• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Buat Apa Yang Betul. Kod Etika"

Copied!
84
0
0

Teks penuh

(1)

Buat Apa Yang Betul

Ko d E tik a J oh ns on M att hey

(2)

Apa itu Kod?

Kod mengandungi maklumat dan sumber yang akan

membantu anda melakukan perniagaan Johnson Matthey

secara sah, beretika, bertanggungjawab dan menggambarkan

nilai kita. Ia menetapkan tanggungjawab individu dan kolektif

kita – perkara yang perlu kita lakukan.

Kod dibahagikan kepada empat bahagian bagi menjadikannya

lebih mudah untuk digunakan: Pekerja, Pasaran, Syarikat dan

Planet. Ianya direka supaya anda dapat menggunakannya

dalam aktiviti harian anda. Ia mengandungi contoh dan

perkara untuk diambil perhatian, serta panduan untuk

membuat keputusan.

Menggunakan Kod

Dalam dokumen ini anda akan menemui

simbol amaran. Ini akan membantu

anda untuk mengetahui apabila terdapat

sesuatu yang anda perlu ketahui semasa

melakukan keputusan yang beretika.

(3)

Saya akan bekerja dengan selamat dan menghormati hak orang lain 18

Kesihatan dan Keselamatan 20

Bekerja Bersama 23

Perlindungan Data 26

Hak Asasi Manusia 28

Konflik Kepentingan 31

Saya akan melakukan perniagaan dengan bertanggungjawab, adil dan sah 34

Pihak Ketiga 36

Persaingan Secara Adil 39

Rasuah dan Sogokan 42

Ganjaran dan Hospitaliti 45

Pengubahan Wang Haram 48

Kawalan Perdagangan dan Eksport 52

Saya komited dalam melindungi jenama, aset dan reputasi Johnson Matthey 56

Aset Fizikal 58

Maklumat Sulit 60

Harta Intelek 62

Pelaporan Perniagaan dan Kewangan 64

Berkomunikasi Luar 66

Media Sosial 68

Maklumat Dalaman 70

Saya akan menyokong impian Johnson Matthey untuk membina

perniagaan yang mampan 72

Persekitaran 74

Pengawalan Produk 76

Pelaburan Komuniti 79

Pengenalan daripada Ketua Eksekutif 2

Membina Abad Ketiga Kita – Budaya Kita, Nilai Kita, Kod Kita 4

Saya komited untuk bekerja secara beretika dan mematuhi nilai Johnson Matthey 6

Kod Kita – Soalan Utama 8

Saya akan memahami dan mengikut prinsip dalam Kod ini 8

Kenapa Seseorang Mungkin Melakukan Perkara yang Tidak Betul? 10

Membuat Keputusan Beretika 12

Meminta bantuan dan Bersuara 16

Saya akan meminta bantuan dan bersuara apabila

saya mempunyai kebimbangan 16

Pekerja

Pengenalan

Pasaran

Syarikat

(4)

Melakukan perkara yang betul adalah dengan membuat

perniagaan yang baik; bukan ‘perniagaan pada sebarang

kepentingan’. Ia tentang melayan setiap orang secara

adil, memegang janji, jujur dan bersifat terbuka pada

diri dan orang lain apabila perkara tidak berlaku seperti

yang kita rancang.

Saya akan menyimpan prinsip ini sebagai nadi perniagaan

kita dan ia adalah penting bagi setiap pekerja untuk

bertanggungjawab dalam melakukan perkara yang betul,

membuat keputusan yang tepat dan berkelakuan secara

beretika serta berdasarkan nilai-nilai syarikat. Kita akan

melindungi reputasi Johnson Matthey yang kuat dan

kukuh, dengan melaksanakan tanggungjawab dan

memegang standard etika yang tinggi.

Dengan ini, saya ingin memperkenalkan kepada

anda tentang Kod Etika yang baru. Kod ini direka

untuk membantu setiap orang untuk memahami

maksud melakukan perkara yang betul. Saya faham

bukan sentiasa mudah untuk mengetahui sama ada

perkara yang dilakukan itu betul atau tidak. Peraturan

tidak sentiasa ada tetapi kita masih perlu membuat

keputusan yang betul. Kod ini mengandungi prinsip,

contoh, informasi yang bermanfaat dan panduan dalam

memastikan kita bertindak secara sah, beretika dan adil.

Bagi saya, ‘melakukan

perkara yang betul’ adalah

penting untuk kejayaan

Johnson Matthey.

Pengenalan

daripada Ketua

Eksekutif

(5)

ABAD

Peraturan tidak

sentiasa ada tetapi kita

masih perlu membuat

keputusan yang betul.

Kod ini berdasarkan nilai kita dan mengandungi

enam komitmen di mana saya ingin setiap pekerja

melaksanakannya di Johnson Matthey. Komitmen

ini adalah perkara asas dalam memastikan kita

melaksanakan perniagaan secara betul dan melindungi

syarikat kita. Enam komitmen ini akan memperlihatkan

nilai kita dan memberi panduan pada kita untuk

melaksanakan nilai tersebut dalam membuat keputusan

bagi memastikan kita melakukan perkara yang betul.

Jika anda melihat atau mendengar perkara yang tidak

betul bagi pandangan anda, saya sangat menggalakkan

anda untuk bersuara dan memberitahu seseorang,

walaupun anda tidak bertanggungjawab secara langsung.

Dengan mendapat tahu sebelum perkara menjadi lebih

teruk, Johnson Matthey lebih bersiap sedia dalam

menguruskannya. Anda akan menemui banyak cara

untuk anda bersuara di dalam Kod ini. Tidak kira siapa

anda atau mana saja anda berada di syarikat ini, akan

ada masa di mana anda perlu meminta bantuan.

Sepertimana kita bekerja bersama untuk membina abad

ketiga kita, Kod ini adalah untuk membantu dan memberi

penjelasan apa yang diperlukan oleh syarikat dari kita

semua. Saya berharap kod ini dapat membantu anda.

Terima kasih.

Robert MacLeod

Ketua Eksekutif

P en gen ala n

(6)

Visi kita di Johnson Matthey ialah untuk membina abad

ketiga melalui penambahan nilai dan teknologi mampan.

Strategi 3C dibina untuk membantu mencapai visi kita. Ia terdiri daripada sembilan bahagian yang menetapkan arah tuju kita; salah satu daripada bahagian ini ialah budaya JM.

Budaya Johnson Matthey adalah personaliti syarikat. Ia

mencerminkan bagaimana rasanya bekerja di Johnson Matthey dan apa yang penting untuk kita. Cara kita memperkenalkan dan menerapkan budaya dapat dilihat dalam nilai kita. Johnson Matthey mempunyai enam nilai asas yang mencerminkan cara kita bekerja di tahap yang terbaik, bersama dengan enam komitmen kita, nilai ini membekalkan asas bagi Kod kita. Nilai kita memperakui ciri-ciri penting bagi kejayaan kita yang terdahulu dan bagi pertumbuhan pada masa akan datang. Ianya adalah:

• Kesihatan dan Keselamatan adalah Keutamaan kami − Kita memfokuskan untuk melindungi pekerja kita

− Kita percaya setiap orang bertanggungjawab mengelakkan kecederaan dan penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan − Kita menggalakkan kesedaran kesihatan dan keselamatan

di tempat kerja dan juga di rumah. • Integriti

− Kita melakukan perkara yang betul melalui pekerja, pelanggan dan semua yang terlibat

− Kita adalah contoh dan bersama-sama bertanggungjawab − Sama ada orang melihat atau pun tidak, kita sentiasa lakukan

perkara yang betul

− Kita sentiasa berpegang pada janji dan menghormati komitmen kita

− Kita perlu bersuara jika kita ada keraguan pada cadangan atau sesuatu tindakan.

• Kebolehan dan Inovasi

− Kita rekrut dan menghargai orang yang berbakat

− Pekerja kita maju melalui kerjasama dengan yang lain bagi mewujudkan nilai dengan pelanggan-pelanggan kita

− Kita menggalakkan dan menghargai kreativiti, idea-idea baru dan pelbagai pandangan

− Kita memupuk keupayaan melalui semangat dan penglibatan. • Pengiktirafan dan Pembangunan

− Kita memupuk budaya kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja dalam syarikat untuk maju

− Kita meraikan kejayaan, memberi kredit kepada semua penyumbang

− Kita memegang tanggungjawab dan mengatasi cabaran sewajarnya bersama

− Kita mengiktiraf mereka yang menunjukkan komitmen terhadap nilai-nilai syarikat.

Membina Abad

Ketiga Kita –

Budaya Kita, Nilai

Kita, Kod Kita

(7)

• Kebebasan Bertindak

− Kita percaya pada sesiapa yang dapat meningkatkan perniagaan dengan merealisasikan idea mereka − Kita tahu yang kita bertanggungjawab dan menerima

tanggungjawab untuk tindakan kita

− Kita memberi kebebasan untuk sesiapa saja mengemukakan idea

− Kita mempertingkatkan kemahiran dan mewujudkan peluang untuk mengambil inisiatif dan tanggungjawab

− Kita memberikan panduan supaya orang tahu bila mereka boleh bertindak secara bebas dan perlu mendapatkan nasihat. • Kebaikan Besar dan Kecil

− Kita menggunakan sumber besar kita, tetapi menggunakan kaedah operasi syarikat kecil

− Kita berasa cukup kecil untuk menjaga, cukup besar bagi mendapatkan perkara yang dilakukan

− Kita menggunakan kepelbagaian budaya, idea-idea dan perspektif untuk membuat keputusan terbaik

− Kita bekerjasama dengan seluruh JM global bagi manfaat kepentingan semua. P en gen ala n

(8)

SAYA AKAN

bekerja secara

beretika dan mengikut

nilai Johnson Matthey

dengan:

Bekerja dengan selamat

dan menghormati

hak orang lain

Lihat muka surat 18

Mengetahui, memahami

dan mengikut prinsip

dalam Kod etika

Lihat muka surat 8

Bertanyakan soalan,

mencari nasihat dan

bersuara apabila saya

ada keraguan

(9)

Melakukan

perniagaan dengan

bertanggungjawab,

adil dan secara sah

Lihat muka surat 34

Melindungi jenama,

aset dan reputasi

Johnson Matthey

Lihat muka surat 56

Menyokong agenda

kemampanan

Johnson Matthey

Lihat muka surat 72

P

en

gen

ala

(10)

Apakah Kod kita dan mengapa kita perlukannya?

Kod ini adalah satu rangka kerja untuk membantu anda melakukan perkara yang betul. Ia, sebahagian, arah panduan untuk membantu anda mencari dan memahami prinsip syarikat, piawaian dan dasar Johnson Matthey yang diguna pakai dalam kerja anda. Ia juga adalah gambaran sesebuah syarikat dan cara kita menjalankan perniagaan. Ia menggariskan apa yang diharapkan daripada kita, soalan dan jawapan utama, di mana untuk mendapatkan bantuan dan bagaimana untuk bersuara jika anda mempunyai sebarang kebimbangan. Ia akan membantu anda untuk memahami dan melaksanakan nilai-nilai kita dalam kerja harian.

Selalunya kita perlu membuat keputusan atau berhadapan dengan dilema etika di tempat kerja apabila tidak terdapat peraturan tertentu atau panduan yang jelas. Dalam situasi ini, kita masih perlu membuat keputusan yang tepat. Walaupun akal dan pertimbangan yang baik adalah kunci untuk membantu kita membuat keputusan yang betul, Kod ini juga mengandungi proses membuat keputusan beretika untuk membantu anda menghadapi situasi yang sukar. Apa yang Johnson Matthey harapkan daripada saya?

Kod ini berserta enam komitmen yang meringkaskan apakah itu Kod. Komitmen ini menyatakan apa yang Johnson Matthey jangkakan daripada kita, tidak kira apa peranan kita atau di mana kita berada di dunia ini. Anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda akan bekerja mengikut komitmen. Komitmen yang dibentangkan di muka surat 6 dan 7.

Adakah Kod berkaitan dengan saya?

Kod diguna pakai kepada setiap pekerja Johnson Matthey tidak kira apa yang mereka lakukan atau di mana mereka bekerja. Kami menjangkakan setiap orang yang bekerja di Johnson Matthey untuk menggunakan prinsip dalam Kod dan memegang enam komitmen. Kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada akibat yang serius untuk Johnson Matthey dan setiap dari kita sebagai individu. Pelanggaran Kod akan diambil serius dan boleh mengakibatkan kepada tindakan disiplin dan termasuk pemecatan.

Kami juga mengharapkan mereka yang melakukan perniagaan bagi pihak Johnson Matthey, termasuk ejen jualan kami, pengedar, rakan kongsi usaha sama, perunding dan perantara pihak ketiga yang lain, untuk bertindak secara beretika dan mengikut prinsip yang ditetapkan dalam Kod.

Nilai Johnson Matthey memberi kebebasan pekerja untuk bertindak berdasarkan kefahaman dan hidup dengan nilai-nilai syarikat dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Kod ini.

Kod Kita

– Soalan Utama

Saya akan

memahami dan

mengikut prinsip

dalam Kod ini

(11)

Apakah yang perlu saya lakukan dengan Kod ini?

Membiasakan diri anda dengan kandungan kod khususnya berkenaan komitmen (di muka surat 6 dan 7) dan seksyen

menyuarakan sesuatu (di muka surat 16). Fikir dengan teliti tentang topik-topik yang berkaitan dengan peranan anda, memahami prinsip-prinsip dan standard dalam topik ini dan meminta bantuan jika anda memerlukan panduan lebih lanjut. Latihan akan disediakan untuk membantu anda dan bagaimana untuk menggunakan Kod supaya anda boleh mendapat hasil yang terbaik darinya.

Sebagai ketua/pengurus Johnson Matthey, adakah saya mempunyai tanggungjawab khas?

Anda mempunyai tanggungjawab yang khusus untuk menggalakkan amalan perniagaan yang baik. Anda patut: • menunjukkan secara jelas dan lantang bahawa melakukan

perkara yang betul adalah penting untuk anda

• mewujudkan satu budaya di mana setiap orang berasa selesa untuk mengajukan soalan, membincangkan sesuatu isu dan mengutarakan kebimbangan.

• menyokong pekerja dalam menjalankan perniagaan Johnson Matthey dengan cara yang betul

• memantau pekerja yang dipertanggungjawabkan terhadap mereka tidak mencapai piawaian Johnson Matthey seperti yang telah ditetapkan atau tidak mematuhi enam komitmen

• memastikan ahli pasukan anda mengambil bahagian dalam latihan untuk membantu mereka memahami tanggungjawab mereka • mengambil tindakan jika pekerja menyuarakan sesuatu

kepada anda, dan melindungi mereka dari tindakan balas untuk berbuat demikian

• menghargai mereka yang memberi komitmen pada nilai-nilai Johnson Matthey.

Sekiranya saya mempunyai soalan mengenai Kod ini, siapakah yang perlu saya jumpa?

Di dalam Kod ini, anda akan menemui maklumat tentang di mana untuk mendapatkan bantuan, bergantung kepada topik. Jika anda mempunyai soalan yang lebih umum, atau ingin menyuarakan tentang sesuatu, sila lihat di bahagian suarakan (di muka surat 16) untuk maklumat lanjut.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya Kod ini, berkaitan Johnson Matthey, dan/atau undang-undang tempatan, adat dan amalan bercanggah?

Johnson Matthey beroperasi di kebanyakan negara di seluruh dunia yang mana terdapat kepelbagaian budaya, undang-undang dan persekitaran politik yang berbeza. Konflik mungkin timbul di dalam Kod ini seperti polisi dan prosedur syarikat, dan undang-undang

Johnson Matthey

memberi kebebasan

pada pekerja untuk

bertindak berdasarkan

kefahaman dan

nilai-nilai syarikat.

P en gen ala n

(12)

Menghairankan,

kadang-kadang orang yang baik

tidak 'melakukan perkara

yang betul’. Ini mungkin

kerana pelbagai sebab:

• Mereka tidak tahu atau tidak menyedari – Kita perlu tahu kaedah-kaedah yang digunakan untuk tugas tertentu tetapi ianya tidak mustahil untuk menjadi seorang pakar dalam segala hal. Bila perlu mengetahui dan dengan siapa untuk meminta pertolongan.

• Mereka di bawah banyak tekanan – Walaupun kita merasa di bawah tekanan dari segi prestasi atau masa ianya tidak pernah ‘perniagaan pada sebarang kepentingan’. Jika anda merasa tertekan untuk berbuat apa-apa selain daripada perkara yang betul, suarakan.

• Mereka tidak mahu menonjol dari orang ramai – Kita sering ingin merasa kita adalah sebahagian dari kumpulan dan tidak akan adalah sebahagian dari kumpulan dan tidak akan menentangnya. Anda akan disokong apabila anda memberi tindak balas dan bersuara.

• Mereka yakin dengan tindakan mereka adalah OK kerana ia memberi mereka sesuatu yang mereka rasa mereka layak – Kita kadang-kadang cuba untuk mewajarkan kelakuan yang tidak beretika kerana kita merasakan ketidakadilan atau layanan yang tidak adil. Tidak ada justifikasi untuk melakukan perkara yang salah.

• Mereka tidak peduli – Sesetengah pekerja tahu apakah itu standard tetapi mereka memilih untuk mengabaikannya atau mereka tidak mengambil serius dengan pelbagai alasan. Jika anda melihat seseorang melanggar peraturan atau bertindak secara tidak wajar, suarakan.

• Mereka fikir tiada siapa yang akan perasan – Sesetengah orang melakukan perkara yang salah apabila mereka fikir tiada siapa yang akan perasan terutamanya jika ia melibatkan keputusan 'kecil'. Anda harus selalu melakukan perkara yang betul walaupun anda tahu tiada siapa yang melihatnya.

Kenapa

Seseorang

Mungkin

Melakukan

Perkara yang

Tidak Betul?

(13)

Kita tidak pernah mempunyai perbualan/ perjumpaan ini. Ini akan menghancurkan persaingan. Tiada siapa yang akan cedera. Ianya seperti terlalu baik untuk menjadi

kenyataan. Hapuskan dokumen tersebut. Semuanya Apa yang saya dapat? Kita boleh menyorokkannya. Tiada siapa yang akan tahu. Kita tiada pilihan lain.

Tanda Amaran –

Kadang kala

sesuatu yang

anda dengar

adalah tidak

betul:

P en gen ala n

(14)

1

3

4

5

2

Senaraikan tindakan wajar anda dan

pergi ke Bahagian 2 untuk menguji

penyelesaian yang dicadangkan

Adakah keadaan ini melibatkan dilema etika?

Untuk membantu anda merungkai isu

ini, tanya:

Apakah nilai-nilai yang terlibat? Adakah

mereka bercanggah antara satu sama lain?

Apa topik dari Kod ini yang terlibat?

Apakah kumpulan atau individu yang boleh

dipengaruhi oleh kesan dan bagaimana?

AMARAN:

Keadaan kadang kala boleh membutakan

kita kepada akibat etika bagi

keputusan dan tindakan kita.

PERTIMBANGKAN:

Apakah fakta yang saya benar-benar tahu?

Apakah yang saya hanya jangkakan?

Apakah maklumat tambahan yang perlu saya

tahu untuk membuat keputusan yang baik?

Bagaimana saya sahkan ketepatan tentang

apa yang saya tahu?

Adakah saya masih melihat situasi atau dilema

etika dengan cara yang sama?

Jika YA, teruskan.

Jika TIDAK, kembali ke Langkah 1 dan

mulakan semula.

Kenal pasti situasi pada

pandangan anda sendiri.

Bahagian 1:

Merangka isu

dan membuat

keputusan apa

yang perlu

dilakukan

BAHAGIA

n 1

APAKAH YAnG PATUT

SAYA LAKUKAn?

Peka dengan situasi yang mungkin membabitkan

ethical isu etika dan guna proses ini untuk

membantu anda melakukan perkara yang betul ...

Untuk membantu anda membuat keputusan, kami telah

menyertakan dua bahagian proses yang anda boleh

gunakan apabila anda tidak pasti apakah perkara yang

betul untuk dilakukan atau untuk menguji keputusan yang

anda telah buat. Gunakan proses ini untuk membantu

anda melakukan perkara yang betul …

Membuat Keputusan Beretika

BAHAGI

An 2

P en gen ala n

(15)

5

2

Senaraikan tindakan wajar anda dan

pergi ke Bahagian 2 untuk menguji

penyelesaian yang dicadangkan

Adakah keadaan ini melibatkan dilema etika?

Untuk membantu anda merungkai isu

ini, tanya:

Apakah nilai-nilai yang terlibat? Adakah

mereka bercanggah antara satu sama lain?

Apa topik dari Kod ini yang terlibat?

Apakah kumpulan atau individu yang boleh

dipengaruhi oleh kesan dan bagaimana?

AMARAN:

Keadaan kadang kala boleh membutakan

kita kepada akibat etika bagi

keputusan dan tindakan kita.

BAHAGI

An 2

P en gen ala n

(16)

1

3

4

5 2

Senaraikan tindakan wajar anda dan pergi ke Bahagian 2 untuk menguji penyelesaian yang dicadangkan

Adakah keadaan ini melibatkan dilema etika? Untuk membantu anda merungkai isu ini, tanya:

Apakah nilai-nilai yang terlibat? Adakah mereka bercanggah antara satu sama lain? Apa topik dari Kod ini yang terlibat? Apakah kumpulan atau individu yang boleh dipengaruhi oleh kesan dan bagaimana?

AMARAN:

Keadaan kadang kala boleh membutakan kita kepada akibat etika bagi keputusan dan tindakan kita. PERTIMBANGKAN:

Apakah fakta yang saya benar-benar tahu? Apakah yang saya hanya jangkakan? Apakah maklumat tambahan yang perlu saya tahu untuk membuat keputusan yang baik? Bagaimana saya sahkan ketepatan tentang apa yang saya tahu?

Adakah saya masih melihat situasi atau dilema etika dengan cara yang sama? Jika YA, teruskan. Jika TIDAK, kembali ke Langkah 1 dan mulakan semula.

Kenal pasti situasi pada pandangan anda sendiri.

Bahagian 1: Merangka isu dan membuat keputusan apa yang perlu dilakukan BAHAGIAn 1

APAKAH YAnG PATUT SAYA LAKUKAn?

Peka dengan situasi yang mungkin membabitkan ethical isu etika dan guna proses ini untuk membantu anda melakukan perkara yang betul ... Untuk membantu anda membuat keputusan, kami telah menyertakan dua bahagian proses yang anda boleh gunakan apabila anda tidak pasti apakah perkara yang betul untuk dilakukan atau untuk menguji keputusan yang anda telah buat. Gunakan proses ini untuk membantu anda melakukan perkara yang betul …

Membuat Keputusan Beretika

BAHAGIAn 2

12 Pengenalan Kod Etika Johnson Matthey

P

en

gen

alan

13

Kod Etika Johnson Matthey Pengenalan

Integriti bermaksud kita mengambil masa untuk

mengenali isu etika yang dibangkitkan dan

berhati-hati pertimbangkan apakah jalan yang

paling sesuai dalam sesuatu tindakan. Anda

boleh menggunakan proses membuat keputusan

yang beretika di dalam bahagian ini bagi

membantu anda melakukan perkara yang betul

atau untuk menguji keputusan yang telah dibuat.

BU

KA

(17)

T

ID

AK

TI

DA

K

BA

IK

BAIK

YA

YA

YA

Adakah ia mematuhi Kod kita dan dasar Johnson Matthey?

Adakah ia mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan?

Adakah perkara ini akan menjejaskan mana-mana rakan kongsi perniagaan atau kepentingan

bersama; termasuk pelanggan, pembekal, pemegang saham, agen atau pengedar kita?

Apakah perasaan anda jika tindakan anda telah disiarkan dalam akhbar tempatan atau melalui media social seperti Twitter atau Facebook? Apakah perasaan anda

jika anda memberitahu kepada rakan dan keluarga anda mengenainya? Akhirnya, tanya

kepada diri anda, adakah tindakan saya dianggap berbeza daripada niat saya?

Adakah penyelesaian yang anda cadangkan mematuhi nilai Johnson Matthey dan nilai anda sendiri?

BERHENTI!

FIKIR SEMULA

DAPATKAN BANTUAN

KEMBALI KE SINI

KAJI SEMULA

TIDAK TIDAK TIDAK TIDAK YA T ID AK P AS TI TIDAK PAS TI TIDAK PASTI TIDAK BAIK TIDA K B AIK T ID AK P AS T I TIDAK PASTI TIDA K PASTI TID AK PAS TI 1 3 4 5 2

Senaraikan tindakan wajar anda dan pergi ke Bahagian 2 untuk menguji penyelesaian yang dicadangkan

Adakah keadaan ini melibatkan dilema etika? Untuk membantu anda merungkai isu ini, tanya:

Apakah nilai-nilai yang terlibat? Adakah mereka bercanggah antara satu sama lain? Apa topik dari Kod ini yang terlibat? Apakah kumpulan atau individu yang boleh dipengaruhi oleh kesan dan bagaimana?

AMARAN:

Keadaan kadang kala boleh membutakan kita kepada akibat etika bagi keputusan dan tindakan kita. PERTIMBANGKAN:

Apakah fakta yang saya benar-benar tahu? Apakah yang saya hanya jangkakan? Apakah maklumat tambahan yang perlu saya tahu untuk membuat keputusan yang baik? Bagaimana saya sahkan ketepatan tentang apa yang saya tahu?

Adakah saya masih melihat situasi atau dilema etika dengan cara yang sama? Jika YA, teruskan. Jika TIDAK, kembali ke Langkah 1 dan mulakan semula.

Kenal pasti situasi pada pandangan anda sendiri.

Bahagian 1: Merangka isu dan membuat keputusan apa yang perlu dilakukan BAHAGIAn 1

APAKAH YAnG PATUT SAYA LAKUKAn?

Peka dengan situasi yang mungkin membabitkan ethical isu etika dan guna proses ini untuk membantu anda melakukan perkara yang betul ... Untuk membantu anda membuat keputusan, kami telah menyertakan dua bahagian proses yang anda boleh gunakan apabila anda tidak pasti apakah perkara yang betul untuk dilakukan atau untuk menguji keputusan yang anda telah buat. Gunakan proses ini untuk membantu anda melakukan perkara yang betul …

Membuat Keputusan Beretika

BAHAGIAn 2

12 Pengenalan Kod Etika Johnson Matthey

P en gen ala n 13

Kod Etika Johnson Matthey Pengenalan

Bahagian 2:

Menguji

penyelesaian

yang anda

cadangkan

LALUI SEMUA SOALAN DALAM APA JUA

ARAHAN dengan cadangan penyelesaian

yang anda fikirkan.

Jika jawapan pada mana-mana soalan membawa anda keluar daripada konteks, ikut panduan jawapan pada soalan seterusnya. Jika berada pada pertengahan konteks, ikut arahan di sana.

Berhati-hati dengan

cara anda melaksanakan

keputusan anda dan

fikirkan tentang apa

yang anda pelajari dari

proses tersebut; dan apa

yang perlu anda belajar

dari hasilnya.

Integriti bermaksud kita mengambil masa untuk

mengenali isu etika yang dibangkitkan dan

berhati-hati pertimbangkan apakah jalan yang

paling sesuai dalam sesuatu tindakan. Anda

boleh menggunakan proses membuat keputusan

yang beretika di dalam bahagian ini bagi

membantu anda melakukan perkara yang betul

atau untuk menguji keputusan yang telah dibuat.

BU

KA

BU

KA

P en gen ala n

(18)

Meminta bantuan

Dari masa ke masa, anda mungkin berada dalam situasi yang mana anda tidak pasti akan tindakan yang terbaik. Kod ini menyediakan maklumat dengan pelbagai subjek dan juga butiran pada sumber yang lebih lanjut yang boleh memberikan anda panduan. Jika selepas menyemak semua ini anda masih ragu-ragu akan tindakan yang terbaik untuk dilakukan, terdapat beberapa orang yang boleh membantu, termasuklah pengurus anda. Lebih baik bertanya daripada berlaku kesilapan.

Bersuara

Akan tiba masanya apabila anda melihat, mengetahui atau mengesyaki sesuatu yang tidak selamat, tidak beretika atau melanggar undang-undang yang mungkin tidak mematuhi Kod, dasar dan prosedur kita. Dalam situasi ini, anda mempunyai tanggungjawab untuk bersuara dan mengemukakan kebimbangan dengan segera. Lebih awal anda bersuara, lebih besar kemungkinan impak situasi boleh dikurangkan. Jangan tunggu sehingga ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku sebelum bersuara.

Terdapat beberapa saluran berbeza yang boleh anda dapatkan pertolongan dan nyatakan prihatinan anda:

• Pengurus anda

Sebagai garis panduan am, orang pertama untuk dirujuk apabila

anda mempunyai soalan, perlukan nasihat atau panduan lanjut atau ingin menyuarakan kebimbangan anda adalah pengurus anda. • Sumber Manusia (HR), Jabatan Undang-undang, Jabatan Etika

dan Pematuhan

Anda boleh memilih untuk bertanya soalan, minta nasihat atau

suarakan kebimbangan, terutamanya jika ia berkaitan dengan kepakaran fungsi pasukan ini secara langsung dengan HR, Jabatan Undang-undang atau Jabatan Etika dan Pematuhan. • Fungsi pasukan lain

Jika soalan atau kebimbangan anda berada dalam kepakaran

fungsi pasukan lain seperti Pasukan EHS, anda boleh tingkatkan hubungan tempatan atau kumpulan anda dalam fungsi ini. • Duta Etika

Duta Etika anda merupakan hubungan tambahan bagi anda untuk bertanya soalan, minta panduan atau menyuarakan keprihatinan. Mereka harus mampu menunjukkan anda ke arah yang betul untuk mendapatkan nasihat atau membantu dengan pertanyaan umum.

Saya akan meminta bantuan

dan bersuara apabila saya

mempunyai masalah

Meminta bantuan

dan Bersuara

(19)

• Talian Bersuara

Johnson Matthey menyediakan anda dengan lebih banyak cara untuk menyuarakan kebimbangan, terutamanya jika anda ingin melakukan perkara ini tanpa diketahui (hanya jika undang-undang tempatan membenarkannya). Talian Bersuara kita dihos oleh pihak ketiga yang bebas dan memberikan anda dua kaedah untuk menghantar laporan:

Via telefon – Sila rujuk www.JM.ethicspoint.com untuk nombor

telefon di negara anda

Dalam talian –Kunjungi www.JM.ethicspoint.com

Kami berazam untuk memastikan semua kebimbangan yang dibangkitkan melalui mana-mana saluran akan diatasi dengan segera dan teliti.

Sulit dan tidak diketahui

Apabila anda bersuara melalui saluran yang betul, maklumat yang anda sediakan kepada Johnson Matthey akan ditangani secara rahsia. Ini bermakna bahawa ianya hanya akan dikongsi dengan sebilangan kecil orang sahaja berdasarkan asas yang perlu diketahui semata-mata. Jika boleh, suarakan pendapat dengan identiti anda berbanding membuatnya secara tanpa diketahui.

Walaupun lebih mudah untuk menangani masalah apabila ia disuarakan dengan terbuka, Johnson Matthey memahami bahawa dalam sesetengah situasi, anda mungkin tidak berasa selesa melakukan hal ini. Jika anda tidak mahu identiti anda dikenal pasti apabila anda menyuarakan kebimbangan anda, anda boleh meminta pendengar tersebut untuk tidak mendedahkannya melainkan anda memberi kebenaran kepada mereka untuk berbuat demikian atau jika pendedahan dikehendaki dalam undang-undang. Anda boleh menyuarakan kebimbangan anda secara tidak diketahui melalui talian Bersuara.

Tanpa – tindakan balas

Kami galakkan anda untuk bersuara dan syarikat akan melindungi pekerja yang menyuarakan kebimbangan mereka. Johnson Matthey memandang serius terhadap tuduhan tindakan balas atau diskriminasi terhadap sesiapa yang disebabkan oleh aduan kebimbangan atau membantu dalam penyiasatan. Kami akan menangani tindakan balas tersebut sebagai isu disipilin jika perlu untuk melindungi orang yang melakukan perkara yang betul dengan bersuara.

Apa yang akan ANDA lakukan?

S.

Apa yang akan anda lakukan jika seseorang menyuarakan kebimbangan kepada anda?

J.

Jika seseorang datang kepada anda dengan kebimbangan, anda perlu mendengar dengan teliti sebelum menilai situasi dan mempertimbangkan langkah seterusnya. Dalam sesetengah kes, masalah mungkin boleh diselesaikan tanpa memudaratkan orang yang terlibat dan/atau pengurus yang berkenaan. Dalam sesetengah hal lain, ia perlu ditingkatkan kepada fungsi pasukan yang betul. Jika anda mengalami sebarang masalah tentang tindakan yang perlu diambil, hubungi

Rujukan dan sumber tambahan

• Dasar Bersuara • Jabatan Etika dan

Pematuhan P en gen ala n

(20)

Pekerja

Saya akan bekerja dengan

selamat dan menghormati

hak orang lain

(21)

Kesihatan dan Keselamatan

20

Bekerja Bersama

23

Perlindungan Data

26

Hak Asasi Manusia

28

Konflik Kepentingan

31

P

ek

er

(22)

Di Johnson Matthey, kesihatan dan keselamatan adalah

keutamaan kami. Hal ini bermaksud kita memberi fokus

pada perlindungan pekerja kita dan kita menetapkan

piawai keselamatan yang tinggi. Dengan bekerjasama,

kita dapat memastikan kita semua mempunyai

persekitaran pekerjaan yang selamat dan mencapai

serta mengekalkan budaya keselamatan yang kukuh.

Prinsip Keselamatan

Semua pekerja mesti mematuhi Prinsip Keselamatan Johnson Matthey. Kami akan menyokong hal ini sebagai majikan dan Johnson Matthey mengharapkan anda mematuhi prinsip ini sebagai pekerja:

• Semua kecederaan dan penyakit yang berpunca dari pekerjaan • Semua orang bertanggungjawab dalam menghalang kecederaan

dan penyakit yang berpunca dari pekerjaan

• Bekerja dengan selamat merupakan syarat pekerjaan • Polisi nyawa dan peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi • Kita akan menggalakkan kesihatan di luar pekerjaan dan

kesedaran keselamatan untuk pekerja kita.

Kesihatan dan

Keselamatan

(23)

• Tergesa-gesa atau mengambil jalan mudah untuk menyiapkan tugas.

• Menolak mentah-mentah isyarat amaran atau kelakuan yang tidak selamat.

• Gagal memberi tumpuan kepada perkara yang saya lakukan. • Menganggap semuanya adalah selamat.

Sebagai seorang pekerja:

• Saya tahu dan menyokong Dasar Keselamatan dan Piawai Kelakuan EH&S kita dan bertindak sewajarnya

• Saya terapkan kelakuan tempat kerja yang selamat setiap hari dan cuba mengurangkan risiko kesihatan dan keselamatan secara proaktif

• Saya sedar dengan tindakan saya dan tindakan orang lain • Saya terlibat dalam mewujudkan dan mempromosikan satu

persekitaran kerja yang selamat untuk semua orang • Saya bersuara dan mencabar mana-mana kelakuan atau

keadaan yang tidak selamat pada masa ia berlaku.

Saya tidak akan :

P

ek

er

(24)

S.

Anda melihat bahawa salah satu daripada rakan sekerja anda kelihatan mabuk semasa di tempat kerja.

J.

Ini adalah keselamatan yang membimbangkan di mana ianya dikaitkan dengan beberapa sebab dan hendaklah segera dilaporkan kepada pengurus anda atau kepada orang yang bertanggungjawab untuk kesihatan dan keselamatan kawasan. Jika anda adalah pengurus, anda perlu memastikan bahawa pekerja itu meninggalkan premis dan pulang ke rumah dengan selamat sebelum mendapatkan nasihat dan bantuan dalam memahami punca keadaan dan selepas menimbangkan cara yang sesuai dalam tindakan.

S.

Anda sedang melihat salah satu kemudahan kami dan anda dapati keadaan yang ada tidak selamat bagi anda, walau bagaimanapun, anda tidak pasti sama ada keadaan sebenarnya tidak selamat.

J.

Bersuara. Berhenti, persoalkan aktiviti dan bawanya kepada perhatian pengurus atau orang yang bertanggungjawab untuk kesihatan dan keselamatan kawasan. Apabila pasti, pengurus mesti memastikan keadaan ini diperiksa dan, jika perlu, ditangani.

Apa yang akan ANDA lakukan?

Rujukan dan sumber tambahan • Laman EHS myJM

• Laman atau Bahagian Pengurus EHS • Kumpulan EHS

• Kecemerlangan Operasi Kumpulan

Kesihatan dan

Keselamatan

Nilai teras Johnson Matthey yang relevan dengan bahagian ini:

• Kesihatan dan Keselamatan adalah Keutamaan kami • Integriti

(25)

Di Johnson Matthey, kami berusaha untuk mencapai

matlamat dengan menggunakan, membangunkan dan

menggalakkan masyarakat terbaik berdasarkan merit

peribadi dan sumbangan. Kami menyediakan peluang

yang sama rata dalam pengambilan, pekerjaan,

latihan dan promosi. Kami mengharapkan semua

pekerja hendaklah komited untuk peningkatan peribadi

mereka sendiri dan mencabar diri dan orang lain untuk

mencapai potensi tertinggi mereka.

Kami menyedari bahawa mempunyai persekitaran yang inklusif dan menghormati nilai persekitaran dan menggalakkan kepelbagaian dengan memberi peluang untuk Johnson Matthey dan setiap individu untuk mencapai potensi penuh mereka. Kami menghargai kemahiran yang pelbagai, idea-idea dan sumbangan tenaga kerja kami dan menggalakkan inovasi untuk memacu kejayaan syarikat.

Kami tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi atau kelakuan ganas seperti buli atau gangguan dan mempunyai prosedur di tempat untuk menangani tingkah laku itu. Kami secara aktif berusaha untuk mewujudkan suasana yang terbuka dan menghormati ramai di mana manusia boleh berkembang maju.

Bekerja Bersama

P

ek

er

(26)

Rujukan dan sumber tambahan • Dasar Kumpulan Kerja Bersama

• Dasar Peluang Sama Rata Dalam Kumpulan • Sumber Manusia Tempatan

• Kepelbagaian myJM dan Rangkuman kawasan Sebagai seorang pekerja:

• Saya melayan semua orang di tempat kerja secara adil dan hormat

• Saya meraikan kejayaan, memberi kredit kepada semua penyumbang

• Saya akui/iktiraf saya mungkin bersikap berat sebelah saya tidak sedar dan mencabar pertimbangan saya orang dan situasi • Saya mengambil tanggungjawab untuk pembangunan peribadi

dan profesional saya

• Saya akan bersuara jika saya mengesyaki atau mengetahui apa-apa diskriminasi atau kelakuan ganas.

Bekerja Bersama

Nilai teras Johnson Matthey yang relevan dengan bahagian ini:

• Integriti

• Kebolehan dan Inovasi

(27)

S.

Anda mempunyai kekosongan di suatu kawasan terpencil yang mana keadaan politik di tempat tersebut dalam keadaan kucar kacir. Anda telah menerima permohonan daripada seorang wanita muda yang berkelayakan untuk kekosongan tersebut tetapi anda bimbang kawasan tersebut akan menimbulkan kesukaran untuknya menjalankan tugas.

J.

Anda perlu mengambil kira pemohon untuk peranan tersebut berdasarkan merit dan kebolehannya tanpa mengambil kira umur dan juga jantina pemohon. Dapatkan nasihat daripada Jabatan Sumber Manusia dan Risiko Korporat dan Kumpulan Jaminan berkaitan suasana kerja dan maklumkan pemohon tentang cabaran bekerja di kawasan tersebut. Jika tidak terdapat langkah keselamatan, maka pemohon berhak membuat keputusan untuk meneruskan dengan permohonan yang dibuat atau tidak.

S.

Salah seorang daripada rakan sekerja anda dihina secara lisan oleh pengurus anda tetapi dia takut untuk memberitahu sesiapa tentang hal ini kerana bimbang dia akan dipecat.

J.

Tiada siapa berhak untuk membuli dan bersikap kasar tanpa mengira jawatan yang dipegang. Syarikat akan melindungi dan menyokong anda dan rakan sekerja anda serta tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk tindakan balas yang dibuat. Anda patut menggalakkan rakan sekerja anda untuk tampil ke hadapan dan laporkan perilaku ini pada bahagian Sumber Manusia anda. Anda mungkin berasa selesa dengan memberikan sokongan terhadap rakan sekerja anda dalam melaporkan masalah tersebut. Ini adalah tanggungjawab semua orang untuk membentuk satu persekitaran yang inklusif dan saling menghormati. Syarikat akan melindungi dan menyokong anda dan rakan sekerja anda serta tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk tindakan balas yang dibuat.

Apa yang akan ANDA lakukan?

P

ek

er

(28)

Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk

mengumpul, mengguna, menyimpan dan membuang

semua data peribadi secara integriti dan menghormati

privasi individu.

Data peribadi dalah sebarang maklumat yang berkaitan dengan individu atau seseorang yang mempunyai pengenalan diri seperti nama, tarikh lahir atau alamat e-mel.

Data peribadi pekerja, pelanggan, pembekal dan pihak ketiga syarikat mesti sentiasa diuruskan dengan baik dan mengikut setiap undang-undang perlindungan data yang berkuatkuasa di negara-negara yang beroperasi. Data peribadi sepatutnya digunakan hanya untuk tujuan perniagaan Johnson Matthey sahaja dan digunakan untuk tempoh tertentu sahaja dalam menjalankan tugas yang berkaitan.

Undang-undang perlindungan data adalah berlainan di setiap negara. Terdapat negara yang mempunyai undang-undang yang lebih ketat berbanding negara lain. Sentiasa bersifat peka dengan undang-undang perlindungan data tertentu yang berkaitan dengan data yang dikendalikan dan pastikan anda tidak memindah sebarang data peribadi merentasi sempadan tanpa perlindungan secukupnya.

Sebagai seorang pekerja:

• Saya sedar yang saya perlu bertindak seperti yang sepatutnya apabila menguruskan data peribadi

• Saya menghormati hak individu dan melindungi data peribadi mereka

• Saya tidak akan mendedahkan data peribadi kepada sesiapa saja di luar ataupun di dalam Johnson Matthey kecuali jika saya perlu mendedahkan maklumat tersebut dan ia mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkaitan

• Saya akan tampil ke hadapan dan memaklumkan pengurus saya jika saya mempunyai sebarang keraguan tentang cara data peribadi dikumpul, diguna atau disimpan.

Perlindungan

Data

(29)

Rujukan dan sumber tambahan • Jaminan dan Risiko Korporat • Jabatan Sumber Manusia

S.

Dalam perjalanan pulang pada suatu malam, anda tertinggal komputer riba anda di dalam kereta api. Anda tahu terdapat data peribadi di dalam komputer riba anda berkaitan dengan beberapa orang pengambilan baru.

J.

Walaupun terdapat kemungkinan bahawa perlindungan pada komputer riba anda itu dapat melindungi maklumat yang disimpan, tetapi anda masih perlu memaklumkan pengurus anda dan Kumpulan Perundangan dengan segera kerana adalah penting untuk membuat laporan tentang kehilangan tersebut pada pihak luar (polis) dan/atau memaklumkan bakal rekrut baru yang berkenaan.

S.

Anda telah dihubungi oleh seseorang yang memohon untuk mendapatkan maklumat tentang bekas rakan sekerja anda yang baru sahaja meninggalkan Johnson Matthey kerana ingin mengucap selamat ke atas jawatan baru yang disandang oleh rakan anda itu.

J.

Anda tidak sepatutnya memberikan data peribadi mana-mana individu tanpa kebenaran mereka terlebih dahulu. Anda patut menghubungi terus jabatan Sumber Manusia tempatan anda atau, jika anda masih berhubung dengan bekas rakan sekerja anda, anda boleh menawarkan dia untuk mengambil pesanan dan sampaikan kepadanya terus.

Apa yang akan ANDA lakukan?

Nilai teras Johnson Matthey yang relevan dengan bahagian ini:

• Integriti

P

ek

er

(30)

Kami tahu bahawa kami bertanggungjawab ke atas

impak aktiviti perniagaan terhadap individu yang

bekerja dengan kami dan individu di dalam komuniti

operasi kami. Kami bertindak dengan tanggungjawab

yang diberi dengan menggunakan pengaruh yang ada

untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia

kepada sesiapapun kita bekerja dan bekerjasama.

Johnson Matthey menyokong dan berharap semua pembekal kita untuk menyokong prinsip yang digariskan oleh ‘the United Nations (‘UN’) Global Compact and the UN Guiding Principles’ untuk Perniagaan dan Hak Asasi Manusia.

Antara prinsip yang disokong oleh kita adalah seperti yang berikut: • Kami mengetahui kemahiran dan sumbangan setiap pekerja

dan memastikan mereka diberikan ganjaran yang sepatutnya dan setimpal.

• Kami menggalakkan imbangan yang sihat antara kehidupan bekerja dan hal peribadi dengan memastikan waktu bekerja dan lebih masa menurut undang-undang berkaitan.

• Kami tidak akan mengambil pekerja bagi individu yang berumur bawah 16 tahun. Kita hanya mengambil pekerja yang berumur antara 16–18 tahun bekerja sekiranya ia sebahagian daripada program latihan yang dipantau.

• Kami tidak akan mengambil sesiapa sahaja bekerja secara tidak rela atau memaksa mereka serta kami mengharamkan aktiviti perdagangan manusia.

• Kami berdedikasi dalam menghormati komunikasi antara pekerja secara terbuka tanpa rasa takut dikenakan tindakan, sama ada melalui pengurusan atau badan perunding luar lain.

• Kami tidak bertolak ansur dengan sebarang diskriminasi ke atas kaum, jantina, agama dan kepercayaan atau perlakuan lain yang dilindungi.

• Kami akan bekerja dengan pembekal untuk memastikan bahan mineral yang digunakan oleh syarikat datang daripada sumber yang bebas konflik.

Hak Asasi

Manusia

(31)

Sebagai seorang pekerja:

• Saya sentiasa sedar tentang kesan besar tindakan saya ke atas orang lain

• Saya sentiasa mengikuti isu hak asasi yang berlaku di persekitaran tempat kerja saya

• Saya menghormati hak asasi manusia dengan semua yang saya temui sepanjang saya menjalankan tugas.

P

ek

er

(32)

S.

Semasa melawat pembekal di kawasan operasi, anda terdengar khabar angin tentang pembekal tersebut menggunakan bahan mineral yang berkonflik.

J.

Johnson Matthey tidak akan bertolak ansur terhadap penggunaan bahan mineral yang berkonflik. Anda sepatutnya bersuara dan maklumkan kepada pengurus anda dan Kumpulan Kemampatan akan menyiasat hal tersebut dengan lebih lanjut.

S.

Pengurus anda meminta anda merekrut seorang rakan sekerja baru ke dalam pasukan kerja anda. Dia telah memberikan anda spesifikasi pekerjaan tersebut tetapi memberitahu anda bahawa dia tidak mahu seorang wanita di dalam pasukannya kerana terdapat seorang pekerja wanita yang mempunyai prestasi yang teruk sebelum ini.

J.

Anda patut bercakap dengan pengurus anda dan membuatnya sedar bahawa diskriminasi jantina tidak dibenarkan di Johnson Matthey. Jika anda berasa kurang selesa untuk bersuara, terus berunding dengan jabatan Sumber Manusia tempatan anda yang akan berbincang dengan pengurus anda tentang kepentingan merekrut calon terbaik dan tepat untuk setiap peranan tanpa mengira jantina atau sebarang pelakuan yang dilindungi.

Apa yang akan ANDA lakukan?

Rujukan dan sumber tambahan • Laman Kemampatan myJM • Pasukan Kemampatan • Sumber Manusia Tempatan • Jabatan Etika dan Pematuhan • Jabatan Undang-undang

Hak Asasi

Manusia

Nilai teras Kumpulan Johnson Matthey adalah berkaitan dengan seksyen berikut:

• Integriti

• Kebebasan Bertindak

• Pengiktirafan dan Pembangunan • Kebolehan dan Inovasi

(33)

Kami sentiasa peka dengan masalah yang timbul

berkaitan konflik kepentingan pekerja dan konflik

kepentingan Johnson Matthey sendiri.

Konflik kepentingan timbul apabila terdapat potensi untuk hal peribadi seseorang pekerja, sosial, kewangan, aktiviti politik atau keputusan yang melibatkan kepentingan peribadi atau dalam melakukan sesuatu yang terbaik demi Johnson Matthey.

Konflik kepentingan akan menimbulkan rasa ragu-ragu terhadap kualiti keputusan perniagaan yang dibuat serta integriti individu yang membuat keputusan. Persepsi berkaitan konflik kepentingan membawa kesan yang sama seperti konflik kepentingan yang sebenar. Kami mengharapkan pekerja kami untuk bertindak secara berintegriti dan mengelak daripada sebarang konflik kepentingan sebenar berlaku dan sama ada untuk mengelak atau, dengan kelulusan syarikat, menguruskan sebarang konflik kepentingan yang dianggap atau bakal berlaku.

Penting untuk memaklumkan kepada pengurus anda atau Bahagian Perundangan dengan segera tentang sebarang situasi yang anda yakin dapat menimbulkan kemungkinan, bakal atau konflik

kepentingan sebenar supaya tindakan yang sepatutnya dapat diambil. Seringkali konflik kepentingan yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara yang mudah dan dapat diterima oleh kedua-dua pihak apabila berbincang secara terbuka dan pada kadar segera.

• Pemilikan atau pelaburan sebuah syarikat yang berurusan dengan atau pesaing Johnson Matthey.

• Menggaji atau menyelia keluarga atau rakan. • Keluarga atau rakan yang bekerja untuk pelanggan,

pembekal atau pesaing.

• Ahli di dalam lembaga pengarah luaran.

Berikut merupakan beberapa situasi biasa yang dapat menimbulkan konflik kepentingan:

Konflik

Kepentingan

P ek er ja

(34)

Sebagai seorang pekerja:

• Saya mengelak daripada situasi yang boleh menyebabkan konflik kepentingan peribadi saya dengan kepentingan Johnson Matthey • Saya mendedahkan sebarang konflik yang mungkin berlaku atau

sedang berlaku kepada pengurus saya supaya konflik itu dapat diselesaikan dengan baik

• Saya mendapatkan nasihat pengurus saya atau Jabatan Perundangan jika saya kurang pasti sama ada situasi tertentu dapat menimbulkan konflik kepentingan.

Konflik

(35)

Rujukan dan sumber tambahan

S.

Satu kekosongan dibuka di kawasan operasi anda dan anda merasakan adik perempuan anda mungkin berminat untuk memohon. Namun begitu, anda tidak pasti sama anda boleh mencadangkan namanya kerana hubungan anda.

J.

Beberapa orang pekerja yang terbaik datang daripada kenalan rapat pekerja kami. Jika anda merasakan adik perempuan anda berkelayakan dan dapat menjadikan syarikat lebih baik, anda patut mencadangkan namanya dan juga hubungan anda kepada jabatan Sumber Manusia tempatan. Anda perlu memastikan anda tidak terlibat dengan proses pengambilan dan jawatan tersebut tidak dipantau oleh anda secara langsung atau tidak langsung.

S.

Anda diminta untuk bekerja dengan lembaga entiti yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan yang menjalankan kajian dalam bidang berkaitan dengan kerja anda di Johnson Matthey. Anda ingin menerima kerja tersebut dan yakin peluang ini dapat menjadi peluang perkembangan kerjaya anda yang cukup menarik.

J.

Anda sepatutnya berbincang secara terbuka tentang hal ini dengan pengurus anda. Bukan sahaja, jawatan ini akan menimbulkan konflik kepentingan tetapi isu persaingan juga perlu diambil kira. Jika terdapat tindakan yang munasabah dapat dipersetujui dan menghilangkan potensi konflik kepentingan atau isu persaingan, Johnson Matthey mungkin akan meluluskan anda untuk menerima jawatan yang ditawarkan.

Apa yang akan ANDA lakukan?

Nilai teras Kumpulan Johnson Mathey adalah berkaitan dengan seksyen berikut:

• Integriti

P

ek

er

(36)

Pasaran

Saya memberikan komitmen

untuk menjalankan perniagaan

dengan bertanggungjawab,

(37)

Pihak Ketiga

36

Persaingan Secara Adil

39

Rasuah dan Sogokan

42

Ganjaran dan Hospitaliti

45

Ganjaran dan Hospitaliti

48

Kawalan Perdagangan dan Eksport

52

P

as

ar

(38)

Pihak Ketiga

Kami perlu memastikan bahawa kami mengenali

individu yang berurusan dengan kami sepanjang masa.

Kami memastikan bahawa kami tidak bekerja dengan sesiapa yang boleh merosakkan reputasi Johnson Matthey dengan terlibat dalam sikap tidak beretika atau aktiviti rasuah. Kami mesti mengenali individu yang berurusan dengan kami supaya kami dapat mematuhi undang-undang teknikal yang terperinci yang menitikberatkan isu persaingan, kawalan dagang dan eksport serta penggelapan wang. Kami juga perlu memastikan bahawa kami tidak secara langsung membantu amalan rasuah dan tidak beretika dengan membenarkan wang atau bahan jatuh ke tangan yang salah. Di Johnson Matthey, terdapat prosedur yang membantu kami untuk mengenali identiti individu yang berurusan dengan kami sama ada mereka pelanggan, pembekal, rakan kongsi, agen, pengedar, pembekal logistik atau mana-mana pihak ketiga lain. Kami hanya akan bekerjasama dengan golongan yang mempunyai integriti dan mencapai tahap tanggungjawab tatacara perniagaan Johnson Matthey.

(39)

Sebagai seorang pekerja:

• Saya mengharapkan pembekal saya, pekerja dan rangkaian pembekal untuk beroperasi menurut standard kualiti dan integriti Johnson Matthey

• Saya memastikan bahawa penyiasatan yang sepatutnya dijalankan terhadap pelanggan, pembekal dan pihak ketiga sebelum berurusan dengan mereka

• Saya sentiasa peka dalam mengenalpasti tanda-tanda amaran yang menunjukkan kelakuan rasuah atau tidak beretika • Saya akan bersuara dan melaporkan sebarang kelakuan yang

bertentangan dengan prinsip dalam Kod ini.

• Mereka tidak mahu menyediakan sebarang atau maklumat yang mencukupi semasa sesi pertanyaan dijalankan.

• Mereka meminta penggunaan struktur kontrak yang luar biasa digunakan atau untuk pembayaran dibuat kepada pihak lain yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Johnson Matthey, tanpa penjelasan yang baik.

• Mereka meminta komisen yang sangat besar untuk menjalankan suatu perkhidmatan.

• Mereka meminta pembayaran tunai atau menolak untuk

Berikut merupakan aktiviti mencurigakan yang mungkin memberikan petunjuk bahawa terdapat pihak ketiga tertentu yang terlibat atau mungkin terlibat dalam aktiviti yang kurang baik:

P

as

ar

(40)

Rujukan dan sumber tambahan

• Polisi Pencegahan Rasuah dan Sogokan Sedunia • Jabatan Undang-undang

• Jabatan Etika dan Pematuhan • Pasukan Kemampatan

S.

Anda mempunyai masa singkat untuk melantik seorang agen yang penting untuk mendapatkan satu kontrak besar dalam satu pasaran baru. Anda tidak mempunyai masa untuk menyiasat latar belakang agen tersebut tetapi anda ingin berurusan dengannya hari ini.

J.

Anda tidak boleh berurusan dengan agen tersebut sehingga anda menyiasat latar belakangnya dan berasa puas hati bahawa rekodnya bersih. Anda sepatutnya berbincang dengan Jabatan Perundangan untuk mendapatkan bimbingan lanjutan. Mereka akan membantu anda untuk menjalankan proses penyiasatan dan meletakkan syarat kontrak yang berkaitan.

S.

Anda mendapat beberapa orang pelanggan baru daripada seorang rakan sekerja yang baru bersara. Apabila anda melihat cara pembayaran yang digunakan, anda mendapati terdapat satu kes pembayaran yang diterima daripada entiti yang tidak berkaitan dengan pelanggan berkenaan.

J.

Anda patut mengambil langkah untuk mengelak daripada menerima sebarang pembayaran selepas itu sehingga anda memahami situasi tersebut dan menjalankan penyiasatan. Ia adalah penting bagi kita bukan hanya mengenali semua pelanggan kita malah memastikan pembayaran yang dibuat hanyalah daripada pelanggan yang berkenaan sahaja. Berbincang dengan Jabatan Perundangan untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Apa yang akan ANDA lakukan?

Pihak Ketiga

Nilai teras Kumpulan Johnson Matthey adalah berkaitan dengan seksyen berikut:

• Integriti

(41)

Di Johnson Matthey, kami tahu bahawa bersaing

secara terbuka dan adil adalah yang terbaik untuk

menjalankan perniagaan. Pasaran yang mempunyai

persaingan menunjukkan bahawa pelanggan

mempunyai akses kepada barangan berkualiti tinggi

pada harga yang terbaik dan membenarkan syarikat

paling efisien untuk bertahan dan berkembang.

Undang-undang persaingan (kadangkala dipanggil undang-undang pencegahan monopoli atau kepercayaan) boleh menjadi agak mengelirukan dan mungkin terdapat perbezaan antara negara. Namun begitu, terdapat unsur-unsur yang sama digunakan berkenaan perjanjian yang dimasuki bersama pihak lain dalam rangkaian bekalan (khasnya, pesaing kami) , proses memberi atau menukar maklumat komersial yang sensitif, dan cara kami bertindak apabila kami mempunyai syer yang besar dalam suatu perniagaan atau pasaran.

Persaingan

Secara Adil

• Berbincang atau berkongsi maklumat sulit dengan pesaing termasuk harga, pelanggan atau strategi.

• Berbincang atau bersetuju dengan pembahagian atau

perkongsian pelanggan, wilayah atau pasaran dengan pesaing. • Bersetuju dengan pesaing tentang cara (atau sama ada)

kami akan membida untuk kontrak tertentu.

Berhati-hati dengan aktiviti berikut yang dilihat sebagai pencegah persaingan:

P

as

ar

(42)

Sebagai seorang pekerja:

• Saya sentiasa beringat tentang risiko undang-undang persaingan apabila berurusan dengan pihak ketiga (khasnya, pesaing, individu dalam rangkaian bekalan saya dan pelanggan) dan memahami dan memastikan bahawa Johnson Matthey perlu membuat keputusan bebas dalam isu harga dan strategi • Saya sedar bahawa pelanggan dalam satu pasaran

Johnson Matthey mungkin seorang pesaing bagi pasaran lain Johnson Matthey dan saya pastikan diri saya bertindak seperti yang sepatutnya

• Saya akan pastikan bahawa apabila saya bertemu dengan seorang pesaing, saya tahu topik yang boleh menimbulkan isu persaingan dan elak daripada membincangkannya.

Melengkapkan borang mesyuarat perjumpaan pesaing Johnson Matthey lebih awal dan/atau menetapkan agenda memperincikan tujuan mesyuarat tersebut akan membantu dalam hal ini

• Saya akan mendapatkan nasihat Jabatan Perundangan apabila memasuki sebarang perjanjian dengan seorang pesaing.

Persaingan

Secara Adil

(43)

S.

Anda berjumpa dengan seorang pelanggan untuk berbincang tentang sebuah kontrak yang dibuka untuk tender. Pelanggan itu meninggalkan (mungkin dengan sengaja) kertas kerja yang jelas menunjukkan jangkaan bidaan pesaing anda pada akhir perjumpaan tersebut.

J.

Oleh sebab kertas kerja tersebut mempunyai maklumat sulit milik pesaing anda, anda tidak boleh melihat dokumen itu. Apabila pelanggan itu kembali, terangkan dengan baik bahawa anda tidak boleh melihat maklumat tesebut dengan jelas dan tidak boleh membacanya. Sebaik sahaja anda tamatkan perjumpaan itu, hubungi Jabatan Perundangan untuk memastikan jika terdapat sebarang langkah yang perlu diambil.

S.

Anda makan tengah hari dengan salah seorang pelanggan anda yang anda tahu merupakan pesaing bagi Johnson Matthey dalam pasaran yang lain. Perbualan anda bertukar arah kepada perbincangan tentang isu harga pelanggan yang anda hadapi di dalam pasaran tertentu. Anda tidak begitu arif tentang pasaran tersebut dan tidak tahu ini boleh menimbulkan isu persaingan tetapi anda berasa bimbang untuk kemungkinan tersebut.

J.

Anda patut menyatakan kebimbangan anda dengan segera dan hentikan perbualan itu dengan baik. Nyatakan kebimbangan anda. Sebaik saja anda selesai makan tengah hari, terus hubungi Jabatan Perundangan untuk memastikan sama ada terdapat langkah lanjut yang perlu diambil.

Apa yang akan ANDA lakukan?

Rujukan dan sumber tambahan

• Polisi Pencegahan Rasuah dan Sogokan Sedunia • Jabatan Undang-undang

Nilai teras Kumpulan Johnson Matthey adalah berkaitan dengan seksyen berikut:

• Integriti • Kebebasan Bertindak P as ar an

(44)

Di Johnson Matthey, kami berdedikasi untuk mengatasi

sebarang bentuk rasuah dan sogokan dan kami

menggunakan pendekatan sifar-toleransi terhadap

sebarang aktiviti rasuah.

Rasuah ialah kelakuan haram, tidak beretika dan menyalahi undang-undang yang bertujuan untuk mendapatkan kelebihan. Ini termasuklah sogokan, penipuan, pemerasan, kecurian, salah guna kuasa dan menggelapkan wang.

Sogokan ialah aktiviti menawar, memberi atau menerima sebarang bayaran, kelebihan atau ganjaran yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan atau hasil yang dicapai. Sogokan boleh dilakukan dalam pelbagai cara termasuk pemberian tunai, hadiah, layanan hospitaliti, perbelanjaan promosi, barangan yang mempunyai nilai tunai (seperti kad ganjaran), perkhidmatan, bantuan, sumbangan politik atau penderma yang murah hati. Pembayaran pemudahan ialah bayaran kecil yang tidak rasmi yang dibuat untuk mendapatkan atau mempercepatkan perjalanan proses rutin yang dijalankan oleh pegawai bertugas. Bayaran ini dilihat sebagai sogokan (tanpa mengira saiz atau amalan perniagaan tempatan) dan ia adalah aktiviti haram.

Bukan sahaja kami tidak menawarkan, memberi atau menerima sogokan malah, pihak ketiga (seperti agen dan konsultan) yang mewakili Johnson Matthey juga tidak dibenarkan daripada menawarkan, memberi atau menerima sogokan.

Rasuah

dan Sogokan

(45)

Sebagai seorang pekerja:

• Saya tidak akan sesekali menawarkan, memberi atau menerima sogokan

• Saya bertanggungjawab untuk menghalang, mengenal pasti dan melaporkan kegiatan sogokan dan rasuah

• Saya akan menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan atau menunjukkan sogokan atau rasuah berlaku

• Saya sedar bahawa kelakuan menunjukkan sogokan atau rasuah boleh merosakkan reputasi saya sebagai pekerja berintegriti dan Johnson Matthey serta menghalang kami daripada menjalankan perniagaan.

• Pembayaran dibuat tanpa rekod dan tidak melalui proses Johnson Matthey secara betul.

• Pembayaran dibuat tidak dinyatakan dengan terperinci di dalam invois atau disokong dengan bukti kerja diselesaikan.

• Pembayaran dibuat menggunakan akaun luar atau sama ada identiti pemilik sebenar disembunyikan.

• Hadiah mewah dan hospitaliti yang diberi secara kerap • Sumbangan banyak atau penajaan diberikan tanpa penjelasan

yang terperinci.

Berikut merupakan aktiviti yang boleh menunjukkan aktiviti sogokan:

P

as

ar

(46)

Rujukan dan sumber tambahan

• Polisi Pencegahan Rasuah dan Sogokan Sedunia • Jabatan Undang-undang

• Jabatan Etika dan Pematuhan

S.

Pemeriksaan kastam ditangguhkan pada satu kiriman bahan kimia yang sangat bernilai. Malangnya, tiada prosedur rasmi untuk mempercepatkan proses pemeriksaan. Namun begitu, anda

diberitahu oleh pegawai kastam jika Johnson Matthey memberikan sedikit bayaran, kiriman itu akan diluluskan esok; jika tidak

pemeriksaan akan mengambil masa berminggu-minggu lamanya.

J.

Pembayaran ini dipanggil sebagai bayaran pemudahan dan ini ialah bayaran yang menyalahi undang-undang. Jangan buat pembayaran dan lapor dengan segera kepada pengurus anda dan Jabatan Perundangan untuk nasihat lanjut. Cuba untuk jangkakan tempoh yang lebih lama untuk transaksi seperti ini.

S.

Anda bekerja di bawah pasukan kewangan perniagaan anda. Anda diminta untuk memproseskan invois daripada seorang agen untuk mendapatkan komisen khas. Invois ini telah ditandatangani dan diluluskan untuk pembayaran. Tiada maklumat lanjut yang diberi tentang pemberian komisen khas ini dan anda berasa curiga.

J.

Anda patut bersuara. Bangkitkan isu ini dengan pengurus anda atau Jabatan Perundangan. Kemungkinan komisen khas ini adalah istilah yang digunakan untuk mengaburi sogokan yang dibayar, khasnya jika tiada penerangan diberi tentang pembayaran tersebut. Anda tidak patut memproses invois itu kecuali keraguan anda diselesaikan.

Apa yang akan ANDA lakukan?

Rasuah

dan Sogokan

Nilai teras Kumpulan Johnson Matthey adalah berkaitan dengan seksyen berikut:

• Integriti

(47)

Di Johnson Matthey, kami sentiasa teliti dalam

membuat tawaran, memberi atau menerima ganjaran

dan hospitaliti. Ganjaran dan hospitaliti baik boleh

digunakan untuk membina dan menjaga hubungan

perniagaan yang mesra dan sah. Namun begitu, agak

sukar untuk menjelaskan sesuatu ganjaran atau layanan

yang diterima sebagai sesuatu yang ikhlas atau sebagai

satu sogokan.

Apabila sebarang ganjaran dan hospitaliti yang ditawarkan, diberi atau diterima, buat pertimbangan dan tentukan sama ada penerimaan ganjaran atau hospitaliti tersebut menepati Prinsip Ganjaran yang digariskan oleh Polisi Pencegahan Rasuah dan Sogokan Sedunia kita dan sebarang prosedur tempatan yang memerlukan kelulusan awal, had kewangan dan rekod kewangan yang berkaitan dengan perniagaan anda. Jika berasa ragu-ragu, sila ajukan soalan anda kepada jabatan perundangan kami untuk bimbingan lanjut.

Prinsip Ganjaran menyatakan bahawa sebarang ganjaran atau hospitaliti mestilah:

• Ditawarkan, diberikan atau diterima dengan niat baik –bertujuan untuk membina atau mengekalkan hubungan perniagaan sah atau tanda penghargaan yang lazim; dan sama ada:

− dalam bentuk token atau nilai yang minimum (seperti barangan promosi yang kecil, diari, kalendar atau barangan lain yang memaparkan logo atau jenama pembekal); atau − mempunyai nilai yang rendah dan tidak mewah atau

melebih-lebih

• Munasabah dan bersesuaian dari segi jenis, nilai dan situasi serta jumlah barangan yang diberi dalam situasi tertentu, termasuk dalam konteks sensitiviti budaya tempatan • Konsisten dalam amalan perniagaan yang munasabah; dan • Sah dan dibenarkan menurut polisi hospitaliti dan ganjaran

penerima itu sendiri.

Ganjaran dan pemberian hospitaliti kepada pegawai awam Sesetengah negara mempunyai peraturan yang ketat terhadap nilai dan bentuk ganjaran dan hospitaliti yang boleh diterima oleh pegawai awam dan kerajaan negara tersebut. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil dan anda perlu mendapatkan kelulusan untuk sebarang ganjaran dan hospitaliti yang ditawarkan, diberi atau diterima. Selain itu, kita mestilah sedar bahawa definisi siapakah ‘pegawai awam’ atau kerajaan rasmi yang mungkin berbeza-beza di antara Negara-negara yang berlainan termasuk individu yang terlibat dalam perniagaan yang dimiliki oleh

Ganjaran

dan Hospitaliti

P as ar an

(48)

Sebagai seorang pekerja:

• Saya tidak akan menawar, memberi atau menerima ganjaran atau hospitaliti yang mungkin kelihatan seperti sogokan • Saya perlu berfikir dengan sewajarnya sebelum menawar,

memberi atau menerima sebarang ganjaran atau hospitaliti • Saya harus memastikan semua ganjaran dan hospitaliti yang

ditawarkan, diberi atau diterima menepati Prinsip Ganjaran yang digariskan

• Saya selalu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu jika ingin menawarkan atau memberikan sebarang ganjaran atau hospitaliti kepada pegawai awam atau kerajaan

• Saya perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu jika saya berasa ragu-ragu terhadap penerimaan sesuatu ganjaran atau hospitaliti.

Ganjaran

dan Hospitaliti

• Meliputi wang tunai atau barangan yang mempunyai nilai tunai.

• Tidak bermoral atau beretika (contoh: mempunyai unsur lucah atau seksual).

• Tersembunyi (diberikan secara rahsia dan bukannya secara terbuka).

• Berkemungkinan untuk menimbulkan atau dilihat menimbulkan konflik kepentingan.

• Melibatkan pihak-pihak di dalam proses tender atau kompetitif semasa Johnson Matthey menjalankan proses tender atau bidaan.

Berikut merupakan beberapa contoh ganjaran atau layanan tertentu yang tidak boleh diterima, tanpa mengira nilai Ganjaran tersebut:

(49)

S.

Semasa musim cuti sekolah, seorang pembekal menghantar kad ganjaran restoran kegemaran anda.

J.

Malangnya, sebarang Ganjaran berbentuk wang atau mempunyai nilai tukaran wang tidak boleh diterima tanpa mengira nilai Ganjaran tersebut. Anda perlu menolak ganjaran tersebut dengan baik.

S.

Seorang pembekal menawarkan diri untuk menaja anda bercuti di sebuah resort untuk bermain golf dan membuat aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Pembekal ini terlibat dengan proses bidaan untuk membekal bahan mentah kepada Johnson Matthey.

J.

Dengan mengambil kira penawaran percutian diberi semasa proses bidaan, keputusan untuk menerima percutian tersebut adalah tidak beretika. Anda patut menolak tawaran itu dengan baik. Meskipun tempoh penawaran percutian yang ditaja diberi pada waktu yang lain, percutian berbayar ini tidak boleh dianggap sebagai token atau amalan perniagaan yang munasabah.

Apa yang akan ANDA lakukan?

Rujukan dan sumber tambahan

• Polisi Pencegahan Rasuah dan Sogokan Sedunia

Nilai teras Kumpulan Johnson Matthey adalah berkaitan dengan seksyen berikut:

• Integriti • Kebebasan Bertindak P as ar an

(50)

Di Johnson Matthey, kami memastikan bahawa

perniagaan kami tidak dijalankan menggunakan wang

haram, membantu pembiayaan aktiviti pengganas atau

terlibat dengan aktiviti haram yang lain yang mana akan

menyembunyikan asal-usul wang haram tersebut.

Oleh itu, amat penting untuk kita mengetahui identiti dan aktiviti pengoperasian pelanggan supaya kita dapat menghalang sebarang transaksi haram daripada berlaku. Kita semua bertanggungjawab untuk mengambil langkah berhati-hati dan mengenal pasti tanda-tanda amaran yang mungkin menunjukkan sebarang aktiviti jenayah.

Pengubahan wang haram adalah proses mengambil hasil daripada aktiviti jenayah, menyembunyikan asal-usul wang yang diperoleh secara haram dan membuat ia kelihatan mematuhi undang-undang dengan penapisan atau 'Pembersihan', iaitu melalui beberapa transaksi.

Pengubahan

Wang Haram

Referensi

Dokumen terkait

Penulisan Tugas Akhir ini dilakukan dalam rangka memenuhi salah satu syarat untuk mencapai gelar Sarjana Ilmu Komunikasi Program Studi Ilmu Komunikasi pada Fakultas Ekonomi

Model numeris yang dikembangkan dengan persamaan momentum tersebut dapat mensimulasikan wave set down pada perairan dalam, wave setup pada perairan dangkal, dispersi dan

“Laporan keuangan pada dasarnya adalah hasil dari proses akuntansi yang dapat digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi antara data keuangan atau aktivitas suatu perusahaan

Sesuai dengan judul dalam penelitian ini, maka yang menjadi sampel penelitian adalah : Wajib Pajak Badan yang melakukan restitusi PPN LB dan Fiskus.. Berdasarkan pada

Karyawan yang menilai pelatihan kerja kurang baik, menilai sarana dan metode yang digunakan serta intensitas pelatihan kerja yang diberikan perusahaan kepada

1) Pekerjaan yang patut dikerjakan yaitu pekerjaan yang bermanfaat bagi tujuan-tujuan organisasi dan meminta bagian keterampilan, pengetahuan dan kesanggupan

Stabilitas kimia sediaan mikrokapsul ketoprofen dilakukan dengan mengukur kadar senyawa aktif yang masih tersisa pada 9 formula secara spektrofotometri. Secara umum

49 Kertas kerja cadangan kali pertama dan kedua yang dihantar oleh PZS pada ketika itu (diminitkan di dalam Musyawarah Jawa- tankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri