• Tidak ada hasil yang ditemukan

contoh assignment seni dalam pendidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "contoh assignment seni dalam pendidikan"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

Kanak-kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptaan melalui kreativiti dan mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Mereka mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983;11)

Kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka.

Secara umumnya, seni dalam pendidikan boleh merangkumi bidang-bidang seperti muzik, teater, puisi, tarian, seni visual, fotografi dan sebagainya. Mata pelajaran yang anda sedang ikuti ini diberi nama Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini hanya menyentuh bidang Seni Visual, Muzik dan pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.

Sehubungan itu, seseorang guru itu perlu mempelajari seni dalam pendidikan supaya dapat mengaplikasikan pelbagai strategi bagi murid memperoleh ilmu pengetahuan melalui

(2)

proses pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan menerusi penerokaan, memperoleh pengalaman dan eskpresi seni dalam pendidikan.

1.1 Bagaimana Guru Dapat Mengaplikasikan Pelbagai Strategi Bagi Murid Memperoleh Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran Mata Pelajaran Major ?

1.1.1 Definisi Strategi

Para sarjana telah mendefinisikan strategi dengan pelbagai maksud dan pengertian. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perkataan strategi membawa maksud rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

Merujuk kepada Quinn (1980) pula, perkataan strategi telah didefinisikan sebagai corak atau rancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi secara keseluruhanya. Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi sebagai perancangan di mana suatu petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga telah menggambarkan strategi sebagai suatu corak yang mana ianya berpandukan kepada gelagat organisasi.

Strategi menurut Bowman (1897) pula ialah satu penyesuaian yang dilakukan oleh organisasi di antara sumber-sumber yang diperolehinya atau dimilikinya dengan ancaman-ancaman atau risiko-risiko serta kesempatan ataupun peluang yang dicipta oleh persekitaran luaran di mana ia beroperasi.

Setelah meneliti kepada definisi-definisi yang telah dibincangkan di atas, di sini dapat disimpulkan satu pengertian mengenai strategi. Secara keseluruhannya, strategi dapat dilihat sebagai satu proses perancangan yang mengambilkira objektif, matlamat dan polisi bagi sesebuah organisasi. Selain itu, perancangan yang dilakukan perlu mempertimbangkan faktor persekitaran dan sumber-sumber yang dimiliki oleh organisasi yang berkaitan. Strategi tersebut perlu dilakukan dalam usaha untuk mencapai matlamat dan kejayaan bagi sesebuah organisasi.

(3)

1.1.2 Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Seni Visual

Konsep Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Seni Visual

Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual , guru-guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar.Guru-guru perlu membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai.Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran, ini adalah supaya ,guru-guru dapat menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan ,manakala pelajar pula merasa seronok belajar pendidikan seni.

Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah :

1. Pembelajaran masteri

Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap peng uasaan murid.

(4)

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan usaha pemulihan.

2. Kajian masa depan

Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.

3. Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid

(5)

mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil. 4. Kecerdasan pelbagai

Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati „seven ways of knowing, perceiving and understanding life‟. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.

5. Pembelajaran akses kendiri

Menggunakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Pelajar belajar sendiri menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan guru. Guru perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan keperluan pelajar, Pelajar dapat belajar sendiri atau kumpulan sendiri mengikut kemampuan mereka. Pelajar membuat aktiviti yang disediakan guru secara bebas tanpa tekanan mengikut kemampuan mereka dan mencari penyelesaian sendiri.

6. Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

(6)

Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK secara kritis dan kreatif digunakan.

7. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)

Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan secara: i Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial

Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran. Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.

ii Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi

Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan, mencari, dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan tapak pembelajaran. Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang mereka terima melalui TMK. Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.

iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi

TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan

pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

iv Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi

TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain. Murid

(7)

boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh. Menerusi pembelajaran seperti, murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.

8. Pembelajaran konseptual

Pengajian konseptual adalah pelajar belajar bagaimana untuk mengelolakan maklumat dalam struktur-struktur mental secara logik. Cirinya adalah menumpukan pada prinsip-prinsip penyusunan fakta-fakta kepada idea-idea. Ianya digunakan untuk penyelesaian masalah bagi tahap yang lebih tinggi dan ringkasnya ia mentafsirkan maklumat-maklumat yang diberi dan menggunakannya untuk mencari jawapan. Konsep ini menjadikan pelajar benar-benar memahami fakta-fakta dan konsep dan boleh membuat kaitan untuk membentuk idea-idea baru bagi penyelesaian masalah.

9. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan Landskap

Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang diperolehi: i) Murid

- Mengaitkan pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan harian.

- Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh keselesaan/keindahan landskap.

(8)

- Meneroka dan mendapatkan bukti.

- Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit. - Belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.

ii) Guru

- Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek - Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.

- Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

iii) Industri

- Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal. - Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.

Sehubungan itu, berdasarkan kepada strategi-strategi pengajaran di atas, antara strategi yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran ialah ;

i) Pembelajaran Kontekstual

Strategi pembelajaran kontekstual ini bersesuaian dengan aktiviti yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana setiap perkara yang diajar dalam mata pelajaran ini , akan diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya apabila guru mengajar topik tatacara mengambil air sembahyang kepada pelajar. Topik tersebut perlu diajar secara teori dan praktikal. Secara teorinya guru akan mengajar mengenai niat ketika berwuduk, anggota yang terlibat apabila mengambil wuduk dan tatacara mengambil wuduk mengikut urutan yang betul di dalam kelas. Seterusnya secara praktikal pula, guru akan menunjukkan demonstrasi kepada pelajar tentang tatacara mengambil wuduk kepada murid dan seterusnya akan menyuruh setiap murid untuk melakukan praktikal tatacara mengambil wuduk. (Lihat contoh aplikasi penggunaan strategi pembelajaran kontekstual dalam Rajah 1).

(9)

Contoh aktiviti : Tatacara mengambil wudhuk

Rajah 1 : Carta aliran kaedah pengajaran yang menggunakan strategi pengajaran pembelajaran kontekstual

ii) Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK)

Penggunaan TMK di dalam strategi pengajaran pada hari ini adalah semakin meluas. Malahan, boleh dikatakan di setiap sekolah telah disediakan Makmal Komputer bagi memudahkan guru menggunakan TMK sebagai salah satu daripada strategi pengajaran. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, aplikasi TMK boleh digunakan bagi menyampaikan ilmu kepada murid dengan lebih berkesan. Contohnya menggunakan CD-ROM, Komputer dan LCD . Aplikasi TMK ini amat berkesan untuk mengajar murid mengenai bacaan Al-Quran. Di mana guru boleh menayangkan atau memperdengarkan teknik bacaan Al-Quran kepada murid dengan hanya memasangkan CD-ROM ataupun memasang bacaan ayat Al-Quran yang boleh dimuat turun dari pelbagai laman sesawang yang sumbernya boleh dipercayai dan iktiraf. (lihat gambar di bawah)

Langkah 1 : Guru mengajar tatacara mengambil wudhuk

secara teori di dalam kelas

Langkah 2 : Guru menunjukkan demonstrasi tatacara mengambil

wudhuk kepada murid

Langkah 3 : Guru menyuruh murid membuat praktikal mengambil

wuduhuk bagi setiap murid Langkah 4: Murid

mengaplikasikan tatacara mengambil wudhuk ketika

mahu mendirikan solat di rumah

(10)

Gambar 1 : Contoh CD-ROM yang boleh digunakan oleh Guru Pendidikan Islam

2.1

KONSEP

PENEROKAAN,

MEMPEROLEH

PENGALAMAN

DAN

EKSPRESI SENI DALAM PENDIDIKAN

2.1.1 Penerokaan

Penerokaan membawa maksud menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah. Dalam erti kata lain meneroka adalah bermaksud menggunakan pelbagai bahan dan kaedah.Pengalaman meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran. Semasa proses ini berlaku guru tidak digalakkan untuk menilai aktiviti yang sedang dijalankannsebaliknya guru hanya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing dan membimbing murid untuk menemui sesuatu yang lebih spesifik tentang diri mereka. Guru digalakkan untuk meneroka dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan murid seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pembahagian dalam penerokaan adalah seperti berikut ;

a) Meneroka Alat dan Bahan

Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti -aktiviti lantai murid juga digalakkan untuk meneroka pengalamana peralatan. Seperti palang imbangan, palang selari,

(11)

peti pelana dan gelang. Sesetengah sekolah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka –rangka panjat sahaja untuk mendapatkan pengalaman peralatan.

Murid pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut diatas palang atau tali melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat. Kemudian setelah mahir menggunakan peralatan barulah digalakkan untuk memindahkan keaktiviti menggunakan peralatan yang sebenarnya.

b) Idea dan Isi Kandungan

Murid digalakkan untuk meneroka idea dan isi kandungan yang terdapat di dalam pergerakan seperti aktiviti bidang Menggambar seperti kolaj dengan menggunakan pelbagai bahan seperti biji-bijian, plastik dan sebagainya.Murid digalakkan mencari idea asli dengan membuat ekprementasi alat dan bahan.

c) Cara pengelolaan, olahan dan manipulasi

Murid ditahap penggunaan dan kecekapan d sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi. Diatas pengalaman-pengalaman yang diperolehi itu pelajar seringkali cuba untuk mempraktikkan lagak ngeri gimnastik artistik sebagai gerak balas kepada perlakuan gimnastik. Pelajar akan melakukan aksi-aksi seperti dirian tangan, roda kereta, gulingan dan sebagainya. Kemungkinan ada murid yang meminta bantuan guru untuk melaksanakan sesuatu lakuan gimnastik atau memperbaiki gaya lakuan yang telah mereka tonton atau yang sedang mereka pelajari. Untuk itu bimbingan guru adalah penting pada peringkat ini.

(12)

2.1.2 Memperoleh Pengalaman

Pengalaman dalam Seni Visual, Muzik dan pergerakan akan menjana pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan idea mereka.

Seni Dalam Pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran menggunakan tubuh badan dan penajaman persepsi sebagai satu pengalaman estetik. Aktiviti yang membentuk pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.

2.1.3 Ekspresi Seni Dalam Pendidikan

Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh manusia untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah:

• Perasaan • Lisan • Reaksi • Emosi • Bukan Lisan • Idea

a) Meluahkan perasaan melalui ekspresi mud,idea, maklumat yang berbeza melalui aktiviti kreatif seni visual, muzik dan pergerakan.

Perkataan perasaan merupakan satu konsep yang susah hendak dihuraikan tetapi ia hampir sama dengan pengkajian emosi. Perasaan merupakan sebagai reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang.

(13)

Emosi dan perasaan kanak-kanak adalah lebih hebat sifatnya berbanding dengan orang dewasa. Jika seorang dewasa tidak menyedari hakikat tingkah laku kanak, dia mungkin tidak akan memahami kenapa seorang kanak-kanak itu bersikap negatif terhadap sesuatu situasi yang dianggap remeh yang tidak sewajarnya menimbulkan reaksi yang sedemikian.

Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu itu tidak sama dengan individu-individu lain. Tegasnya tidak ada dua individu yang serupa dari segala segi.

2.2 PERANAN GURU DALAM PDP MENERUSI PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI SENI DALAM PENDIDIKAN

2.2.1 Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai

Penggunaan BBM yang sesuai oleh seorang guru itu amat penting ketika menjalankan proses PDP supaya murid lebih memahami mengenai topik yang dipelajari. Sehubungan itu, guru perlu menggunakan BBM yang sesuai ketika menjalankan proses PDP supaya dapat mewujudkan proses PDP yang menyeronokkan menerusi penerokaan, dapat memberi pengalaman baru kepada murid dan mewujudkan ekspresi seni dalam pendidikan.

Guru perlu mengetahui bahawa BBM bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. BBM yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu

- bahan bantu mengajar bukan elektronik - bahan bantu mengajar elektronik

(14)

Namun begitu, walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunakan oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk

a. memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik

b. mengatasi keterbatasan ruang

c. mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan d. mempersamakan pengalaman

e. membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.

Contoh Bahan Bantu Mengajar bagi mata pelajaran Pendidikan Islam :

(15)

2.2.2 Keperluan Teori dan Aplikasi

Keperluan teori dan aplikasi adalah penting bagi seorang guru. Kebiasaannya, guru akan menerangkan teori kepada sesuatu topik pembelajaran terlebih dahulu sebelum melakukan aplikasi teori kepada pelajar. Contohnya, bagi subjek Pendidikan Islam :

Bidang : Syariah Islamiyah Tajuk : Solat

2.2.3 Menggunakan Strategi Pengajaran yang sesuai

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka , dengan pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Dengan strategi yang sesuai, pelajar-pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan dan ini tentunya akan memberi kebaikan kepada guru dan pelajar.

TEORI

-Guru mengajar terlebih dahulu di dalam kelas

PRAKTIKAL

- Aplikasi cara mendirikan solat di dalam surau

(16)

KESIMPULAN

Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam PDP. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti semasa sesi PDP. Misalnya, dalam sesi PDP Pendidikan Islam, guru boleh menjalankan aktiviti menyanyi lagu nasyid sambil melakukan pergerakan solat. Pergerakan yang dibuat adalah mengikut kreativiti guru dan diikuti oleh. Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru.

Kesimpulannya, SDP ini menunjukkan usaha guru dalam membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(17)

RUJUKAN

Henry Mintzberg & James Brian Quinn. (1996). “The Strategy Process ; Concepts, Contexts, Cases”. Third Edition, Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey. Isbell, R. & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New

York:Thomson Delmar Learning.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lowefeld, V. & Brittain, W. L.(1986), Creative and mental growth, New York: Macmillan Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations in Curriculum Studies pp.

245-256

MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

UNITEM Sdn. Bhd

Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mohdjohdi UIAMfp.pdf [15 oktober 2013]

Integrasi Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah.

https://docs.google.com/document/d/18KAn0Xom8ZjVWDfMFB9EuHm4aRA9BuB7sXac6 rOfONs/edit?hl=en_GB&pli=1 [15 Oktober 2013]

Huraian Sukatan Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 2002. http://www.moe.gov.my/bpk/kbsr_kbsm/hsp/p_sv/hsp_pseni_kbsm.pdf [15 Oktober 2013]

Gambar

Gambar 1 : Contoh CD-ROM yang boleh digunakan oleh Guru Pendidikan Islam

Referensi

Dokumen terkait

Pada Uji homogenitas antara nilai gaya kognitif field dependent dan field independent diperoleh nilai signifikan uji homogenitas varian (sig) adalah adalah 0,219 >

Pada dasarnya tujuan pemeriksaan operasional yang utama adalah membantu manajemen dalam mencapai efektivitas dan efisiensi operasi perusahan atau bagian perusahaan,

Hasil penelitian menunjukkan bahwa tingkat pelayanan sarana produksi termasuk kategori tinggi, sedangkan kegiatan penyuluhan termasuk kategori cukup dan keberlanjutan usaha

Berdasarkan pengujian menggunakan LSD pada tingkat kepercayaan 95%, hasil pengujian atribut warna didapatkan A berbeda nyata dengan B, C, D, E, F... Hasil tersebut menunjukkan

Seluruh karyawan Bank Rakyat Indonesia Kantor Cabang di Sidoarjo khususnya Bapak Roxa Yoganata yang sudah mengijinkan saya untuk melakukan penelitian dan seluruh

Dari kutipan diatas dapat ditarik kesimpulan bahwa aglomerasi merupakan sekumpulan kluster wilayah yang merupakan konsentrasi dari kegiatan ekonomidan disebabkan oleh

Dalam kaitannya dengan proses panas, industri pangan perlu menentukan berapa nilai sterilisasi (Fq) atau nilai pasteurisasi (P-value) yang dianggap cukup untuk mencapai

Yesus diajak untuk melakukan jalan pintas, yaitu mengubah batu menjadi roti. Yesus menolak godaan itu dengan argumentasi dari Kitab Suci (Ul 8:3).