• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Penubuhan Kelab Koir 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kertas Kerja Penubuhan Kelab Koir 2013"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN KELAB KOIR

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

KERJASAMA

BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)

&

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

(2)

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB KOIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan merupakan suatu inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang sihat dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial.

Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan bakal pendidik dengan muzik dan juga sebagai platform untuk mencungkil bakat bakal-bakal pendidik di IPG Kampus Sultan Mizan dalam bidang nyanyian. Selain itu, kelab ini juga memberi peluang kepada guru-guru pelatih di kampus ini yang berminat untuk menyertai segala persembahan koir.Dengan menyertai kelab ini, ahli-ahli kelab koir akan didedahkan dengan teknik vokal yang tepat dan juga boleh mempelajari cara yang betul untuk menghasilkan jenis-jenis suaraseperti bes, tenor, alto dan soprano yang berkualiti. Kelab ini juga dapat membantu bakal-bakal guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihatdan bermanfaat pada masa lapang.

Di samping itu, penubuhan kelab ini juga ingin melahirkan guru-guru pelatih yang berpengalaman dan dapat menguasai pengetahuan asas mengenai vokal. Pelaksanaan kelab ini melibatkan semua ahli Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan dan juga terbuka kepada semua warga kampus yang berminat.

(3)

2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan ini bermatlamat untuk memantapkan guru-guru pelatih dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan Falsafah Pendiidkan Negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seterusnya menjadikan Kelab Koir sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia.

3.0 RASIONAL

Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan ini adalah penting kerana: 3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua

IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.

3.2 Kelab ini berperanan sebagai satu-satunya platform kepada para guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan untuk mempelajari asas-asas teknik vokal secara formal.

3.3 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.

3.4 Pergerakan Kelab Koir yang didaftarkan di bawah nama IPG Kampus Sultan Mizan mampu mengharumkan nama IPG Kampus Sultan Mizan sebagai sebuah IPG yang mengangkat martabat Kelab Koir dalam kalangan warga kampusnya.

3.5 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman para guru pelatih terhadap kepentingan pengetahuan dan penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang guru dan juga bakal guru.

4.0 NAMA KELAB

(4)

5.0 OBJEKTIF

Objektif penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan adalah untuk: 5.1 Mewakili institut, negeri mahupun peringkat kebangsaan dan

antarabangsa untuk menyertai apa juga persembahan mahupun pertandingan jika mendapat undangan.

5.2 Mendedahkan para guru pelatih agar memahami serta menguasai apa yang mereka persembahkan. Di sini, pelajar akan diberi peluang untuk mempelajari aspek-aspek penting berkaitan seni suara dan koir.

5.3 Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisplin.

5.4 Menjadi platform untuk para guru pelatih mempelajari teknik-teknik vokal secara formal.

5.5 Memperkembangkan kesedaran dan pengalaman estetika para guru pelatih melalui seni suara dan muzik.

5.6 Memberi kesempatan kepada para guru pelatih untuk mengembangkan bakat masing-masing.

5.7 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui

persembahan koir.

5.8 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan guru pelatih.

5.9 Mewujudkan suatu aktiviti kokurikulum yang meriah dan

memperangsangkan.

5.10 Sebagai alternatif mengisi masa lapang para guru pelatih.

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI

 Praktikal vokal.

 Latihan dalam kumpulan (LDK).

 Persembahan perhimpunan bulanan.

 Persembahan majlis-majlis formal dan istimewa.

(5)

7.0 LOKASI

Lokasi yang dicadangkan bagi Kelab Koir untuk beroperasi adalah di Bilik Muzik (Studio) IPG Kampus Sultan Mizan.

8.0 PENYERTAAN / SASARAN

Penyertaan serta sasaran Kelab Koir ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan yang berminat untuk mempelajari dan menguasai teknik-teknik vokal.

9.0 WAKTU PELAKSANAAN

Setelah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan IPG Kampus Sultan Mizan.

10.0 JADUAL AKTIVITI

Di sini kami telah mencadangkan jadual aktiviti Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan yang akan dijalankan seperti mana jadual di bawah, sekiranya kertas kerja ini diluluskan oleh pihak tuan. Hal ini menunjukkan bahawa kami benar-benar serius tentang penubuhan kelab ini.

Hari Masa

Rabu 2.15 petang – 4.30 petang

Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan latihan pada setiap hari Rabu. Untuk makluman pihak tuan, kami juga tidak akan mengganggu sebarang proses pengajaran dan pembelajaran (waktu kuliah) yang diadakan oleh pihak institut. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga mementingkan aspek akademik di samping bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

11.0 JURULATIH

Bagi meningkatkan kualiti Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan, kelab ini akan dibimbing olehEn. Khir Anuar bin Jaafar, pensyarah Muzik dari Jabatan Kajian Sosial yang berpengalaman luas dalam bidang vokal dan koir.

(6)

12.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB

AHLI JAWATANKUASA KELAB KOIR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

12.1JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Kamarudin bin Hashim

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Penasihat : En. Latif bin Hamzah

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Penyelaras 1 : En. Sukreri @ Syukri bin Mohamad Zin

Pensyarah Penasihat

Biro Kebudayaan dan Kesenian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Penyelaras 2 : En. Khir Anuar bin Jaafar

Pensyarah

Jabatan Kajian Sosial

(7)

12.2 JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi : Bea Shu Hui

Naib Pengerusi : Zainol Harith bin Muhamad

Setiausaha : Lau Lik Yau

Bendahari : Rosmary Urai Wilson

AJK Pakaian : Nurul Amira Atika binti Azmi

AJK Pentas : Adrian Chai Pin Jian

Lim Yu Guo

AJK Teknikal : Chia Kian Ann

Muhammad Mustaqim bin Anuar

AJK Peralatan & Pergerakan : Siti Nor Fatimah Binti Mohd Sapaie

(8)

13.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Koir di IPG Kampus Sultan Mizan merupakan satu aset yang bernilai kepada institut untuk meningkatkan prestasi guru pelatih seterusnya menaikkan nama baik institut melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam Kelab Koir mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, matlamat negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat “SATU MALAYSIA” dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan kelab ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Kelab Koir ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan IPG Kampus Sultan Mizan.

(9)

Disediakan oleh:

... (LAU LIK YAU) Setiausaha Kelab Koir

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Disemak oleh:

... (MUHAMMAD ZAIM NAJMI BIN MOHD RAHIM) Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru

(10)

SOKONGAN PENSYARAH

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

... (SUKRERI @ SYUKRI BIN MOHAMAD ZIN) Pensyarah Penasihat

Biro Kebudayaan dan Kesenian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan

Yang benar,

... (KHIR ANUAR BIN JAAFAR) Pensyarah

Jabatan Kajian Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

(11)

SOKONGAN UNIT KOKURIKULUM

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

... (MOHAMAD BIN AB. LATIFF)

Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

SOKONGAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

... (LATIF BIN HAMZAH)

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru

(12)

KELULUSAN PENGARAH

Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

... (KAMARUDIN BIN HASHIM)

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Referensi

Dokumen terkait