• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Kaedah Nyanyian Lagu Beraksi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan Kaedah Nyanyian Lagu Beraksi"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Penggunaan Kaedah Nyanyian Lagu Beraksi Dapat Meningkatkan

Kemahiran Berkomunikasi Dan Minat Murid Tahun Tiga

Dalam Topik Ciri-Ciri Haiwan

Muhammad Hafizzi Bin Saiman

[email protected]

Azilina Binti Mohamed Nor

[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

(2)

Konteks

Sistem pendidikan yang semakin berkembang dari semasa ke semasa dan mengalami pelbagai perubahan sehingga ke abad 21 ini bertujuan untuk membina dan memastikan sistem pendidikan Malaysia sentiasa pada tahap yang terbaik agar dapat melahirkan modal insan yang sentiasa celik ilmu, berkemahiran tinggi dan menguasai dunia teknologi. Lantaran itu satu pelan terancang dan teratur telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menjamin kualiti yang terbaik dalam sistem pendidikan negara iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pendidik sudah semestinya mampu meningkatkan pelbagai kemahiran murid di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Sains yang memerlukan penguasaan dan perkembangan pelbagai jenis kemahiran dalam diri murid.

Melalui kaedah nyanyian lagu beraksi, guru dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi murid. Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam kemahiran proses sains iaitu dengan cara kebolehan murid untuk memindahkan sesuatu maklumat ke dalam bentuk maklumat yang lain secara lisan atau penulisan yang perlu dididik dan diperkembangkan dalam kalangan murid. Hal ini kerana kemahiran proses sains mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Oleh yang demikian perhubungan dan perkaitan di antara matlamat guru untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid terhadap mata pelajaran Sains dengan menerapkan kaedah nyanyian lagu beraksi sudah pasti dapat dicapai dengan mudah dan efektif seterusnya menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada mereka.

Fokus Kajian

(3)

dapat membentuk suasana yang menyeronokkan dan murid sangat berminat untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, melalui nyanyian adalah punca endorfin mengalir, merangsang perasaan yang baik ke seluruh badan dan merangsang aktiviti otak (Shepherd school). Apabila nyanyian ini mampu merangsang aktiviti otak dan pemikiran mereka, maka mereka akan timbul rasa seronok untuk menyanyi seterusnya akan timbul rasa minat dam keinginan untuk belajar.

Pelan Tindakan

Objektif dalam kajian ini adalah untuk menentukan sama ada kaedah nyanyian lagu beraksi dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid Tahun 3 terhadap topik ‘Ciri-ciri Haiwan’ dan mengenalpasti sama ada kaedah nyanyian lagu beraksi dapat meningkatkkan minat murid Tahun 3 terhadap topik ‘Ciri-ciri Haiwan’. Bilangan responden adalah seramai 22 orang iaitu terdiri daripada 10 orang responden lelaki dan 12 orang responden perempuan. Tahap pencapaian akademik responden pula berada pada tahap sederhana berdasarkan pada rekod markah Ujian Kemajuan 1. Sebelum mengimplementasi kaedah nyanyian lagu beraksi, soalan praujian telah diberikan kepada semua responden. Seterusnya kaedah ini dilaksanakan kepada semua responden sebanyak tiga kali semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Sains. Setelah itu soalan pascaujian telah diberikan kepada semua responden untuk melihat perkembangan kemahiran berkomunikasi mereka. Sesi temu bual juga telah dilaksanakan kepada lima orang responden dan seterusnya mengedarkan borang soal selidik kepada semua responden.

Pelaksanaan Pelan Tindakan

Perancangan awal adalah membuat perangkaan awal tentang permasalahan yang wujud dengan menyatakan terlebih dahulu isu yang ingin dibawa dan diselesaikan dalam penyelidikan tindakan ini. Seterusnya langkah dilanjutkan dengan merancang soalan kajian dan objektif kajian yang ingin dicapai agar mendapat gambaran awal yang jelas tentang fokus utama kajian yang dijalankan di sekolah. Selain itu melaksanakan beberapa tinjauan dan mencari bahan-bahan rujukan dari perpustakaan.

(4)

Instrumen ketiga iaitu soal selidik. Maklumat yang diperoleh dari instrumen ini telah dianalisa dan diterjemahkan dalam kiraan peratus dan seterusnya telah dipindahkan dalam bentuk pengurusan grafik jadual bagi beberapa item yang dipersoalkan yang terdapat di dalam borang soal selidik tersebut.

Kaedah Pengumpulan Data

Penyediaan soalan praujian yang bersesuaian dengan kajian telah dilakukan. Seterusnya tindakan yang telah dijalankan kepada responden yang sama adalah sesi pascaujian. Oleh yang demikian, keputusan telah dapat dilihat iaitu perbandingan peningkatan dari aspek penguasaan dan kemahiran mereka untuk memindahkan maklumat dalam bentuk grafik setelah menjalankan kaedah nyanyian lagu beraksi tersebut. Kaedah kedua adalah temu bual. Soalan temu bual adalah bersifat ringkas, mudah untuk difahami dan berfokus kepada tema-tema yang tertentu iaitu minat, kebolehan memindahkan maklumat dan perasaan responden. Manakala jumlah soalan temu bual telah dihadkan sebanyak lima soalan sahaja. Kaedah ketiga adalah soal selidik. Jumlah item yang telah digunakan adalah sebanyak sepuluh item sahaja. Item-item yang ditanya adalah berkaitan dengan minat dan penggunaan kaedah nyanyian lagu beraksi ini. Manakala pilihan jawapan yang disediakan dalam borang soal selidik adalah berdasarkan kepada Skala Likert 4 mata untuk setiap item yang terdapat dalam borang tersebut. Empat mata dalam Skala Likert tersebut adalah bermula dengan pilihan sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), setuju (S) dan sangat setuju (SS).

Dapatan Kajian dan Perbincangan

Dapatan kajian telah dibincangkan berdasarkan kepada dua objektif kajian yang perlu dicapai sepanjang kajian dijalankan.

Objektif 1 : Penggunaan kaedah nyanyian lagu beraksi dapat meningkatkan . kemahiran berkomunikasi murid Tahun 3 terhadap topik ‘Ciri-ciri haiwan’.

(5)

Rajah 1 Bilangan responden terhadap pencapaian praujian dan pascaujian mengikut gred

Graf dalam Rajah 1 jelas dan nyata menunjukkan perubahan markah yang berlaku terhadap responden bagi praujian dan pascaujian. Berdasarkan pada graf Rajah 1 hanya terdapat 7 orang responden sahaja yang mendapat gred A pada keputusan praujian, 8 orang yang mendapat gred B, manakala seramai 6 orang responden yang mendapat gred C dalam sesi praujian, ditambah lagi terdapat 1 orang responden yang mendapat gred D dalam ujian tersebut. Setelah tiga kali sesi menggunakan kaedah nyanyian lagu beraksi bagi topik ‘Ciri-ciri haiwan’ diperkenalkan dan dilaksanakan kepada semua responden, pascaujian telah dijalankan. Oleh yang demikian, berdasarkan graf dalam Rajah 1, keputusan gred pascaujian menunjukkan bahawa bilangan responden yang mendapat gred A telah meningkat kepada seramai 13 orang. Manakala bilangan responden yang mendapat gred B dalam sesi pascaujian adalah seramai 8 orang. Manakala bilangan murid yang mendapat gred C telah menunjukkan keputusan positif apabila bilangan responden telah menurun daripada 6 orang kepada 1 orang sahaja. Seterusnya graf menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun responden yang mendapat gred D setelah kaedah nyanyian lagu beraksi bagi topik ‘Ciri-ciri haiwan’ dilaksanakan dan diimplementasikan kepada responden.

Jadual 1 Perbandingan nilai min praujian dengan pascaujian (N=22)

Nilai min praujian Nilai min pascaujian Perbezaan nilai min 66.2 83.8 17.6

(6)

dan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid Tahun 3 dalam topik ‘Ciri-ciri haiwan’.

Dapatan dari kaedah temu bual juga turut menjadi triangulasi kepada pencapaian kejayaan dalam objektif pertama kajian ini. Berdasarkan analisis transkrip temu bual terhadap item 3, kelima-lima responden yang telah di temu bual menunjukkan jawapan dan maklum balas yang baik dan positif terhadap item tersebut. Hal ini dapat dibuktikan apabila salah seorang responden telah berkata

“Ya, senang.. sebab jawapan amik kat lagu…”

(Temu bual, Julai, 2014)

Maklum balas yang telah dinyatakan oleh responden menunjukkan bahawa mereka dapat memindahkan maklumat yang terdapat dalam lirik lagu tersebut ke dalam kertas ruangan jadual jawapan mereka dengan betul.

Kaedah soal selidik turut digunakan untuk melihat peningkatan kemahiran berkomunikasi responden. Item 7 dalam soal selidik telah menyatakan tentang peningkatan kemahiran berkomunikasi responden. Hasilnya berdasarkan Jadual 2 menunjukkan bahawa semua 22 orang responden telah memilih pilihan jawapan ‘sangat setuju (SS) dan mencatakan nilai min 4.00 bagi item tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa responden dapat menulis dan memindahkan maklumat yang terdapat dalam lirik lagu tersebut ke dalam jadual jawapan.

Objektif 2: Kaedah nyanyian lagu beraksi dalam meningkatkan minat murid Tahun 3 dalam topik ‘Ciri-ciri haiwan’.

(7)

Jadual 2 frekuensi (f), peratus (%) dan nilai min minat responden terhadap kaedah lagu beraksi (N=22)

No Item STS TS S SS Nilai

Min f (%) f (%) f (%) f (%)

1 Saya berasa seronok apabila guru menggunakan Nyanyian Lagu

Nilai min keseluruhan (hasil tambah nilai min setiap item/bilangan item 3.85

(8)

mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 3.95, terdapat juga hasil catatan nilai min yang paling terendah berdasarkan kepada analisa soal selidik kajian iaitu pada item 3 yang mencatatkan nilai min hanya sebanyak 3.54 sahaja. Nilai min terendah ini adalah berkaitan dengan perasaan responden yang berasa seronok dan berminat dengan pergerakkan aksi semasa menyanyikan lagu bagi topik ‘Ciri-ciri haiwan’.

Terdapat beberapa tema dalam temu bual yang dibincangkan bersama dengan lima orang responden. Antara tema yang berjaya dikenalpasti adalah seperti Rajah 2.

Rajah 2 Tema-tema yang terdapat dalam soalan-soalan temu bual bersama dengan responden

Hasil dari analisa terhadap transkrip temu bual bersama responden telah menunjukkan maklum balas dan jawapan yang positif dalam kalangan responden terhadap perasaan dan minat mereka. Maklum balas daripada responden tersebut telah berjaya menunjukkan bahawa perasaan mereka yang seronok dan gembira apabila menyanyikan nyanyian lagu beraksi ini, ditambah lagi dengan adanya beberapa pergerakan ringkas yang dapat meningkatkan lagi rasa seronok dan kepuasan responden semasa menyanyi. Apabila telah berjaya wujudnya perasaan gembira dan seronok dalam kalangan responden, maka hal ini telah menyebabkan responden menjurus kepada wujudnya rasa tertarik dan minat responden terhadap kandungan topik pembelajaran yang terdapat dalam lirik lagu tersebut iaitu topik ‘Ciri-ciri haiwan’.

Objektif kedua dalam kajian ini juga telah berjaya dicapai apabila hasil analisis transkrip temu bual bersama responden telah dilakukan. Apabila telah berjaya wujudnya perasaan gembira dan seronok dalam kalangan responden, maka hal ini telah menyebabkan responden menjurus kepada wujudnya rasa tertarik dan minat responden terhadap kandungan topik pembelajaran yang terdapat dalam lirik lagu tersebut iaitu topik ‘Ciri-ciri haiwan’. Oleh yang demikian hasil dari analisis transkrip temu bual, responden telah berkata bahawa

Tema soalan temu bual Perasaan

terhadap penggunaan

kaedah

Minat terhadap topik

'Ciri-ciri haiwan'

(9)

Minat.. suka.. sebab dah faham…”

(Temu bual, Julai, 2014)

Maklum balas daripada responden telah menunjukkan bahawa mereka suka, berminat dan tertarik untuk terus belajar topik ‘Ciri-ciri haiwan’ ini dengan menggunakan kaedah nyanyian beraksi.

Refleksi dan Implikasi

(10)

Langkah Seterusnya

Antara langkah cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan pada masa akan datang adalah dari aspek kemahiran proses sains yang digunakan. Kajian ini telah menggunakan kemahiran berkomunikasi sebagai aspek yang ingin ditingkatkan. Maka kajian pada masa akan datang kemungkinan boleh melihat pada aspek kemahiran proses sains yang lain seperti kemahiran membuat inferens dan kemahiran mentafsir maklumat dari lirik lagu.

Cadangan kajian lanjutan yang seterusnya adalah menggunakan kaedah nyanyian lagu beraksi dalam topik yang melibatkan sesuatu proses sains seperti proses pernafasan, proses kitar air dan proses pengawetan. Maka lirik lagu juga perlu diubah mengikut kesesuaian dengan topik sesuatu proses tersebut dengan menyelitkan kata kunci langkah demi langkah yang berlaku dalam sesuatu proses tersebut. Maka dengan menyanyi responden akan lebih nampak dengan jelas proses yang berlaku. Selain itu, cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan pada masa akan datang adalah dengan mengintegrasikan penggunaan alat dan bahan berteknologi dan interaktif semasa menyanyikan lagu bersama dengan responden seperti menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan ciri-ciri haiwan tersebut, pemilihan warna dan saiz tulisan yang lebih besar serta menggunakan minus one sebagai muzik iringan semasa responden menyanyikan lagu tersebut. Hal ini akan membuatkan responden lebih fokus, bersemangat dan berminat untuk menyanyi dan belajar.

Rujukan

Hill, A. (2011). Singing to children may help development of language skills. Diperoleh dari http://www.theguardian.com/lifeandstyle/2011/may/08/singing-children-development- language-skills

Jasmine. (2002). Traditional teaching . Diperoleh dari

http://ehlt.flinders.edu.au/education/DLiT/2002/environs/scott/tradteac.htm

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Diperoleh dari http://www.moe.gov.my/v/visi-misi

Mok Soon Sang. (edisi ke-6). (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan alam Belajar. Selangor, Malaysia: Freemind Horizons

Morland, L. (2013). Scouting glossary: Common words and phrases used in Scouting in Canada. Diperoleh dari http://scoutdocs.ca/Documents/Scouting_Glossary.php

Referensi

Dokumen terkait

Daripada hasil kajian dan perbincangan, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa rekabentuk ruang dan susunatur perabot dan peralatan

Hasil ujian kolerasi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 dan ini mengukuhkan lagi dapatan kajian bahawa teknik jigsaw (kaedah pembelajaran KOOP) memberi kesan

Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa majoriti responden bersetuju dan sedar akan kepentingan penggunaan bahasa Inggeris hari ini dan faktor pengajaran pensyarah memainkan

Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru-guru sejarah terhadap penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan

Perbincangan Kajian Dapatan yang diperoleh melalui penerokaan kaedah humor dalam pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah rendah telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah humor oleh

Berdasarkan kepada Jadual 1, hasil dapatan kajian mendapati bahawa majoriti responden memberikan respons dalam lingkungan skala likert ‘sangat bersetuju’ bahawa salah satu kesan

Cabaran keusahawanan tuisyen PdP menggunakan kaedah interaktif Dapatan kajian menunjukkan bahawa PdP tuisyen yang dijalankan oleh para usahawan tuisyen menggunakan kaedah interaktif

8 ULASAN TERHADAP SOAL SELIDIK BAHAGIAN B Daripada hasil dapatan yang diperolehi daripada ketiga-tiga soalan yang telah dijawab oleh para responden kajian, jelas menunjukkan bahawa