• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

DASAR PENDIDIKAN BRITISH DI TANAH MELAYU

Sejarah telah membuktikan bahawa sistem pendidikan sekarang ini merupakan warisan daripada sistem pendidikan zaman pemerintahan British. Amalan dan dasar

pendidikan British yang telah mengongkong selama lebih daripada satu abad didapati sukar diubah corak dan strukturnya, iaitu seakan-akan sudah sebati atau telah menjadi norma masyarakat negara ini.

Kerajaan British pada awalnya boleh dikatakan tidak berhasrat untuk memajukan bidang pendidikan semasa ia memerintah Tanah Melayu. Ramai pegawai Inggeris berpendapat bahawa pendidikan, khususnya untuk kaum Melayu tidak mendatangkan faedah tetapi sebaliknya akan menimbulkan kesedaran pada golongan yang terdididk untuk menentang kerajaan British. Walau bagaimanapun atas desakan pembesar-pembesar Melayu iaitu sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, pihak pemerintahan British merasakan ada baiknya memberi pendidikan setakat pendidikan rendah untuk orang Melayu. Orientasi dan motif politik pihak British yang ingin bertapak di Tanah Melayu menyebabkan mereka tidak mahu mencampuri urusan meningkatkan taraf hidup dan pemikiran masyarakat Melayu. Pengalaman di India telah menyedarkan bahawa dengan memberikan pendidikan kepada masyarakat peribumi akan menyedarkan mereka untuk menentang pihak penjajah.

Inisiatif tentang pendidikan di Tanah Melayu bukan diambil berat oleh kerajaan British, tetapi ianya dibiayai oleh pertubuhan agama dan kumpulan bebas. Pertubuhan-pertubuhan Kristian adalah bertanggungjawab bagi penubuhan pelbagai sekolah pengantar Inggeris yang terbaik di Tanah Melayu. Yang pertama antaranya telah ditubuhkan oleh Dr.R.S.Hutchings, Paderi Aglican di Pulau Pinang dalam tahun 1816 dan diberi nama Penang Free School kerana ia terbuka kepada kanak-kanak semua kaum dan yuran tidak dikenakan kepada ibubapa yang tidak mampu. Sebahagian besar perbelanjaan sekolah tersebut telah dibiayai oleh orang ramai dan derma yang besar dari Syarikat Hindia Timor.

Sepertimana yang kita telah ketahui bahawa dasar pemerintahan British di Tanah Melayu ialah „pecah dan perintah‟. Dengan itu, sikap seperti ini telah menyebabkan empat lagi sistem persekolahan wujud, selain daripada sekolah agama. Sistem persekolahan tersebut ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Selain daripada itu juga tidak terdapat satu dasar pelajaran kebangsaan pada masa itu. Sikap kedaerahan atau kenegerian yang diwarisi setiap kaum juga mendorong sistem persekolahan yang berlainan. Sekolah vernakular bermakna sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar dalam pengajaran dan pembelajaran.

(2)

Oleh kerana kerajaan British tidak ada suatu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan matlamat tetap, sekolah-sekolah berbilang bahasa dapat berkembang mengikut kehendak-kehendak kumpulan etnik pada masa itu. Oleh itu wujudlah lima jenis

persekolahan ini dalam sistem pendidikan dalam zaman pemerintahan British iaitu sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil, sekolah Inggeris dan sekolah agama atau madrasah. Kewujudan vernakularisme dalam sistem pendidikan

pemerintahan Inggeris adalah dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi, sosiobudaya dan agama.

SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR

Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan sistem pendidikan vernakular. Sistem Pendidikan Vernakular bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Vernakular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu kerana mereka terpisah diantara satu sama lain. Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan dengan mengekalkan setiap kaum dengan identiti bahasa dan negara asal mereka. Sejarah membuktikan perkembangan untuk orang Melayu disekat dan dibantutukan oleh strategi kolonial British bagi mengelakkan pembentukan kesedaran kebangsaaan. Perkembangan yang berlaku menyebabkan British terpaksa menyediakan sistem pendidikan berbeza kepada tiga kaum tersebut. Penyediaan pendidikan bukanlah untuk membentuk masyarakat “englightened” tetapi bagi mengesahkan alasan-alasan kehadiran British ke Timur adalah untuk mentamadunkan masyarakatnya. Oleh yang demikian, British telah mewujudkan satu sistem pendidikan yang berbentuk vernakular bagi merealisasikan impian mereka.

Tujuan utama adalah untuk membantutkan dasar perkembangan pendidikan dan tamadun orang Melayu. Ia juga dilakukan bagi memudahkan pengaliran keluar segala hasil kekayaan negeri-negeri Melayu ke Britain tanpa melalui proses “audit” atau soal jawab daripada pemilik asal yang merujuk kepada orang Melayu. Sekatan pendidikan turut dikenakan terhadap orang India yang menetap di ladang-ladang bagi mengekalkan status mereka sebagai „anak lalang‟. Orang India yang tingal di bandar-bandar seperti Pulau Pinang dan Melaka seperti juga orang Melayu telah di beri peluang untuk memasuki sekolah Inggeris. Keadaan ini telah mendirikan dua buah sekolah di bawah pimpinan pendidikan kolonial British iaitu Penang Free School dan Malacca Free School bagi melahirkan segelintir “ loyal servant “ kepada pemerintah British. Orang Cina pula mempunyai sistem

(3)

pendidikan tersendiri yang dibiayai oleh pedagang – pedagang dan pelombong Cina. Ternyata orang Cina mempunyai sistem pendidikan yang jauh lebih maju daripada pendidikan orang Melayu dan India.

Isu pendidikan vernakular perlu difahami kerana melalui pendidikan inilah terbentuknya polarisasi kaum. Polarisasi ini pula terus – menerus menyalurkan British dengan sumber manusia tanpa sebarang tentangan dan kesulitan dalam kerangka pengkhususan kerja masing – masing. Jika diteliti, pendidikan vernakular pra-merdeka ini jugalah yang menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan moden di negara kita sehingga kini. Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatifnya, iaitu menyebabkan orientasi terhadap negara ibunda masing-masing. Sekolah yang memberi kebebasan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan India, telah menyebabkan masyarakat negara ini tidak menuju kepada perpaduan kaum, dan ini disedari bercangah dengan kepentingan terhadap perpaduan.

SEKOLAH-SEKOLAH YANG DITUBUHKAN PADA ZAMAN KOLONIAL Terdapat empat buah sekolah Vernakular ditubuhkan pada zaman kolonial. 1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok. Kokurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sistem Pendidikan pondok atau madrasah menyediakan pendidikan yang lebih teratur. Ciri-ciri pendidikan pondok adalah lebih memberikan penekanan terhadap ajaran agama. Pelajar yang lulus sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama yang bakal memberikan khidmat kepada masyarakat. Tempoh pengajian di sekolah pondok memakan masa yang terlalu lama iaitu sehingga sepuluh tahun.

Sekolah Madrasah pula mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang mana mata pelajaran yang diajar berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan. Tahap pendidikan ini dilaksanakan secara kelas mengikut tahap,peningkatan darjah berlaku secara automatik. Tahap pengajian sekolah ini terbahagi kepada tiga iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap pengkhususan. Guru besar atau Mudlir adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengawasi dan menguasai perjalanan sekolah Madrasah. Namun begitu terdapat satu lembaga dan jawatan kuasa yang membantu dalam menyelia perjalanan sekolah ini.

Semasa pentadbiran British, Sekolah Melayu didirikan bagi memberikan pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Sekolah sekular ini bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan. Di sekolah ini anak-anak Melayu diajar menulis,

(4)

membaca dan mengira serta sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan dan perkebunan. Sekolah Sekular Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Sekolah sekular Melayu pertama dibina adalah di negeri-negeri selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugo dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah sekular Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Prai, Melaka dan kemudiannya dibuka di negeri-negeri Melayu yang lain.

Sekolah-sekolah sekular yang didirikan khas untuk orang Melayu kurang mendapat sambutan walaupun percuma. Kehadiran pelajar yang tidak menggalakkan ini adalah disebabkan syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing ini. Mereka tidak percayakan orang asing dapat memberi pendidikan terbaik terhadap anak mereka selain ajaran agama. Tiadanya pengajaran al-Quran juga merupakan faktor kepada kurangnya sambutan kepada sekolah sekular ini. Disamping itu kekurangan sambutan kepada sekolah ini juga didorong oleh amalan budaya orang Melayu sendiri, dimana tenaga anak-anak Melayu diperlukan untuk mengerjakan sawah, menolong keluarga ke laut dan juga di rumah bagi anak-anak orang Melayu yang perempuan.

Lokasi sekolah sekular ini yang jauh dari petempatan atau perkampungan Melayu juga antara faktor kenapa sekolah ini kurang mendapat sambutan. Orang Melayu tidak mampu untuk membiayai tambang perjalanan ke sekolah sekular ini berikutan taraf ekonomi keluaga yang rendah. Selain itu kebanyakan anak-anak Melayu khuatir meninggalkan rumah kerana yang perempuan sangat terikat dengan budaya dan adat orang Melayu tradisi yang menghalang anak-anak perempuan untuk melangkah jauh meninggalkan rumah. Keadaan ini berkait rapat dengan tentangan daripada golongan konservatif iaitu golongan yang berpegang kuat pada asas amalan tradisi Melayu.

Pada tahun1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay college Kuala Kangsar) ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat

pentadbiran British. Ianya berasaskan sistem pendidikan terbaik di Britain. Pada tahun 1910, mereka yang telah lulus darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan pentadbiran Melayu. Pada tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjawat jawatan rendah dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi

penyokong setia British. Atas desakan untuk memenuhi kekurangan besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong Pengarah Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu. Beliau telah mencadangkan

penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru Melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.

Sungguh pun penubuhan MPSI dikatakan satu peritiwa bersejarah dalam pendidikan Melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit. Kerajaan British masih tetap dengan dasar mengekalkan status quo orang Melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British

(5)

adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan Melayu yang tahu menulis dan membaca. Menurut Tan Din Eing, “perhatian yang lebih berat diberikan supaya orang

melayu yang keluar dari kampung-kampungnya mendapat pekerjaan”.

Pendidikan Vernakular Melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Antara tahun 1914-1940, tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan sekolah hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Unsur dualisme dalam pendidikan vernakular Melayu sangat jelas. Bagi rakyat biasa, tujuan pendidikan Melayu adalah hanya menjadikan mereka petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

Unsur dualisme adalah bertujuan untuk mengekalkan satatus quo masyarakat Melayu iaitu terus membiarkan orang Melayu terus taksub dengan cara pendidikan mereka dan tanpa melihat kemajuan masyarakat lain yang berada di sekeliling mereka. Dengan ini orang Melayu tidak akan bangkit menentang kekuasaan Britisah di tanah air mereka. Ini bermaksud British ingin terus membiarkan orang Melayu terus di belenggu kemiskinan dan pemikirian kolot mereka itu. British juga ingin mengekalkan orang Melayu supaya terus tinggal di perkampungan nelayan atau di kawasan pedalaman dengan mengusahakan sawah padi. Penubuhan sekolah vernakular Melayu ini juga bertujuan untuk mengekalkan kesetiaan dan jalinan persahabatan antara pegawai kerajaan British dengan golongan elit Melayu, iaitu golongan raja dan pembesar-pembesar Melayu supaya terus memberikan kerjasama dengan mereka.

2. SEKOLAH VERNAKULAR CINA

Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius. Sekolah-sekolah Cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius atau klasik Cina tanpa memahami

maknanya. Penggunaan sempoa (alat mengira) adalah penting. Terdapat tiga jenis sekolah Cina pada zaman kolonial.

Sekolah yang pertama iaitu yang dikendalikan oleh jawatan kuasa peringkat daerah, persatuan, keluarga Cina di Bandar atau di daerah tertentu. Sekolah yang kedua iaitu ditubuhkan oleh orang perseorangan atau beberapa orang guru dalam satu jawatan kuasa yang terdiri daripada penaja atau dermawan. Sekolah yang ketiga pula yang dijalankan oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka.

Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan mata pelajaran dan buku dibawa dari China. Sekolah Cina menyediakan pendidikan rendah selama enam tahun. Terdapat sekolah Cina yang menyediakan pendidikan sehingga

(6)

tahap senior Middle iaitu pelajaran menengah atas tiga atau sekolah Tinggi. Bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran, mereka harus pergi ke negara China.

Langkah untuk mengawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920-an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi politik yang bertentangan ini. Pada tahun1920, kerajaan telah meluluskan enakmen

pendaftaran sekolah untuk mengawal sekolah-sekolah Cina. Menurut enakmen ini, semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan. Enakmen ini memberi kuasa kepada pengarah pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, sukatan pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British. Namun, perlaksanaan enakmen ini kurang berjaya.

British kemudiannya terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada tahun 1929. Antara tindakan itu adalah menghapuskan semua unsur Eropah yang terdapat dalam buku teks sekolah vernakular Cina. Guru-guru yang lahir di negara Cina tidak dibenarkan lagi masuk ke Tanah Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan dilantik untuk mengawal sekolah Vernakular Cina ini. Selain itu, peruntukan kerajaan juga diberikan kepada sekolah-sekolah ini supaya dapat menyekat pengembangan ideologi komunis.

Pada keseluruhannya, tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina pada tahap yang lebih tinggi kerana pendidikan Cina tidak membawa ke arah kemajuan sosial dan ekonomi. Menurut Andaya,”…..seperti hal dengan pendidikan India di Tanah Melayu, sekolah-sekolah pengantar Cina tidak memberikan persediaan supaya seseorang individu boleh naik meningkat di bawah pemerintahan kolonial British.

3. SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL

Semasa zaman pendidikan British kita melihat bahawa ,British tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil adalah secara formal di Tanah Melayu dan dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhaan masyarakat India. Dalam perkembangan sekolah India kita dapat menilai dan melihat bahawa sekolah Vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembagan ekonomi di Tanah Melayu . British telah mengarahkan supaya Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di Tanah Melayu sebagai pekerja di ladang kopi,ladang tebu, ladang kelapa dan ladang getah . Dalam masa yang sama juga masyarakat India telah membina sekolah-sekolah Tamil dan sekolah –sekolah ini telah didirikan di kawasan ladang di Seberang Prai , Pulau Pinang dan Johor.

Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah India yang di bina pada waktu itu, hanya sekolah –sekolah ladang dan bermutu rendah dan menghadapi pelbagai masalah seperti ” kekurangan kemudahan di dalam sekolah seperti alat-alat untuk mengajar , dan juga

(7)

bilangan guru yang betul-betul berkelayakan” . Lazimnya sekolah-sekolah adalah terdiri daripada Kangai , Penyelia ladang , ataupun buruh-buruh yang yang secara kebetulan diketahui tahu membaca dan menulis akan diambil secara langsung menjadi guru di sekolah India pada masa itu.

Dari segi bahasa pengantar yang digunakan pula , di sekolah India telah menggunakan pelbagai rumpun bahasa dari India seperti bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi atau bahasa Hindi. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan pelajaran yang digunakan pada masa itu, adalah yang berunsur “keindahan”. Pada tahun 1962 , British telah

memperkenalkan sebuah undang-undang buruh yang mewajibkan pengusaha ladang supaya menyedikan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya. Keadaan ini secara langsung telah menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah bagaikan cendawan selepas hujan di setiap kawasan ladang di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun, ” terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di kawasan bandar seperti sekolah Thamboosamy Pillai dan sekolah Vivekananda di Bandar Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, dapat kita renungkan bersama bahawa campur tangan kerajaan pada masa itu terhadap sekolah Tamil adalah paling minimum kerana banyak dikuasai oleh Gabenor British yang memerintah sesuatu kawasan atau daerah Tanah Melayu, apa yang di katakan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah. Matlamat kerajaan pada masa itu juga hanya ingin mewujudkan tenaga buruh India untuk kepentingan Tanah Melayu dan hanya berpuas hati melihat orang India hanya mempunyai pengetahuan asas seperti dalam bidang pertanian , dan dalam bidang kemahiran sahaja. Kerajaan pada masa itu melihat kewujudan sekolah Tamil pada peringkat tinggi difikirkan tidak perlu dan tidak penting kepada masa depan masyarakat Tamil. Hal ini telah membawa kesan luka di jiwa masyarakat India pada masa itu kerana hanya golongan India yang kaya sahaja mampu menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris yang lengkap dan mencukupi dari pelbagai kelengkapan. Natijahnya, kita melihat bahawa ini telah membawa kepada jurang perbezaan antara orang India yang berpendidikan Inggeris dan bejaya menceburkan diri dengan kerjaya yang bagus

berbanding dengan orang India yang miskin dan terpaksa hidup kekal menjadi buruh di kawasan ladang dan pelabuhan sahaja.

4. SEKOLAH VERNAKULAR INGGERIS

Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam. Tujuan kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. Sekolah

(8)

Inggeris yang pertama di dirikan di Negeri-Negeri Selat digelar Sekolah Free. Sekolah ini digelar sedemikian kerana terbuka untuk semua kaum. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu adalah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan penubuhan sekolah itu adalah untuk melahirkan golongan pegawai yang cerdik, tekun dan jujur.

Sekolah Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan diajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian. Sekolah Inggeris yang lain adalah Malacca School Free (1826) dan Singapore Free School (1834). Terdapat sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri Melayu yang menawarkan pelajaran percuma kepada anak-anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister menganggap bahawa apabila pelajaran percuma diberikan, para pembesar akan lebih mudah bekerjasama.

Pada tahun 1889, William Maxwell, residen Selangor telah melantik Rev. Frank Haines sebagai guru Bahasa Inggeris kepada anak-anak raja di Selangor. Sebuah kelas bahasa Inggeris dimulakan pada tahun 1890 di sekolah Melayu di Kuala Lumpur tetepi sambutannya amat dingin. Sekolah Inggeris didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Intstution, Kuala Lumpur. Sekolah ini ditubuhkan pada 1893 bersempena perayaan Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Rayuan bagi memberi derma kepada tabung sekolah tersebut disambut baik. Jumlah murid pada peringkat awal adalah 150 orang kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit Petaling pada tahun 1929.

Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London, Methodist Amerika, Gereja Anglikan dan Gereja Roman Katolik. Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British. Sumbangan penting sekolah mubaligh adalah kejayaan memberikan pelajaran kepada anak-anak perenpuan. Mereka berjaya meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir tahun 1974, tedapat kira-kira 33 buah Mubaligh untuk kanak-kanak perempuan.

Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah sekolah Perempuam Methodist Senior, Kuala Lumpur. Sekolah ini diserahkan kepada mubalight Methodist Amerika masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti sekolah lelaki Katholik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur. Mata pelajaran adalah nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi diajar dalam tahun tiga. Mata pelajaran sejarah diajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak dan muzik.

(9)

Setelah biasiswa-biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan sijil

Cambridge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran yang seragam. Sekolah Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun iaitu darjah rendah, satu dan darjah rendah serta diikuti darjah satu hingga lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama 4 tahun, iaitu darjah enam hingga kelas Sijil Persekolahan. Murid-murid dalam darjah lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil Junior

Cambridge.

Mata pelajaran utama yang diajar ialah bahasa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihatan dan Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya, Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun 1929. Kelas Sains diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid dari sekolah yang lain. Contohnya Sekolah Tinggi Bukit Martajam akan pergi ke Penang Free School pada setiap hari sabtu untuk menghadiri kelas Sains. Sukatan Pelajaran di sekolah Inggeris berasaskan

berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sekolah Inggeris mempelajari Sejarah dan Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkaitan dengan orang Asia.

KESAN SISTEM PENDIDIKAN BRITISH

Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek

kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

1. KESAN DARI ASPEK FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu Philosophia yang bermaksud “cinta kepada ilmu pengetahuan atau hikmah”. Falsafah pendidikan negara mempunyai

(10)

perbezaan yang jelas sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan falsafah pendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini disebabkan masyarakat lebih

mementingkan kecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup dengan bekerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan masyarakat tradisional lebih cenderung kepada aspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Hal dibuktikan

berdasarkan penubuhan sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membaca al-Quran dan tajwid, Tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang Had Salleh, 1980).

Pada zaman penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjaga kepentingan British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang

diperkenalkan oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum. Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasai bandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang

diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajah memperkenalkan pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya penentangan dalam masyarakat pribumi.

2. KESAN DARI ASPEK DASAR PENDIDIKAN

Dasar membawa maksud bahagian yang terpenting, asas atau pokok sesuatu perkara (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Dasar pendidikan di negara kita mempunyai perbandingan yang ketara antara sebelum dan selepas merdeka. Pada era penjajahan, pihak kolonial Inggeris telah memperkenalkan dasar pendidikannya tersendiri. Antaranya ialah dasar penyekatan yang bersifat menghalang kemajuan orang Melayu. Pihak Inggeris lebih cenderung untuk memastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani, nelayan dan memuliakan kerja buruh (Awang Had Salleh, 1974). Menurut Sufean Hussin (1996) dasar sekatan ini bertujuan untuk mengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta primitif atau kekampungan orang-orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di sekolah vernakular Melayu adalah sekadar membasmi buta huruf pada tahap minimum. Kesan langsung dari dasar ini mewujudkan satu fenomena status dalam pendidikan yang menyebabkan golongan yang mampu akan mendapatkan pendidikan dan masyarakat bawahan terus disisihkan kerana dasar yang diperkenalkan tidak menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pendidikan.

3. KESAN DARI ASPEK PEMBENTUKAN PERPADUAN

Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud dalam

(11)

sistem pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam pembentukan perpaduan etnik yang pelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di negara ini mampu

merencatkan perpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Menurut Sanusi Osman (1985) masalah sebenar yang kita hadapi bukan berpunca daripada berbagai kumpulan etnik yang ada di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat di negara ini terlalu dibesar-besarkan.

Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan sukar dicapai kerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaysia pada ketika itu. Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu diajarkan teknik penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan menulis. Kaum Cina mengambil sistem kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India, kurikulum mereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan oleh British menyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara masyarakat dan akhirnya membawa kepada tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969.

4. KESAN DARI ASPEK PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam

pendidikan. Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan, maklumat, idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada peringkat awal, sistem pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga. Sistem ini berdasarkan konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yang dimiliki kepada anak-anak. Oleh itu, modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiran yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat tradisional ini juga menerapkan pendidikan agama dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan madrasah. Kesedaran ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28)

Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkan modal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan. Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat

(12)

perbezaan jurang dalam pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal insan.

5. KESAN DARI ASPEK MEMBASMI KEMISKINAN

Pendidikan merupakan langkah yang proaktif bagi meningkatkan taraf hidup dan membolehkan individu keluar dari kepompong kemiskinan. Hal ini dibuktikan melalui Duke (1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang mengatakan bahawa cara yang terbaik bagi menyerang dan membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan dan latihan. Walau bagaimanapun, pembangunan insan di negara kita memperlihatkan perbandingan yang jelas dari aspek membasmi kemiskinan antara sebelum dan selepas kemerdekaan.

Pada era masyarakat tradisional falsafah pendidikan yang diterapkan tidak mampu untuk membasmi kemiskinan kerana sistem pendidikan pada masa itu yang bersifat warisan iaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kehadiran

pengajian agama Islam telah membuka minda masyarakat Tanah Melayu pada masa itu tentang peri pentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan pembangunan insan maju selangkah ke hadapan. Namun kekangan yang dihadapi ialah sebelum abad ke-20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal dan sistematik di negeri-negeri Tanah Melayu.

Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah semakin

memburukkan keadaan kerana falsafah pendidikannya lebih bersifat bebas. Masyarakat Melayu khususnya masih dihimpit kemiskinan kerana sistem pendidikan penjajah yang tidak memberi peluang kepada masyarakat Melayu untuk menonjolkan bakat.

Menurut Sufean Hussin (1996) kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi membasmi kemiskinan pada era penjajahan disebabkan kurang kesedaran masyarakat Melayu ketika itu perihal kepentingan celik huruf dan pendidikan disebabkan oleh dasar pendidikan penjajah. Selain itu, tiada sistem pengangkutan yang baik dan kesempitan pemikiran orang Melayu ketika itu menyatakan bahawa hala tuju sekolah-sekolah kerajaan adalah untuk menyebarkan ideologi sekular yang bertentangan dengan ajaran Islam telah menghambat perkembangan pendidikan.

KESAN SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL TERHADAP HUBUNGAN ETNIK

Semua sekolah yang ditubuhkan pada zaman kolonial adalah mencerminkan kuasa, keperluankeperluan dan kehendak-kehendak pendidikan penjajah. Walaupun pendidikan pada waktu

(13)

tersebut memang suatu kepentingan tetapi sekolah-sekolah yang direka adalah bagi memenuhi keperluan penjajah. Pentadbir-pentadbir sedar bahawa tujuan pendidikan

penjajah adalah untuk melatih kerani-kerani yang akan menjadi kakitangan rendah di dalam perkhimatan awam.

Bagi pertubuhan-pertubuhan mubaligh pula, matlamat yang paling penting sekali ialah perkembangan agama Kristian di Tanah Melayu, dan Pulau Borneo. Penekanan para mubaligh ini adalah tentang ajaran berpandukan “bible“. Disebabkan orang Melayu telah mengenali Islam terlebih dahulu maka pendidikan atau ajaran agama kristaian dalam kalangan masyarakat pada masa tersebut tidak mempunyai input atau persetujuan orang Melayu, serta kaum-kaum lain pada waktu tersebut. Maka ini telah merenggangkan hubungan persefahaman antara kaum Melayu dengan kaum lain khususnya

kaum Cina dan India.

1. SATU AGEN PEMBEKUAN

Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan etnik kerana beberapa sebab yang telah dikenalpasti iaitu satu agen pembekuan

pembekuan yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu ilmu. Kesan negatifnya pula dapat dilihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman

pemerintahan British, masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunan ekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan dalam arus pendidikan.

General W.H Treacher, merupakan salah seorang yang bertanggungjawab ke atas sistem pemerintahan kolonial di Tanah Melayu dulu dan dia pernah mengatakan Orang Melayu telah diberikan segala-galanya seperti dari segi keselamatan, sistem perhubungan, perkhimatan, kesihatan ,pelajaran, undang-undang corak pentadbiran bahasa dan

Kebudayaan dan aspek psikologi rakyat peribumi. Namun ini adalah tidak benar seperti yang diwar-warkan mereka. Mereka telah mengongkong pergerakan dan pemikiran orang Melayu melalui menyekat dan menghadkan pendidikan mereka. British hanya ingin orang Melayu pandai membaca dan menulis serta mempelajari asas pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik dari ibu bapa mereka. Keadaan ini menyebabkan orang Melayu tidak akan terkeluar dari kepompong pemikiran mereka dan terus tunduk kepada British.

Tegasnya disini semasa pemerintahan British tidak ada sistem pendidikan yang sistematik pada masa itu. Pada masa ini tiga kaum terbesar Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India ada sistem pendidikan yang tersendiri. Orang India dan Cina berkiblatkan negara asal mereka. Bagi sekolah Vernakular Cina, buku, sukatan pelajaran dan guru yang

(14)

mengajar di bawa khas dari Tanah Besar China. Hal ini menyebabkan proses asimilasi kaum sukar berlaku dan hidup mengikut ras dan kelompok masing-masing. Dari ini telah wujud masyarakat majmuk di Malaysia berikutan dasar pecah dan perintah British. British tidak mahu kejadian yang sama seperti di India berlaku di Tanah Melayu.

Menyorot kejadian itu, semasa pendudukan British di India, British telah

memperkenalkan satu sistem pendidikan yang sama kepada masyarakat India. Sistem pendidikan yang diperkenalkan merangkumi pendidikan rendah, menengah dan peringkat tinggi iaitu universiti. Kesan daripada pengenalan sistem ini menyebabkan masyarakat tempatan India yang berpendidikan Inggeris telah bangkit menentang pemerintahan British di India. Dalam kontek ini, pendidikan yang sepatutnya berfungsi sebagai alat perubahan adalah tidak relevan apabila ia dikaitkan dengan dasar pendidikan kolonial terhadap orang-orang Melayu. Sebaliknya, kurikulum yang disediakan adalah sebagai satu usaha yang secara tidak langsung bertujuan membekukan orang-orang Melayu dengan cara mengekalkan mereka dalam likungan kekampungan, jauh dari cabaran aktiviti-aktiviti ekonomi moden. Maka jelaslah ini menimbulkan masalah kerana kurang persefahaman antara etnik kerana jarak hubungan antara kaum-kaum telah direnggangkan oleh British.

2. SATU ZAMAN PENYISIHAN (KONSEP SEGREGSI)

Sistem pendidikan telah dikenal pasti sebagai zaman penyisihan kerana telah mewujudkan sekolah yang pelbagai aliran. Hal ini menimbulkan kesan negatif pada

pendidikan kolonial kerana dilihat dari aspek sosial adalah kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia. Pengenalan sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu terpisah antara satu sama lain. Dalam keadaan seumpama ini menyebabkan perpaduan kaum sangat sukar dipupuk kerana tidak ada satu bahasa yang dapat dijadikan bahasa rasmi yang boleh menyatukan semua masyarakat ketika ini. Jadi boleh dikatakan penduduk di Tanah Melayu saling tidak memahami bahasa antara satu sama lain. Untuk memupuk perpaduan kaum satu bahasa harus ditetapkan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi serta harus difahami semua lapisan masyarakatnya. Keadaan ini disebabkan semua kaum di Tanah Melayu masing-masing taksub dengan bahasa ibunda sendiri yang mana orang Cina dengan bahasa Cina, orang India dengan bahasa Tamil, Malayam, Telegu, Hindi dan sebagainya.

Manakala orang Melayu tegar dengan bahasa Melayu dan terceruk tinggal di kampung-kampung sebagai nelayan ataupun petani yang mengerjakan sawah padi. British sengaja membiarkan keadaan ini supaya mereka senang memerintah dan mengaut

kekayaan di Tanah Melayu dengan sewenangwenangnya. Sementara itu rakyat peribumi dibiarkan

(15)

merempat dan ditindas di negeri sendiri. Dasar pemerintahan seumpama ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah.

Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal. Keadaan ini menyebabkan jurang perbezaan antara kaum amat ketara. Interaksi kaum pada masa ini amat lemah. Masyarakat di Tanah Melayu pada zaman ini hanya terceruk dalam lingkaran mereka sahaja dan tidak ambil peduli hal hidup masyarakat lain di sekelilingnya. Apa yang menyedihkan adalah sikap imigran yang tinggal di Tanah Melayu yang langsung tidak menunjukan rasa kecintaan mereka pada tanah tempat mereka berlindung. Contohnya imigran Cina hanya mengambil tahu tentang perkembangan di Tanah Besar China sama ada isu semasa mahupun pergolakan politik. Oleh itu, sekolah-sekolah Vernakular Cina di Tanah Melayu menjadi tempat penyebaran ideologi parti Komintang dan Parti Komunis China pada tahun1920-an. Begitu juga dengan masyarakat India, mereka langsung tidak mengambil tahu tentang Tanah Melayu. Perhatian mereka hanya kepada negara India. Pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal amat ketara pada masa ini, orang Cina lazimnya di bandar-bandar atau lombong, orang India di kawasan estet dan ladang kopi manakala orang Melayu tinggal di kawasan pedalaman iaitu kampung dan juga kawasan pinggir pantai.

Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengkelasan masyarakat mengikut pekerjaan. Kebanyakan sekolah Vernakular ini tidak mempunyai sukatan mata pelajaran yang betul dan hanya memberikan pendidikan di peringkat asas sahaja. Contohnya Vernakular Melayu, iaitu Sekolah Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu Gelugor hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Anak-anak Melayu sekolah ini hanya diajar menulis, membaca, mengira, sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan seperti pertukangan kayu dan perkebunan. Pendidikan Vernakular Melayu ini amat rendah mutunya. Mata pelajaran Geografi yang diajar adalah Geografi British yang tidak ada kena-mengena dengan orang Melayu. Anak-anak Melayu yang belajar di sekolah ini diajar asas pelayaran dan pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

Pendidikan zaman kolonial menyebabkan wujudnya sekolah yang berasaskan bahasa ibunda masingmasing. Walaupun sudah lama merdeka, sistem pendidikan negara kita masih dicengkam oleh bibit perpecahan dan pengasingan dengan wujudnya sekolah berasaskan kepada kepentingan budaya etnik dan bertunjangkan kepada negara-negara asal kaum pendatang khususnya dari Benua India dan Tanah Besar Cina.Tidak kurang pentingnya pengaruh budaya daripada Timur Tengah dan Arab juga membawa bibit perpecahan di kalangan masyarakat Melayu dengan wujudnya aliran pendidikan Arab

(16)

di samping dua aliran lain iaitu Melayu dan Inggeris. Pendidikan dan persekolahan menanamkan ideologi politik dan ideologi sosial yang berbeza yang menjadikan masalah perpecahan begitu meruncing.

Sistem pendidikan kolonial terutamanya sekolah Vernakular Inggeris

menguntungkan kaum bukan Melayu dan golongan ini menikmati lebih banyak peluang perubahan dan kemajuan dalam sistem kolonial yang masih tebal pengaruh dan

kewibawaannya pada pra-Merdeka.

Sebab sistem pendidikan kolonial memberi kesan negatif kepada hubungan etnik kerana telah menyebabkan berlakunya mobiliti sosial melalui pencapaian kejayaan, pendidikan, pekerjaan, dan seterusnya kedudukan dalam masyarakat. Hal ini akan menyebabkan wujud konflik dengan dasar keseluruhan penjajahan Inggeris, iaitu

memelihara keaslian masyarakat Melayu. Dua sistem pendidikan yang bertentangan dari segi fungsi dapat dapat dijalankan seiringan. Pertama mewujudkan sistem pendidikan Melayu dalam bahasa Melayu yang membekukan masyarakatnya, dan keduanya

menyisihkan masyakat Melayu daripada terlibat secara yang bermakna dalam satu sistem pelajaran lain dan dalam bahasa lain yang diiktiraf mempunyai nilai ekonomi dan politik, iaitu sistem persekolahan Inggeris.

3. MENIMBULKAN KRISIS BAHASA

Krisis bahasa akibat daripada sistem pendiddikal ikan zaman kolonial berlaku kerana satu perubahan dasar yang dibuat pada zaman pemerintahan Inggeris iaitu kewujudan sekolah vernerkular yang mesti menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kesan ini kepada masyarakat Melayu ialah menjadikan bahasa Melayu yang sudah mula diketepikan akibat daripada proses penjajahan serta pengaruhpengaruh yang meresap ke negara ini telah menyebabkan bahasa Inggeris pula menjadi bahasa pengantar di semua sekolah. Hal ini menyebabkan bahasa asal kaum Melayu, kaum Cina, dan Kaum Tamil terpakasa

diketepikan sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular masing-masing. Perubahan-perubahan ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan bahasa.

Timbul juga penentang-penentang dasar pelajaran kebangsaan boleh dikenal pasti daripada tiga kumpulan dan boleh dikenali melalui latar belakang pendidikan yang telah mereka terima daripada zaman kolonial. Pandangan mereka terhadap dasar pelajaran kebangsaan juga berbeza-beza berdasarkan minat, keperluan dan kepentingan masing-masing. Mereka yang terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris pula mahukan bahasa Inggeris dikekalkan pula kedudukannya di sekolah-sekolah. Dari mereka yang

berlatarbelakangkan pendidikan Cina pula mahukan semua bahasa yang terdapat di negara ini diiktiraf sama dengan kedudukannya. Akan tetapi orang-orang Melayu melihat kedudukan

(17)

bahasa Melayu melalui satu perspektif yang berlainan. Maka kita dapat melihat dengan jelas bahawa memang wujud krisis bahasa akibat daripada sistem pendidikan kolonial.

4. MENYEBABKAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU TERANCAM

Perkembangan baru dalam bidang politik telah mempertajamkan pemikiran pemimpin orang Melayu tentang masalah pelajaran. Hal ini, bukan setakat orang melayu sahaja bahkan terhadap masalah perkauman , terutamanya dalam kalangan orang-orang Cina, telah mulai disedari amat membahayakan keamanan dalam negara. Sistem

pendidikan kolonial yang memberikan kebebasan kepada wujudnya sekolah-sekolah Cina dan india, yang seluruhnya mempunyai orientasi ke negara ibunda masing-masing tanpa merujuk kepada negara ini. Natijahnya, kaum Cina dan kaum India dilihat amat menekankan konsep etnosentrierisme pada masa tersebut.

Kesan negatif lain sistem pendidikan kolonial, sistem peperiksaan yang telah

dilaksanakan di semua sekolah Melayu. Tidak semua orang mendapat peluang yang sama dalam menghadapi peperiksaan. Sesetengah sekolah mempunyai kemudahan, guru-guru, dan lain-lain yang lebih baik. Ini menjadi (head stort ) permulaan awal kepada mereka . Kegaglan mereka dalam peperiksaan menyukarakan mereka mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, kegagalan mereka bukan disebabkan kekurangan kemudahan tetapi disebabkan oleh sikap ibu bapa individu itu sendiri yang memang mempunyai sikap anti-penjajah masa waktu tersebut. Jadi peluang yang sama bagi mobiliti tidak akan diperoleh bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan yang dilaksanakan oleh pentadbir British pada zaman kolonial. Perkara ini kerap kali timbul di kalangan pelajar di luar bandar yang mempunyai sekolah yang serba kekurangan. Dengan itu wujud

perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu kerana dilema kegagalan dalam peperiksaaan. Hal ini menjejaskan hubungan etnik kerana pelajar yang tinggal di bandar seperti pelajar Cina dan India akan lulus keran mempunyai kemudahan yang serba lengkap.

5. MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS SEKOLAH YANG MEMISAHKAN KAUM Pada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau menegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolonial ini terus dikekalkan. Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Walau

(18)

bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan india sahaja dan mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa.

Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa peengantar yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Natijahnya, telah mewujudkan kompenankompenan masyarakat yang “ berasingan tapi berdampingan”. Tambahan juga kemunculan“ kota-kota kolonial” ini yang menerapkan kepentingan sesuatu kaum tertentu.

Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana orang Inggeris mengangang oarang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian keran sebilangan besar orang Cina bergiat di bidangbidang tersebut pada zaman kolonial.

Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai di Tanah melayu.

Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum dan sukatan pelajaran dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh kanak-kanak di England. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina dan India mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India, bahkan untuk sekolah Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang

diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-guru yang terlatih di Tanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari semakin menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1963.

Pendidikan terus menjadi alat penting dalam penerusan budaya sesebuah

masyarakat. Walau bagaimana majunya sesuatu bangsa itu, tanpa dasar pelajaran yang dirancang akan membawa kepada pelbagai kepincangan. Dasar pelajaran harus di pelihara dan diperhalusi, serta setiap perubahan memerlukan kajian dan pendapat ramai.

Namun, pelajaran tidak dapat lari dari mewarisi tradisi sesebuah negara khususnya dari segi sejarah budaya. Sesungguhnya, kesan dari pendidikan kolonial memberi pengaruh besar tehadap sistem pendidikan di Malaysia. Bagaimanapun, pada masa kini, masyarakat

(19)

Melayu di Malaysia berminat untuk menghantar anak - anak mereka ke sekolah agama dicampur dengan akademik agar peroleh perkembangan ilmu yang seimbang. Hakikatnya, kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini

sebenarnya menerima pengaruh dari sistem pendidikan kolonial Inggeris. Apa yang pasti, pembentukan dasar pendidikan sememangnya memainkan peranan yang sangat penting kerana pendidikan merupakan fundamental dalam membentuk generasi baru supaya sedar bagaimana membina masyarakat yang bertamadun dan tidak dibawah arahan penjajah.

Sekolah-sekolah yang didirikan oleh penjajah adalah hanya sebagai penyebar budaya nilai-nilai asing. Kita dapat melihat bahawa pada zaman kolonial kanak-kanak di sekolah diajar dengan menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang di England. Malahan juga, buku-buku yang digunakan untuk mengajar adalah serupa dengan yang di England. Dapat dikenal pasti juga yang kewujudan pertembungan budaya Barat dengan budaya Timur. Sekolah Inggeris jika diteliti juga telah menjadi satu institusi asing dalam ertikata perkara-perkara yang diajar tidak mempunyai relevan atau kaitan dengan masyarakat atau kebudayaan orang-orang tanah Melayu yang dijajah.

Pemeritahan kolonial tidak ada minat untuk membangunkan rakyat dan menyatukan etnik yang pelbagai kaum pada waktu tersebut melalui pendidikan. Bagi penjajah Inggeris pada zaman terebut persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan. Oleh sebab itu, British mengabaikan soal penggunaan satu bahasa pengantar, kurikulum yang sama, pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan dapat menyatukan anak-anak dari semua keturunan. Maka dapatlah disimpulkan sekali lagi disini bahawa terdapat benyak kesan negatif wujud disebabkan sistem pendidikan kolonial yang diperkenalkan oleh British pada zaman penjajahan.

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Administrasi keuangan merupakan suatu kegiatan dalam mengelola uang dan berhubungan dengan kegiatan pencatatan, pengurusan, penyelenggaraan, penyediaan dana, pembukuan

Menyadan pentingnya keberadaan merchandiser sebagai pelaksana program merchandising, pihak departemen CEA sebagai pihak yang menangani program merchandising Unilever merasa

Padahal kalau melihat dari jumlah Link yang ada, cukup banyak halaman pada situs sehingga akan jauh lebih baik jika terdapat Link yang menuju site map.. 2.2 Analisis Halaman

Segala puji hanya milik Allah SWT, karena atas berkat limpahan rahmat serta Hidayah-Nya penulis dapat menyelesaikan dan menyusun Tugas Akhir sebagai syarat

Maka dari itu melalui program pengabdian kepada masyarakat bermaksud ikut berperan aktif dalam menyelesaikan permasalahan anak jalanan melalui program ³6$5-$1$

Maka dari itu, materi pendidikan Aqidah Akhlak bukan hanya mengajarkan pengetahuan tentang agama, akan tetapi bagaimana membentuk kepribadian siswa agar memiliki keimanan

Adapun pertanyaan yang akan dirumuskan dalam penelitian ini adalah sebagai berikut : (1) bagaimana proses migrasi etnik ke Kabupaten Pasaman Barat Provinsi Sumatera Barat ?,

Seleksi pada tahap kalus, regenerasi, dan tahap embrio menunjukkan hasil yang sama, yaitu makin meningkat konsentrasi Al, makin menurun daya regenerasi eksplan.. Pada tahap embrio