• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1

KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) DALAM BENTUK MICROSOFT POWER POINT BAGI KURSUS P5127, KEWANGAN PERNIAGAAN UNTUK PELAJAR SEMESTER LIMA DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

Faizah Binti Sahbudin

Muhammad Nazri Bin Abdul Halim Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan serta menilai penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus P5127, Kewangan Perniagaan. ABBM dibina bersesuaian dengan isi kandungan kursus tersebut di Politeknik Malaysia dan mesra pengguna. Cadangan kajian ini melibatkan pelajar semester lima Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sebagai sampel kajian. Dua instrumen kajian akan digunakan di dalam kajian ini iaitu alat bahan bantu mengajar dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus P5127, Kewangan Perniagaan dan borang soal selidik. Data yang dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan program Statistics Package For Social Sciences (SPSS) melibatkan Descriptive Statistics untuk mendapatkan nilai frekuensi, min dan sisihan piawai. Pengkaji berharap agar ada usaha penambahbaikan di masa akan datang bertujuan untuk meningkatkan lagi ABBM dalam bentuk Microsoft Power Point ini dan boleh diaplikasikan dan diguna pakai di Politeknik Seberang Perai.

(2)

2 BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai (PSP) menawarkan pengajian untuk program Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS) yang mewajibkan pelajar untuk mengambil kursus P5127, Kewangan Perniagaan pada semester lima. Pra syarat untuk mengambil kursus ini adalah pelajar perlu lulus kesemua kursus semester sebelumnya. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mempelajari dan memahami peranan pengurusan kewangan, pengurus kewangan dan objektif firma, mengetahui perbezaan di antara objektif memaksimumkan keuntungan dan objektif memaksimumkan kekayaan serta pengukur pencapaian objektif firma, mempelajari dan memahami konsep dan ukuran pulangan serta risiko dan menjelaskan hubungan antara risiko dan pulangan, menyelesaikan nisbah-nisbah kewangan mengikut kategori dan kegunaan nisbah-nisbah kewangan serta had-had penggunaannya, mempelajari dan memahami polisi-polisi modal kerja, pengurusan tunai dan sekuriti boleh pasar, pengurusan penghutang dan pengurusan inventori, mempelajari dan memahami jenis-jenis kredit jangka pendek dan kos pembiayaan kredit dan lain-lain lagi yang melibatkan kewangan dalam dan luar negara.

Pengkaji telah ditugaskan oleh Ketua Jabatan Perdagangan untuk mengajar pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan semester lima untuk mengajar subjek Kewangan Perniagaan. Sepanjang satu semester, sebanyak 7 topik yang diajar, pengkaji merasakan topik 6 yang bertajuk Belanjawan Modal adalah tajuk yang agak sukar bagi pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan kerana topik 6 yang melibatkan sedikit topik daripada subjek Perakaunan. Memandangkan para pelajar tersebut yang bukan pelajar jurusan perakaunan, mereka cuma belajar asas sahaja semasa semester 1 iaitu Perakaunan Awalan 1 berbanding dengan pelajar Diploma Perakaunan yang mempelajari subjek perakaunan bermula semester 1 hingga semester 6, pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan agak sukar untuk menerima topik tersebut berbanding topik lain. Pengkaji turut mendapati bahawa pelajar sukar untuk mengemas kini nota yang diberi oleh pensyarah. Pelajar juga merasakan bebanan dengan membawa nota ke kuliah. Pelajar juga akan cepat bosan dengan kaedah pengajaran pensyarah yang hanya membawa pen marker dan papan putih sebagai ABBM utama pensyarah.

1.1 Pernyataan Masalah

(3)

3

Jadual 1 menunjukkan statistik pelajar yang gagal kursus P5127, Kewangan Perniagaan bagi sesi Julai dan Disember 2010 Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai untuk program Diploma Pengurusan Perniagaan dan program Diploma Perakaunan.

BIL KURSUS

BILANGAN PELAJAR GAGAL DISEMBER 2010 JULAI 2010 1 Diploma Pengurusan Perniagaan

(DBS)

14 (12.17%) 7 (9.2%)

2 Diploma Perakaunan (DAT) 2 (2.2%) 4 (4.4%)

Jadual 1.1: Statistik pelajar yang gagal kursus P5127, Kewangan Perniagaan

Berdasarkan jadual 1, didapati bilangan pelajar yang gagal kursus P5127 Kewangan Perniagaan bagi sesi Disember 2010 adalah seramai 14 orang manakala pada sesi Julai 2010 adalah seramai 7 orang. Hasil perbandingan dibuat, kursus Kewangan Perniagaan menunjukkan kadar kegagalan pelajar yang tinggi bagi program DBS berbanding pelajar dari DAT. Justeru, kajian ini dipilih oleh pengkaji untuk dijalankan di PSP dengan harapan ia dapat membantu mengurangkan kadar kegagalan ini.

1.2 Persoalan Kajian

Kajian ini mempunyai dua persoalan kajian iaitu;

1. Sejauh manakah penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) iaitu nota dalam bentuk Microsoft Power Point bersesuaian dengan isi kandungan kursus P5127, Kewangan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang?

2. Adakah nota dalam bentuk Microsoft Power Point yang dihasilkan adalah mesra pengguna dalam proses pembelajaran mereka di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang?

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, penyelidikan ini mempunyai dua objektif iaitu:

(4)

4

2. Membuat penilaian terhadap penghasilan nota dalam bentuk Microsoft Power Point samada bersesuaian dari aspek kesesuaian isi kandungan dan mesra pengguna.

1.4 Cadangan Perlaksanaan

Cadangan kajian ini akan dilaksanakan pada sesi Jun 2011.

1.5 Kekangan

Kajian ini hanyalah difokuskan kepada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan mendaftar kursus P5127, Kewangan Perniagaan pada semester Jun 2011 di

Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Memandangkan pemilihan adalah terhad kepada sebuah Politeknik sahaja, maka segala kenyataan dan dapatan yang diperoleh daripada hasil penyelidikan ini hanya boleh diguna pakai dalam kajian ini sahaja.

1.6 Definisi Istilah dan Pengoperasian

Di dalam kajian ini, pelbagai istilah perlu diperjelaskan.

i. Isi kandungan

Di dalam kajian yang akan dilaksanakan ini, isi yang terkandung di dalam penghasilan nota dan soalan latihan perlu bersesuaian dengan silibus kursus P5127, Kewangan Perniagaan supaya menepati objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P).

ii. Mesra Pengguna

Menurut Ian Smissen daripada petikan Muhammad Nazri (2003), mesra pengguna merujuk kepada sesuatu kursus yang mengandungi ciri-ciri yang mudah digunakan untuk mencapai maklumat.

iii. Penghasilan

Menurut Noresah Baharom (1993), penghasilan adalah usaha menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu.

iv. Alat bahan bantu mengajar (ABBM)

(5)

5 v. Pembelajaran

Menurut Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya “ The Condition of learning” dalam Mok Soon Sang (2001) mendefinisikan pembelajaran sebagai hasil daripada sesuatu organism untuk memenuhi keperluannya dan pembelajaran terdiri daripada perubahan-perubahan di dalam sistem saraf semasa organism ini melakukan sesuatu untuk menghasilkan keputusan atau kesimpulan.

vi. Kursus P 5127, Kewangan Perniagaan.

Kursus wajib bagi pelajar Diploma Pengurusan perniagaan semester 5. Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang sistem kewangan yang diamalkan secara global dan bagaimana keuntungan yang maksimum dapat diagihkan kepada pemegang saham dan firma. Kursus ini meliputi teori yang hanya 25 peratus dan pengiraan 75 peratus.

1.7 Kesimpulan

(6)

6 BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Sorotan Kajian

Kajian penyelidikan bertujuan untuk membangunkan serta menilai penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft power point bagi kursus P5127, Kewangan Perniagaan telah dilakukan oleh Muhammad Nazri (2007) di Politeknik Kuching Sarawak mendapati bahawa kaedah pengajaran kebanyakan pensyarah di Politeknik tersebut sehingga kini masih lagi menggunakan papan putih dan pen marker sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) mereka yang utama. Malah, penggunaan Overhead Projector (OHP) juga masih diguna pakai. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa masih lagi terdapat kekurangan ABBM di dalam membantu proses pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar di politeknik tersebut. Pengkaji turut mendapati bahawa terdapat segelintir pensyarah di Politeknik Kuching Sarawak ini tidak cekap di dalam sistem pengurusan nota kuliah. Menurut pengalaman pengkaji, nota kuliah yang disimpan adalah tidak teratur dan tidak tersusun.

Sorotan kajian yang diperoleh oleh Musa (1995), menyatakan bahawa pelbagai alat bahan bantu mengajar digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran tetapi yang paling popular digunakan ialah transparensi, papan putih dan slaid. Fenomena ini wujud disebabkan oleh kekurangan bahan, kekurangan peralatan, peralatan yang selalu rosak dan pensyarah tidak berkemahiran. Disebabkan masalah tersebut dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak 79% responden bersetuju untuk mengikuti kursus yang berkaitan dengan pengendalian dan penyediaan alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran.

Sorotan kajian yang diperoleh oleh Muhammad Zaki (2000), menyatakan bahawa penggunaan teknologi yang optimum membantu meningkatkan prestasi akademik serta menyokong keupayaan pencapaian penerima pasif sebaliknya penggunaan teknologi dapat melatih pelajar-pelajar mahir berfikir secara kreatif dan inovatif serta berdikari dalam menghadapi cabaran dalam proses pembelajaran.

Sorotan kajian yang diperoleh oleh Che Hafizie Bin Che Hassan (2010), menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang disoal selidik peka terhadap penggunaan Kursus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dapatan juga menunjukkan penggunaan Kursus dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar serta dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Sorotan kajian yang diperoleh oleh Abu Safian bin Amir dan Prof. Dr. Supli Effendi Rahim (2010), menyatakan bahawa wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar merupakan salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap kemahiran hidup. Dalam

(7)

7

Melalui sorotan di dalam teori ini (Slavin, 1997), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan (Scaffolding). ZPD merupakan suatu kemampuan untuk pemecahan masalah secara sendiri di bawah pimpinan orang dewasa atau melalui kerjasama dengan teman sejawat yang lebih berketerampilan. Zon perkembangan proximal ini berbeza antara individu. Tahap perkembangan zon ini dapat dilihat berdasarkan rajah 2.1 .

Rajah 2.1: Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan (Scaffolding)

(8)

8

Oleh itu, kajian penyelidikan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk membangunkan serta menilai penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus P5127, Kewangan Perniagaan di Politeknik seberang Perai seperti yang telah dilakukan oleh Muhammad Nazri (2007) di Politeknik Kuching Sarawak.

(9)

9 Bab 3 METODOLOGI

Seterusnya akan menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian dan instrumentasi kajian.

3.0 Pendahuluan

Kajian penyelidikan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus P5127, Kewangan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Objektif kajian yang disediakan akan menjadi panduan kepada pengkaji dalam menentukan reka bentuk kajian yang dijalankan. Reka bentuk kajian ini membolehkan pengkaji menjawab persoalan kajian secara tepat, jelas dan teratur. Pengkaji akan menggunakan kaedah eksperimental iaitu kajian ke atas sekelompok pelajar yang sama untuk diuji.

3.2 Lokasi kajian

Kajian dilakukan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang yang ada menawarkan kursus Diploma Pengurusan Perniagaan yang mengandungi kursus P5217, Kewangan Perniagaan untuk pelajar semester lima.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi cadangan penyelidikan ini terdiri daripada pelajar semester lima kursus Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Responden dipilih kerana mereka mempelajari kursus P5217, Kewangan Perniagaan di semester lima. Populasi adalah berdasarkan senarai yang diperoleh dari pihak Politeknik berkenaan.

3.5 Tatacara Pelaksana Kajian

Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat

(10)

10

Responden telah diberi tempoh selama satu minggu untuk menjawab soalan borang soal selidik

Pengkaji telah mengumpul semula borang tersebut daripada responden

Hasil daripada kajian telah diproses menggunakan perisian Statistical Program for Social Sciences (SPSS)

Kesimpulan/rumusan kepada hasil kajian yang telah dibuat dan cadangan pembangunan telah dikemukakan

Rajah 3.5 : Carta Alir Tatacara Pelaksanaan Kajian

Carta aliran tersebut menunjukkan tatacara pelaksanaan kajian di mana ianya akan memudahkan pengkaji menjalankan kajian yang lebih teratur berdasarkan konstruk yang telah dikaji.

3.6 Instrumentasi Kajian

Di dalam kajian ini terdapat dua instrumen yang digunakan oleh pengkaji iaitu alat bahan bantu mengajar (ABBM) dan borang soal selidik.

(11)

11 3.6.1 Soal Selidik

Pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik dalam melaksanakan kajian ini. Borang soal selidik akan diedarkan kepada sampel berdasarkan 3 bahagian iaitu Bahagian A. B dan C. Bahagian A akan menggunakan soalan tertutup pada bahagian demografi. Responden hanya memilih jawapan yang disediakan atau disenaraikan oleh pengkaji, dan tidak perlu memberi input peribadi. Contohnya seperti jantina, bangsa dan aliran sekolah menengah. Manakala bahagian B pula akan mengkaji persoalan kajian. Pengkaji akan menganalisis item-item yang terkandung di dalam borang soal selidik dengan menggunakan analisis deskriptif berdasarkan skor min. Nilai min untuk setiap item diperoleh terlebih dahulu manakala nilai skor min bagi keseluruhan item bagi setiap bahagian akan dianalisis bagi tujuan membuat kesimpulan dan akan memberi gambaran terhadap hasil kajian yang dijalankan. Bagi memudahkan untuk menganalisis item-item, penyelidik telah menggunakan kaedah tanda aras untuk menilai hasil dapatan soal selidik. Kaedah ini diperoleh daripada Malisa Othman (2002) adalah seperti berikut:

Bil Tanda Aras Skala Keputusan yang disediakan oleh penyelidik, dimana responden akan menjawab dengan menggunakan perkataan sendiri. Pengkaji menggunakan ruangan kosong untuk jawapan yang akan ditulis oleh responden. Ini memberikan peluang untuk responden memberikan pandangan ataupun jawapan yang sebenarnya, tanpa sebarang panduan atau di dorong oleh pengkaji.

3.7 TATACARA PEMPROSESAN DATA-SPSS

(12)

12 3.8 RUMUSAN

(13)

13 Bibliografi

Abu Safian,A. dan Prof. Dr. Supli Effendi Rahim. (2010). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar Dengan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah.

Che Hafizie. C. (2010). Keberkesanan Penggunaan Kursus Sebagai Alat Bantu Mengajar(ABM) Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah.

Ismail Adnan. (1994). Komputer dalam Pendidikan. Berita Kurikulum Jilid 7. bil. 1 : Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Laporan Statistik Pencapaian Pelajar Jabatan Perdagangan sesi Januari, Julai & Disember 2010, Unit Peperiksaan, Politeknik Seberang Perai.

Malisa Othman. (2002). Penggunaan Laman Web di Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Pelancongan Rekreasi (H 310). Satu Tinjauan di Kalangan Pelajar Pengurusan Pelancongan, Politeknik Johor Bharu, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Mok Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. Subang Jaya. Berita Publishing Sdn. Bhd.

Muhammad Nazri Abdul Halim. (2003). Penghasilan dan Penilaian Video Dokumentari Pendidikan Dalam Bentuk CD-ROM Bagi Subjek ‘Aspek Gelagat Pengguna’

Untuk Tajuk Konsumerisme Bagi Pelajar Semester 5 Di Politeknik Port Dickson.

Muhammad Nazri Abdul Halim, Faizah Binti Sahbudin. (2007).“Kajian terhadap implikasi Scaffolding kursus P5127, Kewangan Perniagaan terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan Politeknik Kuching Sarawak”

Muhammad Zaki Ab. Muluk. (2000). Tahap Pengetahuan dan Penggunaan Internet

dalam Mencari Maklumat di Kalangan Pelajar Tahun Satu Diploma Kejuruteraan di ITTHO. Institut Teknologi Tun Hussein Onn : Kajian Kes Sarjana Pendidikan.

Musa Abu Hassan. (1995). Penggunaan Video Untuk Menyebarkan Maklumat

Pertanian: Satu Kajian Eksperimen. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pengembangan dan Komunikasi, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Noresh Baharom. (1993). Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Mok Soon. (2003). Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bhd. Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Bahagian 1; Kompetensi Profesional.

(14)

14 LAMPIRAN A : BORANG SOAL SELIDIK

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, mini penyelidikan ini mempunyai objektif iaitu:

1. Menghasilkan alat bahan bantu mengajar iaitu nota dalam bentuk Microsoft Power Point kursus P5127, Kewangan Perniagaan yang sesuai digunakan bagi tujuan pembelajaran pelajar.

2. Membuat penilaian terhadap penghasilan nota dalam bentuk Microsoft Power Point samada bersesuaian dari aspek kesesuaian isi kandungan dan mesra pengguna.

BAHAGIAN A : BUTIR PERIBADI RESPONDEN

1) Jantina : Lelaki ( )

Perempuan ( )

2) Bangsa : Melayu ( )

Cina ( )

India ( )

Lain-lain ( )

Nyatakan_______________________

3) Aliran sekolah menengah: Sains ( )

Sastera ( )

Perdagangan ( )

Lain-lain ( )

(15)

15

BAHAGIAN B : PENILAIAN KE ATAS ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) NOTA DALAM BENTUK POWER POINT

Petunjuk :

5 Sangat Setuju (SS) 4 Setuju (S)

3 Kurang Setuju (KS) 2 Tidak Setuju (TS)

1 Sangat Tidak Setuju (STS)

1. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN

2. MESRA PENGGUNA

BAHAGIAN C – KOMEN DAN ULASAN UMUM

Sila berikan komen / ulasan umum dan cadangan tentang alat bahan bantu mengajar (ABBM) iaitu nota dalam bentuk Microsoft Power Point kursus P5127, Kewangan Perniagaan yang telah dihasilkan.

NO. SOALAN STS TS KS S SS

1. Mempunyai penulisan isi memenuhi keperluan sukatan.

2. Memperkembangkan isi dan mudah difahami.

3. Mencapai objektif yang disarankan. 4. Bersesuaian dengan tahap pelajar.

5. Penggunaan bahasa yang mudah, arahan yang ringkas dan padat.

NO. SOALAN STS TS KS S SS

1. Mempunyai arahan yang jelas.

2. Bebas menggunakan pada bila-bila masa. 3. Mudah digunakan.

4. Selesa digunakan

(16)

16 KOMEN DAN ULASAN UMUM

……… ……… ……… ………

CADANGAN :

……… ……… ……… ………..

Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan.

“KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) DALAM BENTUK MICROSOFT POWER POINT BAGI KURSUS P5127, KEWANGAN PERNIAGAAN UNTUK PELAJAR SEMESTER LIMA DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI, Pulau Pinang”

Faizah Binti Sahbudin

Muhammad Nazri Bin Abdul Halim Jabatan Perdagangan,

Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pej: 04-5383322 Faks:04-5389266

HP:019-8851976, 019-4791978 nazri@psp.edu.my

Referensi

Dokumen terkait

Dalam rangka proses pengumpulan data yang dibutuhkan oleh penulis untuk menyusun skripsi ini, penulis menggunakan metode observasi dimana teknik pengumpulan data

Dalam perancangan kali ini yang dihasilkan ialah Identitas Visual serta media pendukung yang meliputi brosur, packaging, kartu nama, dan media lainnya serta

Individu yang memiliki efikasi diri yang tinggi cenderung akan berusaha keras untuk mencapai hal yang dituju, sukses dan mampu melaksanakan suatu hal berdasarkan kemampuannya

Selanjutnya, semua tikus diberi sediaan per oral, untuk kelompok perlakuan kontrol negatif diberi CMC 0,5%, kelompok perlakuan kontrol positif diberi Glibenklamid dosis

Makalah ini menelaah sejauhmana peluang pemanfaatan limbah tanaman tebu sebagai bahan pakan usaha penggemukan sapi potong di wilayah lahan kering, sehingga pemanfaatan lahan

Berdasarkan hasil penelitian di atas, terdapat tiga pokok bahasan yang dianalisis dalam penelitian ini, yaitu strategi pembelajaran yang diterapkan oleh guru, sistem

Berdasarkan kepada sandaran teori Human Resource Development HRD, model kurikulum TABA dan model latihan SIM telah berupaya menghasilkan model kurikulum latihan SkiVes yang

Atas berkat rahmat Allah SWT dan motivasi dari keluarga, pembimbing, kerabat, sahabat dan teman, serta didorong oleh keinginan yang kuat untuk segera menyandang gelar magister