• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi terhadap kredibiliti maklumat politik di internet dalam kalangan generasi muda / Mohd Sazili Shahibi ... [et al.]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persepsi terhadap kredibiliti maklumat politik di internet dalam kalangan generasi muda / Mohd Sazili Shahibi ... [et al.]"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 1 ©Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu

Hakcipta terpelihara

Tidak dibenarkan mengulang dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa juga cara baik secara elektronik, fotostat, mekanik, rakaman atau lain-lain, mana-mana bahagian kandungan penerbitan ini sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Universiti Teknologi MARA, Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia – Data Pengkatalogan – dalam – Penerbitan Jurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013.

Diterbitkan di Malaysia oleh:

Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu

Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre, 40450 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan Malaysia. Tel: 03-5522 5448 / 5515 Fax: 03-5522 5489

e-ma Mengandungi Indeks: ISSN 2289-5744

e-Printed oleh: INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU (IMPAK)

Pendapat yang dikemukakan oleh penulis-penulis dalam jurnal ini adalah pandangan peribadi mereka dan tidak semestinya mewakili pandangan Insitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dan UiTM. Sebarang ulasan, kemusykilan dan pertanyaan tentang artikel-artikel yang diterbitkan hendaklah dikemukakan kepada Sidang Editor.

Sidang Editorial

Pengerusi:

Prof. Madya Dr. Mohd Sazili Mohd Shahibi Editor Perunding :

Y.Bhg Prof. Datuk Hj Abdul Halim Sidek Y.Bhg Prof. Dr. Kamaruddin Mohd Said Y.Bhg Prof. Dr. Sohaimi Zakaria Y.Bhg Datuk Zaini Hassan

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah En. Zulkifli Ab. Rashid

Ketua Penyelaras Editorial: Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin

Sidang Editor:

Prof. Madya Dr. Muhammad Rozi Malim Dr. Samsudin Wahab

Prof. Madya Mat @ Muhammad bin Yusoff Tuan Haji Juwahir Ali

En. Hassan Abdullah

En. Fairul Nazmie bin Osman Pn. Norhayati Hussin

Grafik:

En. Mohd Husni Mohd Som En. Hussien Harnis

(3)

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 2

Isi Kandungan

Tajuk

M/s

Dasar Kepimpinan Najib: Model Transformasi Ke Arah Kesejahteraan Global

Samsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Juwahir Ali, Hasan Abdullah Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu

Universiti Teknologi MARA.

3-10

Konsep Satu Malaysia Sebagai Agenda Politik : Perlu Diteruskan Atau Difikir Kembali?

Ismail Sualman

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM.

11-28

Persepsi Terhadap Kredibiliti Maklumat Politik Di Internet Dalam Kalangan Generasi Muda

Mohd Sazili Shahibi, Nurhayati Hussin, Hamka Mohd Noor dan Muhammad Saufi Mohd Hanafiah

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Universiti Teknologi MARA (UiTM)

29-35

Indeks Kemampuan Pengurusan PKS Melayu/Bumiputera di Malaysia 2012

Muhammad Rozi Malim, Mohd Sazili Shahibi, Ghazali Daimin Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), UiTM.

36-52

Model Integrasi Indeks Utama Prestasi (MIIUPA-KPIAs) Agensi Payung Industri Homestay Melayu Malaysia

Hasan Abdullah, Samsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Muhammad Rozi Malim, dan Juwahir Ali

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), UiTM.

53-71

Tahap Keyakinan Diri dan Pencapaian Atlet Bumiputera

Vincent A. Parnabas dan Yahaya Mahamood Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM.

Faculty of College of Art and Science, University Utara Malaysia (UUM)

72-77

Bahasa Melayu Benteng Islam dan Melayu

Azman Che Mat

Universiti Teknologi MARA

78-82

UiTM dan Destini Melayu

Prof Madya Dr Ghazali B. Daimin

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), UiTM.

83-86

Bangkitlah Wahai Remaja Melayu

Leylawati Binti Joremi

Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM.

(4)

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 29

PERSEPSI TERHADAP KREDIBILITI MAKLUMAT

POLITIK DI INTERNET DALAM KALANGAN GENERASI

MUDA

Mohd Sazili Shahibi, Nurhayati Hussin, Hamka Mohd Noor dan Muhammad Saufi Mohd Hanafiah

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Universiti Teknologi MARA (UiTM)

ABSTRAK

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) tahun 2004 adalah satu kejutan besar kepada ramai orang, terutama kepada parti pemerintah utama, Barisan Nasional (BN). Teknologi Internet pertamad kali digunakan secara meluas oleh parti-parti politik untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi dengan tujuan melakukan serangan politik di antara satu sama lain untuk mendapatkan sokongan. Pengaruh maklumat politik di Internet melalui blog dan aplikasi lain di internet menjadi antara faktor-faktor yang telah mempengaruhi persepsi pengundi terutamanya pengundi golongan generasi muda. Kajian ini tertumpu kepada persepsi mengenai kredibiliti maklumat politik dari internet di kalangan generasi muda melayu (pelajar UiTM). Kajian ini menggunakan data primer yang diperolehi dengan cara mengedarkan borang soal selidik menggunakan teknik persampelan mudah. Sampel seramai 509 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Ujian khi-square kebebasan telah digunakan untuk mengkaji hubungan antara pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik dan persepsi pelajar terhadap kebolehpercayaan, keadilan, ketepatan, kepentingan dan kedalaman maklumat politik di internet. Analis Regresi linear berganda telah digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kredibiliti maklumat politik di internet. Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik tetapi bergantung kepada thap kebolehpercayaan, keadilan dan ketepatan maklumat politik di internet. Penyebaran dan sumber maklumat politik secara signifikan mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kredibiliti maklumat politik dari Internet.

Kata kunci: Maklumat, Internet, Politik.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkembangan teknologi dan aplikasi Internet memberikan ruang lebih besar kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber tanpa sekatan dan tapisan. Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012 (Syahir Mat Ali dan Fatin Hasnan,2013). Internet boleh dimanafaatkan sebagai media penyampaian dan pencarian maklumat secara meluas. Internet yang dikenali sebagai media maya juga berupaya menyampaikan maklumat tanpa had sempadan masa dan tempat dengan kadar segera (real time). Pengaruh Internet sebagai sumber maklumat dalam proses membuat keputusan dalam organisasi atau kehidupan individu kelihatan semakin ketara pada masa kini. Ianya juga turut mempengaruhi proses dalam membuat keputusan politik yang melibatkan pilihanraya. Internet telah digunakan sebagai media atau saluran penyampai maklumat oleh parti-parti politik. Pengundi-pengundi pula gemar mendapatkan maklumat daripada Internet kerana ianya pada hari ini boleh diakseses melalui telefon mudahalih. Di Amerika Syarikat, kemenangan Barak Obama dalam pilihanraya Presiden pada tahun 2004 turut dikatakan kerana penggunaan Internet secara meluas sebagai media politik untuk menyampaikan segala masej berbagai bentuk kepada pengundi khususnya pengundi muda. Perkembangan dalam politik Malaysia pula,

(5)

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 30 dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 pada tahun 2008 Internet telah mula digunakan sebagai saluran maklumat untuk menerima atau menyampaikan maklumat kepada pengundi. Dalam PRU ke 13 tahun 2013 pula ianya digunakan secara meluas dan ketara kerana kadar pengunaan Internet di kalangan rakyat Malaysia telah semakin meningkat melebihi 60% dan Internet boleh diakses bukan hanya melalui komputer tetapi melalui telefon mudah alih. Capaian talian Internet melalui mudah alih memberi kemudahan maklumat pelbagai bentuk seperti video, audio, tekas dan animasi boleh dihantar dan diterima tanpa sebarang batasan samada masa atau tempat. Maklumat dalam berbagai bentuk dilakukan melalui pengintegrasian pelbagai media agar capaian maklumat diperolehi dengan pelbagai sumber berdasarkan citarasa pengguna.

Pengguna Internet pada masa kini dibanjiri oleh dengan berbagai maklumat politik yang tidak diketahui tahap kualiti dan kebolehpercayaanya. Setiap maklumat yang diperolehi akan memberikan kesan yang besar kerana ia akan mempengaruhi sikap dan cara membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Ianya secara tidak langsung turut membentuk pemikiran pengundi untuk menyokong mana-mana parti politik yang bertanding dalam pilihanraya. Selain itu, peningkatan teknologi masa kini telah menghasilkan banyak aplikasi seperti Youtube, Facebook, Twitter dan blog yang lebih memudahkan semua orang menyebarkan maklumat yang diingini tanpa perlu ditapis dahulu kebenarannya.

KAJIAN PERPUTAKAAN

Satu kajian oleh Goethe (2011) di Malaysia terhadap 1060 responden yang terdiri dari remaja berumur 16 hingga 25 tahun menunjukkan bahawa 66.3% remaja di Malaysia tidak mendaftar sebagai pengundi dan 20.0% tidak mengundi walaupun telah mendaftar sebagai pengundi. Sebaliknya, kira-kira 21.3% dan 3.9% masing-masing daripada orang muda yang berminat dan sangat berminat dalam politik. Walaupun tidak ada minat yang begitu banyak dalam politik, orang-orang muda di Malaysia masih menyedari akan kepentingan politik dan demokrasi. Walau bagaimanapun, artikel dari Sinar Harian oleh Bernama (2012) menyatakan bahawa terdapat peningkatan minat terhadap politik oleh generasi muda. Artikel ini juga menyatakan satu kajian oleh Eksekutif Kajian Pilihan Raya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Syed Arabi Idid di mana beliau mendapati bahawa 1,370 belia dalam kumpulan umur 21-35 tahun di seluruh negara mendapati mereka sensitif terhadap masa depan mereka dan negara. Syed Arabi juga mendapati bahawa minat terhadap politik di kalangan generasi muda hari ini adalah tinggi dengan 60 peratus daripada responden pernah berdebat politik dengan rakan-rakan, 52 peratus dengan ahli keluarga dan 32 peratus dengan aktivis politik. Memandangkan minat terhadap politik oleh generasi muda di Malaysia semakin meningkat dan kaitan mereka dengan penggunaan Internet juga adalah tinggi maka kajian untuk mengetahui persepsi pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka terhadap kredibiliti maklumat politik di internet perlu dikenal pasti supaya objektif kajian ini dapat dicapai. Umum mengetahui bahawa orang ramai semakin bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat. Tidak boleh dinafikan bahawa Internet muncul sebagai sumber utama maklumat dalam zaman perkembangan teknologi maklumat masa kini (Shashi,2007). Walau bagaimanapun, orang ramai yang tidak tahu maklumat yang mereka terima dari internet berkemungkinan tidak tepat dan berat sebelah. Menurut Nielsen (2011), bilangan rakyat Malaysia yang melayari internet mencecah 41 peratus pada tahun 2010, peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya. Penggunaan tertinggi dicatatkan di kalangan mereka yang berumur 20 hingga 24 tahun, di mana hampir enam dalam sepuluh (57%) kerap menggunakan internet, menghabiskan purata 22.3 jam melayari internet seminggu. Disamping itu, lebih 50 peratus daripada belia berumur 16 hingga 22 tahun di 17 buah negara termasuk Malaysia rela hilang deria bau daripada kehilangan akses teknologi, terutamanya media sosial dan internet (Fauzi, 2011). Kedua-dua kajian menunjukkan bahawa internet adalah sangat penting kepada generasi muda terutamanya bagi tujuan mencari maklumat atau untuk melakukan sesuatu perkara.

(6)

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 31 Disebabkan oleh peningkatan jumlah penggunaan Internet dari masa ke semasa maka jumlah maklumat yang berada di atas lebuhraya maklumat Internet juga semakin banyak Penggunaan internet dalam kehidupan manusia pada hari ini adalah amat ketara. Internet juga telah menjadi salah satu sumber maklumat politik popular. Penggunaan Internet sebagai sumber maklumat berita politik melebihi sumber maklumat lain seperti radio dan surat khabar (Pew 2009). Terdapat juga maklumat politik yang wujud tanpa diketahui sumbernya dan meragukan dari segi kredibilitinya. Keadaan ini boleh terjadi kerana sesiapa sahaja hari ini tanpa pengenalan identiti yang jelas boleh menghantar maklumat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki melalui Internet. Penerima pula akan menerima maklumat tanpa diketahui pengirimnya serta niat sebenar pengirim menghantarkan maklumat tersebut. Selain dari itu, perkembangan aplikasi ruang siber seperti blog, laman web, forum, Youtube, e-mel, Facebook, dan Twitter telah menambahkan peningkatan penyertaan pengirim maklumat politik di kalangan pengguna internet. Berbanding sebelum sebelum ini, orang ramai mendapatkan maklumat politik melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, buku-buku dan media elektronik terutama radio dan televisyen ataupun ceramah politik.

Kredibiliti maklumat yang disiarkan di laman web menjadi isu di mana kaedah tradisional untuk ulasan kandungan, termasuk semakan editorial, penapisan melalui beberapa jenis proses profesional, atau sesuatu yang mudah seperti menyiarkan maklumat hanya daripada pengarang bertauliah, sudah tidak ada lagi. Kajian lepas mengenai kredibiliti media telah membantu cendikiawan memahami relatif kredibiliti media atas talian sebagai penghubung maklumat berbanding dengan saluran yang lebih tradisional (Metzger et al., 2003). Menurut Johnson et al. (2000), mereka mengukur persepsi mengenai kredibiliti media berdasarkan kepercayaan, keadilan, ketepatan dan kedalaman sumber atas talian. Dalam kajian mereka, mereka mendapati bahawa individu muda yang paling banyak menghabiskan masa di internet, cenderung untuk melihat maklumat politik di internet lebih dipercayai.

Internet sebagai media sosial khususnya, membenarkan wartawan untuk menyebarkan maklumat lebih cepat daripada media tradisional. Menurut Bimber (2001), apabila semakin seseorang itu taksub kepada politik, semakin besar kemungkinan mereka untuk menyebarkan maklumat politik. Satu kajian oleh Saahar @ Saabar (2008), beliau mendapati bahawa daripada 193 blog yang terpilih dalam kajian beliau, lebih daripada separuh (51.9%) daripada blog tidak menyokong kerajaan BN di Malaysia. Hanya 28 (14.5%) blog politik dilihat menyokong kerajaan. Jumlah ini adalah terlalu jauh berbeza jika dibandingkan dengan blog yang tidak menyokong kerajaan. Baki 51 (26.4%) blog politik adalah neutral. Daripada kajian ini, jelas blog politik yang tidak menyokong kerajaan menguasai ruang siber dengan menyebarkan maklumat politik menentang kerajaan BN.

Maklumat politik boleh didapati di banyak sumber di internet, termasuk blog, Youtube, Facebook, Twitter dan aplikasi lain. Kredibiliti maklumat politik daripada sumber-sumber ini diragui kerana kebanyakannya kita tidak tahu dari mana maklumat itu datang. Menurut Mustaffa et al. (2010), mereka mendapati bahawa daripada 100 responden, orang ramai menggunakan akhbar untuk mencari berita tempatan (25%), televisyen telah digunakan untuk mencari maklumat tentang berita nasional (57%) dan media atas talian digunakan untuk berita tempatan dan antarabangsa (51% ). Hasil kajian ini berkait rapat dengan sifat internet yang mampu untuk merentas sempadan rantau dan masa di seluruh dunia. Ia juga menggambarkan pengguna internet dengan pendidikan tinggi adalah lebih cenderung untuk mendapatkan berita yang berlaku di sekeliling dunia berbanding berita lain. Sementara itu, artikel oleh Sabri (2013), terdapat satu kajian oleh dua orang pensyarah yang berasal dari Universiti Malaya (UM), Mohd Asli dan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Fuad Mat terhadap kadar kepercayaan beberapa sumber web dan populariti. Mereka mendapati bahawa Malaysiakini adalah yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat politik di kalangan pelajar (71.1 peratus), Star Online (24 peratus), The Malaysian Insider (21.2 peratus) dan laman berita yang dimiliki oleh MCA, MStar (19.7 peratus). Trend yang sama juga dilihat di UKM di mana 39.4 peratus daripada 1,006 pelajar yang ditinjau memilih Malaysiakini sebagai sumber yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat politik berbanding laman web lain.

(7)

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 32 Sejak Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK-7), melalui dasar-dasar dan skim insentif kerajaan, orang ramai telah terdedah kepada penggunaan teknologi Internet daripada usia muda. Kebanyakan orang yang mempunyai akses internet adalah yang tinggal di kawasan bandar. Menurut Mat Jali (2012), pencarian maklumat politik berbeza mengikut latar belakang pendidikan, umur, keturunan, jantina, pendapatan dan jenis pekerjaan. Beliau juga mendapati bahawa penggunaan internet telah terbukti mempengaruhi pengundi muda, khususnya di kawasan bandar dan mempunyai impak yang besar ke atas keputusan Pilihan Raya Umum 2008 (PRU12).

Kreativiti adalah penting dalam politik dalam usaha untuk menyebarkan maklumat secara berkesan kepada orang ramai. Iklan politik memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengundi serta menerangkan manifesto parti kepada pengundi. Satu kajian oleh Livingstone et al. (2005), mereka mendapati bahawa penggunaan internet secara interaktif dan kreatif didorong oleh pengalaman mereka menggunakan Internet (peningkatan dari segi minat, kemahiran, keyakinan diri, dan lain-lain) tetapi yang melawat laman web sivik terutamanya bergantung kepada faktor demografi (yang lebih tua, perempuan kelas pertengahan yang berkemungkinan untuk melawat laman web ini).

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah:

• Untuk menyiasat hubungan di antara pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik dan persepsi pelajar terhadap kebolehpercayaan, keadilan, ketepatan, kepentingan dan kedalaman maklumat politik di internet.

• Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kredibiliti maklumat politik di internet.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif menggunakan data primer yang dikumpul daripada borang soal selidik. Kajian ini adalah reka bentuk keratan rentas tunggal di mana hanya satu sampel daripada responden diambil dari penduduk sasaran, dan maklumat yang diperolehi daripada sampel ini hanya sekali. Data yang dikumpul adalah berdasarkan teknik persampelan mudah (convinience sample) kerana responden telah dipilih dari kalangan pelajar di UiTM sekitar Shah Alam. Empat kampus dalam kawasan UiTM Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi untuk pengumpulan data; iaitu UiTM Shah Alam, UiTM INTEC Seksyen 17 Shah Alam, UiTM Puncak Perdana dan UiTM Puncak Alam. Sebanyak 509 soal selidik telah diedarkan kepada pelajar-pelajar dan semua soal selidik telah disiapkan dan diterima kembali dari pelajar. Ujian khi-square kebebasan dan regresi linear berganda telah digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul.

PENEMUAN KAJIAN

Objektif 1: Untuk menyiasat hubungan di antara pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik dan persepsi pelajar terhadap kebolehpercayaan, keadilan, ketepatan, kepentingan dan kedalaman maklumat politik di internet.

Ujian khi-square kebebasan telah digunakan untuk objektif ini. Berdasarkan Jadual 1, boleh disimpulkan bahawa:

(8)

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 33 1. Terdapat hubungkait yang signifikan antara pelajar yang melayari internet berminat

dengan maklumat politik dan persepsi pelajar terhadap kebolehpercayaan maklumat politik di internet, χ2 (2) = 12.1, p = .002.

2. Terdapat hubungkait yang signifikan antara pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik dan persepsi pelajar terhadap keadilan maklumat politik di internet, χ2 (2) = 9.76, p = .008.

3. Terdapat hubungkait yang signifikan antara pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik dan persepsi pelajar terhadap ketepatan maklumat politik di internet, χ2 (2) = 11.8, p < .003.

4. Tiada hubungkait yang signifikan antara pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik dan persepsi pelajar terhadap kepentingan maklumat politik di internet,

χ2 (2) = 4.26, p = .119.

5. Tiada hubungkait yang signifikan antara pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik dan persepsi pelajar terhadap kejelasan maklumat politik di internet,

χ2 (2) = 3.95, p = .139.

Jadual 1: Rumusan keputusan ujian khi-square

No Pembolehubah Khi-Square Darjah Kebebasan Nilai-p

1 Tahap kebolehpercayaan 12.1 2 .001

2 Tahap keadilan 9.76 2 < .001

3 Tahap ketepatan 11.8 2 < .001

4 Tahap kepentingan 4.26 2 .119

5 Tahap kejelasan 3.95 2 < .139

Objective 2: Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kredibiliti maklumat politik di internet

Regresi linear berganda telah digunakan untuk objektif ini. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa model adalah signifikan [F(4,481)=20.5, p<.001] dengan faktor-faktor yang menjelaskan 14.6% daripada variasi dalam persepsi pelajar. Baki 85.4% dijelaskan oleh faktor-faktor lain. Antara 4 faktor yang dimasukkan ke dalam model, secara statistik terdapat dua faktor telah menyumbang secara signifikan iaitu penyebaran maklumat politik dan sumber maklumat politik dan kedua-dua faktor ini mempunyai hubungan yang positif dengan persepsi. Dari segi sumbangan, penyebaran maklumat politik merupakan faktor yang paling berpengaruh kepada persepsi pelajar kerana ia mempunyai nilai beta seragam yang terbesar. (β=.278).

Jadual 2: Pekali pembolehubah tidak bersandar

Model B SE B 𝜷

Tetap 1.09 .218

Penyebaran maklumat politik .319 .057 .278***

Sumber maklumat politik .241 .079 .186***

Akses kepada maklumat politik -.041 .063 -.037

Persembahan maklumat politik yang kreatif

.011 .064 .009

(9)

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 34

KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik. Walaubagaimanapun bergantung kepada tahap kebolehpercayaan, keadilan dan ketepatan maklumat politik di internet. Tiada ada bukti bahawa pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik bergantung kepada kepentingan dan kejelasan maklumat politik yang diterima.

Antara 4 faktor yang dikenal pasti dalam kajian ini, penyebaran dan sumber maklumat politik secara signifikan mempengaruhi kredibiliti maklumat politik di Internet. Tambahan pula, kedua-dua faktor tersebut mempunyai hubungan yang positif dengan persepsi pelajar. Di samping itu, penyebaran maklumat politik adalah faktor yang paling berpengaruh yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap maklumat politik di internet. Tidak ada bukti bahawa akses dan persembahan maklumat politik yang kreatif mempengaruhi kredibiliti maklumat politik.

RUJUKAN

Bernama (2012). PRU13: Minat politik generasi muda meningkat. Sinar Harian Online. Diambil pada April 17, 2013, dari

Bimber, B. (2001). Information and Political Engagement in America: The Search for Effects of Information Technology at the Individual Level. Diambil pada Mac 6, 2013 dari

Fauzi, B.Z. (2011). Rela tiada deria bau daripada teknologi. Berita Harian Online. Diambil pada Mac

8, 2013, dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ Relatiadaderiabaudaripadateknologi/Article/

Goethe Institut (2011). Politics. Diambil pada Mac 11, 2013, dari http://www.goethe.de /ins/my/kua/ges/phi/jst/wer/enindex.htm

Johnson, T.J., & Kaye. B.K. (2000). Using is believing: The influence of reliance on the credibility of online political information among politically interested internet users. J&MC Quaterly, Vol. 77, No. 4, pp 865-879.

Livingstone, S., Bober, M., Helsper, E.J. (2005). Information, communication and society. Taylor & Francis Online, Vol. 8, Issue 3, pp 287-314.

Syahir Mat Ali dan Fatin Hasnan (2013), Kesan Aplikasi Media Maya,

mayahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1223&pub=Kosmo&sec=R encana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2d8G4WTf6, 27 Ogos 2013

Mat Jali, M.F., Besar, J.A., Fauzi, R., Ghazali, A.S., & Lyndon, N. (2012). Akses kepada internet dan kesannya kepada partisipasi politik penduduk di negeri Johor. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8, Issue 6, pp 76-89.

Metzger, M. J., Flanagin, A.J., Eyal. K., Lemus, D.R., & Mccann, R.M. (2003). Credibility for the 21st century: Integrating perspectives on source, message, and media credibility in the contemporary media environment. Communications Yearbook, 27, pp 293335.

(10)

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 35 Mustaffa, N.. Ibrahim, F., Samani, M.C., & Abd. Rahim, M.H. (2010). Persepsi khalayak terhadap

kredibiliti media di Malaysia. Jurnal e-Bangi, Vol. 5 No. 2, pp 153-160.

Nielsen (2011). Malaysian internet usage takes off in 2010. Diambil pada Mac 8, 2013, dari

PEW Internet Research (2009), The Internet as a Source of Political News and Information,

Saahar@Saabar, S. (2008). Isu-isu utama sebelum, semasa dan selepas PRU12: Satu analisis kandungan blog-blog politik Malaysia terpilih. Jebat 35, pp 81-96.

Sabri, A.R. (2013). Mkini paling dipercayai Siswa, menurut kajian. Malaysiakini Online. Diambil pada Mac 8, 2013, dari

Shashi Kant Khare, Neelam Thapa & K.C.Sahoo (2007), Internet as Source of Information, Annal Library of Information Studies, Vol 54 Dec 2007, pp 201-206

(11)

Aras 3, Blok 11, Intekma Resort & Convention Centre, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon: 03-5522 5515 / 5448 No. Faks: 03-5522 5489

E-mail: impakuitm@salam.uitm.edu.my Web: http://impak.uitm.edu.my/v1/

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Berdasarkan pada kenyataan bahwa, pembelajaran berbasis proyek menjadikan siswa sebagai pusat dari proses pembelajaran dan menjembatani kesenjangan ilmu dan

Berdasarkan Notoatmodjo (2007) semakin banyak informasi yang masuk semakin banyak pula pengetahuan yang didapat tentang kesehatan Sehingga dapat disimpulkan sesuai

Dengan mengucap syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberikan rahmat, hidayah dan ni’mat-Nya sehingga penulis dapat menyelasaikan Skripsi yang berjudul “Optimasi

Hasil penelitian menunjukkan: (1) Realitas budaya releigius yang dikembangkan Kepala Sekolah tercermin melalui nilai-nilai atau norma-norma yang cukup mewarnai

Reformasi manajemen Pemda dalam pengertian di atas harus diarahkan untuk melakukan perubahan paradigma yang lebih fokus pada hasil, baik dari segi efisiensi; keefektifan, maupun

Penelitian ini bertujuan untuk mengembangkan produk karena masih minimnya alat peringatan dini bencana banjir kepada masyarakat lingkungan sekitar sungai untuk

Bulan pertama kami akan melakukan kunjungan industri ke Kebun Wisata Kali Gua untuk mengamati cara pembuatan teh kemasan, kemudian bulan kedua kami akan mencoba membuat teh