• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Padat Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Padat Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling (1)"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1) Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi?

Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif.

Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih

Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak dan mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia menerima reality hidup dunianya.

2) Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling. Persamaan

- Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien membuat keputusan yang bijak.

Perbezaan (pendekatan yang digunakan)

Bimbingan Semasa proses bimbingan, masalah klien diberikan tumpuan dan layanan yang rapi;

kemudian maklumat atau nasihat dibekalkan oleh seseorang pakar (pembimbing/guru)

Semasa bimbingan diberikan, klien telah pun membuat keputusan terhadap sesuatu isu; klien hanya memerlukan maklumat lanjut dan nasihat terhadap keputusannya itu.

Kaunseling Semasa proses kaunseling, masalah klien dibincangkan bersama klien dan kaunselor;

Di akhir sesi diharap klien mendapat celik akar dalam mencari cara penyelesaian serta berupaya membuat keputusan yang baik.

Kaunseling dijalankan dalam dua situasi: 1. Membantu klien mempertimbangkan

satu-satu pilihan yang berpotensi dari pelbagai sudut sebelum membuat pilihan

2. Membantu klien mengubahsuai , mengukuh atau mengetepikan satu-satu pilihan yang telah dibuat.

(2)

2

3) Perbandingan KONSEP kaunseling dan psikoterapi.

Aspek Kaunseling Psikoterapi

Pendekatan Tidak tertumpu kepada satu pendekatan khusus sahaja.

Berasaskan pendekatan psikodinamik Frued, di mana salah satu fokus latihan adalah terhadap masa silam pesakit. Tempoh

latihan

Tempoh latihan singkat dan kos yang lebih murah.

Kaunseling tidak bercorak terlalu akademik dan berbentuk pendidikan inklusif. Sesiapa sahaja berpeluang mengikuti kursus ini.

Mengambil masa yang lama. Syarat pertama, terapis perlu menjalankan sesi bersama pesakit sebenar di bawah penyeliaan terapis berpengalaman.

Syarat kedua, terapis perlu memiliki kelayakan akademik sarjana muda. Fokus isu Isu-isu masa kini untuk membantu

individu berkembang dan mencapai potensi menangani isu yang timbul.

Tertumpu kepada punca masa lampau berhubung dengan masalah neorosis dan psikosis yang melibatkan perubahan personaliti secara mendadak.

Seting Pejabat atau pusat kaunseling (bukan perubatan)

Klinik atau hospital (bersifat perubatan)

Tempoh sesi Satu hingga beberapa sesi Mengambil masa yang panjang dan bertahun-tahun mengikut kes-kes tertentu.

4) Perbandingan ASPEK antara bimbingan , kaunseling dan psikoterapi.

Aspek Bimbingan Kaunseling Psikoterapi

Konsep asas Proses bantuan kepada individu ke arah

pengetahuan, pemahaman dan kemahiran

Proses interaksi antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kekeliruan kepada memahami diri dan persekitaran.

Proses rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar kepada pesakit ke arah perubahan persepsi terhadap dunia realiti Matlamat Memberi nasihat,

panduan dan pengajaran kepada pelajar yang memerlukan

Mengatasi dan menangani kekeliruan, kebuntuan dan kekusutan fikiran dan perasaan klien

Memulihkan kekeliruan, kecelaruan mental dan emosi dalam

pembentukan semula jiwa.

Seting Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi.

Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi, pejabat, kilang dll.

Hospital, klinik, pusat perubatan.

Tempoh Masa yang singkat dan ringkas

Satu hingga lapan sesi Lebih daripada 6 bulan Jenis masalah Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal. Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal.

Masalah neorosis dan psikosis

Kaedah Kaedah pengajaran dan nasihat Kaedahn perbincangan dan pendidikan Kaedah rawatan Pihak profesional

Guru biasa, guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling

Guru bimbingan dan kaunseling, pakar psikologi kaunseling

Pakar psikologi kaunseling klinikal psikatris,

psikoanalisis Sasaran Individu, kelompok kecil

atau besar

Individu, kelompok kecil Individu yang mengalami masalah psikologi

(3)

3

1.2 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 5) Apakah MATLAMAT bimbingan dan kaunseling?

1.3 PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING 6) Huraikan PRINSIP-PRINSIP Bimbingan dan Kaunseling.

Kandungan Huraian

1. Bimbingan dan Kaunseling adalah suatu proses pendidikan yang terancang dan berterusan

Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh

persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap sekolah. Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh menggunakan

perkhidmatan yang ditawarkan serta melibatkan diri dalam semua aktiviti berkaitan yang diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk memperoleh pengalaman dan memupuk nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di negara kita.

2. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak

Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum dalam perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, kaum etnik, agama atau kepercayaan masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti yang dikendalikan bersifat menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan semua

golongan kanak-kanak, mahupun bijak, sederhana atau lemah. 3. Semua kanak-kanak mempunyai

hak untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukan

Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia untuk membantu kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hendaklah terhad kepada waktu pejabat, melainkan timbul kecemasan atau krisis yang memerlukan bantuan serta merta.

4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak bagi

mengembangkan potensi dan kebolehan mereka.

Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan masing-masing.

5. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa kini dan masa hadapan.

Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu kanak-kanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan diteruskan sehingga masa depan.

2. Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubugan yg positif dgn org lain

3. Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dlm kesulitan 4. Membantu klien membuat keputusan dengan rasional

5. Membantu klien berkembang secara positif

Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling dpt mbantu Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg perasaannya tanpa

mengeruhkan keadaan & capai penyelesaian

Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa rendah diri & tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt mbantu Ranjit menerima kekurangannya sbg bukan penghalang utk berdikari.

Ramlan keliru dlm memilih kerjaya masa depannya. Kaunseling blh mbantu Ramlan mengenali minat & kerjayanya.

Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita dgn ibu bapanya.

1. Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yg lebih produktif &memuaskan

Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh mbantu beliau mengubah t/laku kpd galakan minat Ali blumba di litar perlumbaan motosikal

(4)

4

6. Bimbingan dan kaunseling dapat membantu kanak-kanak

memahami diri dan orang lain.

Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif dalam proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara pasif dan menunggu arahan daripada guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan membolehkan mereka berpeluang untuk menjelajah tujuan-tujuan dan matlamat hidup, di samping berupaya untuk memilih serta merancang hidup mereka dengan lebih berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing.

7. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama

Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guru-guru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya bekerjasama dan menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran demi kejayaan dan keberkesanan aktiviti tersebut.

1.4 KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7) Nyatakan KEPENTINGAN Bimbingan dan Kaunseling terhadap pelajar.

1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien menguasai kemahiran disiplin diri.

2. Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif. 3. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran. 4. Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang. 5. Membantu membentuk iklim bilik darjah.

6. Memotivasikan murid.

(5)

5

BAB 2 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.1 JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

1) Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah.

1. Inventori, taksiran dan rekod 2. Bimbingan

3. Kaunseling

4. Penempatan dan tindakan susulan 5. Konsultasi dan rujukan

6. Penilaian

2) Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod.

Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara keseluruhan, dan klien secara spesifik.

Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian

Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.

Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.

Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sistematik dan berkesan.

Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi bimbingan dan kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling.

3) Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat murid.

Teknik Ujian Teknik Bukan Ujian

1. Ujian Kecerdasan Untuk menguji IQ murid

1. Soal Selidik

Sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar untuk mendapatkan maklumat seperti butir diri.

2. Ujian Minat

Untuk mengetahui minat murid terhadap sesuatu aktiviti.

2. Pemerhatian

Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

3. Ujian Personaliti

Untuk mengetahui aspek bukan kognitif seperti motivasi dan afektif.

Contoh: The survey of Personal Values (SPV)

3. Kajian dokumen utama dan sekunder

Mengandungi kajian dokumen utama (autobiografi, anekdot, kad kumulatif) dan kajian dokumen sekunder (biografi, laporan guru, senarai semak)

4. Ujian Saringan

Untuk mengasingkan merid-murid cerdas dengan kurang cerdas.

4. Rekod anekdot

Laporan berdasarkan permerhatian terhadap sesuatu kajian atau peristiwa oleh guru atau kaunselor. 5. Ujian Diagnostik 5. Sosiometri

(6)

6

Untuk mengesan punca kelemahan pembelajaran murid

Kaedah penelitian bertujuan memerhati hubungan sosial dan psikologi pelajar yang berinteraksi dalam kumpulan mereka.

4) Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan oleh guru bimbingan dan kaunseling.

Jenis Rekod Kandungan

1. Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

 Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling  Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling  Laporan aktiviti harian

Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

 Anggaran pembelanjaan program yang dirancang 2. Rekod sesi Bimbingan

dan Kaunseling

 Masa perkhidmatan diberikan  Nombor rujukan klien

 Jantina dan bangsa klien

 Jenis kes bimbingan dan kaunseling 3. Rekod Program Bimbingan dan Kaunseling  Masa aktiviti  Bidang aktiviti  Objektif aktiviti  Jenis aktiviti  Kumpulan sasaran

5) Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam perkhidmatan BIMBINGAN di sekolah.

1. Perkembangan peribadi dan sosial 2. Perkembangan akademik

3. Perkembangan kerjaya

6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok dalam perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.

1. Sukarela 2. Dijemput 3. Dirujuk

(7)

7

7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori SUKARELA/DIJEMPUT/ DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING.

Klien yang datang Sukarela Klien yang dijemput Klien yang dirujuk I) Isi borang temujanji

(Permohonan

Mendapatkan Khidmat Kaunseling)

II) Serahkan borang kepada guru BK

III) Dapatkan surat kebenaran (Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas) IV) Sesi dijalankan

I) Guru BK mengisi Borang Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok II) Menyerahkan Surat

Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok III) Sesi dijalankan

I) Guru BK mengisi Borang Rujukan Perkhidmatan Kaunseling

II) Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok III) Sesi dijalankan

8) Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN DAN TINDAKAN SUSULAN?

Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai aliran persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat persekolahan ke peringkat yang lain.

Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan kaunseling yang releven dengan pilihan mereka.

Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan dengan bekas murid.

9) Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI DAN RUJUKAN?

Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan rundingcara antara guru dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang mengikuti kes seperti doktor perubatan,

psikatris, polis dan pegawai kebajikan masyarakat.

10) Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

Jenis Penilaian Penerangan

1. Penilaian Personalia

Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap guru bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan. Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti:

- bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis; - bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok; - bilangan konferens ibubapa;

- bilangan panggilan telefon kepada ibubapa/penjaga atau agensi luar.

2. Penilaian Program

Jenis penilaian ini menggambarkan status program bimbingan dan kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah ditetapkan.

(8)

8

Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik boleh digunakan.

Contohnya:

- skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-kanak; - temubual dijalankan secara rawak dengan guru-guru

atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah dikendalikan; dan sebagainya 3. Penilaian hasil Jenis penilaian ini menjawab soalan, “Sejauh manakah impak

program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian akademik mereka?"

Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar penambaikan dari segi:

- kehadiran murid, - markah dan gred, - skor pencapaian, dan

- tingkah laku dalam bilik darjah kadar penurunan kes disiplin, dan sebagainya.

6.1 JENIS KAUNSELING

11) Huraikan JENIS KAUNSELING INDIVIDU / Pendekatan Orientasi B&K di sekolah.

6.3 ETIKA KAUNSELOR

12) Jelaskan PRINSIP-PRINSIP Etika Kaunselor

Prinsip Penjelasan

Autonomi (Autonomy)

 Menghormati hak klien untuk membuat keputusan atau bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada atau gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling.

Kemurahan Hati (Beneficience)

 Berbuat baik kepada klien

 Membantu klien mencapai hasil positif akibat hasil kaunseling. Tidak Berniat Jahat

(Nonmaleficience)

 Tidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau memudaratkan klien atau orang lain

Keadilan (Justice)

 Membekalkan akses atau layanan yang sama dan asil kepada semua kanak-kanak

Kejujuran (Vedelity)

 Bersifat jujur dan ikhlas;

 Elakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap klien Kaunseling

Krisis / Pemulihan

Kes-kes kritikal spt bertumbuk dgn tujuan mencedera, percubaan bunuh orang/diri, masalah mental,

penyalahgunaan dadah. Kaunseling

Penyediaan Kemudahan

Kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan berkaitan kokurikulum & kurikulum. Kaunseling

Pencegahan

Pendekatan untuk mencegah/menyekat kemungkinan berlaku aktiviti-aktiviti yang tak diingini seperti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tak bermoral. Kaunseling

Perkembangan

Aktiviti-aktivit yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya bentuk personaliti & konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi yang lebih baik.

(9)

9

 Kotai perjanjian dan komitmen yang dibuat.

13) Huraikan KOD TATALAKU yang wajib dipatuhi oleh guru bimbingan dan kaunseling.

A. Tanggungjawab terhadap klien

 mengutamakan kepentingan klien  menghormati privasi klien

 Memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.  Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur kerahsiaan. B. Tanggungjawab terhadap

Rakan Profesional

 Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan profesional

 Sedia mempertahankan, membantu & membela rakan profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

C. Tanggungjawab terhadap masyarakat

 Memahami & menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana beliau berkhidmat

 Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

D. Tanggungjawab terhadap organisasi & majikan

 Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani dgn organisasi tempat beliau berkhidmat.

 Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

 Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

14) Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling membantu klien menjaga kesejahteraan keseluruhan individu.

Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu berkenaan?

1. Kesihatan Fizikal - membantu individu menjaga kesihatan, amalkan tabiat positif dan gaya hidup sihat

2. Keperluan Sosial - perhubungan individu dengan orang lain seperti hubungan keluarga persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kejiranan.

3. Kesihatan Mental - kaunselor perlu merangsang pemikiran klien supaya lebih rasional dalam menyelesaikan masalah.

4. Keperluan Emosi - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat menyatakan masalah dan perasaannya terhadap kehidupan.

5. Keperluan Rohani - mendorong klien supaya bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan dan ajaran agama.

15) Nyatakan CIRI-CIRI Kaunselor Profesional

1. Mempercayai bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga 2. Mempercayai bahawa klien berupaya untuk berubah

3. Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif berfungsi

4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang terbatas kefungsiannya.

5. Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses interpersonal. 6. Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.

(10)

10

BAB 3 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU KAUNSELING 3.1 MENGUMPUL MAKLUMAT MURID

1) Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam mengumpul maklumat murid.

Peranan Guru Huraian

1. Mengumpul maklumat pelajar

Guru bimbingan perlu manjalankan kerja pentadbiran termasuklah menguruskan fail pelajar, menyimpan rekod, surat-menyurat, penubuhan dan pengelolaan kelab bimbingan atau kelab kerjaya dan melaporkan aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pentadbir.

2. Mengurus program bimbingan dan kaunseling

Di antara pengurusan yang boleh dibuat:  Perancangan

Guru bimbingan merancang program di sekolahnya.  Pengelolaan

Menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program tersebut

Penentuan halatuju

Menentukan halatuju dan perlu melaksanakan perancangan, membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan.

Menilai

Menilai keberkesanan program mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan seterusnya.

3. Mengenalpasti pelajar bermasalah dari segi disiplin

Guru bimbingan membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu.

4. Menjadi perunding di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Guru bimbingan harus mewujudkan satu kerjasama yang baik dengan ibu bapa pelajar berkaitan perkembangan pelajar sama ada dari segi pencapaian kurikulum atau kokurikulum. 5. Mengesan masalah

akademik pelajar

Guru bimbingan bertanggungjawab untuk menangani kelemahan ini melalui beberapa perancangan dan program. 6. Memupuk pelajar

dengan tabiat belajar dan baik

Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan melakukan kerja dengan baik.

2) Bagaimanakan KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID dilakukan oleh guru biasa menggunakan Teknik Ujian?

Jenis Ujian Tujuan Contoh/Aspek

1. Ujian Pencapaian

 Mengukur apa yang diketahui oleh kanak-kanak berhubung dengan satu-satu mata pelajaran.  Untuk mengenalpasti potensi

kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran

Tahap pembelajaran (tinggi, sederhana, rendah)  Kadar Pembelajaran

(cepat, sederhana lembab)  Perbandingan pencapaian antara

(11)

11

Ramalan mengenai mutu pembelajaran masa depan 2. Ujian Aptitud  Ciri yang menunjukkan

kebolehan seseorang untuk mencapai kejayaan dalam satu-satu bidang tertentu.

 Untuk mengukur kebolehan pembelajaran seseorang

Bateri Ujian

(penakulan verbal, kebolehan makanikal, kefasihan bahasa)  Scholastic Aptitude Test (SAT)

(skor sebagai satu criteria untuk ke university/kolej)

3. Inventori Minat Kerjaya

 Untuk memperoleh profil awal satu kumpulan kanak-kanak yang boleh digunakan sebagai bahan perbincangan dalam sesi kaunseling individu.

 Menentukan minat terhadap satu-satu bidang atau kerjaya.

Strong-Campbell Interest Inventory (SCII)

Self-directed search (SDS) Ohio Vocational Interest Survey

(OVIS)

Kuder Occupational Interest Survey (KOIS)

4. Inventori Personaliti

 Mengdiagnosis masalah emosi yang sedang dialami

 Bersifat objektif dan merangkumi aspek:

- Konsep kendiri - Penyesuaian social - Gaya penyelesaian - Masalah

 Bersifat subjektif dan tidak berstruktur

- Teknik projektif - Draw-a-person Test - Thermatic Acerception

Test (TAT) 5. Ujian Sikap  Menentukan fikiran atau tindak

balas semula jadi terhadapo sesuatu onjek, peristiwa, dan jenis tingkahlaku seseoarnag atau kelompok.

3.2 MENGENALPASTI MASALAH KANAK-KANAK 3) Apakah MASALAH yang dihadapi oleh kanak-kanak?

1. Konflik Interpersonal

Konflik yang belaku dengan orang lain 2. Konflik Intrapersonal

Konflik dalam diri

3. Kurang pengetahuan tentang diri sendiri

Ingin tahu tentang kebolehan, kekuatan, minat dan nilai-nilai diri. 4. Kurang informasi tentang persekitaran

Tidak tahu bagaimana cara untuk berjaya di sekolah 5. Kurang Kemahiran

(12)

12

4) Jelaskan FAKTOR-FAKTOR pelajar bermasalah?

Faktor Penjelasan

Faktor Pengajaran dan Pembelajaran

- Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan kurikulum - Pedagogi pengajaran guru lemah

- Bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar Faktor peribadi - Masalah kemiskinan dan kewangan

- Masalah perhubungan, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran - Hilang minat

- Masalah kritik kendiri, helah bela diri - Masalah komunikasi

Faktor mental - Factor warisan kelahiran tidak normal

- Kecederaan otak akibat kemalangan, lemah otak akibat kurang zat makanan

- Masalah kemahiran membaca, menulis, mengira,

- Masalah lupa, malas berfikir dan menyelesaikan masalah - Masalah pengurusan diri

Faktor fizikal - Kurang sihat akibat kekurangan zat makanan - Kekurangan tenaga akibat mencari nafkah hidup

- Masalah kecatatan seperti pekak, bisu buta, cacat anggota dan seumpamanya.

Faktor psikologi - Masalah emosi seperti pobia, trauma, benci, takut, penggeli, dendam, rendah diri, mnyendiri, keliru dan skizifrenia. 5) Bagaimanakah KESILAPAN PEMIKIRAN berlaku?

1. Pemikiran yang rigid - melihat sesuatu situasi hanya dalam 2D 2. Overgeneralization - melihat sesuatu peristiwa secara umum

3. Mind reading - percaya dia tahu apa yang orang lain fikir tentang dirinya

4. Alas an berdasarkan emosi - mengandai perasaan / tindak balas emosi menggambarkan situasi sebenar 5. Menolak perkara positif - tidak menerima pengalaman positif hanya kerana pandangan negatif 6. Meramal - menjangka situasi masa depan adalah negatif

7. Menyalahkan diri sendiri - menganggap diri sendiri adalah punca negatif 8. Mesti harus

9. Buat perbandingan 10. Menjadi pilihan.

(13)
(14)

14

BAB 4 TEORI-TEORI KAUNSELING

PERBANDINGAN TEORI-TEORI KAUNSELING

Sifat Semula Jadi Manusia Konsep Utama / Matlamat Teknik / Proses Peranan Kaunselor Peranan Klien

TEOR I MO D IFIK ASI TI N G K AH LAKU

 Sikap, kebiasaan, tabiat ditentukan olh t/laku ssuatu organisma.

 Perkembangan personaliti ditentukan olh pengalaman & interaksi individu & persekitarannya

 Individu berbeza disebabkan perbezaan pengalamannya. t/laku dipengaruhi olh rangsanagn prsekitaran  Personaliti individu

terbentuk dsebabkan olh peneguhan2 ug diterima sama ada +ve / -ve. Sikap diubah dgn cara melemah / menahan peneguhan @ proses pelupusan

 Ssuatu t/laku blh ditiru dgn cara pemerhatian & peneguhan.

 Individu bermasalah apabila melakukan t/laku yg

menyeleweng di dlm masyarakat

 Teori ini menyediakan keadaan persekitaran agar sgl t/laku yg x sesuai blh diahpuskan & membimbing klien menguasaai t/laku baru yg sesuai bg

mneggantikan t/laku yg x sesuai

Matlamat

 Menyediakan keadaan2 & persekitaran agar apa jua t/laku yg x sesuai blh dihapuakan & klien akn diajar menguasai t/laku yg baru yg sesuai

 Klien hendaklah memilih t/laku baru yg dikehendakinya, matlamat nak dicapainya. Proses  Definisi masalah  Perkembangan sejarah sosial  Menyatakan matlamat t/laku

 Strategi mengubah t/laku Teknik  Latihan istirehat  Penghapusan deria scr bersistem  Terapi implosive  Teknik terapi yg menyakitkan / oversif  Token ekonomi  Teknik2 kognitif

 Sbg pakar, sorg guru yg aktif kerana mempunyai

kemahiran saintifik yg blh digunakan bg mengubti maslaah2 kaunseling

 Hendaklah amhir dgn semua teknik yg digunakan dlm teori t/laku’

 ‘harus mpunyai orientasi yg baik ke arah oenyelidikan & statistik agar ia dpt

melaksanakan penilaian dgn objektif

 Harus komited kpd startegi & tatacara terapi tingkah laku

 Haru smmepunyai motivasi utk mengubah apa juga t/laku yg lazim.

 Sedia melakukan apa yg dipersetujui dr percubaaan2 terapi.

(15)

15 TEOR I P EM US AT AN IN SA N

 Msia adalah baik & blh dipercayai

 Manusia blh dipercayai berdasarkan konsep positif  t/laku manusia terhasil dr

dlm diri individu tiu sndr. Ia sndr mbuat pilihan tgkh laku  menerima manusia tanpa

syarat (no judgement)  konsep kendiri terbentuk dr:

- ‘positive regard’ dr org lain

- Penerimaan kendiri +ve – rasa dihormati, diterima, mesra - Cenderung ke arah

kesempurnaan kendiri  t/laku dilihat dr sudut

persepsi.

 Berkonsep psikologi kemanusiaan (humanistic)  Beri suasana teraputik kpd klien untuk merasai dirinya sndr

 Meneylesaikan isu masa kini  Menerima diri secara +ve  Lebih realistik

 Lebih matang Matlamat

 Klien akn mjadi lbh realistik, objektif, & lebih tepat dlm tanggapannya & lebih berkesan dlm penyelesaian masalahnya.

Teknik

 Tumpuan kpd keupayaan kaunselor utk mbina hbgn memudah cara: - Refleksi perasaan - Menggalakkan klien mnyatakan mslh scr terbuka - Perhubungan penuh kemesraan & kefahaman - Kaunselor letak t/jwb pd stp tindakan, pemikiran & buat keputusan - Toleransi

Proses

 Klien buat keputusan perlukan kaunselor  Kaunselor jelaskan apa yg

berlaku dlm sesi kaunseling  Kanselor tlg klien nyatakan

perasaan

 Kaunselor x buat penilaian tp terima perasaan klien  Susuli pernyatan –VE ialah

kemunculan perasaan +ve yg menunjukkan

perkembangan

 Kaunselor terima aspek kendiri yg baik & krg baik  Klien faham pilihan yg ada &

kaunselor tlg klien menilai & faham pilihan2 yg ada  Klien mampu buat pilihan &

ambil tindakan

 Batu klien tumpukan kpd perasaan klien sndr

 Perassan itu dibias spy klien dpt mendengar & dpt melihat masalahnya  Menggalakkan luahan

perasaan yg me,bawa kpd celik akal.

 Klien perlu meluahkan perasaan scr lisna

 Klien tumpukan pd diri dulu, baru lain & dunia

persekitarannya

 Klien yg berada dlm keadaan x kongruen – persepsi x sama dgn pengalaman perlu mengurangkan ketegangan agr diri kongruen dn persekitaran.#

(16)

16 TER I RA SI O N AL E M O TI F TE RA P I

 Insan dilahirkan dgn potensi utk bersifat rasional. Insan mampu memilih yg baik / jahat, yg slaah / betul  Msia mempunyai

kecenderungan s/jadi utk memelihara diri, mengasihi & berkomunikasi dgn org lain.

 Msia sndr yg menyebabkan timbul masalah, & maslah itu bkn dtg dr luar. Konsep / Prinsip A – (avent) peristiwa B – (believe system) Sistem kepercaaan C – (consequence) emosi D –(dispute) cabaran / Hujah E – (New Emotion)

Emosi Normal Matlamat

 Membantu klien memperkembangkan pemikiran yg rasional & logikal dgn menggalakkan mereka memikir & memahami pemikiran x rasional yg diwarisi masa lalu sbg punca utama yg membawa kpd masalah psikologikal masa kini

A

Peristiwa, fakta, t/laku yg dialami olh klien

B

Sistem kepercayaan yg dianuti

C

Emosi yg lahir dr penilaian A dan B

D

Strategi g digunaka utk berhujah, mencabar 7 membetulkan sistem kepercayaan yg x rasional  E

Individuyg tlh jd normal akibat dr penilaian semula yg rasional & +ve

 Perlu ada satu sistem bg membuktikan sistem kepercayaan yg x rasional klien sering dipengaruhi oleh ‘’mesti’ sepatutnya ‘harus’  Mencabar klien &

mengarahnya utk melinbat altiviti2 yg mencabar kepercayaan yg x rasional  Menunjukkan kpd klien bhw

masalahnya disebabkan olh klien sndr yg sntiasa percaya dgn kepercayaan x logik  Mencabar klien menggubal

pemikiran yg x rasional & menghindar drp mnjadi mangsa

 Kaunselor bersikap mengarah

 Klien lbh kpd pelajar yg ingin mempelajari ssuatu drp kaunselor

 Klien x perlu cerita cerita lampau, ttp perlu berbicara ttg keadaan masa kini dr sg pemikiran

 Klien harus menyedari & mengenali sistem yg x rasional yg wujud dlm diri yg mengganggu emosi & kepercayaannya

(17)

17

BAB 5 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

5.1 TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING

1) Senaraikan TAHAP-TAHAP dalam proses kaunseling

1. Tahap Membina Hubungan - Kaunselor perlu membina hubungan agar klien berasa

selesa dan membina sifat kepercayaannya terhadap kaunselor 2. Tahap Penerokaan - kaunselor perlu bersama-sama menerokai, memahami dan

menganalisis permasalahan klien.

3. Tahap Membuat Keputusan- kaunselor dan klien perlu bersetuju untuk menentukan matlamat dan menentukan pendekatan dan srategi untuk capai matlamat 4. Tahap Pelaksanaan - Kaunselor membimbing dan membantu klien untuk berfungsi

dengan lebih efektif.

5. Tahap Penamatan Sesi - Kaunselor perlu menentukan kesediaan klien untuk sesi ditamatkan. Penilaian keseluruhan sesi dilakukan oleh kaunselor dan klien. 2) TAHAP MEMBINA HUBUNGAN

Apakah TUGAS Kaunselor ?

1. Mewujudkan suasana yang menggalakkan hubungan

(selamat, mesra, selesa, wujud minat dan hormat perasaan klien) 2. Menentukan matlamat awal kaunseling

(Kaunselor dank lien bersama-sama menentukan dan menyetujui matlamat yang hendak dicapai )

3. Menstruktur hubungan

(menjelaskan perjalanan/proses kaunseling, penstrukturan sesi: konsep kaunseling, proses kaunseling, jangkamasa sesi, aspek kerahsiaan)

4. Membina kepercayaan

(kaunselor berpegang pada etika professional kaunseling, beri penekanan pada aspek kerahsiaan klien, nyatakan peranan kaunselor, ada tat etika kaunselor yang tinggi) 3) TAHAP PENEROKAAN

Apakah ASPEK yang perlu diberi tumpuan untuk memahami masalah klien?

1. Skop permasalahan  Mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah masalah yang sebenarnya

 Mengenalpasti konteks dan persekitaran permasalahan yang berlaku

 Menilai keadaan. Mengenalpasti penglibatan orang yang signifikan dengan klien

2. Tahap Kefungsian Klien

 Klien telah dapat memenuhi keperluan psikologikal, fisiologikal dan sosial dengan baik

 Berfungsi pada aras yang sesuai

 Mempunyai perhubungan yang positif dengan orang yang signifikan

(18)

18

3. Memahami Corak Klien Berfikir dan Bertindak

 Apakah klien berani mengambil risiko dalam permasalahan yang lepas mahupun pada masa akan datang?

 Apakah corak atau gaya penyelesaian masalah klien pada masa lalu?

4. Memahami Kekuatan Klien

 Kaunselor perlu memahami kekuatan yang ada pada klien  Klien disedarkan tentang tanggungjawabnya untuk

menangani masalah yang dihadapi. 4) TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN

Nyatakan FAKTOR yang boleh mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling?

1. Faktor Klien  Jenis permasalahan klien

 Cara gaya klien menghadapi masalah  Demografi klien

 Tret personality klien

 Budaya dan latar belakang klien

2. Faktor Kaunselor  Pengalaman dan pengetahuan kaunseling  Aras kognitif

 Aras kemahiran komunikasi  Prinsip dan pegangan teori 3. Faktor Persekitaran  Tempat

 Suasana  Keadaan 5) TAHAP PELAKSANAAN.

Apakah FAKTOR yang mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling?

1. Orang yang signifikan  Orang yang banyak mempengaruhi klien  Jika perlu mereka ini dilibatkan

2. Sumber lain yang signifikan

 Institusi lain sebagai sumber bantuan  Institusi lain sebagai sumber rujukan  Bantuan dari segi kepakaran dan kemahiran 3. Risalah dan artikel

yang berkaitan

 Klien didedahkan kepada artikel dan bahan bacaan tentang kaunseling

 Klien didedahkan kepada artikel atau buku berkaitan dengan hubungan menolong.

4. Pengalaman dan pengetahuan kaunselor

 Mendalami ilmu, kemahiran dan kepakaran  Mengkaji dan meneliti kaedah dan strategi  Mendapatkan maklumat

6) Apakah KEMAHIRAN ASAS yang penting dalam kaunseling 1. Kemahiran melayan

2. Kemahiran mendengar 3. Kemahiran memerhati 4. Kemahiran menyoal 5. Kemahiran member respon 6. Kemahiran merumus 7. Kemahiran merefleksi 8. Kemahiran konfrontasi 9. Kemahiran memprafasa

(19)

19

7) Huraikan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor.

1. Kemahiran menyoal

Fungsi:

Soalan Terbuka

a. Untuk mendapatkan maklumat awal

b. Memerlukan jawapan yang lebih luas dan bebas

c. Membantu menerangkan dengan lebih terperinci tentang sesuatu d. Membantu kaunselor memahami perkara yang lebih khusus e. Klien bebas member jawapan

f. Menggalakkan klien berkonsi maklumat Soalan Tertutup

a. Untuk mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas b. Memenuhi keperluan ingin tahu sahaja

c. Kurang memberikan refleksi kepada klien 2. Kesenyapan Tujuan:

Memberi ruang kepada klien berfikir dan mengemaskan idea membuat seseorang berucap, membuat refleksi.

Kepentingan:

a. Memberi peluang kepada klien melihat perasaan, sikap, nilai dan perbuatannya sendiri

b. Memberi ruang kepada klien berfikir sejenak dan memberi respon c. Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata-kata

d. Klien memerlukan masa untuk mengimbas kembali dan memproses apa yang telah dibincangkan sebelum itu

e. Menandakan kaunselor menghormati dan menghargai perkara yang difikirkan oleh klien.

f. Kesenyapan itu penting untuk perhubungan 3. Kemahiran

mendengar

Kepentingan:

a. Mempunyai nilai teraputik yang tinggi kerana dapat member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersama-sama klien

b. Mendengar secara aktif dan dapat member maklum balas dengan tepat

c. Mendengar dengan teliti

d. Dapat member tafsiran yang tepat

e. Dapat membuat refleksi isi, perasaan dengan tepat

f. Klien merasakan dirinya dihargai dan perasaannya diberi keutamaan 4. Kemahiran

prafasa

Maksud:

Kaunselor member maklum balas kepada klien apa yang dicakapkan dengan menggunakan perkataan kaunselor sendiri sebagai tanda kaunselor telah mendengar dengan teliti.

Kepentingan:

a. Kaunselor menyatakan semula intipati maklumat menandakan kaunselor mendengar dengan teliti

b. Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih lanjut c. Meringkaskan apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih jelas d. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor memahaminya. e. Menyemak persepsi.

Contoh:

Klien: “Saya tidak suka dan bosan apabila guru meyoal saya bertubi-tubi seolah-oleh saya melakukan kesalahan”

(20)

20

Kaunselor: “Anda bosan apabila anda disoal dan dituduh”. 5. Kemahiran

merefleksi

Merefleksi Perasaan:

a. Menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami oleh klien mengikut persepsi kaunselor

b. Bertujuan untuk menyemak perasaan klien ketika itu

c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor memahami perasaanya

d. Akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan perasaan

Klien: “Saya sungguh tidak berpuas hati dengan layanan kawan saya. Dia tidak adil,”

Kaunselor: “Jadi, anda berasa kecewa terhadap perhatian rakan anda?” Merefleksi Isi:

a. Menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah dibincangkan b. Bertujuan untuk menyemak isi perkara yang dinyatakan oleh klien. c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti

jalan cerita atau perkara yang dinyatakan.

d. Menggalakkan klien bercakap dengan lebih mendalam lagi. Klien: “Isteri saya mengizinkan saya berkahwin lagi. Beliau tidak sanggap mengikut saya berpindah ke tempat lain”

Kaunselor: ”nampaknya isteri anda rela bermadu asalkan beliau tidak dipaksa untuk berpindah”.

6. Kemahiran merumus

a. Kaunselor dan klien membuat rumusan tentang perkara yang telah dibincangkan

b. Bertujuan untuk menyemak apa yang telah dibincangkan c. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa

mengikuti dan memahami apa yang dialami oleh klien. d. Mengimbas kembali perkara penting yang telah dibincangkan e. Menjelaskan kembali perkara penting telah dinyatakan oleh klien. f. Kaunselor menjelaskan semula apa yang telah berlaku.

5.2 KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR

5.3 KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAH LAKU BUKAN LISAN

8) Nyatakan JENIS-JENIS dan CONTOH-CONTOH perlakuan BUKAN LISAN.

1. Anggota Badan a. Mata:

(berlinang, terkelip-kelip, sayu, besinar, kuyu, lelap) b. Penumpuan Mata:

(jeling, pandang ke bawah, liar tidak bertentang mata) c. Cara Duduk:

(bersedia, menyandar,tegak,bertenaga, bergoyang) d. Riak Air Muka:

(ceria, senyum ketawa, gigit bibir, masam, manis) e. Gerakan Badan dan Tangan:

(menggeliat, mendepakan tangan, menggaru, menggosok) 2. Nada Suara a. Kelajuan percakapan:

(laju, sederhana, perlahan) b. Nada:

(tinggi, sederhana, rendah) c. Bahasa:

(21)

21

(kasar, halus, slaga, teratur) 3. Persekitaran a. Jarak:

(jauh, sederhana, rapat)

b. Keadaan dan kedudukan fizikal:

(kemas, bersepah,teratur,bersih,ceria, berabuk, tersusun) c. Pakaian:

(menjolok mata, kemas teliti, bergaya, bersih, kotor, mahal) 9) Bagaimanakan untuk MENTAFSIR perlakuan BUKAN LISAN?

1. Tafsiran hanya perlu dibuat hanya sebagai gambaran tentang perasaan, pemikiran dan motif klien

2. Tafsiran tidaklah muktamad

3. Perlakuan hanya sebagai sumber kedua dan panduan kaunselor untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang diri klien

4. Kaunselor perlu mahir untuk mengesan apa yang dinyatakan klien tidak selaras dengan apa yang dilihat

5. Dengan memahami perlakuan bukan lisan klien dapat member kesan rasa empati terhadap klien.

6. Kesan ini sangat penting dalam hubungan menolong.

10) Bagaimanakah seorang kaunselor menunjukkan perlakuan BUKAN LISAN? 1. Fokus mata

2. Kedudukan badan menunjukkan penerimaan 3. Menghadap klien atau kedudukan sisi 4. Badan condong ke hadapan

5. Riak air muka kea rah kemesraan 6. Tenang

5.4 KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS 5.5 KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH 5.6 KEMAHIRAN MELAKSANAKAN INTERVENSI

Referensi

Dokumen terkait

Jumlah alokasi waktu pada prota diisi sesuai dengan jam pelajaran efektif Matematika yang ada di suatu Sekolah Dasar yaitu jumlah pekan efektif satu tahun x alokasi

Praktik pengalaman lapangan I (PPL I) merupakan kegiatan wajib yang harus ditempuh oleh setiap mahasiswa program kependidikan di Universitas Negeri Semarang. PPL I

Hasil perancangan ini adalah furniture outdoor yang mampu memberikan fasilitas untuk anak usia 4-8 tahun agar fokus belajar motorik halus (membaca, menulis, menggambar dan

The purpose of this study is to understand the influence of profitability, capital adequacy ratio, and leverage on going-concern audit opinion of banks, where Return On Asset

Hasil dari penelitian didapat bahwa, (1) anjungan transaksi pulsa elektronik mandiri mampu membuat satu kartu deposit pulsa semua operator untuk dua masukan dengan menggunakan

Teori –teori keperawatan seringkali didasari dan dipengaruhi oleh suatu proses dan teori-teori lain yang dapat digunakan secara luas.. Ide-ide dan teori-teori tersebut

F. Petisi Sutarjo diajukan pada tahun 1936 pada dasarnya berisi permintaan kepada pemerintah Hindia Belanda untuk ... membebaskan semua tawanan politik C.

Jadwal kegiatan dan panduan lengkap dapat dilihat di situs resmi SPMB http://span-ptain.ac.id.. Data Login