• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alam Mahasiswa Perahu Masa Depan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Alam Mahasiswa Perahu Masa Depan"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Alam Mahasiswa: Perahu Masa Depan

Oleh Permata Dalam Cahaya1

"Kita bangga membaca buku-buku karya manusia tetapi tidak pernah dalam hidup kebanyakan kita untuk mengkaji walaupun sekali khatam

Karya Agung Tuhan kita dalam QuranNya"

Almarhum Syeikh Abdul Halim Mahmood, bekas Rektor Universiti Azhar, Mesir.

Falsafah kehidupan Islam semakin terhakis dalam masyarakat Islam. Sumber ilmu Islam iaitu al Quran, al Sunnah dan akal cuba diserang daripada pelbagai penjuru.

Anak muda dan mahasiswa dihidangkan dengan banyak persoalan tentang pemikiran dan ideologi yang berkiblatkan Barat. Ini tidak termasuk dengan kebejatan sosial yang lain.

Pemikiran Barat sendiri perlu dipelajari, ditapis dan dikritik agar sesuai dengan aqidah dan akhlak Islam.

Anak muda dan mahasiswa mempunyai 4 kelebihan menurut Imam Hassan al Banna iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha. Sebabnya, asas keimanan ialah hati yang bersih, asas usaha ialah keazaman yang membara, asas keikhlasan jiwa yang suci dan asas semangat ialah keinginan yang kuat. Anak muda dan mahasiswa adalah tonggak kepada kebangkitan Islam [Surah al Kahfi: 13].

LEDAKAN UBUDIYYAH2

Ubudiyyah dalam kerja bermaksud bekerja semata-mata kerana Allah dengan meletakkan setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang akan memperolehi

ganjaran pahala di akhirat ’bekerja’ akan mencapai tahap ibadah apabila dapat

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Antara syarat ubudiyyah ;

1. Niat yang ikhlas. 2. Kelurusan aqidah.

1

Seorang pelajar ilmu agama. Pengembara melihat kejadian alam ciptaan Allah.

2

(2)

3. Pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum syarak

4. Pelaksanaannya selaras dengan prinsip syariat dan akhlak Islam[Surah al Nahl: 89].

5. Amalan atau kerja hendaklah dilakukan seelok-eloknya dan sebaik mungkin. 6. Bekerja jangan sampai menganggu atau melalaikan ibadah pokok

terutamanya solat.

Segala bakat, kebolehan, buah fikiran, ilmu pengetahuan dan kesedaran yang ada pada diri seseorang menjadi ubudiyyah apabila ia ditujukan kerana Allah.3 Ia selaras dengan firman Allah dengan maksudnya

“dan tidaklah Ku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mengabdikan diri mereka kepadaKu” (Surah Adh Dhariyat:56)

Segala penyelesaian perlulah mengikut saranan al Quran dan hadith.

AQIDAH PERJUANGAN4

Ada kalangan anak muda sosialis bertanya ke mana hala tuju selepas demonstrasi?. Sebelum menanya kami, tanya dulu dia, ke mana hala tuju sosialis selepas kehidupan ini?. Semuanya sekitar niat yang akan menentukan siapa kita dan ke mana halatuju teragung kita, syurga atau neraka di akhirat kelak. Menurut Muhammad al Ghazali, kepada apakah Nabi Muhammad SAW menyeru manusia?. Jawapannya kepada:

1. Keesaan yang mutlak

2. Alam Akhirat [Surah az Zalzalah:7-8]

3. Penyucian Jiwa yakni beriltizam dengan melakukan ibadah yang disyariat oleh

Allah *Surah al An’am: 151-153].

4. Memelihara kesatuan Umat Islam [Surah al Muddatssir: 38-48]

Perkataan aqidah dari segi bahasa bermaksud satu ikatan yang mengikat sesuatu kepada sesuatu yang lain. Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang

3

Muhammad Nur Anuar, Ledakan Ubudiyyah Dalam Kalangan Budaya Politik Pelajar, Alor Setar: Pustaka Ikhwan,1986

4

(3)

mengikat diri seseorang dengan satu keyakinan dan menjadikan kehidupannya lebih terarah dan terpimpin. Aqidah mengikat seorang muslim untuk hidup berasaskan dasar keyakinan yang disebut iman iaitu kepercayaan.

Dasar kehidupan seorang muslim adalah dasar keimanan. Iman itu melahirkan penyerahan diri kepada Allah. Iman boleh bertambah atau berkurang. Dan ada beberapa perkara tertentu yang boleh membatalkan iman.

Antara perkara yang membatalkan iman ialah5,

1. mengingkari sifat rububiyyah atau mencelanya

2. mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatnya 3. mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah

4. Mengingkari atau mencela Rasulullah atau kerasulannya.

Segala tindakan mahasiswa jangan sesekali membawa ke arah kemungkaran apatah lagi perkara yang boleh membatalkan keimanan. Ada sesetengah mahasiswa Islam mengkaji, mengamal dan hidup berpandukan ideologi dan

pemikiran ciptaan manusia. Ada yang lebih teruk mempertuhankan dan

menganggap ideologi ciptaan manusia lebih benar daripada ajaran Islam.

Kita boleh membaca, mengkaji dan diskusi tentang apa-apa perkara, cuma jangan lupakan Allah dan berhati-hati dalam ucapan dan tindakan agar tidak tersasul sampai membatalkan keimanan.

THE IDEA OF PROGRESS6

Idea Kemajuan (the idea of progress) seringkali dikaitkan dengan kepercayaan bahawa setiap perkembangan dari satu keadaan kepada suatu keadaan semestinya satu kemajuan. Ia bermula dengan keadaan tidak memuaskan kepada keadaan lebih memuaskan, telah maju pada masa lepas, sedang maju dan akan berkembang maju lebih besar pada masa depan atau akan menikmati masa depan penuh bahagia dan sempurna. Contoh, matlamat akhir kaum marxis ialah

5 Abdul Hadi Awang,

Muqadimah Aqidah Musllimin, Batu Caves: Ahnaf, 1985.

66

Penulis banyak merujuk tulisan Dr Muhammad Abu Bakar. Muhammad Abu Bakar, Potret Masa 1, PJ:Gateway, 1994 dan Muhammad Abu Bakar, Idea Kemajuan dalam Pemikiran dan Golongan Fundamentalis Islam, dlm.,

(4)

masyarakat tanpa kelas yang diwujudkan melalui proses dialektik. Dan dalam erti yang lebih mudah, ia adalah perubahan.

Dalam pentafsiran tamadun Barat, mereka menolak kehadiran agama dalam idea kemajuan mereka. Apabila negara ummat Islam terpengaruh dengan idea kemajuan Barat, mereka menjadikan idea kemajuan Barat sebagai pengukuran, wujud pengasingan cita-cita Islam dan cita-cita Barat (dualisme) serta penyebaran falsafah sekular dalam masyarakat Islam.

Pada peringkat politik, idea permisahan agama dengan politik sebagaimana di Barat menceraikan agama daripada politik. Pada peringkat peribadi, Islam hanyalah pegangan moral. Islam dijadikan agama pentanggungjawaban seorang individu. Proses deislamisasi dalam idea kemajuan menyebabkan penekanan hanya pada kekayaan material, berpolitik mementing mempertahankan kuasa bukannya alat untuk beribadah, hidup hanya bereksperimen padahal hidup adalah pelaksanaan anjuran Allah dan Rasulullah. Mereka mengikut jalan fikir serupa dengan cara berfikir ahli falsafah Barat seperti Bertrand Russell, Jean Paul Satre dan lain-lain. Mereka menerima sepenuhnya pemikiran Barat tanpa memikirkan hala tuju seterusnya para pemikir tersebut, bahagia atau tidak, bertuhan atau tidak, ke syurga atau ke neraka, berdasarkan aqidah Islam atau tidak?.7

Oleh kerana falsafah Islam merujuk kepada arahan al Quran dan Hadith, idea kemajuan wajib mengikuti kedua-dua sumber ilmu Islam yang utama tersebut. Manusia yang berjaya adalah manusia yang bertaqwa. Menurut Muhammad Asad

mentaati sunnah adalah kewujudan dan kemajuan mengikut Islam’ manakala Syed Muhammad Naqiub al Attas menyatakan ‘perubahan, pembangunan dan kemajuan mengikut kacamata Islam ialah pengembalian kepada Islam yang tulen yang dianjur dan diamalkan oleh Rasulullah’.

Ibrah daripada idea kemajuan bertunjangkan Islam, gerakan mahasiswa Islam yang menggerakkan intelektualisme perlulah beringat jangan sesekali terjerumus dalam perangkap idea dan gagasan pemikiran Barat yang meminggirkan agama Islam dan menuju ke arah atheis. Islam memerlukan syariat, bukannya Islam

7

(5)

Amerika yang berteori, diskusi sembang kencang dan berdebat tanpa lilitan aqidah dan tanpa syariat.

Kemajuan dan pembangunan mengikut Islam bukannya berlandaskan materialistik tetapi kemajuan dan pembinaan diri insan sebagai individu berkualiti dari segi iman, taqwa dan akhlak. Daripada iman-taqwa, kemudian diikuti kemajuan dan pembangunan-pembinaan akal seterusnya kepada kemajuan dan pembangunan budaya dan material.

Kualiti Individu Seseorang Mahasiswa

Mahasiswa mesti mempunyai kualiti diri sebagai individu. Kualiti diri yang dimaksudkan ialah;

1. Mempunyai worldview Islam yang jernih dan lurus berdasarkan tauhidik 2. Akhlak berdasarkan tauladan Rasulullah SAW

3. Al Quran dan al Sunnah sebagai sumber ilmu Islam yang paling berautoriti dan menjadi panduan dan rujukan dalam setiap perkara.

4.Mencari guru berwibawa untuk memperlengkapkan diri menjadi insan berkualiti.

5. Mencipta suasana ilmu dalam diri dan persekitaran dengan membaca buku bidang sains sosial, mewujudkan kumpulan diskusi, ziarah-perbincangan dengan ulama-sarjana, belajar bahasa asing [dikategorikan sebagai bahasa Islam, Bahasa Dakwah dan Bahasa Ilmu] dan menghadiri majlis ilmu.

Pesanan Imam Hassan al Banna

Mahasiswa memerlukan worldview dan pegangan yang Islamik [Surah al Nisa: 174-175]. Islamlah yang mencorak kehidupan manusia [Surah al Baqarah: 138] melalui perubahan worldview. Mahasiswa perlu meninggalkan medan bercakap/pidato/forum beralih ke medan bekerja yang serius dan produktif [Surah al Saf:2-4].

(6)

kepada yang berhak dan menghukum sesiapa yang bersalah. Islam mewajibkan rakyat taat setia kepada pemerintah selagi pemerintah berada di jalan yang betul. Rakyat perlu memastikan pemerintah berada dalam batas undang-undang dan mengembalikannya ke landasan yang benar [Surah al Maidah: 48-50].

Imam Hassan al Banna tidak bersetuju dengan amalan politik kepartian. Amalan politik kepartian menjerumuskan negara ke arah perbalahan dan konflik sesama sendiri atau secara dalaman.

Politik Kampus

Di kampus, seseorang mahasiswa perlu mengetahui dan mengutamakan tugas asasi mereka sebagai penuntut ilmu. Ketinggian ilmu melahirkan kepakaran yang bakal membantu umat Islam dan negara pada masa hadapan. Terdapat tiga elemen penting semasa berada di universiti iaitu [1] pengalaman dalam organisasi dan kepimpinan, [2] membina jaringan persahabatan dan pengaruh

dan [3] meningkatkan kemahiran komunikasi. Tiga perkara yang dilakukan

semestinya tidak melampaui batas kita sebagai penuntut ilmu. Jangan sesekali mengabaikan tugas asasi kita.

Seseorang mahasiswa boleh menyertai politik tetapi bukan politik kepartian walaupun dilatih atau ditarbiah oleh parti politik. Seseorang mahasiswa boleh menyertai politik kampus. Seseorang mahasiswa boleh menyertai politik negara atas konteks kebersamaan dalam sesuatu isu bukannya menjadi orang suruhan kepada parti politik [Surah al Qasas: 55]. Politik menurut Imam Hassan al banna merujuk kepada ertikata politik yang mutlak iaitu mengambil berat soal dalaman

dan luaran ummah tanpa terikat dengan mana-mana parti.

Seseorang mahasiswa yang terlibat dalam politik kepartian atau politik negara secara terbuka boleh membuka ruang kepada tindakan disiplin, tahanan polis atau kes mahkamah bakal menganggu tugas asasi sebagai mahasiswa. Mahasiswa sebagai insan terpelajar perlu mengelak menjadi HERO Jadian untuk kepentingan politik pihak tertentu.

(7)

Intelekualisme Mengakari Gerakan Mahasiswa?

‘Saya tidak risau dengan anak muda berusia 30 tahun ke bawah, sememangnya

mereka mempunyai semangat, tenaga, idea dan kedegilan yang mereka ada untuk berusaha mencari identiti, spritual, pelajaran, pengalaman dan membaca buku sebanyak mungkin. Usia 30 hingga 35 tahun, mereka memantapkan pilihan

pegangan mereka dan usia 40 tahun, pegangan telah menjadi darah dagingnya’ -Duan Lias

Menurut Sheikh Syakib Arsalan, antara faktor ketertinggalan umat Islam ialah kebodohan dan jumlah ilmu pengetahuan yang mereka ada. Adakah mahasiswa yanng kononnya terpelajar mempunyai kedua-dua faktor berkenaan?. Justeru, para mahasiswa perlu menjalani proses pembinaan intelektualisme semasa alam kampus.

Raja Ahmad Aminullah pernah menceritakan dalam bukunya tentang pengembaraan beliau ke Mexico. Beliau melihat penduduk Mexico mengupayakan dunia ilmu mereka melalui wacana hatta di kedai buku mahupun galeri seni meskipun penduduk miskin adalah majoriti rakyat Mexico. Mereka merakyatkan ilmu untuk rakyat bawahan.

Wacana, baca buku, diskusi dan menulis, itu semua boleh menyemarakkan intelektualisme. Menurut kamus dewan, intelektualisme ialah pengabdian kepada penggunaan intelek atau daya fikir. Manakala satu lagi maksud ialah doktrin yang menekankan bahawa pengetahuan terhasil dengan penaakulan tulen.

Di universiti, mahasiswa adalah anak muda yang merdeka bebas daripada pengawasan ibubapa. Mereka bertindak mengikut akal dan hati nurani sendiri. Risiko dan tanggungjawab atas diri mereka sendiri. Kecenderungan ini membuka ruang mencari indentiti tersendiri melalui intelektualisme.

(8)

dan negara. Jika mereka berjaya menghasilkan idea atau menyelesaikan

masalah, kejayaan itu perlu disebar luas kepada masyarakat.

Dalam pembinaan intelektualisme gerakan mahasiswa, paling penting ialah

membaca, mengkaji, berbincang dan menulis. Tanpa budaya membaca, gerakan

mahasiswa tidak akan berjaya membina intelektualisme mereka. Budaya membaca bukannya membaca bahan picisan tetapi bahan ilmiah. Pembacaan haruslah merentasi ideologi dan aliran pemikiran. Kerencaman pemikiran yang menghasilkan keraguan telah menjadi kecanduan wacana-diskusi memerlukan kita mencari penawar untuk menghilang ketagihan atau kecanduan tersebut dengan worldview Islam.

Intelektualisme juga dapat dibina dengan aktiviti bersama pensyarah mereka. Mereka boleh ziarah dan bersoal jawab dengan para pensyarah. Dalam perbincangan dengan para pensyarah, mahasiswa boleh bertanya dan berdialog tentang bahan bacaan yang mereka baca dan kaji. Dengan itu para mahasiswa boleh mengembangkan lagi pemikiran mereka.

Mereka juga perlu aktif dalam kumpulan perbincangan berbentuk forum dan diskusi buku. Mereka juga menubuhkan kumpulan sendiri untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Kumpulan ini mengadakan perlu mengadakan majlis ilmu untuk berkongsi hasil dapatan.

Dengan adanya intelektualisme, barulah perjuangan mahasiswa dilakukan dengan kefahaman bukannya emosi. Melalui kefahaman idea-idea ini, gerakan mahasiswa boleh bangkit memperjuangkan isu yang difahami oleh mereka.

Pimpinan mahasiswa boleh memasuki kursus kepimpinan dan pemikiran seumpama yang dianjurkan oleh Sekolah Politik [IKD], Sekolah Demokrasi [DAP]dan Wacana Pandangan Alam Islam atau Worldview of Islam Series [WISE- dianjur oleh Himpunan Keilmuan Muslim-HAKIM].

Kita memerlukan pengalaman yang pelbagai dalam intelektualisme untuk menambahkan pengetahuan kita dalam sesuatu perkara. Dan paling penting kita

memerlukan Pandangan Alam Islam yang jernih dalam mendepani serangan

pemikiran dari pelbagai penjuru alam. Sebagai asas Pandangan Alam Islam, buku

(9)

1. Islam dan Sekularisme karya Syed Muhammad Naquib al Attas

2.Prolegomena to the Metaphysics of Islam karya Syed Muhammad Naquib al Attas.

3. Himpunan Risalah Imam Hassan al Banna. 4. Fiqhud Da’wah karya Muhammad Natsir.

Untuk meneliti pemikiran Syed Muhammad Naquib al Attas, buku Falsafah dan Amalan Pendidikan Syed Muhammad Naquib al Attas tulisan Wan Mohd Nor Wan Daud dan buku Risalah Untuk Kaum Muslimin tulisan Syed Muhammad Naquib al Attas sendiri boleh dijadikan permudah-cara dalam menghadami pemikiran beliau. Pada zaman ini, umat Islam kurang tiga perkara;

1. Pemimpin yang boleh menyatukan umat Islam.

2. Sarjana yang memahami pemikiran dan ketamadunan Barat dan Islam.

3. Pendebat merangkap sarjana perbandingan agama sebagai Dr Zakir Karim Naik.

Gerakan mahasiswa seharusnya bersedia dan berusaha untuk mengasuh anggotanya supaya melahirkan pemimpin-sarjana berdasarkan ketiga-tiga perkara di atas.

Worldview Islam yang lurus dan jernih adalah kunci intelektualisme gerakan mahasiswa yang Islamik.

Pengaruh Organisasi Luar Melalui Pengkaderan.

Organisasi luar yang saya maksudkan ini adalah organisasi politik atau badan bukan kerajaan (NGO). Organisasi yang mengadakan latihan dan program pengkaderan.

Sistem pengkaderan yang menghasilkan ramai mahasiswa mentaati organisasi

luar bukannya ketaatan kepada Islam. Oleh sebab itu, ada sesetengah kelompok

(10)

Ada kelompok mahasiswa ingin ‘indiependen’ bukannya wakil [cawangan?] sesebuah parti atau NGO di kampus. Kelompok mahasiswa bukannya hamba atau orang suruhan parti di luar kampus. Mereka mempunyai jiwa merdeka dan mahu kebebasan bukannya dikongkong dan mengakuri arahan pihak luar.

Pada hemat saya, gerakan mahasiswa yang mempunyai hubungan dengan pihak

luar bukanlah satu ‘dosa’ besar atau perkara yang haram. Kita bebas tetapi

berpihak. Saya suka pandangan Hasbie Muda [anggota AMANAH], “saya fikir

tiada masalah jika persatuan-persatuan tersebut mempunyai hubungan dengan pertubuhan luar tetapi mereka perlu diberi kebebasan agar tidak terikat dengan sebarang arahan atau peraturan yang bersifat mengekang. Biarlah hubungan kumpulan tersebut dengan pertubuhan induknya sebagai perhubungan rakan kongsi dan bukannya hubungan antara pemberi arahan dan pelaksana arahan.” Menurut Nazree Yunus pula, mantan Presiden PMIUM dan Pengerusi GERAK [anggota PKR] “Realitinya Gerakan Mahasiswa dan Gerakan Anak Muda akan

berpihak kepada perjuangan Kebenaran & Keadilan

Penulis pernah mendengar cerita seseorang tentang sebuah gerakan mahasiswa Islam [GMI] di negara ini melanggar arahan Tuan Guru Haron Taib, Ketua Dewan Ulama PAS agar demonstrasi tidak dilakukan dalam kampus. Sahabat penulis itu mendakwa GMI itu telah memutuskan hubungan Dewan Ulama PAS dan Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS.

Contoh lain, PMUM mempunyai hubungan baik dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) ranting Pantai. Menariknya, Syed Hamid mantan pimpinan Kelab Sosialis Universiti Malaya telah aktif dalam PSRM ranting Pantai. Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) merupakan ‘sayap mahasiswa’ Partai Keadilan Sejahtera (PKS), bahkan ramai kader KAMMI yang mengasaskan PKS. Jamaat Islami di Pakistan dan Bangladesh mempunyai sayap politik kampus mereka, Chatra Shibir.

(11)

Pada hemat penulis, realitinya memang gerakan mahasiswa menjalinkan hubungan dengan pihak luar. Statusnya sahaja yang membezakan mereka sama ada cawangan atau rakan kongsi. Penulis juga berpendapat bahawa hubungan dengan pihak luar bergantung kepada keperluan zaman dan atas kebaikan bersama untuk kesejahteraan rakyat-negara.

Orientasi Isu Mahasiswa ke Orientasi Isu Rakyat

Gerakan mahasiswa mempunyai tanggungjwab terhadap rakyat terpinggir dan tertindas. Dalam menangani isu ini, penulis melihat kebajikan masyarakat mesti dijaga dan dibela oleh gerakan mahasiswa.

Ada juga mahasiswa mendekati isu-isu rakyat atas nama ideologi pegangan mereka. Ada kalangan mahasiswa ini dari kelompok sosialis dan anarkis. Ada yang bertindak melakukan aktiviti kebajikan seperti Buku Jalanan, Dapur Jalanan dan Sekolah Jalanan.

Gerakan mahasiswa mahu pihak penguasa dan pihak berkenaan memudah cara dalam mendepani isu rakyat tanpa penindasan dan bersifat pro rakyat. Seorang pemimpin mahasiswa menulis, isu mahasiswa meliputi hanya 10%, manakala isu rakyat meliputi 90%. Justeru, gerakan mahasiswa perlu bijak memilih isu dan perlu melakukan pengkajian terlebih dahulu. Perjuangan isu mahasiswa kurang sokongan kerana majoriti mahasiswa bukan hardcore GMI adalah pasif dan menjaga periuk nasi mereka. Jadi perjuangan mereka akan kelihatan hambar dan tidak berjaya mempengaruhi massa kampus dan memburukkan reputasi gerakan mahasiswa di mata rakyat.

(12)

mengalami kemerosotan harga getah yang memiskinkan mereka yang tersedia miskin.

Untuk berjaya dalam perjuangan mahasiswa, pemimpin mahasiswa memerlukan kebijaksanaan memanipulasi isu rakyat dan berkebolehan membuat keputusan semerta (sewajibnya dengan doa, solat istikharah dan tawakal). Pemimpin gerakan mahasiswa perlu memainkan peranan penting agar gerakan mahasiswa memenuhi asiprasi rakyat bukan sahaja dalam lingkungan mahasiswa sahaja.

Radikalisme Anak Muda.

Pengolakkan dan konflik sekitar anak muda akan mempengaruhi mereka untuk bertindak lebih radikal. Keradikalan ini bermula sudah lama dan sejak zaman berzaman. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, faham ‘jebat” yang sering

bertentangan dengan faham ‘Tuah’. Ia diteruskan lagi dengan perseteruan antara kaum muda dengan tua, dan kewujudan Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf dan lain-lain.

Menurut kamus Dewan, radikalisme ialah satu fahaman (kepercayaan) yang radikal dalam politik atau fahaman yang mahu perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial. Revolusioner adalah orang yang menyokong revolusi. Ungkapan Revolusioner dan radikal dilihat keras ekoran menerima konsep radikal daripada sarjana Barat.

Kerajaan seringkali berpandangan negatif terhadap kehadiran student power di negara ini dengan tuduhan militan, revolusioner dan mengucar-kacir masyarakat. Sikap revolusioner perlu bagi membangunkan sebuah negara yang adil dan maju.

Shahnon Ahmad mendefinisi sikap revolusioner; ‘Revolusioner adalah bersuara keras dan bertindak keras meruntuh dan menghancur sesuatu itu disertakan pula dengan daya cipta untuk membina yang baru sebagai ganti yang lapuk yang

diruntuh dan dirubah’.

(13)

mengharapkan jiwa tertekan kerana dengan jiwa itulah dia akan bangun untuk mengantikan penindas-penindas.

Sikap radikal, revolusioner dan militan mahasiswa tidak perlu dibimbangi. Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah berkata;

Jikalau kita tinjau belakang semasa kita masih menuntut, tentulah kita dapat

melihat perkara itu dari sudut yang betul”.

Kebangunan sesuatu bangsa akan dicerakin oleh mahasiswa yang sedar akan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara kerana hidup mereka biar berjasa.

Pendekatan kekerasan yang dimaknakan disini ialah pendekatan demonstrasi. Kebiasaannya demonstrasi dimulai dengan ceramah dan nyanyian semangat serta slogan-slogan. Semasa era 1970an, demonstrasi dimulakan selepas pidato di sudut pidato.

Masalah yang timbul ialah apabila pihak berkuasa memprovokasi pihak mahasiswa sehingga mahasiswa bertindak spontan menggunakan kekerasan.

Kejadian demonstrasi perlu dikaji dari segi personaliti dan psikologi para mahasiswa. Semangat, emosi dan keyakinan diri daripada jiwa memberontak menghasilkan tindakan yang keras. Fikir sebelum bertindak dan jangan menjadikan sahabat mahasiswa lain sebagai kambing hitam dikala pimpinan utama mahasiswa terselamat daripada dikenakan tindakan. Akhirnya, kebanyakan daripada mereka setelah dewasa mengetawakan sifat mereka semasa muda.

Gerakan mahasiswa adalah salah satu cabang gerakan anak muda. Kelompok anak muda memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak atau kelompok anti establishment. Kelompok pendesak ini bukannya sahaja menentang HEP dan kerajaan tetapi turut bertembung dengan kelompok pro establisment sehingga menimbulkan konflik.

Aktor Politik Mahasiswa

(14)

Cuma persoalan yang timbul, adakah tindakan aktor politik mahasiswa berdasarkan kepentingan diri, ideologi atau perjuangan mahasiswa/rakyat?.

Mari kita lihat perubahan pendekatan PBMUM setelah dipimpin oleh aktor yang berlain. Kemenangan Mahadzir khir dalam perebutan tampuk Presiden PBMUM mengubah pendekatan PBMUM daripada pendekatan radikal kepada pendekatan sederhana. Perubahan PBMUM zaman Awang Had Salleh lebih kepada sastera, Sanusi Osman kepada komitmen politik, zaman Anwar dan Nordin Razak ialah zaman radikal. Pada era 1998 hingga 2014, gerakan mahasiswa mengalami perubahan ketara dari segi pendekatan faktor Anwar memainkan gerakan besar kepada penyatuan mahasiswa Nasionalis-Islamis dengan Mahasiswa pro PAS.

Kehebatan aktor politik mahasiswa mencakupi keberanian, kemampuan kewangan, jaringan pengaruh, kepetahan berpidato, kegeniusan dan penampilan beragama mereka. Beza dua orang aktor politik mahasiswa terletak pada

keberanian mereka dalam menangani sesuatu isu. Jika pemimpin mahasiswa

tidak berani, perjuangan mereka akan kelihatan hambar di mata masyarakat dan politikus.

Aktor politik mahasiswa perlu berhati-hati agar tidak menjadi kuda tunggangan

pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik. Aktor politik mahasiswa

jangan sesekali percaya dengan janji politikus. Aktor politik mahasiswa juga perlu

berhati-hati dengan teman seperjuangan atau senior yang mementori kerana mereka juga mempunyai kepentingan politik. Tidak padan kita naik turun mahkamah sehingga selepas alam kampus dikala senior yang mementori kita sudah menjadi PTD dan politikus terus menang dalam pilihanraya.

Panduan Ideologi

(15)

Kerajaan seharusnya memberi kelonggaran dalam politik. Khoo Kay Kim mencadangkan agar kerajaan hanya mengawal gerakan mahasiswa bukannya menghalang penglibatan mahasiswa dalam gelanggang politik kerana mahasiswa adalah sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai hak mengundi. Tekanan yang diberikan oleh kerajaan menaikkan semangat mahasiswa bangkit melawan kerajaan yang mencabar hak mereka. Mereka mahu mengekalkan image the student dan sebarang gelombang yang menganggu perjuangan mereka akan ditentang.

Sebelum kita berbahas tentang ideologi, marilah kita melihat latarbelakang watak aktor pimpinan mahasiswa. Latarbelakang keluarga, buku dibaca, sekolah dah jurusan diambil sangat mempengaruhi panduan ideologi seseorang. Jurusan seseorang pimpinan mahasiswa dalam PBMUM sebelum tahun 1972 sangat mempengaruhi perjuangan PBMUM. Sebelum tahun 1972, Mahadzir Khir dan Ismail Daud sahaja daripada bidang lain iaitu sejarah, semua Presiden PBMUM datang daripada jurusan pengajian Melayu. Begitu juga dalam PMIUM, selepas era kebangkitan mahasiswa pro PAS, jarang sekali PMIUM dipegang oleh bukan kalangan mahasiswa daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Sebab itu semangat pejuangan Islam berbeza kerana Presiden PMIUM sangat dekat dengan perjuangan Islam.

Kampus sendiri mempunyai kepelbagaian pemikiran dalam kalangan warga varsiti terutamanya para mahasiswa dan para pensyarah. Ledakan ubudiyyah dan pencernaan ideologi telah berlaku dalam kampus sehingga mencetuskan pertembungan fikrah sesama mahasiswa yang berada dalam proses pembentukkan identiti diri.

Mahasiswa sendiri telah memilih aliran fikiran yang mereka idamkan. Ada yang hanyut dengan hedonisme, Marxisme, Sosialisime, Liberalism dan faham Islam.

Secara mudahnya, ideologi bermaksud suatu ilmu yang mengkaji sesuatu idea atau pemikiran. Di bawah ada beberapa definisi tentang ideologi;

(16)

politik sosial ialah pejuang ideologi sosial tidak menghendaki orang lain mengundi kumpulannya.

2. Menurut Frans Magnis Suseno, ideologi dimaksud sebagai keseluruhan sistem berfikir, nilai-nilai dan sikap dasar rohaniah sebuah gerakan, kelompok sosial atau individu.

3. Menurut Taqiyuddin An-Nabhani, ideologi(Mabda’) adalah suatu aqidah aqliyah yang melahirkan peraturan. Aqidah yang dimaksudkan adalah suatu idea dasar yang menyeluruh mengenai alam semesta, manusia, dan kehidupan.

Dalam gerakan mahasiswa, ideologi adalah sumber pegangan dalam membentuk corak berfikir dan cara bertindak para mahasiswa. Menurut Altbach, perjuangan mahasiswa berasaskan ideologi politik tertentu. Antara ideologi yang berpengaruh dalam gerakan mahasiswa di Malaysia ialah sosialisme, nasionalisme

dan ‘faham Islam’. Pertembungan antara ideologi menyumbang kepada pembentukan pemikiran mahasiswa bahkan mencetuskan kehangatan pertembungan politik dalam politik kampus.

Jemaah Islam Kampus [JIK] dan Kuasa Ketiga

Politik negara mempengaruhi politik kampus. Politik dalaman gerakan Islam akan mempengaruhi politik dalaman gerakan mahasiswa Islam (GMI) atau Jemaah Islam Kampus (JIK). Ada JIK mempunyai hubungan sebagai rakan kongsi, rakan

kebersamaan dalam sesuatu isu dan ‘cawangan’ gerakan Islam di luar kampus.

Status hubungan JIK dengan gerakan Islam di luar kampus mempengaruhi perjalanan organisasi JIK.

Dalam JIK, ada pertembungan dalaman antara dua kelompok yang berbeza aliran. Kemenangan kelompok yang bertembung banyak memberi impak kepada perjalan JIK dan entiti-entiti yang dikuasai oleh JIK seperti PMI. JIK bukan hanya dikuasai oleh kelompok yang menang tetapi pengaruh senior-senior terdahulu juga masih menebal dalam JIK sehingga mencetuskan pengeseran dalaman disamping hubungan tidak baik dengan gerakan Islam di luar dan gerakan mahasiswa Islam induk peringkat kebangsaan.

(17)

menjadikan JIK sebagai kuda tunggangan mereka. Justeru, JIK perlu menegaskan bahawa senior mereka boleh menasihati tetapi jangan sesekali cuba membawa kepentingan parti politik mereka ke dalam JIK.

JIK kena profesional dalam hubungan dengan gerakan mahasiswa Islam peringkat kebangsaan dan gerakan Islam. Walaupun ada JIK mengisytiharkan diri mereka bebas daripada pengaruh mana-mana pihak, JIK masih perlu bersama dalam isu yang memerlukan kebersamaan terutamanya isu rakyat dan negara.

Kebersamaan dalam isu tidak semestinya menjadi ‘cawangan’ gerakan Islam.

Nasihat Untuk JIK

1. Persahabatan, budi pertolongan, pengaulan dan kekerapan bersama dalam perjuangan jangan sesekali melunturkan aqidah perjuangan kamu dan mempengaruhi prinsip dan pendirian kita dalam perjuangan.

2. Jangan sesekali mencampur-adukkan pemikiran Islam dengan pemikiran Barat.

Permulaan untuk terherot daripada Islam apabila hujah-dalil kita banyak dicampur-aduk dengan pemikiran Barat atau asing sehingga akhirnya, hujah-dalil didominasi oleh hujah-hujah-dalil pemikiran Barat dan asing bukan lagi hujah-

dalil-hujah Islam. Hujah-dalil pemikiran manusia mengatasi hujah-dalil wahyu.

3.Jangan sesekali mencampur-adukkan perjuangan Islami dengan puak Sekularisme-Pluralisme-Pluralisme (SEPILIS). Kebersamaan dalam tahaluf hanya bersifat longgar bukannya melanggar prinsip Islam. Kita telah melihat bagaimana sesetengah pimpinan gerakan Islam tertentu yang menyertai pertubuhan beraliran SEPILIS tenggelam dek pimpinan SEPILIS.

4. Penyertaan dalam diskusi, forum, kursus dan latihan serta pembacaan buku aliran SEPILIS tidak bermakna kalian menjadi SEPILIS tetapi berpeluang menjadi SEPILIS sebagaimana tokoh Islam yang hebat, Nucholish Madjid yang terjerumus ke lubang SEPILIS. Jangan termakan dengan kebaikan mereka tetapi lihatlah

aqidah mereka bercelaru menolak Islam. Kuat iman dan luruskan worldview

dalam mendalami aliran SEPILIS dan berdoa agar hidayah bersamamu.

(18)

6. Keputusan politik kebanyakannya ijtihad. Jika ada dalil bersumberkan wahyu, kita boleh menilai untuk mengikuti ijtihad tersebut. Dalam politik, pertama Dasar Politik berdasarkan Perlembagaan, kedua, pendekatan digunakan dan ketiga, ketokohan. Ketokohan sentiasa membuatkan kita tertipu kerana banyak ucapan tidak diamalkan dan tidak dilaksanakan, banyak ucapan indah daripada rupa, ramai berucap hatinya berbolak-balik iman dan pendirian mereka, dan ramai yang berucap tiada kualiti kerja. Berjuang berdasarkan dasar bukannya tokoh.

7. Untuk selamat dalam politik. Jadikan perundangan Islam dan negara Islam

sebagai KPI semasa mahu memilih sesebuah gerakan Islam. Mana-mana tokoh

Islam atau gerakan berbau Islam yang menolak atau beralasan untuk melambatkan hudud atau negara Islam, tolaklah politik mereka walaupun pendapat tersebut datang daripada ulama besar.

8. Bahaya pragmatik yang berakar kepada matlamat menghalalkan cara dan

mahukan populariti. Jika mereka bercakap, mereka bercakap berdasarkan

kesesuaian audien walaupun ia bersifat tidak benar dan mahu memuaskan hati penonton. Pendirian mereka tidak tetap dan berubah demi kemenangan dan kepentingan diri. Tiada dalil wahyu kecuali kemahuan nafsu mereka. Jika di Kelantan, hujah mereka berdasarkan ayat-ayat al Quran, jika di Kuala Lumpur, hujah mereka berdasarkan kalimat Shakespeare. Mereka bersifat dualisme dalam satu isu. Lihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mereka memperkenalkan Islam dengan dalil wahyu dimana-mana tempat dan waktu, dan rujukan juga wahyu. Tidak salah menggunakan hujah para pemikir Barat atau Timur tetapi jangan sampai dalil wahyu dengan pendapat para pemikir hanya setaraf atau lebih malang hujah pemikir tersebut mendominasi daripada dalil wahyu.

9. Mahasiswa mesti kritikal terhadap sumber ilmu dari segi kebenaran. Jangan sesekali mudah menerima ilmu atau maklumat dapat rujukan sumbernya. Jangan mudah menerima pemikiran Barat tanpa mengkritiknya.

(19)

Mahasiswa mesti istiqamah dengan gagasan Islam. Mahasiswa kena betulkan worldview Islam mereka. Jangan sesekali terpengaruh dan berjuang untuk SEPILIS. Politik kepartian bukanlah segalanya.

Kita lihat orang politik, hari ini musuh dan esok kawan. Jangan sesekali terpengaruh dengan pujukan dan janji orang politik, jika tidak kamu akan kecewa.

Senior kamu bukan segalanya. Tokoh politik yang kamu gauli dan mendekati bukan segalanya. Pengaulan dan hubungan rapat dengan tokoh atau pemimpin tertentu bukan segalanya.

Segalanya bergantung kepada kebenaran ilmu, adab seseorang dan istiqamah dalam perjuangan.

Referensi

Dokumen terkait

Kegiatan pengabdian kepada masyarakat ini dilakukan untuk membantu para ibu-ibu dan remaja putri untuk meningkatkan kesehatan keluarga dengan mengurangi pengeluaran

Dari uraian ini, dapat dipahami bahwa Fiqh Indonesia atau “fiqh yang berkepribadian Indonesia”, yang telah dirintis oleh Hasbi mulai tahun 1940, berlandaskan pada konsep

Pemeliharaan terencana adalah porses pemeliharaan yang diatur dan diorganisasikan untuk mengantisipasi perubahan yang terjadi terhadap peralatan di waktu yang akan datang.

2ambar )7 Dinding tipis.. #elain perlindungan, tujuan utama dari pemasangan dinding tipis !biasanya beton tembok atau shotcrete" adalah untuk perkuatan, karena tekanan yang kuat

Aset keuangan tersedia untuk dijual merupakan aset yang ditetapkan sebagai tersedia untuk dijual atau tidak diklasifikasikan dalam kategori instrumen keuangan yang

7 9.1.1 Apakah tersedia prosedur & rekaman identifikasi & penilaian potensi bahaya dan risiko untuk penanganan secara manual dan

Ipteks bagi Masyarakat (IbM) yang dilakukan pada UMKM pembibitan dan penggemukan sapi potong di kecamatan Kedungpring kabupaten Lamongan untuk menjawab permasalahan belum

Tulisan ini juga ingin memberi gambaran menyeluruh tentang perlunya pengembangan Konservasi Perairan di Anoe Itam dan Ie Meulee berdasarkan tinjauan kondisi ekologi pesisirnya dan