• Tidak ada hasil yang ditemukan

PASARAN BARANG DAN HARGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PASARAN BARANG DAN HARGA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

e-PRAKTIS

PASARAN BARANG DAN HARGA

BAB 2

BAHAGIAN A SOALAN ANEKA PILIHAN Jawab semua soalan.

1 Jadual di bawah ini menunjukkan harga dan jumlah perbelanjaan seorang individu terhadap barang X.

Harga (RM) Jumlah perbelanjaan (RM)

1 2 3 4 5

12 18 18 12 0

Fungsi pemintaan individu tersebut terhadap barang X ialah

A Qd = 12 – P C Qd = 12 – 3P

B Qd = 15 – P D Qd = 15 – 3P

2 Diberikan fungsi permintaan ialah Qd = 60 – 10P dan harga asal ialah RM2 seunit.

Sekiranya harga naik sebanyak 25% dan faktor-faktor lain tidak berubah, maka permintaan akan

A meningkat sebanyak 5%

B berkurangan sebanyak 5%

C meningkat sebanyak 12.5%

D berkurangan sebanyak 12.5%

3 Jadual di bawah ini menunjukkan harga serta perbelanjaan pengguna terhadap barang X dan Y pada tahun 2014 dan 2015 bagi sebuah negara.

Butiran Tahun

2014 2015

Perbelanjaan ke atas barang X 1 000 2 000 Perbelanjaan ke atas barang Y 1 500 2 000

Harga seunit barang X 20 10

Harga seunit barang Y 10 10

(2)

Barang X dan barang Y ialah A barang pengganti

B barang penggenap

C barang biasa dan barang mesti D barang mewah dan barang giffen

4 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk-keluk permintaan dan penawaran bagi kereta dengan titik keseimbangan asal E.

Harga

Kuantiti 0

S1

S1

S0

S0

S2

S2 D1

D1 D0

D0 D2

D2 A

D E

F

G H

I B

C

Apabila harga besi dan keluli meningkat, maka titik keseimbangan baharu ialah

A Titik B C Titik F

B Titik D D Titik H

5 Jadual di bawah ini menunjukkan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna pada pelbagai tingkat penggunaan sesuatu barang.

Kuantiti

(unit) Harga yang sanggup dibayar (RM)

1 2 3 4 5 6 7

30 27 24 21 18 15 12

Jika harga pasaran ialah RM15, berapakah jumlah lebihan pengguna?

A RM18 C RM36

B RM27 D RM45

6 Pada harga RM10, kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan ialah 100 unit. Apabila harga naik kepada RM11, kuantiti ditawarkan meningkat kepada 110 unit. Maka, keluk penawaran barang tersebut berbentuk

A lebih anjal C tidak anjal sempurna

B anjal sempurna D garis lurus dan bermula dari titik asalan

(3)

7 Andaikan bahawa pekali keanjalan penawaran untuk gandum ialah 0.5. Jika harga gandum meningkat daripada RM0.80 kepada RM1.00 sekilogram, kuantiti gandum yang ditawarkan akan

A menurun 1.25%

B menurun 12.5%

C meningkat 10.0%

D meningkat 12.5%

8 Jadual di bawah ini menunjukkan kuantiti diminta terhadap barang X dan barang Y pada pelbagai tingkat harga barang X.

Harga X

(RM) Kuantiti diminta X

(unit) Kuantiti diminta Y (unit)

3.00 4.00 5.00 6.00

20 16 10 8

15 12 9 6

Berapakah nilai keanjalan silang apabila harga barang X meningkat daripada RM4.00 kepada RM5.00, dan apakah kaitan antara barang X dengan barang Y?

A 1.50 dan barang pengganti B 1.50 dan barang penggenap C –1.00 dan barang pengganti D –1.00 dan barang penggenap

9 Jadual di bawah ini menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan bagi sesuatu barang di pasaran.

Harga

(RM) Kuantiti diminta

(unit) Kuantiti ditawarkan (RM)

6 5 4 3 2 1 0

0 10 20 30 40 50 60

60 50 40 30 20 10 0

Apakah yang akan berlaku jika kerajaan menetapkan RM5 sebagai harga minimum?

A Perbelanjaan pengeluar ialah RM50 B Perbelanjaan kerajaan ialah RM200 C Perbelanjaan pengguna ialah RM250

D Wujud lebihan permintaan sebanyak 40 unit

(4)

10 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi sesuatu barang dengan titik keseimbangan asal dicapai pada titik E.

Harga (RM)

Kuantiti (unit) 8

5 4

0 30 40

S1

S1

S D

D E E1

S

Apabila cukai dikenakan, keluk penawaran akan beralih dari SS ke S1S1. Berapakah beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar?

Pengguna Pengeluar

A RM30 RM90

B RM90 RM30

C RM90 RM130

D RM240 RM200

BAHAGIAN B SOALAN ESEI Jawab semua soalan.

1 Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan ke atas keluk penawaran (ceteris paribus) apabila

(a) daya pengeluaran sut buruh meningkat [5]

(b) harga input pengeluaran meningkat [5]

2 Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai dan dengan andaian faktor-faktor lain adalah tetap, huraikan kesan terhadap keseimbangan pasaran daging ayam dalam keadaan yang berikut:

(a) Kempen dijalankan oleh persatuan pengguna bahawa pengambilan daging ayam yang berlebihan akan menimbulkan masalah kesihatan. [5]

(b) Wujud penemuan baharu dalam teknologi pemeliharaan baka ayam yang dapat meningkatkan daya pengeluaran industri ayam negara. [5]

(5)

3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran tak anjal? [2]

(b) Terangkan empat faktor yang menyebabkan penawaran menjadi tak anjal. [8]

4 Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana dasar harga minimum dapat membantu petani meningkatkan pendapatan petani. [10]

5 (a) Apakah yang maksud lebihan pengguna? [2]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap lebihan pengguna apabila

(i) kerajaan memberikan subsidi, [4]

(ii) berlaku kenaikan harga input. [4]

BAHAGIAN C SOALAN KUANTITATIF Jawab semua soalan.

1 Fungsi permintaan barang X adalah seperti yang berikut:

Qd = 12 – 0.5P dengan,

Qd = Kuantiti diminta X (000 unit) P = Harga barang X (RM)

(a) Hitung kuantiti barang X yang diminta jika barang X diberi secara percuma. [1]

(b) Andaikan kerajaan menetapkan harga barang X ialah RM10.00, hitung kuantiti barang X yang diminta. Jika penawaran barang X adalah 6000 unit, tentukan apa

yang akan berlaku di pasaran. [2]

(c) Akibat perubahan cita rasa terhadap barang X, fungsi permintaan barang X telah berubah kepada Qd = 12 – 0.8P.

(i) Lukis keluk permintaan sebelum dan selepas berlakunya perubahan cita rasa.

[3]

(ii) Hitung perubahan kuantiti permintaan apabila berlaku perubahan cita rasa.

[1]

(iii) Apakah yang berlaku di pasaran jika penawaran tidak berubah? [2]

(iv) Hitung jumlah hasil setelah cita rasa berubah. [1]

(6)

2 Fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi barang X masing-masing ditunjukkan di bawah ini.

Qd = 120 – 20Px

Qs = 20Px

dengan,

Qd = Kuantiti diminta (unit) Qs = Kuantiti ditawarkan (unit) Px = Harga barang X (RM)

(a) Dengan menggunakan jadual, hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan

pada tingkat harga dari RM1 hingga RM6. [2]

(b) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan. [2]

(c) Apakah yang akan berlaku jika kerajaan menetapkan harga minimum pada RM4?

[2]

(d) Berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan pada harga minimum RM4? [2]

(e) Bilakah dasar harga minimum akan dilaksanakan oleh kerajaan? Mengapa? [2]

3 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi pasaran A dan pasaran B.

Apabila kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak RM5 bagi setiap unit keluaran dalam pasaran A dan pasaran B, keluk penawaran dalam kedua-dua pasaran terebut beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1.

(a) Takrifkan beban cukai. [2]

(b) Pengeluar dalam pasaran yang manakah akan menanggung beban cukai yang lebih

banyak berbanding dengan pembeli? Mengapa? [3]

(c) Hitung hasil cukai yang dapat dikutip oleh kerajaan daripada kedua-dua pasaran tersebut. [2]

(d) Hitung jumlah beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dalam pasaran A dan pasaran B. Jelaskan hubungan antara keanjalan keluk permintaan dengan beban

cukai yang ditanggung oleh pengguna. [3]

(7)

BAHAGIAN A

1 D 2 D 3 B 4 A 5 D 6 D 7 D 8 D 9 B 10 B BAHAGIAN B

1 (a) Apabila daya pengeluaran sut buruh meningkat, penawaran ke atas sesuatu barang akan meningkat. Dengan ini, keluk penawaran beralih ke kanan, dengan andaian harga barang itu tetap sama.

Kuantiti (unit) Harga (RM)

0 S0

S0

E0

P0 E1

S1

S1

Q1 Q0

Kenaikan daya pengeluaran sut buruh menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1 dengan andaian harga barang itu tetap pada P0.

(b) Apabila harga input pengeluaran meningkat, kos pengeluaran firma akan meningkat.

Kenaikan kos akan mengurangkan keuntungan firma dan seterusnya, firma akan mengurangkan penawaran. Dengan ini, keluk penawaran beralih ke kiri.

Kuantiti (unit) Harga (RM)

0

S0

S0

E0

P0 E1

S1

S1

Q1 Q0

Kenaikan harga input pengeluaran menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1, dengan andaian harga barang itu tetap pada P0.

JAWAPAN CADANGAN

(8)

2 (a) Apabila pengguna mengetahui pengambilan daging ayam yang berlebihan akan menimbulkan masalah kesihatan, permintaan terhadap daging ayam akan berkurangan. Pengurangan permintaan daging ayam menyebabkan harga dan kuantiti daging ayam berkurangan.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi daging ayam. Apabila permintaan terhadap daging ayam berkurangan, keluk permintaan akan beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1. Kesannya, harga daging ayam akan jatuh dari P0 ke P1 dan kuantiti daging ayam akan berkurangan dari Q0 ke Q1. (b) Peningkatan daya pengeluaran dalam industri ayam negara akan menyebabkan

penawaran daging ayam dalam pasaran meningkat. Apabila penawaran daging ayam meningkat, harga daging ayam akan jatuh manakala kuantiti daging ayam akan meningkat.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi daging ayam. Apabila penawaran daging ayam dalam pasaran meningkat, keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1. Kesannya, harga daging ayam akan jatuh dari P0 ke P1 manakala kuantiti daging ayam akan meningkat dari Q0 ke Q1.

3 (a) Sesuatu barang dikatakan penawaran tak anjal apabila peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan kurang daripada peratus perubahan harganya. Penawaran tak anjal apabila nilai keanjalannya kurang daripada satu.

(b) Faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu barang mempunyai keanjalan penawaran tak anjal:

(9)

Faktor masa

Pengeluaran sesuatu barang mengambil jangka masa tertentu. Dalam jangka masa pendek, sesetengah faktor pengeluaran adalah tetap dan tidak mudah ditambah.

Apabila harga barang naik, penawaran barang hanya dapat ditambah sedikit sahaja kerana keupayaan pengeluaran faktor pengeluaran tetap adalah terhad. Oleh itu, keluk penawaran adalah tak anjal.

Tambahan kos pengeluaran

Sekiranya pertambahan penawaran sesuatu barang melibatkan pertambahan kos pengeluaran yang besar, penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.

Ketersediaan faktor pengeluaran

Jika pengeluaran sesuatu barang melibatkan peng gunaan faktor pengeluaran yang sukar diperoleh, penawaran barang tersebut adalah tak anjal.

Bilangan firma dalam industri

Jika bilangan firma dalam industri adalah terhad, maka jumlah keluaran dalam industri adalah kecil. Oleh itu, penawaran barang akan menjadi tak anjal.

4 Dasar harga minimum merupakan dasar kerajaan menetapkan harga pada tingkat yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Berdasarkan gambar rajah di atas, harga keseimbangan di pasaran ialah RM5 seunit dan kuantiti keseimbangan ialah 100 unit. Oleh itu, pendapatan yang diterima oleh petani atau pengeluar adalah sebanyak RM500 (RM5 × 100 unit). Jika kerajaan menetapkan harga minimum pada RM7 seunit, kuantiti ditawarkan akan meningkat kepada 120 unit. Oleh itu, pendapatan baharu petani adalah sebanyak RM840 (RM7 × 120 unit).

Hal ini bermakna, pelaksanaan dasar harga  minimum oleh kerajaan telah berjaya meningkatkan pendapatan petani sebanyak RM340 (RM840 – RM500).

Namun, tindakan kerajaan ini telah mewujudkan lebihan penawaran dalam pasaran, iaitu sebanyak 40 unit (120 unit – 80 unit). Lebihan penawaran ini harus dibeli oleh kerajaan untuk mengekalkan harga minimum pada tingkat RM7 seunit. Maka, kerajaan terpaksa membuat perbelanjaan sebanyak RM280 (RM7 × 40 unit).

(10)

5 (a) Lebihan pengguna ialah perbezaan antara utiliti yang diperoleh daripada penggunaan sesuatu barang dengan bayaran yang perlu dibuat untuk mendapatkan barang tersebut. Hal ini bermakna lebihan pengguna ialah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang dengan harga sebenar barang tersebut dalam pasaran.

(b) (i) Subsidi akan mengurangkan kos pengeluaran sesuatu barang dan seterusnya meningkatkan penawaran barang tersebut. Apabila penawaran meningkat, harga barang akan jatuh. Kejatuhan harga barang akan menyebabkan lebihan pengguna meningkat.

Harga

Kuantiti D

P0 P1

S S1

S1 S

0 Q0

E0 A

E1

Q1

Berdasarkan gambar rajah di atas, sebelum pemberian subsidi, harga barang ialah P0 dan kuantiti barang ialah Q0, Oleh itu, lebihan pengguna adalah sebanyak P0AE0. Selepas subsidi diberikan, keluk penawaran beralih ke kanan dari SS ke S1S1. Kesannya, harga jatuh kepada P1 dan kuantiti meningkat kepada Q1. Oleh itu, lebihan pengguna baharu adalah sebanyak P1AE1. Hal ini bermakna pemberian subsidi menyebabkan lebihan pengguna meningkat sebanyak P1P0E0E1.

(ii) Kenaikan harga input akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat.

Kesannya, penawaran barang berkurang. Apabila penawaran ber kurang, harga akan naik dan lebihan pengguna akan berkurang.

Harga

Kuantiti D

P1 P0

S S1

S1 0 S

Q0 E0 A

E1

Q1

(11)

Berdasarkan gambar rajah di atas, sebelum kenaikan harga input, harga barang ialah P0 dan kuantiti barang ialah Q0. Oleh itu, lebihan pengguna adalah sebanyak P0AE0. Selepas kenaikan harga input, keluk penawaran beralih ke kiri dari SS ke S1S1. Kesannya, harga naik kepada P1 dan kuantiti berkurang kepada Q1. Oleh itu, lebihan pengguna baharu adalah sebanyak P1AE1. Hal ini bermakna kenaikan harga input menyebabkan lebihan pengguna berkurang sebanyak P0P1E1E0.

BAHAGIAN C

1 (a) Qd = 12 – 0.5P = 12 – 0.5(0) = 12 ribu unit (b) Qd = 12 – 0.5(10)

= 12 – 5 = 7 ribu unit

Jika Qs = 6 000 unit dan Qd = 7 000 unit. Maka, terdapat lebihan permintaan sebanyak 1 000 unit (7 000 – 6 000).

(c) Harga

(RM) Qd = 12 – 0.5P

(000 unit) Qd = 12 – 0.8P (000 unit)

10 7 4

(i)

(ii) Perubahan kuantiti diminta ialah 3 000 unit (7 000 – 4 000).

(iii) Jika permintaan adalah 4 000 unit dan penawaran adalah 6 000 unit, maka terdapat lebihan penawaran sebanyak 2 000 unit.

(iv) Jumlah hasil = Harga × Kuantiti = 10 × 4 000

= RM40 000

(12)

2 (a)

Harga

(RM) Kuantiti diminta

(unit) Kuantiti ditawarkan (unit)

1 100 20

2 80 40

3 60 60

4 40 80

5 20 100

6 0 120

(b) Harga keseimbangan ialah RM3.00 dan kuantiti keseimbangan ialah 60 unit.

(c) Pada harga RM4.00, terdapat lebihan penawaran sebanyak 40 unit (80 – 40).

(d) Jumlah perbelanjaan kerajaan = RM4 × 40 unit

= RM160

(e) Dasar harga minimum dijalankan oleh kerajaan apabila harga pasaran adalah rendah dan merugikan para pengeluar. Dasar ini bertujuan untuk membantu pengeluar menambahkan pendapatan mereka.

3 (a) Beban cukai ialah jumlah cukai jualan yang perlu ditanggung oleh pengguna atau pengeluar apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas sesuatu barang.

(b) Pengeluar akan menanggung beban cukai yang lebih besar di pasaran A kerana keanjalan permintaan dalam pasaran ini lebih anjal, jika dibandingkan dengan pasaran B.

(c) Jumlah hasil kerajaan = (5 × 20) + (5 × 26)

= RM230.00

(d) Jumlah cukai yang ditanggung pembeli = (1 × 20) + (4 × 26)

= RM124.00

Apabila keanjalan permintaan harga tidak anjal (pasaran B) pengguna akan menanggung beban cukai yang lebih tinggi berbanding dengan permintaan lebih anjal (pasaran A).

Referensi

Dokumen terkait

Dalam menentukan sebuah harga barang atau jasa, ada lima faktor yang mempengaruhinya, yaitu permintaan produk, target pangsa pasar, reaksi pesaing,

Kebijakan pemerintah Provinsi Lampung dalam penentuan harga pasaran umum kendaraan bermotor yang tidak diketahui nilai jualnya tercantum dalam Peraturan Gubernur

Oleh itu, kesatuan sekerja berjaya menuntut upah yang lebih tinggi tetapi berlaku pengangguran sebanyak L 1 L 2 di pasaran buruh. (b) Cara terbaik ialah cara (i), iaitu

Petunjuk kenaikan harga bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan menerusi kadar inflasi boleh menjadi rujukan kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga.. Gelagat

Penawaran merupakan kebalikan dari permintaan, yaitu suatu jumlah yang ditawarkan oleh penjual pada suatu tingkat harga tertentu. Pada umumnya harga yang lebih tinggi mendorong

Itulah yang membuat mengapa produk Apple harus dijual mahal di pasaran, harga yang tinggi datang dengan kualitas yang sebanding pula dengan harga nya, hal ini dipraktekan oleh

Bagaimanapun, katanya kebanyakan harga komoditi ketika ini menyusut daripada paras harga yang tinggi ketika permintaan pasca pandemik dan peperangan di Ukraine, didorong oleh kelembapan

Berdasarkan hukum permintaan, semakin rendah harga maka permintaan semakin tinggi, sebaliknya semakin tinggi harga semakin sedikit permintaan.12 Berdasarkan hukum penawaran, semakin