• Tidak ada hasil yang ditemukan

"- Mý PL AYS/ REKA BENTUK PERABOT ANYAMAN ROTAN DIANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA BARAT. PERTANDINGAN. Haliza Anak Mariu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan ""- Mý PL AYS/ REKA BENTUK PERABOT ANYAMAN ROTAN DIANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA BARAT. PERTANDINGAN. Haliza Anak Mariu"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PL

AYS/

LI

M-

"-

-J

29m=

.'""ý"'"

PERTANDINGAN

REKA BENTUK PERABOT ANYAMAN

ROTAN DIANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA BARAT.

Haliza Anak Mariu

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Teknologi Senireka)

(2)

ISI KANDUNGAN TAJUK

PENGHARGAAN ABSTRAK

BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pengenalan kaj ian

... 1.2 Objektif kajian

. ... . ... ... . ... . ... . ... . ... ... ... .... ... ... 1.3 Skop kajian

...

BAB 2: METADOLOGI PENYELIDIKAN

2.0 Pengenalan

...

2.1 Data primer ...

a. Borang soal selidik b. Pemerhatian

2.2 Data sekunder ...

a. Buku

b. Majalah c. Internet

BAB 3: HASIL KAJIAN

3.0 Analisa borang soal selidik ...

a. Carta pai - taburan mengikut responden umur b. Carta pai - taburan responden mengikut jantina

c. Carta pai - taburan responden mengikut pekerjaan d. Graf - purata perbandingan

e. Graf- purata pemerhatian

MUKA SURAT 1-2 3 4 5 6-8 9-10 11-17

(3)

E Carta - harga

g. Graf - cadangan

3.1 Perbandingan rekabentuk dan corak anyaman ... 18- 19

3.2 Defmisi konsep moden dan tradisional ... 20

(a) Moden (b)Tradisional 3.3 Kesimpulan ... 21

BAB 4: LAKARAN IDEA DAN CADANGAN AKHIR 4.0 Pengenalan ... 22

4.0 (a) Lakaran idea ... 22

(b) Proses perkembangan idea ... 23

(c) Cadangan reka corak anyaman ... 24

(d) Perkembangan idea reka corak anyaman ... 25

(e) Reka corak anyaman akhir ... 26

(f) Reka bentuk akhir . ... . ... ... . ... ... ... . ... . ... . .... 27

(g) Penyataan reka bentuk ... 28

4.1 Kajian ergonomik ... 29

4.2 Speksifikasi reka bentuk ... 30 - 31 BAB 5: KESIMPULAN Kesimpulan ... 27 RUJUKAN

(4)

PENGHARGAAN

Saya rasa amat bersyukur kerana dapat menyediakan dan menyempurnakan penyelidikan tahun akhir sebagai memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Senireka (

Senireka Perindustrian ).

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah program Teknologi Senireka Perindustrian dalam menjayakan penyelidikan ini terutamanya Dr. Khairul Aidil Azlin Abdul Rahman, Encik

Musdi Hj. Shanat dan Encik Firdaus Abong Abdullah di atas segala tunjuk yang telah mereka berikan semasa penyelidikan ini dijalankan.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa serta keluarga yang memberi dorongan, sokongan dan galakan yang tidak ternilai bagi diri saya dalam menjayakan penyelidikan ini.

Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan yang turut sama bekerja keras, memberikan bantuan dalarn segala hal sama ada

berbentuk nasihat, tunjuk ajar, dorongan serta semangat semasa penyelidikan ini dijalankan kerana susah payah yang diharungi bersama.

Tidak lupa juga kepada yang terlibat ketika saya menjayakan penyelidikan ini dengan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang telah diberikan.

(5)

ABSTRAK

Penyelidikan yang saya jalankan ialah `Perbandingan Rekabentuk Perabot Anyaman Rotan di antara Malaysia dengan Negara Barat'. Dalam penyelidikan ini saya ingin mengkaji elemen-elemen rekabentuk perabot anyaman rotan dan perbandingan rekabentuk kedua-dua buah Negara.

Kajian yang dilakukan adalah berkaitan dengan elemen-elemen rekabentuk seperti

corak anyaman, kekemasan, keunikan, kreativiti rekaan, nilai estetik, saiz,

keselamatan, keseimbangan, warna, ketahanan dan kekuatan. Perbandingan juga berdasarkan elemen-elemen rekabentuk ini.

Penyelidikan ini merupakan salah satu yang mencabar bagi saya kerana ia memerlukan penelitian dan pengkajian yang rapi bagi mengkaji perbandingan elemen anyaman dan rekabentuk perabot rotan di antara Malaysia dengan Negara Barat.

Sebelum penyelidikan ini dijalankan saya telah membuat beberapa perancangan dari segi metadologi. Metadologi yang saya gunakan ialah data primer dan data sekunder.

Kaedah data primer, saya akan mengedarkan boring soal selidik kepada 69 responden. Borang soal selidik yang sediakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A ialah latarbelakang responden. Bahagian B ialah perbandingan berdasarkan gambar yang telah disediakan. Antara rekabentuk yang sedia ada bagi kedua-dua buah Negara. Perbandingan yang dibuat berdasarkan elemen rekabentuk dan corak anyaman.

Di samping itu juga, perbandingan dibuat berdasarkan elemen-elemen lain iaitu kekemasan, keunikan, kreativiti rekaan, nilai estetik (keindahan), saiz, keselamatan, keseimbangan, warna, ketahanan dan kekuatan. Manakala bahagian C ialah pemerhatian respoden berdasarkan elemen-elemen rekabentuk.

(6)

Kaedah kedua melalui data sekunder, saya membuat penyelidikan daripada buku, internet dan majalah. Antara buku yang akan saya gunakan ialah Miller's Collection Mordern Design dan Style Design Of The Decade. Majalah yang akan saya gunakan sebagai bahan rujukan seperti Impiana, Home dan sebagainya.

(7)

BAB 1: PENGENALAN

1.0 PENGENALAN KAJIAN

Tajuk kajian yang saya jalankan ialah `Perbandingan Reka bentuk Perabot

Anyaman Rotan diantara Malaysia dengan Negara Barat'. Dalam kajian ini, saya lebih

menekankan perbandingan elemen reka bentuk dan elemen corak anyaman.

Di samping itu, mengkaji sedikit sebanyak mengenai elemen-elemen reka bentuk lain

seperti kekemasan, keunikan, kreativiti rekaan, nilai estetik (keindahan), saiz,

keselamatan, keseimbangan, warna, ketahanan dan kekuatan.

Berdasarkan daripada tajuk kajian yang saya jalankan, penyelidikan saya lebih memfokuskan kajian terhadap perbandingan elemen reka bentuk dan corak anyaman kedua- dua buah negara.

Dari aspek elemen reka bentuk, saya ingin mengkaji konsep reka bentuk yang ada pada perabot anyaman rotan dan kreativiti rekaan. Manakala dari aspek corak anyaman, saya akan mengkaji mengenai corak anyaman yang sedia ada, keunikan serta keindahan corak anyaman tersebut. Daripada kajian ini, saya ingin mereka cipta satu reka bentuk perabot anyaman rotan dengan reka bentuk yang unik dan kreatif Di samping dengan corak anyaman yang baru.

Seni anyaman merupakan cara hidup tradisional masyarakat nusantara. Dahulunya,

daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman adalah berbentuk anyaman .

sebenarnya, kemahiran asasnya dalam seni anyarnan ini berbeza, cuma bergantung kepada tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antaranya ialah anyaman buluh, anyaman pandan dan mengkuang, anyaman rotan, anyaman ribu-ribu dan anyaman lidi. Dalam kajian ini, saya lebih kepada anyaman rotan dalam penghasilan perabot.

(8)

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Terdapat pelbagai jenis rotan tumbuh liar di hutan-hutan nusantara. Antaranya ialah rotan air, rotan bakau, rotan kera, rotan kolam dan rotan sega. Berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rotan telah ditanam secara besaran-besaran sebagai tanaman komersil sampingan.

Selain itu, rotan juga boleh dianyam untuk menjadi bakul, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Malah kini rotan semakin popular sebagai kelarai perhiasaan seperti terendak lampu.

Kini perabot anyaman rotan semakin berkembang di negara kita Malaysia malah negara barat turut terlibat dalam industri perabot anyaman rotan. Di sini jelas menunjukkan persaingan negara kita dengan negara luar maka saya inigin melihat perbandingan kedua-dua buah negara.

Keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui perbandingan dari segi elemen rekabentuk dan corak anyaman antara Malaysia dengan Negara Barat. Daripada keputusan

kajian ini nanti mungkin boleh membantu mempertingkatkan lagi mutu rekabentuk perabot anyaman rotan Malaysia.

(9)

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang saya jalankan ini ialah mengenalpasti elemen reka bentuk perabot anyaman rotan dan perbandingan reka bentuk kedua-dua buah Negara. Secara umumnya, saya lebih menekankan kepada elemen corak anyaman dan reka bentuk perabot rotan.

Di samping itu, saya juga ingin mengenalpasti sedikit sebanyak mengenai elemen- elemen lain seperti kekemasan, keunikan, kreativiti rekaan, nilai estetika ( keindahan ), saiz, keselamatan, keselamatan, keseimbangan, warna, ketahanan dan kekuatan.

Selain itu, objektif kajian ini ialah mengenalpasti konsep reka bentuk secara tidak langsung. Konsep reka bentuk yang diminati oleh pengguna dan konsep reka bentuk perabot rotan yang sedia ada. Dengan ini, cuba untuk kombinasikan konsep terkini dengan konsep

perabot rotan yang sedia ada.

Kesimpulannya, kajian ini bertujuaan untuk mengkaji elemen corak anyaman dan perbandingan reka bentuk perabot anyaman rotan di antara Malaysia dengan Negara Barat.

(10)

1.2 SKOP KAJIAN

Skop kajian yang saya jalankan ialah antara Malaysia dan Negara Barat. Daripada kedua-dua buah negara mi saya membuat perbandingan dari segi reka bentuk perabot rotan.

Perbandingan yang saya kaji ialah dari segi reka bentuk dan reka corak anyaman di antara kedua-dua buah negara.

Di samping itu, skop kajian saya mengenai perabot rotan iaitu kerusi rotan. Kajian saya lebih kepada perabot luar rumah iaitu seperti di bahagian anjung rumah dan taman rumah.

Selain itu, skop kajian saya ialah mengenai reka corak anyaman Malaysia dan negara barat. Bagi Malaysia skop kajian saya ialah Sarawak iaitu sebuah kedai perabot rotan.

Manakala bagi negara barat skop kajian yang saya jalankan ialah Eropah ( UK ).

(11)

BAB 2: METADOLOGI PENYELIDIKAN

2.0 PENGENALAN

Dalam kajian saya ini, saya menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan data melalui dua kaedah iaitu secara data primer dan data sekunder.

Kaedah data primer yang saya gunakan ialah dengan mengedarkan borang soal selidik dan membuat pemerhatian dengan mengambil gambar. Saya telah menyediakan sendiri borang soal selidik sebanyak 100 helai. Berdasarkan daripada borang yang saya sediakan ini,

saya telah memperolehi keputusan daripada 69 responden.

Saya akan membuat pemerhatian dan mengambil gambar-gambar perabot rotan. Saya telah pergi ke kedai perabot rotan `Cane Collection' di Jln. Pending, Kuching, Sarawak ( bertentangan dengan UMW Toyota Showroom).

Manakala kaedah data sekunder yang saya gunakan ialah melalui internet, buku dan majalah. Daripada internet saya memperolehi antara rekabentuk perabot rotan Negara Barat.

Di samping itu juga, saya boleh memperolehi antara rekabentuk Malaysia.

Berdasarkan buku-buku yang berkaitan dengan dunia rekaan perabot. Daripada buku- buku tersebut saya boleh menilai konsep rekaan terkini dan saya jadikan buku sebagai rujukan

semasa ingin menghasilkan rekaan saya.

(12)

2.1 DATA PRIMER

2.1 (a) BORANG SOAL SELIDIK

Saya telah menyediakan 100 helai borang soal selidik ( rujuk bahagian lampiran ). Borang ini nanti akan diedarkan di Kuching, Sarawak. Saya mengagihkan kepada dua tempat iaitu di Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ) dan Perbandanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak ( PUSAKA ).

Borang soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A( latarbelakang

responden bahagian B( perbandingan berdasarkan gambar yang telah disediakan ) dan

bahagian C( permerhatian ).

Bahagian A( latarbelakang responden ) terdapat soalan yang berkaitan dengan

demografi seperti umur, jantina dan pekerjaan. Olahan dari segi umur iaitu diantara 18 hingga 24,25 hingga 31,32 hingga 39 dan 40 tahun keatas. Bahagian ini, responden perlu menanda yang berkenaan sahaja.

Bahagian B( perbandingan ), dalam bahagian ini soalan merujuk kepada gambar yang telah diberi. Gambar A, B, C antara rekabentuk perabot anyaman rotan Malaysia dan D, E, F

ialah antara rekebentuk perabot anyaman rotan Negara Barat. Bahagian ini merangkumi sepuluh soalan berdasarkan elemen-elemen rekabentuk. Antara elemen rekabentuk yang dipersoalkan ialah rekabentuk, corak anyaman, kekemasan, keunikan, kreativiti rekaan, nilai estetika ( keindahan ), saiz, keselamatan, keseimbangan dan warna. Responden perlu menanda mengikut keutarnaan pada bahagian yang disediakan berdasarkan katogeri iaitu 1- sangat tidak menarik, 2- tidak menarik, 3- menarik dan 4- sangat menarik.

(13)

Bahagian C( pemerhatian ), bahagsian ini berkaitan dengan pendapat pengguna dari segi pemerhatian mereka sama ada melihat perabot tersebut di pasaran ataupun memiliki perabot rotan. Had jawapan yang disediakan ialah 1- sangat tidak setuju, 2- tidak setuju, 3-

setuju, 4- sangat setuju. Dalam bahagian ini merangkumi 13 soalan dan responden perlu menanda mengikut keutamaan. Soalan 11 hingga 21 perlulah dijawap berdasarkan katogeri jawapan yang telah disediakan. Manakala soalan 22 dan 23 ditanda yang berkenaan kerana

soalan ini berkaitan dengan harga dan konsep rekabentuk.

Keseluruhannya, saya memperolehi data berdasarkan 69 responden melalui borang soal selidik ini. Sebanyak 31 borang tidak dikembalikan oleh sesetengah responden.

(14)

2.1( b) PEMERHATIAN

Kaedah kedua yang saya gunakan ialah membuat pemerhatian. Dalam kaedah ini saya membuat pengumpulan data secara mengambil gambar perabot rotan yang sedia ada di pasaran.

Pemerhatian yang telah saya jalankan adalah di salah sebuah kedai perabot rotan, `Cane Collection' di Kuching, Sarawak. Kedai iniu terletak di Jln. Pending, Kuching, Sarawak ( bertentangan dengan UMW Toyota Showroom).

Melalui pemerhatian yang saya jalankan di kedai tersebut, terdapat perlbagai jenis perabot rotan seperti sofa, `side chair', dan `dinner set'. Dari segi harga yang ditetapkan pula, ia

amat berpatutan iaitu dalam lingkungan RM 200 ke atas untuk seunit dan RM 5000 ke atas untuk satu set.

Rekabentuk perabot rotan yang dijual di kedai tersebut berkonsepkan klasik. Segi anyaman yang diaplikasikan kelihatan amat halus, kemas dan kuat. Sebagai rujukan, saya telah mengambil beberapa contoh gambar perabot tersebut dan boleh dirujuk dalam bahagian

lampiran.

(15)

2.2 DATA SEKUNDER

Selain daripada mendapat data melalui kaedah `Primer Data', saya juga telah menggunakan kaedah `Secondary Data' iaitu melalui buku, internet dan majalah-majalah yang berkaitan dengan rekaan perabot.

2.2(a) BUKU

Saya telah membuat beberapa rujukan melalui buku yang berkaitan dengan dunia rekaan perabot. Saya jadikan buku sebagai rujukan bagi menghasilkan rekaan yang baru. Melalui buku tersebut saya ingin mengkaji konsep terkini dan saya cuba untuk mengaplikasikan konsep tersebut

Di antara buku yang telah saya jadikan rujukan adalah seperti 'Miller's Collecting Modern Design' dan 'Style Design of the Decade'.

Buku - buku tersebut telah dipinjam dari perpustakaan UNIMAS, kawan - kawan dan juga dari pensyarah - pensyarah.

Selain itu, saya menggunakan buku yang berkaitan dengan anyaman. Buku ini saya pinjam daripada seorang pekerja Kraftangan Sarawak. Buku yang saya maksudkan ialah ' Buku Latihan Anyaman Tahun 1'.

Secara keseluruhannya, kaedah pengumpulan data ini banyak membantu dalam kajian saya.

(16)

2.2(b) MAJALAH

Majalah juga salah satu daripada bahan rujukan yang saya gunakan. Melalui majalah - majalah tersebut saya mendapat pelbagai idea yang barn merujuk kepada rekaan perabot yang

sedia ada dalam majalah tersebut.

Kesimpulannya, daripada buku saya boleh menghasilkan idea bagi mereka perabot yang ingin saya hasilkan.

2.2(c) INTERNET

Kaedah lain yang saya gunakan adalah seperti mencari maklumat melalui internet.

Dari situ saya telah melayari banyak laman web seperti www. conservatory-cane-

furniture. co. uk/feature dan www. rattan-furniture. co. uk/chelsea-conservato

Melalui kaedah ini juga saya memperolehi data seperti gambar - gambar rekabentuk perabot anyaman rotan Negara Barat. Secara tidak langsung, saya juga memperolehi antara gambar perabot rotan.

Kesimpulannya, kaedah ini juga banyak memberikan faedah dan banyak membantu di dalam kajian saya.

(17)

BAB 3: HASIL KAJIAN

3.0 ANALISA BORANG SOAL SELIDIK

Hasil kajian ini diperolehi daripada borang soal selidik setelah di analisa. Hasil kajian tersebut diolah dalam bentuk graf dan carta pai.

3.0 (a) CARTA PAI - TABURAN RESPONDEN MENGIKUT UMUR

TABURAN RESPONDEN MENGIKUT UMUR

7 orang, 10% 018-24 25-31 Q32-39 Q 40 ke atas

Carta pai di atas menunjukkan jumlah taburan responden mengikut umur, berkaitan dengan kajian terhadap perabot anyaman rotan. Dan carta pai ini, bilangan responden yang tertinggi ialah 59 peratus iaitu terdiri daripada lingkungan umur 18 - 24 tahun , dükuti oleh umur 25 - 31 tahun sebanyak 22 peratus, 10 peratus dari lingkungan umur 32 - 39 tahun dan yang terendah ialah 9 peratus dari lingkungan umur 40 tahun ke atas.

(18)

3.0 (b) CARTA PAI

- TABURAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

TABURAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

37 oranc: 54%

32 orang,

46% Q Lelaki

Perempuan

Carta pai diatas menunjukkan jumlah taburan responden mengikut jantina, berkaitan dengan kajian terhadap perabot anyaman rotan. Dan carta pai diatas, bilangan responden yang tertinggi ialah perempuan seramai 37 orang ( 54 peratus ). Manakala bagi responden lelaki

pula, bilangan seramai 32 orang ( 46 peratus ).

(19)

3.0 (c) CARTA PAI - TABURAN RESPONDEN MENGIKUT PEKERJAAN

TABURAN RESPONDEN MENGIKUT

PEKERJAAN

28 orang 41% O Kerajaan 39 orang Swasta 57% iiýý

1 orang Q Bekerja sendiri

1 orang

1%

Q Pelajar

1%

Carta pai diatas menunjukkan jumlah taburan responden kajian mengikut pekerjaan. Dan carta pai tersebut, kebanyakkan responden terdiri daripada pelajar dengan bilangan tertinggi iaitu 39 orang ( 57 peratus ). Bilangan ini kernudian diikuti oleh responden yang bekerja dari sektor kerajaan sebanyak 28 orang ( 41 peratus ). Bagi responden yang hekerja di sektor swasta dan bekerja sendiri ialah bilangannya adalah sarna iaitu seorang (1 peratus

).

(20)

3.0 (d) GRAF - PURATA PERBANDINGAN 3.35 3.3 3.2 3. 3.15 3.1 3.05 3 2.95 2.9 2.85

PURATA PERBANDINGAN REKABENTUK

PERABOT ANYAMAN ROTAN DI ANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA BARAT

I

ta

O Malaysia Barat I ILaa Jý\ý` Q-Goca ý ýý ý-a ýa5 \ ELEMEN-ELEMEN REKABENTUK

Graf di atas menunjukkan purata perbandingan rekabentuk perabot rotan diantara Malaysia dengan Negara barat berdasarkan beberapa elernen-elemen rekabentuk mnegikut pandangan responden. Dari segi elemen rekabentuk dan kekemasan nilai purata bagi kedua-

dua buah negara adalah sama iaitu 3.2. Dari segi elemen corak anyaman, Malaysia mempunyai nilai purata yang lebih tinggi iaitu 3.3 berbanding dengan Negara barat, 3.1. Manakala dari segi

elemen keunikan, Negara barat mencatatkan purata sebanyak 3.2 mengatasi Malaysia iaitu sebanyak 3.1. Dari segi elemen kreativiti rekaan Negara barat rnempunyai nilai purata yang tinggi berbanding dengan Malaysia iaitu 3.3 dan Malaysia ialah 3.1. Elemen nilai estetika

rekaan, nilai purata Malaysia tinggi sebanyak 3.3 berbanding dengan Negara barat iaitu 3.2.

Elemen saiz rekaan, nilai purata Malaysia ialah 3.3 manakala Negara barat ialah 3. Malaysia

mernpunyai nilai purata sebanyak 3.2 dan negara barat 3 bagi elernen keselamatan. Bagi

(21)

elemen keseimbangan Malaysia mempunyai nilai purata sebanyak 3.3 dan Ncgara barat pula ialah 3.1. Manakala dari segi elemen pemilihan warna Malaysia memcatat nilai purata sebanyak 3.1 dan Negara barat 3. Berdasarkan daripada analisa graf ini perabot Malaysia mernpunyai nilai purata perbandingan yang tinggi padangan umum.

3.0 (e) GRAF - PURATA PEMERHATIAN

PURATA PEMERHATIAN RESPONDEN

TERHADAP REKABENTUK PERABOT ANYAMAN

ROTAN Q Reka bentuk 1 ELEMEN-ELEMEN REKABENTUK Berat Q Saiz Q Kekuatan Ketahanan Q Nilai estetika Keselamatan Q Mudah Alih Wama B Corak Anyaman Q Keseimbangan

Graf di atas im menunjukkan bilangan purata pcmcrhatian rcspondcn tcrhadap rcekabcntuk pcrabot anyaman rotan. Pcmcrhatian ini bcrdasarkan II clcmcn iaitu rckabcntuk,

berat, saiz, kekuatan, ketahanan, nilai estetika, keselamatan, mudah alih, warna, corak anyaman dan keseimbangan. Dan graf ini clcmcn nilai estetika dan keseimbangan mempunyai nilai purata yang tinggi iaitu 3.1. Elemen ketahanan, warna dan corak anyaman mcnicatat nilai

purata yang sama iaitu 3. Elemcn rekahentuk, salz, kekuatan dan keselamatan mcmpunyai

nilai purata yang sama iaitu 2.9. Manakala elemen berat clan mudah alih mempunyai nilai

purata sebanyak 2.8.

(22)

3.0 (f) CARTA PAI - HARGA

PERMERHATIAN RESPONDEN TERHADAP HARGA

PERABOT ROTAN

9 orang, 13% lorang, 1% 10 orang, 14% Q Sangat Murah Murah Q Mahal Q Sangat Mahal 49 orang, 72% il

Carta pai diatas menunjukkan peratusan harga perabot di pasaran. Berdasarkan carta pai ini, peratusan tertinggi ialah 72 peratus iaitu responden berpendapat bahawa harga perabot

rotan mahal. Manakala sebanyak 14 peratus responden yang berpendapat bahawa harga

perabot murah dan sebanyak 13 pearatus responden berpendapat bahawa harga perabot sangat mahal. Kemudiannya ialah 1 peratus responden berpendapat bahawa harga perabot rotan sangat murah. Secara kesimpulannya bahawa harga perabot rotan mahal di pasaran.

(23)

3.0 (g) GRAF - CADANGAN

CADANGAN KONSEP REKABENTUK OLEH

RESPONDEN 50 40 BILLANGAN 30 (Orang ) 20 10

0

1 Q Tradisional Moden Q Mix (gabungan

tradisional dan moden) KONSEP REKABENTUK

Graf diatas menunjukkan cadangan responden terhadap konsep rekabentuk perabot rotan. Kajian ini melibatkan seramai 69 orang responden. Bilangan yang tertinggi ialah 50 orang yang mencadangkan konsep mix ( gabungan tradisional dan moden ). Manakala 15 orang mencadangkan konsep moden dan 4 orang mencadangkan konsep tradisional. Kesimpulannya majoriti responden mencadangkan konsep mix ( gabungan tradisional dan moden ) dalam rekabentuk perabot rotan.

(24)

3.1 PERBANDINGAN REKABENTUK DAN REKA CORAK ANYAMAN Rekabentuk MALAYSIA a. ) b. ) C. )

Cane Collection -Kuching 20 Ogos 2005 Malaysia BARAT a. ) b. ) C. ) www. sunpoint-teak. com/polyrattan. htºnl 17 Februari 2006 18

Referensi

Dokumen terkait

Dan rata-rata jawaban responden yakni para pengusaha usaha mikro dan kecil di Jawa Timur pada penelitian ini, menunjukkan bahwa seluruh item pada manajerial

Menambah data keluarga Merupakan proses menambah data keluarga baru Berhasil 11 Melihat semua data individu Merupakan proses untuk melihat semua data individu dengan

Mampu memberikan penerapan endorphin massase terhadap nyeri persalinan pada kala 1 fase aktif di BPM Siti Maemunah Desa Kedaleman Wetan Kecamatan Puring sehingga dapat

Namun demikian pada usia lebih dari 40 tahun kepuasan konsumen tertinggi teIjadi pada atribut ahli menangani gangguan dengan gap sebesar 0,22, sedangkan kepuasan

positif yang signifikan dari variabel factor internal terhadap kapabilitas inovasi, artinya bahwa semakin baik factor internal yang dimiliki oleh UMKM baik aspek

belajar tentang kompetensi dasar tertentu selama 30 menit. Selanjutnya mereka kembali kepada kelompok dan selama 45 menit menerangkan kepada temannya dalam satu

Sedangkan untuk tingkat keaktifan siswa sedang memberikan pengaruh yang sama terhadap hasil belajar matematika dengan tingkat belajar matematika siswa.ketiga

Bagaimana merancang sebuah sistem informasi akademik yang dapat membantu pihak sekolah dalam melakukan pengolahan data-data seperti data siswa, data orang tua, data