• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkembangan Perusahaan Getah Di Tanah Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perkembangan Perusahaan Getah Di Tanah Melayu"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345 1900 46000 1905 48000 1906 85000 1909 200000 1911 1000000

(2)

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah

1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu “Beehawk”. Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

(3)

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

(4)

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

(5)

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar “Ridley Getah” atau “Ridley Gila”. Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai “Tulang Ikan Herring” yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905,

(6)

Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

(7)

1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

2. Sosial

a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

(8)

Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937.

Bincangkan factor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada kurun ke 19 dan awal abad ke-20

Perusahaan getah di Tanah Melayu mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada mulanya getah banyak ditanam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kesan daripada kejatuhan harga kopi telah menyebabkan ramai yang beralih kepada penanaman getah. Permintaan yang begitu tinggi terhadap getah telah menyebabkan ramai pelabur-pelabur Eropah melibatkan diri secara besar-besaran dalam perusahaan ini.

Terdapat banyak factor yang telah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu kejatuhan harga getah telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada penanaman ini. Kejatuhan harga getah ini disebabkan berlakunya lebihan keluaran di pasaran. Keadaan bertambah buruk lagi apabila pokok-pokok kopi diserang pelbagai penyakit yang memerlukan perbelanjaan tambahan untuk mengatasinya. Masalah-masalah yang timbul ini menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mengusahakan tanaman kopi.

Selain itu usaha H.N Ridley dalam memajukan tanaman ini tidak boleh dipandang rendah. Beliau selaku Pengarah Botanical Garden Singapura telah menjalankan kempen penanaman getah di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Selain daripada berkempen, beliau juga telah berusaha bagi memanjangkan jangka hayat pokok getah dengan memperkenalkan kaedah torehan yang betul yang dinamakan sebagai sistem torehan haring. Anak-anak pokok getah yang hendak dibawa ke ladang-ladang dibungkus dengan arang yang lembab bagi memastikan anak-anak getah ini tidak mati atau rosak dalam perjalanan. Hasil usaha beliau ini ternyata berhasil apabila getah menjadi tanaman penting pada abad ke 19 dan awal abad ke-20

(9)

Kesan daripada Revolusi Perindustrian telah membawa kepada penciptaan jentera-jentera moden seperti kereta berenjin dan tayar berangin yang memerlukan getah sebagai sebahagian bahan mentah dalam pembuatan barangan tersebut. Pendawaian elektrik yang menggunakan getah sebagai bahan penebat juga memberi kesan kepada peningkatan terhadap getah. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan harga getah meningkat naik. Keadaan ini menyebabkan pelabur Eropah mula membuka ladang-ladang di Tanah Melayu bagi meningkatkan keluaran.

Perkembangan perusahaan getah ini telah membawa kepada kemasukkan buruh dari India untuk mengusahakan tanaman ini. Mereka dibawa masuk oleh kerajaan British melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Buruh-buruh ini digunakan kerana penduduk tempatan tidak berminat menjalankan aktiviti ini lagipun bayaran untuk tenaga buruh India ini murah. Kemasukkan tenaga buruh ini telah menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu

Kerajaan British juga telah memberi galakkan untuk memperkembangkan perusahaan ini. Galakkan ini diberi dalam bentuk cukai dan duti ke atas tanah yang rendah. Kerajaan British juga telah menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 bagi membuat penyelidikan tentang jenis-jenis pisau yang sesuai dan masa yang elok untuk melakukan torehan. Selain itu Jabatan ini telah mencadangkan jarak yang sesuai untuk penanaman getah dan tanaman penutup bumi yang boleh ditanam diantara pokok-pokok getah. Sesungguhnya galakan dan kajian ini telah menarik minat mereka untuk beralih kepada tanaman getah.

Perkembangan pesat penanaman getah di Tanah Melayu juga disebabkan oleh kedatangan pelabur-pelabur Eropah untuk membuka ladang-ladang getah baru. Pelabur-pelabur ini mengusahakan tanaman getah ini secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Guthrie dan Dunlop. Hasil daripada perkembangan ini, pengeluaran getah telah meningkat dan Tanah MElayu telah muncul sebegai pengeluar getah asli utama di dunia

Pada tahun 1926, kerajaan British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Hasil daripada penubuhan ini, Institut ini telah Berjaya menghasilkan cara penanaman getah yang baik dengan memperkenalkan klon-klon getah bermutu tinggi. Selain itu penggunaan baja kimia juga diperkenalkan. Teknik memekatkan susu getah, kawalan penyakit dan penggunaan racun telah ternyata member sumbangan yang besar dalam memajukan serta meningkatkan industry tanaman getah di Tanah Melayu.

Kesimpulannya, perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya seiring dengan perkembagan perusahaan getah. Walau bagaimanapun menjelang lewat 1920-an ekonomi Tanah Melayu telah merundum kesan daripada kemelesetan terhadap perusahaan getah. Amerika Syarikat telah mengurangkan penggunaan

(10)

getah akibat kemelesetan ini. Berikutan itu, kerajaan British telah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan harga getah.

Kedatangan Imigran Pengenalan

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.

ORANG INDONESIA 1. Pengenalan

Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka adalah orang Minangkabau, orang Bugis dan orang Jawa. Orang Minangkabau dari Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke Negeri Sembilan pada abad ke-14. Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah

(11)

datang ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor, Perak dan Johor. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di lading kopi, lading getah dan juga di lombong-lombong bijih timah. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia semakin meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektor penanaman padi dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

2. Sebab kedatangan

a. Faktor politik

Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) telah mendorong kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem ini telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadap pemerintahan Belanda. Pertambahan penduduk Indonesia yang tinggi juga menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup.

b. Faktor sosial

Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan keluasan tanah pertanian ataupun pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para petani.

c. Faktor ekonomi

Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orang Indonesia. Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian juga telah mendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu.

3. Sumbangan

Orang Indonesia turut menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di samping dalam pertania seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama

(12)

dengan tempat asal mereka adalah pendorong kepada kedatangan orang Indonesia ke Tanah Melayu.

4. Cara kemasukan

Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk datang ke Tanah Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini. 5. Komposisi penduduk orang Indonesia

a. Orang Jawa

Orang Jawa merupakan orang Melayu yang paling banyak berhijrah ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1930, terdapat 17000 orang Jawa di Tanah Melayu dan Singapura. Mereka bekerja sebagai buruh di lading kopi dan getah atau lombong bijih timah. Kebanyakan orang Jawa terdapat di negeri Johor, selangor dan Perak. b. Orang Banjar

Orang Banjar berasal dari Daerah Banjarmasin. Mereka mengusahakan penanaman padi. Kebanyakan mereka mendiami kawasan-kawasan pinggir pantai dan lembah-lembah sungai di Perak, Selangor dan Johor. Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45382 orang.

c. Orang Bugis

Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi membuka petempatan di Selangor, Johor dan Perak. Mereka menjalankan kegiatan pertanian.

d. Orang Boyan

Orang Boyan berasal dari Pulau Boyan telah menetap di Bandar-bandar seperti Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka mahir dalam pemeliharaan kuda lumba.

e. Orang Minangkabau

Orang Minangkabau dari Sumatera menetap di Negeri Sembilan. Kebanayakan mereka terlibat dalam kegiatan perniagaan dan pertanian.

6. Bilangan penduduk orang Indonesia

Pada tahun 1947, bilangan penduduk Indonesia di Tanah Melayu adalah lebih kurang 307150 orang. Daripada jumlah ini, 60% terdiri daripada orang Jawa.

(13)

Pada tahun 1957 bilangan penduduk Melayu (termasuk orang Indonesia) ialah 2427834 orang iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

ORANG CINA 1. Pengenalan

Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka lading gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam.

2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak

i. Sebab sosial dan ekonomi

Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah.

ii. Kekacauan dan korupsi politik di negara China

Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan.

(14)

Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.

b. Faktor penarik

i. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu

Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.

ii. Kestabilan politik

Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

3. Sumbangan

Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850 – 6500 tan, 1890 – 15101 tan, 1900 – 43000 tan, 1905 – 57733 tan, 1937 – 77000 tan. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga telah berkembang terutamanya melalui sistem Kangcu.

(15)

a. Melalui sistem tiket kredit

Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka.

b. Melalui cara persendirian

Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897.

c. Melalui Sistem Kangcu

Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.

5. Komposisi penduduk orang Cina

a. Orang Hokkien

Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di oelabuhan-pelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

b. Orang Kantonis dan Hakka

Orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah.

c. Orang Teochew

Orang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai serta di kawasan Pantai Perak.

(16)

Orang Hailam bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman.

6. Bilangan penduduk orang Cina

Di antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

ORANG INDIA 1. Pengenalan

Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.

2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak – keadaan sosioekonomi di India

Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai

(17)

contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran pada pertengahan abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengalami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.

b. Faktor penarik

i. Perkembangan perusahaan getah

Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang India.

ii. Galakan daripada Kerajaan British

Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.

3. Sumbangan

Kemasukan orang-orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan getah. Buktinya pada 1897 – 345 ekar, 1900 – 46 ribu ekar, 1905 – 48 ribu ekar, 1906 – 85 ribu ekar, 1909 – 200 ribu ekar, 1911 – 1 juta ekar, 1914 – 1.5 juta ekar, 1918 – 2.5 juta ekar dan 1940 – 3.5 juta ekar. Di samping dalam

(18)

perusahaan getah orang India juga telah menyumbangkan tenaga professional seperti guru, doctor, kerana dan lain-lain lagi.

4. Kemasukan

a. Sistem buruh kontrak

Sistem buruh kontrak telah diperkenalkan sejak tahun 1820 bagi mengambil buruh-buruh India untuk bekerja di ladang tebu dan kopi. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu diserahkan kepada majikan. Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji mereka rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di samping itu, mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini dihapuskan.

b. Sistem Kangani

Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898. Sistem ini, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di India dan mengumpulkan saudara mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yang ingin berhijrahke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang dan lain-lain perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan. Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik. Pada tahun 1907, Tabung Imigrasi diwujudkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk membiayai kos pengambilan buruh India. Melalui tabung ini, majikan dikehendaki membayar kos pelayaran serta $5 setahun bagi setiap buruh India. Sistem Kangani juga mempunyai kelemahannya. Tiap-tiap kangani dibiayai mengikut bilangan pekerja yang diambil. Oleh itu, sesetengah daripada mereka cuba memperoleh seberapa ramai pekerja yang boleh dari India. Lama-kelamaan, mereka juga menjadi ejen sistem kontrak. Pada tahun 1938, sistem ini diberhentikan akibat zaman kemelesetan ekonomi yang menyebabkan permintaan buruh dikurangkan.

5. Komposisi penduduk orang India

(19)

Golongan Tamil membentuk 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan.

b. Orang Malayali

Orang Malayali membentuk kira-kira 6% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di estet getah dan dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan profesional.

c. Orang Telugu

Orang Telugu merupakan kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 dan bekerja sebagai buruh di estet.

d. Orang India Utara

Kumpulan etnik ini terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dan pasukan polis.

6. Bilangan penduduk orang India

Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah 172465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini meningkat kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099 di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga, bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang (11% daripada penduduk Tanah Melayu).

(20)

MASYARAKAT IMIGRAN DI MALAYSIA

Masyarakat majmuk yang ada di Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk masyarakat yang sememangnya telah wujud secara asalnya di sini.Sebaliknya,masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul,budaya dan sejarahnya yang berbeza-beza.

Seperti yang sedia kita maklumi,penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu.Di Sabah dan Sarawak pula,penduduk asalnya ialah terdiri daripada kaum Kadazan,Dusun,Murut,Iban,Bajau,Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain.

Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari pula seperti kaum Cina,India,Serani,Siam,Bugis,Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka.Secara mudahnya,mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu.

Kenapa mereka berhijrah ke Tanah Melayu?Atas alasan apa?Bagaimana?Bila? Bagaimana mereka hidup di Tanah Melayu?

Perkara inilah yang akan kita kupas sekadar yang boleh didalam ruangan yang terbatas ini,Kita akan mengenalpasti cara-cara kemasukan golongan ini sekaligus mengikuti perkembangan mereka apabila menetap di Tanah Melayu dalam ruang waktu antara abad ke-15 hinggalah abad ke 19 Masehi.

Para ahli akademik,sama ada seorang sejarawan,sosiologis dan sebagainya seakan sependapat bahawa proses migrasi jelas terlihat pada abad ke-19 apabila British berusaha membawa masuk golongan imigran untuk berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.Bahkan bukan sedikit yang berpendapat,masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini ialah kerana kontruksi pihak British.

Namun,perlu kita akui migrasi yang pertama sekali sebenar-benarnya berlaku di Tanah Melayu amat sukar untuk ditentukan.Apa yang pasti ianya bukanlah hanya berlaku apabila era penjajahan itu bermula,tetapi sudah berlaku jauh ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi(abad ke-15).Bahkan ada yang mengatakan bahawa orang Arab(imigran) itu sudah mula memasuki

(21)

Kedah(Tanah Melayu)seawal abad ke-9 lagi dan kemasukan Cina pada abad ke 7.Walau bagaimanapun,pendapat itu tidak popular kerana tidak mempunyai bukti yang cukup kukuh.

Secara mudahnya,kita akan mengguna pakai pendapat ramai sarjana sejarah yang menyatakan,asas proses migrasi yang boleh dipertanggunjawabkan ialah bermula pada pada abad ke-15 iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan ianya hanya jelas kelihatan pada era pendudukan British di Tanah Melayu.Jadi,dua pembahagian yang utama dalam kajian ini ialah kajian pekembangan masyarakat imigran pada era sebelum pendudukan British dan era selepas pendudukanya.

Sebagai awalan,kita perlu tahu garis pemisah zaman ‘bebas’ dan zaman dijajah di Tanah Melayu ialah apabila jatuhnya kerajaan Melaka ditangan Portugis pada 1511.Bermula daripada penjajahan Portugis inilah Tanah Melayu telah mula dijajah.Namun dari segi penstrukturan masyarakat,perubahan yang jelas,hanya terlihat bermula ketika bermulanya pendudukan British di Pulau Pinang pada tahun 1800.Bermula dari situlah berlaku perbagai proses tranformasi dalam masyarakat Tanah Melayu.Pada zaman sebelum pendudukan British,antara kaum yang dikenalpasti memasuki dan menetap di Tanah Melayu ialah khususnya di Melaka

ialah:-1-India 2-Cina 3-Arab

4-WargaIndonesia

Kita akan mengkaji cara kemasukan,sebab mereka bermigrasi dan kesan-kesan yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sosio-budaya di Tanah Melayu ketika itu.

Kemasukan India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama.Candi di Lembah Bujang antara bukti kukuh kemasukan India yang menyebabkan tersebarnya pengaruh Hindu di Tanah Melayu.Begitu juga tentang teori kedatangan Islam yang turut didakwa sesetengah sarjana berasal dari India.Namun sejarah titik mula pertapakan masyarakat India di Tanah Melayu tidak akan dibincangkan disini kerana ianya telah mendahului abad ke 15 hingga abad ke 18 yang menjadi fokus tulisan ini. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang,sami Buddha dan Hindu,tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Antara faktor penolak yang membawa kepada penghijrahan mereka ialah hasrat pemuka-pemuka agama mereka untuk meluaskan ajaran Buddha dan Hindu ke seluruh dunia.Mencari pasaran baru untuk berniaga juga merupakan faktor utama penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu sebelum pendudukan British di Tanah Melayu.Melaka yang pada ketika itu sangat terkenal telah menarik minat pedagang India untuk turut serta berniaga disitu. Melaka yang menyediakan pelbagai kemudahan dan jaminan untuk pedagang juga telah memberi keyakinan kepada pedagan India.Mereka membawa barangan seperti ubat ubatan dan candu untuk diniagakan di Melaka serta

(22)

membawa pulang barangan seperti ubat akar kayu dan bijih timah dari Melaka. Kemasukan India ke Tanah Melayu yang mempunyai sejarah yang panjang ini sudah tentu menghasilkan pengaruh dan kesan tertentu kepada masyarakat peribumi Tanah Melayu antaranya dari aspek agama,ekonomi,dan kebudayaan.

Dari aspek agama,kita dapat melihat tinggalan-tinggalan lampau warisan Hindu dan Buddha di Tanah Melayu seperti runtuhan Candi di Lembah Bujang seperti yang kita sebutkan tadi yang melambangkan anutan masyarakat tempatan ialah Hindu dan Buddha selepas anutan tradisi seperti Animisme dan sebagainya. Dalam ekonomi pula,kesan penghijrahan komuniti India yang paling utama dirasai di Tanah Melayu sebelum pendudukan British ialah industri perdagangan Melaka semakin berkembang.Ini kerana,Pedagang India merupakan antara pedagang luar yang pertama sampai ke Tanah Melayu.Oleh itu kita tidak dapat nafikan,perkembangan perlabuhan-perlabuhan di Tanah Melayu sedikit sebanyak ialah kerana usaha masyarakat India yand bermigrasi ke Tanah Melayu.

Melihat kesan dari segi kebudayaan pula,perlu diakui bahawa kebanyakan adat yang diamalkan oleh majoriti peribumi Tanah Melayu adalah berorientasikan kebudayaan Hindu.Sebagai contoh,adat bersanding ketika majlis perkahwinan,adat melenggang perut ketika seseorang ibu hendak bersalin dan adat memakan manisan pada hari raya.Adat-adat ini ternyata masih diamalkan walaupun selepas proses Islamisasi berlaku di Tanah Melayu.Begitu juga dengan cerita-cerita hikayat dari epik Rayamana dan Mahabrata yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Tanah Melayu ketika itu sehingga beberapa karya lokal seperti Hikayat Merong Mahawangsa turut terlihatkan pengaruh Hindu dalam penulisanya.

Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu mengikut pendapat para sejarawan dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka lagi.Namun kemasukan yang agak jelas,bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke 18.Namun,dalam bahagian ini,kita hanya akan menfokuskan perihal kemasukan dan perkembangan komuniti Cina di Tanah Melayu pada lingkungan abad ke 15 sahaja.

Seperti kemasukan orang India,dan juga kebanyakan komuniti lain ke Tanah Melayu pada zaman Melaka,Kaum Cina juga datang ke Tanah Melayu untuk berdagang.Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletak antara laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau singgah ke pelabuhan Melaka ketika itu,dan jika kita hendak menceritakan kenapa Melaka begitu menarik perhatian kaum imigran secara terlalu,sudah tentu ianya akan mengalih fokus utama tulisan ini.

Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan,bijih timah,gincu,lada hitam,candu dan ubat akar kayu.Mereka juga memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera,kain benang emas,tembikar,pinggan mangkuk dan sebagainya.Hubungan perniagaan yang luas dan ‘mewah’ ini

(23)

membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat konsisten dan berterusan.

Kemasukan golongan Cina juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelbagai aspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu.Antara yang utama ialah dari aspek politik,sosial,ekonomi dan kesenian di Tanah Melayu.

Dari aspek politik,kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka telah membawa kepada hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan China.Perkahwinan antara Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan salah seorang Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh telah merapatkan lagi hubungan politik antara Melaka dan China.Bahkan,seawal tahun 1404 lagi hubungan baik ini telah berlaku melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja China.Parameswara dan bakal penggantinya pula telah mengadakan kunjungan hormat mengadap Maharaja China di Nangking pada 1411.Kesan daripada hubungan baik ini juga,Melaka telah diiktiraf oleh Maharaja China dan pihak China sudi menaungi keselamatan Melaka khususnya dari ancaman Siam ketika itu.

Kesan kemasukan masyarakat Cina kepada Tanah Melayu dari aspek sosial pula ialah berlaku perkahwinan antara masyarakat Cina dengan masyarakat tempatan khususnya dalam kalangan pelayan Cina yang mengiringi keberangkatan Puteri Hang Li Poh ke Melaka kerana mengikuti Sultan Mansur Shah.Melalui perkahwinan dan pembaharuan sosial inilah,wujud suatu golongan yang digelar baba cina yang memang mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan mereka.Pembaharuan sosial inilah yang dikaitkan dengan proses amalgamasi di Malaysia oleh para sarjana antropologi dan sosiologi.

Dalam aspek ekonomi pula,hubungan antara pedagang China dan Tanah Melayu dikatakan telah bermula semenjak abad ke 7 lagi.Justeru hal ini pasti dapat menunjukkan kesan utama dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu.China sebagai kuasa besar ketika itu telah membantu mempopularkan pelabuhan Melaka kepada dunia pada abad ke 15 kerana hubungan ekonomi yang telah lama terjalin antara China dan Kepulauan Melayu.Seperti yang kita bahaskan dalam esei ini tadi,China datang dengan membawa banyak benda-benda yang dianggap asing dan baru di Tanah Melayu seperti sutera,tembikar,teh dan sebagainya.Ini membolehkan masyarakat Tanah Melayu memperluaskan perniagaan mereka dengan turut memasarkan kepada pembeli lain barangan yang mereka perolehi dari pedagang dari China ini.

Dari aspek kesenian juga,pengaruh masyarakat Cina bukanlah kecil.Jika dilihat di Melaka sahaja,Beberapa buah masjid tua di Melaka nyata mempunyai pengaruh senibina masyarakat Cina yang jelas.Sebagai contoh,menara masjid Tengkera di Melaka mencerminkan senibina Pagoda di China.Begitu juga dengan seni tempa yang dikatakan diinspirasikan dari kebudayaan Cina.Pengaruh lain ialah dalam

(24)

pembuatan tembikar dan juga seni kaligrafi Cina yang sudah dipergunakan secara meluas semenjak dahulu lagi.

Kemasukan orang Arab ke Tanah Melayu dikatakan sejajar dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu iaitu pada abad ke 13.Seperti yang diketahui,proses perkaitan antara bangsa Arab dengan teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah amat dominan.Kemasukan Arab ke Tanah Melayu ini dikatakan telah bermula di Terengganu brikutan penemuan batu bersurat di negeri tersebut.Namun kebanyakan sarjana berpendapat pengislaman besar-besaran hanya jelas kelihatan pada zaman Melaka pada abad ke 15.Maka,berdasarkan teori kemasukan Islam ini juga dapatlah kita pertanggungjawabkan keatas kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu pada abad ke 15.

Arab pada asasnya datang ke Tanah Melayu untuk tujuan berdagang berikutan pelabuhan Melaka ketika itu merupakan perlabuhan entrepot tersohor di rantau ini.Disini berlaku pelbagai urus niaga yang merangkumi ruang lingkup antara Timur dan Barat.Faktor penarik ini juga turut menarik kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu yang kita bincangkan tadi.Disamping memasarkan barangan dagangan mereka,mereka turut membeli barangan di Tanah Melayu seperti rempah ratus,bijih timah,bunga cengkih dan sebagainya.Mereka juga dapat membeli barangan dari lain-lain negara yang turut berdagang di Tanah Melayu.

Masyarakat Arab juga turut memasuki Tanah Melayu atas tanggungjawab untuk meneruskan kesinambungan dakwah Islam yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W.Bahkan ada dikalangan warga Arab yang digelar guru professional,bermigrasi ke Tanah Melayu semata-mata untuk berdakwah tanpa mempunyai kepentingan lain selain dari itu.

Seperti yang kita bahaskan di awal tadi,kemasukan Orang Arab ke Tanah Melayu adalah sejajar dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu.Justeru,Proses Islamisasi Tanah Melayu khususnya Melaka pada ketika itu adalah antara kesan yang paling jelas sekali.

Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah menerima dan memeluk Islam pada tahun 1409 M dan memakai gelaran Sultan Iskandar Zulkarnain.Ini menyebabkan proses Islamisasi penduduk Melaka samada peribumi ataupun masyarakan imigran yang lain menjadi begitu berkesan.Apabila Melaka mengambil Pahang daripada Siam pada tahun 1456,Maka proses Islamisasi ini semakin meluas dan dan Islam menjadi agama rasmi negeri Pahang.Ini juga merupakan kesan kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu.

Dari aspek politik dan perundangan,kesan yang jelas ialah penggunaan gelaran Sultan oleh kebanyakan Raja di Tanah Melayu ketika itu.Penggunaan hukum Islam sebagai asas penggubalan undang-undang di negeri-negeri Tanah Melayu seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka juga menunjukan

(25)

betapa kuatnya pengaruh Islam ketika itu.Jawatan mufti juga sudah mula diwujudkan dalam pentadbiran bagi menasihati Sultan mengenai hal ehwal agama.Mufti juga berperanan sebagai guru agama di Istana.Diperingkat awal Islamisasi,golongan mufti ini kebanyakan adalah pendatang Arab,sebagai contoh,Syed Abdul Rahman al-Saggaf di Pahang.

Dari segi sosial,penggunaan nama berunsur Islam dan Arab dalam kalangan pemerintah dan rakyat juga merupakan kesan pendudukan Arab di Tanah Melayu.Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab seperti Muhammad,Abdul dan Abdullah begitu mendapat sambutan bagi mencerminkan jiwa Islam dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.Masyarakat juga tidak lagi mengamalkan sistem kasta yang membezakan darjat seseorang individu itu dengan individu yang lain seperti yang diwarisi dari tradisi Hindu dahulu.

Begitu juga dalam bidang ekonomi,kesan utama yang dapat dilihat ialah berkenaan dengan amalan riba dalam perniagaan sudah tidak diterima pakai lagi.Penggunaan sistem ekonomi yang lebih adil telah digunakan.Melalui warga Arab yang ada ketika itu jugalah,fasal-fasal atau bahagian-bahagian dalam ekonomi Islam mula digunapakai.Contohnya melalui institusi kebajikan untuk orang Islam seperti Baitulmal dan juga amalan wajib mengeluarkan zakat daripada harta yang diperolehi seseorang.

Dari aspek pendidikan,kesan utama yang dapat dilihat ialah pendidikan Islam mula diajar oleh pedagang-pedagang Arab kepada warga tempatan bagi mengantikan pendidikan yang beorientasikan Hindu dan Buddha.Pada mulanya Islam diajar di Istana Sultan,tetapi apabila sambutan dari masyarakat tempatan makin memberangsangkan,penubuhan institusi pendidikan Islam seperti Pondok dan Madrasah-madrasah tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Kebanyakan institusi sebegini wujud di Kedah,Kelantan dan Terengganu.Penguasaan bahasa Arab dan tulisan jawi dalam kalangan warga tempatan juga menjadi bukti penting pendudukan masyarakat Arab di Tanah Melayu

Penghijrahan warga Indonesia ke Tanah Melayu telah bermula pada abad ke 14 lagi seiiring dengan kemasukan dari India,Arab,China dan lain-lain kaum pendatang yang lain.Tujuan utama yang mendorong mereka memasuki Tanah Melayu khususnya Melaka pada abad ke 15 ialah kerana ingin meluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa.

Mereka yang datang daripada pelbagai daerah di Indonesia membawa barangan yang berbeza-beza untuk diperniagakan.Sebagai contoh,masyarakat dari Sumatera membawa barangan seperti emas dan rempah,dari Pulau Jawa membawa bahan makanan,dari Maluku membawa bunga cengkih dan dari Pulau Banda membawa buah pala.

Mereka dari kalangan Minangkabau dari Sumatera Barat juga telah berhijrah ke Negeri Sembilan yang masih belum bernama ketika itu.Sehinggalah pada abad

(26)

ke 17,Masyarakat tempatan di Sungai Ujung,Johol,Naning dan Jelebu menerima seorang raja dari Minangkabau yang dijemput untuk memerintah Negeri Sembilan.

Orang Bugis yang berasal dari Sulawesi juga telah datang dan menetap di Selangor,Perak dan Johor ketika itu.Pada 1766 pula,Raja Lumu yang berasal daripada keturunan Bugis telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang pertama.Penghijrahan mereka yang besar ini kerana mereka menganggap kepulauan Indonesia dan Tanah Melayu adalah serumpun dan tidak bersempadan.

Kesan pendudukan masyarakat Indonesia di Tanah Melayu adalah amat jelas sekali dan tidak boleh dipertikaikan.Kesan-kesan ini dapat dilihat antaranya dari aspek politik,sosial,bahasa,kesenian dan kebudayaan.

Dari aspek politik,kita dapat melihat hubungan persahabatan yang amat baik antara Tanah Melayu dengan Kepulauan Indonesia telah berlaku.Seperti yang kita tahu,Kerajaan Melaka melalui Sultan Mansur Shah telah menjalin hubungan akrab dengan Majapahit,bahkan Baginda telah mengahwini Peteri kepada Betara Majapahit dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dan Majapahit.Penubuhan kerajaan Negeri Sembilan dan Selangor seperti yang kita sebutkan diatas tadi juga merupakan kesan besar kemasukan masyarakat Indonesia ke Tanah Melayu.Begitu juga dengan hubungan baik kerajaan-kerajaan di kepulauan Indonesia dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Kedah dan sebagainya.

Dari aspek sosial,kita melihat kehadiran masyarakat Indonesia ini telah membuka penempatan-penempatan baru di Tanah Melayu khususnya di Negeri Sembilan seperti Johol,Sungai Ujong dan Naning.Di Selangor seperti Parit Jawa dan kampong Jawa seperti yang dicatatkan oleh Tom Pires,seorang penulis berbangsa Portugis.Tidak dinafikan juga dari segi kependudukan,mengikut pandangan Pires lagi,Orang Jawa pula adalah golongan paling ramai di Melaka ketika era kejatuhanya pada 1511.Ini menunjukkan betapa meluasnya kesan pendudukan masyarakat Indonesia di Tanah Melayu.

Dari aspek bahasa,memanglah Tanah Melayu dan Kepulauan Indonesia adalah serumpun,sebahasa dan sebudaya.Tetapi sedikit sebanyak,proses peminjaman dan penciplakan bahasa dan istilah daripada bahasa Indonesia tetap berlaku.sebagai contoh,istilah ‘sihat’ dan ’makan’ merupakan bahasa Jawa yang digunapakai oleh masyarakat Tanah Melayu hingga ke hari ini.Awalan ‘tuna’ juga adalah berasal daripada dialek atau bahasa Indonesia.Sebagai contoh,tunakarya(penganggur) dan tunawisma(tidak berumah).Begitu juga dengan kata akhiran ‘wan’ yang jelas mempamerkan pengaruh bahasa Indonesia yang kental.Sebagai contoh,budayawan,sukarelawan dan sejarawan.

Pengaruh Indonesia juga dapat dilihat dari segi kesenian dalam masyarakat di Tanah Melayu.Proses mencanting batik merupakan khazanah yang berasal dari kepulauan Jawa,begitu juga dengan seni ukir dan penulisan khat,walaupun ianya

(27)

merupakan kesenian Islam,tetapi ianya sampai ke Tanah Melayu melaui Indonesia.Begitu juga halnya dengan seni pembuatan senjata yang mana memang jelas senjata tradisi di Tanah Melayu seperti keris dan tombak adalah berorientasikan senjata-senjata tradisi dari Indonesia.

Begitu juga dari aspek kebudayaan,ada pendapat yang mengatakan bahawa wayang kulit yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu juga berasal dar Indonesia.Begitu juga dengan Nobat yang menjadi kebanggaan Pemeritah Tanah Melayu,adalah berasal dari Kepulauan Indonesia.Sama juga halnya dengan Ulik Mayang yang cukup popular di Terengganu,adalah berasal dari Indonesia.Ini menunjukkan betapa kuasnya pengaruh Indonesia kepada kebudayaan Tanah Melayu.

Cacatan sejarah memperlihatkan hanya sebahagian kecil Tanah Melayu didiami antara abad 15 menjelang penubuhan Kerajaan Melaka hingga abad 17 selepas sekian lama kejatuhan Melaka.Pada ketika itu juga cacatan menunjukkan walaupun perkembangan masyarakat imigran telah merebak ke Kedah,Terengganu,Negeri Sembilan,Johor dan Kelantan,jumlah penduduk yang ada tidaklah sebanyak mana.Pada awal 1800 di Tanah Melayu,Orang Melayu sekadar berjumlah 250,000 dan orang asli berjumlah 9000.

Selepas pendudukan British di Pulau Pinang,Melaka dan Singapura pada abad ke 19,kepadatan penduduk Tanah Melayu adalah meningkat.Pada tahun 1826,penduduk Melaka dianggarkan berjumlah 25000 orang yang mana selain daripada kaum Melayu,16% ialah imigran Cina dan India sebanyak 9%.Di Pulau Pinang,jumlah penduduknya ialah seramai 30,000.Selain Melayu sebagai kaum utama,28% dari jumlah itu ialah kaum India dan 27% ialah kaum Cina.begitu juga situasinya di lain-lain negeri.Ini menunjukkan betapa meningkatnya kemasukan imigran ketika zaman pendudukan British.Kenapa?Sama-samalah kita mencari jawapanya.

Dalam bahagian penceritaan berkenaan sejarah proses migrasi selepas pendudukan British ini,kita akan melihat cara kemasukan,sebab mereka bermigrasi dan kesan-kesan yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sosio-budaya di Tanah Melayu ketika itu.Antara masyarakat imigran utama yang mampu dikaji

ialah:-1-Cina. 2-India.

Masyarakat Cina mula memasuki Tanah Melayu secara beramai-ramai apabila Britis mula bertapak di Singapura,Pulau Pinang dan Melaka.Menurut cacatan,pada 1881,seramai 89 900 orang Cina telah tiba di Pulau Pinang dan Singapura,dan jumlah ini tentulah semakin meningkat pada tahun-tahun berikutnya.

Antara sebab utama mereka berhijrah ke Tanah Melayu ketika itu ialah British kerana kekayaan hasil yang belum dikeluarkan secara komersil di Tanah Melayu ketika itu.Masyarakat Melayu hanya menggunakan kekayaan tanahnya dengan

(28)

minimum melalui kegiatan ekonomi sara diri yang kurang menguntungkan,walaupun terdapat perusahaan bijih timah yang diusahakan,mereka yang terlibat amatlah sedikit dimana kebanyakan golongan ini adalah dari kalangan pembesar dan orang-orang kaya seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim sahaja. Apabila British berjaya mencengkamkan ‘kukunya’ di Tanah Melayu,British telah memulakan projek melombong bijih timah secara besar-besaran yang kebanyakan berada di negeri Perak dan Terengganu.Maka orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kerja-kerja di lombong bijih timah tersebut.

Antara cara dan kaedah kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ketika itu ialah melalui sejenis sistem kemasukan khas yang dipanggil tiket kredit. Tiket kredit dipraktikan dalam usaha membawa masuk imigran dari Cina secara sistematik dan berkesan.Usaha British ini dibantu oleh agensi-agensi kerja yang menguruskan kemasukkan imigran Cina ke Tanah Melayu.

Ejen-ejen ini kebanyakanya ialah orang tengah yang dilantik British untuk membawa buruh kasar dari China untuk berkidmat dalam sektor perlombongan dan perladangan.Pekerja yang berminat untuk mencuba nasib di Tanah Melayu akan diberikan tiket kredit yang mana,segala tambang dan kos untuk ke Tanah Melayu akan ditanggung oleh ejen yang dikenali sebagai Khek Thau.Apabila tiba di Tanah Melayu,ejen-ejen ini akan menjual buruh-buruh ini kepada majikan yang memerlukan khidmat buruh di Tanah Melayu khususnya pengusaha lombong bijih timah yang dimiliki British.Buruh yang dibeli,terpaksa berkerja untuk tempoh tertentu tanpa gaji,kerana gaji mereka dikira telah dibayar ketika majikan membeli mereka dari ejen dahulu.

Mereka ini dikenali sebagai Sin Khek atau pendatang baru.Mereka ini kebanyakan tertindas dan menjadi mangsa ‘mulut manis’ ejen yang membawa mereka ke Tanah Melayu yang mengatakan bahawa kebajikan mereka di sini akan dijaga sepenuhnya oleh majikan,hakikatnya,mereka menjadi mangsa penindasan majikan.Selepas tamat kontrak bekerja dengan majikan yang membeli mereka,barulah mereka akan dilepaskan dan dibenarkan berkerja dengan majikan lain.Apabila sudah tidak terikat,mereka dikenali sebagai Lau Khek.

Antara kesan-kesan berlakunya kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh.Seperti yang sedia dimaklumi,masyarakat Melayu hanya menumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutama dalam sektor pertanian dan perikanan yang nyata tidak menyumbang banyak kepada pemangkinan ekonomi negara.Apabila British membawa masuk kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi yang lebih komersial,ekonomi Tnah Melayu menjadi lebih terkehadapan dan moden.

Kemasukan buruh asing iaitu kaum Cina yang dibawa British juga perlu diakui telah mampu meningkatkan hasil mahsul Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak dibiarkan didalam ‘tanah’.Pada akhir pertengahan abad ke-19 berlaku peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu terutama dalam hasil bijih timah.Kemasukan imigran Cina juga telah menyebabkan Tanah Melayu juga telah menjadi pengeluar bijih timah yang besar di dunia sehinggakan permintaan datang bertali arus dan banyak lagi lombong bijih timah terpaksa dibuka.Ini

(29)

berlaku kerana kos perkerja dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah.

Sejarah moden penghijrahan kaum India ke Tanah Melayu bermula pada 1824 selepas termeterainya perjanjian antara British dengan Belanda.Dibawah perjanjian itu,kaum India yang menjadi banduan di Bengkahulu telah dipindahkan ke Negeri-Negeri Selat oleh British.Namun jumlah mereka ini tidaklah terlalu besar kerana mereka hanya ditugaskan untuk menyelesaikan kerja-kerja pembanggunan Tanah Melayu seperti membina jalanraya dan jalan kereta api.

Sebaliknya,penghijrahan kaum India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang pertanian khususnya tanaman getah.Maka oleh sebab itulah jumlah masyarakat India meningkat secara mendadak di Tanah Melayu. Cara kemasukan kaum India ini juga melalui suatu sistem yang dicipta oleh British.Ianya dipaggil sebagai sistem kontrak ataupun indented labour.Sistem ini digunakan untuk menggalakkan dan untuk menarik perhatian rakyat India untuk datang ke Tanah Melayu dan berkerja sebagai buruh disini.Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1820 yang mana pada asalnya digunakan untuk megambil buruh untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan kopi.Namun apabila British memerlukan tenaga buruh yang besar untuk pembangunan sektor getah di Tanah Melayu,ejen perkerja yang kebanyakan berada di Madras dan Nagapatinam telah menggiatkan usaha untuk menambah jumlah buruh India yang hendak berkerja di Tanah Melayu.

Pekerja yang akan ke Tanah Melayu akan menandatangani satu kontrak yang mana disebutkan beberapa perkara utama seperti tempoh berkerja yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang difikirkan perlu ada didalam kontrak tersebut.Apabila kontrak telah dimeterai,majikan akan menguruskan pemergian mereka ke Tanah Melayu dan akan dibayar gaji.Setelah kontrak pekerja-pekerja ini tamat,mereka dibenarkan pulang ke India ataupun diberi peluang untuk terus berada di Tanah Melayu dan berkerja disini.

Selain sistem kontrak,sistem kangani turut digunakan untuk menarik kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu.Melalui sistem kangani ini,pengusaha ladang atau majikan dikehendaki menghantar seorang kangani pulang ke India untuk menarik seramai mungkin mereka yang mahu berkerja di Tanah Melayu.Setiap kangani akan dibayar mengikut jumlah perkerja yang dapat dicari,menggunakan wang yang diberikan oleh majikan itulah,kangani membiayai tambang dan kos-kos lain untuk membawa masuk buruh dari India.Apabila tiba di Tanah Melayu,pekerja-pekerja ini akan berkerja dibawah kawalan kangani yang membawa mereka.

Untuk memudahkan urusan kemasukan,British menempatkan beberapa orang pegawainya di perlabuhan-perlabuhan India khususnya Madras dan Nagapatinam.Buruh-buruh ini akan menaiki kapal dan diturunkan di beberapa buah negeri kritikal seperti Pulau Pinang dan Perak,seterusnya akan diagihkan mengikut majikan masing-masing.

Sistem kangani ini lebih bersifat personalised dan ternyata lebih berjaya menarik kemasukan imigran berbanding dua sistem yang telah dibincangkan tadi.Ini

(30)

kerana kangani akan memujuk orang yang mereka kenali dan rapat untuk ke Tanah Melayu.Secara tidak langsung,mereka akan dapat memancing keyakinan buruh untuk berkerja dengan selesa dan kegiatan penipuan serta penindasan perkerja dapat dihapuskan.

Antara kesan utama kehadiran kaum India ataupun boleh kita katakan masyarakat imigran yang menguntungkan masyarakat peribumi ialah,orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh kaum Imidran seperti India dan Cina.

Orang Melayu menubuhkan Jabatan Ikhtisas pada 28 Julai 1946 yang bertujuan utama untuk menyelidik dan memperbaiki industri kecil di kampung seperti barang kesenian,kraf tangan,pemilihan biji benih padi,kelapa serta mengubah suai kedai runcit dan kedai kopi di kampung-kampung.Jabatan yang ditubuhkan ini juga bertujuan untuk menjaga kepentingan perniagaan orang Melayu dari diceroboh oleh bangsa lain.Dengan semangat bersaing yang semakin memuncak inilah jurang pendapatan yang pada asalnya sangat jauh menjadi semakin rapat antara orang Melayu,India dan Cina.

Hasil dari pemajmukan di Tanah Melayu juga ketika itu mewujudkan daerah-daerah petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum.Dan situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini.Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung tradisional sehingga ke hari ini.Kaum Cina pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan sehinggakan wujud satu istilah untuk menggambarkan ramainya orang Cina di sesuatu kawasan petempatan iaitu istilah ‘pekan cina’ dan ianya diguna pakai sehingga ke hari ini.Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet sehingga ke hari ini.Pengkelasan ini nyata sangat tidak berpatutan kerana ianya mampu memecah belahkan masyarakat yang ada.

Setelah melihat serba sedikit berkenaan dengan kemasukan dan perkembangan masyarakat imigran di Tanah Melayu dari abad ke 15 hingga abad ke 18,apa yang pasti terdapat banyak perbezaan baik dari cara kemasukan,sebab kemasukan dan kesan-kesan kemasukan seperti yang telah kita bahaskan tadi baik sebelum pendudukan British mahupun selepasnya.

Kesimpulan yang dapat dibuat terbahagi kepada dua iaitu mengenai perkembangan imigran sebelum pendudukan British dan selepasnya.Sebelum pendudukan British iaitu bermulanya kajian pada abad ke 15,Kita tidak dapat lari daripada mengaitkan kemasukan imigran dengan kemasyhuran pelabuhan Melaka yang bermula pada abad itu.Tanah yang subur dan ruang niaga terbaik di Melaka sudah cukup untuk menjadi faktor penarik kemasukan imigran asing ke Tanah Melayu.Ia juga didorong oleh faktor penolak di tempat asal imigran-imigran tersebut yang memaksa mereka untuk berhijrah dan memasuki Tanah Melayu.Hakikatnya,pada era tersebut,proses migrasi mereka secara umumnya adalah kerana ekonomi dan tidak terlalu memberi kesan kepada peribumi Tanah Melayu.

Berbeza dengan proses migrasi masyarakat imigran selepas pendudukan British,penghijrahan mereka ialah kerana dikonstruk oleh British.Hubungan baik

(31)

British dengan China dan India memudahkan British membawa masuk masyarakat dari negara-negara tersebut untuk kepentingan British di Tanah Melayu.Dimasa inilah hampir kebanyakan perkara di Tanah Melayu telah berubah kerana lambakan masyarakat imigran disini.Kita juga melihat masyarakat imigran yang banyak memasuki Tanah Melayu pada ketika ini ialah masyarakat Cina dan India kerana dasar British ketika itu yang menyekat kemasukan lain-lain kaum ke Tanah Melayu demi kepentingan mereka.

BIBLIOGRAFI

Bastin.J & Robin W. Winks,1979,Malaysia:Selected Historical Readings,Netherlands.KTO Press.

Buyong Adil,1981,Sejarah Perak.K.Lumpur,DBP.

Fatimi Q.S,1963,Islam Comes To Malaysia,Singapore,Malaysian Sosiological Intitute.

Fuziah Shafie & Ruslan Zainudin.2000.Sejarah Malaysia.K.Lumpur.Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hall D.G.E.,1987,Sejarah Asia Tenggara,K.Lumpur.DBP.

Jamaie Hamil,2005,UMNO dalam POLITIK dan PERNIAGAAN MELAYU.Bangi.Penerbit UKM.

John Gullick,1981,Malaysia:Economic Expansion and National Unity,London,Westview Press.

Kamaruzaman Yusof,Oong Hak Ching & Rupawan Ahmad.2004,Mahyudin Hj. Yahaya,Sumbangan dan Ketokohan,Tulisan Prof. Mahyudin dalam Nusantara 1984 ( sejarah masyarakat Islam di Pahang).Bangi.PPSPS.FSSK.

Katiman Rostam,1984,Penduduk Malaysia,K.Lumpur.Nurin Enterprise. Md. Salleh B. Md Gaus,1984,Politik Melayu Pulau Pinang,K.Lumpur,DBP.

Mohd Jasmin B. Jasni,2006,Kupasan Grafikal Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu),K.Lumpur.Eastview.

Mohd Isa Othman,2002.Sejarah Malaysia(1800-1963),K.Lumpur,Utusan Publications.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn,Hasyim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood,2003,Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.K.Lumpur,DBP.

PJJ.UKMalaysia,1999,Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,Bangi,Penerbit UKM.

Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon.2004.Kesenian Melayu.K.Lumpur.APM.U.Malaya.

(32)

Shamsul Amri Baharuddin,2007,Modul Hubungan Etnik,Shah Alam,Penerbit UiTM. Shellabear W.G. ,1995,Sejarah Melayu,Shah Alam,Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk reaksi yang melibatkan gas tetapan kesetimbangan dapat dinyatakan dari harga tekanan parsial masing-masing gas pada saat setimbang, sebab konsentrasi gas dalam suatu ruangan

mendapatkan kesimpulan dalam penelitian ini, maka digunakan teknik induktif, yaitu dengan menyimpulkan data secara khusus berdasarkan kenyataan umum di lapangan yang

Dengan ditetapkannya perubahan desa menjadi kelurahan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 8 peraturan daerah ini, kewenangan desa sebagai satu kesatuan masyarakat hukum

Berhasil Pengujian menu profil mahasisw Memasuk kan informasi biodata Muncul pesan berhasil diperbaha Berhasil a mahasiswa rui Pengujian CRUD dokumen Mengklik

Tujuan shading adalah untuk memberi kesan atau menyamarkan bagian tertentu yang merupakan kekurangan pada wajah, menjadi terkesan lebih sempit/kecil atau bagian

Hasil dari Uji coba Kapasitas menunjukan bahwa pada saat menggunakan Perangkat Alcatel-Lucent 7745 (Tipe B) yang hanya dedicated Link port 1Gb sudah mencapai 60% lebih

NLS 2014 kali ini akan sejalan dengan fokus CIMSA dalam melakukan community development, dengan membawakan tema “Community Development Implementation:

Di Indonesia, disiplin studi hubungan internasional banyak berkembang dengan cepat di berbagai perguruan tinggi, baik negeri maupun swasta, sehingga banyak sekali sampai dengan