• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendidikan Cina di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pendidikan Cina di Malaysia"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu secara beramai-ramai pada abad ke-19, selain mencari kakayaan, orang Cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka untuk mendidik kanak-kanak Cina agar mereka dapat mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina. Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi satu agenda penting kepada mereka (Tan Yao Sua, 2005:65).

Sejak tahun 1940-an, penjajahan Inggeris telah cuba menyusun semula sistem pendidikan vernakular Cina yang berpecah-belah di Tanah Melayu. Namun, usaha awal seperti rancangan cheeseman yang mencadangkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dengan bahasa Inggeris diajar di semua sekolah rendah didapati gagal menyelesaikan masalah pokok sistem pendidikan vernakular yang berpecah-belah ini.

Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu pada awal tahun 1950-an serta Ordinan Pelajaran 1952 merupakan usaha penjajah Inggeris untuk menyusun semula sistem pendidikan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga dasar pendidikan ini telah digubal tanpa merujuk kepada keunikan ciri-ciri etnik dalam konteks kemajmukan negara, landas tidak dapat memenuhi tuntutan etnik untuk mempertahankan bahasa, budaya, dan identiti etnik masing-masing.

Seterusnya, Laporan Razak telah dikemukakan untuk cuba bertolak ansur antara tuntutan orang Melayu terhadap dasar keseragaman bahasa pengantar dengan tuntutan orang Cina terhadap dasar kepelbagaian bahasa

(2)

pengantar. Selepas itu, Ordinan Pelajaran 1957 yang diluluskan pada bulan Mac telah menetapkan satu objektif dasar pendidikan yang bersifat akomodatif terhadap tuntutan etnik dalam isu bahasa dan pendidikan sejajar dengan semangat kompromi etnik yang mendasari penggubalan Laporan Razak.

Menurut laporan Kementerian Pelajaran, Malaysia kini mempunyai 1290 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, 60 buah Duli

Zhongxue1, 3 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (aliran Cina). Biarpun sebelum atau selepas kemerdekaan, pendidikan Cina di Malaysia telah mengalami banyak halangan tetapi dengan tekad yang teguh dan usaha yang bersungguh-sungguh oleh masyarakat Cina, akhirnya

berjaya membina satu sistem pendidikan Cina sempurna yang terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Kini, pendidikan Cina bukan sahaja memainkan peranan penting dalam kebudayaan Cina Malaysia tetapi juga mempunyai kedudukan yang tidak boleh diabaikan dalam

pendidikan Malaysia.

MANFAAT-MANFAAT YANG DIPEROLEHI DARIPADA ALIRAN PENDIDIKAN CINA

Pendidikan Cina merupakan salah satu aliran pendidikan yang penting di Malaysia. Ini disebabkan pendidikan Cina sememangnya boleh membawa manfaat-manfaat kepada masyarakat kini.

(3)

Budaya Cina sampai ke hari ini sudah mencatat sejarah selama beribu-ribu tahun. Budaya boleh dikatakan dapat memaparkan identiti sesuatu kaum. Maka mewarisi budaya Cina telah menjadi satu tanggungjawab kepada masyarakat Cina. Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, pendidikan telah memainkan peranan yang penting. Pendidikan Cina sebenarnya merupakan salah satu budaya Cina. Pendidikan bukan sahaja memberi ilmu tetapi juga membantu membina martabat seseorang manusia. Dipercayai hanya melalui pendidikan ibunda iaitu pendidikan Cina, tanggungjawab mewarisi budaya Cina baru dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Jikalau budaya Cina dipelajari melalui aliran pendidikan lain seperti pendidikan Melayu, banyak makna yang sebenarnya tidak dapat disampaikan secara menyeluruh. Misalnya, puisi atau sajak Cina adalah dibina menurut sistem tulisan bahasa Cina, dan adalah susah bagi pendidikan Melayu untuk memahami isi tersirat yang ada dalamnya kalau tidak memahami sistem bahasa Cina tersebut. Secara langsung, seseorang tidak dapat menguasai sari yang ada dalam karya tersebut. Ini telah membuktikan bahawa sesuatu budaya kaum tertentu hanya dapat diwarisi sepenuhnya dengan menggunakan pendidikan ibunda kaum tersebut.

Pembentukan insan yang sempurna

Pendidikan Cina mengandungi banyak teori tentang kemanusiaan seperti teori konfusianism dan lain-lain. Teori-teori atau fahaman yang disampaikan dalam budaya ini merupakan teori yang mengutamakan pembentukan dan perkembangan yang sihat dalam seseorang dari segi fizikal

(4)

dan mental. Secara langsung dapat membantu membina akhlak seseorang. Daripada ini dapat membantu mengurangkan jenayah dan membina satu masyarakat yang harmoni.

Di samping itu, teori-teori atau kefahaman tersebut juga membantu dan menjadi penuju jalan dalam kehidupan seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang sangat dipengaruhi oleh teori konfusianism akan lebih sabar, tabah dan tidak mudah berputus-asa apabila menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan. Pendidikan Cina yang mementingkan fahaman-fahaman tertentu juga mendorong seseorang supaya mematuhi peraturan, menggunakan pendidikan moral untuk mengubah seseorang yang melakukan kesalahan dan perlu menghormati orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa.

Menyatupadukan masyarakat Cina

Pendidikan Cina merupakan satu saluran untuk menyatupadukan masyarakat Cina. Pendidikan Cina dapat menimbulkan kesedaran bangsa Cina untuk berusaha mempertahankan identiti dan budaya mereka. Kesedaran ini merupakan satu rayuan yang asas bagi orang Cina untuk mempertahankan pendidikan Cina.

Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Walaubagaimanapun, kerajaan ingin melaksanakan satu dasar akan pendidikan iaitu bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. Tindakan ini telah menimbulkan reaksi yang besar daripada masyarakat Cina. Ini disebabkan kedudukan aliran pendidikan Cina telah tergugat. Daripada peristiwa ini masyarakat Cina telah menimbulkan

(5)

satu kesedaran untuk mempertahankan pendidikan Cina mereka. Sebenarnya kesedaran tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mempertahankan pendidikan Cina, tetapi membawa makna mempertahankan maruah bangsa Cina dan memperjuang hak keadilan.

Selain itu, pendidikan Cina telah menyatupadukan masyarakat Cina yang terdiri daripada pelbagai dialek. Mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang bersepadu iaitu bahasa Cina. Secara langsung, dapat mengelakkan perselisihan faham dan menjaga harmonian masyarakat Cina.

Jadi, pendidikan Cina telah mempersatukan masyarakat Cina untuk bersama-sama membela manfaat yang sepatutnya dimiliki oleh mereka.

Menyediakan peluang untuk kaum lain belajar pendidikan Cina dan mendorong perpaduan antara kaum

Dalam pendidikan Cina, bahasa Cina akan digunakan sebagai bahasa pengantar. Jadi, sesiapa yang menerima pendidikan Cina akan belajar bahasa Cina. Ini pula memberi peluang kepada kaum lain belajar bahasa Cina. Bagi kaum lain, mereka juga bermanfaat kerana berpeluang mempelajari bahasa baru selain daripada bahasa ibunda sendiri. Secara langsung, turut membantu mereka menambahkan peluang perkerjaan.

Dengan itu, kaum yang berbeza dapat memahami antara satu sama lain. Hal demikian kerana melalui pendidikan Cina, kaum lain dapat memahami tentang latar belakang, budaya dan fikiran masyarakat Cina dan mengelakkan salah faham serta rusuhan kaum berlaku. Ini dapat membina

(6)

satu masyarakat yang bersatu-padu, harmoni dan mesra. Maka hasrat pencapaian Wawasan 2020 bukan lagi merupakan satu mimpi sahaja.

Selain itu, diikuti dengan kebangkitan negara China, mempelajari bahasa Cina telah membina satu saluran berinteraksi yang berkesan di antara negara kita dengan China. Secara langsung, interaksi tersebut akan membantu perkembangan ekonomi negara kita.

Pengekalan identiti orang Cina

Pendidikan Cina dapat mengekalkan identiti orang Cina. Masyarakat Cina berpendapat bahawa pendidikan Cina memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan identiti orang Cina. Pendidikan Cina adalah satu budaya yang penting dalam masyarakat Cina.

Pendidikan Cina turut dapat mengelakkan pembaratan. Generasi muda yang mendapat pendidikan Cina dapat memahami budaya dan masyarakat kaum sendiri dengan lebih mendalam. Ini turut membantu menanam semangat cinta akan budaya diri dan berfikiran moral. Secara langsung, telah mengurangkan peluang generasi muda terdedah terhadap budaya barat dan tidak akan mencontohi budaya barat dari segi pemikiran, pemakaian dan sebagainya.

Kegigihan masyarakat Cina mempertahankan sekolah Cina telah memaparkan bahawa pendidikan Cina memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan identiti orang Cina. Sebagai contoh, dasar Seklah Wawasan dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) telah mendapat tentangan dari masyarakat Cina kerana kedudukan pendidikan Cina terancam.

(7)

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH MASYARAKAT CINA UNTUK MEMPERTAHANKAN CIRI, IDENTITI DAN KEUTUHAN

SEKOLAH-SEKOLAH CINA DALAM DEKAD 90-AN DAN AWAL ABAD KE-21

Sejak awal abad ke-19, masyarakat Cina telah mempunyai sekolah di Malaysia. Sekolah Konfusius Chung Hwa ialah sekolah pertama yang dimiliki oleh masyarakat Cina yang didirikan pada tahun 1904. Oleh sebab sikap berat sebelah kerajaan terhadap sekolah beraliran pendidikan Melayu, perkembangan sekolah Cina telah terbantut. Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan pula banyak mempengaruhi perkembangan sekolah-sekolah Cina. Maka masyarakat Cina bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mempertahankan ciri, identiti dan keutuhan sekolah-sekolah Cina.

Penyumbangan wang untuk pembinaan dan perkembangan sekolah Cina

Sejak dahulu lagi, masyarakat Cina di kawasan tertentu sudah berusaha mengumpul wang untuk mendirikan sebuah sekolah agar generasi muda boleh mendapat pendidikan Cina sejak kecil lagi. Sehingga kini masyarakat Cina bukan sahaja menyumbang tenaga bahkan juga menyumbang banyak usaha dalam mencari wang untuk pembinaan dan perkembangan sekolah-sekolah Cina.

Walaupun kerajaan telah mengiktiraf sekolah-sekolah rendah Cina sebagai sekolah kebangsaan dan juga memberi modal yang sepatutnya dimiliki oleh sekolah, tetapi modal tersebut adalah tidak mencukupi. Pemimpin

(8)

Dongjiaozong2 menganggap klasifikasi seklah rendah kepada bantuan penuh dan bantuan modal adalah suatu dasar yang tidak adil. Mereka mendesak kementerian pendidikan supaya menarik balik klasifikasi sekolah bantuan penuh dan sekolah modal dan digantikan dengan polisi layanan yang sama terhadap semua sekolah tanpa mengambil kira hak milik tanah. Dongjiaozong dan Lembaga Pengelola SRJK(C)3 bantuan modal bertegas untuk mendapat

layanan yang sama dengan sekolah bantuan penuh milik kerajaan, di samping ingin mengekalkan kuasa autonominya terutama ke atas hak milik tanah. Tuntutan tersebut mendapat sokongan ahli parlimen MCA4 (Sia Keng

Yek, 2005:45). Kementerian Pendidikan menolak sebarang cabaran untuk menukar taraf sekolah bantuan modal ke taraf sekolah yang dimiliki penuh oleh kerajaan selagi tanah sekolah bantuan modal bukan dimiliki oleh keajaan.

Dalam situasi sekolah menengah pula, kerajaan hanya memberi modal kepada sekolah menengah kebangsaan sahaja. Oleh sebab semua sekolah menengah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah, masyarakat Cina yang mementingkan pendidikan Cina telah mendirikan sekolah menengah beraliran pendidikan Cina yang disebut

Duli Zhongxue. Kerajaan tidak memperuntukkan sebarang modal kepada

sekolah jenis ini. Modal yang diperlukan untuk pembinaan sekolah jenis ini biasanya bergantung kepada pendermaan dan penyumbangan wang daripada masyarakat. Dipercayai memerlukan modal kira-kira RM20 million setahun untuk mengendalikan sekolah menengah jenis ini. Di samping itu,

2 Dongjiaozong : Pertubuhan yang merupakan gabungan daripada Gabungan Persatuan-persatuan

Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiaozong) dan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus-pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dongzong).

(9)

kerajaan masih tidak mengiktirafkan sijil sekolah Menengah DuZhong5, walaupun sesetengah luar negara mengiktirafkan sijil tersebut. Secara langsung, menyebabkan pengaliran tenaga buruh ke luar negara.

Ini dapat membuktikan bahawa masyarakat Cina bukan sahaja menyumbangkan tenaga mereka tetapi juga dari segi kewangan agar perkembangan sekolah-sekolah Cina dapat dijalankan dengan lancar.

Membela hak Lembaga Pengelola sekolah rendah Cina

Sebanyak seribu dua ratus buah sekolah rendah Cina di Malaysia adalah dibina oleh masyarakat Cina sendiri. Setiap sekolah rendah Cina ini mempunyai Lembaga Pengelola sekolah rendah Cina sendiri. Masyarakat Cina telah menugasi Lembaga Pengelola ini mengekal dan mengembang sekolah. Lembaga Pengelola ini memainkan peranan sebagai badan pengurusan sekolah di bawah undang-undang pendidikan. Di samping itu, Lembaga Pengelola ini bertanggungjawab menyatupadukan kuasa daripada pelbagai peringkat masyarakat, mengawasi dan membantu kerajaan mengurus sekolah. Peranan yang utama Lembaga Pengelola ialah membela dan melindungi hak pendidikan Cina di bawah undang-undang negara untuk mengenalpastikan sekolah rendah Cina tidak mengalami sebarang perubahan yang tidak bersesuaian dengan permintaan masyarakat Cina terhadapnya. Lembaga Pengelola ini juga banyak berusaha dalam mengumpulkan wang dan membuat rancangan dalam pembinaan serta perkembangan sekolah.

Namun mengikuti perkembangan dasar penggunaan sejenis bahasa sebagai bahasa pengantar, kerajaan semakin megetepikan kuasa Lembaga

(10)

Pengelola sekolah rendah Cina melalui administrasi. Segala surat pengumuman dan dokumen yang diedarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan kepada sesebuah sekolah rendah Cina sepatutnya kena diketahui oleh Lembaga Pengelola sekolah tersebut tetapi disebabkan identiti pengetua sebagai kakitangan kerajaan, maka kebanyakan pengetua telah menyimpan maklumat-maklumat yang berkaitan dan tidak memberitahu Lembaga Pengelola. Jadi, Lembaga Pengelola semakin dipisahkan daripada pengurusan sekolah.

Untuk membela hak dan memastikan kuasa tertentu dipertahankan, masyarakat Cina dan pihak yang berkaitan berusaha dengan sedaya upaya mengadakan pelbagai kempen dan aktiviti bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Lembaga Pengelola dalam sekolah-sekolah rendah Cina. Misalnya, majlis interaksi antara Lembaga Pengelola sekolah-sekolah Cina telah diadakan di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang masing-masing pada tahun 2006 dan 2007. Empat persetujuan telah dicapai dalam majlis interaksi antara

Dongjiaozong dengan Xiaozhang Zhigonghui6 yang bernama Huaxiao

Dongshihui Zhuquan Keti, iaitu hak tentang kedaulatan Lembaga Pengelola

sekolah rendah Cina, pengurusan kantin, penggunaan buku teks, buku latihan, kelas komputer, kelas tuisyen serta penubuhan bahagian kursus. Satu kempen yang bernama Huaxiao Dongshi Juexing Yundong7 telah diadakan pada tahun 2006. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk mengembalikan kuasa Lembaga Pengelola sekolah rendah Cina agar hak pendidikan Cina dan pengurusan sekolah rendah Cina dapat dijamin.

6 Xiaozhang Zhigonghui : Majlis Guru-guru Besar

(11)

Menambah pembinaan sekolah-sekolah Cina

Semenjak kemerdekaan, secara keseluruhan bilangan pelajar Cina semakin bertambah. Malangnya, disebabkan dasar-dasar politik kerajaan, perkembangan sekolah rendah Cina adalah terhad. Dalam jangka panjang, sekolah rendah Cina telah menghadapi masalah kekurangan guru, peruntukkan wang, sekolah dan kawasan pembinaan sekolah.

Diikuti dengan populasi Cina bertambah, semakin ramai ibu bapa bukan keturunan Cina meghantar anak-anak mereka memasuki sekolah rendah Cina, maka menyebabkan permintaan masyarakat terhadap sekolah Cina meningkat. Disebabkan kerajaan tidak memberi perhatian terhadap permintaan penduduk tempatan, maka kerajaan tidak membuat rancangan yang sempurna tentang peruntukkan wang, kawasan pembinaan sekolah dan bilangan sekolah yang diperlukan untuk menambung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Misalnya, negeri Selangor, Johor dan Pulau Pinang telah kekurangan sekolah rendah Cina sebanyak 134 buah.

Di bawah usaha perjuangan dan permintaan masyarakat Cina, kerajaan Barisan Nasional kadang-kala akan menurut kehendak politik, terutamanya pada masa pengundian, mengumumkan perpindahan atau pembinaan sekolah rendah Cina melalui cara penyelesaian kes individu. Walaubagaimanapun, oleh sebab tiada satu rancangan yang sesuai, perpindahan dan pembinaan sekolah rendah Cina ini kadang-kala telah menimbulkan masalah. Sebagai contoh, kes perpindahan sekolah rendah Cina Damansara telah mendapat bantahan daripada sebilangan guru, ibu bapa dan pelajar pada tahun 2001.

(12)

Kekurangan sekolah rendah Cina memang membawa banyak masalah. Misalnya pelajar-pelajar di sesuatu kawasan terpaksa belajar di sekolah yang terletak di kawasan yang lebih jauh. Secara langsung menyebabkan kesesakan jalan, pembaziran minyak, membebankan ibu bapa dan kanak-kanak serta ekonomi negara.

Oleh itu, Dongjiaozong telah mengambil tindakan seperti mengadakan penyelidikan terhadap pertambahan pembinaan sekolah rendah Cina. Penyelidikan ini lebih tertumpu di negeri Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Dongjiaozong juga mengeluarkan beberapa langkah penyelesaian yang merangkumi meminta kerajaan mendirikan satu sistem yang adil dan sesuai dalam pembinaan sekolah rendah Cina. Bagi mencapai matlamat memperbanyak peruntukan pembangunan kepada SRJK(C), terutamanya sekolah bantuan modal, Dongjiaozong mencadangkan supaya peruntukan pembangunan dibuat dengan berdasarkan prinsip bilangan murid di sekolah, dan bukannya hak milik tapak sekolah berkenaan. Dongjiaozong juga menyarankan supaya Kementerian Pendidikan memberikan peruntukan secara ringgit ke ringgit kepada sekolah bantuan modal (Sia Keng Yek, 2005:46). Kerajaan harus mengikuti struktur populasi dan permintaan penduduk kawasan tertentu terhadap sekolah pelbagai aliran, memperuntukkan wang dan membina sekolah dengan bersistematik supaya memuaskan permintaan dan hak penduduk kawasan tertentu terhadap pendidikan bahasa ibunda. Masyarakat Cina meminta kerajaan supaya menjadikan pertambahan pembinaan sekolah rendah Cina sebagai salah satu Rancangan Malaysia.

(13)

Pada 7 March 2005, persatuan-persatuan masyarakat Cina yang utama melalui Rancangan Malaysia ke-9 telah menghantarkan satu laporan cadangan yang berkaitan bidang ekonomi, pendidikan, budaya dan masyarakat kepada Jabatan Perdana Menteri dan badan kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan. Laporan tersebut mengeluarkan lapan cadangan dan permintaan dalam bidang pendidikan, termasuk permintaan peruntukkan wang yang adil kepada sekolah-sekolah dan merangka satu sistem atau rancangan yang sesuai terhadap pertambahan pembinaan sekolah rendah Cina.

Pembantahan terhadap Penubuhan Sekolah Wawasan

Pembentukan bangsa yang perpaduan dan hidup dalam keadaan yang harmoni ialah cabaran paling utama bagi Negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa mencapai wawasan 2020. Maka, kerajaan menubuhkan sekolah wawasan untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Konsep sekolah wawasan diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan syor kerajaan untuk menyatukan sekolah kecil yang mempunyai murid kurang 150 orang di kawasan luar Bandar dan kawasan terpencil ke dalam kompleks sekolah yang baru untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (Sia Keng Yek, 2005 : 193). Matlamat utama penubuhan sekolah wawasan adalah untuk menwujudkan perpaduan dan memupuk semangat integrasi di kalangan murid yang berbagai-bagai bangsa, kaum dan latar belakang.

Masyarakat Cina khususnya Dongjiaozong dan Huatuan8 menentang hebat terhadap konsep Sekolah Wawasan. Ini disebabkan konsep ini

(14)

dianggap boleh menguburkan identiti serta penggunaan bahasa ibunda di kalangan murid SRJK(C). Dalam Akta Pendidkan 1961,“mengembangkan satu dasar pendidikan negara dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dari satu langkah ke satu langkah yang seterusnya” merupakan matlamat terakhir yang ingin dicapai oleh kerajaan. Akta ini amat dibimbangkan oleh masyarakat Cina. Konsep Sekolah Wawasan dianggap merupakan satu cara kerajaan mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menolak kepelbagaian bahasa pengantar. Dongjiaozong dan Huatuan berpendapat bahawa Program Sekolah Integrasi 1985, Projek Sekolah Wawasan 1995 dan Projek Sekolah Wawasan 2000 mempunyai latar belakang yang sama, iaitu berlandaskan andaian bahawa kewujudan sekolah rendah pelbagai aliran adalah punca polarisasi atau ketidakharmonian kaum (Sia Keng Yek, 2005:201). Masyarakat Cina berpendapat sekolah rendah yang pelbagai aliran bukan sebab polarisasi atau ketidakharmonian antara kaum, maka dasar kerajaan yang meletakkan sekolah pelbagai aliran dalam satu tapak tanah dengan sengaja adalah tidak sepadan dengan semangat Perlembagaan Negara.

Bekas menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad menyifatkan tindakan Dongjiaozong dan Huatuan itu umpama “takutkan dengan bayang-bayang sendiri”(Sia Keng Yek, 2005:202). Pada bulan Oktober 2002, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad juga menyatakan bahawa

Dongjiaozong bertindak keterlaluan dan ketidaksetujuan Dongjiaozong telah

menghalang rancangan kerajaan untuk menyatupadukan murid daripada pelbagai kaum. Dongjiaozong menganggap tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan berpendapat bahawa pendidikan bahasa ibunda merupakan

(15)

prinsip hak manusia yang asas, perasaan masyarakat Cina terhadap bahasa ibunda sendiri harus dihormati.

Dongjiaozong menyeru kerajaan membatalkan rancangan Sekolah

Wawasan dan digantikan dengan “Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan 1986” tetapi tidak diterima oleh kerajaan. Dongjiaozong juga membuat pengumuman pada 9 November 2000 bahawa Rancangan Sekolah Wawasan merupakan langkah kerajaan untuk menghapuskan identiti sekolah Cina secara perlahan. Sekumpulan mahasiswa juga mendirikan persatuan menentang rancangan Sekolah Wawasan dan telah menjalankan aktiviti di seluruh negara seperti mengumpulkan pelbagai kaum dan persatuan lain untuk menemu ramah Dongjiaozong untuk mengetahui keadaan pendidikan bahasa ibunda di negara kita (http://www.yuehaifeng.com.cn/YHF2003/ yhf2003-6-12.htm).

Bantahan terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pada awal tahun 1970, setelah Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, kedudukan Bahasa Inggeris dalam pendidikan terjejas. Penggubalan pelajaran pada tahun 1983 telah menjadikan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar digantikan dengan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris cuma merupakan salah satu subjek wajid dipelajari oleh setiap rakyat.

Namun menjelang abad ke-21, bekas perdana menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada

(16)

bulan Mei, 2002. Dasar ini telah menimbulkan pertikaian yang besar daripada semua pihak. Bagi masyarakat Cina Dongjiaozong dan sesetengah persatuan lain tidak bersetuju dengan dasar ini. Dasar PPSMI menghadapi bantahan khususnya dari wakil-wakil Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) pimpinan

Dongjiaozong. Oleh itu, sebagai langkah kompromi oleh Majlis Tertinggi

Barisan Nasional, formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.

Masyarakat Cina amat membantah dasar PPSMI kerana dasar tersebut akan menyebabkan perubahan ciri dan identiti sekolah Cina rendah. Sebab lain masyarakat Cina membantah dasar ini adalah keberkesanan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah sudah mendapat persetujuan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan dipakai secara umum di seluruh dunia. Oleh itu, penggunaan bahasa ibunda dalam mempelajari subjek-subjek seperti matematik dan sains oleh pelajar akan membawa kesan yang lebih baik. Selain itu, masyarakat Cina berpendapat bahawa melalui dasar ini untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah kurang sesuai. Penguasaan bahasa Inggeris sepatutnya ditingkatkan melalui alat dan pengajaran, kualiti penguruan, cara mengajar serta matlamat pendidikan bagi subjek bahasa Inggeris.

Dalam pembantahan PPSMI, Dongjiaozong telah mengadakan banyak aktiviti seperti kempen yang bertajuk Pengembalian Pendidikan Bahasa

(17)

Ibunda, mesyuarat membantah PPSMI, interaksi antara Dongjiaozong dengan parti politik dan persatuan-persatuan Cina dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga membuat lawatan ke setiap negeri untuk menjalan tugas penyebaran dan mencetak banyak maklumat seperti surat pengumunan kepada ibubapa agar masyarakat Cina dapat menyedari kegentingan masalah PPSMI dan bersama-sama membantah dasar ini. Selain itu,

huatuan membuat pengumunan dan menghantar memorandum kepada pihak

berkenaan untuk membantah dasar PPSMI.

KESIMPULAN

Walaupun perjuangan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina untuk mempertahankan ciri, identiti dan keutuhan pendidikan Cina demi mewujudkan satu sistem pendidikan Cina yang lengkap dan berautonomi di negara ini telah menghadapai pelbagai masalah, tetapi pemimpin-pemimpin tersebut tidak pernah berputus asa dan membungkuk menghadapinya.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan langkah-langkah yang sewajar terhadap pendidikan Cina kerana pendidikan Cina boleh membawa manfaat-manfaat kepada perkembangan negara. Antara manfaat-manfaat ialah mewarisi dan mengembangkan budaya Cina, menyatupadukan masyarakat Cina, menyediakan peluang untuk belajar pendidikan Cina dan mendorong perpaduan antara kaum. Pendidikan Cina bukan sahaja memainkan peranan penting dalam membina satu masyarakat yang harmoni yang terdiri daripada pelbagai kaum bahkan juga mendorong perkembangan yang baru kepada ekonomi negara.

(18)

Pendidikan Cina boleh dikatakan merupakan sebahagian daripada nyawa masyarakat Cina. Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan Cina. Namun dasar kerajaan yang bercanggah dengan kepentingan pendidikan Cina yang akan merampas hak orang Cina telah menyedarkan masyarakat Cina berjuang untuk mempertahankan ciri, identiti dan keutuhan pendidikan Cina. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti penyumbangan wang untuk pembinaan dan perkembangan sekolah, bantahan terhadap dasar PPSMI, membela hak Lembaga pengarah sekolah rendah Cina dan kempen menambah pembinaan sekolah-sekolah Cina.

Secara kesimpulan, pendidikan Cina adalah satu aliran pendidikan yang penting yang boleh memberi sumbangan kepada negara kita. Oleh itu, adalah wajarnya kerajaan mengambil berat tehadap perkembangan pendidikan Cina dan isu-isu yang berkaitan harus diambil prihatin agar perkembangan pendidikan Cina tidak terbantut.

BIBLOGRAFI

1. Ho Wah Foon, Tan Joo Lan, & Tan Teong Jin. (2005). The Chinese Malaysian Contribution. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian

(19)

Chinese Studies.

2. Leo Suryadinata. (Ed.). (2002). Ethnic Chinese in Singapore and Malaysia. Singapura: Times Academic Press.

3. Sia Keng Yek. (2005). SRJK(Cina) dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kuala Lumpur: Pernebit Universiti Malaya. 4. Tan Yao Sua. (2005). Politik Dongjiaozong dalam pendidikan vernakular Cina di semenanjung Malaysia (1960-1982). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Maka dari itu, materi pendidikan Aqidah Akhlak bukan hanya mengajarkan pengetahuan tentang agama, akan tetapi bagaimana membentuk kepribadian siswa agar memiliki keimanan

keduanya merupakan ahli fihq mazhab Hanafi yakni mendefinisikan wakaf adalah menahan tindakan hukum orang yang berwakaf terhadap hartanya yang telah diwakafkan dengan

perpajakan atas bunga simpanan anggota yang diberikan oleh credit union yang seharusnya setiap bulan pada saat akan memberikan balas jasa simpanan (bunga) setiap

Mengetikkan salah, pada salah satu kondisi username atau password kemudian klik tombol login Username : chomsyia (benar) Password: 888 (salah) Sistem akan menolak akses user

Refraktometer Abbe adalah refraktometer untuk mengukur indeks bias cairan, padatan dalam cairan atau serbuk dengan indeks bias dari 1,300 sampai 1,700 dan persentase padatan 0

Bab keempat, merupakan analisis hukum Islam terhadap pokok- pokok permasalahan yang sesuai dengan data yang diperoleh dari Ambengan Batu Tambaksari tentang alih

Pada teori ini elektron dalam metal dianggap sebagai partikel elektron yang dapat bergerak bebas dalam potensial internal kristal yang konstan.. Dinding potensial hanya

Apabila perbuatan atau amal tersebut berupa maslahah yang nyata (haqiqatan) bukan sekedar dugaan (wahmiyah) sekiranya dapat mewujudkan kemaslahatan dan