• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGENALAN SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN SYARAT-SYARAT

KONTRAK SETARA

Objektif am: : Mengetahui dan memahami kandungan Borang Kontrak Setara JKR 203 & JKR 203A, kelebihannya serta menentukan kehendak Fasal-fasal yang berkaitan iaitu Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 5, Fasal 9 dan Fasal 10.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

Menerangkan kandungan kandungan yang terdapat di dalam Borang Kontrak Setara JKR 203 & JKR 203A.

Menerangkan kelebihan Borang Kontrak Setara.

Menerangkan kehendak kehendak Fasal 1 : Takrif dan Tafsiran. Menerangkan kehendak kehendak Fasal 2 : Tugas Pegawai Penguasa dan Wakil Pegawai Penguasa.

Menerangkan kehendak kehendak Fasal 3 : Hak Pegawai Penguasa untuk mengambil tindakan.

(2)

11.0 Pengenalan

Merujuk pada tugasan yang telah diberikan kepada anda pada Unit 6 (Penilaian Kendiri) tentu anda telah memperolehi Borang Kontrak Setara JKR 203 & JKR 203A. Tahniah diucapkan diatas usaha anda itu. Sekarang marilah kita sama-sama mempelajari dan seterusnya memahami kehendak-kehendak fasal yang terkandung di dalam Borang Kontrak ini.

11.1 Kandungan Borang Kontrak Setara

Semua kontrak kerajaan adalah berpandukan kepada borang kontrak Setara 203 – Sem. 10/83 dan JKR 203A – Sem. 10/83. Di dalam Borang Kontrak Setara ini mengandungi syarat-syarat kontrak yang mesti dipatuhi dalam perlaksanaan sesuatu kontrak. Terdapat 56 Fasal di dalam syarat-syarat ini.

Anda hanya akan mempelajari 6 Fasal sahaja di dalam Modul ini manakala selebihnya akan dipelajari di dalam Modul yang lain.

INPUT

56 Fasal !!!!!! Macamana nak ingat nanti ?

Sabar !!!!!!!! Cuma ……

(3)

Borang Kontrak Setara mempunyai banyak kelebihannya, di antaranya ialah : 12.2.1 Bagi melicinkan atau memudahkan perlaksanaan kontrak kerana

semua pernyataan dan penyelesaiannya ada dinyatakan di dalamnya.

12.2.2 supaya kedua-dua pihak dapat merlaksanakan kerja bagi sesuatu projek mengikut prosedur-prosedur yang telah ditentukan di dalam kontrak.

12.2.3 Dengan menggunakannya segala bentuk perselisihan atau pertikaian semasa kontrak berjalan dapat diselesaikan dengan adil dan saksama.

12.3 Fasal 1 : Takrif Dan Tafsiran

Sub Fasal (a)

Di dalam kontrak ini terdapat beberapa istilah : i. Kontrak atau Dokumen Kontrak

Ialah dokumen perjanjian yang mengandungi syarat-syarat tertentu serta segala butir-butir lanjut mengenai satu-satu projek. Syarat-syarat ini telahpun dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara pihak majikan dan kontraktor. Lanjutan daripada dokumen-dokumen yang menjadi tender dan setuju terima tender. Kandungan dalam dokumen tersebut antaranya adalah :

Anda dikehendaki merujuk Borang Kontrak Setara semasa pembelajaran & pengajaran

(4)

 Perkara-perkara perjanjian  Borang tender

 Syarat-syarat kontrak dan lampiran

 Peruntukan-peruntukan khas syarat-syarat kontrak  Pelan-pelan kontrak

 Senarai kuantiti/ringkasan tender  Spesifikasi

 Arahan Perbendaharaan  Jadual kadar harga  Surat setuju terima tender

ii. Kontraktor

Ialah orang atau orang-orang atau perkongsian atau firma atau syarikat yang tendernya untuk kerja itu telah disetuju terima dan yang telah ditandatangani kontraknya oleh beliau dan termasuk wakil peribadinya, penggantinya dan mana-mana orang atau kumpulan orang lain yang kepadanya kontraktor telah menyerah hak atau membuat sub sewa.

iii. Jumlah Harga Kontrak

Ialah sejumlah wang yang diperuntukkan untuk kerja itu yang telah disetujui terima dan ditandatangani kontraknya.

iv. Pegawai Penguasa

(5)

v. Wakil Pegawai Penguasa

Ialah mana-mana orang atau orang-orang yang telah diwakilkan kuasanya atau dibenarkan dari semasa ke semasa oleh P.P untuk menjalankan mana-mana atau semua kewajipan P.P sebagaimana-mana yang dimaklumkan secara bertulis kepada kontraktor dari semasa ke semasa.

vi. Tapak Bina

Ialah tanah dan tempat-tempat lain di atas, di bawah atau melaluinya kerja akan dilaksanakan atau mana-mana tanah atau tempat lain yang diperuntukkan atau diluluskan bagi kawasan kerja atau untuk apa-apa maksud sebagaimana yang ditetapkan dengan khususnya dalam Dokumen Kontrak sebagai sebahagian dari tapak bina.

vii. Kerja

Ialah kerja yang dinyatakan dalam Dokumen Kontrak dan termasuk semua atau mana-mana bahagian daripada kerja, bahan dan barang di mana jua ia dikilangkan atau disediakan dan akan digunakan dalam melaksanakan kontrak dan sama ada ia berada di atas tapak bina atau tidak.

Sub Fasal (b)

Istilah “diluluskan” atau “diarahkan” adalah merupakan kelulusan atau arahan

yang dikeluarkan secara lisan terdahulunya oleh P.P dan kemudiannya disahkan secara bertulis oleh P.P.

Manakala “kelulusan” atau “arahan” ialah kelulusan dan arahan yang dikeluarkan

secara bertulis oleh P.P.

(6)

11.4 Fasal 2 :Tugas Pegawai Penguasa Dan Wakil Pegawai Penguasa Sub Fasal (a) : Tugas Pegawai Penguasa

i. Menyelia dan mengawasi perjalanan kerja

ii. Sebagai tempat rujukan atau pertanyaan yang berkaitan dengan kontrak kerana semua pertanyaan oleh kontraktor hendaklah dibawa kepada Pegawai Penguasa.

iii. Menentukan kontraktor melaksanakan kerja mengikut kehendak kontrak serta obligasi kerajaan. Di dalam hal ini P.P mestilah sentiasa :

 Menentukan kualiti bahan dan mutu kerja mengikut penentuan kontrak  Menentukan peraturan dan undang-undang Kerajaan Tempatan

dipatuhi

 Menentukan kebajikan pekerja yang diambil oleh kontraktor tidak

diabaikan, khususnya dari segi keselamatan dan perlindungan insuran dan pekerja menerima upah sepatutnya.

 Menentukan tempoh perlindungan insuran yang ditetapkan dalaam kontrak tidak luput semasa perlaksanaan kerja dan mengambil tindakan melanjutkannya sekiranya kontraktor enggan

 Mengawasi kemajuan kerja kontraktor serta mengambil tindakan awal

untuk memberi lanjutan masa atau mengenakan denda dan /atau menamatkan pengambilan kerja kontraktor.

 Menentukan bahawa pihak kerajaan memenuhi tanggungjawaabnya

mengikut kontrak kepada kontraktor seperti :

 Kontraktor tidak dihalang dari menjalankan kerjanya

 Kelulusan dan keputusan awal diberikan

(7)

 Memberi arahan yang perlu kepada kontraktor bagi memastikan projek berjalan dengan lancar dan sempurna dari semasa ke semasa sepanjang tempoh sah kontrak.

Sub Fasal (b) : Tugas Wakil Pegawai Penguasa

i. Bertanggungjawab kepada Pegawai Penguasa.

Dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Pegawai Penguasa :

 Wakil P.P tidak berhak memberi kelulusan atau

arahankepada kontraktor mengenai perkara-perkara yang tidak diwakilkan kuasa kepadanya.

 Tidak diwakilkan lagi kuasa yang telah diperturunkan kepadanya.

ii. Menjaga dan menyelia kerja

iii. Memeriksa dan menguji mana-mana bahan atau barang-barang yang akan digunakan.

iv. Memeriksa dan menguji mutu hasil kerja yang berhubungan dengan kerja.

Sub Fasal (c) : Perwakilan Kuasa Pegawai Penguasa

Pegawai Penguasa dari semasa ke semasa boleh mewakilkan kuasanya kepada wakil P.P secara bertulis dan satu salinan mengenai penyerahan kuasa kepada wakil P.P hendaklah diberikan kepada kontraktor untuk pengetahuannya. Surat perwakilan kuasa dan pemberitahu kepada kontraktor adalah dibuat melalui surat-surat piawai.

(8)

Wakil P.P Utama

Pegawai JKR Daerah atau lain-lain pegawai yang diwakilkan kuasa untuk menjaga dan menyelia perhubungan dengan pekerja.

Wakil P.P Pakar

Seorang Jurutera Elektrik atau Mekanikal atau lain-lain pegawai pakar yang diwakilkan kuasa untuk penjagaan dan penyeliaan kerja-kerja elektrik , mekanikal atau lain-lain kerja pakar atau pembekalan, sama ada dibawa Sun Kontrak Dinamakan atau Sub Kontrak Kontraktor sendiri.

Wakil P.P Jurukur Bahan

Seorang Jurukur Bahan yang diwakilkan kuasa untuk menjalankan tugas-tugas Ukur Bahan.

Apa-apa arahan atau kelulusan yang diberi oleh wakil P.P kepada kontraktor menurut syarat-syarat perwakilan tersebut hendaklah mengikat kontraktor dan kerajaan sebagaimana ia telah diberikan kepada wakil P.P.

Walaupun P.P telah memberi kuasa kepada wakil P.P tetapi P.P masih ada kuasa menolak apa jua kerja atau bahan yang telah diluluskan oleh wakil P.P.

 Fasal 2 (c) (i).

(9)

Anda tentu telah memahami kehendak-kehendak Fasal 1 & Fasal 2. Kedua-dua fasal ini menjelaskan takrif dan tafsiran terhadap istilah-istilah serta menggariskan tugas-tugas Pegawai Penguasa dan Wakil Pegawai Penguasa.

Mari kita mengetahui syarat –syarat yang terkandung di dalam Fasal 3, fasal 5, Fasal 9 dan Fasal 10 pula. Fahami betul-betul agar anda tidak keliru.

Oh !!!!!! Ada 3 Fasal

lagi……

Anda dikehendaki merujuk Borang Kontrak Setara semasa pembelajaran & pengajaran

(10)

11.5 Fasal 3 : Hak Pegawai Penguasa Untuk Mengambil Tindakan

Sub Fasal (a) (i)

Pada amnya, P.P merupakan seorang pegawai yang ditauliahkan oleh kerajaan untuk menyelia dan mengawasi perjalanan keseluruhan kerja sesuatu kontrak projek bagi pihak kerajaan. Pegawai ini akan ditentukan oleh kerajaan di dalam syarat-syarat kontrak dan akan memberikan arahan-arahan kepada kontraktor dari semasa ke semasa sepanjang tempoh Perjanjian Kontrak (Arahan Pegawai Penguasa). Fasal 1(a)(iv) dan 2 (a)

Pegawai Penguasa ditauliahkan untuk membuat keputusan mengenai hal-hal berkenaan Perjanjian kontrak kecuali hal-hal tertentu yang dinyatakan di dalam kontrak yang mana ini dikhaskan kepada pegawai yang dinamakan dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak. Syarat-syarat Kontrak ini adalah untuk perkara-perkara berkaitan dengan :

Fasal 40 - Ganti Rugi Kerana Tidak Siap Fasal 43 - Kelambatan dan Lanjutan Masa

Fasal 51 - Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor Fasal 52 - Kesan Perang dan Gempabumi

Fasal 54 - Timbang Tara

(11)

Kuasa Pegawai Penguasa untuk mengeluarkan arahan yang berkehendakan perubahan adalah tertakluk kepada had-had kewangan yang dinyatakan mengikut Arahan Perbendaharaan No.202. Jika Pegawai penguasa dikehendaki mengeluarkan sesuatu arahan yang berkehendakkan perubahan di bawah Fasal 24 yang mana melebihi had yang dibenarkan kepadanya, dia perlulah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pihak-pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan.

Sub Fasal (b)

Kontraktor tidak berhak menuntut apa-apa apa-apa kelambatan dan lanjutan masa atau apa-apa kos atau perbelanjaan tambahan atau apaa-apaa yang berbangkit dari pematuhan peruntukan-peruntukan syarat-syarat ini.

11.6 Fasal 5 : Arahan Pegawai Penguasa

Sub Fasal (a)

Pegawai Penguasa boleh menurut budi bicaranya yang mutlak dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan tertentu yang dipanggil Arahan P.P.

Cara / bentuk arahan yang boleh diterima oleh kontraktor adalah dalam bentuk : i. mengeluarkan pelan-pelan

ii. mengeluarkan butir-butir (details) iii. arahan-arahan bertulis

Arahan-arahan tersebut meliputi :

 Apa-apa perubahan Fasal 24 (a),(b)

- iaitu perubahan/ubahsuai tentang rekabentuk, kualiti atau kuntiti kerja.

(12)

 Pengalihan dari tapak bina apa-apa bahan atau barang-barang yang telah dibawa oleh kontraktor ke tapak atau penggantinya dengan apa-apa bahan atau barang lain.

 Penghapusan dan/atau perlaksanaan semula apa-apa kerja yang telahdilaksanakan oleh kontraktor.

 Pembuangan kerja mana-mana orang pekerja yang tidak cekap dan tidak berkelakuan baik.  Fasal 22

 Pendedahan untuk diperiksa apa-apa jua kerja yang tertutup.Fasal 9(b)

 Pemindahan dan pembaikan apa-apa jua kecacatan pada kerja yang telah siap. Fasal 45

 Apa-apa perkara yang perlu dengan perlaksanaan dan penyiapan kerja.

 Apa-apa perkara yang mengenainya P.P diberi kuasa secara nyata oleh kontrak untuk mengeluarkan arahan.

Sub Fasal (b) : Mematuhi Arahan P.P

Kontraktor dikehendaki dengan serta merta mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Pegawai penguasa.

Jika kontraktor daalam tempoh 7 hari setelah menerima nota bertulis daripada P.P enggan mematuhi arahan P.P, P.P boleh mengambil bekerja dan membayar orang-orang lain untuk melaksanakan kerja tersebut. Semua kos yang ditanggung berhubungan dengan pengambilan kerja itu akan dituntut daripada kontraktor asal. Ini merupakan satu hutang dan P.P berhak memotong dari mana-mana wang yang kena dibayar kepada kontraktor.

(13)

Sub Fasal ( c ) : Arahan P.P hendaklah secara bertulis

Semua arahan P.P hendaklah secara bertulis. Apa-apa arahan yang dikeluarkan secara lisan tidak boleh terus berkuatkuasa, tetapi haruslah disahkan secara bertulis oleh kontraktor kepada P.P dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima arahan lisan tersebut. Jika tidak dibantah secara bertulis oleh P.P kepada kontraktor, maka arahan itu berkuatkuasa mulai dari tamat tempoh tujuh (7) hari yang disebutkan itu.

Jika P.P dalam tempoh tujuh (7) hari selepas memberi arahan secara lisan itu sendiri mengesahkannya secara bertulis, maka kontraktor tidak diwajibkan memberi pengesahan seperti tersebut. Arahan ini akan berkuatkuasa mulai dari tarikh pengesahan P.P itu.

Sub Fasal 5 (d)

Jika pematuhan kepada arahan P.P ini melibatkan perbelanjaan atau kerugian lebih daripada yang dijangkakan munasabahnya oleh kontraktor dan kontraktor tidak akan dibayar gantirugi melalui bayaran yang dibuat, kontraktor hendaklah dalam tempoh satu (1) bulan selepas menerima arahan tersebut, memberi notis

bertulis menyatakan cadangannya hendak menuntut perbelanjaan atau kerugian beserta anggaran jumlah perbelanjaan dan/atau kerugian.

(14)

11.7 Fasal 9 : Bahan Dan Mutu Hasil Kerja Sub Fasal (a)

Semua bahan, barang dan mutu hasil kerja yang digunakan dalam kerja itu hendaklah mengikut jenis dan piawaian seperti yang dinyatakan dalam Senarai kuantiti dan / atau Spesifikasi.

Kontraktor hendaklah memberi bukti kepada P.P jika diminta berbuat demikian dengan mengemukakan baucer-baucer atau perakuan ujian dari kilang untuk membuktikan bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Spesifikasi itu.

Sub Fasal (b)

Kontraktor hendaklah menjalankan pemeriksaan ke atas apa-apa kerja yang tertutup, jika dikehendaki oleh P.P secara bertulis. Fasal 5 (a) (iv)

Kontraktor juga hendaklah mengadakan/menjalankan apa ujian ke atas apa-apa bahan/barang atau ke atas kerja yang telah dilaksanakan jika dikehendaki oleh P.P secara bertulis.

Jika pemeriksaan/ujian itu menyebabkan penambahan kos atau perbelanjaan di pihak kontraktor, maka ianya boleh ditambah ke dalam Jumlah Harga Kontrak (JKH) melainkan jika ia ada peruntukan di dalam kontrak sebagai Wang Peruntukan Sementara.

(15)

Merupakan bahan-bahan atau barang-barang tak pasang yang diserahkan hantar atau ditempatkan di atas atau berdampingan dengan tapak bina dan dicadangkan untuk digunakan dalam tapak bina itu.

Bahan dan Barang Tak Pasang ini tidak boleh dipindah KECUALI untuk digunakan dalam tapak bina itu melainkan mendapat persetujuan/kebenaran secara bertulis dari P.P.

Jika sekiranya bahan/barang tersebut telah dibayar oleh kerajaan, maka ianya adalah menjadi milik kerajaan.

(16)

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum meneruskan input yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas di halaman berikutnya.

Dengan merujuk kepada Borang Kontrak Setara JKR 203A – Sem.10/83

11.1 Takrifkan perkara-perkara berikut : i. kontraktor

ii. Jumlah Harga Kontrak iii. Tapak bina

11.2 Senaraikan perkara-perkara yang terkandung di dalam Dokumen Kontrak.

11.3 Nyatakan 3 (TIGA) tugas Wakil Pegawai Penguasa.

(17)

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat

menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 12.

11.1 i. Kontraktor ialah orang atau orang-orang atau perkongsian atau firma atau syarikat yang tendernya untuk kerja itu telah disetuju

terima dan yang telah ditandatangani kontraknya oleh beliau dan termasuk wakil peribadinya, penggantinya dan mana-mana orang atau kumpulan orang lain yang kepadanya kontraktor telah menyerah hak atau membuat sub sewa.

ii. Jumlah Harga Kontrak ialah sejumlah wang yang diperuntukkan untuk kerja itu yang telah disetujui terima dan ditandatangani kontraknya.

iii.Tapak bina ialah tanah dan tempat-tempat lain di atas, di bawah atau melaluinya kerja akan dilaksanakan atau mana-mana tanah atau tempat lain yang diperuntukkan atau diluluskan bagi kawasan kerja atau untuk apa-apa maksud sebagaimana yang ditetapkan dengan khususnya dalam Dokumen Kontrak sebagai sebahagian dari tapak bina.

11.2 Kandungan di dalam Dokemen Kontrak ialah :  Perkara-perkara perjanjian

 Borang tender

 Syarat-syarat kontrak dan lampiran

(18)

 Pelan-pelan kontrak

 Senarai kuantiti/ringkasan tender  Spesifikasi

 Arahan Perbendaharaan  Jadual kadar harga  Surat setuju terima tender

11.3 Tugas-tugas Wakil Pegawai Penguasa

i. Bertanggungjawab kepada Pegawai Penguasa ii. Menjaga dan menyelia kerja

iii. Memeriksa dan menguji mana-mana bahan atau barang-barang yang akan digunakan.

(19)

 ANDA HAMPIR MENCAPAI KEJAYAAN.

BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB

SOALAN-SOALAN PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.

 SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG

MASALAH.

 RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN SEBELAH.

SOALAN 1

Mengikut fasal 5 terdapat beberapa perkara yang membolehkan P.P mengeluarkan arahan. Jelaskan 6 (ENAM) daripada perkara-perkara tersebut.

SEMOGA

(20)

 SUDAH MENCUBA ?

 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN

DI BAWAH.

JAWAPAN 1

Rujuk nota mukasurat 11 dan 12

TAHNIAH DAN SYABAS SEKIRANYA ANDA TELAH

MENJAWAB DENGAN BETUL DAN MEMPEROLEHI

Referensi

Dokumen terkait

Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk

Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk

Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan

Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan

tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk

Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan

Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk

atau diendorskan atau selainnya dinyatakan di sini kemudiannya bahawa jika harta yang diinsuranskan yang dinyatakan di dalam Jadual tersebut atau mana-mana bahagian daripada