• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMPEN OMG OH MY GADGET 2021 ( TERMA DAN SYARAT )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMPEN OMG OH MY GADGET 2021 ( TERMA DAN SYARAT )"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KEMPEN OMG ‘OH MY GADGET’ 2021

(“TERMA DAN SYARAT”)

1. Kempen OMG ‘Oh My Gadget’ (“Kempen”) Affin Bank Berhad (“AFFIN BANK) akan berlangsung dari 1 Mei 2021 hingga 31 Disember 2021 (termasuk kedua-dua Tarikh) (“Tempoh Kempen”). Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Tempoh Kempen. Sebarang lanjutan selepas itu akan diputuskan atas budi bicara mutlak Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad (kemudian dari ini secara kolektif dirujuk sebagai “Bank”).

2. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu AFFIN BANK yang baharu dan sedia ada termasuk pekerja-pekerja Bank. Walau bagaimanapun, tidak akan ada kadar keutamaan akan diberikan kepada pekerja Bank (“Pelanggan yang Layak”).

2.1 Akaun berikut secara kolektif dirujuk sebagai “AFFIN CASA”: i. Akaun Semasa Asas

ii. Akaun Semasa Perseorangan iii. Akaun Gold

iv. Akaun Plus v. Simpanan Asas

vi. Simpanan Biasa (Berdasarkan Buku Simpanan) vii. Simpanan Penyata

viii. AffineSaver ix. Junior Saver

x. Affin AvanceTM Savvy xi. Akaun Affin InviktaTM

2.2 Akaun berikut secara kolektif dirujuk sebagai “Kad Debit”: i. Kad Debit Visa AFFIN BANK

ii. Kad Debit Affin AvanceTM iii. Kad Debit InviktaTM

2.3 Perbankan Internet Runcit (RIB)

3. Individu berikut TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen ini:

3.1 Kakitangan tetap dan/atau kontrak Bank (termasuk anak syarikatnya dan syarikat berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak, ibu bapa, ibu bapa mertua; dan/atau

3.2 Kakitangan tetap dan/atau kontrak agensi pengiklanan (termasuk anak syarikatnya dan syarikat berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak, ibu bapa, ibu bapa mertua).

(2)

5.1 Tunai, GIRO Antara Bank, Dana Baharu yang diterima melalui pindahan telegraf dari bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain dalam tempoh satu minggu daripada tarikh deposit.

5.2 Perolehan yang wujud daripada penebusan dana ekuiti dan Unit Amanah yang didepositkan semula ke dalam mana-mana Akaun Semasa/i atau Simpanan/i (CASA/CASA-i).

6. Berikut tidak dianggap sebagai Dana Baharu:

6.1 Pindahan dana antara bank, iaitu pindahan dana daripada mana-mana akaun AFFIN BANK/AFISLAMIC (sama ada Akaun Simpanan/Akaun Simpanan-i, Akaun Semasa/Akaun Semasa-i, Deposit Tetap/Deposit Berjangka-i dan atau Akaun Pelaburan Am-i) di bawah nama akaun yang sama.

6.2 Pindahan dana antara Bank di bawah pemegang akaun yang sama.

BUTIRAN KEMPEN

CABUTAN BERTUAH OMG ‘OH MY GADGET’

7. Untuk mendapatkan penyertaan bagi Cabutan Bertuah OMG, Pelanggan yang Layak mesti memenuhi Kriteria Kempen seperti di Jadual 1 berikut::

Jadual 1:

Cabutan Bertuah OMG ‘OH MY GADGET’

Kriteria Kempen Bilangan

Penyertaan

AFFIN CASA

Pelanggan Baharu

• Membuka akaun AFFIN CASA dan • Mengekalkan Baki Akhir Bulan minimum

RM1,000 di dalam AFFIN CASA dalam tempoh satu (1) bulan dari Tarikh pembukaan akaun

5

Pelanggan Sedia Ada

• Setiap penambahan RM1,000 dalam Baki Purata Bulanan AFFIN CASA

5

Perbankan Internet

Runcit (RIB) • Setiap transaksi RM100 (pemindahan dana atau

pembayaran bil) dilakukan melalui RIB

3

Kad Debit • Setiap transaksi RM100 yang dicaj kepada Kad

Debit

3

8. Baki Purata Bulanan (“MAB”) merujuk kepada jumlah baki akhir bulan yang dibahagikan dengan bilangan hari dalam bulan.

9. “Garis Asas MAB” merujuk kepada MAB untuk bulan sebelum Tempoh Kempen iaitu MAB April 2021. 10. “Penambahan MAB” merujuk kepada MAB CASA Pelanggan yang Layak bagi bulan terkini tolak Garis

(3)

Contoh pengiraan Penambahan MAB:

Garis Asas MAB

(April 2021 MAB)

= Jumlah baki akhir dari 01 – 30 April 2020 Bilangan hari bagi April 2020

= RM1,000+RM1,000+RM1,000+RM1,000...+RM1,000 30

= RM30,000/30 = RM1,000

Jun 2021 MAB

= Jumlah baki akhir dari 01 – 30 June 2020 Bilangan hari bagi Jun 2020

= RM5,000+RM5,000+RM5,000+RM5,000…+RM5,000 30

= RM150,000/30 = RM5,000

Penambahan MAB

= MAB bagi bulan Jun 2020 – Garis Asas MAB = RM5,000 – RM1,000

= RM4,000

11. Berikut adalah contoh bagaimana penyertaan dikira:

Pelanggan Baharu Pelanggan Kempen Kriteria Baki Akhir Bulan Penambahan MAB Transaksi melalui RIB Perbelanjaan melalui Kad Debit JUMLAH PENYERTAAN Lima (5) penyertaan bagi Baki Akhir Bulan minimum RM1,000 Lima (5) penyertaan bagi setiap RM1,000 Tiga (3) penyertaan bagi setiap transaksi RM100 dilakukan melalui RIB Tiga (3) penyertaan bagi setiap perbelanjaan RM100 MEI 2021

Pelanggan Baharu Baki Akhir Bulan RM5,000 dalam AFFIN CASA N/A RM200 transaksi sebulan Jumlah perbelanjaan sebulan = RM500 Penyertaan Diperolehi = 5 penyertaan x 1 = 5 penyertaan N/A = 3 penyertaan x 2 = 6 penyertaan = 3 penyertaan x 5 = 15 penyertaan 26 JUN 2021

(4)

Garis Asas MAB (A

pril

2021) = RM0 Penambahan MAB = RM10,000 – RM0 = RM10,000 RM450 transaksi sebulan sebulan = RM2,000 Penyertaan Diperolehi N/A = 5 penyertaan x 10 = 50 penyertaan = 3 penyertaan x 4 = 12 penyertaan = 3 penyertaan x 20 = 60 penyertaan 122 JULAI 2021

Pelanggan Sedia Ada N/A MAB = RM9,500 RM100 transaksi

sebulan

Jumlah perbelanjaan sebulan = RM300 Garis Asas MAB

(April 2021) = RM0 Penambahan MAB = RM9,500 – RM0 = RM9,500 Penyertaan Diperolehi N/A = 5 penyertaan x 9 = 45 penyertaan = 3 penyertaan x 1 = 3 penyertaan =3 penyertaan x 3 = 9 penyertaan 57

(5)

Pelanggan Sedia Ada

Kempen Kriteria

Baki Akhir Bulan

Penambahan MAB Transaksi

melalui RIB Perbelanjaan melalui Kad Debit JUMLAH PENYERTAAN Lima

(

5) penyertaan bagi Baki Akhir Bulan minimum RM1,000

Lima

(

5) penyertaan bagi

setiap RM1,000 Tiga (3) penyertaan bagi setiap transaksi RM100 dilakukan melalui RIB Tiga (3) penyertaan bagi setiap perbelanjaan RM100 MEI 2021 N/A MAB = RM20,000 RM500 transaksi sebulan Jumlah perbelanjaan sebulan = RM500 Garis Asas MAB (April

2021) = RM1,000 Penambahan MAB = RM20,000 – RM1,000 = RM19,000 Penyertaan Diperolehi N/A = 5 penyertaan x 19 = 95 penyertaan = 3 penyertaan x 5 =15 penyertaan =3 penyertaan x 5 = 15 penyertaan 125 JUN 2021 MAB = RM15,500 RM200 transaksi sebulan Jumlah perbelanjaan sebulan = RM100 Garis Asas MAB (April

2021) = RM1,000 Penambahan MAB = RM15,500 – RM1,000 = RM14,500 Penyertaan Diperolehi N/A = 5 penyertaan x 14 = 70 penyertaan = 3 penyertaan x 2 = 6 penyertaan = 3 penyertaan x 1 = 3 penyertaan 79

(6)

MAB = RM5,000 RM400 transaksi sebulan Jumlah perbelanjaan sebulan = RM100 Garis Asas MAB (April

2021) = RM1,000 Penambahan MAB = RM5,000 – RM1,000 = RM4,000 Penyertaan Diperolehi N/A = 5 penyertaan x 4 = 20 = 3 penyertaan x 4 = 12 penyertaan = 3 penyertaan x 1 = 3 penyertaan 35

JUMLAH TERKUMPUL PENYERTAAN UNTUK HADIAH UTAMA 239

12. Untuk melayakkan diri dalam Hadiah Utama, Pelanggan yang Layak perlu mengekalkan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan berturut-turut MAB penambahan sebanyak RM500 dalam AFFIN CASA dari Oktober 2021.

Pelanggan Okt 2021 MAB Nov 2021 MAB Dis 2021 MAB Kelayakan untuk

Hadiah Utama

A RM1,500 RM700 RM500 √

B RM500 RM500 RM500 √

C RM100 RM10,000 RM5,000 X

D RM7,000 RM15,000 RM200 X

13. Pelanggan yang Layak yang memenuhi Kempen Kriteria seperti Jadual 1 akan berpeluang memenangi hadiah seperti berikut:

Jadual 2

Kategori Bilangan Pemenang Hadiah

Hadiah Utama

Hadiah Tempat Pertama

5 Apple iPhone 12 Pro Max

256GB

Hadiah Tempat Kedua 5 Apple Mac Book Pro

Hadiah Tempat Ketiga

6 Apple Mac Book Air

Hadiah Tempat Keempat

10 Apple iPad Pro

Hadiah Tempat Kelima

12 Apple iPhone 12 256GB

(7)

Mei 2021 – Ogos 2021

80

Mei’21 Jun’21 Jul’21 Ogos’21

20 20 20 20

Apple Watch Series 6

September 2021 – Disember 2021

80

Sep’21 Oct’21 Nov’21 Dis’21

20 20 20 20

Apple iPad 128GB

14. Semua hadiah untuk Kempen ini akan diserahkan dalam tempoh dua (2) bulan selepas nama pemenang diumumkan dalam laman sesawang AFFINBANK/AFFIN ISLAMIC di www.affinonline.com dan/atau

www.affinislamic.com.my. Bank akan memaklumkan pemenang mengenai kutipan dan penebusan hadiah

mengikut cara dan garis masa yang ditetapkan oleh Bank. Walau apa pun yang disebutkan di atas, Bank berhak untuk menggunakan mana-mana kaedah atau medium yang dianggap sesuai mengikut budi bicara Bank untuk tujuan pengumuman pemenang.

15. Walau apa pun yang dinyatakan di dalam klausa-klausa di atas, Bank berhak menggantikan hadiah di atas dengan barang-barang lain dengan kos yang sama dengan memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah yang dimenangi oleh pemenang tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar ganti dengan wang tunai atau apa jua jenis kredit

16. Apa-apa hadiah yang tidak dituntut tiga (3) bulan selepas pemberitahuan pemenang dilakukan akan terbatal.

PEMILIHAN PEMENANG BAGI CABUTAN BERTUAH OMG ‘OH MY GADGET”

17. Untuk menentukan pemenang, Pelanggan yang Layak akan dipilih secara rawak berdasarkan penyertaan terkumpul sepanjang Tempoh Kempen.

18. Pemilihan pemenang dalam Kempen ini adalah seperti berikut: 18.1 Hadiah Bulanan

18.1.1 Setiap pemenang bulanan berhak untuk memenangi Apple Watch Series 6 atau Apple iPad 128GB seperti di Jadual 2. Secara keseluruhannya, akan ada satu ratus enam puluh (160) pemenang bulanan bagi Kempen ini.

18.1.2 AFFIN CASA pemenang mesti aktif pada masa pemenang dikenal pasti jika tidak kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan.

18.2 Hadiah Utama

18.2.1 Tiga puluh lapan pemenang (38) pemenang akan dipilih pada akhir Kempen.

18.2.2 AFFIN CASA pemenang mesti aktif pada masa pemenang dikenal pasti jika tidak kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan.

19. Pemenang bagi Hadiah Bulanan masih mempunyai peluang untuk menang Hadiah Utama (iaitu Hadiah Tempat Pertama, Hadiah Tempat Kedua, Hadiah Tempat Ketiga, Hadiah Tempat Keempat atau Hadiah Tempat Kelima).

(8)

20. Penyertaan yang terkumpul bulanan tidak akan dibawa ke depan untuk Hadiah Bulanan bulan berikutnya. Sebagai contoh, penyertaan yang diperoleh pada bulan Mei 2021 tidak akan digunakan untuk cabutan bagi Hadiah Bulanan pada bulan Jun 2021.

21. Sekiranya pemenang dibatalkan, Bank berhak untuk memilih pelanggan lain yang layak bermula dari bahagian atas senarai simpanan untuk menjadi pemenang. Rutin ini akan diulang sehingga penentuan pemenang untuk Hadiah Utama dapat disimpulkan.

22. Bank berhak untuk menggantikan hadiah yang diiklankan dengan hadiah yang mempunyai nilai runcit yang sama dengan memberikan notis terlebih dahulu. Semua hadiah yang dimenangi oleh pemenang tidak boleh dipindah milik, dikembalikan atau ditukar dengan wang tunai atau kredit dalam bentuk apa pun. 23. Pemenang dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Bank tidak bertanggungjawab untuk semua

jaminan dan/atau laibiliti berkaitan dengan hadiah yang dianugerahkan dan/atau Kempen. Pemenang hendaklah berurusan/membuat penyelesaian secara terus dengan pembekal untuk sebarang pertikaian berkaitan kualiti atau jaminan ke atas hadiah atau apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan. Pemenang akan mengambil laibiliti dan bertanggungjawab penuh sekiranya berlaku sebarang liabiliti, kecelakaan, kecederaan, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kecederaan diri dan/atau kematian) yang disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Kempen ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah. Bank tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan termasuk kematian) dalam apa jua cara yang ditanggung oleh pemenang kecuali kerugian, kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian, kegagalan atau salah laku oleh Pihak Bank.

24. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dalam mengambil dan menebus hadiah adalah tanggungjawab pelanggan tunggal dan akan ditanggung oleh pemenang. Bank berhak untuk meminta bukti berhubung dengan penuntutan atau penebusan hadiahdari setiap dari setiap pemenang sebagai peserta dan pengenalpastian yang sah untuk pemenang menebus hadiah,di mana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Bank berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang dan membatalkan hadiah yang diberikan kepada pemenang tersebut.

TERMA UMUM

25. Terma dan Syarat Am bagi semua akaun deposit/produk/perkhidmatan adalah terpakai pada setiap masa. Terma dan Syarat tersebut boleh didapati di www.affinonline.com .Sekiranya terdapat sebarang ketaktekalan atau percanggahan, Terma dan Syarat ini akan terpakai selagi masih relevan dan berkenaan untuk Kempen ini.

26. Kumpulan AFFIN berhak, selepas memberikan notis sewajarnya, meminda Terma dan Syarat ini dengan memberikan dua puluh satu (21) hari notis terlebih dahulu kepada Pelanggan yang Layak melalui sesawang di www.affinonline.com atau melalui cawangan Bank.

27. Pelanggan yang Layak bersetuju bahawa penyertaan berterusan dalam Kempen ini akan membentuk persetujuan terhadap Terma dan Syarat ini. Pelanggan yang Layak bersetuju untuk sentiasa mengakses laman web kami bagi melihat Terma dan Syarat serta memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini berhubung apa-apa pertukaran atau perubahan Terma dan Syarat tersebut.

28. Terma dan Syarat ini termasuk apa pindaan, pembatalan atau penambahan, adalah mengatasi apa-apa peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini.

29. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan.

(9)

30. Semua Terma dan Syarat ini yang ditetapkan dalam dokumen ini hendaklah diselia dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

31. Kempen ini berakhir pada 31 Disember 2021. Walau bagaimanapun, pihak Bank boleh menarik balik, membatalkan atau menggantung Kempen lebih awal daripada Tempoh Kempen atau melanjutkan Kempen di luar Tempoh Kempen dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu melalui www.affinonline.com

32. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, segala pembatalan, penamatan, penggantungan atau pelanjutan tempoh Kempen tidak akan melayakkan Pelanggan yang Layak untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap pihak Bank sebagai pampasan kepada kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan yang Layak sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan pembatalan, penamatan, penggantungan atau pelanjutan Kempen ini kecuali kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian,kegagalan atau kemungkiran oleh pihak Bank.

33. Pelanggan yang Layak dengan ini mengesahkan bahawa dia telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Bank yang boleh didapati melelaui cawangan Bank atau melalui laman sesawang di www.affinonline.com / www.affinislamic.com.my. Pihak Bank dengan ini dibenarkan untuk memasarkan produk-produk Kumpulan atau syarikat bersekutu/ kembarnya yang berkepentingan kepada Pelanggan yang Layak kecuali Pelanggan yang Layak menghubungi mana-mana cawangan Bank untuk menarik diri. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pelanggan yang Layak bersetuju bahawa Notis Privasi Kumpulan tersebut hendaklah disifatkan telah digabungkan dengan merujuk kepada Terma dan Syarat ini.

34. Terma dan Syarat dalam Bahasa Inggeris boleh didapati di www.affinonline.com .

35. Bank tidak akan bertanggungjawab dan/atau mempunyai tanggungan dan tidak akan menerima apa-apa bentuk liabiliti yang timbul atau dialami oleh Pelanggan yang Layak secara langsung atau tidak langsung yang diakibatkan daripada penyertaan Pelanggan yang Layak di dalam Kempen atau sebaliknya kecuali disebabkan oleh kecuaian, kegagalan atau penipuan Bank secara langsung. Selain itu, pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan ke atas kewajipannya di bawah Kempen kerana sebarang peristiwa force majeure yang termasuk tetapi tidak terhad kepada Kudrat Tuhan, peperangan, rusuhan, penguncian, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau mana-mana peristiwa di luar kawalan pihak Bank.

36. Sekiranya gambar yang diambil sesuai dengan Kempen, gambar tersebut boleh digunakan untuk penerbitan dalaman dan luaran.

37. AFFIN CASA dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

38. Pelanggan yang Layak diingatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat, Terma dan Syarat ini. Sekiranya terdapat syarat dan ketentuan dalam Terma dan Syarat ini yang tidak difahami oleh Pelanggan yang Layak, Pelanggan dengan ini dinasihatkan untuk berbincang lebih lanjut dengan wakil Bank.

Referensi

Dokumen terkait

Menimbang, bahwa atas dasar keterangan saksi-saksi tersebut Majelis berkesimpulan telah ternyata terbukti bahwa rumah tangga Penggugat dan Tergugat sudah tidak harmonis lagi, karena

5.1 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak dan/atau mana-mana pihak yang dinyatakan di sini memberi kebenaran dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan

a) Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan adalah dianggap bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini serta sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak

Puji syukur penulis panjatkan Kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat serta hidayahnya sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi melalui

Model logit regresi ZIP menjelaskan bahwa probabilitas penderita TBC dalam satu rumah tangga tidak dipengaruhi oleh jumlah anggota rumah tangga dengan jenis pekerjaan utama

 Bagi melayakkan diri untuk menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak mestilah memohon Kad Layak melalui laman web HLB di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”) atau Perbankan

Pelanggan yang Layak adalah dikehendaki untuk melabur di mana-mana Produk yang Layak dengan minima cas jualan masing-masing seperti Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah

Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan yang Layak atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan