• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Penubuhan Kelab Pecinta Alam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kertas Kerja Penubuhan Kelab Pecinta Alam"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SK SAINT MARK (M), SELANGAU

PEMOHON:

JOSEPHINE JATA ANAK SALIH

SK SAINT MARK (M), SELANGAU

HIDUPKAN KECERIAAN ALAM

RINGKASAN EKSEKUTIF

KERTAS CADANGAN

(2)

Nama Kelab / Persatuan Kelab Pencinta Alam

Sinopsis Kelab Pencinta Alam merupakan satu platform pendedahan bagi generasi muda untuk menghargai alam sekitar untuk dinikmati oleh generasi yang lebih baharu kelak di samping memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid selaras dengan kehendak dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Penyertaan Murid Tahun 4, 5 dan 6

Penasihat Josephine Jata anak Salih

Alamat SK Saint Mark (M)

Pejabat Pendidikan Daerah Selangau, Lot 363, Blok 15 Selangau New Township, 96000 Sibu,

Sarawak Malaysia

Kategori Kelab Hobi dan Rekreasi

(3)

SK SAINT MARK (M), SELANGAU

1.0 PENGENALAN

Kelab Pencinta Alam merupakan merupakan satu inisiatif daripada pihak sekolah untuk mewujudkan generasi yang penyayang tehadap alam sekitar. Pada dasarnya, pendidikan alam sekitar merupakan satu elemen dalam pengisian kurikulum yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah. Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam.

2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi dan bakat secara seimbang secara holistik dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.2 Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian alam semula jadi.

3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN

3.1 Untuk memahami akan kepentingan ekosistem untuk kesejahteraan hidup. 3.2 Untuk mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan

ekosistem.

3.3 Untuk mempelajari cara untuk menjaga dan memelihara alam sekitar.

3.4 Untuk mengaplikasikan cara penjagaan alam sekitar contohnya menanam pokok di kawasan sekolah.

3.5 Untuk mengamalkan budaya kitar semula dan guna semula dalam kalangan murid dan guru seperti menggunakan tayar terpakai untuk menanam bunga. 3.6 Untuk mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira bangsa, umur dan

jantina.

3.7 Untuk memupuk sikap kerja sama antara murid semasa melaksanakan aktiviti kelab terutamanya dalam aktiviti berkumpulan.

4.0 RASIONAL PENUBUHAN

4.1 Belum pernah ditubuhkan pada peringkat sekolah rendah sebelum ini.

4.2 Menjadi platform pendedahan bagi generasi muda iaitu murid untuk menghargai dan menyayangi alam sekitar.

(4)

4.3 Menjadi aktiviti bagi mengisi masa lapang murid kerana kebanyakan murid menginap di asrama dan tinggal di rumah panjang berdekatan dengan sekolah dan mengelakkan murid daripada merayau di kawasan sekolah tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah.

5.0 CADANGAN PERLEMBAGAAN KELAB 5.1 NAMA KELAB

Kelab Pencinta Alam

5.2 IDENTITI KELAB

5.2.1 LOGO KELAB DAN HURAIAN

5.2.1.1 Bumi melambangkan penyatuan antara seluruh alam sekitar dengan manusia.

5.2.1.2 Sekawan burung melambangkan ahli kelab sentiasa bersatu hati dan seiringan dalam menjaga alam sekitar.

5.2.1.3 Pokok melambangkan keindahan tumbuhan semula jadi yang perlu dipelihara dan dipulihara.

5.2.1.4 Orang utan melambangkan haiwan yang hampir pupus yang perlu dijaga.

5.2.1.5 Tangan melambangkan peranan manusia sebagai pelindung alam sekitar.

5.2.1.6 Tangan yang kabur menandakan bumi semakin terancam.

5.2.2 MOTTO KELAB

Hidupkan Keceriaan Alam

5.2.3 MISI DAN VISI

5.2.3.1 MISI

Membentuk ciri-ciri kepimpinan yang berdedikasi, berkaliber, berwibawa dan berhemah tinggi di dalam diri seseorang murid. 5.2.3.2 VISI

Menjadikan murid SK St. Mark meminati alam sekitar melalui aktiviti yang diadakan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar.

5.2.4 LIRIK LAGU KELAB

TAJUK LAGU: BANGKIT

Janganlah ... kita menghancurkannya Teruskan perjuangan yang mulia Menjaga alam dengan penuh cinta Supaya kekal sejahtera

Berdiri teguh di atas gunung

Bermandi cahaya dan kilauan bintang Ayuhlah bangkit jangan termenung Menjaga alam yang tersayang Kami kelab pencinta alam

Bersatu menjaga keseimbangan Tidak kira siang dan malam Hasrat murni sentiasa diamalkan

Warna flora sungguh indah Bunyi fauna mengusik jiwa Sinaran cahaya yang menyerlah Kami harap takkan pernah sirna

Menjaga ... alam tanggungjawab semua Marilah kita bersatu jiwa

Tidak kira kaum atau agama Menjaga alam yang tercinta

(5)

5.3 PENYERTAAN / SASARAN

Murid Tahap Dua SK Saint Mark yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6.

5.4 KEAHLIAN

5.4.1 Dibuka kepada murid Tahap Dua sahaja.

5.4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang.

5.4.3 Ahli-ahli mesti bersetuju dengan perlembagaan yang telah ditetapkan. 5.4.4 Ahli mesti bergiat aktif dalam aktiviti kelab.

5.5 WAKTU PELAKSANAAN

Setiap Hari Rabu pada pukul 2.30 petang. (Waktu tidak tetap dan tertakluk kepada sebarang perubahan)

5.6 LOKASI PERJUMPAAN

Perjumpaan akan diadakan di Kelas Tahun 5

5.7 PEMBUBARAN PERSATUAN

Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

5.8 YURAN KEAHLIAN

5.8.1 Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan semester kepada kelab seperti

berikut:-Bil. Jenis yuran Jumlah

1. Yuran Pendaftaran RM5 2. Yuran Semester RM3

(6)

5.8.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Kelab. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.

5.8.3 Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah. Jawatankuasa kelab berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan.

5.8.4 Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran semester, dan penalti sebanyak RM10.

6.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA YANG DIRANCANG

6.1 Ahli jawatan kuasa akan dilantik semada Mesyuarat Agong.

6.2 Pemilihan ahli jawatan kuasa dipilih berdasarkan sistem demokrasi iaitu melalui undian majoriti.

6.3 Jawatan kuasa induk hendaklah terdiri daripada: 11.3.1 Penanung (Guru Besar)

11.3.2 Guru Penasihat 1 11.3.3 Guru Penasihat 2 6.4 Ahli Jawatan Kuasa Murid

6.4.1 Pengerusi 6.4.2 Naib Pengerusi 6.4.3 Setiausaha 6.4.4 Bendahari 6.4.5 AJK Publisiti 6.4.6 AJK Dokumentasi 6.4.7 AJK Peralatan

6.4.8 AJK Kebersihan dan Keselamatan 6.4.9 AJK Keceriaan

7.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB JAWATAN KUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Memberi arahan yang jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.

7.1.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.

(7)

7.2.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal mesyuarat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan kelab.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli pada setiap perjumpaan.

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5 Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti kelab.

7.4 Bendahari

7.4.1 Bertanggung jawab berkenaan semua hal kewangan kelab.

7.4.2 Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar masuk dan mengumpul wang.

7.4.3 Membuat laporan wang masuk dan keluar jika diminta oleh AJK.

7.5 Ahli Jawatan Kuasa Publisiti

7.5.1 Memilih tema aktiviti yang memerlukan tema.

7.5.2 Melekatkan notis pengumuman di papan kenyataan sekolah. 7.5.3 Menghias segmen Kelab Pencinta Alam pada papan kenyataan. 7.5.4 Melekatkan laporan aktiviti pada papan notis.

7.6 Ahli Jawatan Kuasa Dokumentasi

7.6.1 Mengambil gambar pada setiap perjumpaan atau aktiviti kelab. 7.7 Ahli Jawatan Kuasa Peralatan

7.7.1 Menyenaraikan alatan yang hendak digunakan untuk perjumpaan atau aktiviti.

7.7.2 Menyediakan alatan yang digunakan.

7.7.3 Memastikan alatan dalam keadaan sempurna dan tidak hilang.

7.8 Ahli Jawatan Kuasa Kebersihan dan Keselamatan

7.8.1 Membuat jadual bertugas untuk membersihkan dan mengemas tempat perjumpaan.

7.8.2 Memastikan keadaan tempat perjumpaan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sebelum dan selepas perjumpaan diadakan.

7.8.3 Memastikan keselamatan individu dan sekeliling semasa aktiviti. 7.8.4 Menyediakan peti kecemasan semasa membuat aktiviti luar. 7.9 Ahli Jawatan Kuasa Keceriaan

7.9.1 Mengetuai pemikiran konsep untuk menceriakan kawasan sekolah. 7.9.2 Membuat lakaran idea tentang hiasan bagi tujuan keceriaan.

7.9.3 Menyenaraikan alatan yang sepatutnya dan kemudian diserahkan kepada AJK Peralatan.

8.0 PERANCANGAN AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM

8.1 Program Alam Sekitar: 1 MURID 1 POKOK 8.2 Pertandingan Kelas Mesra Alam

8.3 Ceramah Go Green 8.4 Kempen Go Green

8.5 Membuat kraftangan daripada bahan kitar semula 8.6 Pameran kraftangan

8.7 Membuka gerai jualan 8.8 Tayangan video dokumentari 8.9 Sukaneka

(8)

8.11 Lawatan sambil belajar 8.12 Jamuan akhir tahun

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti (Unit) Harga Seunit (RM) Jumlah (RM) 1 Cenderamata 1 30.00 30.00 2 Hamper mini 3 30.00 90.00 3 Pita pelekat 3 4.00 12.00 4 Kertas A4 2 10.00 20.00 5 Baju Kelab 20 30.00 600.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM) 752.00 Sumber Kewangan: 1. Yuran Ahli

2. Bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 3. Tabung Amanah Sekolah

4. Aktiviti kelab

5. Penaja dari badan bukan kerajaan

10.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Pencinta Alam pada julung kalinya dapat meningkatkan kualiti murid di SK Saint Mark. Diharapkan agar pihak tuan dapat meluluskan kertas cadangan yang kerana Kelab Pencinta Alam dapat memberikan manfaat dan pelbagai pengalaman yang bermakna kepada para murid SK Saint Mark.

(9)

Disediakan oleh, Diluluskan oleh, (JOSEPHINE JATA ANAK SALIH) (SALIH ANAK LIDAM)

Guru, Guru Besar,

Sk Saint Mark, Selangau Sk Saint Mark, Selangau Tarikh: 20 Januari 2017 Tarikh:……….

Referensi

Dokumen terkait

Negative automatic thoughts para perokok wanita ini dapat terlihat dari data-data yang telah disebutkan sebelumnya, seperti tidak bisa berhenti merokok karena telah terbiasa harus

Berdasarkan penjabaran tersebut, untuk membantu Badan Koordinasi TKA-TPA Kabupaten Bantul mencapai visi dan misi diperlukan sebuah perencanaan strategi sistem

Periodontitis kronis meningkat prevalensi dan keganasannya berhubungan dengan umur, dan secara umum efeknya pada jenis kelamin adalah sama. Bukan umur dari individu

Setelah dilakukan uji statistik Regresi Linier yang didasarkan pada taraf signifikan atau taraf kemaknaan yaitu α ≤0.05 dan didapatkan faktor makanan dengan ρ=

Bimbingan secara etimologi berarti menunjukkan, memberi jalan atau menuntun orang lain ke arah tujuan yang bermanfaat bagi kehidupan masa kini dan masa

7 Bagi saya pimpinan dalam perusahan sudah dapat menerima saran yang disampaikan pegawai dengan baik. 8 Saya merasa atasan dapat memberikan solusi yang baik atas keluhan

Model pertama yang dimaksud adalah hasil pengelompokan kondisi keuangan pemerintah daerah menggunakan analisis multivariat klaster dengan delapan komponen Dana Alokasi Umum

Karena tertahan, bilirubin kembali masuk ke peredaran daran sehingga membuat kulit dan organ dalam menjadi kuning.Bilirubin yang terbentuk adalah bilirubin