• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perubahan Dalam Penggredan Penilaian Men

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perubahan Dalam Penggredan Penilaian Men"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Perubahan Dalam Penggredan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Kepada Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Siti Nur Aaisyah Binti Alias (P85412)

ABSTRAK

Kertas konsep ini menerangkan mengenai perubahan penilaian pencapaian murid yang beorientasikan peperiksaan kepada pelaporan berasaskan sekolah di mana penilaian dan pentaksiaran dalam pelbagai aspek kemahiran murid secara berterusan. Model perubahan yang digunakan adalah Model Perubahan Berman dan Mclaughlin (1978) bagi menerangkan perubahan dalam penggredan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Model ini terdapat tiga proses perubahan iaitu daya tahan, pelaksanaan dan penggabungan. Selain itu, kertas konsep ini juga menerangkan mengenai sejarah perubahan peperiksaan menengah rendah, perubahan dasar kerajaan dalam pendidikan mengenai pelaporan pencapaian murid, perbezaan di antara PMR dan PT3, rasional perubahan dan cabaran yang dihadapi melalui fasa perubahan.

1.0

TUJUAN

Kertas konsep ini menerangkan mengenai perubahan yang berlaku dalam pengredan peperiksaan menengah rendah di Malaysia dari penilaian menengah rendah (PMR) kepada pentaksiran tingkatan tiga (PT3) dan pelaporan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

2.0

PERMASALAHAN

Perubahan berlaku dalam penggredan adalah kerana berlaku perubahan dalam pelaksanaan dasar pendidikan Negara di mana pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). PPPM 2013-2025 adalah untuk meningkatkan kualiti murid supaya lebih berdaya saing di peringkat globalisasi.

3.0

PENGENALAN

DEFINISI TAJUK

(2)

menamatkan program latihan atau persekolahan. Selain tu, pentaksiran pula dalam [ CITATION Ism16 \l 1033 ] memberi maksud meningkatkan pembelajaran melalui tumpuan murid dan apa yang mereka belajar dan perlu terlibat dalam proses pengajaran menurut Gerdy K.B. (2002) manakala menurut Huba, M.E dan Freed, J.E. (2000) menyatakan bahawa murid berpeluang mengaplikasikan apa yang mereka belajar dan juga mendapat maklum balas, dengan itu,mereka boleh mengakses dan meningkatkan perestasi mereka sendiri.

Definisi penilaian menurut Hu, (2006), adalah set yang membuat pertimbangan nilai fenomena berdasarkan nilai pendidikan tertentu atau objektif dengan kaedah sainstifik yang berdaya maju untuk menyediakan bukti terus mengoptimumkan dasar pendidikan dengan membuat, mengumpul dan menganalisis maklumat secara sistematik [ CITATION HuZ15 \l 1033 ].

Peperiksaan menengah rendah diubah kepada pelaporan pencapaian murid berdasarkan sekolah yang mengandungi empat komponen pelaporan iaitu Pentaksiran sekolah (PS), pentaksiran pusat (PP), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (Ppsi).

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memberi penakrifan pentaksiran sekolah adalah komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP. Pentaksiran Pusat pula didefinisikn sebagai komponen Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pancapaian akademik murid di mana pentaksiran pusat akan mentafsir dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh iaitu pentaksiran tingkatan tiga (PT3).

(3)

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah selari dengan transformasi sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan (SPPK) yang sejajar dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual di mana menunjukkan PBS adalah holistik yang didefinisikan oleh LPM sebagai mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.

SEJARAH PERUBAHAN PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH

Penilaian akademik yang berorientasikan peperiksaan bermula pada tahun 1957 dimana peperiksaan Lower Certificate Examination (LCE) dijalankan di sekolah di Malaysia dalam aliran sesi Inggeris. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diperkenalkan pada tahun 1960 dalam aliran sesi Melayu. Peperiksaan ini diteruskan sehingga tahun 1992 dan apabila kurikulunm bersekutu sekolah menengah (KBSM) diperkenalkan pada tahun 1991, peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR) pula diperkenalkan pada tahun 1993.

Perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia dimana Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan pada 2005, kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan kajian rintis bagi melakukan perubahan secara menyeluruh dalam sistem pendidikan negara. Setelah tujuh tahun kajian rintis dan perancangan rapi dilakukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) membuat keputusan pada tahun 2012, pentaksiran berasaskan sekolah diperkenalkan di tingkatan satu sekolah menengah dan pada tahun 2014 penilaian berorentasikan peperiksaan ditamatkan digantikan kepada pelaporan pencapaian murid bedasarkan sekolah dimana pentaksiran tingkatan tiga (PT3) diperkenalkan.

DASAR KERAJAAN

(4)

Visi dan Aspirasi Negara adalah salah satu inipati yang terdapat dalam PPPM 2013-2025. Intipati ini menerangkan bahawa terdapat dua perkara iaitu aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi murid. Aspirasi sistem pendidikan terdapat lima hasrat yang ingin dicapai iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan serta kecekapan manakala dalam aspirasi murid enam hasil yang ingin dicapai iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Laporan tahunan 2014 PPPM 2013-2025 yang dikeluarkan oleh KPM Jun 2015, menyatakan aspirasi sistem pendidikan di bawah komponen kualiti adalah elemen yang sangat penting dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025. Hal ini dilaporkan sedemikian adalah kerana berdasarkan element kualiti ini adalah untuk membangun sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf antarabangsa serta berupaya melahirkan modal insan yang lengkap dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven bagi generasi muda menghadapi cabaran dan berdaya saing dalam globalisasi dunia yang tanpa sempadan di abad ke-21.

Aspirasi sistem pendidikan di bawah elemen kualiti, salah satu hasrat yang ingin dicapai adalah transformasi dalam pelaporan pencapaian murid di mana hasrat ini adalah untuk menghasilkan modal insan yang holistik yang mampu berdaya saing secara globalisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenal satu sistem baru untuk mencapai hasrat ini iaitu dengan memperkenalkan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan (SPPK) yang kini dilaksanakan sebagai sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). PBS adalah instrument yang akan menilai dari segi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

PERBEZAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) DAN

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3)

Perbezaan antara penilaian menengah rendah (PMR) dan pentaksiran tingkatan tiga (PT3) adalah berubah secara menyeluruh dimana melibatkan tempoh masa pelaksanaan, komponen yang diuji, badan pelaksana, dan keputusan akhir pelaksanaan.

(5)

dilakukan berterusan oleh guru daripada murid di tingkatan satu sehingga murid di tingkatan tiga dimana perkembangan dan pengetahuan murid sentiasa dinilai dan ditaksir.

Komponen yang diuji juga berbeza dimana PMR hanya kemahiran kognitif diuji manakala PT3 yang pelaporan pencapaian murid berasaskan sekolah dan dinilai secara berterusan menguji kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor murid. Kemahiran kognitif menilai intelek, kemahiran afektif menilai emosi dan rohani murid manakala psikomotor menilai jasmani yang bersesuaian dengan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Dari segi pelaksanaan, PMR akan dikendaliakan sepenuhnaya oleh LPM bermula dari penyediaan kertas soalan, pentadbiran peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan serta pengeluaran keputusan peperiksaan murid. Pelaksanaan PT3 pula, LPM akan menyediakan instrument iaitu soalan, panduan penskoran, dan menetapkan tempoh pelaksanaan manakala pentadbiran sekolah akan melaksanakan pentadbiran seperti skrip jawapan dan pengeluaran keputusan murid. Pelaporan pencapaian murid yang dikeluarkan oleh sekolah akan mengandungi pelaporan seperti pelaporan perkembangan pembelajaran murid (PS), pelaporan tingkatan tiga (PT3) – pentaksiran pusat (PP), pelaporan aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan akhir sekali pelaporan pentaksiran psikometrik murid.

4.0

MODEL PERUBAHAN

Carta Aliran 1: Model Perubahan Berman & Maclauglin 1978

(6)

(PT3) adalah model perubahan Berman dan Mclauhglin, 1978 yang mengandungi tiga proses iaitu daya usaha, pelaksanaan dan penggabungan.

Proses daya usaha adalah proses pembuatan keputusan sebab-sebab untuk perubahan dan membina pelan perubahan di mana proses ini akan melibatkan individu atau kumpulan untuk memberi idea untuk pelaksanaan dan mencari jalan penyelesaian sekiranaya terdapat kepincangan dalam pelaksanaan rintis perubahan. Individu dan kumpulan ini akan membincangkan segala pengurusan perubahan yang bermula daripada perancangan,pengaturan, arah tuju, pengkoordinasian dan pengawalan semasa proses permulaan dalam perancangan perubahan.

Proses kedua dalam model perubahan adalah pelaksanaan yang merujuk kepada peringkat dimana pendidik tempatan sebenarnya cuba untuk meletakkan perubahan yang dipilih ke dalam amalan. Proses ini adalah proses mengadaptasi secara kesaksamaan yang merancang perubahan kepada organisasi sekolah dan badan pelaksana. Selalunya, orang yang terlibat secara terus dalam perubahan akan terkesan dan akan membina komitmen serta akan mewakili dalam membentuk dan melaksana dengan cara tersendiri.

Proses akhir sekali adalah penggabungan yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kesinambungan dari apa yang asalnya perubahan ke dalam rutin organisasi yang berterusan dalam amalan kerja, di mana proses ini bergantung kepada kejayaan proses pelaksanaan. Sekiranya proses ini berjaya, perubahan jangka panjang organisasi pendidikan sama ada sebahagian atau tetap, akan berubah kepada perubahan yang dilakukan atau berbalik semula pada pelaksanaan lama.

Pengaplikasian model perubahan Berman & Mclaughlin (1978) ini dalam perubahan penggredan dari PMR kepada PT3 adalah seperti

berikut:-DAYA USAHA

(7)

yang berketerampilan dalam semua aspek yang membolehkan modal insan generasi muda berdaya saing di peringkat globalisasi.

Elemen kedua dalam dalam proses daya usaha adalah membina pelan perubahan yang melibat perancangan permulaan sebelum pelaksanaan perubahan. Daya usaha ini dalam meralisasikan aspirasi sistem pendidikan dalam komponen kualiti, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berkerjasama dalam perancangan permulaan perubahan dalam transformasi pelaporan pencapaian murid berasaskan sekolah.

Sebelum pembangunan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) diperkenalkan satu sistem baharu yang dirancang yang dikenali sebagai Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) pada tahun 2005. SPPK ini pada permulaannya dikaji dalam Kajian Aspirasi Umum Pentaksiran Kebangsaan di seluruh negara untuk mendapatkan pandangan dan pendapat umum mengenai sistem pentaksiran negara ini. Pada tahun yang sama satu seminar kebangsaan diadakan bagi mengumpul pakar pentaksiran dari luar negara bagi membincangkan hala tuju sistem pentaksiran ini dan menghasilkan resolusi pendidikan Malaysia. Pada tahun berikutnya, satu konfrens antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur yang mengumpulkan pakar luar negara bagi membincangkan model pentaksiran negara.

Hasil perbincangan ini terbentuknya Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang menjadi teras strategik dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP 2006-2006-2010). PIPP 2006-2006-2010 mengandungi enam teras strategik iaitu teras pertama adalah untuk membina Negara bangsa, teras kedua adalah membangunkan modal insan, teras ketiga membangunkan sekolah kebangsaan, teras keempat adalah merapatkan jurang pendidikan teras kelima adalah memartabatkan profesion keguruan dan akhir sekali teras keenam iaitu melonjak kecemerlangan institusi pendidikan. Dalam teras strategik PIPP 2006-2010 yang sangat ditekankan dalam perancangan perubahan ini adalah teras kedua dan keenam.

(8)

Pada tahun 2011, PBS diperkenalkan di sekolah rendah di Tahun satu, berpandukan pada penghasilan dokumen standard prestasi tahun satu.dan pada masa yang sama pembangunan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah (SPPBS) secara web-based diperkenalkan seiring dengan Pembangunan Aplikasi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) untuk sekolah rendah secara standalone. Seterusnya, langkah yang diambil adalah mengeluarkan surat pekeliling Lembaga peperiksaan bil1/2011:Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi Penilaian menengah rendah (PMR) mulai 2012 dan akhir sekali penghasilan buku dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) sebelum PBS diperkenalkan sekolah menengah di Tingkatan 1 pada tahun 2012.

PELAKSANAAN

Proses kedua adalah pelaksanaan dimana badan pelaksana melakukan perubahan dalam amalan. Dalam proses pelaksanaan ini organisasi sekolah akan mengikut syarat pelaksanaan dan melaksanakan komponen pelaporan pencapaian murid iaitu PBS.

Syarat pelaksanan yang ditetapkan yang perlu dipatuhi adalah semua murid sekolah menengah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) atau sekolah di bawah agensi kerajaan atau Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau sekolah swasta yang tidak berdaftar tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah rendah menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia [CITATION Lem14 \l 1033 ].

Komponen pelaporan pencapaian murid PBS yang bersifat holistik terdiri daripada dua kategori iaitu kategori akademik dan bukan akademik yang memberikan pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah dimana pentadbir sekolah dan guru diberi keupayaan dan akauntabiliti menyediakan kertas peperiksaan dan mentadbir pentaksiran.

(9)

Psikometrik (PPsi) murid akan ditaksir di tingkatan satu dan di tingkatan tiga. Pentaksiran Pusat iaitu Pentaksiran tingkatan tiga (PT3) murid akan ditaksir di tingkatan tiga sahaja.

Pelaksanaan PBS di sekolah guru akan merujuk piawai yang telah ditetapkan oleh KPM dan LPM. Eviden pelaksanaan akan didokumentasikan dalam bentuk formatif. Guru dan pentadbir sekolah akan membuat perancangan, pembinaan item dan instrument pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran serta perekodan dan pelaporan murid. Guru akan mentafsir murid secara berterusan dengan merujuk pentaksiran rujukan standard iaitu Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) dimana akan digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi murid. PPPM ini mengandungi penjelaskan mengenai standard prestasi yang memberi petunjuk sejauhmana murid tahu, faham dan boleh buat atau menguasai apa yang dipelajari. Guru yang membuat pentaksiran akan merujuk pernyataan standard prestasi mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dinyatakan dalam documen kurikulum.

PENGGABUNGAN

Penggabungan adalah proses terakhir dalam model perubahan Berman dan Maclauglin (1978), proses ini yang akan melibatkan aktiviti kesinambungan perubahan dalam amalan kerja berterusan. Perubahan dalam penggredan penilaian menengah rendah (PMR) kepada pelaporan pencapaian pelajar berasaskan sekolah (PBS) dan salah satu komponennya adalah melibatkan penggabungan iaitu Pentaksiran tingkatan tiga (PT3).

PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian akademik murid. Ini kerna PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh. Badan pelaksana yang terlibat dalam perubahan penggredan ini adalah pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan pihak sekolah. Pihak LPM akan menyediakan item, jadual spesifikasi ujian, format Instrument, jadual penggredan, panduanpemasangan instrument, panduan penskoran item, peraturan pentadbiran serta format pelaporan PT3 manakala pihak sekolah akan menyediakan instrumen, mentadbir instrument, memeriksa skrip jawapan dan mengeluarkan pelaporan dengan mencetak pelaporan berdasarkan format pelaporan PT3.

(10)

menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor dan demi keadilan kepada calon. Terdapat empat aktiviti penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 iaitu pementoran, pemantauan, pengesanan, dan penyelarasan[CITATION LPM14 \l 1033 ].

Aktiviti pementoran dilaksanakan bagi menyampai maklumat mengenai pelaksanaan dngancara memberi latihan peningkatan profesionalisme kepada peronel pentaksiran dalam aspek pemasangan instrument pentaksiran dan pemeriksaan skrip jawapan. Pentaksir akan diberi pendedahan dan latihan mengenai ilmu pentaksiran dan pemeriksaan skrip jawapan bagi memastikan tugas pentaksiran dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah bagi menjaga kualitikesahan dan kebolehpercayaan skor calon.

Pemantauan pula adalah pelaksanaan bagi mengawal selia Pentaksitan tingkatan tiga (PT3). Pemantauan ini dilakukan bagi memastikan instrument PT3 disediakan dan ditadbir mengikut garis panduan pengurusan keselamatan pentadbiran PT3, Takwim, Jadual kerja, Peraturan dan arahan tugasan yang disediakan oleh lembaga peperiksaan.

Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran di mana pengesanan dilakukan dengan membuat verifikasi pemasangan instrument pentaksiran iaitu mengesahkan instrument telah disediakan mengikut panduan pemasangan instrument dan dicetak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Aktiviti penjaminan kualiti terakhir adalah penyelarasan di mana aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan keseragaman penskoran. Aktiviti dilakukan dengan membuat moderasi peperiksaan iaitu bertujuan untuk memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan skrip jawapan calon berpandukan Panduan Penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan manakala verifikasi skor bertujuan memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skripjawapan calon dan menepti keupayaan sebenar calon sertapengiraan markah calon dibuat dengan tepat.

(11)

penyelenggaraan sistem. Semua aspek yang melibatkan penggunaan sistem applikasi perlu diambil kira supaya tidak menimbulkan masalah dan kekeliruan serta mudah dalam penggunaannya.

5.0

RASIONAL PERUBAHAN

ADIL

Perubahan dalam penilaian berbentuk peperiksaan kepada pentaksiran berterusan dilihat adil kerana penilaian yang dilakukan adalah secara berterusan, dimana guru dapat membaiki kelemahan murid dan mencari inisiatif sekiranya murid tidak mencapai piawai yang ditetapkan pada pentaksiran pertama. Selain itu, murid akan dinilai secara saksama sebagai individu dan tiada perbezaan antara murid yang dinilai dengan murid lain.

Murid akan dinilai secara individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan. Selain itu, guru akan mendapat maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kuantitatif dan kualitatif yang merangkumi pelbagai aspek mengenai diri seseorang murid itu. Penggredan berterusan ini bertujuan untuk membolehkan pihak yang terlibat mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan berguna yang mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan Negara bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Rasionalnya perubahan ini disokong oleh kajian kes oleh [ CITATION Ham14 \l 1033 ] menyatakan bahawa “PBS merupakan satu pentaksiran yang adil dimana penilaian pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan, dan sekaligus dapat mengesan penguasaan dan kemampuan murid dari pelbagai aspek dengan pelbagai kaedah penilaian yang lebih bersifat autentik dan holistik”.

HOLISTIK

(12)

jasmani murid-murid yang menguji daya tahan dan komposisi fizikal murid. Pentaksiran yang berterusan ini juga memberi kebebasan kepada murid mencerna idea baru dan berfikir di luar jangkaan kerana mereka tidak mempunyai limitasi dalam pemikiran bahawa belajar untuk lulus peperiksaan.

Pernyataan ini disokong oleh [ CITATION Ham14 \l 1033 ] dalam kajian kes yang menemu ramah guru PBS. Kenyataan guru PBS tersebut adalah seperti berikut:

“ …..dalam PBS ni, ia ada pentaksiran PAJSK. Kalau pelajar tu lemah dari segi akademik, tetapi dalam PAJSK dia berkebolehan, jadi dari situ dia boleh mencapai Band yang lebih tinggi. Ia sebagai satu pengiktirafan. Di situlah Nampak holistiknya…..”

“ ….Macam sekarang ni ia lebih kepada berhibur, mencungkil bakat murid, budak lebih banyak memberi idea. Kita ni sebagai pembimbing…”

“…..Kalau secara yang kita rancangkan, ia memang sesuatu perancangan yang sangat baik untuk membantu murid-murid kita menguasai pelbagai jenis kemahiran dalam satu masa. Dalam kelas atau di luar kelas. Maknanya pembentukan individu secara menyeluruh……”

“ …..Bagusnya macam ia dapat membina jati diri budak tu, dapat bina konfiden dalam diri dia, berani ke depan, bercakap….banyak ada explore juga….”

GURU MENGESAN PERKEMBANGAN MURID

Guru akan lebih bersikap ambil berat dan mengambil tahu terhadap perkembangan murid dari pelbagai aspek, ini berbeza dengan penilaian berorentasikan peperiksaan dimana guru akan lebih menumpukan perhatian dalam menyelesaikan silibus pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid di akhir pengajaran. Dengan perubahan dalam pelaksanaan pentaksiran berasakan sekolah ini guru akan mengesan perkembangan murid dan pada masa yang sama akan mengurangkan keciciran murid.

(13)

kaedah dan strategi megikut kretiviti guru. Pentaksiran tahap penguasaan murid tentang sesuatu perkara yang diajar, instrument dan strategi yang digunakan mestilah bersesuaian denagan perkara yang ingin ditaksir dan guru boleh mentafsir tahap penguasaan muridsecara formal ataupun tidak formal.

Kajian [ CITATION Ham14 \l 1033 ] menyokong bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menjadikan guru lebih bersifat endah terhadap perkembangan murid dari pelbagai aspek terutama kognitif, afektif dan psikomotor dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru PBS mengeluarkan pernyataan seperti berikut:

“Buktinya macam saya sendirilah. Macam saya mengajar kelas akhir, bila kita buat penilaian contohnya Band 1, jadi kita nampak murid ni memang tidak boleh membaca. Jadi, apa yang saya buat, saya kena rangka satu aktiviti yang membantu macam mana murid ini nak membaca. Saya dapat membantu daripada awal lah……”

“…Jadi, bila kita nampak kelemahan dia, kita boleh terus baiki kelemahan murid itu…”

“ ….Memang kita akan guide murid nerperingkat-peringkat….”

“ …..contoh kita ada pentaksiran pertama, dia tak capai. Jadi cikgu kena cari inisiatif lain untuk bina instrument baru sehingga budak tu boleh kita bantu….”

6.0

CABARAN PERUBAHAN

MASA

Guru-guru mata pelajaran pentaksiran tingkatan tiga (PT3) akan menghadapi cabaran dari segi masa. Guru mata pelajaran PT3 akan menggunakan masa yang banyak dalam penyediaan instrumen. Guru-guru PT3 akan merangka penilaian, ulang mengajar, pengisian data dan penyimpanan eviden yang banyak. Guru perlu menyediakan instrumen penilaian yang mempunyai kesejajaran dalam menyediakan rangka penilaian agar setiap band, evidens dan keupayaan murid dapat diukur dengan adil dan keputusan pentaksiran mendapat kesahan dan kebolehpercayaan.

(14)

baru yang bersesuaian dengan murid yang ditaksir. Selain itu, pengulangan membina instrument disebabkan oleh murid tidak hadir,oleh yang demikian pentaksiran berasaskan sekolah terjadinya pentaksiran akan dibuat berasaskan murid di mana guru mata pelajaran PT3 melihat dari segi keadaan murid dan keberadaan murid.

Peruntukan masa yang banyak juga di peruntukan dalam penyimpanan eviden dan memasukkan data dalam sistem, tetapi guru akan menghadapi cabaran ini sekiranya server yang perlahan dan terpaksa menunggu masa yang sesuai. Hal ini kerana peruntukan masa adalah ditetapkan mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyebabkan ramai guru-guru memasukkan data secara serentak dan beramai-ramai menyebabkan ada ketika sistem menjadi pengun dan tidak boleh diakses. Selain itu, guru akan menghadapi masalah sekiranya sistem itu diselenggara akan merumitkan dan menagguhkan kerja pengisian data.

KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perubahan dalam pengeluaran pelaporan pencapaian murid berasaskan sekolah ini memberi cabaran kepada guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana kekurangan kemudahan yang disediakan. Contohnya, seperti masalah bilik darjah, computer dan capaian internet. Hal ini kerana terdapat sekolah yang kekurangan bilik darjah terutama sekolah yang mengamalkan dua sesi. Selain itu, komposisi murid dalam bilik darjah juga ramai di sekolah kawasan bandar yang akan memuatkan lebih daripada 25 orang kadang-kadang jumlahnya menjadi dua kali ganda. Hal ini menyebabkan PdP dijalankan secara berpusat tidak dapat diberi perhatian secara maksimum pada setiap murid.

Apabila bilangan murid yang ramai dalam satu kelas, peralatan yang ingin digunakan tidak mencukupi, murid terpaksa berkongsi dan menggunakan peralatan secara bergilir-gilir semasa menjalankan aktiviti. Situasi ini menyebabkan perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan mengambil masa yang lama. Selain peralatan yang tidak mencukupi, peralatan yang digunakan juga dalam versi lama sebagai contoh penggunaan computer dalam menjalankan aktiviti PdP. Kemudahan yang lama akan menghadapi masalah seperti rosak ataupun sistem tidak disokong oleh perisian dan capaian.

(15)

pengguna yang ramai pada satu-satu masa menyebabkan aktiviti terganggu apabila ‘Browseing’ mengambil masa yang lama atau pun terdapat ‘error’ dalam capaian. Masalah ini yang perlu dihadapi oleh guru dalam menjalani aktiviti PdP yang mempunyai kekurangan dalam kemudahan.

KOMPETENSI GURU

Perubahan dalam penggredan murid tingkatan tiga ini sangat menguji kompetensi guru. Ini kerana guru perlu berubah kepada amalan baru dalan PdP. Guru-guru beranggapan mereka sangat kurang kecekapan dalam pelaksanaan perubahan ini. Terutama dalam fasa pencairan dari amalan lama ke dalam amalan baru. Para guru merasa mereka tidak mendapat pendedahan yang mencukupi mengenai pembinaan instrumen dan kursus yang mereka hadiri tidak fokus kepada pentaksiran. Apabila hal ini berlaku pencairan maklumat tidak dapat dilakukan dengan betul dan akan berlaku salah faham mahupun ketidakjelasan dalam pelaksanaan.

Maklumat yang diterima tidak jelas dan sempurna menyebabkan guru yang ingin melaksanakan penilaian secara pentaksiran ini berasa was-was kerana mereka tidak dapat melihat apa yang ingin dibuat dan disampaikan kepada pelajar melalui pembinaan instrumen. Ini kerana para guru tidak diberi latihan dan penerangan yang cukup dalam menyediakan instrumen. Guru menjadi kurang cekap dalam perlaksanaan ini akibat daripada kecairan maklumat yang tidak berlaku sepenuhnya.

SISTEM PENGURUSAN APLIKASI

Keputusan pentaksiran murid akan dimasukkan dalam sistem aplikasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), pertama, guru menghadapi cabaran yang besar dalam pengisian data ke dalam sistem aplikasi kerana mereka tidak diajar menggunakan sisitem aplikasi pentaksiran murid ini. Terdapat banyak sistem yang perlu digunakan oleh guru bukan hanya pentaksiran murid sahaja. Sistem yang banyak yang harus diketahui oleh guru, kadang-kadang menyebabkan guru keliru dalam penggunaannya serta cara penggunanya. Hal ini kerana, sistem berlainan antara satu sama lain dalam ‘browsing’ dan ‘layout”. Selain daripada itu, berlaku juga para guru terlupa kata laluan disebabkan oleh kekeliruan. Hal ini juga disebabkan oleh tiada keselarasan sistem aplikasi.

(16)

yang sempurna. Para guru tidak boleh mengisi data secara ‘offline’ keadan ini sangat tidak fleksible dan guru perlu mempunyai capaian internet dan masalah akan timbul sekiranya internet wifi yang disediakan lambat dan server sukar diakses. Penggunaan sistem applikasi ‘online’ tidak mesra pengguna, terutama apabila pengguna sistem yang ramai iaitu kalangan pendidikdi Malaysia.

8.0

KESIMPULAN

Sebelum melakukan sesuatu perubahan, agen perubahan perlulah membuat perancangan rapi. Hai ini kerana melakukan sesuatu perubahan bukan sahaja melibatkan pelan perancangan semata-mata tetapi hasil perubahan ynag melibatkan pelbagai pihak danpelbagai perkara yang perlu diambil kira dalam proses perubahan.

Perubahan penilaian murid berorentasikan peperiksaan yang berubah kepada pelaporan penilaian pencapaian murid berasaskan sekolah yang dilaksanakan secara berterusan dan mengukur pelbagai aspek kemahiran murid adalah perubahan yang terancang dan dinamik bagi mencapai objektif kerajaan untuk melahirkan murid yang holistik dan berdaya saing di peringkat globalisasi.

9.0

RUJUKAN

Aniza Ahmad; Zamri Mahmod. (2014). Kemahiran Guru-guru Bahasa Melayu Terhadap

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, ms 95-109.

Aniza Ahmad; Zamri Mahmod. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Sekolah

Menengah dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Berdasarkan Jantina, Opsyen dan Tempat Mengajar. Journal Pendidikan Bahasa Melayu Melayu, 5(1) ms 18-29.

Arsaythamby, V.; Hariharan N. K.; Ruzalan M. A.. (2015). Teachers’ Knowledge and

Readiness Twards Implementation of School Based assessment in Scondary Schools. International Education Studie, Canadian Center of Science and Education. 8 (11), ms 193-203.

(17)

Hu, Z.; Huang, X. (2015). On The Validity of Educational Evaluation and its Construction. Canadian Center of Science and Education, ms 99-105.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (24 Disember 2012). Retrieved April 01, 2015 from KPM

PORTAL: http://www.moe.gov.my/my/hala-tuju-pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Putrajaya.

LPM 1a, Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

LPM 1b, Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2013). Retrieved April 01, 2016, from LPM Portal:

http://www.lp.edu.my/v1/index.php?

option=com_content&view=featured&Itemid=209&lang=en

Mohd Azmi Mat Yusoff; Jamil Ahmad; Wan Huzaini Wan Husain; Norasmah Othman;

Norliza Che Hasan. (2015). Penilaian Tahap Penegtahuan dan Tingkah Laku GuruTerhadap Program Latihan Dalam Perkhidmatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara. ms 51-59.

Mohamad Johdi Salleh; Andul Razaq Ahmad; Ahmad Rafaai Ayudin. (2009). Penilaian

Kemajuan Berasaskan Sekolah Kaedah Kerja Kursus Sejarah. Journal Pendidikan Malaysia, 34(2), ms 111-124.

Noraini Mat Loddin; Suhaida Abdul Kadir. (2013). Penerimaan Guru Terhadap Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) dengan Komitment Guru dalam Melaksanakan PBS Sekolah Rendah. Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan, ms 526-531.

(18)

Referensi

Dokumen terkait

Sebelum melakukan penelitian, peneliti melihat ada 3 jenis website di Indonesia yang membuka forum untuk Citizen Journalism yaitu website mainstream media, portal (biasanya berita

dilaksanakannya untuk satu tahun pelajaran termasuk dalam hal ini menyusun program meningkatkanpenyusunan RPP. Jumlah guru yang terlibat dalam penelitian ini adalah

Sedangkan pengaruh risiko operasional terhadap ROA adalah negatif atau berlawanan arah, karena kenaikan pada biaya operasional yang lebih besar dibandingkan

Pembatas tersebut bukan merupakan bagian orisinil dari desain Schoemaker, karena dari dokumentasi ditemukan foto eksisting Gedung De Majestic saat berubah fungsi menjadi

Dengan adanya evaluasi baik secara internal dan eksternal Himpunan jurusan khususnya Himpunan Mahasiswa Mesin (HMM) dapat mengakomodir segala bentuk aspirasi dari seluruh

Di sini CIMSA sebagai organisasi mahasiswa kedokteran, merasa perlu ikut berpartisipasi dalam mencapai tujuan tersebut dengan mengadakan seminar mengenai penyakit

NLS 2014 kali ini akan sejalan dengan fokus CIMSA dalam melakukan community development, dengan membawakan tema “Community Development Implementation:

Divisi Proyek adalah fungsi pekerjaan dalam kepanitiaan ICONIC yang bertugas mem- bantu ketua untuk menyelesaikan pekerjaannya dalam menjalankan tugas kepanitiaan dalam membuat