• Tidak ada hasil yang ditemukan

FOLIO SEJARAH (TAHUN 6) TAJUK: KITA RAKYAT MALAYSIA NAMA MURID: 1. AISYAH AFIQAH BT AHMAD FADZIL ( ) 2. AZIZAH BT ABDULLAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FOLIO SEJARAH (TAHUN 6) TAJUK: KITA RAKYAT MALAYSIA NAMA MURID: 1. AISYAH AFIQAH BT AHMAD FADZIL ( ) 2. AZIZAH BT ABDULLAH"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

SKK SK PEKAN JAYA

FOLIO SEJARAH (TAHUN 6)

TAJUK: KITA RAKYAT MALAYSIA

NAMA MURID:

1. AISYAH AFIQAH BT AHMAD FADZIL

(080321060390)

2. MUHAMMAD YA’AQUB B MUZAFAR

(080315060263)

KELAS:

6 SRI LANANG

GURU:

(2)

TAJUK TUGASAN:

PERAYAAN

MASYARAKAT

MALAYSIA

(3)

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN 5

OBJEKTIF KAJIAN 6

KAEDAH KAJIAN 7

PENGENALAN 8

LAPORAN KAJIAN

• HARI RAYA AIDILFITRI 9

• HARI RAYA AIDILADHA 12

• AWAL MUHARRAM 13

• TAHUN BARU CINA 14

• CHAP GOH MEI 15

• KUIH BULAN 16

• HARI WESAK 16

• DEEPAVALI 17

• PESTA PONGAL 18

• THAIPUSAM 18

• HARI NATAL 19

• PESTA GAWAI 20

• PESTA KEAMATAN 20

(4)

RUMUSAN 21

LAMPIRAN 22

RUJUKAN 24

(5)

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membantu saya

untuk menyiapkan kerja kursus folio sejarah mengenai satu perayaan

tradisi kaum di Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah saya yang

telah banyak membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Beliau

juga telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang

proses membuat kerja kursus ini. Kesabaran beliau amatlah saya

hargai.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa kami

yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada kami dalam

menyiapkan folio saya dan pelajaran saya keseluruhannya. Walaupun

mereka sentiasa sibuk, masa singkat yang berkualiti dengan idea-idea

bernas banyak membantu saya untuk menjalankan kajian ini.Tidak

lupa kepada Puan Azizah selaku Guru Sejarah yang memberi tunjuk

ajar serta membimbing kami sehingga terhasilnya folio ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang

sama-sama berbincang dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan kerja

kursus ini.

(6)

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyatakan perayaaan masyarakat

Malaysia.

2. Menyatakan perayaan masyarakat di

Malaysia

3. Menjelaskan tujuan sambutan

perayaan di Malaysia.

4. Membandingkan amalan sambutan

perayaan dahulu dan kini.

5. Menghuraikan keunikan sambutan

perayaan dalam kalangan masyarakat

Malaysia.

(7)

KAEDAH KAJIAN

kajian dalam melaksanakan kajian ini. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut :-

Melalui pemerhatian semasa perayaan tersebut serta hasil wawancara saya bersama kedua-dua ibubapa saya. Saya telah melalui pengalaman menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai serta menulisnya disini untuk kajian saya. Ini merupakan kaedah primer atau utama dalam mencari fakta sejarah tanpa sebarang olahan atau interpretasi pihak lain.

Kaedah kedua saya ialah melalui internet dengan mencari maklumat-maklumat yang berkaitan. Dengan kecanggihan teknologi dan penggunaannya yang meluas, saya dapat pelbagai maklumat berhubung dengan kajian saya dengan mudah. Sumber daripada internet ini amat banyak dan membolehkan saya menjalankan kajian dengan lebih terperinci.

Kaedah ketiga ialah melalui media cetak seperti suratkhabar dan majalah. Saya boleh mendapatkan sumber ini di rumah ibubapa dan datuk daripada simpanan suratkhabar dan majalah-sajalah yang dibeli oleh mereka.

(8)

PENGENALAN

Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai agama seperti agama Islam, Hindu, Buddha, dan sebagainya. Dengan kewujudan kaum serta agama yang pelbagai ini, maka kita dapat melihat variasi budaya, perayaan dan adat yang terdapat di negara Malaysia ini. Kajian hubungan etnik yang dijalankan ini memfokuskan tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut oleh masyarakat di negara ini. Perayaan-perayaan yang pelbagai ini memperlihatkan keunikan.

Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat sendiri perayaan-perayaan yang setiap satunya mempunyai keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri. Misalnya dalam agama Islam, perayaan yang diraikan ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi penganut agama Hindu di negara ini, antara perayaan yang diraikan ialah Deepavali , Thaipusam dan Ponggul. Bagi penganut agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama berkenaan yang majoritinya berbangsa Cina. Di samping itu, perayaan yang disambut oleh masyarakat di Sabah iaitu Hari Gawai manakala di Sarawak pula terdapat Pesta Keamatan. Bagi penganut Kristian di negara juga meraikan perayaan Hari Natal. Perayaan yang pelbagai ini menarik perhatian kami untuk mengkaji dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenai perayaan-perayaan tersebut.

Melalui kajian ini, antara intipati yang akan dikupas adalah mengenai konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji, keunikan perayaan-perayaan tersebut dan juga peranan sambutan perayaan-perayaan ini dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peri pentingnya kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama agar keharmonian hubungan etnik di negara ini dikekalkan

(9)

LAPORAN KAJIAN

PERAYAAN UTAMA

• HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Puasa/AidilfitriAgama Islam ialah sebuah agama yang suci dan mementingkan kebersihan dari segi rohani dan jasmani. Di Malaysia agama Islam majoritinya dianuti orang-orang Melayu Bumiputera. Islam mengamalkan rukun Islam dan rukun iman iaitu percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul. Agama Islam menyambut Hari Raya Puasa yang disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, tahun Hijrah. Perayaan dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ertinya, pada 1 Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semulajadinya. Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada malamnya.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam.Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.

(10)

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang kekampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagihari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisikunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambilkesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisionalseperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjungdan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergayadengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalanmemberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita padahari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda. Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung kepusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebihbermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

(11)

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisionalseperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergayadengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita padahari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda

Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebihbermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu

Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari rayaAidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yanghadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiridaripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.

(12)

• HARI RAYA AIDILADHA

Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan perayaanagama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.

Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulanini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripadabahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisahNabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi IsmailA.S.

Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.

Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat Islamyang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau lembu sebagai korbanpada hari raya ini. Daging sembelihan ini akan dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin.

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan tahmidsecara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang

(13)

sunat Aidiladha padawaktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim.

Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan berkunjung ke rumahsaudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga hariberikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuatkerja-kerja penyembelihan tersebut.Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengancara yang agak sederhana.

• Awal Muharram / Maal hijrah

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1

Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun

(14)

Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang

mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia.

• TAHUN BARU CINA

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.Kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Contohnya Perayaan Kaum Cina, Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua) kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu

(15)

daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang terpenting dalam setiap tahun.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.

• CHAP GOH MEI

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana

(16)

colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, Opera Cina, dan mengimbang bendera besar yang dipanggil”Chingay”

• HARI KUIH BULAN

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

• HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan

(17)

fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras

Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.

• DEEPAVALI

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucianyang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaanhalus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiranpelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambangpenyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akanmengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masukrumah mereka "Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

(18)

• PESTA PONGAL

Pesta Pongal merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Pongal disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.

Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakancahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpulmengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan digunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.

• THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan ke sepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam

(19)

adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambutperayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini. Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tanggadi Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapanpatung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa,madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.

Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagimasyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatiandaripada masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutanperayaan ini.

• HARI NATAL

Krismas dirayakan oleh penganut agama Kristian pada setiap 25hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. Bungkusan hadiah-hadiah akan diletakkan di bawah pokok krismas dan akan dibuka pada hari tersebut. Pada malam itu juga, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah ibu bapa mereka dalam suasana yang penuh kegembiraan. Kanak-kanak tidak digalakkan menghadiri upacara sembahyang pada sebelah malam, mereka sebaliknya disuruh tidur kerana mengikut kepercayaan semasa mereka tidur, Santa Claus akan datang membawa hadiah untuk anak-anak mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas, mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

(20)

PERAYAAN DI SABAH DAN SARAWAK

PESTA GAWAI

Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian baru. Untuk menyambut perayaan ini, kebiasaannya mereka akan membersihkan rumah serta kubur nenek moyang mereka. Sehari sebelum

perayaan ini kesemua anggota keluarga akan berkumpul dan ahli keluarga yang paling muda akan menawarkan hidangan yang disediakan khas kepada kedua orang tua mereka. Pada perayaan ini juga, mereka akan menari dan mengenakan pakaian tradisional sambil menikmati “Tuak” iaitu sejenis arak yang diperbuat daripada nasi.

• PESTA KEAMATAN

Perayaan bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan olah kaum Kadazan Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan.

(21)

RUMUSAN

Semua perayaan ini disambut bersama-sama untuk memastikan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum. Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain. Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekal keamannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ii menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah. Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.

(22)
(23)
(24)

RUJUKAN

1. Buku Teks Sejarah Tahun 6

2. Buku Rujukan Sejarah (SASBADI)

3.https://www.bharian.com.my/rencana/komentar

/2020/01/651403/harmonikan-hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum

4.https://www.google.com/amp/s/sejkssrt6t2u6.w

ordpress.com/2017/08/21/perayaan-masyarakat-di-malaysia/amp/

5.http://www.academia.edu/17578768/Perayaan_

Di_Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

(a) Based on an evaluation of the disclosure controls and procedures (as defined in Rule 30a-3(c) under the 1940 Act) as of a date within 90 days prior to the filing date of this

Skripsi yang berjudul “ Strategi Competitive Advantage Laboratorium Koperasi Syariah Mahasiswa “Al-Iqtishad” Di Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam (Desain Strategi

Gambar 5.2 Distribusi Luaran Ibu Berdasarkan Tingkatan Grade Obesitas Pada Pasien Ibu Hamil dengan Obesitas di SMF Obstetri dan Ginekologi RSUD Dr.

pengetahuan teknis yang dimiliki supervisor tidak dapat sepenuhnya diterapkan dilapangan atau minimnya pengetahuan auditor terhadap pengetahuan teknis yang baru dalam

Penelitian ini akan menguraikan hasil penelitian terkait efektifitas Diabetes Manajemen Self Education (DSME) terhadap pengendalian kadar glukosa darah pada pasien

Menjalani profesi sebagai guru selama pelaksanaan PPL, telah memberikan gambaran yang cukup jelas bahwa untuk menjadi seorang guru tidak hanya cukup dalam hal penguasaan

Para pembina maupun pelatih dalam melatih dribble shooting sepakbola dapat menggunakan pendekatan pembelajaran praktik drill dan bermain yang disesuaikan dengan koordinasi

keduanya merupakan ahli fihq mazhab Hanafi yakni mendefinisikan wakaf adalah menahan tindakan hukum orang yang berwakaf terhadap hartanya yang telah diwakafkan dengan