• Tidak ada hasil yang ditemukan

Semangat Patriotik Semakin Luntur Dalam Kalangan Remaja Pada Masa Ini

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Semangat Patriotik Semakin Luntur Dalam Kalangan Remaja Pada Masa Ini"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang

terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan

perkembangan dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato‟ Maharajalela, Dato‟ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat

menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat

mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Jelaslah, Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak

Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas

(2)

menunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar. Tegasnya, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak.

Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi „role model‟ atau suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai

contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.

Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa bolehl juga menceritakan sendiri

pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat

(3)

informasi yang betul dan setelah itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang pernah didengarnya terutama tentang sejarah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik.

Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar cerita-cerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari

Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa „ tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia‟. Hal ini amat jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan

tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan.

(4)

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK

Pada era pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas kemerdekaan yang disambut pada tanggal 31 Ogos 1957. Kini, Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara gergasi di pentas antarabangsa. Bertitik tolak daripada itu, semangat cinta akan negara perlu ada dalam diri setiap masyarakat bagi menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus dalam

mempertahankan negara yang berdaulat ini. Oleh itu, keluarga perlu memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak mereka.

Pada realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu perlu mengambil inisiatif utama dengan membawa anak-anak mereka ke tempat bersejarah seperti muzium. Di Malaysia, terdapat sebuah muzium iaitu Muzium Negara yang mempunyai pelbagai khazanah orang pada zaman dahulu, pakaian istana, keris-keris yang digunakan oleh tokoh terdahulu untuk menentang penjajah luar. Anak-anak bukan sahaja dapat mengenali tokoh-tokoh terdahulu malah menerapkan semangat keberanian perwira-perwira negara yang

mengamalkan peribahasa biar putih tulang, jangan putih mata dalam mempertahankan negara suatu ketika dulu. Salah satu tempat bersejarah yang tersohor ialah Melaka yang lebih dikenali sebagai Negeri Bersejarah. Di Melaka, ibu bapa boleh menunjukkan tempat atau bangunan yang dibina oleh negara luar yang pernah menjajah negara kita seperti bangunan Stadhyus. Oleh itu, bolehlah kita akui bahawa semangat cinta akan negara dapat disemai melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Berdasarkan peribahasa, Bapa Borek, Anak Rintik, ibu bapa perlu menjadi ikon kepada anak-anak dalam menerapkan semangat cinta akan negara. Dalam konteks ini, ibu bapa tidak sewajarnya menunjukkan etika yang bertentangan dengan semangat patriotisme itu sendiri. Kita boleh ambil contoh perlakuan yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu iaitu seorang warga Malaysia yang mempersendakan lagu Negaraku malah ada yang berani memijak bendera

(5)

Jalur Gemilang. Ibu bapa perlu menunjukkan semangat cinta akan negara melalui kibaran Jalur Gemilang dengan bangga untuk diteladani oleh anak-anak. Secara tidak langsung, perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa pentingnya semangat

patriotisme ini. Tambahan pula, ibu bapa boleh bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh tanah air yang berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara yang tercinta daripada ancaman penjajah. Tegasnya, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dijadikan azimat oleh ibu bapa untuk melentur anak-anak mereka menjadi seorang yang mempunyai semangat patriotisme sejak kecil lagi.

Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa yang membimbing anak-anak mereka dalam menguasai subjek Sejarah. Bagi segelintir pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai kerana banyak fakta yang perlu dihafal dan diingati. Tambahan pula, mereka tidak pernah merasai keperitan tokoh-tokoh terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan tanah air yang bertuah ini. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh memberi tekanan kepada anak-anak dengan memaksa dan memarahi mereka jika gagal dalam subjek sejarah. Hal ini kerana, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya dengan menerapkan semangat cinta akan negara. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menyokong anak-anak mereka agar mereka tidak berasa tertekan malah semangat bersemangat dalam mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi meningkatkan prestasi anak dalam subjek tersebut. Rentetan itu, penguasaan dalam subjek ini akan membibitkan rasa cinta terhadap subjek Sejarah seterusnya melahirkan kecintaan terhadap negara.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkataan di atas, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memupuk masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Pepohon pokok tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak. Sebenarnya, anak-anak merupakan tonggak utama dalam menjayakan visi kudsi

Wawasan 2020 pada masa hadapan. Kita mengakui hakikat bahawa uslub ini perlu dilakukan dan boleh dimulakan dengan langkah-langkah yang telah disarankan di atas. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat memupuk malah menguatkan semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka. Nescaya, semangat patriotisme yang telah sebati dalam diri anak-anak akan dapat melahirkan generasi muda yang mantap jati diri.

(6)

Semangat Patriotik

Modul kenegeraan diajarkan juga,

Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara, Mengenal negara dan mempertahankannya,

Biarpun pertaruhkan nyawa demi negara tercinta.

Itulah syair yang dapat kita kaitkan untuk melahirkan semangat patriotik dalam kalangan remaja.Mutakhir ini,semangat patriotik semakin luntur dalam diri remaja dek perubahan-perubahan yang semakin mencabar.Hal ini dapat kita lihat di dada-dada akhbar dan media social mengenai remaja yang memandang rendah terhadap keamanan dan kemerdekaan yang dicapai.Tamsilnya,di laman muka buku,terdapat gambar remaja yang memijak dan membakar bendera Jalur gemilang.Wadah tersebut merupakan bukti bahawa remaja masih tidak mampu menghayati semangat patriotism itu sendiri kerana mereka merasakan mereka hidup di dalam negara yang bebas daripada penjajah.Justeru itu,semua pihak haruslah memainkan peranan penting untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangnan remaja kerana bak kata pepatah,‟usaha tanda kejayaan‟. Dalam konteks ini, ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan remaja.Oleh itu, ibu bapa perlulah memupuk semangat patriotik dalam diri cahaya mata mereka sejak kecil lagi.Peribahasa ada mengatakan,‟melentur buluh biarlah dari rebungnya.Jika semangat patriotik dipupuk sejak kecil lagi dalam diri anak-anak,semangat itu pasti akan kekal hingga ke hujung nyawa mereka.Antara usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat yang bersejarah.Sebagai

contoh,Kota A‟Famosa,Banda Hilir,Melaka.Implikasinya,anak-anak akan menghargai jasa para pejuang Negara dan mencintai Negara Malaysia.Jelaslah bahawa ibu bapa adalah tunjang untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja agar dapat membentuk remaja yang berjiwa merdeka.

Selain itu,keharmonian dan keamanan negara juga tidak akan berkekalan jika masyarakat tidak membudayakan semangat patriotisme dalam diri remaja mahupun mereka sendiri.Dasawarsa ini,masyarakat lebih terikut-ikut dengan budaya ala Barat sehingga rapuhnya peradaban bangsa sekali gus membentuk generasi yang tiada jati diri,tidak tahu akar bangsa,dan tidak tahu membina acuan untuk mengekalkan

kemerdekaan negara. Pepatah Melayu ada mengatakan,‟pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara‟.Lantaran itu,langkah yang drastik dan efektif harus dilakukan untuk memperkasakan semangat patriotik dalam diri remaja.Misalnya,di kawasan

(7)

perumahan,ketua taman mengadakan ceramah dan ucapan-ucapan mengenai nilai patriotisme yang melintas zaman.Contoh tersebut haruslah yang dilalui dan dekat dengan generasi muda.Antaranya ialah berbangga sebagai rakyat Malaysia,semangat

kekitaan,berdisiplin,berusaha dan produktif.Nilai jati diri yang kukuh dan kental juga adalah nadi semangat patriotik.Natijahnya,perpaduan yang terbina pasti akan tersimpul erat dan masyarakat hidup dengan sejahtera.

Di samping itu,sekolah juga mempunyai tanggungjawab penting untuk

merealisasikan semangat patriotik dalam kalangan remaja.Sekolah memainkan peranan penting supaya remaja mengingati budi tokoh-tokoh negara yang sanggup berkorban masa,nyawa dan tenaga untuk keharmonian negara.Remaja juga akan mempunyai semangat yang berkobar-kobar dan berusaha mempertahankan Negara daripada dijajah oleh negara lain.Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah

mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan patriotisme seperti mengadakan sambutan kemerdekaan,mengadakan kuiz kemerdekaan,memaparkan kisah tokoh-tokoh negara kepada pelajar.Ini secara tidak langsung akan menanamkan bibit-bibit cinta akan negara dalam diri remaja dan menjadi generasi yang sanggup berjuang untuk pertahankan negara bak kata pepatah,‟bahu memikul,hati menyokong‟.Dengan itu,setitik semangat patriotik yang ada dalam diri remaja pasti akan menjadi sekepal dan mewujudkan pelajar yang berjiwa bangsa.

Seterusnya,pihak kerajaan adalah antara pihak yang mempunyai tugas untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan remaja atau bak kata pepatah Korea

„mutiara negara‟.Hal ini demikian kerana,setiap negara mempunyai pucuk pimpinan yang berhak mentadbir rakyatnya.Antaranya ialah pihak kerajaan.Pihak kerajaan hendaklah mewajibkan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) khususnya kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) agar dapat menerapkan semangat jati diri yang jitu dalam diri remaja.Pihak kerajaan boleh mengadakan aktiviti misalnya mengadakan pertandingan kawad kaki sempena hari kemerdekaan dan peragaan baju kebangsaan. Impaknya,negara dapat melahirkan remaja yang memiliki semangat patriotik yang mapan sekali gus menjadi bakal pemimpin yang akan mencorak negara bak kata

peribahasa,‟kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya‟.Jelaslah bahawa kerajaan memainkan peranan penting untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan remaja.

Sebagai penghias bicara akhir, semua pihak haruslah berganding bahu bagai „aur dengan tebing‟ untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan „mutiara negara‟ agar dapat melahirkan remaja yang berjiwa patriotik.Menurut kata-kata tokoh sastera dan sejarah negara iaitu Usman Awang, “kalau hidup ingin merdeka,tiada tercapai hanya berkata,kemuka maju sekata,maju kita,melemparkan jauh jiwa hamba.Intihanya,tiada penyakiy yang tiada penawar,maka langkah-langkah yang konkrit dan sistematik harus dipergiatkan agar masalah ini boleh tangani.

(8)

Karangan SPM 2012...Peranan ibu bapa dalam pemupukan semangat cinta akan negara dalam jiwa anak?

Salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada tanah air ialah membentuk dan mengasuh anak-anak menjadi warganegara yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara.

Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak itu.

Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta akan negara meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak media massa terutama akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak karya penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia.

Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti perjuangan tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara pejuang negara dengan

penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut. Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat bersejarah di negara ini.

Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah pengorbanan negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan meniru kelakukan orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.

(9)

Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu. Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara.

Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi tentang sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala begitu mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan negara.

Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak memahami kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.

Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.

Referensi

Dokumen terkait

4) Bahwa hakim-hakim (peradilan) yang mandiri dan tidak berpihak menerapkan aturan-aturan hukum tersebut secara konsisten sewaktu mereka menyelesaikan sengketa hukum;

Ditinjau dari hasil evaluasi kelayakan finansial dengan metode Internal Rate Return (IRR) menggunakan suku bunga 0,96% per bulan pada kondisi normal, diperoleh hasil

Hasil penelitian ini yang menunjukkan bahwa religiusitas berpengaruh positif dan signifikan terhadap perilaku nasabah perbankan konvensional beralih ke perbankan

864 karena varietas ini cocok dikembangkan di tanah aluvial bertipe iklim C2, baik di lahan sawah (sistem reynoso) maupun tegalan (lahan kering). Penelitian ini

Tiga keuntungan diatas dapat diterapkan pada siswa, yang ini berlaku untuk guru. Tidak seperti buku atau kaset yang di produksi dalam bentuk yang seragam,

Namun lebih dari separuh responden sudah berperilaku merokok yang positif setelah adanya gambar penyakit akibat merokok, selain dipengaruhi oleh gambar

Banyak nilai tambah yang diperoleh mahasiswa setelah melaksanakan PPL 2 ini yaitu mendapatkan pengalaman yang banyak mengenai kegiatan belajar mengajar di

Sumber-sumber pembelajaran bagi mahasiswa kedokteran bisa bermacam- macam, mulai dari sumber daya manusia yang meliputi dosen, staf perpustakaan, teknisi, staf