ARMONIE PERFUME
A SECRET JOURNEY OF PERFUME BY
RIL & JAI CORP.
ON THE SCENT OF PERFUME
VINTAGE
SINCE 2016
Kelebihan & Sejarah Wangian
Wangiwangian adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang
bagusbagus" (HR AdDailami)
Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangiwangian,
sebaliknya membenci baubauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a,
Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangiwangian)
Sejarah MINYAK WANGI
Berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang dikenali hebat sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi
digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran
anak sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk.
Setelah itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang berbezabeza.
APA ITU EDC, EDT, EDP Perfume
• Eau de Cologne (EDC)
Ini merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi.
Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis ini sesuai digunakan apabila selesai mandi.
• Eau de Toilette (EDT)
Wangian ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara kadar
pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan
yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 34 jam, sesuai untuk semua keadaan.
• Eau de Perfume (EDP)
Wanginya cukup tahan lama hingga 46 jam. Jenis wangian yang ini memiliki kadar alkohol sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk
menghadiri acara rasmi.
• Perfume
Dari semua jenis wangian, jenis ini dia yang paling bertahan lama sehingga 612 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa
campuran alkohol. Tidak perlu terlalu banyak memakai jenis wangian ini kerana wanginya sudah boleh tercium dari jarak yang cukup jauh.
• Wangian lelaki
Disunatkan lelaki memakai berwangi wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.” (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi hadis hasan)
Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad hasan)
• Wangian wanita
Di luar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai
minyak wangi sehingga dihidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: Manamana wanita yang memakai wangiwangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad hasan)
Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan baubauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehingga dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan baubauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.
• Wangian Rasulullah
Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar
yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini.
Anas r.a menceritakan :
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih
Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).
Makruh menolak pemberian wangian
Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan
sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan
dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)
Hukum Memakai Minyak Wangi dan Minyak Rambut Beralkohol
ADAKAH SAH SEMBAHYANG DENGAN MINYAK WANGI DAN MINYAK RAMBUT YANG MENGANDUNGI ALKOHOL??
Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat
sembahyang. Oleh kerana itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai
menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.
Pengertian alkohol :
Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara. i.
Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)
Cara ini merupakan cara menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.
ii.Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada
sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Websters Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)
Kenajisan arak :
Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada ImamImam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asySyafie˜i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lainlain ulama
rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah s.w.t.
Maksudnya : "Wahai orangorang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batang batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah alMaidah ayat 90)
Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, manamana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga
hukumnya.
Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu
bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak
memabukkan.
Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram.
Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari
campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan
seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lainlain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah.
Imam anNawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair. Maksudnya setiap yang memabukkan lagi cair.
Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan katakata Imam
anNawawi rahimahullah di atas berkata: "(Tiaptiap yang memabukkan) ialah tiaptiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam
pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau
menghilangkan upaya akal.
Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi: (Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.
• Hukum alkohol daripada arak.
Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang
diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syar’i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah: "Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar’i)"
Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.
• Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia.
Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram
meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.
Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.
Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak
wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.
Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram,
kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang
dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.
Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan