• Tidak ada hasil yang ditemukan

ekonomi sara diri kepada kapitalis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ekonomi sara diri kepada kapitalis"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

NURFARAIAN MAHADZIR AEE130048

Soalan:Bincangkan keadaan yang telah menyebabkan perubahan

ekonomi Negeri-Negeri Melayu daripada sara diri kepada kapitalis

PENDAHULUAN

Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai “Suvarnabhumi” yang bermaksud bumi emas.”Ini kerana, hasil bumi Tanah Melayu kaya dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak.Kedudukan Tanah Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan tumpuan kepada kegiatan perdagangan. Ini membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi.

(2)

Kegiatan ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan kegiatan asas dan kegiatan utama bagi masyarakat pada masa itu.

(3)

hubungan antara anggota masyarakat. Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi sawah. Biasanya Tiada Lebihan Hasil Dalam ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya.

Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor, iaitu masalah tenaga buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya kepada tenaga keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah dan sawah, Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu hanya mula digunakan dalam kerja-kerja membajak pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan., Petani terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan dan Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepada golongan pemerintah akan ditambah.

(4)

antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.

Sistem residen yang diperkenalkan di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad 19 bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga melibatkan bidang ekonomi. Keamanan yang berjaya dipulihkan telah melahirkan satu suasana yang membolehkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat seterusnya menjadi ekonomi kapitalis.Ekonomi kapitalis bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor iaitu Alat-alat tradisional digunakan seperti parang, cangkul, tenggala, Saiz tanah kecil dan tenaga buruh tidak mahir

(5)

Perdagangan dilakukan secara jual beli dan secara eksport. Pemodal terdiri daripada raja dan pembesar dan memonopoli kegiatan perdagangan. Rakyat menjalankan kegiatan perdagangan secara berjaja di pasar atau di luar kawasan. Mereka menjual barang seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, hasil kraf tangan dan sebagainya.Lokasi perdagangan di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai. Pelabuhan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang. Contohnya, pelabuhan Kedah, Klang dan Singapura. Selain itu,Catatan Munsyi Abdullah mengatakan bahawa terdapat orang Jakun yang mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, kayu wangi untuk diperdagangkan dengan orang melayu di Pahang pada tahun 1838. Pada tahun 1844, Bendahara Ali melantik seorang ketua orang Asli sebagai wakil di penempatan orang Asli di Pahang untuk mengawal kegiatan pemungutan hasil hutan.Di Johor, Temenggung Ibrahim memonopoli kawasan getah perca dengan bantuan orang melayu dan orang Asli, beliau Berjaya membawa bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke luar negara. Seterusnya, masyarakat peribumi mengusahakan penanaman padi secara tradisional tetapi telah menjurus ke arah tahap komersial apabila padi dieksport ke negeri lain. Padi dieksport ke negara jiran terutama dari kawasan yang subur. Kedah dan Kalantan menjadi pembekal padi utama. Kedah membekalkan padi ke Pulau Pinang manakala Kelantan pula ke Singapura.Begitu juga Selangor, Perak dan Terengganu. Pada abad ke-19, Selangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu mengimportnya lagi.

FAKTOR PERUBAHAN.

1) Revolusi perindustrian

Revolusi perindustrian ialah proses perubahan ekonomi yang mudah kepada satu

ekonomi yang sangat kompleks yang melibatkan proses tranformasi ekonomi. Ianya melibatkan

(6)

daripada menggunakan tenaga manusia kepada penggunaan mesin. Keadaan ini membuatkan

sektor perkilangan mula mengambil alih proses pengeluaran sesuatu barang yang dahulunya

dilakukan oleh tenaga manusia. Ini menunjukkan berlakunya perubahan sektor pertanian kepada

sektor perindustrian dalam memacu ekonomi negara.Revolusi Perindustrian telah berlaku di

Eropah kesan daripada Renaisans1. Masyarakat telah mula berdagang di Eropah kesan daripada perkembangan teknologi di Eropah menyebabkan keperluan terhadap bahan mentah meningkat. Hal ini menyebabkan masyarakat Eropah telah keluar dari negara mereka dan belayar ke Asia termasuk Tanah Melayu. Aktiviti ini telah menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu terlibat dalam proses permodenan setelah ekonomi di Tanah Melayu di campur tangan oleh orang barat. Perkembangan di peringkat antarabangsa seperti keperluan utk bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat, penggunaan kapal wap yg dpt mempercepat perjalanan dan pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan pelayaran mempengaruhi corak ekonomi Tanah Melayu seterusnya menggantikan ekonomi tradisional masyarakat melayu kepada yang moden. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dgn sumber bahan mentah mendorong kuasa Barat untuk menguasainya. British berpeluang utk meluas dan mengukuhkan pengaruh di Tanah Melayu. Hasil hutan juga mendapat pasaran yang baik di China.

2) Kesediaan golongan pemerintah dan masyarakat untuk menerima ekonomi Kapitalis. Pada zaman dahulu, sistem ekonomi menggunakan sister barter iaitu pertukaran barang untuk berjual beli. Kaedah ini dilihat tidak wajar atau tidak logik untuk ekonomi

(7)

moden. Oleh itu, pemerintah yang bijak telah memperkenalkan sistem wang sebagai alat untuk berjual beli.Antara barang berharga yang diterima sebagai wang dalam urusan jual beli ialah logam berharga daripada emas, perak, tembaga atau timah yang berbentuk ketul, keping atau dibentuk seperti binatang.Misalnya tampang buaya (berbentuk buaya kecil), bapa ayam (bentuk ayam jantan), jongkong tampang (bentuk empat segi) dan syiling yang mempunyai nama pemerintah. Kesediaan pihak pemerintah ini sekali gus memudahkan urusan jual beli.

Pemerintah Johor iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan sistem Kangcu pada tahun 1833 dan memajukan perdagangan lada hitam dan gambir. Beliau mengawal dan mengawasi penanaman lada hitam dan gambir melalui sistem kangcu.Melalui sistem ini, orang cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai surat sungai untuk menetap dan mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir di tebing sungai. Setiap Kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan membawa kepada peningkatan eksport dan mendapat sambutan yang baik di pasaran Singapura dan Eropah.

Golongan pembesar juga terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial secara tidak langsung. Mereka hanya menjadi pemodal dengan melantik wakil-wakil tertentu untuk menjalankan dan menguruskan perniagaan mereka. Wakil-wakil ini yang dikenali sebagai kiwi terdiri daripada orang yang mahir dalam mengendalikan urusan perniagaan.

(8)

pemerintah-pemerintah merupakan antara elemen yang membantu perubahan ekonomi di tanah melayu.

3) Keperluan pekerja mahir

Masyarakat tempatan tempatan tidak dapat menjadi sandaran kerana terikat dengan sistem kerah. Hal ini disebabkan mereka masih mengamalkan pertanian dan membayar cukai kepada pemerintah. Namun, dalam masa yang sama , buruh-buruh diperlukan bagi mengusahakan ladang dan lombong. Oleh yang demikian, buruh india dibawa masuk kerana mahir dalam menguruskan perladangan manakala buruh dari china dibawa masuk kerana mahir dalam perlombongan.Hal ini telah menyebabkan perkembangan sistem perlombongan dan perkembangan perusahaan getah berlaku.

Selain itu, kepentingan industri getah di negeri kelantan adalah begitu cemerlang dan banyak mendatangkan hasil, R.J .Farrer telah mencadangkan kepada Pesuruhjaya Tinggi agar permohonan persatuan penanam-penanam kelantan dipertimbangkan untuk menambah tempoh pekerjaan di Tanah Melayu. Farrer telah menyatakan bahawa pengurangan hasil sebanyak 400 tan getah akibat kekurangan tenaga buruh adalah bermakna kekurangan hasil negeri juga. Dalam tahun 1915, masalah kekurangan buruh telah dapat diselesaikan dengan kemasukkan buruh daripada Singapura. Jelas membuktikan bahawa kemasukan pekerja mahir atau buruh amat penting dalam ekonomi moden.

4) Peranan usahawan

(9)

memberikan modal membolehkan teknologi digunakan untuk menguruskan pekerjaan yang sukar digunakan dengan tenaga manusia. . Selain adanya modal tempatan yang dilaburkan oleh golongan pemerintah yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi, pihak British juga membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan ke dalam beberapa sektor penting seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.Ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah yang diusahakan para pemodal asing.

Antara usahawan yang memberi kesan dalam perubahan ekonomi di semenanjung tanah melayu ialah keluarga Velge. John henry ialah anggota keluarga yang tertua dilahirkan pada 19\12\1796 dan menjadi pelayar serta mengendalikan kapalnya sendiri.di menetap di Melaka dan menjadi salah seorang penduduk yang disegani sehingga meninggal dunia pada tahun 1891.

Selain itu, Frank Swettenham menyatahan bahawa semenjak campur tangan British sehingga 1894, iaitu selama 20 tahun campur tangan, British telah melakukan pencapaian yang sangat besar di tanah melayu.

5) Perkembangan teknologi

(10)

melayu, china dan siam. Modal yang kecil kerana aktiviti sederhana yang diusahakan tidak menarik minat pemodal china untuk melabur di pahang. Oleh itu hanya bahagian tanah yang lembut sahaja yang diusahakan bersesuaian dengan teknologi yang ada pada sehingga tahun 1880an dan permulaan 1890an. Namun kesukaran untuk mengusahakan tanah keras telah diatasi oleh perusahaan-perusahaan barat dan pemodal-pemodal china yang mempunyai alat yang moden.Ia dibuktikan apabila permintaan terhadap timah yang menunjukkan grafik menaik dari tahun 1874 hingga 1895.

Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dgn sebahagian besarnya tertumpu dgn kawasan yg hampir dengan perusahaan itu. Pembangunan infrastruktur ini terbatas kepada kawasan yg terdapat kedua-dua komoditi berkenaan.Penggunaan kapal korek dan pam kelikir telah digunakan bagi menggantikan teknik lama iaitu mendulang yang agak merugikan . Melalui teknologi baru yang dibawa oleh Inggeris menjadikan hasil pengeluaran bijih timah yang diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu menggunakan tenaga buruh yang ramai. Pembinaan jalan raya yang merentasi daerah pedalaman telah mewujudkan kawasan baru serta mewujudkan pembukaan bndar-bandar baru. Perusahaan getah diperkenalkan bagi menggantikan kopi. Teknik penorehan getah yang menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih telah membawa kepesatan kepada pengeluaran hasil getah. Perkembangan ekonomi diseimbangkan oleh kewujudan sistem pengangkutan darat.Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api menggalakkan lagi perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kemudahan tersebut dibina bagi memudahkan bahan-bahan diangkut dgn mudah .

(11)

.Menjelang pertengahan awal abad ke 19, lombong-lombong baharu telah ditemui dan kemasukan pelombong cina juga semakin bertambah menyebabkan kegiatan perlombongan semakin berkembang di antara negeri-negeri selat dan kawasan pedalaman. Kemasukan pelombong-pelombong cina adalag diperlukan dan bekerja di lombong kepunyaan orang-orang besar jajahan.Orang-orang-orang tengah yang terlibat dalam pedagangan mendapat keuntungan yang besar menyebabkan mereka berusaha untuk mengembangkan kegiatan perlombongan. Hal ini telah menyebabkan sistem sedia ada dalam perlombngan telah berubah. Contohnya, pedagang-pedagang negeri selat telah dibenarkan untuk melaburkan modal secara langsung dalam pedagangan bijih timah. Selain itu, pedagang-pedagang negeri selat telah dibenarkan untuk melaburkan modal secara langsung dalam pedagangan bijih timah. Kegiatan ekonomi bercorak komersial dijalankan oleh semua lapisan dalam masyarakat. Kegiatan ekonomi komersial bagi rakyat biasa dikenali sebagai berjaja dan mereka biasanya berniaga di pasar. Pertambahan pelombong cina ini membolehkan masyarakat melayu mula mendapatkan pendapatkan dengan menjual makanan utama kepada pelombong sekali gus menjadi sumber pendapatan mereka. Selain itu, pelombong cina pula memainkan peranan dalam menaikkan ekonomi perlombongan seterusnya membolehkan ekonomi kapitalis terjadi.

Kesimpulan.

(12)

masyarakat peribumi lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi tradisional tetapi terdapat juga kegiatan ekonomi komersial. Hal ini berlaku kerana sistem ekonomi masyarakat Melayu bersifat terbuka. Masyarakat peribumi sebelum kedatangan British bukannya masyarakat pertanian semata-mata. Terdapat bukti mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial melalui kegiatan jual beli dan kegiatan pengeksportan tanaman dan hasil galian.

Perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu berlaku daripada 3 aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, Sultan dan pembesar tidak mempunyai kuasa ke atas tanah jajahan dan juga adat Melayu. Ini kerana Inggeris telah menghapuskan beberapa amalan dalam adat Melayu. Contohnya seperti menghapuskan sistem kerah dan serah oleh para pembesar. Sistem hamba abdi juga dihapuskan dan rakyat boleh memiliki tanah bagi

menjalankan serta meningkatkan hasil pertanian tanpa menyerahkan sebahagian hasil mereka kepada Sultan atau pembesar. Selain itu, sebelum pihak inggeris mengambil alih sepenuhnya ekonomi, perselisihan sudah berlaku di antara pemerintah seperti yang terjadi di Pahang iaitu perselisihan antara To` Kaya Lipis dan Penjom Company. Clifford menceritakan bahawa Haughton dari Penjom Company yang mengancam To` Kaya Lipis dengan pistol dalam satu pertengkaran.perselisihan yang berlaku antara kepala daerah dan penambang-penambang China telah menyebabkan keadaan bertambah tegang.keadaan yang tidak aman ini seolah- olah

mengundang campur tangan kuasa luar untuk memerintah Pahang sehingalah campur tangan tersebut benar-benar belaku kerana keadaan tidak dapat dikawal lagi. Selain itu, pihak inggeris juga sebenarnya mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan yang terdapat di Pahang selain bimbang campur tangan kuasa lain di Pahang..

(13)

cukai dan segala sistem pungutan cukai perlu dipusatkan di bawah kelolaannya. Tindakan JWW Birch telah menyebabkan pembesar kehilangan kuasa dan pendapatan yang mereka perolehi daripada hasil cukai yang dipungut terjejas dan ini telah bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan adat istiadat Melayu. Pada pertengahan April 1874, Birch telah membuat lawatan ke Bidor dan Birch telah membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar yang merupakan sepupu Sultan Ismail kerana didapati telah mengutip cukai daripada pelombong di situ.

Referensi

Dokumen terkait

Pada saat observasi kegiatan pra siklus yang dilakukan kepada seluruh anak kelompok B2 TK Pertiwi DWP Kota Tasikmalaya keterampilan motorik kasarnya masih

Penguatan hukum terhadap tugas dan fungsi Dirjen HKI dipertegas, bila perlu UU Merek direvisi dan dicantumkan berupa sanksi ( punishment ) kepada Dirjen HKI bila

One was withdrawn (presumably settled) before any action could be taken; one was sent back down to the District Court because it was not an international award, having been rendered

1) Melaksanakan identifikasi, mengusulkan calon lokasi dan calon kelompok tani yang sesuai kriteria dan layak untuk menerima fasilitasi bantuan pemerintah untuk kegiatan

Hal ini menandakan Baik secara signifikan, terdapat perbedaan dalam rasio ROA, secara rata-rata rasio ROA bank Bank BTPN Syariah lebih Besar dari Bank Tabungan Negara, hal

Kebutuhan pemberian nama pada suatu warna, ternyata berlaku secara universal di seluruh dunia. Tantangan ini harus dijawab dengan baik oleh manusia di setiap negara. Warna perlu

Maka dapat diambil kesimpulan yaitu Penggunaan model pembelajaran SDL (Self-Directed Learning) melalui kegiatan menanam sayuran dalam pot dengan teknik vertikultur

Sehingga secara tidak langsung Allah memerintahkan umat manusia untuk selalu membaca segala fenomena kehidupan yang telah Allah ciptakan di dunia.Kata membaca yang