• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM KERJASAMA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM KERJASAMA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

KERJASAMA

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

(2)

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar IPG Kampus Sultan Abdul Halim merupakan suatu inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang sihat dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial.

Kelab Pencinta Alam merupakan merupakan satu inisiatif untuk mewujudkan generasi yang penyayang tehadap alam sekitar. Pada dasarnya, pendidikan alam sekitar merupakan satu elemen dalam pengisian kurikulum yang amat penting kepada gologan guru pelatih. Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa Guru Pelatih. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika Guru Pelatih untuk menghargai alam.

Kelab Pencinta Alam juga mampu menjadi platform pendedahan bagi generasi muda iaitu Guru Pelatih untuk menghargai dan menyayangi alam sekitar. Di samping itu, aktiviti Kelab Pencinta Alam mampu mengisi masa lapang guru pelatih kerana kebanyakan murid menginap di asrama dan dapat melakukan sesuatu yang dapat memfaedahkan diri dan alam sekitar.

(3)

2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan Kelab Pencinta Alam IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini bermatlamat untuk Memupuk kesedaran dalam kalangan guru pelatih tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.seterusnya menjadikan Kelab Pencinta Alam sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat Transformasi Nasional 2050 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia.

3.0 RASIONAL

Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini adalah penting kerana:

3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.

3.2 Kelab ini berperanan sebagai satu-satunya platform kepada para guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim mempelajari tentang kehidupan flora dan fauna seterusnya dapat melihat ekosistem semulajadi dalam konteks yang berbeza.

3.3 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak- pihak luar.

3.4 Pergerakan Kelab Pencinta Alam yang didaftarkan di bawah nama IPG Kampus Sultan Abdul Halim mampu membolehkan warga kampusnya dapat mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengekalkannya daripada musnah begitu sahaja.

3.5 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman para guru pelatih bagi menimba Ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab terhadap alam sekitar, bekerjasama, dan cinta pada alam sekitar.

4.0 NAMA KELAB

Kelab Pencinta Alam Sekitar IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

(4)

5.0 OBJEKTIF

Objektif penubuhan Kelab Pencinta Alam IPG Kampus Sultan Abdul Halim adalah untuk:

5.1 Menyediakan struktur organisasi bagi para pelajar guru untuk

membangunkan serta meningkatkan minat mereka dalam pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar.

5.2 Mengalakkan dan menunjuk arah kepada para pelajar guru tentang jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh mereka dalam menanamkan

semangat cintakan alam sekitar.

5.3 Menyatukan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem pendidikan sekolah.

5.4 Meningkatkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab para pelajar guru terhadap pemeliharaan dan perlindungan kawasan institut.

5.5 Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisplin.

5.6 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan guru pelatih.

5.7 Mewujudkan suatu aktiviti kokurikulum yang meriah dan memberangsangkan.

5.8 Sebagai alternatif mengisi masa lapang para guru pelatih.

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI

Latihan dalam kumpulan (LDK).

Lawatan sambil belajar dan penanda aras.

Pembentukan Taman Landskap IPSAH

7.0 LOKASI

Lokasi yang dicadangkan bagi Kelab Pencinta Alam untuk beroperasi adalah di Bukit Gerko ( Sebelah PULAKO) IPG Kampus Sultan Abdul Halim

(5)

8.0 PENYERTAAN / SASARAN

Penyertaan serta sasaran Kelab Pencinta Alam ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang berminat untuk mempelajari langkah-langkah memelihara dan memulihara alam sekitar.

9.0 WAKTU PELAKSANAAN

Setelah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan IPG Kampus Sultan Abdul Halim

10.0 JADUAL AKTIVITI

Di sini kami telah mencadangkan jadual aktiviti Kelab Pencinta Alam Sekitar IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang akan dijalankan seperti mana jadual di bawah, sekiranya kertas kerja ini diluluskan oleh pihak tuan. Hal ini menunjukkan bahawa kami benar-benar serius tentang penubuhan kelab ini.

Hari Masa

Rabu 2.15 petang – 4.30 petang

Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan latihan pada setiap hari Rabu. Untuk makluman pihak tuan, kami juga tidak akan mengganggu sebarang proses pengajaran dan pembelajaran (waktu kuliah) yang diadakan oleh pihak institut. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga mementingkan aspek akademik di samping bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

11.0 JURULATIH

Bagi meningkatkan kualiti Kelab Pencinta Alam IPG Kampus Sultan Kampus Sultan Abdul Halim, kelab ini akan dibimbing oleh En. Haji Mastor, pensyarah Reka Bentuk dan Teknologi dari Jabatan Sains Sosial yang berpengalaman luas dalam bidang Pertanian dan Alam Sekitar.

(6)

12.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB

AHLI JAWATANKUASA KELAB PENCINTA ALAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

12.1JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tuan Hj. Hashim Bin Asman

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Penasihat : Dr.Hj.Abdul Rahman Bin Abdullah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Penyelaras 1 : En. HJ Mastor Bin Hemdi Pensyarah Penasihat

Ketua Unit Reka Bentuk dan Teknologi

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Penyelaras 2 : En. Oh Sin Koeng Pensyarah

Jabatan Sains Sosial

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

(7)

12.2 JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi : Avralintine Bin Epin

Naib Pengerusi : Shanmugha A/L M Krishnan Setiausaha : Aravin Kumar A/L P.Jeya Sangar

Bendahari : Navin A/L Baskaran

AJK Aktiviti : Baanu Sri A/L Kavari

AJK Perhubungan : Thamillarasi A/P Deivasigamoni Srinimalaan A/L Lachimanan

AJK Teknikal : Goh Ling Kiang

Jaspiriya A/P Chamyuram AJK Peralatan & Pergerakan : Akmal Bin Idrus

Dheventhiran A/L Sukumar

(8)

13.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Pencinta Alam di IPG Kampus Sultan Abdul Halim merupakan satu aset yang bernilai kepada institut untuk meningkatkan prestasi guru pelatih seterusnya menaikkan nama baik institut melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam Kelab Pencinta Alam mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, matlamat negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat “SATU MALAYSIA” dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan kelab ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Kelab Pencinta Alam ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

(9)

Disediakan oleh:

...

(ARAVIN KUMAR A/L P.JEYA SANGAR) Setiausaha

Kelab Pencinta Alam Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Disemak oleh:

...

(MUHAMMAD ZAIM NAJMI BIN MOHD RAHIM) Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan

(10)

SOKONGAN PENSYARAH

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

...

(SUKRERI @ SYUKRI BIN MOHAMAD ZIN) Pensyarah Penasihat

Biro Kebudayaan dan Kesenian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan

Yang benar,

...

(KHIR ANUAR BIN JAAFAR) Pensyarah

Jabatan Kajian Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

(11)

SOKONGAN UNIT KOKURIKULUM

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

...

(MOHAMAD BIN AB. LATIFF) Ketua Unit Kokurikulum

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

SOKONGAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

...

(LATIF BIN HAMZAH)

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan

(12)

KELULUSAN PENGARAH

Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

...

(KAMARUDIN BIN HASHIM) Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Referensi

Dokumen terkait

Karena tertahan, bilirubin kembali masuk ke peredaran daran sehingga membuat kulit dan organ dalam menjadi kuning.Bilirubin yang terbentuk adalah bilirubin

Penelitian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis kebijakan penanaman modal di Kabupaten Batang berdasarkan Peraturan Daerah tentang Penanaman Modal di

Pada kawasan konservasi (lubuk sungai, namun khusus untuk di wilayah lubuk larangan) Lubuk Panjang, masyarakat masih larangan tidak diperbolehkan menangkap ikan dapat

sekam padi dengan perbandingan 1:1. Kedua jenis bahan ini merupakan limbah pertanian yang dapat dimanfaatkan menjadi sesuatu yang berguna. Pengolahan yang dilakukan

Personil ICS mempunyai tugas menyusun dokumen yang diperlukan untuk memenuhi persyaratan sertifikasi dengan pola ICS seperti data petani, status lahan, status

Hasil penelitian yang ditemukan ialah Bahasa Inggris memiliki 4 jenis dan Bahasa Bolaang Mangondow 5 jenis kata sifat dalam Bahasa Inggris, letak kata sifat terjadi di depan atau

Bimbingan secara etimologi berarti menunjukkan, memberi jalan atau menuntun orang lain ke arah tujuan yang bermanfaat bagi kehidupan masa kini dan masa

Tujuan penelitian ini adalah membuat bahan proteksi korosi dari polimer hibrid anorganik-organik dicampur inhibitor yang proses pelapisannya dapat dilakukan dalam atmosfir