• Tidak ada hasil yang ditemukan

5P: Pengalaman Guru Perpustakaan dan Media Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "5P: Pengalaman Guru Perpustakaan dan Media Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PTPM 2021:14-18 JUN 2021

5P: Pengalaman Guru Perpustakaan dan Media Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Zuridah Hanim bt Md. Akhir

,

Ph.D.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar,

Kedah, Malaysia

Emel: zuridahhanim@gmail.com ABSTRAK

Pandemik Covid-19 telah mengubah corak pengurusan pusat sumber sekolah. Biarpun sekolah ditutup, pusat sumber sekolah tetap beroperasi bagi mengisi masa terluang murid-murid di rumah dan seterusnya melaksanakan program galakan membaca. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini mengupas perkongsian pengalaman peranan yang dimainkan oleh Guru Perpustakaan dan Media di sekolah dalam pelaksanaan tugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pendekatan 5P iaitu planning (perancangan), place (tempat), produk (aktiviti pusat sumber), promotion (promosi) dan price (harga yang diperoleh) telah diimplementasikan bagi mengatasi masalah ini. Konsep 5P ini boleh digunapakai oleh pihak sekolah khususnya Guru Perpustakaan dan Media dalam pengurusan pusat sumber sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan lebih berkesan. Beberapa cadangan turut diberikan demi meningkatkan mutu perkhidmatan pusat sumber sekolah norma baharu.

Kata Kunci: Amalan membaca, Guru perpustakaan dan media, Perintah Kawalan Pergerakan, Pusat Sumber Sekolah

ABSTRACT

The Covid-19 pandemic has changed the administration structure of the school resource centres. Even though the schools are closed, the school resource centres are still operating to accommodate the students’ free time at home as well as to continue implementing the reading advocacy programme.

Therefore, this paper explores the sharing of experiences on the role played by the schools’ Library and Media Teachers in executing tasks during the period of Movement Control Order. A 5P approach, namely planning, place, product (resource centre activities), promotion and price (quotation) is implemented to overcome these issues. The 5P concept can be applied by the schools, especially by the Library and Media Teachers, for a more effective administration of the resource centres during Movement Control Order period. A few suggestions are provided to increase the standard of the school resource centres according to the new norm.

Keywords: Reading habit, Library and media teachers, Movement Control Order, School Resource Centre.

PENGENALAN

Kerajaan menerusi Falsafah Pendidikan Negara berhasrat untuk melahirkan generasi yang holistik

dari segi intelek dan komuniti yang berilmu serta bermaklumat. Selaras dengan Dasar Galakan

Membaca Kebangsaan, Pusat Sumber Sekolah (PSS) berperanan sebagai agen penggerak kepada

amalan membaca dan penerokaan maklumat yang tinggi di sekolah (Haslinda Husaini, Rafidah Abdul

Aziz, & Shahrom T.M Sulaiman, 2011). Ini bermakna, selaku nadi, pusat sumber perlu bergerak seiring

dengan perkembangan kurikulum sekolah khususnya dan agenda negara amnya. Sehubungan

dengan itu, sama ada bersaiz sekadar bilik darjah ataupun berdiri megah berbentuk bangunan

(2)

PTPM 2021:14-18 JUN 2021 sendiri, sesebuah PSS itu perlulah mampu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan rekreasi serta pemupukan budaya membaca dan literasi maklumat. Peranan PSS perlu diperkasakan supaya dapat bertindak sebagai pusat kecemerlangan (centre of excellence), pusat maklumat (centre of knowledge) dan pusat tindakan (centre of action) (Padlon Abdul Rahman, 2004).

Namun begitu, Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan pada 18 Mac 2020 telah merubah landskap pendidikan di Malaysia. Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, semua institusi pendidikan telah ditutup dan pelaksanaan kaedah bekerja dari rumah diperkenalkan. Peningkatan kes pandemik Covid-19 yang berterusan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan kepada beberapa fasa. Hal ini turut memberi impak kepada pembelajaran apabila mod bersemuka telah diubah kepada pembelajaran secara talian dan pendekatan pembelajaran dari rumah telah diperkenalkan (Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin, Zulkurnain Bin Hassan, 2021).

Kesannya, operasi PSS seluruh Malaysia tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana murid tidak dapat hadir dan menggunakan perkhidmatan PSS di sekolah. Biarpun sekolah dibuka mulai 24 Jun bagi kelas peperiksaan dan pembukaan sesi persekolahan pada 15 Julai 2020, namun PSS tetap tidak dapat berfungsi sepenuhnya kerana pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pengoperasian Pusat Sumber Sekolah Perintah Kawalan Pergerakan, PSS tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti melainkan aktiviti pinjaman dan pemulangan bahan sahaja (Persatuan Pustakawan Malaysia, 2020). Pergerakan murid pula perlu dikawal mengikut SOP (KementerianPendidikan Malaysia, 2020). Keadaan ini memberi kesan kepada penggunaan, fungsi PSS dan pembangunan murid sedangkan pelbagai kemahiran murid, pemupukan budaya membaca serta penerokaan maklumat dilihat sebagai elemen penting dalam penyediaan murid ke peringkat yang lebih tinggi (Che Normadiah Che Abas, 2002).

REFLEKSI SEBELUM PELAKSANAAN 5P

PSS SMK Sultanah Bahiyah telah menerima status Pusat Sumber Cemerlang dan telah dicalonkan untuk menyertai Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Daerah Kota Setar bagi tahun 2020. Namun begitu, perubahan pengoperasian sekolah (process of schooling) ‘ akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan telah mengubah senario PSS. PSS hanya dibuka pada waktu rehat melalui kaedah pinjaman secara ‘pandu lalu’ dengan jumlah murid hanya dua belas orang sahaja dalam satu masa. Bilangan ini diambil kira berdasarkan faktor ruang dan penjarakan fizikal.

Tambahan pula, PSS SMK Sultanah Bahiyah bersifat tertutup dan dilengkapi dengan pendingin hawa.

Biarpun penggunaan PSS mendapat permintaan yang tinggi, namun realitinya, penggunaan amatlah terhad akibat situasi semasa.

Selain itu, program galakan membaca menerusi NILAM dan aktiviti literasi maklumat yang telah dirancang tetap perlu dijalankan bagi mengisi penilaian Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum murid sedangkan aktiviti tidak dapat dijalankan secara bersemuka. Tambahan pula, PSS SMK Sultanah Bahiyah perlu memenuhi keperluan Instrumen Pusat Sumber Cemerlang bagi melayakkan PSS ke peringkat pertandingan yang seterusnya. Sehubungan dengan itu, pengkaji selaku GPM perlu berfikiran strategik dan merencana semula hala tuju PSS bersesuaian dengan situasi semasa.

Oleh hal yang demikian, satu kajian tindakan telah dijalankan untuk memperkasakan fungsi PSS

bersesuaian dengan norma baharu menerusi pendekatan 5P iaitu planning (perancangan), place

(tempat), produk (aktiviti pusat sumber), promotion (promosi) dan price (harga yang diperoleh).

(3)

PTPM 2021:14-18 JUN 2021 Pelaksanaan langkah intervensi 5P ini bertujuan bagi mencapai objektif:

1. Meningkatkan jumlah pengiktirafan murid dalam NILAM.

2. Meningkatkan jumlah penggunaan pusat sumber secara maya

3. Membangunkan PSS norma baharu sehingga mencapai tahap PSS Cemerlang di Negeri Kedah.

KAJIAN LITERATUR

Peranan Guru Perpustakaan dan Media

Guru Perpustakaan dan Media merupakan perjawatan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan usaha memantapkan lagi perkembangan pusat sumber sekolah.

Oleh hal yang demikian, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005 telah menyenaraikan bidang tugas Guru Perpustakaan dan Media iaitu

i. Merancang dan mengajar mata pelajaran opsyen

ii. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama sama pengetua, kakitangan PSS, guru dan pelajar sekolah.

iii. Merancang dan mengurus belanjaan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum sekolah.

iv. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.

v. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

vi. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

vii. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

viii. Merancang dan mengurus Pusat Sumber Sekolah.

ix. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

x. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/Pusat Kegiatan Guru/Perbadanan Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.

xi. Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS

xii. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.

xiii. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.

xiv. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

xv. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Negeri.

xvi. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS

xvii. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS.

xviii. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM kepada BTP.

Dalam hal ini, bagi meningkatkan keberkesanan kajian, pengkaji selaku Guru Perpustakaan dan Media juga perlu memahami bidang tugas seperti yang disarankan oleh ALA (1988), ALA (1998), Church (2008) dan Mohamad Fazli Baharudin dan Mohd Sharif Mohd Saad (2013). Oleh itu, peranan Guru Perpustakaan dan Media mengikut konteks sistem di Malaysia adalah seperti berikut :

i. Guru dengan mengajar dan memberi pendidikan kepada murid.

(4)

PTPM 2021:14-18 JUN 2021 ii. Pemimpin kecil sekolah – memimpin guru khasnya Jawatankuasa PSS, membimbing rakan sekerja dan murid-murid menguasai pelbagai kemahiran dalam Literasi Maklumat dan kemahiran membaca serta menerajui kepakaran dalam aspek pengurusan sumber.

iii. ’Instructional partner” – bekerjasama dengan guru-guru untuk menggerakkan sumber dalam merancang dan membantu guru menyediakan bahan-bahan untuk pdp.

iv. ”Program Administrator” – merancang, mengurus, melaksana, mengawas dan menilai aktiviti berasaskan sumber demi kecemerlangan sekolah.

v. ”Information navigator” – mengumpul dan menyimpan sumber yang menyokong pembelajaran, menjadi pakar dalam memberi pendidikan kepada organisasi supaya menjadi masyarakat yang bermaklumat .

vi. ”Technology facilitator”- berusaha merapatkan jurang antara guru dan murid dengan menggunakan pelbagai maklumat secara maya dalam aspek P&P.

vii. ”Collaborative teacher and Learner”- mengadakan pelbagai program kolaborasi di peringkat sekolah serta membuat jaringan dengan pihak luar

Dalam merealisasikan senarai tugas ini, buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Abad ke 21 dan Instrumen Pusat Sumber Cemerlang terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan (kini dikenali sebagai Sektor Sumber Teknologi Pendidikan) menjadi rujukan. Sehubungan itu, GPM perlulah berfikiran strategik dan melaksanakan perancangan jitu bagi membolehkan PSS yang diurus sentiasa dikunjungi, memenuhi keperluan guru dan murid selaku pelanggan dan seterusnya berfungsi sebagai nadi sekolah (Zuridah Hanim Md. Akhir, 2011).

Konsep Pemasaran 4 P

Konsep Pemasaran 4P diperkenalkan oleh Jerome Mc Carthy pada tahun 1960 dengan menggabungkan empat campuran pemasaran iaitu produk (product), harga (price), promosi (promotion) dan tempat pasaran (place) untuk memasarkan produk perniagaan (Rosiah Hamzah, Sharmala Dewi, Selvarajah Manikam, 2009). Menurut Ida Nadia Hamidon (2016), kejayaan perniagaan bergantung kepada gabungan strategi campuran pemasaran yang efektif supaya dapat memenuhi keperluan golongan yang disasarkan dengan mengambilkira citarasa pengguna, keperluan semasa dan perubahan teknologi.

Oleh hal yang demikian, pendekatan pemasaran 4P ini telah diadaptasi dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah berdasarkan konsep campuran pemasaran yang diamalkan dalam dunia peniagaan.

Sebagai langkah intervensi, pendekatan 5P diguna pakai untuk memasarkan PSS secara norma baharu iaitu

i. planning (perancangan) ii. place (tempat)

iii. produk (aktiviti pusat sumber) iv. promotion (promosi)

v. price (harga yang diperoleh)

Bagi meningkatkan keberkesanan kajian, pengkaji selaku GPM perlu memainkan peranan seperti yang disarankan dalam kajian literatur.

PELAKSANAAN TINDAKAN 5P

Pendekatan kajian tindakan dipilih untuk mengatasi masalah yang dibincangkan. Hal ini selaras

dengan pandangan Elliot (1989) yang berpendapat pendekatan kajian tindakan dapat mengatasi

masalah situasi sosial yang berlaku di sekolah, mengubah sesuatu amalan ke arah penambahbaikan

dan seterusnya meningkatkan tahap profesional guru. Pendekatan ini bersesuaian dengan konteks

(5)

PTPM 2021:14-18 JUN 2021 kajian yang memberi fokus kepada usaha untuk:

1. Meningkatkan jumlah penglibatan murid dalam NILAM.

2. Meningkatkan jumlah penggunaan pusat sumber secara maya

3. Membangunkan PSS norma baharu sehingga mencapai tahap PSS Cemerlang di Negeri Kedah.

Semua warga sekolah seramai 900 orang murid dan 70 orang SMK Sultanah Bahiyah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Penyelidik telah menggunakan Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1992) iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek bagi melaksanakan kajian.

Tinjauan Awal

Tinjauan awal telah dibuat untuk mengenal pasti dan mengesahkan masalah yang timbul sehingga menyebabkan kajian ini perlu dijalankan. Penyelidik telah membuat pemerhatian selama tiga minggu sepanjang sekolah dibuka mulai 24 Jun 2020. Dalam tempoh ini, penggunaan PSS sangat rendah kerana pergerakan murid terhad demi pematuhan SOP. Murid juga tidak dibenarkan keluar pada waktu rehat dan perlu makan di dalam kelas.

Tambahan pula, kaunter PSS tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana tiada bantuan daripada pengawas pusat sumber. Buku penggunaan PSS juga menunjukkan tiada data penggunaan kecuali guru jika dibandingkan data sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Merancang dan Bertindak

Berpandukan pemerhatian daripada tinjauan awal, penyelidik telah merancang untuk melaksanakan pendekatan 5P yang diadaptasi daripada strategi campuran pemasaran. Konsep ini telah digunakan sebagai strategi memasarkan produk perniagaan yang telah terbukti berjaya khususnya bagi firma- firma perniagaan besar. Selari dengan kajian tindakan yang dibuat, penyelidik telah menyenaraikan fokus dan rancangan tindakan yang bakal diambil bagi kelima-lima aspek seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1: Perancangan Tindakan Berasaskan Pendekatan 5P

Bil. Aspek Fokus Tindakan

1 Planning (perancangan)

Merancang pembangunan PSS bersesuaian dengan norma baharu

• Perpustakaan Digital

• Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PSS Abad ke 21 dan instrument PSS Cemerlang.

2 Place (tempat)

Mewujudkan PSS dalam talian • Saluran telegram PSS

• Pendaftaran U-pustaka

• Youtube Bahiyah TV

• Portal sekolah

• Rak maya Blink

• Page Fb PSS SMK Sultanah Bahiyah 3 Produk

(aktiviti pusat sumber)

Pelaksanaan aktiviti atas talian secara berfokus mengikut instrument PSS Cemerlang

• Program memperkasa pengawas dan guru PSS

• Program Galakan Membaca

• Program Literasi Maklumat.

4 Promotion (promosi)

Promosi aktiviti PSS secara maya

• Video

• E-Poster

• Bahiyah TV

(6)

PTPM 2021:14-18 JUN 2021

• Hebahan menerusi Medsos

• Hadiah dan pengiktirafan 5 Price (harga

yang diperoleh)

Data dan impak pelaksanaan • Jumlah penyertaan aktiviti

• Jumlah penggunaan

• Jumlah penglibatan NILAM

• Impak kepada murid

Jadual 1 menunjukkan perancangan tindakan yang dilakukan berasaskan pelan intenvensi 5P. Setiap tindakan dilaksanakan dengan menggerakkan pasukan kerja PSS supaya pelaksanaannya lebih berkesan.

Bagi memastikan pelaksanaan lebih berfokus, terancang dan sistematik, penyelidik telah menyediakan jadual pelaksanaan seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 2. Perancangan ini sangat penting bagi memastikan kajian dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

Jadual 2 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil. Perkara BULAN (TAHUN 2020)

Jun Julai Ogos Sept Okt Nov

1 Penyediaan proposal x

2 Penerangan/ taklimat kepada pasukan PSS x 3 Pelaksanaan aspek perancangan (planning) x

4 Pelaksanaan aspek tempat (place) x

5 Pelaksanaan aktiviti (product) x x x x

6 Pelaksanaan promosi (promotion) x x x x x

7 Pemerhatian dan merekod data (price) x x x

8 Penilaian: Perbandingan data sebelum dan selepas kajian

x x

9 Penulisan Laporan x

Memerhati

Proses memerhati seperti yang terdapat dalam Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1992) melibatkan penilaian pencapaian setiap langkah intervensi 5P yang diambil. Pencapaian kajian dinilai menerusi analisis jumlah pengiktirafan murid dalam NILAM, analisis jumlah penggunaan pusat sumber secara maya dan pencapaian membangunkan PSS norma baharu.

Mereflek

Pada tahap ini, penyelidik mendapatkan maklum balas guru-guru dan murid menerusi media sosial iaitu grup WhatssApp dan telegram. Maklum balas menerusi google form turut dikutip untuk tujuan penambahbaikan dan mereflek kembali amalan sedia ada.

IMPAK PELAKSANAAN 5P

Berdasarkan analisis data, langkah intervensi berasaskan pendekatan 5P mencapai objektif kajian.

1. Meningkatkan jumlah pengiktirafan murid dalam NILAM.

Jadual 3 menunjukkan bilangan murid yang mendapat pengiktirafan NILAM meningkat sebanyak

10% dalam tempoh 6 bulan. Data ini juga menunjukkan bahawa telah berlaku perubahan

pembacaan kepada e-reading dalam kalangan murid. Dalam hal ini, aktiviti PSS telah melibatkan

integrasi teknologi dan PSS tetap berfungsi biarpun sekolah ditutup. Pelaksanaan Program NILAM

secara atas talian turut melibatkan guru kelas, ibu bapa dan pengurusan sekolah kerana data

(7)

PTPM 2021:14-18 JUN 2021 dan pengumuman dikongsi dalam saluran telegram PSS dan kumpulan WhatsApp kelas. Keadaan ini menimbulkan persaingan yang positif dalam memberi motivasi dan mengingatkan murid untuk merekod. Selain itu, penyediaan video secara kolaboratif dengan agensi luar membolehkan pelbagai rakan strategik PSS terlibat dalam NILAM.

Jadual 3: Perbandingan pencapaian murid bagi tahun 2019 dan 2020

TINGKATAN

1 BINTANG

2 BINTANG

3 BINTANG

4 BINTANG

5 BINTANG 2019 2020 2019 2020 2019 2020 2019 2020 2019 2020

TING 2 2020 30 49 10 13 1 3

TING 3 2020 55 57 22 25 8 8 1 1 4 5

TING 4 2020 86 88 50 51 24 24 12 12 12 12

TING 5 2020 76 79 31 30 24 25 9 9 10 10

JUMLAH 247 273 113 119 57 69 21 22 26 27

2. Meningkatkan jumlah penggunaan pusat sumber secara maya

Jadual 4 menunjukkan perbandingan penggunaan saluran PSS secara maya sebelum dan selepas pendekataan 5P dilaksanakan. Murid-murid juga diwajibkan melanggan U-Pustaka bagi membantu carian bahan dalam proses pembelajaran.

Jadual 4 : Perbandingan saluran PSS secara maya sebelum dan selepas pelaksanaan pendekatan 5P

Bil. Saluran Jumlah

pengguna/subscriber pada Jun 2020

Jumlah

pengguna/subscriber sehingga Mei 2020

1 Bahiyah TV 131 subscriber 1.4 k subscriber

2 Telegram PSS - 817 ahli

3 Fb page PSS SMK Sultanah Bahiyah - 1,010 follower 4 PSS digital (ebook percuma dan tajaan

blink)

13 117 ebook

3. Membangunkan PSS norma baharu sehingga mencapai tahap PSS Cemerlang di Negeri Kedah.

Pelaksanaan pendekatan 5P telah memberi impak kepada usaha membangunkan PSS norma baharu.

i. Mempercepatkan proses pendigitalan dalam urusan pusat sumber sekolah. Semua urusan termasuk mesyuarat dijalankan secara atas talian samada secara Google Meet atau panggilan video.

ii. Kemahiran ICT pengawas PSS dipertingkatkan menerusi pengurusan teknikal aktiviti, penghasilan video dan poster digital.

iii. Pelaksanaan aktiviti NILAM, literasi maklumat dan majlis pengiktirafan PSS dilaksanakan secara digital.

iv. PSS juga berjaya mencapai Johan PSS Cemerlang negeri Kedah, Naib Johan PSS Kebangsaan dan Ikon Guru Perpustakaan dan Media Malaysia 2020.

CADANGAN

GPM perlu sentiasa mencari kelainan dan kreatif dalam mempromosi pss. Suntikan pemikiran baru

perlu supaya GPM dapat membuat perubahan dan melaksanakan pendekatan aktiviti yang lebih

(8)

PTPM 2021:14-18 JUN 2021 dekat dengan pengguna mengikut situasi semasa. Seperti yang dinyatakan oleh Mohamad Noor Azlan Idris, Prasad Ridwan, Shah Ridha Abdul Jalili, Sharifah Juliana Al-Idrus dan Zuridah Hanim Md. Akhir (2019), inovasi-inovasi baharu yang perkenalkan akan mendorong GPM untuk bekerja lebih kuat bagi membuktikan bahawa apa yang diperkenalkan akan memberi impak positif kepada organisasinya dan sekelilingnya, malah dapat menyuntik kepuasan bekerja.

Beberapa cadangan turut diberikan demi meningkatkan mutu perkhidmatan pusat sumber sekolah secara norma baharu.

i. ‘Knowledge Management Centre’ perlu dibangunkan sama ada dalam bentuk portal atau site khusus PSS. Pusat maklumat ini mengandungi rangkaian ke setiap jabatan dan akses bahan secara lebih mudah. Semua aktiviti bacaan dan literasi maklumat dapat dicapai menerusi pusat maklumat ini dan hebahan dibuat menerusi saluran telegram rasmi.

ii. Bilangan pasukan kerja PSS perlu ditambah termasuk keperluan guru ICT.

iii. TV PSS perlu diperkasa sebagai wadah hebahan berita sekolah. Biarpun murid belajar secara atas talian, namun suasana persekolahan perlu diwujudkan.

iv. Kenal pasti murid B40 atau yang tidak mendapat akses internet supaya bantuan menerusi pelbagai pakej ransangan kepada murid dapat disalurkan. Sebaik mungkin, pastikan semua murid mendapat akses supaya tidak keciciran.

v. Melaksanakan program secara luar talian (offline) terutama bagi murid B40. Pinjaman buku boleh dibuat menerusi sistem pinjaman pandu lalu yang mematuhi SOP.

vi. Aktiviti “Profesional Learning Community” (PLC), “team teaching” dan “teach to teach” yang dikendalikan oleh unit Latihan dalam Perkhidmatan boleh diintegrasikan dengan pembelajaran berasaskan sumber atau “resource based learning”. Oleh itu asas kemahiran maklumat yang menerapkan amalan penyelidikan dan kemahiran membaca boleh diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah. Ini membolehkan peranan dan fungsi PSS terus berkembang selaras dengan keperluan akademik dan kokurikulum sekolah.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Pendekatan 5P terus dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan telah disebarluas kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di pelbagai peringkat. Perkongsian ini diharapkan dapat membantu para GPM melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang dan boleh dijadikan “best practices’ dan penanda aras dalam pengurusan PSS sekolah lain untuk memperbaiki amalan sedia ada khasnya dalam meningkatkan penggunaan PSS norma baharu. Biarpun sekolah ditutup, pintu PSS secara maya masih lagi dibuka dan memberi khidmat kepada warga sekolah.

Pendekatan ini ternyata turut membantu PSS SMK Sultanah Bahiyah menerima beberapa pengiktirafan di pelbagai peringkat seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.

Jadual 5: Kesan Pelaksanaan 5P

Bil. Pengiktirafan Peringkat

1 Naib Johan PSS Kebangsaan Tahun 2020 Kebangsaan

2 Ikon GPM Kebangsaan 2020 Kebangsaan

3 Calon Tokoh Pembaca Guru anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Kebangsaan

4 Johan PSS Negeri Kedah 2020 Negeri

6 Johan NILAM Daerah Kota Setar Kategori Bahasa Inggeris Daerah

6 Johan NILAM Daerah Kota Setar Kategori Bahasa Malaysia Daerah

(9)

PTPM 2021:14-18 JUN 2021 Namun begitu, pendekatan 5P tidak akan berjaya tanpa pemuafakatan jitu semua pihak khasnya sokongan daripada pentadbir sekolah dan para guru. Kerjasama bagai satu keluarga merupakan kekuatan utama bagi membolehkan fungsi PSS sebagai pusat pengumpulan , penyebaran maklumat dan pembudayaan amalan membaca dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

RUJUKAN

American Association of School Librarians and Association for Educational Communications and Technology (1988). Information power: Guidelines for school library media programs. Chicago:

American Library Association.

American Association of School Librarians and Association for Educational Communications and Technology (1998). Information power: Building partnerships for learning. Chicago: American Library Association

Che Normadiah Che Abas (2002). Aplikasi Kemahiran Maklumat melalui Pusat Sumber Sekolah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Wawasan, 16 (2), Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah

Church. A. P. (2008). The Instructional Role of the Library Media Specialist as Perceived by School Principals. School Library and Media Research, 11.

Elliot, J. (1989). Educational Theory and the Profesional Learning of Teachers: an Overview. 19:1, pg 81-101.

Haslinda Husaini, Rafidah Abdul Aziz, & Shahrom T.M Sulaiman. (2011). Reading habits and attitudes among students in secondary school (Research Reports. Research Management Institute , Universiti Teknologi MARA.). Shah Alam. Capaian pada 16 Ogos 2020:

http://eprints.uitm.edu.my/6445/

Ida Nadia Hamidon (2016). Kajian Literatur kesan Campuran Pemasaran (4P). International Journal of Accounting, Finance and Business. 1 (1): 11-17.

KementerianPendidikan Malaysia (2020). Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohamad Noor Azlan Idris, Prasad Ridwan, Shah Ridha Abdul Jalili, Sharifah Juliana Al-Idrus & Zuridah Hanim bt Md. Akhir (2019). Panduan Pusat Sumber Idaman. Kuala Lumpur: Literasi Resources.

Mohammad Fazli Baharuddin & Mohd Sharif Mohd Saad (2013). The Role of Teacher-Librarians and Information Literacy: A Case of Four MARA Junior Science Colleges in Kedah, Malaysia. IEEE Symposium on Business, Engineering and Industrial Aplication 2013.

https://www.researchgate.net/publication/270818499 capaian pada 20 Mei 2021.

Padlon Abdul Rahman, (2004). Peranan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam mempromosikan Gerakan Tabiat Membaca di Bawah Program NILAM. (Tesis Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat) Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Persatuan Pustakawan Malaysia (2020). Garis Panduan Pengoperasian Pusat Sumber Sekolah Pasca Peraturan Kawalan Pergerakan.

Rosiah Hamzah, Sharmala Dewi & Selvarajah Manikam (2009). Strategi Pemasaran Penerbitan Ilmiah:

Kajian Kes Penerbit MARDI. Economic And Technology Management Review, 4: 117-124.

Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin, Zulkurnain Bin Hassan (2021). Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian (e-Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2 (10): 1-14. Capaian pada 20 Mei 2021: http://journal.ump.edu.my/ijhtc

Zuridah Hanim Md. Akhir (2011). Kajian Tindakan Pemacu Pusat Sumber Cemerlang. Cakna

Bestari: Cebisan Pengalaman Warga Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman (ms 49 -66). Alor Setar

: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah: 1) Untuk mengetahui skor berbicara siswa sebelum diajar menggunakan permainan ular tangga, 2) Untuk mengetahui skor berbicara siswa

Manfaat Sistem Dinamik 15 Fokus Isu Strategis Memfokuskan pekerjaan pada isu strategis yang menjadi penggerak utama Komprehensif Menangkap fenomena secara

Nurcholis Madjid, Islam Kemodernan dan Keindonesiaan, Mizan, Bandung, 1987, h.49.. di malam hari. Mereka diperkenalkan dengan alam sedikit demi sedikit oleh KH. Beliau

Kegiatan dilakukan selama ini merupakan suatu perkerjaan yang berulang, sebab nilai yang telah di isi lengkap kemudian di entry ulang lagi dan ini berlangsung

● Tiga (3) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Kampung Meripoh

Jika user ingin menambah data transaksi pengiriman, user harus mengisi setiap field yang ada lalu memilih tombol simpan. Ketika user memilih tombol simpan, maka

Personel fasilitas keamanan penerbangan yang telah memiliki lisensi dan rating tidak memenuhi ketentuan sesuai dengan prosedur dan peraturan perundang-undangan yang