mencetuskan bermacam- macam isu yang jika dibiarkan boleh membawa masalah kepada perpaduan antara kaum.

Antara isu yang paling banyak dibangkitlan rata-ratanya menyentuh kepada elemen etnik dan kebudayaan. Kebudayaan merupakan sesuatu yang amat penting bagi setiap kaum atau etnik. Dengan kebudayaan ini jugalah sesebuah etnik itu dapat dibezakan dengan etnik yang lain. Memandangkan ia adalah antara sesuatu yang berharga, maka setiap individu daripada kumpulan etnik itu akan cuba dengan sedaya upaya untuk mempertahankan kebudayaan masing-masing.

Hal yang sedemikian telah menyebabkan cadangan untuk menubuhkan sekolah satu aliran kurang diterima oleh sesetengah masyarakat di Malaysia ini terutamanya oleh etnik Cina dan India dengan alasan masing-masing ingin tradisi dan kebudayaan mereka dikekalkan. Ini bermaksud, mereka ingin bahasa ibunda mereka dijadikan seebagai bahasa

(5)

penghantar dan bahasa Melayu menjadi bahasa kedua semasa perlaksanaan sistem sekolah satu aliran itu.

Jika kita kaji dan renungkan semula, isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan masalah berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan pada tahun 1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik.

Sistem pendidikan melalui bahasa kebangsaan, pengalaman persekolahan yang sama dan peperiksaan yang selaras telah menyediakan pengalaman-pengalaman yang bertujuan mensosialisasikan pelajar-pelajar ke arah cara berfikir yang sama. Pada masa kini, murid-murid di sekolah dididik untuk memeperkembangkan nilai-nilai positif yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk sebegitu rupa agar ianya mempunyai hubungan yang erat dengan perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik sebagaimana yang dikehendaki oleh aspirasi negara.

Cabaran ataupun masalah berbangkit sememangnya banyak yang perlu ditempuhi oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan. Etnik Cina dan India sekeras-kerasnya menyatakan yang mereka ingin menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar dan agama serta kebudayaan masing-masing sebagai yang utama dalam perlaksanaan sekolah satu aliran itu kelak. Mereka juga ingin sistem perlaksanaan sekolah tersebut dijalankan seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT ) kerana pada mereka, sistem persekolahan tersebut adalah yang terbaik. Hal ini menambahkan lagi masalah kerana mana mungkin sesebuah sistem persekolahan menggunakan dua bahasa penghantar yang sama pada satu masa.

Mereka berasa sangat khuatir terhadap kebudayaan masing-masing akan terhakis dan lenyap apabila anak mereka dihantar untuk belajar di sekolah satu aliran kelak. Sikap mereka

(6)

yang terlalu mementingkan kebudayaan masing-masing ini sedikit sebanyak akan menambahkan kerumitan dan menyebabkan keadaan menjadi tegang. Ketegangan ini juga, jika tidak dikawal akan dikhuatiri menyababkan hubuan antara etnik di Malaysia ini menjadi semakin rapuh.

Pendekatan

Oleh itu, pihak yang berkenaan telah mengambil beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit ini dan secara tidak langsung akan meredakan isu yang telah timbul. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum atau etnik lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. Sukatan pelajaran juga dibaiki dan diperhalusi agar semua kaum dapat mempelajari agama dan bahasa ibunda mereka walaupun Bahasa Melayu dijadikan bahasa yang rasmi dan merupakan bahasa penghantar untuk sekolah satu aliran tersebut. Nilai kebudayaan setiap kaum juga tidak akan dilupakan. Malah, pelbagai aktiviti akan dirancang untuk dilaksanakan dan dilakukan bersama-sama dengan semua kaum dan etnik bagi mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

3.2 Perpaduan Dan Perkauman Isu Dan Cabaran

Selain itu, isu yang melibatkan dan menyentuh sensitiviti perpaduan dan perkauman dalam membincangkan cadangan pelaksanaan sekolah satu aliran ini juga hangat diperkatakan disana sini. Etnik Cina dan India adalah kelompok majoriti yang mempersoalkan cadangan penubuhan sekolah satu aliran ini. Ramai yang mempersoalkan, jika ingin meningkatkan perpaduan antara kaum, mengapa baru ditubuhkan sekarang dan bukan daripada dahulu lagi. Nampaknya penerimaan mereka terhadap sekolah satu aliran ini amatlah tipis. Jika kita merujuk kembali kepada sejarah terdahulu mengenai sistem persekolahan ini, sekolah satu aliran ini sebenarnya telah lama dicadangkan untuk dilaksanakan bagi tujuan mengeratkan perpaduan antara kaum.

(7)

Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara. Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan. ``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara kaum tidak terjadi,'' katanya.

Kata -kata beliau terang lagi jelas dapat menjawab semula isu yang telah dibangkitkan yang mempersoalkan sistem sekolah satu aliran yang baru ingin diwujudkan sekarang. Jika sekolah satu aliran ini ditubuhkan, maka sekolah jenis kebangsaan akan di mansuhkan. Hal ini kerana, semua pelajar akan menjalankan persekolahan mereka dengan menggunakan sistem persekolahan yang sama iaitu sekolah satu aliran. Etnik lain tidak bersetuju terhadap penubuhan sekolah ini juga kerana mereka terpaksa menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelaran.

Jika dibandingkan di SJK mereka dahulu, mereka bebas untuk belajar dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Ini merupakan halangan yang besar kepada pihak kerajaan kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Hal ini sebenarnya adalah berpunca daripada semangat perkauman yang telah lama menebal dalam diri mereka. Sejak daripada kecil, mereka telah dilahirkan dan dibesarkan berlatar belakangkan etnik dan kebudayaan masing-masing. Semasa menerima pendidikan awal di sekolah tadika dan sekolah rendah juga mereka telah dibiasakan untuk bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka. Tetapi, apabila memasuki alam sekolah menengah, mereka terpaksa bersekolah di sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

Perkara ini sedikit sebanyak telah memberikan masalah kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan dalam masa yang sama mereka perlu memahirkan diri mereka untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu. Hal ini adalah merupakan salah satu daripada penghalang dan sebab mengapa mereka mnenentang sekeras kerasnya cedangan penubuhan sekolah satu aliran ini. Akibat daripada keyakinan yang kurang, mereka telah memberikan pelbagai alasan bagi mengelakkan sekolah satu aliran ini

(8)

tidak dilaksanakan. Ada juga ibu bapa yang menentang cadangan ini kerana mereka khuatir apabila anak mereka dihantar di sekolah ini, fikiran mereka tidak berkembang kerana kurangnya komunikasi antara pelajar dan guru.

Jika berlaku masalah komunikasi, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan secara optimum disebabkan tiada komunikasi dua hala. Hanya para guru yang bercakap, tetapi pelajar hanya mendengar dan tidak mahu memberikan pandangan dan idea kerana mungkin disebabkan perasaan malu ataupun takut ditertawakan oleh rakan-rakan kerana tidak fasih Berbahasa Melayu. Situasi ini amatlah merugikan pelajar kerana masalah komunikasi telah menjadi penghalang bagi mereka untuk berkomunikasi seterusnya bertukar-tukar idea dan pandangan. Jika perkara yang terjadi ini terus dibiarkan begitu sahaja tanpa memirkan cara yang sesuai untuk mengatasi, maka Malaysia akan kekurangan pelapis untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan yang terdiri daripada seorang yang betul-betul berkeyakinan dan berani bersuara.

Pendekatan

Justeru itu, pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan telah berbincang bagi mencari pendekatan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Bagi memuaskan hati semua pihak, cadangan penubuhan sekolah satu aliran ini telah dikaji semula. Pelbagai elemen-elemen penting telah diperkasakan agar, jika sekolah ini telah mendapat persetujuan untuk melaksanakan sekolah satu aliran pada suatu hari nanti, tidak banyak masalah yang akan timbul. Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak mungkin mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut lain, ia akan membantu mewujudkan hubungan harmoni antara kaum. Mereka yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

3.3 Ekonomi Isu Dan Cabaran.

Malaysia sebagai sebuah negara yang kian pesat membangun, sudah pastinya akan mengalami perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik,

(9)

sosial dan ekonomi. Jika disoroti kembali sejak negara mencapai kemerdekaan, berbagai usaha telah dilakukan untuk membetulkan semula kepincangan dan perpecahan yang dilakukan oleh pihak penjajah terutamanya untuk menyatupadukan semula kaum melalui pelbagai program yang bersepadu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ekonomi Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan justeru itu, ia terdedah kepada ketidaktentuan perdagangan luar dan aliran modal antarabangsa.

Penyusunan semula masyarakat kita supaya menjadi lebih seimbang terutamanya dari segi pemikiran ekuiti ekonomi sudah hampir tercapai. Namun, penyusunan masyarakat kita dari segi pendidikan masih belum menampakkan hasil yang membanggakan. Keadaan ekonomi negara yang kurang baik pada hari ini menyebabkan banyak institusi yang bergantung kepada derma dan sumbangan kewangan korporat menghadapi masalah kewangan yang serius.

Antara yang teruk berhadapan dengan situasi ini ialah sekolah-sekolah bukan kebangsaan iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina, SRJK Tamil, Sekolah Agama Rakyat (SAR). Prasarana kebanyakan SRJKT dan SAR amat daif dan sesetengahnya tidak sesuai untuk pelajar mengikuti pembelajaran awal kepada anak-anak kita. Sungguhpun sekolah-sekolah ini mendapat bantuan dan geran kerajaan namun banyak infrastruktur dan prasarana sekolah-sekolah ini disediakan sendiri oleh Lembaga Pengelola Sekolah. Lembaga Pengelola Sekolah terpaksa mencari dana dan sumbangan korporat dan orang ramai bagi memberi keselesaan yang lebih baik kepada para pelajar. Antara keempat-empat jenis sekolah ini, SRJK Cina merupakan sekolah yang paling hadapan dan jauh lebih baik berbanding SRJK Tamil, SRA dan SMA.

Jadi, sejauh manakah pelaksanaan sekolah satu aliran dapat memberi keselesaan dan kemudahan secukupnya kepada pelajar-pelajar sekolah bukan kebangsaan jika keadaan sedia ada mereka tidak meyakinkan mereka untuk menerima cadangan untuk mewujudkan sekolah seumpama itu.

Lihat sahaja status ekonomi dan penguasaan perniagaan oleh kaum Cina yang membolehkan mereka menyumbang lebih banyak dana dan sumbangan kepada komuniti mereka sendiri terutamanya di SJKC. Ini menyebabkan ramai di antara mereka menentang

(10)

sekeras-kerasnya cadangan sekolah satu aliran kerana kerajaan sendiri tidak dapat menyediakan infrastruktur yang mencukupi untuk sekolah-sekolah bukan kebangsaan terutamanya SJKC.

Namun dalam keadaan ekonomi hari ini SJKC juga berhadapan dengan masalah kewangan. Sumbangan dan dana swasta makin menyusut. Jika SJKC bermasalah maka sekolah lain tentulah menghadapi masalah yang lebih serius. Keadaan sekolah-sekolah ini yang dianggap kurang sempurna sebelum ini mungkin akan menjadi status daif dalam masa beberapa tahun akan datang.

Dong Jiao Zhong atau dikenali sebagai gabungan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina yang telah ditubuhkan sejak awal 1950an ketika negara belum mencapai kemerdekaan yang mewakili 1,284 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), mampu menyalurkan bantuan RM1 bilion setahun untuk membiayai 1,284 SRJKC dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina. Inilah yang menyebabkan mereka menentang perlaksanaan sekolah satu aliran kerana mereka menjangkakan hak tidak sama rata atau diskriminasi akan berlaku jika ianya dilaksanakan. Mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan daripada pihak kerajaan.

Sungguhpun kewujudan sekolah-sekolah ini dilihat tidak selari dengan kehendak untuk mewujudkan sekolah satu aliran, namun kita harus menerima hakikat bahawa sekolah-sekolah ini juga membantu kerajaan mengurangkan tekanan menyediakan ruang belajar di sekolah kebangsaan yang kian sempit dan sendat dalam setiap kelas. Saya percaya jika semua sekolah ini ditutup, sekolah kebangsaan sendiri akan menghadapi masalah untuk menyediakan ruang kepada pelajar dari aliran ini terutamanya di bandar besar. Justeru walau apa pun persepsi penggubal dasar pendidikan negara, harus diakui tanpa kewujudan sekolah-sekolah ini, kerajaan sendiri akan menghadapi masalah menyediakan ruang dan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan. Oleh itu, perlaksanaan ekonomi yang lebih sistematik perlu dirancang bagi membolehkan semua pihak bersetuju dengan agenda ini.

(11)

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan peruntukkan sejumlah RM100 juta untuk SAR dan RM50 juta pertama bagi SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam pakej rangsangan yang lalu. Dana Pembangunan Prasarana Sekolah Vernakular dalam pembentangan Bajet 2010 juga diwujudkan. Dana ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prasarana sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak sangat daif di kawasan-kawasan pedalamannya. Masih ada sekolah-sekolah kayu yang seumpama bangsal sahaja. Jika kos terlalu tinggi untuk pembinaan bangunan batu mungkin bangunan kayu yang lebih elok atau kontena yang diubah suai menjadi kelas lebih baik untuk keselesaan anak-anak ini.

Dana seperti ini tidak memberi pulangan ekonomi yang tinggi kepada negara, namun ia merupakan keperluan orang ramai yang perlu didahulukan oleh kerajaan kepada rakyatnya. Oleh itu, prasarana yang betul-betul fleksibel perlu disediakan untuk mewujudkan sekolah satu aliran di kawasan-kawasan pedalaman supaya kecenderungan pelajar untuk belajar akan lebih meningkat dan berjaya dilaksanakan.

Selaras dengan matlamat unuk membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi, kerajaan melalui Bajet 2010 telah memperuntukkan lebih 30 billion ringgit kepada sektor pendidikan menengah dan rendah yang juga memberi manfaat kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara. Peruntukan ini termasuklah bayaran emolumen operasi pendidikan sebanyak 19 billion ringgit termasuklah 2.8 billion ringgit untuk program bantuan pelajar dan biasiswa.

Selain itu, sebanyak 1.6 billion diperuntukkan untuk mendirikan 80 buah sekolah baru, 1100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah, peruntukan untuk pembinaan sekolah kebangsaan rendah dan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh (mission school). Pada pandangan peribadi, jika sekolah satu aliran mahu diwujudkan, peruntukan-peruntukan yang dibentangkan dalam Bajet 2010 ini boleh digunakan untuk mewujudkan sekolah satu aliran yang mana sekolah yang sedia ada dinaiktaraf menjadi sekolah satu aliran. Ini dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang seragam. Di samping itu, sebanyak 1.1 billion ringgit untuk pengubahsuaian dan menaiktaraf prasarana sekolah termasuklah sekolah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

(12)

Satu demi satu pelaksanaan yang diketengahkan oleh Kementerian Pelajaran untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara. Namun ianya seperti hangat-hangat tahi ayam. Sekolah bestari dan sekolah wawasan yang dahulunya gah diuar-uarkan sehingga kini tiada satupun bukti atau objektif yang hendak dicapai dibuktikan. Ini membawa kepada pembaziran yang banyak kerana banyak peruntukan dihabiskan semata-mata untuk sekolah-sekolah ini sedangkan keperluan sekolah-sekolah yang sedia ada tidak diberi perhatian. Kita ada sekolah Cina, Tamil, dan Kristian, kenapa kita tiada sekolah Malaysia seperti sekolah Perancis, Jerman, Rusia, Arab dan lain-lain. Dari segi fahaman dan amalan kemajuan ekonomi, pendidikan universiti di Jerman dan Perancis adalah percuma dan adalah baik sekiranya kerajaan mempertimbangkan pendidikan secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah satu aliran untuk peringkat permulaan ini. Pada pendapat saya, ini sedikit sebanyak mungkin boleh menarik minat mereka untuk belajar di sekolah satu aliran serta pengurusan ekonomi akan lebih bermanfaat demi kemajuan anak bangsa pasa masa hadapan.

Selain itu, isu Pengajaran dan Pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. PPSMI yang telah dimansuhkan baru-baru ini menunjukkan kerugian yang begitu ketara kepada ekonomi negara. Semasa perlaksanaan PPSMI dahulu, berapa banyak wang digunakan untuk merombak semula silibus dan kos penerbitan buku-buku teks dan juga latihan digunakan.

Tidak sampai 10 tahun perlaksanaannya, ianya telah dimansuhkan dan peruntukan yang banyak pula terpaksa dikeluarkan untuk mengubah silibus dan buku teks kepada keadaan sebelumnya. Sebaiknya, pengaliran keluar wang yang begitu banyak boleh digunakan untuk melaksanakan cadangan sekolah satu aliran supaya semua pembelajaran pelajar-pelajar di negara ini seragam dan berjalan dalam jangka masa yang panjang.

Pendekatan yang boleh diambil ialah sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan kebangsaan boleh disatukan ke dalam satu kawasan yang sama yang berlainan pentadbiran, berkongsi kemudahan padang, perpustakaan, kantin dan sebagainya. Ini juga dapat menjimatkan kos pentadbiran sekolah. Dengan itu juga, peluang untuk mewujudkan masyarakat yang lebih harmonis melalui hubungan mesra ibu bapa yang kerap bertemu di kawasan sekolah semasa menghantar atau mengambil pulang anak masing-masing, atau pun semasamenjalankan aktiviti-aktiviti bersama seperti gotong royong dan sebagainya.

(13)

Penyediaan infrastruktur dan prasarana terbaik perlu terus diutamakan bagi memastikan peningkatan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan secara menyeluruh khususnya di luar bandar jika sekolah satu aliran ini mahu dilaksanakan. Selain itu, sebelum mewujudkan sekolah satu aliran, kerajaan perlu merevolusikan sistem pendidikan kerajaan terlebih dahulu sebelum kewujudannya ditempelak dan dipertikaikan oleh pelbagai kaum di Malaysia kerana tiada perancangan yang rapi dan hanya bersifat sementara dan hanya merugikan negara. Contohnya, meningkatkan kemudahan terutama asrama, makmal komputer, dewan serbaguna, padang permainan dan sebagainya.

Biarlah anak-anak kita di sekolah mana pun dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Sesungguhnya anak-anak yang berilmu akan membangunkan negara ini di masa akan datang. Pendidikan sekolah merupakan pelaburan modal insan yang penting bagi sesebuah negara. Kerana di sinilah kelompok rakyat asas akan didik dan diasuh. Jika kita gagal di sini maka ramailah generasi akan datang akan tercicir kurang ilmu dan menyebabkan sebahagian besar generasi akan datang akan menjadi masalah sosial kepada negara. Biarlah kita berbelanja lebih untuk keselesaan mereka untuk belajar supaya mereka lebih bersemangat untuk berjaya seterusnya memajukan negara di masa hadapan. Bak kata pepatah, “bertanam-tanam dahulu barulah menuai di hari muka”.

3.4 Agama Isu Dan Cabaran

Dalam isu ini perkara yang disuarakan ialah kerisauan sestengah pihak sekiranya ada pelajar yang terbiasa dengat amalan sesuatu agama seterusnya meninggalkan agama asalnya. Isu ini merupakan satu isu yang sensitif. Dalam soal agama, sekolah satu aliran hanya memberi kelebihan kepada pelajar yang beragama Islam. Sedangkan agama lain tidak diajarkan. Pelajar bukan Islam secara tidak langsung terdedah kepada ajaran Islam. Lama-kelamaan mereka menjadi keliru. Ini tidak digemari ibu bapa kerana bimbang anak mereka akan menukar agama. Ini merupakan satu-satunya perkara yang amat ditakuti ole ibu bapa apabila menghantar anak mereka ke sekolah satu aliran.

Bukan itu sahaja, kerisauan juga melanda apabila perkara yang sama berlaku kepada pelajar bukan Islam. Kerisauan melanda ibu bapa apabila jika terdapatnya pelajar Islam yang

(14)

mula bermain-main cinta dengan pelajar bukan Islam. Sedangkan dengan pelajar seagama pun boleh berlakuknya perkara-perkara sumbang, apatah lagi jika bercampur dengan pelajar-pelajar bukan Islam. Hal ini boleh mendatangkan lebih banyak masalah sosial dalam kalangan pelajar. Keadaan boleh menjadi lebih parah apabila terdapatnya pelajar Islam yang secara diam-diam telah murtad dan memasuki agama lain. Hal ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. Maka tidak mustahil perkara ini boleh terjadi kepada pelajar sekolah.

Selain itu, kesulitan berlaku apabila semua agama meninginkan keadilan, di mana sekolah perlu menyediakan semua jenis rumah ibadat dalam bagi berskap adil kepada semua agama. Hal ini mengundang kepada kos yang begitu tinggi sedangkan keadaan ekonomi Malaysia kini masih lagi berada pada tahap yang kurang memuaskan. Seterusnya ialah apabila tiba untuk sesuatu perayaan yang lebih menjurus kea rah keagamaan. Adakah semua pelajar perlu terlibat walaupun darii agama yang lain? Ini sememangnya menimbulkan lagi kesulitan dalam pengurusan sesebuah sekolah.

Pendekatan

Perkara yang boleh dijalankan bagi mengatasi isu yang sensitif ini adalah pertamanya mengenai masalah terpengaruh dengan agama lain, menyediakan kelas kerohanian bagi setiap agama. Pada waktu yang sama semua pelajar akan menghadiri kelas keagamaan masing-masing. Paling tidak pelajar bukan Islam akan memasuki kelas pendidikan moral yang sudah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah. Cadangan ini diharap dapat mendidik kerohanian pelajar mengikut agama masing-masing tanpa dipengaruhi oleh ajaran agama lain.

Bagi mengatasi masalah tempat beribadat pula, pelajar bukan Islam bolehlah beribadat di tempat-tempat beribadat yang berhampiran dengan sekolah. Bagi pelajar Kristian di bahagian utara negara, hari ahad merupakan hari persekolahan dan pelajar berkenaan harus dibenarkan keluar sekolah bagi melakukan ibadat mereka di gereja yang berdekatan. Bagi meraikan

(15)

perayaan yang lebih menjurus kea rah keagamaan, pelajar tidak perlu untuk menertai semua aktiviti keagamaan agama lain. Tetapi apabila menjalankan perayaan hari raya dan sebagainya, pada saya jamuan yang dijalankan tidak salah untuk diraikan bersama. Walau bagaimanapun, pihak sekolah harus memastikan bahawa makanan yang disediakan adalah halal bagi tidak mengelirukan pelajar.

Dengan cara ini, kemungkinan masalah keraguan dalam isu agama ini dapat diharungi dalam mewujudkan skolah satu aliran.

3.5 Kedudukan Dalam Organisasi Sekolah Isu Dan Cabaran

Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang serupa walau bagaimanapun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Malaysia. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukanlah peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Sungguhpun begitu, terdapat sesetengah pihak juga merisaukan mengenai kedudukan kaum mereka apabila sekolah satu aliran ini dilaksanakan. Ini juga menjadi alasan apabila mereka menolak sekeras-kerasnya mengenai cadangan ini. Sedangkan telah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bahawa sememangnya kaum Melayu mempunyai hak keistimewaannya.

Kedudukan dalam organisasi ini termasuklah dari pihak pengurusan sekolah sehinggalah organisasi atau persatuan pelajar. Sebelum ini jika di sekolah jenis kebangsaan, merekalah yang menguasai atau mendominasi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Oleh sebab itu, mereka membantah sekolah satu aliran kerana sememangnya kaum Melayu akan mendominasi kembali jawatan di sekolah dan mereka akan merasa tergugat jika keadaan ini berlaku.

Selain itu, pihak tertentu juga menyatakan pendapat mereka bahawa sekolah satu aliran ini bukanlah satu cara yang efektif bagi merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Mereka menyatakan bahawa banyak lagi cara yang lebih baik bagi meningkatkan perpaduan kaum.

(16)

Tambahan lagi, mereka juga berpendapat bahawa sekolah satu aliran ini akan lebih membuatkan perpaduan kaum di Malaysia semakin berkurangan akibat pelbagai perkara yang tidak diningini apabila kedudkan mereka di sesebuah sekolah menjadi tergugat.

Pendekatan

Daripada cabaran di atas, apa yang boleh pihak kerajaan jalankan adalah dengan menyediakan satu pelan induk untuk menjalankan sekolah satu aliran ini. Di dalam pelan induk ini termasuklah kuota atau pengadilan dalam kedudukan kaum minoriti di dalam sesebuah sekolah. Selain itu, apa yang boleh kita jalankan ialah mengadakan kempen untuk meyakinkan mereka bahawa sekolah satu aliran ini akan dilaksanakan menepati dan merangkumi kesamarataan terhadap semua kaum. hal seperti ini seharusnya tidak membinbangkan pihak-pihak terlibat.

Ini kerana terdapat juga sekolah-sekolah menengah yang terdiri dari pelbagai kaum, tidak pula mereka merasa tergugat. Sebenarnya, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai isu ini, kerana segalanya boleh diselesaikan dengan adil dalam membina satu pelan induk yang sempurna dalam melaksanakan sekolah satu aliran ini. Mereka tidak seharusnya mementingkan kaum mereka dan mengenepikan kesan positif yang boleh terjadi dengan adanya sekolah satu aliran ini sebagai satu medan perpaduan rakyat Malaysia terutamanya pelajar.

3.6 Politik Isu Dan Cabaran

Sebelum ini ia pernah dibangkitkan oleh ahli politik Umno termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi, isu itu dikecam dan dipertikai hebat oleh banyak pihak terutama pemimpin bukan Melayu serta menuduh beliau sebagai rasis. Dari segi isu politik ada di antara para pemimpin yang apat menerima dan juga masih belum dapat menerima cadangan ini atas sebab-sebab kepentingan politik mereka sendiri.

Mereka yang bersetuju berpendapat bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi

(17)

titik tolak ke arah itu. Hamim Samuri, Ahli Parlimen Ledang berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah mewujudkan sekolah satu aliran kerana ia akan menyekat kaum Cina dan India daripada menguasai bahasa ibunda mereka. Kerajaan juga perlu membenarkan kewujudan sekolah aliran Cina sebagai menghormati bahasa dan sastera kaum itu yang telah lama wujud. Langkah untuk mewujudkan sekolah satu aliran perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada negara pada jangka masa panjang. Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock pula menggesa kerajaan mewujudkan satu dasar yang boleh menjadi alat untuk merapatkan hubungan antara kaum di negara ini jika ada. Beliau berkata, cadangan mewujudkan sekolah satu aliran tidak akan membantu menyelesaikan isu hubungan kaum kerana telah terbukti negara-negara lain yang mengamalkan dasar seumpama itu tetap berhadapan dengan masalah tersebut.

Beliau juga berpendapat walaupun Malaysia melaksanakan sistem pendidikan yang liberal tetapi sehingga kini rakyat hidup dalam keadaan aman walaupun sesekali terjejas akibat isu yang berbau perkauman.

Pendekatan

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dan berkesan untuk mengukuhkan perpaduan nasional, termasuk menerusi pelaksanaan politik yang adil dan saksama. Bagi kebanyakan pemimpin negara, pendidikan negara umpama pokok yang ditukar akarnya. Perlu diingatkan bahawa falsafah pendidikan barat ada menyebut bahawa pendidikan adalah benteng pertahanan negara. Ini bermakna kekuatan tentera bukanlah benteng utama pertahanan negara, sebaliknya adalah pendidikan. Ada juga benarnya falsafah tersebut. Maka oleh sebab itu, sistem pendidikan negara tidak seharusnya dijadikan alat

(18)

permainan dan alat untuk ujikaji sesuatu dasar ataupun cetusan idea yang ragu-ragu. Lebih elok jika dimantapkan terlebih dahulu sistem pendidikan yang sedia ada berbanding dengan mencetuskan idea dan gagal mengawalnya.

Naib Presiden MCA,Datuk Dr. Fong Chan Onn pula berkata, MCA mencadangkan supaya sistem pendidikan yang ada sekarang dikekalkan dan tidak diganti dengan sekolah satu aliran. Bagaimanapun beliau berpendapat adalah lebih baik jika sekolah-sekolah kebangsaan serta sekolah-sekolah jenis kebangsaan dibina berhampiran bagi menggalakkan interaksi di antara pelajar. Seterusnya merancang program-program seperti hari keluarga dan sukan secara bersama supaya mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain.

Jika para pemimpin terus bersikap mementingkan kaum demi masa depan dan populariti politik masing-masing, selagi itulah usaha perpaduan kaum hanya bersifat kosmetik. Sesungguhnya, mana-mana negara pun mahu menyatupadukan rakyatnya, kerana perpaduan adalah asas bagi menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan politik. Sistem pendidikan negara perlu dimanfaatkan untuk mencorak masa depan bagi melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak mungkin mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut ia akan membantu mewujudkan hubungan harmoni antara kaum. Mereka yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

4.0 PENUTUP

Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh birlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu

(19)

bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

Ibu bapa serta guru perlulah memainkan peranan serta memikirkan masa depan generasi akan datang. Jika perpaduan tidak dipupuk dari awal ini dikhuatiri akan tercetus kembali tragedy 13 Mei yang mana telah meragut banyak nyawa. Tragedy itu masih lagi segar di ingatan setiap rakyat Malaysia. Pembentukan sekolah satu aliran juga bersesuaian dengan gagasan 1Malaysia pada masa kini. Maka semua pihak perlulah bersetuju dengan pembentukan sekolah satu aliran tersebut. Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan mengenai sistem tersebut, perkara ini masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Tiada perkara yang sempurna di dunia ini melainkan Maha Pencipta kita.

5.0 BIBLIOGRAFI

1MALAYSIA 1SCHOOL is a must for MALAYSIA!

forum.lowyat.net /topic/1207315. Diperoleh pada 1 Julai 2010 Satu Sekolah « On Da Street

ondastreet.wordpress.com /category/ satu - sekolah . Diperoleh pada 1 Julai 2010 Sekolah Satu Aliran (SSA)

www. scribd.com /doc/27263681/ Sekolah - Satu - Aliran -SSA . Diperoleh pada 1 Julai 2010

pesanan-pesanan.blogspot.com /2009/12/ satu - sekolah -semua-lee..

dari kaca mata melayu:sekolah 1 aliran. Diperoleh pada 1 Julai 2010 deminegara.blogspot.com /2009/05/ satu - sekolah -untuk-semua.html

(20)

demi Negara:satu sekolah untuk semua. Diperoleh pada 1 Julai 2010 Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Thinker's Library Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar, 1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor Nurin Enterprise.

Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Quantum Books.

Berita Harian, 21hb Dis. 2001. Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan. Dewan Masyarakat, Jun 2001. Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan.

(21)

Referensi

Dokumen terkait

Pada DM tipe 1 yang t<uman Monocommponent 0nsulin (>! :0 dan 1!! :0Eml in*eksi) yang beredar adalah actrapid 0n*eksi insulin dapat diberikan kepada penderita DM tipe11

Penelitian ini akan menguraikan hasil penelitian terkait efektifitas Diabetes Manajemen Self Education (DSME) terhadap pengendalian kadar glukosa darah pada pasien

Sejalan dengan Polya (Krismanto, 2003: 7) yang menyatakan bahwa mengajar untuk berpikir mengharuskan guru tidak hanya memberikan informasi, guru harus

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

(4) Penentuan masa manfaat Aset Tetap sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dilakukan dengan berpedoman pada masa manfaat Aset Tetap yang disajikan dalam tabel masa

PENGGAMBARAN FENOMENA SEKS PADA NOVEL-NOVEL INDONESIA MUTAKHIR KARYA PENGARANG PEREMPUAN Dari hasil penelitian, tampak bahwa fenomena seks yang digambarkan dalam novel

Tapi sekolah bisa memberi alternatif lain dengan melakukan pelatihan terhadap guru bahasa inggris memberi alternatif lain dengan melakukan pelatihan terhadap guru bahasa inggris yang

Penelitian ini dilakukan guna menentukan jumlah tenaga kerja yang optimal pada setiap work centre dengan tujuan menentukan jumlah tenaga kerja yang sesuai dengan