1 BULETIN SEJARAH SPM 2017
SOALAN 1 5 MARKAH
LATAR BELAKANG IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Keadaan ini telah berlaku bermula sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi. Namun begitu, imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 lagi apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
Jika ditinjau sebenarnya, imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi dan mengubah sistem politik tanah jajahannya. Sebagai contohnya negara Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Pada peringkat awal imperialisme Barat adalah bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah sahaja. Namun keadaan ini bertambah memuncak apabila berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah menjadikan persaingan kuasa Eropah bertambah sengit.
Pada tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh kuasa imperialis Barat.
MAKSUD NASIONALISME
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara serta gerakan membebaskan tanah air.Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga merangkumi pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing
TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN NASIONALISME Tahap Pertama
Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka tetapi
bersifat setempat dan tidak berorganisasi. Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme. Gerakan-gerakan nasionalisme pada tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat. Mereka lebih menekankan kesedaran politik yang menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki. Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.
Tahap Kedua
Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi.
Perubahan ini disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang bersifat sederhana gagal.
Gerakan nasionalisme tahap dua dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat. Mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan penjajah dan kesannya terhadap bangsa dan negara.Matlamat perjuangan mereka lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.
Cadangan Soalan:
1.Jelaskan latar belakang imperialisme Barat di Asia Tenggara 2. Jelaskan maksud nasionalisme.
3. Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme di Asia Tenggara mengikut tahap.
2 BULETIN SEJARAH SPM 2017
SOALAN 2 15 MARKAH – 30 MARKAH
FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA @ FAKTOR-FAKTOR ASIA TENGGARA MENJADI TUMPUAN IMPERIALIS BARAT DI ASIA TENGGARA
Antara faktor – faktor berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara ialah kekayaan bahan mentah. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik kerana terletak di antara perjalanan China dan India. Selain kedudukan yang strategik, Asia Tenggara mempunyai tanah yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian. Revolusi Perindustrian di Eropah menyebabkan keperluan kepada bahan mentah yang banyak dan konsisten yang terdapat di Asia Tenggara. Asia Tenggara juga kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah di Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand kayu jati di Burma dan Thailand. Bilangan Penduduk yang ramai di Asia Tenggara menjamin pasaran yang luas untuk barangan keluaran kilang secara besar- besaran. Ini menyebabkan memreka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten.
Seterusnya, persaingan antara kuasa-kuasa Barat juga merupakan faktornya. Contohnya persaingan antara kuasa –kuasa Barat seperti Britain, Belanda, Sepanyol, Perancis dan sebagainya.
Persaingan ini menyebabkan Asia Tenggara menjadi mangsa imperialisme baru. Bagi masyarakat Barat semakin luas tanah jajahan mereka semakin tinggi status atau sanjungan yang diperoleh. Oleh itu keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekuasaan serta kekayaan dan kehebatan negara tersebut.
Selain itu, faktor imperialisme ialah beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun oleh kuasa Barat. Bagi kuasa barat seperti British dan Belanda menganggap tamadun mereka lebih maju dengan membawa slogan beban orang putih dan mendakwa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kehidupan yaseng lebih sejahtera. Perancis pula berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun di mana mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.
Para mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan dan di seberang laut.
Di samping itu, sistem pengangkutan dan perhubungan juga antara faktor imperialisme.
Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang banyak dibawa dan juga mempercepatkan perjalanan di antara Barat dan Timur. Pembukaan Terusan Suez dan kapal berkuasa wap juga menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos. Kemajuan sains dan teknologi seperti penciptaan telegraf membolehkan kuasa penjajah memberi arahan kepada
Cadangan Soalan:
1. Huraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara @ Mengapakah Asia Tenggara menjadi tumpuan imperialis Barat di Asia Tenggara.
2. Terangkan perubahan politik yang dijalankan oleh birokrasi Barat di negara berikut:
(a)Filipina (c)IndoChina (e)Tanah Melayu (b)Indonesia (d)Burma
@ Perbandingan sistem pentadbiran sebelum dan selepas kedatangan Barat:
(a)Filipina (b)Indonesia (c)IndoChina (d)Burma (e)Tanah Melayu
3.Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dikaitkan dengan pembebasan negara daripada ancaman kuasa asing.
Terangkan faktor-faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme tersebut.
3 BULETIN SEJARAH SPM 2017
pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli-ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur dengan mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.
Faktor terakhir Imperialisme di Asia Tengara juga berlaku disebabkan oleh masyarakat Eropah ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah ratus dan sutera yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Galakan daripada pemerintah juga mendorong imperialisme berlaku terutamanya apabila golongan monarki baru di England, Perancis dan Belanda telah mempercepatkan penjajahan.Oleh sebab itu penjajahan ini sering dikaitan dengan kata-kata gold,glory dan gospel.
PERUBAHAN POLITIK YANG DIJALANKAN OLEH BIROKRASI BARAT (a) Filipina
Sebelum penjajahan Sepanyol Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu manakala di selatan Filipina pula wujud kerajaan Islam. Selepas penjajahan, Sepanyol telah memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi diperingkat pusat, manakala pentadbiran wilayah pula diketuai oleh Ketua Datuk Bandar dan pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil.
Seterusnya pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda yang diketuai oleh Encomiendero. Dalam sistem ini barangay digabungkan. Tugas Ecomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk baragay. Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga.
(b) Indonesia
Sebelum penjajahan Indonesia terdiri daripada kerajaan yang berasingan seperti Mataram dan Bantam. Kerajaan ini diketuai oleh raja dan dibantu oleh pembesar di mana pemerintahan tempatan diketuai Bupati/ pembesar daerah. Namun demikian, Selepas penjajahan Belanda, pentadbiran pusat dan tempatan diperkenalkan.
Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda manakala pentadbiran Tempatan dijalankan oleh pembesar tempatan tetapi dikawal oleh pegawai Belanda.
Seterusnya penubuhan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.
Belanda juga menubuhkan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan. Penubuhan Volksraad pula merupakan majlis rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan hasil desakan Parti Sarekat Islam.
(c) IndoChina
Sebelum penjajahan Perancis, wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang berkuasa mutlak tetapi memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.
Selepas penjajahan Perancis, pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris dan dibantu oleh Leftenan Gabenor pemerintah wilayah naungan jajahan.Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen Jeneral manakala Residen Jeneral dibantu oleh Residen Wilayah.
4 BULETIN SEJARAH SPM 2017
Perancis juga telah menubuhkan Kerajaan pusat yang dikenali sebagi Union Indochinoise (1887) yang terdiri daripada Vietnam, Kemboja dan Laos menyertainya pada tahun 1904. Semua undang- undang di Indochinoise dilluluskan oleh Parlimen Perancis. Namun demikian Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.
(d) Myanmar(Burma)
Sebelum penjajahan British, Burma telah mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung. Dalam sistem pemerintahan, Raja dibantu oleh Majlis Diraja (Huttaw), pegawai kerajaan (wun), ketua bandar (myothugyi) Pegawai Diraja (Ahmudan), pembesar tradisional (Athi). Raja menjadi penaung sami Buddha.
Namun selepas British menguasai Burma melalui Perang Inggeris Burma III menyebabkan Burma diperintah oleh Pesuruhjaya Tinggi British sebagai pemerintah tertinggi di peringkat pusat.British juga memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma (1887) dan Akta Perkampungan Burma (1889) telah melenyapkan pemerintahan tradisional.
Pentadbiran peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Bandaran (Myo-ok) dan sistem Undang- undang barat diperkenalkan. Majlis perundangan diperkenalkan dan Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran ditubuhkan.
(e) Tanah Melayu
Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS) yang diketuai oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat dan dibantu oleh Residen Kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut. Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan. Kemudiannya, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dibentuk terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah penguasaan Sistem Residen. Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu gabungan Kedah, Kelantan Trengganu, Perlis dan Johor yang diletakkan di bawah Sistem Penasihat. Residen dan Penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. British juga memperkenalkan pelbagai perubahan seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pungutan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis
5 BULETIN SEJARAH SPM 2017
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME Dasar penjajahan barat
Dasar penjajahan Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara- negara di Asia Tenggara kerana sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberi peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden. Melalui dasar ini rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan. Malah dasar ekonomi penjajah telah menindas penduduk pribumi, contohnya sistem polo di Filipina dan sistem tanaman paksa di Indonesia. Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas yang tersendiri mereka layak berdampingan sesama mereka. Selain itu, dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan kerana golongan tersebut menguasai bidang ekonomi.
Pengaruh agama
Pengaruh agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian. Kemunculan gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu serta penubuhan belia Buddha menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme. Gerakan ini juga memperjuangkan Pan Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat.
Manakala agama Kristian di Filipina telah menyatupadukan penduduk peribumi menentang kuasa Sepanyol kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
Karya kesusasteraan
Karya kesusasteraan di Asia Tenggara berperanan membangkitkan nasionalisme melalui karya- karya yang dihasilkan sebagai media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah seterusnya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air. Contohnya cerpen Kerikil-Kerikil Tajam di Indonesia dan Putera Gunung Tahan di Tanah Melayu.
Sistem pendidikan penjajah
Sistem pendidikan penjajah yang pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar mencetuskan nasionalisme. Penjajah juga hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan golongan elit dan penduduk bandar. Contohnya di Indonesia anak golongan Priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan yang bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Manakala di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh telah menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha.
Begitu juga di Tanah Melayu, sistem pendidikan yang dibuat oleh British menyebabkan lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
6 BULETIN SEJARAH SPM 2017
Kemunculan golongan intelektual
Kemunculan golongan intelektual yang mendapat pendedahan falsafah Barat dan Islam di Asia Barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri. Akhirnya, mereka memimpin gerakan nasionalisme dengan menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela dan meminta penjajah membebaskan tanah air mereka.
Pengaruh media massa
Pengaruh media masa seperti akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat. Contohnya Warta Malaya, Majlis di Tanah Melayu dan Tribul Indigene di Vietnam. Perkembangan sistem pengangkutan seperti pembinaan jalan kereta api dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan berbincang mengenai idea-idea nasionalisme.Kewujudan perkhidmatan perhubungan seperti telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
Pengaruh luar
Pengaruh luar seperti kejayaan Jepun menewaskan China dan Russia serta kejayaan Mahatma Ghandhi mendapat kemerdekaan India daripada British telah membuka mata dan memberi inspirasi kepada para nasionalis Asia Tenggara.
SOALAN 3 15 MARKAH – 20 MARKAH
KEISTIMEWAAN SISTEM BIROKRASI BARAT YANG DIPERKENALKAN OLEH PEMERINTAH THAILAND @KEJAYAAN THAILAND MENGEKALKAN KEMERDEKAANNYA.
Raja Mongkut
Kejayaan Thailand mengekalkan kemerdekaan kerana pemerintah Thailand telah mengamalkan sistem birokrasi barat iaitu di bawah pentadbiran Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan disamping melantik penasihat Barat untuk melatih pegawai-pegawai tempatan serta penasihat Barat dari Britain sebagai Penasihat kewangan, pelabuhan dan polis. Selain itu, penasihat dari Amerika Syarikat untuk bidang kastam dan penasihat dari Perancis dilantik untuk bidang ketenteraan.
Cadangan Soalan:
1. Kejayaan Negara Thailand mengekalkan kemerdekaannya @Terangkan keistimewaan sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan sendiri oleh pemerintah Thailand.
2.Bincangkan kesan imperialisme Barat di negara-negara Asia Tenggara.
7 BULETIN SEJARAH SPM 2017
Raja Chulalongkorn
Di bawah pemerintahan Raja Chulalongkorn pula telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Selain itu juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Selain itu, muncul satu golongan baru terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan mereka. Pada tahun 1932, Sistem Raja Berperlembagaan telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem raja berkuasa mutlak. Perubahan ini mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja. Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand
KESAN IMPERIALISME BARAT DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA.
Kesan imperialisme ke atas politik ialah Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah- wilayah di tanah jajahan. Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan) dan pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro.
Contohnya Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan. Pengenalan Undang- undang Barat seperti Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889.
Memperkenalkan Majlis Perundangan dan sistem kehakiman barat seperti Undang-undang sistem pengutipan cukai. Pengenalan Sistem Penasihat iaitu Residen British dan Penasihat British yang berperanan menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Pemerintah tempatan membuat perjanjian dengan kuasa Eropah menyebabkan kekuatan mereka diiktiraf oleh pemimpin tempatan. Wujudnya syarikat berpiagam, contohnya Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menguasai perdagangan termasuk di Asia Tenggara.
Kesan ke atas ekonomi ialah Asia Tenggara berperanan sebagai pembekal bahan mentah kepada keperluan masyarakat Eropah. Ekonomi peribumi distruktur untuk manfaat penjajah, contohnya di Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut memenuhi keperluan mereka di Eropah. Pusat perdagangan di Melaka dan jalan perdagangan diambil alih oleh orang Eropah daripada pedagang Islam. Buruh tempatan dieksploitasi untuk bekerja di ladang getah, contohnya sistem tanaman paksa di Jawa. Pengenalan sistem cukai baru telah menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk tempatan sehingga membawa kepada penentangan, misalnya kebangkitan Tok Janggut di Kelantan.
Kesan ke atas sosial ialah kemerosotan pengaruh golongan agama di kalangan penduduk tempatan menyebabkan ramai menerima agama Kristian seterusnya telah menghapuskan tamadun tempatan serta mewujudkan masyarakat baru. Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah seperti cara berpakaian. Pengenalan sistem pendidikan vernakular Melayu, Cina dan Tamil di Tanah Melayu menyebabkan tidak wujudnya perpaduan kaum.
Pendidikan Inggeris dikhaskan kepada golongan bangsawan di bandar menyebabkan penduduk luar bandar terus ketinggalan dan buta huruf. Kemasukan buruh luar telah melahirkan masyarakat majmuk, contohnya di Tanah Melayu. Penjajah mengamalkan diskriminasi ekonomi yang menyebabkan penduduk tempatan kekal terlibat dalam ekonomi sara diri dan hidup dalam kemiskinan.
8 BULETIN SEJARAH SPM 2017
SOALAN 4 10 MARKAH – 20 MARKAH
(a)Filipina
Gerakan nasionalisme di Filipina merupakan gerakan terawal di Asia Tenggara. Gerakan ini dapat dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.
Tahap Pertama
Tahap pertama gerakan ini merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal yang mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.
Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol, bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol, dan bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindakbalas Sepanyol, Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan mendesak Kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan Sepanyol berasa terancam dan menangkap Jose Rizal dan membuangnya ke Dapitan di Mindanao. Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan. Walaupun gerakan dakyah ini berakhir tetapi telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.
Tahap Kedua
Gerakan ini bermula apabila Parti Kartipunan yang ditubuhkan oleh Andres Bonifacio telah memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol. Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi. Kartipunan telah menggunakan media cetak untuk menyebarkan menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat.
Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan tersebut. Pada tahun 1896, Kartipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal. Kartipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897. Aguinaldo telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898.
Penyingkiran Sepanyol telah memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina.
Pengisyhtiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak disahkan oleh Amerika. Dengan itu, revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901. Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan selepas partinya iaitu Parti Nasional menang dalam pilihanraya pada tahun 1907. Pada tahun 1930-an, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan
Cadangan Soalan:
1.Terangkan gerakan nasionalisme:
(a)Filipina (b)Burma (c)IndoChina (d)Thailand (e)Indonesia
9 BULETIN SEJARAH SPM 2017
(b)Burma Tahap Pertama
Gerakan nasionalime tahap pertama di Burma dicetuskan oleh golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan barat. Golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 yang bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan dikalangan rakyat Burma. Persatuan Belia Buddha menggunakan isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalime dikalangan rakyat Burma. Menjelang tahun 1916 Persatuan Belia Buddha dikatakan lebih bersifat radikal dibawah pimpinan U Ba Pe. Pada tahun 1920 pemimpin-peminpin Persatuan Belia Buddha telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan- kesatuan Burma yang lebih radikal.
Tahap Kedua
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma dikatakan muncul hasil dari Laporan montagu Chelsford yang mengatakan Burma masih belum bersedia untuk berkerajaan sendiri. Pada tahun 1920 berlakunya revolusi pelajar yang membawa kepada cadangan/tuntutan penubuhan sebuah Universiti untuk mereka.Gerakan nasionalisme di Burma juga berlaku setelah wujudnya gerakan Golongan Sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang membawa kepada tercetusnya Pemberontakan Saya San. Saya San telah merupakan bekas Pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.
Kebangkitan semangat nasionalisme di Burma juga berlaku setelah munculnya Liga Antipemisahan yang mengatakan pemisahan dengan India akan melambatkan kemerdekaan Burma. Pengenalan Perlembagaan Burma pada tahun 1935 memberi ruang kepada rakyar Burma untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Begitu juga kewujudan Golongan Thakin (siswazah university ) telah menuntut kemerdekaan Burma melalui penubuhan Parti Dobawa Asiayone pada tahun 1935. Parti Dobama Asiayone tersebut dipimpin oleh Aung San, Kyam Nein dan U Nu dengan mengelarkan diri mereka sebagai “Tuan”. Akhir sekali, kemenangan Dr Ba Maw dalam pilihan raya pada tahun 1937 telah membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Burma.
(c)IndoChina Tahap Pertama
Gerakan nasionalisme tahap pertama di IndoChina tertumpu di Vietnam yang dipelopori oleh golongan Bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Mereka berjuang memulihkan sistem pemerintahan beraja. Golongan menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini, iaitu Phan Boi Chau telah memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal. Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjarakan dan VNQPH telah diharamkan oleh Perancis.
10 BULETIN SEJARAH SPM 2017
Tahap Kedua
Kegagalan parti-parti politik sederhana mendapatkan kerjasama Perancis telah membawa kepada Gerakan nasionalisme yang lebih radikal. Gerakan tahap kedua merupakan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV) yang bersifat radikal. Perancis bertindak menangkap pemimpin VNQDD dan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Nguyen Thai Hoc manakala Ho Chi Minh pemimpin PKV telah melarikan diri ke Hong Kong. Sikap keras Perancis ini telah menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana dibawah pimpinan Maharaja Bao Dai. Segala usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai telah disekat malah, baginda juga dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme. Akhirnya, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dan dilantik menjadi Presiden Vietnam Utara.
(d)Thailand Tahap Pertama
Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah. Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puashati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. Perkembangan pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek di Thailand. Mereka yang mendapat pendidikan Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan. Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak telah menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden. Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak berpuashati. Ini membawa kepada pertubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong dan Phibul Songram pada 1932. Parti ini telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Tahap Kedua
Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puashati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina. Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Thailand. Kemarahan orang Siam terhadap kerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina menindas orang Siam.
Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China. Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga diharamkan. Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan perusahaan. Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja. Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau tanah yang bebas.
Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa- kuasa Barat. Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya pendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis.
Menyatukan wilayah-wilayahnya di IndoChina dan Tanah Melayu.
11 BULETIN SEJARAH SPM 2017
(e)Indonesia
Gerakan nasionalisme di Indonesia gerakan terawal di Asia Tenggara yang dapat dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.
Tahap Pertama
Pada tahap pertama, para nasionalis di Indonesia memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan. Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.
Raden Adjeng Kartini telah menghasilkan karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa. Karya ini telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda. Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun. Selain itu Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini. Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Seterusnya pertubuhan ini turut membina banyak sekolah, klinik dan masjid .
Tahap Kedua
Pada tahap yang kedua, gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal Sarikat Islam(SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI).
Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia walaupun dengan cara kekerasan. PNI di bawah pimpinan Soekarno berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia. Belanda bertindakbalas menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI.
12 BULETIN SEJARAH SPM 2017
SOALAN 5 (KBAT) 10 MARKAH
BENTUK PENJAJAHAN BENTUK BARU PADA MASA KINI
Bentuk penjajahan baru yang melanda masyarakat zaman sekarang ialah kuasa besar mengambil kesempatan ke atas negara yang tidak stabil politiknya untuk campurtangan dengan matlamat tertentu, terutama kepentingan ekonomi.Contoh di Asia Barat, Amerika campur tangan di Iraq.
Kuasa besar yang berpengaruh dan kuat kuasa ketenteraannya memberi bantuan ketenteraan yang berterusan kepada negara yang lemah. Tujuannya untuk terus menguasai negara itu di sebalik slogan bantuan untuk keamanan.Contoh kuasa ketenteraan Amerika Syarikat terus kekal di Afghanistan.
Selain itu semua negara perlu mematuhi peraturan antarabangsa yang ditetapkan oleh kuasa besar dan ini merupakan penindasan kepada negara kecil dan lemah. Tambahan pula, negara lemah dipaksa mematuhi ketetapan yang dibuat tanpa diberi pilihan untuk membela diri. Contohnya penjenayah yang menembak jatuh kapal terbang penumpang Malaysia, iaitu MH 370.
Penjajahan bentuk baru juga berlaku dalam bidang ekonomi. Kegawatan ekonomi telah memberi peluang kepada negara kaya untuk menguasai sistem kewangan negara yang lemah. Selain daripada itu, serangan matawang oleh negara –negara maju menyebabkan sesebuah negara itu jatuh miskin dan menanggung hutang yang banyak. Negara yang menjadi mangsa terpaksa akan membuat pinjaman dengan IMF.Contoh negara Indonesia.
Sekatan ekonomi oleh kuasa besar juga merupakan satu bentuk penjajahan yang menindas negara yang lemah. Hal ini kerana, sekatan ini dianggap sebagai satu tindakan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan kepada rakyat yang tidak bersalah. Contohnya tiada urusan perdagangan dan kewangan atau perbankan seperti yang dikenakan terhadap Iran dan Quba.
Pelaksanaan imperialisme bentuk baru juga berlaku melalui era globalisasi kerana globalisasi ialah satu cara untuk meluaskan pengaruh kapitalis Barat ke negara dunia ketiga. Kuasa Barat menguasai perdagangan, perindustrian, teknologi dan pendidikan. Di samping itu, kuasa Barat mengawal pasaran,ekonomi dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di negara tersebut.
Manakala perjanjian pelaburan yang berat sebelah menyebabkan pemodal asing menguasai ekonomi tempatan. Hal ini menyebabkan harga barangan tempatan ditentukan oleh kuasa besar seperti getah, minyak dan gas asli.
Cadangan Soalan:
1. Pada pendapat anda, apakah bentuk penjajahan baru yang melanda masyarakat zaman sekarang ? 2. Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara.
3.Usaha mengekalkan kemerdekaan lebih sukar daripada memperjuangkan kemerdekaan.
Berikan penjelasan.
4.Peranan pemimpin untuk mengekalkan kedaulatan negara.
5.Cadangkan langkah-langkah untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia @ Apakah usaha-usaha untuk menghadapi ancaman penjajahan bentuk baru pada masa kini?
6.Gerakan nasionalisme banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Berikan penjelasan.
7.Nasionalisme ditakrif sebagai perasaan mencintai bangsa dan negara serta kebersamaan mempertahankan tanah air
Buktikan semangat tersebut kukuh dalam jiwa masyarakat Malaysia hari ini?
13 BULETIN SEJARAH SPM 2017
Penjajahan baru dalam bentuk sosial, yang paling merbahaya ialah penjajahan minda yang berlaku melalui penyebaran budaya Barat yang bebas seperti liberalisme, seks bebas, muzik dan dadah. Selain itu berlakunya penerapan budaya asing tanpa disedari dalam masyarakat terutama generasi muda. Akibatnya, mereka lalai dengan hiburan melalui filem, iklan dan media social serta dadah yang menggugat jati diri bangsa.
GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND BERBEZA DENGAN NEGARA LAIN DI ASIA TENGGARA.
Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah. Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puas hati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. Perkembangan pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek di Thailand. Mereka yang mendapat pendidikan Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan. Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak telah menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden. Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak berpuas hati. Ini membawa kepada pertubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong dan Phibul Songram pada 1932. Parti ini telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina. Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Thailand. Kemarahan orang Siam terhadap kerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina menindas orang Siam. Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga diharamkan. Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan perusahaan.Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja. Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau tanah yang bebas. Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam kerana negara Siam merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis menyatukan wilayah-wilayahnya di IndoChina dan Tanah Melayu.
14 BULETIN SEJARAH SPM 2017
CABARAN MENGEKALKAN KEMERDEKAAN
Cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita adalah berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan sebagainya.Kesannya negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan dan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan negara kerana mewujudkan perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam keselamatan negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan negara sebab ada antara pendatang ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
Seterusnya, cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan negara ialah masalah perpaduan kaum. Sekiranya tidak wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir dan membawa kepada campurtangan kuasa luar di negara kita.Tambahan pula,negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan. Negara kita kekurangan senjata moden untuk menjaga keselamatan dari ancaman musuh. Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana kurangnya penguasaan ilmu dalam kalangan generasi muda hari ini.
Di samping itu, masyarakat kita juga terpengaruh dengan dakyah atau ideologi yang memecah-belahkan perpaduan kaum. Contohnya Daesh, IS dan sebagainya.Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat negara ini yang terlibat dalam kumpulan itu.
Demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa mematuhi undang- undang negara boleh mengancam keselamatan negara.Seterusnya campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan dan kemerdekaan negara
Selanjutnya, cabaran bagi mengekalkan kemerdekaan negara ialah kesukaran memupuk nilai-nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda masa kini. Ini berpunca daripada kurang penghayatan patriotisme dalam kalangan generasi muda .Generasi muda lebih mengagung- agungkan kebudayaan luar. Contohnya, muzik hip hop dari Korea.
PERANAN PEMIMPIN UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA
Pemimpin haruslah mengutamakan konsep 1 Malaysia dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pemimpin haruslah menjalankan program pembangunan dan transformasi kerajaan. Pemimpin haruslah mengutamakan ilmu pengetahuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkemahiran dan berdaya saing di peringkat global.
Pemimpin haruslah mengutamakan sains dan teknologi/ICT dan mengalakkan inovasi.Pemimpin harus mengalakkan rakyat untuk meneroka pelbagai bidang baru.Pemimpin harus mengadakan sambutan kemederkaan untuk memupuk semangat cintakan negara dalam diri setiap rakyat negara ini. Menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain agar wujudnya pesefahaman antara negara dalam pelbagai aspek.
15 BULETIN SEJARAH SPM 2017
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME @ USAHA-USAHA MENGHADAPI ANCAMAN PENJAJAHAN BENTUK BARU KINI
Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat nasionalisme ialah dengan ibu bapa membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara, Bandar Hilir Melaka dan muzium-muzium. Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah tokoh zaman dahulu membangunkan negara. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku dan DVD yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme. Sementara itu, Kementerian Pendidikan dapat memupuk semangat ini dengan menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib belajar dan wajib lulus dalam peperiksaan. Seterusnya guru juga dapat menerapkan elemen patriotisme melalui mata pelajaran seperti Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan pelajar-pelajar menyertai pelbagai aktiviti seperti ucapan, pidato, bahas dan pintomin pada bulan kemerdekaan.
Selain itu, pihak Kementerian melalui institusi pendidikan juga boleh menganjurkan aktiviti- aktiviti patriotisme bersempena Sambutan bulan Kemerdekaan seperti deklamasi sajak, debat, perarakan dan lain-lain menerusi media cetak dan elektronik. Di samping itu, media massa seperti stesen televisyen dapat membantu memupuk semangat nasionalisme dengan menyiarkan filem- filem yang mengisahkan semangat cintakan Negara. Contohnya filem Bukit Kepong dan Sarjan Hassan. Selain itu, biografi mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut dan Tun V.T. Sambanthan yang diselitkan ketika iklan dilihat dapat menjentik hati kecil masyarakat untuk mencontohinya.
Antara cara lain yang dapat memupuk semangat nasionalisme ini ialah melalui contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Hal ini dapat dilihat melalui sikap professional pemimpin-pemimpin dalam menangani isu-isu negara seperti kemiskinan, keselamatan dan lain-lain. Contohnya dalam menangani isu keselamatan di Lahad Datu. Akhir sekali, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat nasionalisme.
MANFAAT GERAKAN NASIONALISME KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT
Semangat nasionalisme penting bagi sebuah negara adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat hari ini. Dengan wujudnya semangat nasionalisme sudah pasti rakyat akan terus menjaga keamanan dan kesejahteraan Negara, di mana rakyat sanggup berjuang dan berkorban bersungguh-sungguh demi maruah negara tercinta.
Contohnya Peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah yang turut mengorbankan nyawa anggota tentera kita.
Semangat nasionalisme juga penting bagi mengelakkan negara dari dijajah oleh negara asing.
Keadaan ini menyebabkan kedaulatan sesebuah negara dapat di kekalkan. Secara tidak langsung negara akan menjadi aman dan damai. Malahan keselamatan rakyat juga turut terjamin dan dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa gangguan daripada mana-mana pihak yang tidak bertanggunjawab dan berkepentingan.
16 BULETIN SEJARAH SPM 2017
Selain itu semangat nasionalisme juga penting bagi memastikan rakyat mempertahankan negara dari anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan bangsa Malaysia. Oleh demikian rakyat akan berasa bertanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dari di cemari dan dipandang rendah oleh kuasa luar. Secara tidak langsung, keadaan ini akan mewujudkan kestabilan dalam politik negara kerana ianya akan menyekat campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara kita.
Disamping itu, semangat nasionalisme juga akan menyebabkan rakyat saling bekerjasama dalam memajukan ekonomi negara. Hal ini akan menyebabkan negara menjadi pusat tumpuan pelabur asing yang secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ini membolehkan taraf hidup penduduk tempatan meningkatkan yang mampu mengurangkan kadar pengganguran yang besar dikalangan masyarakat hari ini. Misalnya, peluang pekerjaan di sektor perkilangan, pembuatan dan pelancongan.
Semangat nasionalisme juga akan mewujudkan perpaduan antara kaum dan sifat tolerasi dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.
Penerimaan ini akan menjadikan masyarakat saling menghormati dan menerima perbezaan agama dan budaya masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Semangat nasionalisme ini juga membolehkan generasi muda dapat mengelakkan diri daripada perkara–perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme yang sekali gus akan dapat menaikkan imej negara di mata dunia sebagai sebuah negara yang harmoni.
BUKTI SEMANGAT NASIONALISME KUKUH DALAM JIWA MASYARAKAT MALAYSIA
Bukti semangat nasionalisme kukuh dalam jiwa masyarakat Malaysia hari ini ialah buktinya pemain Malaysia yang berusaha memenangi sukan di peringkat antarabangsa seperti badminton dan squash.Hal ini dapat dibuktikan apabila pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei yang bermain bermati-matian untuk memenangi setiap kejohanan peringkat antarabangsa yang disertainya sehingga nama negara terkenal di seantero dunia.
Selain itu, masyarakat Malaysia pada hari ini sentiasa memelihara imej negara dengan
mengamalkan prinsip-prinsip moral dan nilai-nilai murni yang baik sehingga Malaysia dipandang tinggi oleh pelancong yang datang ke negara kita.Contohnya, Majlis Rumah Terbuka yang dihadiri oleh pelbagai kaum telah menonjolkan imej Malaysia sebagai negara yang harmoni dan sejahtera.
Seterusnya, masyarakat Malaysia sentiasa mengamalkan hidup bersatu padu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum yang berlainan agama,budaya dan adat resam.Kehidupan bersatu padu telah mewujudkan negara yang aman dan harmoni.Contohnya, Malaysia telah diiktiraf oleh dunia sebagai negara yang paling selamat didiami.
Selanjutnya, masyarakat Malaysia sering menghormati dan menghayati lagu kebangsaan dalam majlis-majlis rasmi dengan berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan suara yang nyaring.Perbuatan ini akan meningkatkan jati diri rakyat Malaysia sebagai warganegara yang patriotik dan sanggup berkorban untuk negara.
17 BULETIN SEJARAH SPM 2017
SOALAN 6 (KBAT) 10 MARKAH
\
KESAN PENJAJAHAN BENTUK BARU KEPADA MASYARAKAT HARI INI
Kesan penjajahan bentuk baru kepada masyarakat hari ini, ialah negara tidak stabil yang kerap berlaku perebutan kuasa dan jawatan. Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara. Contohnya kepimpinan kerajaan Afganistan yang dibantu oleh Amerika Syarikat. Tambahan lagi, pemimpin yang berada di bawah pengaruh kuasa asing tidak berwibawa memerintah negara. Mereka terpaksa megikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam sesuatu perkara seperti pengaruh Amerika Syarikat di Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak.
Kesan yang paling jelas penjajahan bentuk baru ialah dalam bidang ekonomi. Negara yang kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi di negara yang lemah. Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan. Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara sedang membangun.
Selain itu kehilangan jati diri bangsa dan generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman liberalisme, seks bebas dan dadah. Di samping itu, kesan lain ialah penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan melalui filem, drama, iklan, majalah dan media sosial yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita hari ini.
Tambahan pula, pengaruh barat yang menggugat keamanan negara seperti, kebebasan bersuara tanpa menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat kestabilan negara.
Cadangan Soalan:
1. Kesan penjajahan bentuk baru kepada masyarakat hari ini.
2. Penjajahan bentuk baru yang boleh menggugat kedaulatan negara Malaysia.
Berikan penjelasan.
3. Huraikan cabaran yang dihadapi negara-negara Asia Tenggara untuk mengatasi ancaman imperialisme bentuk baru.
4. Jelaskan kejayaan telah dicapai oleh negara kita selepas kemerdekaan 5. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi ancaman penjajahan bentuk baru.
6. Mengapakah semangat patriotik masyarakat hari ini semakin luntur ? Berikan penjelasan.
7. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme yang
tinggi.
18 BULETIN SEJARAH SPM 2017
PENJAJAHAN BENTUK BARU BOLEH MENGUGAT KEDAULATAN NEGARA
Imperialisme baru pada masa kini ialah berlaku campur tangan negara luar dalam hal ehwal politik sesebuah negara. Kuasa besar mengambil kesempatan ke atas negara yang tidak stabil politiknya untuk campurtangan dengan matlamat tertentu, terutama kepentingan ekonomi.
Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara. Contohnya Negara China yang banyak memonopoli projek pembangunan di Malaysia.
Selain itu mematuhi peraturan antarabangsa yang ditetapkan oleh kuasa besar merupakan penindasan kepada negara kecil dan lemah. Negara lemah dipaksa mematuhi ketetapan yang dibuat tanpa diberi pilihan membela diri. Contohnya penjenayah yang menembak jatuh kapal terbang penumpang Malaysia, iaitu MH 370.
Penjajahan bentuk baru juga berlaku dalam bidang ekonomi. Kegawatan ekonomi memberi peluang negara kaya menguasai sistem kewangan negara yang lemah. Serangan matawang menyebabkan negara itu jatuh miskin dan menanggung hutang yang banyak. Negara yang menjadi mangsa terpaksa membuat pinjaman dengan IMF atau Bank Dunia. Contoh negara Malaysia yang banyak terikat dengan beban hutang yang tinggi.
Pelaksanaan imperialisme bentuk baru berlaku melalui era globalisasi. Globalisasi ialah cara untuk meluaskan pengaruh kapitalis Barat ke negara dunia ketiga.Negara Barat menguasai perdagangan, perindustrian, teknologi dan pendidikan. Kuasa Barat mengawal pasaran,ekonomi dan mengaut untung melalui pelaburan di negara tersebut. Perjanjian pelaburan yang berat sebelah menyebabkan pemodal asing menguasai ekonomi tempatan. Harga barangan tempatan ditentukan oleh kuasa besar seperti getah, minyak dan gas asli.
Penjajahan bentuk baru yang merbahaya ialah penjajahan minda. Berlaku melalui penyebaran budaya Barat yang bebas seperti liberalisme, seks bebas, muzik dan dadah. Selain itu , berlakunya penerapan budaya asing tanpa disedari dalam masyarakat terutama generasi muda.
Mereka lalai dengan hiburan melalui filem, iklan dan media sosial serta dadah yang menggugat jati diri bangsa.
CABARAN YANG DIHADAPI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA UNTUK MENGATASI ANCAMAN IMPERIALISME BENTUK BAHARU.
Kesan penjajahan bentuk baru ialah negara tidak stabil yang kerap berlaku perebutan kuasa dan jawatan. Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara.
Contohnya kepimpinan kerajaan Afganistan yang dibantu oleh Amerika syarikat. Pemimpin yang berada di bawah pengaruh kuasa asing tidak berwibawa memerintah negara. Mereka terpaksa megikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam sesuatu perkara seperti pengaruh Amerika Syarikat di Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak.
Kesan jelas penjajahan bentuk baru ialah dalam bidang ekonomi. Negara kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi di negara yang lemah. Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan. Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara sedang membangun. Selain itu kehilangan jati diri bangsa.
Generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman liberalisme, seks bebas dan dadah.
19 BULETIN SEJARAH SPM 2017
Kesan lain ialah penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan melalui filem, drama, iklan, majalah dan media sosial yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita hari ini. Pengaruh barat yang menggugat keamanan negara ialah kebebasan bersuara tanpa menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat kestabilan negara.
Ancaman penjajahan bentuk baru ialah perpaduan antara kaum akan runtuh. Fahaman individualisme, perkauman dan tidak menghormati agama, bahasa dan budaya kaum lain akan meruntuhkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di negara kita
KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH NEGARA KITA SELEPAS MENCAPAI KEMERDEKAAN Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri setanding kereta asing. Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA). Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia ini membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Perusahaan ini secara tidak langsung telah dapat meningkatkan pendapatan negara kita. Tegasnya, bidang automobil negara menjadi salah satu mercu kejayaan negara.
Selain itu, kejayaan Malaysia turut dapat dilihat melalui pembinaan bangunan yang menjadi kebanggaan negara terutamanya di ibu kota metropolitan, Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak di Kuala Lumpur. Keistimewaan kedua-dua menara ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan menarik banyak pelancong asing ke negara Malaysia sepanjang tahun. Pendek kata, pembinaan bangunan yang tersergam gah telah membuktikan kejayaan negara dicapai.
Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Bukan itu sahaja, program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata pelajaran sains dan teknologi. Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan sejak kecil lagi.
Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, MRT, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA ialah lapangan terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi
20 BULETIN SEJARAH SPM 2017
mereka. Perkembangan teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Ringkasnya, kecanggihan sistem pengangkutan dan perhubungan negara turut menjadi kayu ukur kejayaan negara pada alaf ini.
Kejayaan negara yang seterusnya ialah kejayaan dalam bidang sukan. Sukan negara semakin rancak apabila banyak atlet negara yang berjuang bermati-matian untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David. Kini, Datuk Nicol merupakan pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton profesional di Malaysia. Beliau selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang. Jelaslah bahawa peningkatan pencapaian yang cemerlang oleh atlet-atlet negara berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.
Kejayaan Malaysia dari segi Sains dan Teknologi ialah mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertujuan untuk perkembangan teknologi maklumat dan multimedia global dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Melalui MSC kerajaan telah memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI ANCAMAN PENJAJAHAN BENTUK BARU
Sebagai warga patriotik, saya boleh berperanan menghalang penjajahan bentuk baru di negara kita dengan mengukuhkan jati diri agar tidak mudah terpegaruh dengan segala anasir luar. Selain itu saya perlu menuntut ilmu dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar dapat menjadi individu yang berguna dan berbakti kepada negara dan seterusnya berupaya menghalang segala penjajahan bentuk baru di negara ini.
Disamping itu, saya juga akan berhati-hati terutamanya apabila menggunakan laman sosial agar tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang bertujuan menjatuhkan negara. Selain itu, saya juga perlu menggunakan laman sosial dengan sebaik-baiknya dengan tidak menyebarkan berita-berita palsu yang mampu menggugat keamanan dan keselamatan negara.
Saya juga akan menanam nilai-nilai murni dalam diri agar dapat membentuk peribadi yang luhur. Seterusnya saya boleh menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk meningkatkan jati diri dan menanam semangat cinta akan negara.
Di samping itu, media massa seperti stesen televisyen juga dapat membantu mengatasi ancaman bentuk baru dengan menyiarkan filem-filem yang mengisahkan semangat cintakan Negara. Contohnya filem Bukit Kepong dan Sarjan Hassan. Selain itu. Pihak media massa juga perlu memastikan filem-filem dan sebarang bentuk muzik yang dibawa masuk ke Malaysia dipantau terlebih dahulu supaya budaya-budaya negatif ini dapat disekat terus daripada tersebar kepada golongan muda.
Selain itu, negara juga boleh melibatkan diri dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Komanwel dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Penglibatan negara dalam pertubuhan antarabangsa akan membantu negara daripada dijajah dari segi politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat melalui sikap professional pemimpin-pemimpin dalam menangani isu-isu negara seperti kemiskinan, keselamatan dan lain-lain.
Contohnya kerjasama antara Malaysia dan Filipina dalam isu keselamatan di Lahad Datu, Sabah.
21 BULETIN SEJARAH SPM 2017
FAKTOR SEMANGAT PATRIOTISME MASYARAKAT HARI INI SEMAKIN LUNTUR
Semangat nasionalisme semakin luntur kerana sebahagian besar rakyat tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap dan lain- lain lagi. Selain itu, mereka dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai. Keadaan ini menyebabkan mereka leka dan lalai dalam menghayati semangat cinta kepada negara.
Penyalahgunaan teknologi moden dan canggih yang dinikmati seperti kemudahan internet dan media sosial menyebabkan semangat nasionalisme semakin berkurangan. Negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat. Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini.
Oleh itu kemewahan dan kesenangan hidup yang dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan luntur semangat nasionalisme dalam diri mereka.
Selanjutnya ialah kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Bacaan ikrar yang dilafazkan hanya sekadar dibibir tanpa menjiwainya. Keadaan ini menyumbang kepada sebab semangat nasionalisme semakin luntur.
Seterusnya ialah kemasukan pengaruh luar seperti budaya hendonisme iaitu mengutamakan keseronokan yang bertentangan dengan norma kehidupan contohnya arak, seks bebas sehingga menolak agama. Keasyikan dengan keseronokan ini menyumbang kepada kurangnya semangat nasionalisme di kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri berbanding dengan kepentingan kepada negara. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan pengaruh budaya Barat yang mengutamakan sifat individualistik. Rakyat sibuk memikirkan hal masing- masing tanpa menghiraukan masyarakat dan negara.
Fahaman politik yang berbeza juga penyumbang kepada semangat patriotisme semakin luntur. Fanatiknya terhadap pegangan ideologi parti masing-masing mendorong mereka lebih mengutamakan kepentingan agenda peribadi daripada mengutamakan kepentingan negara.
Pengaruh media sosial dan internet di kalangan rakyat terutama golongan muda yang menyebarkan sesuatu isu dan cepat mempercayai, contohnya isu berkaitan kepemimpinan negara, yang belum terbukti kebenarannya. Ini menimbulkan kebencian terhadap pemimpin khasnya dan negara amnya sehingga terhakis semangat nasionalisme di kalangan rakyat.
Selain itu, Institusi kekeluargaan yang kurang memainkan peranan mereka dalam proses menyemai semangat patiotisme kepada anak-anak masa kini, menyebabkan kurang penghayatan patriotisme di dalam diri mereka. Malahan, kekurangan publisiti dalam media massa tentang kepentingan semangat nasionalisme turut menyumbang kepada lunturnya semangat nasionalisme pada masa kini.
22 BULETIN SEJARAH SPM 2017
KESAN SEKIRANYA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMILIKI SEMANGAT NASIONALISME YANG TINGGI
Sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme yang tinggi ialah rakyat Malaysia akan berpecah belah kerana sering berlaku pergaduhan antara kaum akibat sering menimbulkan isu-isu yang sensitif dalam kalangan masyarakat seperti isu agama,isu bahasa dan isu raja-raja Melayu.Hal ini menyebabkan negara menjadi tidak aman dan politik dalam negara menjadi tidak stabil.
Selain itu, negara kita akan menjadi mundur kerana pelabur-pelabur asing tidak yakin untuk melabur akibat bimbang akan keselamatan perniagaan mereka. Hal ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dalam negara serta akan menyebabkan berlakunya pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia.Contohnya, beberapa buah kilang telah menutup operasinya di Malaysia beberapa tahun yang lalu .
Seterusnya, kedaulatan negara akan tergugat akibat daripada campur tangan dari negara luar.Hal ini kerana pemimpin yang lemah dalam pentadbiran akan mudah untuk meminta pertolongan dari luar sehingga berlakunya campur tangan dalam hal-hal yang tertentu.Ini akan menyebabkan imej negara akan terjejas dan pentadbiran dalam negara tergugat.
SOALAN 7 (KBAT) 10 MARKAH
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA BERDAULAT Langkah-langkah untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat ialah dengan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul
Rahman yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.
Selain itu, lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati. Jalur
Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia.
Ketika menyanyikan lagu Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.
Cadangan Soalan:
1. Huraikan langkah-langkah untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat . 2. Jelaskan iktibar yang dapat diambil daripada dasar imperialisme dan pengenalan birokrasi Barat di Asia Tenggara.
3. Apakah sikap yang seorang nasionalis yang memperjuangkan maruah negara dan bangsanya ?