• Tidak ada hasil yang ditemukan

PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

BANK SOALAN

PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

BAB 5

Arahan: Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A SOALAN ANEKA PILIHAN

1 Untuk memaksimumkan keuntungan, pengeluar akan menggunakan buruh sehingga A keluaran hasil sut sama dengan upah

B keluaran hasil purata sama dengan kos sut buruh C keluaran hasil sut sama dengan keluaran hasil purata D keluaran fizikal sut sama dengan keluaran fizikal purata

2 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan keluaran fizikal sut sebuah firma.

Kuantiti buruh (orang) Keluaran fizikal sut (unit) 1

2 3 4 5

150 225 195 150 120

Andaikan harga keluaran ialah RM4.00 per unit dan upah buruh ialah RM600 seorang, berapakah kuantiti buruh yang memaksimumkan keuntungan?

A 2 unit C 4 unit

B 3 unit D 5 unit

3 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DL) dan keluk penawaran (SL) terhadap buruh bagi sebuah firma.

E

DL SL

18.00 25.00

0 21 30 40

Upah (RM)

Kuantiti buruh (ribu unit)

(2)

Pernyataan yang berikut adalah benar sekiranya kesatuan sekerja berjaya menuntut upah RM25.00 per unit di pasaran, kecuali

A upah naik sebanyak 38.89%

B hanya 21 000 unit buruh digunakan

C berlaku pengangguran sebanyak 19 000 unit buruh

D jumlah kos upah meningkat daripada RM525 000 kepada RM540 000 4 Kesatuan sekerja akan berjaya dalam menuntut kenaikan upah sekiranya

A permintaan terhadap buruh adalah anjal

B ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh

C permintaan terhadap barang yang dikeluarkan adalah anjal D peratus kos upah adalah besar berbanding dengan jumlah kos

5 Mengikut Teori Keynes, pertambahan penawaran wang dalam perangkap kecairan akan menyebabkan

A harga bon turun C kadar bunga tidak berubah B tabungan meningkat D permintaan wang berkurang 6 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan penawaran terhadap

tanah.

P E

S D

D

0 Sewa

Kuantiti tanah Q

0PEQ merupakan

A sewa kuasi C kos pengeluaran

B sewa ekonomi D perolehan pindahan

BAHAGIAN B SOALAN ESEI

1 Bagaimanakah keanjalan penawaran faktor mempengaruhi sewa ekonomi dan

perolehan pindahan? [10]

2 (a) Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara upah wang dengan upah benar. [6]

(b) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja menuntut

kenaikan upah. [4]

(3)

3 (a) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, terangkan tiga cara bagaimana kesatuan sekerja menuntut kadar upah yang lebih tinggi di pasaran. [8]

(b) Antara tiga cara di atas, nyatakan cara yang terbaik terhadap ekonomi negara.

Berikan alasan anda. [2]

4 Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan perbezaan antara perolehan

pindahan dengan sewa ekonomi. [10]

BAHAGIAN C SOALAN KUANTITATIF

1 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran dan keluaran fizikal sut sebuah firma.

Kuantiti buruh (orang) Jumlah keluaran (unit) Keluaran fizikal sut (unit) 1

2 3 4 5 6

10 25 45 63 77 88

10 15 20 18 14 11 Jika harga pasaran keluaran ini ialah RM4.00 per unit:

(a) Hitung keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut. [3]

(b) (i) Jika firma mencapai keseimbangan pada penggunaan 6 orang buruh,

berapakah kadar upah di pasaran? [1]

(ii) Berapakah keuntungan yang diperoleh? [2]

(c) Hitung keanjalan permintaan buruh jika upah turun daripada RM72.00 kepada RM44.00. [2]

(d) Apakah yang akan berlaku kepada permintaan terhadap buruh jika upah ialah

RM80.00 seorang? [2]

(4)

BAHAGIAN A

1 A 2 C 3 D 4 B 5 C 6 B

BAHAGIAN B

1 Semakin tak anjal penawaran semakin besar sewa ekonomi dan semakin kecil perolehan pindahan. Sebaliknya, semakin anjal penawaran semakin kecil sewa ekonomi dan semakin besar perolehan pindahan.

S

E

D D

P

0 Q

Gambar rajah di atas menunjukkan penawaran tak anjal sempurna. Semua jumlah hasil merupakan sewa ekonomi, iaitu sebanyak 0PEQ. Perolehan pindahan adalah sifar.

D

P

A

0 Q

S E

Gambar rajah di atas menunjukkan penawaran anjal. Jumlah hasil sebanyak 0PEQ, sewa ekonomi hanya sebahagian daripada jumlah hasil, iaitu APE dan 0AEQ merupakan perolehan pindahan.

JAWAPAN

(5)

D

S

0

E

D Q

P

Gambar rajah di sebelah menunjukkan penawaran anjal sempurna. Semua jumlah hasil sebanyak 0PEQ merupakan perolehan pindahan. Sewa ekonomi adalah sifar.

2 (a) Upah wang ialah upah yang diterima oleh buruh atas sumbangan mental dan fizikal dalam proses pengeluaran. Misalnya, upah sebanyak RM1000 sebulan.

Upah benar ialah upah yang diterima yang diukur dari segi kemampuan upah wang membeli barang dan perkhidmatan. Upah benar dipengaruhi oleh harga umum.

Dengan jumlah pendapatan yang sama, semakin tinggi harga semakin kurang barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli. Upah wang merosot. Upah benar mempunyai hubungan songsang dengan harga.

Andaikan pada tahun 2010 upah yang diterima individu A ialah RM1000. Pada tahun 2015, upahnya meningkat menjadi RM2000 dan indeks harga meningkat daripada 100 kepada 120. Oleh itu, RM1000 dan RM2000 merupakan upah wang.

Upah benar tahun 2015 = Indeks harga tahun 2010

Indeks harga tahun 2015 × RM2000

= 100

120 × RM2000

= RM1666.67

Kenaikan upan benar = 1666.67 – 1000 1000 × 100

= 66.67%

Kenaikan upah wang = 2000 – 10001000 × 100

= 100%

Ini bermakna upah wang naik sebanyak 100% tetapi upah benar hanya naik sebanyak 66.67% sahaja.

(b) Dua faktor yang mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja dalam menuntut kenaikan upah ialah:

• Peratus kos upah adalah kecil berbanding jumlah kos pengeluaran.

• Ekonomi mengalami inflasi dan telah mencapai guna tenaga penuh.

(6)

3 (a) Tiga cara kesatuan sekerja menuntut kadar upah yang lebih tinggi di pasaran.

(i) Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh

S

0 Kuantiti

buruh Upah

0

W1 W0

0

S0

E0

E1

D0

D0

D1

D1

L L1

Keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan buruh sama dengan keluk penawaran buruh, iaitu D0D0 = S0S0 di titik E0 pada kuantiti buruh 0L0 dan upah 0W0. Kesatuan sekerja akan meningkatkan daya pengeluaran sut buruh dengan cara meningkatkan latihan dan kemahiran buruh, menjalankan pengkhususan kerja dan meningkatkan penggunaan teknologi moden dalam kalangan buruh. Oleh itu, daya pengeluaran sut buruh meningkat dan keluk DD buruh beralih ke kanan ke D1D1. Keseimbangan baharu berlaku apabila keluk D1D1 = S0S0 di titik E1, kuantiti buruh bertambah ke 0L1 dan upah meningkat ke 0W1. Oleh itu, kesatuan sekerja berjaya menuntut upah yang lebih tinggi dan meningkatkan guna tenaga sebanyak L0L1 di pasaran buruh.

(ii) Mengurangkan penawaran buruh

0 Kuantiti buruh

Upah

2

W1 W2

S1

S1

S2

S2

E1

E2

D1

D1

L L1

Keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan buruh sama dengan keluk penawaran buruh, iaitu D1D1 = S1S1 di titik E1 pada kuantiti buruh 0L1 dan upah 0W1. Kesatuan sekerja akan mengurangkan SS buruh dengan cara memanjangkan tempoh latihan, mengenakan kuota keahlian serta mengenakan syarat pendidikan ketat bagi menyekat kemasukan ahli. Oleh itu, keluk SS buruh beralih ke kiri ke S2S2. Keseimbangan baharu berlaku apabila keluk D1D1 = S2S2 di titik E2, kuantiti buruh berkurang ke 0L2 dan upah meningkat ke 0W. Oleh itu, kesatuan sekerja berjaya menuntut upah yang

(7)

(iii) Dasar upah minimum

0 Kuantiti buruh

Upah

1

W0

W1

S

S

E0

D

D

L L0 L2

Keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan (DD) bersilang dengan keluk penawaran (SS) di titik E0 pada upah W0 dan kuantiti buruh L0. Kesatuan sekerja akan menuntut upah minimum, iaitu upah yang lebih tinggi daripada upah keseimbangan di pasaran, iaitu pada 0W1. Pada upah minimum, berlaku lebihan penawaran buruh sebanyak L1L2 di pasaran. Oleh itu, kesatuan sekerja berjaya menuntut upah yang lebih tinggi tetapi berlaku pengangguran sebanyak L1L2 di pasaran buruh.

(b) Cara terbaik ialah cara (i), iaitu meningkatkan daya pengeluaran sut buruh kerana upah naik dan guna tenaga bertambah.

4 Perolehan pindahan merupakan bayaran minimum yang perlu dibayar kepada suatu faktor pengeluaran bagi mengelakkan faktor tersebut digunakan untuk pengeluaran kedua terbaik. Contohnya, sehektar tanah boleh ditanam dengan getah atau kelapa sawit. Sewa tanah untuk tanaman getah ialah RM80 sebulan, manakala sewa tanah untuk tanaman kelapa sawit ialah RM100 sebulan. Bagi memastikan tanah tersebut dapat ditanam dengan kelapa sawit, penyewa tanah akan membayar sekurang- kurangnya RM80 sebulan bagi mengelakkan tanah tersebut ditanam dengan getah.

Bayaran RM80 merupakan perolehan pindahan.

Sewa ekonomi merupakan bayaran lebihan yang perlu dibayar kepada faktor pengeluaran bagi mengelakkan faktor tersebut digunakan untuk pengeluaran kedua terbaik. Berdasarkan contoh di atas, bagi memastikan tanah tersebut dapat ditanam dengan kelapa sawit, penyewa tanah akan membayar lebih sebanyak RM20 (RM100 – RM80) bagi mengelakkan tanah tersebut ditanam dengan getah. Bayaran lebihan RM20 merupakan sewa ekonomi.

(8)

BAHAGIAN C 1 (a)

Kuantiti buruh

(orang) Jumlah hasil

keluaran (RM) Keluaran hasil

purata (RM) Keluaran hasil sut (RM) 1

2 3 4 5 6

10 × RM4 = 40 100 180 252 308 352

40 1 = 40

50 60 63 61.6 58.67

40 – 0 2 – 1 = 40

60 80 72 56 44

(b) (i) Pada penggunaan 6 orang buruh, MRP = RM44. Syarat keseimbangan penggunaan buruh ialah MRP = Upah. Maka, kadar upah di pasaran ialah RM44.

(ii) Keuntungan = RM352 – (RM44 × 6 buruh)

= RM352 – RM264

= RM88

(c) Keanjalan permintaan buruh = 6 – 4 4 ×

72 44 – 72

= 2

4 × 72 –28

= – (–1.29)

= 1.29

(d) Pada kadar upah RM80, keseimbangan penggunaan buruh ialah 3 orang kerana MRP = Upah = RM80. Oleh itu, permintaan terhadap buruh akan berkurangan daripada 6 orang buruh kepada 3 orang buruh.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian yang di dapatkan pada formula I, II dan III menunjukan bahwa pati umbi tire sebagai pengikat tablet memiliki keseragaman ukuran,

Tujuan penelitian adalah untuk mengetahui apakah usaha abon ikan tongkol layak atau tidak dimana kelayakan finansial dapat dilihat dari nilai BEP, NPV, IRR, Benefit

Hasil dari program ini adalah berdasarkan uji kadar kalsium dalam adonan kerupuk samiler yang diberi duri ikan setinggi 51.28 mg/100g dibandingkan dengan adonan

Fuad Nazar, Endang Siti Astuti, Muhammad Faisal Riza, 2014, Pengaruh Pendidikan dan Pelatihan terhadap Motivasi dan Kinerja Karyawan (Studi pada Karyawan PT. BTPN

Kedua, adalah mentalitas yang berorientasi ke belakang (status quo) dapat mematikan cara berpikir yang berorientasi ke depan (future thinking), yaitu orang yang

Pernyataan ini disampaikan oleh Bening Sekretaris Himpunan Kerukunan Tani Indonesia (HKTI) Jawa Tengah dalam acara Managing Our Nation Strategi dan Rencana Aksi untuk

Berdasarkan hasil observasi dan wawancara dengan konselor siswa kelas X-1 SMA Negeri 1 Nalumsari Jepara Tahun Pelajaran 2012/2013, diperoleh fenomena atau gejala yang

Penulis melakukan produksi pembuatan iklan cetak selesai dan disetujui oleh klien kemudian penulis mengajukan surat approval atau surat persetujuan untuk selanjutnya