• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKAS"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.

Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.

Selain itu, teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan.

(2)

dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula saintis Malaysia berjaya menghasilkan satelit ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Dengan pelancaran satelit-satelit ini, kita mampu menempatkan diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi. Jadi, jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding dengan negara maju.

Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Pembinaan Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini. Dengan ini mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Selain itu, dengan pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat manfaat. Selain kerajaan mendapat hasil cukai, peluang pekerjaan telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. Oleh yang demikian, kemajuan teknologi dapat menggalakkan pemindahan teknologi ke negara kita.

Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana pasaran dapat diperluas melalui internet. Pembeli dari dalam dan luar negara dapat melihat produk dengan hanya menekan tetikus, di samping membuat pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu meneliti skrin komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal dan telah membuktikan kejayaan dalam e-dagang ini. Natijahnya, teknologi maklumat dapat meningkatkan ekonomi negara.

(3)

Pidato : Menyedari Hakikat Kepentingan Teknologi Maklumat,

Menyedari hakikat kepentingan teknologi maklumat, maka bagi menggerakkan Malaysia menongkah wawasan negara. mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohammad telah mengumumkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.

Salam perpaduan bertatahkan intan kemesraan saya ucapkan kepada Tuan Peneraju Majlis, barisan panel juri nan bijak bestari,penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, dan seterusnya kulasentana dewan yang ceria di hati tinggi pekerti.

Pada petang yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajukTeknologi Maklumat Memupuk Budaya Ilmu. Pembudayaan adalah sesuatu yang berkaitan dengan amalan atau rutin dalam sesebuah masyarakat. Contohnya seperti budaya membaca yang dipupuk dari kecil akan menjadikan seseorang itu gemar membaca dan akhirnya menjadikannya sebagai satu amalan harian. Begitu juga dengan pembudayaan ilmu dalam era globalisasi sekarang yang memerlukan pengetahuan dan amalan berterusan agar tidak disifatkan sebagai katak di bawah

tempurung.Sememangnya teknologi maklumat dapat menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.

Kulasentana dewan yang saya muliakan,

Indikator saya yang pertama adalah teknologi maklumat sebagai pengakses maklumat yang efisien.Masa itu emas.Pada zaman di mana masa merupakan segala-galanya kita sentiasa mencari insiatif yang paling pantas bagi menyiapkan sesuatu kerja.Begitu juga dengan mencari ilmu pengetahuan.Dalam hal ini,teknologi maklumat berjaya membawa pembaharuan dalam kehidupan manusia dengan menjimatkan masa yang diperlukan bagi mengakses sesuatu maklumat.Misalnya,hanya beberapa saat yang diambil oleh enjin carian untuk memaparkan beribu-ribu atau berjuta-juta maklumat berkaitan kata kunci yang ditaip jika dibandingkan dengan masa yang entah berapa lama yang akan diambil bagi mendapatkan jumlah maklumat yang sama daripada buku-buku.Apabila terdapat kemudahan seperti ini, maka dengan sendirinya seseorang akan berminat mencari maklumat kerana semua yang mereka mahu boleh didapati dengan hanya satu klik sahaja.Secara tidak langsung,mereka dapat mempratikkan budaya membaca serta memupuk budaya ilmu di dalam diri mereka.

Kulawangsa dewan penggerak wawasan,

Indikator saya yang kedua,sudah terang lagi bersuluh teknologi maklumat berfungsi sebagai alat pembelajaran dan pengajaran yang kondusif.Kajian menunjukkan bahawa behaviourisme

(4)

pembelajaran di sekolah-sekolah.CD-ROM ini ternyata lebih berkesan kerana murid-murid memahami sesuatu topik yang diajar dengan lebih mendalam.CD-ROM berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta membantu guru-guru mengendalikan proses pengajaran mereka dengan lebih menarik.Kesannya, pelajar lebih bersemangat untuk belajar dan sikap ini dipercayai dapatmeningkatkan tahap intelek mereka dan sedar atau tidak budaya ilmu dapat dipupuk.

Kulasentana dewan yang saya hormati,

Indikator saya yang ketiga adalah teknologi maklumat sebagai wahana mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi.Pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat.Ungkapan ini bukanlah sesuatu yang mustahil dengan adanya teknologi maklumat sebagai medan pengajian masa kini.Terdapat kes di mana seorang pesara guru yang berusia 76 tahun yang telah menyambung pengajiannya semata-mata kerana beliau hendak menambah ilmu yang sedia ada.Beliau bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah.Seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020,semestinya rakyat Malaysia yang patriotik harus memajukan diri mereka sebagai golongan inteligensia tanpa mengira batasan umur atau generasi.Bak kata pepatah,tua-tua kelapa makin tua makin pekat

santannya,tua-tua manusia makin tua makin geliga otaknya.Dengan adanya teknologi maklumat sebagai pemangkin peningkatan maklumat,pasti kita tidak akan mempunyai sebarang kekangan bagi memajukan nusa kita yang tercinta ini.

Kulawarga dewan peneraju warisan bangsa,

Indikator saya yang keempat ialah teknologi maklumat sebagai pelangkau batasan kemahiran manusia.Pada tahun 1825,Louis Braille telah mencipta tulisan Braille bagi membantu golongan cacat penglihatan membaca dan menulis.Tetapi dengan adanya speech syntesizer atau lafal buatan iaitu sebuah program

text-to-speech ,orang dengan gangguan visual dapatmendengar karya tulis di komputer.Alat ini boleh digunakan bersama perisianatau perkakasan Ini seterusnya membolehkan golongan istimewa yang cerdik pandai menggunakan kepakaran yang ada bagi memajukan

dirimereka.Misalnya ahli fizik teori yang terkemuka di dunia, Stephen Hawking iaituProfesor Lucas untuk matematik di Universiti Cambridge menggunakan teknologi ini. Walaupun mengalami ketakupayaan yang kekal dan kebelakangan ini, kelumpuhan dari leher ke bawah yang diakibatkan olehpenyakit neuron motor, Hawking telah lama mencapai kerjaya yang menakjubkan dan kini merupakan salah seorang ahli akademik yang termasyhur. Ini membuktikan bahawa teknologi maklumat dapat meningkatakan kualiti kehidupan manusia dengan membantu mereka menggunakan ilmu yang sedia ada.

(5)

telah memainkan peranan yang amat besar dalam hal ini.Teknologi maklumat ataupun IT merupakan wahana yang utama dalam menyumbang ilmu kepada penduduk sejagat.Diharapkan semua pihak dapat memanfaatkan anugerah yang tidak ternilai ini dengan sebaik-baiknya. Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.Sebelum saya mengundurkan diri izinkan saya melafazkan serangkap pantun yang berbunyi:

Referensi

Dokumen terkait

Tidak Mulai.. olah gerak kapal yang cukup baik dikarenakan adanya batasan dari dimensi sungai itu sendiri. 2) Jenis muatan yang akan dimuat adalah mobil (car), untuk

[r]

Saya yang bertanda tangan dibawah ini menyatakan dengan sesungguhnya bahwa skripsi saya yang berjudul ANALISIS FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LAMANYA PENYELESAIAN AUDIT

Meramalkan pesaing potensial bukanlah pekerjaan yang mudah, tetapi mereka seringkali dapat datang dari kelompok berikut yaitu, perusahaan- perusahaan yang tidak

Secara rinci pada item pertanyaan mengenai formalin untuk mengawetkan makanan, dampak formalin bagi kesehatan, formalin untuk mengawetkan produk laut, ciri-ciri ikan

Kendatipun demikian, jalannya Trias Politika di tiap negara tidak selamanya serupa, mulus atau tanpa halangan.Konsep Trias Politika (Eksekutif, Legislatif, Yudikatif) pada

Selain itu, bagi menentukan sama ada mekanisme penjanaan asid amino bagi mikroorganisma psikrofil adalah terpulihara seperti di dalam mikroorganisma mesofil, kajian berkaitan tahap

Peran Keluarga dalam Pendidikan Akhlak Mulia Bagi Anak pada Buku Prophetic Parenting Karya Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid .... Tanggung Jawab