• Tidak ada hasil yang ditemukan

LARANGAN TASYABBUH DAN APLIKASINYA DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "LARANGAN TASYABBUH DAN APLIKASINYA DALAM"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Prosiding Seminar

Pemikiran Islam IV

“Manhaj Wasatiyyah dan

Pelaksanaan Adab Ikhtilaf dalam

Memperkasakan Perpaduan Ummah”

9-10 Disember 2014

16-17 Safar 1436H

Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

Kuala Lumpur

(2)

Larangan Tasyabbuh Dan Aplikasinya Dalam Interaksi Sosial Dengan Orang Bukan Islam Di Malaysia Masa Kini1

Mohd Farhan Md Ariffin Muhammad Ikhlas Rosele

Ahmad Badri Abdullah Paizah Hj Ismail Mohd Anuar Ramli

Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

Abstrak

Al-Sunnah merupakan sumber kedua ajaran Islam. Ia mempunyai peranan signifikan dalam melestarikan ayat-ayat al-Quran bagi diimplementasikan dalam masyarakat Islam. Fenomena kini menyaksikan interaksi sosial yang lebih terbuka dan bersifat inklusif antara orang Islam dan bukan Islam. Pelbagai bentuk perayaan dan sambutan hari kebesaran agama disambut secara bersama. Senario ini walaupun memberi implikasi positif terhadap perpaduan kaum, namun dari satu aspek yang lain mampu memberi kesan negatif khususnya terhadap akidah orang Islam kerana ia boleh menjerumuskan mereka ke arah pluralisme agama. Dalam mendepani kemelut ini, al-Sunnah telah menggariskan asas interaksi sosial yang tepat, antaranya adalah larangan tasyabbuh dengan orang bukan Islam dalam amalan dan perayaan mereka. Ini kerana walaupun interaksi yang berlangsung bersifat inklusif, namun orang Islam wajar mengekalkan identiti yang eksklusif bagi membezakan antara mereka dengan orang bukan Islam. Dengan kata lain, dalam saling berta`aruf, orang Islam perlu ada tamayyuz sebagai simbol jati diri serta mengelak daripada meniru amalan dan perayaan orang bukan Islam. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang hadis larangan tasyabbuh dan kriteria larangan serta contoh-contoh yang relevan dalam interaksi sosial masyarakat majmuk di Malaysia agar bertepatan dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

Kata kunci: al-Sunnah; al-Tasyabbuh; interaksi social; masyarakat majmuk; eksklusif;

inklusif

Pendahuluan

Syariat Islam telah menggariskan panduan hidup yang komprehensif. Ia merangkumi hubungan sesama Islam serta hubungan dengan orang bukan Islam. Antaranya termasuklah larangan tasyabbuh dengan amalan dan cara hidup orang bukan Islam. Secara literalnya, perkataan tasyabbuh berasal dari bahasa Arab, akar katanya sya-ba-ha. Ia merujuk kepada penyerupaan kepada sesuatu, persamaan warna dan sifat. Disebut juga syibh, syabah, dan

syabih.2 Menurut Mu‘jam al-Mujiz, perkataan tasyabbaha adalah bermaksud menyerupai antara sesuatu dengan yang lain sehingga mengelirukan.3 Menurut Ibn Manzur, suatu objek itu menyerupai atau menyamai dengan sesuatu yang lain.4

Dari segi istilahnya, menurut al-Ghazi, tasyabbuh adalah ungkapan yang menunjukkan upaya manusia untuk menyerupakan dirinya dengan sesuatu yang diinginkan

1 Kertas kerja ini adalah sebahagian dapatan daripada projek RG408-12HNE. 2 Ahmad Faris, Mu‘jam Maqayis al-Lughah (Beirut: Dar al-Jail, 1411), 3: 243. 3

Al-Mu’jam al-Mujiz (Mesir: al-Majma’ al-Lughatul ‘Arabiah, 2002).

4 Ibn Manzur, Lisan al-Arab (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, 1999), 7: 24.

(3)

dirinya serupa dengannya, dalam hal tingkah laku, pakaian, atau sifat-sifatnya. Jadi

tasyabbuh adalah ungkapan tentang tingkah laku yang diinginkan dan dilakukannya.5

Menurut al-Munawi pula, tasyabbuh bermaksud berhias seperti mana mereka berhias, berusaha mengenali sesuai dengan perbuatan mereka, berakhlak dengan akhlak mereka, berjalan seperti mereka berjalan, menyerupai mereka dalam berpakaian dan sebahagian perbuatan mereka. Adapun tasyabbuh yang sebenarnya adalah bertepatan dari segi aspek zahir dan batin.6

Kedua-dua pentakrifan tersebut tidak ada banyak perbezaan, tetapi menurut al-Luwaihiq, huraian al-Munawi adalah tepat untuk menjelaskan tasyabbuh yang dilarang saja. Manakala takrifan al-Ghazi pula lebih mencakupi seluruh jenis tasyabbuh sama ada yang terlarang mahupun yang tidak terlarang.

Menurut Asyraf bin ‘Abd al-Hamid Barqa’an dalam mentakrifkan tasyabbuh sebagai

penyerupaan orang Muslim terhadap orang kafir pada sesuatu perkara yang tidak termasuk dalam kategori maslahah yang muktabar.7 Keunikan yang terdapat dalam takrif ini adalah pendekatan untuk mengeluarkan perkara-perkara yang merupakan ‘maslahah al-mu’tabarah

iaitu maslahah yang diiktiraf oleh nas-nas Syarak daripada kategori tasyabbuh yang dilarang atau diharamkan. Ini bertepatan dengan konsep tasyabbuh pada perkara yang mendatangkan manfaat.

Oleh yang demikian, setiap perkara sama ada dari segi ilmu, teknologi, kemahiran atau penemuan-penemuan saintifik baharu yang bermanfaat dan merupakan maslahah yang diiktiraf oleh Syarak mengenai kemanfaatannya, maka ia terkeluar daripada kategori

tasayabbuh yang dilarang walaupun ia berasal daripada orang bukan Islam. Prinsip ini diambil daripada peristiwa Rasulullah SAW mengaplikasikan teknologi mengorek parit ketika perang Khandak yang pada hakikatnya berasal daripada amalan orang bukan Islam di Parsi.8

Al-Luwaihiq merumuskan al-tasyabbuh sebagai seseorang yang membebani diri untuk menyerupai selainnya berkenaan dengan segala sifat atau sebagainya. Perkataan “membebani diri” menunjukkan bahawa maksud berkeinginan dan sengaja. Dengan demikian tidak termasuklah segala sesuatu yang tidak sengaja, seperti serupanya seorang lelaki dengan wanita dalam tingkah-laku dan suara kerana tabiat yang tercipta tanpa adanya niat dan keinginan.9 Begitu juga, seseorang Muslim menyerupai bukan Islam dalam segala bentuk dan sifatnya, sama ada dari sudut kepercayaan, amalan, kebudayaan atau tingkah laku.10 Ini kerana menyerupai mereka bererti menunjukkan rasa cinta dan cenderung kepada mereka.11

Terdapat beberapa golongan yang dilarang untuk umat Islam meniru dan menyerupainya. Ini adalah kerana terdapat ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi Muhammad SAW yang menyuruh untuk menyelisihi dan berbeza dengan orang bukan Islam. Maksud hadis sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka adalah umum. Ia termasuklah menyerupai kaum bukan Muslim, kaum ‘Ajam, syaitan dan sebagainya

5 Muhammad b. Muhammad al-Ghazi, Husn al-Tanabbuh Lima Warada fi al-Tasyabbuh (t.t.p: t.p., n.d.,

Manuskrip), 2.

6

Muhammad `Abd al-Ra’uf al-Munawi, Faid al-Qadir syarh Jami’ al-Saghir, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1408), 6.

7 Asyraf bin ‘Abd al-Hamid Barqa’an, Mazahir al-Tasyabbuh fi al-‘Asr Al-Hadith wa Atharuha ‘ala Al

-Muslimin (t.t.p: t.p., n.d.), 17.

8

Abu Muhammad ‘Abd al-Malik Ibn Hisyam Ibn Ayyub al-Humair, Sirah al-Nabawiyyah lil Ibn Hisyam (Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-`Arabi, 1990), 4: 182.

9 Jamil Habib al-Luwaihiq, al-Tasyabbuh al-Manhi ‘anhu fi al-Fiqh al-Islami (Umm al-Qura: Wizarah Ta’lim

‘Ali, 1417), 20.

10 Salih Fawzan, Aqidah Tawhid (Riyadh: Dar al-Qasim, n.d.), 185. 11

‘Abd Allah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiri, al-Bida’ al-Hauliyah, (terj.) Munirul Abidin (Jakarta: Darul Falah, 2000), 118.

(4)

sama ada baik ataupun tidak baik. Namun begitu, terdapat nas-nas yang khusus, yang menggalakkan umat Islam menyelisihinya.

Orang bukan Muslim adalah seseorang yang tidak percayakan Allah SWT dan RasulNya. Secara bahasa pula bermaksud seseorang yang ingkar terhadap kebenaran Islam dan keluar dari agama Islam.12 Kafir terdiri daripada berbagai golongan, antaranya ialah penyembah berhala (wathani) dan penyembah api (Majusi).13 Terdapat pelbagai jenis kafir menurut ulama Mutakallimin antaranya kafir ‘inad (kafir mu’anadah), kafir ingkar, kafir

juhud, kafir nifaq, kafir ni’mah. Namun menurut ulama fiqh pula kafir terdiri daripada kafir

harbi, kafir kitabi, kafir mu’ahid, kafir musta’min, kafir zimmi, dan kafir riddah.14

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan bahawa sikap orang kafir yang terlalu mengikut hawa nafsu dalam sesuatu perkara walaupun setelah datang kepada mereka ilmu. Mengikut hawa nafsu tidak membawa kepada kebaikan tetapi menuju kepada kesesatan. Sehubungan dengan itu, diutuskan Rasulullah SAW dengan syariat tersendiri iaitu Islam. Disuruh untuk mengikutinya dan dilarang menuruti hawa nafsu.15 Selain mereka menjadikan hawa nafsu sebagai petunjuk, mereka juga tidak senang melihat umat Islam berpegang kata millatahum, tetapi ketika melarang, Allah SWT mengungkapkan dengan kata

ahwa’ahum, kerana kaum Nasrani dan Yahudi tidak akan senang kepada kamu kecuali mengikuti agama mereka secara mutlak. Maka sebab itu, Allah SWT melarang untuk mengikuti hawa nafsu keinginan mereka.16

Oleh kerana itu, umat Islam dilarang keras untuk mengikuti hawa nafsu sama ada banyak ataupun sedikit. Ini kerana dengan mengikuti hawa nafsu bererti kita telah mengikuti orang bukan Islam termasuklah dalam perkara agama.17 Maka hendaklah umat Islam takut dengan mengambil golongan kafir sebagai contoh kerana sesiapa yang mengingkari apa yang dibawa Rasul disediakan baginya azab yang keras. Termasuk dalam mengikuti adalah dengan menyerupai mereka kerana menyerupai mereka bererti mengikuti keinginan mereka. Maka, orang-orang kafir senang jika orang-orang Islam menyerupai sebahagian daripada urusan mereka. Ini disebabkan dengan menyerupai mereka dalam satu urusan boleh menjadi pendorong untuk menyerupai dalam hal-hal lain.18

Hadis Larangan Tasyabbuh

Sikap berpenampilan berbeza merupakan identiti orang Islam. Maksudnya cara kehidupan dan kebiasaan itu boleh menjadikan setiap individu anggota masyarakat Islam sebagai syakhsiah (keperibadian) yang memiliki identiti tersendiri. Dalam hal ini, orang Islam perlu jelas pendiriannya dan boleh mempertahankan diri untuk tidak melarut oleh nilai-nilai dari

12 Abdul Azis Dahlan, Ensiklopedia Hukum Islam (Jakarta : PT Intermasa, 2006), iii. 856.

13 Muhammad Abd al-Wahhab, Masa’il al-Jahiliyyah al-Lati Khalafa Rasulillah Ahl al-Jahiliyyah (Kaherah:

Maktabah al-Salafiyah, 1397), 36.

14 Abdul Azis, Ensiklopedia Hukum Islam, 856.

15 ‘Abd al-Rahman ‘Abd al-Jabbar, Muhadhdhab Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafah Ashab al-Jahim

(‘Amman: Dar al-Bashir, 1996), 37.

16 Ibn Taymiyyah, Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafah Ashab al-Jahim (Riyad: Dar Isbiliya, 1998), 99. 17

‘Abd al-Jabbar, Muhadhdhab, 38.

18 Ibn Taymiyyah, Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim, 98.

(5)

luar sehingga hilang keperibadiannya. Mereka dilarang untuk menyerupai (al-tasyabbuh)

orang bukan Islam sama ada dalam aspek keagamaan mahupun adat tradisi.19

Terdapat hadis Nabi SAW yang tegas melarang umat Islam daripada menyerupai kaum lain. Sabda Nabi SAW:20

مُهْ نِم َوُهَ ف ٍمْوَقِب َهّبَشَت ْنَم

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia sebahagian daripada mereka

Berdasarkan hadis di atas, Nabi SAW melarang dengan tegas mana-mana Muslimin yang meniru amalan dan cara hidup orang bukan Islam. Ia menunjukkan sesiapa yang menyerupai atau meniru orang fasik atau orang bukan Islam atau orang yang berbuat bid’ah dalam perkara yang dikhususkan oleh mereka atau selainnya maka dia akan menjadi sebahagian daripada mereka.21

Larangan ini adalah untuk mengelakkan masyarakat Islam terjebak dalam sikap mengambil ringan golongan liberal yang mana ia boleh menjerumuskan kepada pluralisme agama (sama rata agama) dan menjejaskan akidah orang Islam.22 Sedangkan Islam adalah agama yang eksklusif dan mempunyai garis panduan yang lengkap.

Interaksi Sosial Dalam Masyarakat Malaysia

Masyarakat Malaysia ibarat miniatur Asia, iaitu sebuah model mini keragaman rantau Asia, yang mana terdapat masyarakat pelbagai kaum dan agama utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat ini lahir adalah melalui polisi divide & rule yang dilaksanakan pihak penjajah Inggeris. Interaksi sosial dan budaya yang minimum telah melahirkan masyarakat majmuk. Kepelbagaian ini selari dengan perbezaan bangsa, bahasa, budaya mahupun agama. Setiap kaum mempunyai kepercayaan dan pegangan agama tersendiri.

Walau bagaimana pun, dengan pengenalan konsep 1Malaysia, terdapat usaha untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang khusus berpaksikan budaya Timur. Usaha ini masih lagi baharu dan setiap kaum masih lagi berhati-hati dalam pengekalan identiti budaya masing-masing, walaupun proses interaksi antara budaya makin meluas. Dalam masa yang sama terdapat pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak pemerintah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi kaum seperti kongsi raya, rumah terbuka, penglibatan orang Islam dalam program keagamaan dan adat orang bukan Islam.

Hasil interaksi sosial dan budaya ini, setiap kaum cuba untuk mendekati budaya kaum lain, saling kenal mengenali dan menghormati cara hidup satu sama lain. Selain interaksi dengan kebudayaan majmuk setempat, masyarakat Malaysia juga terdedah kepada interaksi inter budaya hasil dampak globalisasi. Budaya Barat begitu kuat mempengaruhi masyarakat Malaysia. Hasilnya, masyarakat Melayu dengan mudah mengadaptasi budaya luar dan kesannya, masyarakat Islam kian hilang jati diri (al-tamayyuz iaitu yang membezakan dengan orang bukan Islam) dan dalam masa yang sama berlaku peleburan jati diri (al-tasyabbuh iaitu penyerupaan dengan orang bukan Islam).

Dalam konteks hukum Islam, fenomena penyerupaan (al-tasyabbuh) ini menimbulkan implikasi hukum sama ada ia boleh menjerumuskan ke kancah kekufuran, maksiat dan dosa. Dalam aspek hubungan sosial, Islam telah menggariskan prinsip-prinsip asas yang bertujuan untuk menjamin wujudnya kerukunan dan keharmonian dalam kehidupan bermsyarakat di

19 Mohd Anuar Ramli, Paizah Hj Ismail, Ahmad Badri Abdullah, Mohammad Aizat Jamaludin. (2013),

“Fenomena al-Tasyabbuh (Penyerupaan) Dalam Sambutan Perayaan Masyarakat Majmuk Di Malaysia”, Jurnal Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 21(1): 21- 42.

20 Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarhi Sahih al-Bukhari, (Kaherah: Matba’ah al-Salafiyyah, 1996), 6:

98.

21 ‘Abd Allah al-Sa’di al-Ghamidi, Tahzir al-Muslimin min al-Tasyabbuh bil Maghdu bi ‘alaihim wa la al

-Dallin. (t.t.p.: al-Kitabiyat al-Islamiah, t.t.), 24.

22 Mencari Modus Vivendi Antar Umat Beragama di Indonesia. c. 2, (Jakarta: Media Da’wah, 2007), 231-232.

(6)

samping mengekalkan identiti dan jati diri komuniti Muslim. Ini dapat diperhatikan bahawa Syariat Islam walaupun dengan terang menjelaskan asas saling kenal mengenali (ta’aruf) (QS, 49: 13), tetapi tetap menekankan mengenai larangan orang Islam menyerupai orang bukan Islam (al-tasyabbuh).

Nabi SAW melarang dengan tegas mana- mana Muslimin yang meniru amalan orang bukan Islam. Ia menunjukkan sesiapa yang menyerupai atau meniru orang fasik atau orang bukan Islam atau orang yang berbuat bid’ah dalam perkara yang dikhususkan oleh mereka atau selainnya, maka dia akan menjadi sebahagian daripada mereka.23

Dengan kata lain, berbagai program yang bertujuan memupuk perpaduan antara kaum digerakkan.24 Antaranya yang melibatkan perayaan utama negara. Antaranya kongsi perayaan seperti Gong Xi Raya (antara Tahun Baru Cina dengan Aidilfitri), Deepa raya (antara Deepavali dengan Aidilfitri). Selain itu sambutan rumah terbuka turut diadakan bagi meraikan perayaan tiap kaum dan agama, menghadiri upacara keagamaan di rumah ibadat dan sebagainya.25 Program ini walaupun dasarnya bertujuan positif untuk meningkatkan perpaduan antara kaum, tetapi melibatkan ketetapan hukum Islam yang wajar diambil kira. Ini kerana matlamat yang baik tidak menghalalkan semua cara. Ia perlu merujuk kepada panduan syariat Islam ketika berhubungan dengan agama lain.

Selain itu, status orang bukan Islam juga jelas, iaitu antara dhimmi (damai) dan harbi

(konflik).26 Namun perubahan sosial kini menampilkan dikotomi tersebut tidak lagi kukuh sehingga istilah klasik seperti dhimmi tidak lagi sesuai digunakan bagi menisbahkan status bagi komuniti bukan Islam kini.27 Malah orang bukan Islam lebih menguasai percaturan negara umat Islam. Tiada lagi dominasi umat Islam ke atas golongan bukan Islam.

Selaras dengan itu, realiti hubungan kaum yang wujud dalam masyarakat berbilang bangsa dan anutan agama seperti Malaysia mengakibatkan beberapa larangan yang telah disimpulkan oleh para ulamak fiqh berhubung amalan tasyabbuh perlu diberi penilaian semula. Ini kerana pada zaman kegemilangan umat Islam terdapat dikotomi antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Namun kini, dikotomi itu semakin mengecil, kerana jurang perbezaan yang berlandaskan faktor keagamaan semakin menghakis dalam kalangan orang Islam di Malaysia. Kadangkala dalam era globalisasi kini, ia sukar dibezakan kerana identiti budaya dan fizikal yang berlainan ini tidak lagi menjadi karakter orang Islam.

Kriteria Larangan Tasyabbuh

Melihat kepada realiti hubungan sosial dalam masyarakat Malaysia yang unik dengan sifat kepelbagaian yang wujud padanya serta kepelbagaian perspektif terhadap klasifikasi perbuatan tasyabbuh, didapati bahawa masyarakat Islam di Malaysia memerlukan kepada sebuah kriteria penetapan terhadap perbuatan-perbuatan tasyabbuh yang dilarang yang lebih tepat dengan konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Selaras dengan itu, orang Islam di Malaysia wajar mempunyai identiti serta jati diri yang membezakan mereka dengan orang bukan Islam dan perlu menjauhkan diri daripada menyerupai orang bukan Islam dalam urusan keagamaan dan amalan adat tradisi mereka.

23

al-Ghamidi, Tahzir al-Muslimin, 24.

24 Wan Hashim Wan Teh, “Pemumpukan Perpaduan Negara Melalui Kebudayaan Kebangsaan : Proses dan

Usaha Membina Bangsa”, dalam (Kertas kerja Seminar Kebudayaan Kebangsaan dan Perpaduan Negara anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1983), 4-5.

25

Ridzwan bin Ahmad, “Pengaruh Budaya Tempatan Terhadap Penentuan Hukum Menziarahi Rumah Terbuka

Perayaan Agama Bukan Islam di Malaysia”, dalam Saleh Hj. Ahmad, Abdul Karim Ali, Ridzwan Ahmad & Mohamad Zaidi Abdul Rahman (editor), Hukum Islam dan Budaya Tempatan. (Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2006).

26 Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dhimmah, 27

Fahmi Huwaidi, Al-Muwatinun la Dhimiyyun: Mauqi’ Ghair al-Muslimin fi Mujtama’ Muslimin, (Kaherah : Dar al-Syuruq, 1990M), 110.

(7)

Walau bagaimanapun, asas hubungan ini tidak melarang orang Islam untuk berinteraksi baik dengan orang bukan Islam.

Dengan itu, asas hubungan sosial yang ingin dibina perlu berpaksikan pendekatan

wasatiyyah, iaitu tidak terlalu ekstrem hingga menafikan hak-hak orang bukan Islam dan tidak terlalu liberal hingga melenyapkan garis pemisah antara orang Islam dan bukan Islam. Sehubungan dengan itu, pendekatan tersebut perlu diambil kira dalam hubungan di antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia bagi membina satu persefahaman (al-tafahum) dalam masyarakat yang beragam cara hidup, budaya dan agama. Berasaskan persefahaman yang dicapai akan terbentuk masyarakat Malaysia yang aman lagi harmoni dan kemajuan negara yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.

Nabi SAW, para sahabat dan ulama melarang mana-mana umat Islam daripada meniru orang kafir. Haramnya meniru mereka dan secara zahir menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur. Sesiapa yang menyerupai atau meniru orang fasik atau orang kafir atau orang yang berbuat bid`ah dalam perkara yang dikhususkan oleh mereka atau selainnya maka dia akan menjadi sebahagian daripada mereka.28 Walaupun tidak menyatakannya secara terus terang dan walaupun tidak melahirkan rasa cinta.29 Lebih parah lagi, apabila seseorang itu mempunyai keyakinan yang sama seperti dengan kaum kafir, maka dia telah kafir. Namun jika seseorang itu tidak beriktikad seperti mereka, maka terdapat khilaf

dalam kalangan para ‘ulama. Pendapat pertama mengatakan mereka kafir (seperti zahir hadis yang menunjukkan sebahagian daripada mereka itu), dan pendapat kedua menyatakan tidak kafir tapi perlu diberi pengajaran.30

‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad dalam memberi komentar serta huraian beliau mengenai

hadis berkenaan dengan menyatakan bahawa:

“Hal ini merupakan celaan bagi sesiapa yang menyerupai kuffar, kerana

penyerupaan pada zahir boleh membawa kepada kecenderungan pada dalaman

dan batin (i‘tikad) dan maksud tasyabbuh tersebut adalah dalam sesuatu yang

menjadi keistimewaan mereka, dan sesuatu yang menjadi ciri-ciri (yang khusus) bagi mereka, adapun perkara-perkara yang menjadi tuntutan dalam Islam seperti persiapan perang, dan memberi perhatian dalam perkara -perkara yang bermanfaat (seperti teknologi dan lain-lain) maka perkara ini adalah sesuatu yang menjadi tuntutan, akan tetapi perkara yang diharamkan dan terlarang adalah keadaan dalam urusan pakaian dan gaya (trend) atau apa yang membawa kepada hal

tersebut.”31

Melalui penelitian terhadap komentar tasyabbuh di dalam hadis ini dapat disimpulkan bahawa tasyabbuh yang dilarang dan yang mendatangkan implikasi ‘menjadi sebahagian

daripada mereka’ adalah penyerupaan dalam bentuknya yang menyeluruh iaitu dari segenap

aspek sifat luaran, fesyen, dan perlakuan sepertimana yang ditegaskan oleh Ghazi dan al-Munawi. Manakala bagi penyerupaan yang tidak menyeluruh (al-tasyabbuh al-juz’iy) pula, implikasinya tidak seperti yang dinyatakan di dalam hadis berkenaan iaitu digolongkan di kalangan orang kafir. Akan tetapi sudah pasti perbuatan tersebut tidak terlepas daripada digolongkan sebagai berdosa dan masih dianggap sebagai sebuah kesalahan menurut ajaran agama dan adat resam. Ini turut ditegaskan oleh Ibn Taymiyyah dalam memberi komen mengenai hadis ini. Beliau berpandangan kesan minimum daripada hadis ini iaitu hukum

28 ‘Abd Allah al-Sa’di al-Ghamidi, Tahzir al-Muslimin min al-Tasyabbuh bil Maghdub bi ‘alaihim wa la al

-Dallin. (al-Kitabiyat al-Islamiyyah, n.d.), 24.

29 Al-Tuwaijiri, al-Bida’ al-Hauliyah, 118. 30

Muhammad Ismail, Subul al- Salam syarh Bulugh al-Maram (Lubnan: Beirut, 2002), 4: 321.

31 ‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad. Syarah Sunan Abi Dawud, (n.p., n.d.), 6: 452.

(8)

haram bagi perbuatan menyerupai mereka (orang kafir) walaupun secara zahirnya ia seakan menghukum kafir terhadap setiap perbuatan menyerupai mereka itu (orang kafir),”32

Walau bagaimanapun, terdapat juga kategori tasyabbuh yang dibenarkan oleh Syarak.

Ini merujuk kepada huraian ‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad terhadap hadis yang disebutkan iaitu

beliau menyentuh mengenai tasyabbuh yang dibenarkan dalam pandangannya, iaitu:

“Adapun perkara-perkara yang menjadi tuntutan dalam Islam seperti persiapan perang, dan memberi perhatian dalam perkara -perkara yang bermanfaat maka perkara ini adalah sesuatu yang menjadi tuntutan,”33

Larangan Nabi SAW tentang al-tasyabbuh diperkuatkan lagi dengan tegahan Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang la in; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum ang berlaku zalim.”

(Surah al-Ma’idah 5: 51) Selain itu, dalam hadis yang lain, Nabi SAW dengan tegas memerintahkan orang Islam untuk tampil berbeza dengan penampilan orang-orang Yahudi dan Nasrani dalam semua perkara.34 Antaranya sabda Rasulullah SAW35:

ىحللا اوفوأو براوشلا اوفحأ ،نكرشما اوفلاخ

Berbezalah dari orang musyrik, potonglah misai dan simpanlah janggut

Rasulullah SAW secara mutlak memerintahkan umat Islam untuk berbeza dengan orang-orang musyrik, kemudian menambah, “potonglah misai dan biarkanjanggut.” Kalimah

ini menjadi pengganti dari kalimah pertama iaitu “berbezalah dengan orang-orang musyrik”,

dan penggantian itu boleh dilakukan dalam bentuk kalimah, dan boleh juga dalam bentuk kata-kata.36 Justeru, berdasarkan hadis tersebut larangan berbeza dari segi penampilan fizikal adalah suatu arahan berdasarkan panduan Syariah.

Dalam meneliti arahan dalam hadis ini, sebahagian ulama fiqh berbeza pandangan mereka mengenai sifat mutlak arahan dalam hadis ini. Al-Suyuti dalam tulisannya memetik daripada Ibn Hajar ketika memberi komentar mengenai hadis ini menyatakan bahawa:

“Kesemua lafaz (perintah) dalam hadis ini menunjukkan bahawa yang dituntut (oleh Syarak) adalah bersangatan dalam usaha menghilangkan (misai) kerana memotong rambut dan bulu sehingga sampai kepada kulit dan pemotongan (al-nahak) yang sampai adalah sehingga menghilangkannya. Ini sepertimana

sabda Rasulullah SAW kepada Khafidhah Asymi: “Janganlah kamu memotong (kesemuanya) (la tanhaki) dalam mengkhatankan anak perempuan”,Al-Tahawi berkata: “Aku tidak mendapati daripada al-Syafi'i rahimahullah pandangan sedemikian dalam penulisannya dan para pengikutnya seperti al-Muzani dan

32 Ibn Taymiyyah, Iqtida’ Sirat al-Mustaqim, 670. 33 Al-‘Abbad. Syarah Sunan Abi Dawud.

34 Yusuf al-Qaradawi, Bayyinah al-Hall al-Islami wa Syubhat al-‘Ilmaniyyin wa al-Mutagharribin. c. 2,

(Kaherah: Maktabah Wahbah, 1993), 103.

35

Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, Bab Taqlim al-Azfar, no. hadis 55553, 5: 2209.

36 Al-Tuwaijiri, al-Bida’ al-Hauliyah, Munirul Abidin (terj),(Jakarta: Darul Falah, 2000), 453.

(9)

al-Rabi' yang mencukur (misai) dan aku tidak merasakan mereka mengambil hukum itu melainkan daripadanya (al-Syafi'i). Abu Hanifah dan pengikutnya pula berpendapat bahwa mencukur adalah lebih afdal daripada memotong manakala Malik berbeza pendapat mengenainya. Berkata al-Ashram: bahawasanya Imam Ahmad mencukur misainya dengan cukuran yang bersangatan dan diriwayatkan bahawa beliau berpendapat mencukur lebih utama daripada memotong, manakala al-Nawawi memilih untuk memotong (misai) dan beliau memotong misai beliau sehingga menampakkan hujung bibir beliau”.37

Ibn Hajar menyatakan:

“Diriwayatkan daripada Malik daripada Zaid bin Aslam bahawasanya `Umar r.a apabila beliau marah, maka akan berpeluh misainya. Ini menunjukkan bahawa beliau memanjangkannya. Ketika Imam Malik disoal sebab beliau memanjangkan misainya, beliau membacakan hadis ini. Dinyatakan oleh Ibn Daqiq daripada sebahagian ulama mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa tidak mengapa mengekalkan misai di dalam peperangan sebarang tindakan

untuk menakutkan musuh atau untuk menyamar.”38

Ini menunjukkan bahawa walaupun dalam bentuk perintah, arahan dalam hadis ini tidaklah mutlak sehinggakan sebahagian imam mazhab tidak melihat arahan mencukur atau

memotong misai sebagai mutlak. Sahabat yang besar seperi Saidina ‘Umar al-Khattab r.a.

tidak melakukan sedemikian. Manakala para ulama’Hanafiyyah mengaitkannya perbuatan memanjangkan misai dibenarkan disebabkan maslahah tertentu seperti ketika dalam peperangan dan penyamaran dalam waktu perang.

Sehubungan dengan itu, hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. ‘Illah pengharaman dan larangan menyertainya adalah penyerupaan (tasyabbuh). Terdapat sebuah hadis Nabi SAW yang secara khusus menyentuh mengenai perkara ini. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah, penduduk Madinah mempunyai dua hari perayaan yang mereka raikan padanya. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Dua perayaan apakah ini?” Mereka menjawab:

kami bermain pada keduanya sejak dari zaman jahiliyah. Maka Rasulullah SAW bersabda:

sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan kamu dengan dua perayaan baharu yang lebih

baik daripada keduanya iaitu hari raya Adha dan hari raya Fitrah.”39

Berhubung dengan hadis ini, Ibn Taimiyyah menyatakan: “Dan juga sabda Baginda iaitu: “sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan kepada kamu”, ketika Baginda bertanya kepada mereka mengenai dua perayaan, maka mereka menjawab bahawa mereka menyambut keduanya pada masa jahiliyah, maka ini adalah dalil menunjukkan Baginda melarang mereka menyambutnya dengan menggantikan dengan dua hari perayaan Islam. Jika Baginda tidak bermaksud untuk melarang, sudah tentu baginda tidak perlu menawarkan perayaan alternatif

yang bersesuaian dengan perayaan mereka.”40

Sehubungan dengan itu, amalan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. ‘Illah pengharaman dan larangan menyertainya adalah penyerupaan (tasyabbuh). Memang jelas haram bagi umat Islam meniru amalan orang bukan Islam, seperti memakai

37 ‘Abd al-Rahman Ibn Abi Bakr Abu al-Fadl al-Suyuti, Syarah al-Suyuti li al-Sunan al-Nasa'i, (tahqiq) ‘Abd

Al-Fattah Abu Ghuddah (Halab : Maktab al-Matba‘ah al-Islamiyah, c. 2, 1986), 1: 16.

38 Ahmad ibn ‘Ali bin Hajr Abu al-Fadl al-‘Asqalani. Fath Bari Syarh Sahih Bukhari (Beirut: Dar

al-Ma‘rifah, 1379H/1960M), 10: 348-349.

39

Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, no. hadis: 1134; Musnad Ahmad, no. hadis:12025.

40 Ibn Taymiyyah, Iqtida’ Sirat al-Mustaqim, 476-477.

(10)

pakaian Santa Clause, menghiasi rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan hari Thaipusam dan pesta ponggal, serta terlibat dalam pesta air ketika perayaan Songkran. Ini kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Selain pengharaman yang berkaitan dengan upacara berbentuk keagamaan, ‘illah pengharaman lain adalah wujudnya unsur-unsur maksiat seperti dihidangkan minuman keras, dipersembahkan nyanyian yang melalaikan dan pergaulan bebas di antara lelaki dengan perempuan.

Walau bagaimanapun, amalan-amalan ini diharuskan sekiranya ‘illah pengharaman atau larangan tersebut dapat dielakkan. Keadaan ini bersesuaian dengan satu kaedah dalam

usul al-fiqh,41 iaitu:

امدعو ادوجو هتمكح عم ا هتلع عم رودي مكحا نإ

Sesungguhnya hukum berputar pada kewujudan dan ketiadaan ‘illah

bukannya hikmah”

Berdasarkan penghujahan tersebut, syariat Islam tidak bersikap keras dalam menangani isu-isu berhubungan dengan agama dan kaum lain. Ini kerana sebagai agama yang menjadi rahmat ke seluruh alam, ia juga mempunyai batasan tertentu yang wajar dipatuhi dan dihormati oleh umat manusia.

Kesimpulan

Fenomena penyerupaan (al-Tasyabbuh) semakin menular dalam masyarakat Islam, khususnya dalam aspek sambutan perayaan. Orang Islam mengambil pendekatan bermudah-mudah dalam penglibatan mereka terhadap amalan orang bukan Islam, sedangkan dari perspektif hukum Islam, terdapat garis panduan khusus dalam berinteraksi dengan orang bukan Islam. Justeru, larangan Nabi SAW tentang al-Tasyabbuh perlu diambil kira agar identiti umat Islam dapat dibezakan dengan orang bukan Islam di samping keaslian ajaran Islam dan budaya masyarakat Islam kekal terpelihara tanpa campur aduk amalan agama dan budaya kaum lain.

Bibliografi

Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, no. hadis: 1134; Musnad Ahmad, no. hadis:12025.

‘Abd Allah al-Sa’di al-Ghamidi, Tahzir al-Muslimin min al-Tasyabbuh bil Maghdu bi

‘alaihim wa la al-Dallin. (t.t.p.: al-Kitabiyat al-Islamiah, t.t.), 24.

‘Abd Allah al-Sa’di al-Ghamidi, Tahzir al-Muslimin min al-Tasyabbuh bil Maghdub bi

‘alaihim wa la al-Dallin. (al-Kitabiyat al-Islamiyyah, n.d.), 24.

‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad. Syarah Sunan Abi Dawud, (n.p., n.d.), 6: 452.

‘Abd al-Rahman ‘Abd al-Jabbar, Muhadhdhab Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafah

Ashab al-Jahim(‘Amman: Dar al-Bashir, 1996), 37.

‘Abd al-Rahman Ibn Abi Bakr Abu al-Fadl al-Suyuti, Syarah al-Suyuti li al-Sunan al-Nasa'i,

(tahqiq) ‘Abd Al-Fattah Abu Ghuddah (Halab : Maktab al-Matba‘ah al-Islamiyah, c. 2,

1986), 1: 16.

Ahmad ibn ‘Ali bin Hajr Abu al-Fadl al-‘Asqalani. Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari

(Beirut: Dar al-Ma‘rifah, 1379H/1960M), 10: 348-349.

Al-Tuwaijiri, al-Bida’ al-Hauliyah, Munirul Abidin (terj),(Jakarta: Darul Falah, 2000), 453. Fahmi Huwaidi, Al-Muwatinun la Dhimiyyun: Mauqi’ Ghair al-Muslimin fi Mujtama’

Muslimin, (Kaherah : Dar al-Syuruq, 1990M), 110.

Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarhi Sahih al-Bukhari, (Kaherah: Matba’ah al -Salafiyyah, 1996), 6: 98.

Ibn Taymiyyah, Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafah Ashab al-Jahim (Riyad: Dar Isbiliya, 1998), 99.

41 Wahbah al-Zuhayli, Usul al-Fiqh al-Islami (Damsyik: Dar al-Fikr, 1998), 1: 651.

(11)

Mohd Anuar Ramli, Paizah Hj Ismail, Ahmad Badri Abdullah, Mohammad Aizat Jamaludin.

(2013), “Fenomena al-Tasyabbuh (Penyerupaan) Dalam Sambutan Perayaan Masyarakat

Majmuk Di Malaysia”, Jurnal Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 21(1): 21- 42.

Muhammad Ismail, Subul al- Salam syarh Bulugh al-Maram (Lubnan: Beirut, 2002), 4: 321.

Ridzwan bin Ahmad, “Pengaruh Budaya Tempatan Terhadap Penentuan Hukum Menziarahi

Rumah Terbuka Perayaan Agama Bukan Islam di Malaysia”, dalam Saleh Hj. Ahmad, Abdul Karim Ali, Ridzwan Ahmad & Mohamad Zaidi Abdul Rahman (editor), Hukum Islam dan Budaya Tempatan. (Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2006).

Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, Bab Taqlim al-Azfar, no. hadis 55553, 5: 2209. Wahbah al-Zuhayli, Usul al-Fiqh al-Islami (Damsyik: Dar al-Fikr, 1998), 1: 651.

Wan Hashim Wan Teh, “Pemumpukan Perpaduan Negara Melalui Kebudayaan Kebangsaan : Proses dan Usaha Membina Bangsa”, dalam (Kertas kerja Seminar Kebudayaan Kebangsaan dan Perpaduan Negara anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1983), 4-5.

Yusuf al-Qaradawi, Bayyinah al-Hall al-Islami wa Syubhat al-‘Ilmaniyyin wa al -Mutagharribin. c. 2, (Kaherah: Maktabah Wahbah, 1993), 103.

‘Abd Allah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiri, al-Bida’ al-Hauliyah, (terj.) Munirul Abidin

(Jakarta: Darul Falah, 2000), 118.

Abdul Azis Dahlan, Ensiklopedia Hukum Islam (Jakarta : PT Intermasa, 2006), iii. 856.

Abu Muhammad ‘Abd al-Malik Ibn Hisyam Ibn Ayyub al-Humair, Sirah al-Nabawiyyah lil

Ibn Hisyam (Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-`Arabi, 1990), 4: 182. Ahmad Faris, Mu‘jam Maqayis al-Lughah (Beirut: Dar al-Jail, 1411), 3: 243.

Al-Mu’jam al-Mujiz (Mesir: al-Majma’ al-Lughatul ‘Arabiah, 2002).

Asyraf bin ‘Abd al-Hamid Barqa’an, Mazahir al-Tasyabbuh fi al-‘Asr Al-Hadith wa

Atharuha ‘ala Al-Muslimin (t.t.p: t.p., n.d.), 17.

Ibn Manzur, Lisan al-Arab (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, 1999), 7: 24.

Jamil Habib al-Luwaihiq, al-Tasyabbuh al-Manhi ‘anhu fi al-Fiqh al-Islami (Umm al-Qura: Wizarah Ta’lim ‘Ali, 1417), 20.

Muhammad `Abd al-Ra’uf al-Munawi, Faid al-Qadir syarh Jami’ al-Saghir, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1408), 6.

Muhammad Abd al-Wahhab, Masa’il al-Jahiliyyah Lati Khalafa Rasulillah Ahl al-Jahiliyyah (Kaherah: Maktabah al-Salafiyah, 1397), 36.

Muhammad b. Muhammad al-Ghazi, Husn al-Tanabbuh Lima Warada fi al-Tasyabbuh (t.t.p: t.p., n.d., Manuskrip), 2.

Referensi

Dokumen terkait

RSUD Kabupaten Sidoarjo khususnya poliklinik eksekutif diharapkan terus bisa mempertahankan dan meningkatkan pelayanannya, dalam hal ini akan lebih baik apabila ada dokter

Laporan keuangan disajikan dengan maksud memberikan informasi mengenai posisi harta, utang, dan modal serta perolehan laba atau rugi yang menunjukkan hasil aktivitas

Proses berpikir relational siswa laki- laki ( SLB ) dalam membuat perencanaan penyelesaian masalah matematika dengan membangun relasi di dalam dan diantara pemahaman

Hal ini kerap kali merenggut keindahan dan keasrian tempat-tempat umum yang seharusnya kebersihannya tetap kita jaga.Selain isi jeruk yang sering kita konsumsi, ternyata kulit

Romulo Pasaribu (Almarhum) yang datang dari arah Barat menuju Timur di perempatan Tugu Merah tersebut, yang mengakibatkan Terdakwa sudah tidak ingat apa-apa lagi karena

Pertama, perlindungan secara umum yang diatur dalam KUHAP, yakni secara umum agar seseorang mendapatkan/memperoleh jaminan/santunan hukum di dalam KUHAP, berupa: (1)

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sebagai pelatihan untuk menerapkan teori yang diperoleh

Solusi yang ditawarkan adalah turbin rotor sekrup dengan desain baru, dengan sudu pada rotor berupa sekrup yang berbentuk unik dimasukkan pada pipa pesat mirip nozzle