• Tidak ada hasil yang ditemukan

dasar pendidikan british di tanah melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "dasar pendidikan british di tanah melayu"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Pendidikan Melayu sekular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke-19.

Sebelum itu pendidikan Melayu pada umumnya berbentuk keagamaan dan sangat

menekankan pengajian agama Islam. Murid-murid diajar mengaji dan membaca Al-Quran

serta cara-cara bersembahyang.Bahasa penghantarnya ialah bahasa Arab dan guru-guru

biasanya terdiri daripada imam-imam masjid. Bahasa Melayu tidak dititikberatkan .Hal ini

kerana para ibu bapa pada ketika itu sangat mementingkan pendidikan agama Islam.1 Perkara

ini dapat dibuktikan dengan kata-kata Lebai Abdul Razak seorang guru Al-Quran di Melaka

yang memberitahu Sir Stamford Raffles bahawa orang Melayu yang mempunyai anak akan

disuruh untuk belajar Al-Quran dahulu dan barulah belajar bahasa Melayu.Beliau juga

mengatakan memang itulah adat orang Melayu dan tiada lagi adat dimana para ibu bapa

menghantar anak-anak mereka belajar bahasa Melayu dahulu.2 Pada waktu ini taraf para

ulama adalah tinggi kerana jika terdapat sultan yang menuntut ilmu,baginda haruslah pergi

berjumpa ulama.Pada waktu itu juga pendidikan agama telah mencapai peringkat ketiga iaitu

peringkat tinggi.3

Kanak-kanak Melayu telah mendapat pendidikan di surau,masjid dan sekolah pondok

sebelum kedatangan British di Tanah Melayu.Cara pendidikan tersebut diajar ialah dengan

membaca dan memahami Al-Quran,mempelajari bahasa Arab,hukum-hukum agama serta

kemahiran membaca,menulis dan mengira.Pada waktu itu juga sekolah pondok telah

ditubuhkan dan dari segi pelajaran yang diajar ialah lebih kepada ajaran agama.Pelajar yang

lulus sekolah pondok ini akan berkhidmat sebagai guru agama.Pengajian di sekolah pondok

1 Ranjit Singh Malhi, Ulang Kaji Lengkap Sejarah STPM Edisi Kedua,Kuala Lumpur Federal Publication,1990, Hlm, 89

2 Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British ,Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia ,1974, Hlm 1

(2)

mengambil tempoh masa yang agak lama iaitu sehingga sepuluh tahun.Antara buku-buku

rujukan yang digunakan di sekolah pondok ialah daripada kitab-kitab Al-Quran, Hadis,

Fiqah,Tauhid dan Tasawuf .Buku-buku ini di datangkan khas dari Mesir dan negara-negara

Arab yang lain. Biasanya pelajar-pelajar sekolah pondok akan menjalankan kerja bertani

,menangkap ikan , mencari kayu api ,mengangkat air bai membantu tuan guru menyarai

hidup mereka semua pada waktu pag manakala pengajaran akan diadakan selepas waktu

subuh, petang dan malam.4

Dasar awal pemerintahan kolonial ditentukan berdasarkan peranan ekonomi yang

dijalankan oleh setaip kumpulan etnik yang terdapat di Tanah Melayu. Hanya segelintir elit

setempat yang telah mendapat keistimewaan diberi pendidikan dalam bahasa Inggeris untuk

menyediakan mereka bagi menjalankan tugas-tugas perkeranian sama ada dalam birokrasi

kerajaan kolonial ataupun dalam syarikat yang dikuasai orang Eropah.Bagi sebahagian besar

orang-orang tempatan,pada pandangan kerajaan memadailah jika setiap kumpulan mereka

d5iberi pelajaran dalam bahasa sendiri serta bersedia menerima peranan yang ditentukan oleh

pemerintah kolonial itu.

Pada tahun 1874 , British telah datang ke Tanah Melayu di Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu dan mengajar orang Melayu yang pada pendapatnya tidak mempunyai

pengetahuan pendidikan. Sekolah -sekolah awal yang di bangunkan lebih merupakan insaitif

persendirian kerana residen -residen awal yang dilantik lebih mengutamakan aspek -aspek

seperti undang-undang , penyeragaman pungutan hasil , pentadbiran keadilan ,perdagangan

dan sistem komunikasi. Hal ini dapat dibuktikan melalui kata-kata Sir Frank Swetthenham

4 Sufean Hussin,Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia , 1993, Hlm 2

(3)

yang menyatakan bahawa British tidak datang ke Negeri-Negeri Melayu sebagai dermawan

tetapi naluri sebagai kuasa imperialisme telah membawa British ke negeri-negeri

tersebut.tetapi apabila kusa mereka semakin kukuh ,pihak British mula memberi perhatian

terhadap pendidikan dan penyediaan perkhidmatan kebajikan yang lain . Sekolah Melayu

kerajaan yang pertama yang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terletak di Klang , Selangor

pada bulan September 1875 oleh residen Selangor yang pertama iaitu J,G Davidson.6

DASAR YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH TERHADAP

ORANG MELAYU DARI TAHUN 1875 HINGGA TAHUN 1922

Dasar 3M (membaca ,menulis dan mengira)

Pada mulanya dasar pendidika British terhadap orang Melayu adalah hanya untuk

memberi sedikit pengetahuan asas kepada orang Melayu. Pendidikan Melayu diadakan

hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin

melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan

utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk

membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu

pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun

sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah

cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan

masyarakat Melayu.

British telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Polis dan hanya

RM122 untuk pendidikan di Perak pada tahun 1881.Di Selangor pula,British

(4)

memperuntukkan sebanyak RM8000 untuk Jabatan Polis dan sebanyak RM37 untuk

pendidikan.Akibat daripada penumpuan yang tidak jelas ini iaitu tumpuannya hanya untuk

memperkenalkan orang Melayu supaya tidak buta huruf dan bukannya untuk pandai.British

hanya hendak atasi buta huruf di kalangan anak Melayu.,keadaan ini telah menyebabkan

kadar kehadiran murid-murid ke sekolah adalah rendah

Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Sekolah Melayu juga turut dibina di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak

dan Selangor. Sekolah Melayu kerrajaan yang pertama di bina di Selangor Selangor atas

usaha residen Selangor pada ketika itu J.G Davidson, terletak di Klang pada tahun 1875

manakala sekolah Melayu pertama yang dibina di Perak pula terletak di Sayung yang

ditubuhkan pada tahun 1878 oleh Hugh Low , Residen British Perak yang ketiga.7 Pada

akhir 1870-an dan awal 1880-an pendapatan di negeri-negeri ini semakin meningkat. Walau

bagaimanapun perbelanjaan keatas pendidikan tetap kekeal rendah. Misalnya perbelanjaan

pendidiakan di Perak pada tahun 1881 hanya $122.92 berbanding dengan peruntukan kepada

Jabatan Polis iaitu sebanyak $10,364 daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan negeri

Perak sebanyak $650,000. Manakala di Selangor pula perbelanjaan ke atas pendididkan

adalah serendah $37.10 berbanding peruntukan yamg di terima oleh jabatan polis sebanyak

$7,962 dari pada jumlah perbelanjaan keseluruhan negeri Selangor iaitu sebanyak $

230,000.8

7 Rex Stevenson Cultivators and Administrators: British Educational Policy Towards the Malays 1875-1906, Hlm 24-25

(5)

Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dapat

dilihat Melalui perlantikan Nazir Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu pada tahun 1897. Bilangan sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah

meningkat daripada 168 buah dengan bilangam murid lelaki sebanyak 157 orang dan murid

perempuan seramai 11 orang pada tahun 1898 kepada 226 buah sekolah pada tahun 1907

dengan bilangan murid lelaki seramai 232 orang dan murid perempuan seramai 34 orang.9

Satu masalah yang lebih serius lagi dan tidak mudah dihuraikan ialah tentang kedatangan

murid-murid.Walaupun diberi pelajaran percuma dan buku-buku serta papan batu disediakan

oleh kerajaan,masih sukar orang-orang Melayu memahami relevannya pendidikan

sekular.Namun demikian perihal membaca Al-Quran tidak dipersoalkan tetapi faedah dari

seorang anak-anak Melayu yang tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu serta

membuat kira-kira tidak nampak faedahnya.Kebanyakan ibu bapa mengkehendaki anak-anak

mereka membantu di rumah ataupun di sawah ladang.Kedatangan murid yang semakin

merosot itu menyebabkan pemerintah Inggeris melaksanakan dasar wajib sekolah pada

tahun-tahun 1880an dan awal tahun-tahun-tahun-tahun 1890an.10

Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pertumbuhan sekolah-sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

bermula agak lewat berbanding di Negeri-Negeri Selat dan di Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu. Di Kedah, sekolah Melayu yang pertama dikatakan ditubuhkan pada tahun 1897

atas inisiatif Allahyarham Tuan Haji Abdullah , Menteri Besar Kedah pada ketika itu. Sekolah

ini pada mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja. Pada

tahun 1910 telah ada 20 buah sekolah Melayu di Kedah dan seterusnya meningkat kepada 29

(6)

buah pada tahun 1911. Pada tahun yang sama jugajawatan Nazir Pelajaran telah

diperkenalkan di Kedah dan nazir akan dibantu oleh seorang guru pelawat di Selatan

Kedah.11

Sekolah Melayu pertama di Kelantan di tubuhkan pada tahun 1903. Manakala

Terengganu pula tidak mempunyai sebuah pun sekolah Melayu sebelum tahun

1915,sedangkan Perlis sebuah negeri yang terkecil di Semenanjung telah mempunyai 5 buah

sekolah Melayu dengan pendaftaran seramai 320 orang murid dalam tahun 1913. Pada tahun

1915 barulah terdiri sebuah sekolah Melayu di Terengganu dengan bilangan murid seramai

80 orang yang semuanya murid lelaki. Seterusnya , Johor merupakan sebuah negeri Melayu

yang beruntung keran hubungan rapatnya dengan Singapura dimana perkembangan

pendidikannya sangat pesat. Oleh itu ,tidak menghairankan apaila kita mendapati dalam

tahun 1913 ,sedang Kedah mempunyai 34 buah sekolah Melayu, Perlis sebayak 5 buah ,

Kelantan 8 buah sekolah dan Terengganu pada ketika itu belum mempunyai sekolah

manakala negeri Johor telah pun mempunyai 56 buah sekolah.12

Penggabungan jabatan pelajaran Negeri-Negeri Selat dengan Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu

Pada bulan November 1906,Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri-negeri Selat dan

Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah digabungkan dan jawatan Wilkinson sebagai Federal

Inspector dihapuskan.Setelah pengaruh Wilkinson yang kuat itu tamat,pendidikan Melayu

telah dibiarkan terbengkalai sehingga tahun 1916,apabila R.O.Winstedt dilantik menjadi

Assistant Director of Education di Tanah Melayu dan merupakan satu jawatan baru yang

diluluskan oleh Pejabat Tanah Jajahan.Negeri Johor sahaja yang tidak memperkembangkan

sistem sekolah pondok ini oleh sebab kedua-dua pendidikan agama dan sekular diletakkan di

(7)

tangan Jabatan Pelajaran Johor sendiri yang telah dibentuk pada tahun 1885.Di Kelantan

terdapat juga perkembangan di bidang pendidikan yang penting iaitu pembentukan Majlis

Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1915.Dua tahun kemudian,majlis itu

telah melancarkan program pendidikannya dengan mendirikan sebuah sekolah agama yang

moden,Madrasah Muhammadiah,yang sekaligus mengajar tiga bahasa iaitu Melayu,Arab dan

Inggeris.13

Kelas Raja telah ditubuhkan.

Satu Kelas Raja telah ditubuhkan dengan inisiatif daripada Sultan Idris iaitu Raja

Muda negeri Perak.Kelas tersebut ditubuhkan di istana ibu negeri Kuala Kangsar pada tahun

1888.Sebagai mengikut jejak Perak,Raja Muda Selangor telah meminta bantuan Inggeris

mendirikan sebuah sekolah bagi anak-anak Raja di negeri itu.Pada bulan Disember

1890,Sekolah Raja yang baru di Selangor telah dimulakan dengan seorang Paderi kelulusan

Oxford sebagai gurunya.Menurut W.E.Maxwell,tujuan sekolah tersebut ditubuhkan adalah

untuk mendidik anak-anak Raja dan Orang Besar yang pada dasarnya beliau melihat

pendidikan yang mereka perolehi itu sebagai kelebihan yang memungkinkan anak-anak Raja

dan pembesar-pembesar itu diberikan pekerjaan sebagai kerani kerajaan dan jawatan-jawatan

rasmi lain yang lebih rendah.Tujuan utama sekolah itu,selain memindahkan ilmu yang berupa

kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris serta memahaminya,ialah untuk

membina wakta yang baik menurut ukuran zaman Victoria di England.Sekolah Raja

diSelangor itu telah ditutup pada bulan Januari 1894,namun anak-anak Melayu yang berminat

(8)

boleh memasuki Victoria Institution di Kuala Lumpur yang telah didirikan setahun sebelum

itu.14

Perkhidmatan Civil Melayu(MCS).

Keadaan ini berubah selepas tahun 1896 dengan terbentuknya Negeri-negeri

Melayu Bersekutu.Salah satu akibatnya ialah perkhidmatan awam di keempat-empat negeri

itu digabungkan untuk menjadi Perkhidmatan Civil Malaya(MCS),yang membawa kepada

perluasan perkhidmatan pentadbiran dan ikhtisas yang semuanya berpegawaikan orang

Eropah.Serentak dengan itu juga terdapat pertumbuhan dalam bilangan kakitangan kerani

tempatan dan juga teknik,yang kebanyakannya adalah Tamil Jaffna,orang-orang India,Serani

dan Cina.15

Skim Biasiswa telah diperkenalkan.

Setengah pegawai Inggeris telah menyatakan keraguan mereka oleh kerana

kerajaan telah gagal memenuhi maksud yang dinyatakannya untuk mendidik kaum

bangsawan Melayu dalam memerintah tanah air mereka sendiri.Berikutan dengan itu,skim

biasiswa telah diperkenalkan untuk memberikan peluang yang lebih baik memasuki

sekolah-sekolah Inggeris bagi orang-orang Melayu dari keturunan yang baik-baik.Menerusi skim

ini,orang-orang Melayu dapat belajar di sekolah-sekolah Ingeris yang bertaraf tinggi seperti

Victoria Institution di Selangor,Taiping Central School yang kemudiannya menjadi King

Edward VII School di Perak dan St.Paul ‘s School di Negeri Sembilan.Percubaan juga telah

(9)

dibuat untuk memasukkan anak-anak Melayu dari kalangan biasa yang cerdik dari

sekolah-sekolah Melayu dalam program ini.16

Institusi ini kemudiannya menjadi tumpuan beberapa skim biasiswa bagi kedua-dua

golongan orang melayu sama ada golongan bangsawan atau penduduk kampung.Selangor

menjadi negeri yang merintis jalan dalam pengenalan skim biasiswa. Hal ini kerana usaha

Residen Selangor iaitu J.P Roger dan Inspektor Sekolah, F.W Haines. Menjelang akhir tahun

1896, satu skim telah diperkenalkan di selangor secara percubaan mana biasiswa telah

diberikan kepada 10 orang pelajar lelaki Melayu kampung yang telah mendapat kerutusan

yang baik dalam peperiksaan tahap III mereka dan yang baik dilaporkan oleh Pegawai

Daerah.Hal ini bertujuan untuk membolehkan mereka hidup di Kuala Lumpur dan mereka

diberikan elaun bulanan $ 5.00, dan dikecualikan daripada membayar yuran tuitition biasa

$ 1.00 sebulan.17

Tujuan Sekolah Melayu ditubuhkan

Menurut Dr Awang Had Salleh, pendidikan sekular anjuran British mempunyai empat

tujuan utama iaitu mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang

berlebihan kepada orang Melayu .Kedua bagi mengekalkan status quo dengan memastikan

orang Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi.seterusnya adalah

bagi menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, nelayan,

pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah. Tujuan keempat adalah untuk menghapuskan buta

huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang bangsa. Pada

hakikatnya ,pendidikan bahasa Melayu sebelum tahu 1942 kurang memberi peluang kepada

16 Ibid,

(10)

orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang social ,dan ekonomi. Pendidikan Melayu

hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang Melayu.18

Perkembangan pendidikan Melayu

Perkembangan pendidikan Melayu terutamanya bagi kanak-kanak perempuan adalah

lembab disebabkan oleh faktor-faktor seperti sikap ibu bapa yang cemburukan kehilangan

tenaga anak-anak merekayang di perlukan bagi kerja rumah,perasaan curiga para ibu bapa

terhadap pendidikan sekular yang tidak menitikberatkan pengajaran Al-Quran dan ibu bapa

lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan. Mulai abad

ke-20 pendidikan Mlayu mula berkembang maju apabila kerajaan British di Negeri-Negeri

Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang

mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara 7 hinnga 14 tahun bersekolah

sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan dua batu

dari sekolah.

Enakmen-enakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan sekular

Melayu di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Berbagai – bagai usaha

telah diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan bahasa Melayu selepas perlantikan R.J.

Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Antara usaha yang

telah diambil oleh R.J.Wilkinson ialah dengan memperkenalkan tulisan rumi yang sistematik

serta menyusun kamus Melayu yang pertama. Beliau juga bertanggungjawab menerbitkan

buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap bahasa dan

kesusasteraannya sendiri. Selain itu ,kerajaan British juga telah telah menubuhkan beberapa

(11)

maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan lagi mutu pengajaran di sekolah-sekolah

Melayu.

Penyediaan Guru-guru Lelaki.

Satu rancangan khas telah dbuat bagi melatih guru-guru Melayu dalam tahun 1878

apabila sebuah maktab Melayu ditubuhkan di Singapura.Setelah tujuh belas tahun ia

ditubuhkan,maktab tersebut telah ditutup pada tahun 1895 dan telah mengeluarkan kumpulan

pertama guru-guru Melayu terlatih di British Malaya.Usaha tersebut telah disambung semula

dalam tahun 1900 apabila terdapat sebuah lagi maktab latihan perguruan dibuka di

Melaka.Pada waktu yang sama terdapat sebuah maktab yang dibuka di Taiping tetapi hanya

dalam tempoh yang singkat sahaja.Pada tahun 1913,sebuah maktab Perguruan telah dibuka di

Perak iaitu di Matang.Akhirnya kedua-dua maktab ini iaitu Maktab Melaka dan Maktab

Matang telah digantikan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim dalam tahun

1922.

Johor tidak seperti Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain,iaitu yang

menghantar penuntutnya ke Melaka dan ke Tanjong Malim untuk terima latihan tetapi Johor

telah melatih bakal-bakal gurunya sendiri di Maktab Perguruannya Melayu di Johor

Bahru.Kebanyakkn Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menderita kerana kekurangan

guru-guru terlatih.Bilangan penuntut-penuntut mereka yang diterima masuk ke Maktab

Perguruan Sultan Idris amat kecil.Langkah-langkah terpaksa diambil iaitu Kelantan telah

menggunakan dua orang guru terlatih yang dipinjam dari Melaka dan Negeri Sembilan

supaya memberi latihan perguruan kepada calon-calon di Kelantan.19

(12)

Penubuhan maktab-maktab perguruan di Tanah Melayu

Selaras dengan perkembangan sepanjang tahun 1890-an kaedah latihan guru dan

pengambilan bekerja oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di dapati bilangan guru

tidak mencukupi akibat daripada pertambahan bilangan sekolah. Kemasukkan guru yang

berkelayakan dari Negeri-Negeri Selat ,walupun tidak lebih sebagai muslihat pihak penjajah,

tamat selepas penutupan Maktab Perguruan Melayu Singapura pada tahun 1894.20 Sewaktu

Maktab Perguruan Singapura ditutup dalam tahun 1895,baru separuh sahaja daripada

guru-guru terlatih yang dikehendaki oleh sekolah-sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat dapat

dipenuhi dan hal ini lebih buruk lagi di Negeri-negeri Melayu. Dalam tahun 1898,Nazir

sekolah-sekolah Persekutuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dilantik.Langkah

yang diambil untuk atasi masalah ini dengan menubuhkan sebuah sekolah Perguruan

Taiping.Dalam suratnya kepada Residen Jeneral,bertarikh 14hb Jun 1898.Nazir itu

menamakan sekolah itu sebagai”Sekolah Persediaan Perguruan untuk guru-guru lelaki

Melayu dan telah bermula dalam bulan Mei,1898 .21

R.J.Wilkinson telah mengusahakan penubuhan maktab Perguruan Melayu Melaka

dan beliau telah menjadi Pemangku Nazir sekolah-sekolah bagi Negeri-negeri Selat sekitar

Ogos 1898 hingga Ogos 1900.Wilkinson tidak memandang tinggi keluaran Maktab

Perguruan Melayu Singapura kerana beliau berkata guru-guru sekolah Melayu sekarang ini

menyebabkan kesulitan kerana ketidak cekapan mereka.Mengenai tempat maktab baharu

yang diusulkannya itu,awal-awal lagi ia menolak kemungkinan memilih Singapura atau

Pulau Pinang kerana kehidupan di bandar-bandar besar selalunya tidak sihat bagi

budak-20 Rex Stevenson ,Cultivators and Administrators: British Educational Policy Towards the Malays 1875-1906, Hlm 85

(13)

budak lelaki Melayu dari pedalaman.Akhirnya Melaka terpilih dan maktab itu dibuka pada 1

Mac 1900 dengan 24 orang penuntut dan Tuan S.E.Codrington menjadi pengetuanya yang

pertama.Maktab ini telah ditutup dalam tahun 1922 untuk memberi jalan kepada Maktab

Perguruan Sultan Idris.Pada tahun 1900 maktab ini telah mengeluarkan seramai 705 orang

guru dan peneroka seramai 24 orang selama 22 tahun ia ditubuhkan .22

Maktab Singapura memberikan kursus setahun,maktab-maktab Melaka dan Matang

masing-masing memberikan kursus dua tahun,tetapi Maktab Perguruan Johor menyediakan

penuntut-penuntutnya selama tiga tahun.Maktab telah berfungsi pada tahun 1919.Penyata

Tahunan Negeri Johor ada menyatakan bahawa Maktab Perguruan Melayu itu melatih 10

orang guru dan maktab tersebut tidak dapat membekalkan guru dengan sepenuhnya,oleh itu

sebuah bangunan yang lebih sesuai akan didirikan.Seorang penuntut maktab tersebut akan

menerima wang saku sebanyak $3.00 sebulan.Makan,penginapan dan buku-buku adalah

disediakan.Apabila keluar dari maktab ini,gaji yang dibayar ialah bermula dari $45.00

sebulan.Gaji permulaan amat tinggi jika dibandingkan dengan $35.00 gaji permulaan sebulan

yang dibayar kepada guru-guru keluaran Maktab Perguruan Sultan Idris.23

Pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris.

Anjuran Winstedt supaya dipusatkan maktab-maktab perguruan Melayu,telah

diterima kerajaan.Persidangan Residen-residen yang berlangsung pada 10hb Mei 1917

meluluskan penerimaan itu,dan dalam tahun yang sama,Pesuruhjaya Tinggi,setelah

memperkenalkan rancangan tersebut pada 26hb Mei 1917 dan mendapatkan titah persetujuan

dari Sultan Abdul Jalil Perak.Winstedt mencadangkan supaya sebuah sekolah pertukangan

dinamakan Sultan Idris,tetapi pertimbangan untuk mendirikan sekolah itu baru dibuat dalam

(14)

tahun 1922 dan pada waktu itu,Maktab Pusat ini telah pun terdiri.Oleh itu Maktab Pusat yang

baru itu diberi nama Sultan Idris yang menurut O.T. Dussek,pengetua maktab itu,

“menyayangi rakyat Melayunya dengn sungguh-sungguh dan mengharapkan orang-orang

Melayu akan mendapat pelajaran yang penting untuk jawatan-jawatan kerajaan.”24

Maktab ini secara rasmi di buka pada 29hb. November 1922 oleh W.G . Maxwell,

Ketua Setiausaha, C.G.M dengan penuntut seramai 120 orang. Dalam ucapan pembukaan

Pengarah Pelajaran , Mr. Wolffe mengatakan bahawa pembukaan maktab ini menandakan

zaman baru dalam sejarah pelajaran vernakular Melayu Semenanjung Tanah Melayu . hal ini

kerana sebelumnya tidak pernah ada percubaan yang sungguh-sungguh untuk melatih

guru-guru Melayu.25 Antara bidang pelajaran yang di ajar di Maktab Perguruan Sultan Idris ialah

pertanian asas atau perkebunandan pekerjaan pertukangan tangan seperti pertukangan kayu,

mengayam jaring, pertukangan tangan dan menjilid buku. Selain itu, mata pelajaran

Agama ,Ilmu Kira-Kira,bahasa dan kesusasteraan Melayu,Sejarah,Ilmu Alam, tulisan dan

lukisan iaitu penuntut dilatih menulis jawi dan rumidi kertas dan di papan hitam . Seterusnya

terdapat jga mata pelajaran lain yang turut diajar di maktab ini seperti Teori dan Amalan

Pengajaran, Ilmu Kesihatan dan latihan tubuh.26

24 Ibid, Hlm 89

25 Rex Stevenson, Cultivators and Administrators :British Educational PolicyTowards the Malays 1875-1906, Hlm 161

(15)

KESIMPULAN

Pada permulaannya pendidikan orang Melayu berasakan keagamaan dan taraf ulama

adalah sangat tinggi pada ketika itu. Pada ketika itu,pendidikan agama telah mencapai

terperingkat tinggi.Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh British hanya hendak

anak-anak Melayu hanya tahu membaca,menulis dan mengira. Pihak British hanya mahu

anak-anak Melayu ini lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka.Pelbagai dasar

pendidikan telah dibuat oleh British untuk menarik minat orang Melayu untuk menghantar

anak-anak mereka masuk ke sekolah.British juga telah menubuhkan sebuah sekolah yang

mempunyai pendidikan agama dan sekular iaitu pendidikan sekular dijalankan pada waktu

pagi dan pendidikan agama pada waktu petang Pendidikan Inggeris turut diberikan kepada

golongan yang baik-baik sahaja yang terdiri daripada golongan bangsawan yang membawa

kepada Kelas Raja di Perak dan di Selangor.Dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh

British pada waktu itu telah membawa kepada sistem pendidikan yang ada pada waktu

(16)

BIBLIOGRAFI.

Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British ,Kuala

Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia ,1974.

Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya,

MacMillan Publisgers(M) Sdn Bhd,1985.

Ranjit Singh Malhi, Ulang Kaji Lengkap Sejarah STPM Edisi Kedua,Kuala Lumpur Federal

Publication,1990.

Rex Stevenson, Cultivators and Administrators: British Educational PolicyTtowards the

Malays 1875-1906,Kuala Lumpur Oxford University Press,1975.

Sufean Hussin,Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur

Referensi

Dokumen terkait

Ada beberapa fitur yang disediakan dalam aplikasi ini diantaranya pengguna memilih Surah mana yang terlebih dahulu akan dihafal dengan menggunakan metode hafalan dari salahsatu

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh model pembelajaran team assisted individualization (TAI) dengan menggunakan metode hypnoteaching dan untuk mengetahui

Untuk reaksi yang melibatkan gas tetapan kesetimbangan dapat dinyatakan dari harga tekanan parsial masing-masing gas pada saat setimbang, sebab konsentrasi gas dalam suatu ruangan

Penyusunan Kebijakan Teknis JFAK JANUARI Pengembangan Website PUSAKA FEBRUARI MARET April Lokakarya Nasional Pelatihan Case Study Writing (Kerjasama dengan AIPEG dan Tempo

Bab keempat, merupakan analisis hukum Islam terhadap pokok- pokok permasalahan yang sesuai dengan data yang diperoleh dari Ambengan Batu Tambaksari tentang alih

Simulasi model adalah sistem yang merekayasa model dinamika suatu masalah dengan suatu input sehingga memperoleh output berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhinya.. Simulasi

Ucapan terima kasih juga penulis sampaikan kepada semua rekan Keluarga Mahasiswa sejarah (KEMAS), Ilmu Budaya, dan rekan Universitas Udayana yang tidak dapat

Dokumen HTML mempunyai kemampuan untuk memberikan link dari satu teks dan / atau gambar menuju ke dokumen atau bagian lain dalam suatu dokumen.. Browser web