• Tidak ada hasil yang ditemukan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

23

SEJARAH BACAAN RIWAYAT HAFS

MELALUI ALIRAN AL-SYATIBI DAN IBN AL-JAZARI

Shaharuddin bin Saad

ABSTRAK

Bacaan Quran Riwayat Imam Hafs bin Sulaiman al-Kufi mengikut Qiraat Imam ‘Asim bin Abi al-Najud merupakan 95% cara bacaan yang diamalkan di seluruh dunia mengikut suatu fakta1. Cara bacaan ini merupakan cara bacaan yang digunakan oleh hamper semua masyarakat di sebelah Asia Tenggara khususnya di Malaysia. Persoalan yang timbul di dalam masyarakat kita khususnya di Malaysia hari ini ialah,

sejauhmanakah kefahaman dan pengetahuan

masyarakat terhadap sejarah bacaan riwayat ini serta apakah kitab-kitab yang digunakan sebagai rujukannya. Maka, bertitik tolak dari masalah ini, penulis merasakan perlunya ada penjelasan melalui penulisan ini untuk menjelaskan kepada masyarakat latar belakang Imam ‘Asim bin Abi al-Najud, Riwayat Imam Hafs bin Sulaiman al-Kufi dan kitab-kitab rujukan utama di dalam bacaan ini. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah metod histori, dokumentasi dan observasi bagi tujuan mengumpul serta menganalisis data. Semoga hasil kajian ini dapat membantu menjelaskan kepada masyarakat sejarah bacaan Riwayat Hafs bin Sulaiman al-Kufi.

PENDAHULUAN

Asal usul cara bacaan yang diamalkan oleh seseorang pembaca merupakan suatu perkara yang amat penting bagi seseorang pembaca. Ianya sangat penting lagi apabila berkait rapat dengan bacaan al-Quran. Di dalam bacaan al-Quran, pembaca mestilah mempunyai sandaran bacaan dari mana diambil bacaan tersebut dan apakah rujukan yang digunakan. Maka cara bacaan al-Quran umumnya oleh keseluruhan

1„Aitani, „Abd al-Rahman (1998), al-Mufid fi ‘Ilm al-Tajwid, cet.2, Beirut, Muassasah

(2)

24

masyarakat Islam di Malaysia ialah bacaan Qiraat Imam „Asim melalui Riwayat Imam Hafs beraliran al-Syatibi. Di dalam kajian ini penulis akan cuba menjelaskan biodata Imam „Asim bin Abi al-Najud, biodata Imam Hafs bin Sulaiman al-Kufi, biodata imam al-Syatibi, biodata Imam al-Jazari, Matn Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani dan Matn

Tayyibah al-Nasyr.

RIWAYAT RINGKAS IMAM ‘ASIM AL-KUFI

Nama beliau ialah „Asim bin Abu al-Najjud al-Asadi al-Kufi. Ia lebih dikenali dengan nama Abu Bakr. Beliau merupakan seorang tabiin yang hampir dengan para sahabat dan dapat bertemu ramai di antara mereka semasa hidupnya. Tarikh lahir Imam „Asim tidak dapat dipastikan. Ada pendapat mengatakan beliau meninggal di Kufah dan pendapat lain mengatakan dalam perjalanan ke Syam pada akhir tahun 127H2. Ada juga pendapat mengatakan pada 128H dan pada 129H3.

Antara guru beliau ialah Abu „Abd. al-Rahman „Abd Allah bin Habib al-Sulami (74H), Abu Maryam Zur bin Hubaysy al-Asadi (82H), Abu „Amru Sa‟d bin Ilyas al-Syaybani (96H) . Manakala di antara yang mengambil qiraat atau kita istilahkan sebagai anak muridnya ialah „Aban bin Taghlab (141H), Hammad bin Salamah (167H) dan Sulayman bin Mahran al-A‟masy (147H). Di antara anak muridnya yang paling masyhur dan merupakan periwayat qiraat beliau ialah Abu Bakr Shu‟bah bin „Ayyasy (193H) (periwayat pertama „Asim) dan Abu „Umar Hafs bin Sulayman al-Mughirah (180H) (merupakan periwayat kedua „Asim)4

.

Dari segi bacaan, beliau adalah seorang Imam Qiraat yang berjaya menggabungkan kelancaran bacaan al-Quran, ketepatan sebutan dan sekaligus tajwidnya. Beliau merupakan sheikh besar di Kufah, tempat tuju para penuntut, sangat fasih, mutqin, mempunyai suara yang merdu, soleh dan thiqah . Berkata Ibn „Ayyasy „Asim pernah berkata kepadaku: Aku jatuh sakit selama 2 tahun, apabila aku sembuh, aku baca al-Quran dan satu huruf pun tiada kesalahan”5. Berkata Abu Ishak

2„Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), Ma’rifah al-Qurra’ al-Kubar,

Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, h.51.

3 Ibid, h.54.

4„Abd al-Fattah al-Qadi (t.t), Tarikh Qurra’ al-‘Asyrah, Kaherah: Maktabah wa

Matba‟ah al-Masy‟ad al-Husayni, h. 24-24 dan al-Dhahabi (1997), op.cit, h.53.

(3)

25

al-Subay‟iy: “tak pernah aku lihat seorang qari pun yang sangat hebat seperti „Asim”6

.

Beliau mengambil bacaan tersebut secara musyafahah dan

talaqqi terus dari mereka melalui dua jalan iaitu melalui Abu „Abd

al-Rahman al-Sulami dari Saidina „Ali bin Abi Talib dari Rasul s.a.w. Satu lagi adalah melalui Dhirr bin Hubaysy al-Asadi dari „Abd Allah bin Mas‟ud dan dari Rasul s.a.w7

.

RIWAYAT RINGKAS IMAM HAFS (90H-180H)

Beliau merupakan periwayat Qiraat Imam „Asim yang terkemuka. Nama beliau ialah Abu „Umar Hafs bin Sulayman bin al-Mughirah bin Abu Dawud al-Asadi al-Kufi al-Bazzar al-Ghadiri. Beliau lebih dikenali dengan nama Hafs. Beliau dilahirkan di Kufah pada tahun 90 Hijrah dan meninggal pada tahun 180 Hijrah8.

Beliau merupakan periwayat kepada „Asim yang paling alim dan mengambil pembelajaran Qiraat daripada gurunya secara

musyafahah dan talaqqi. Beliau juga pernah menduduki kota Baghdad

dan Makkah sekaligus menjadi muqri’ yang terkenal9.

Berkata Ibn Ma‟in: “riwayat yang sahih yang diriwayatkan daripada Imam „Asim ialah riwayat Hafs bin Sulayman”. Beliau pernah berkata kepada Imam „Asim : “Bacaan (wajah-wajah qiraat) Abu Bakr (Imam Syu‟bah) tidak sama dengan bacaanku” Berkata Imam „Asim: “Aku membacakan kepadamu seperti mana dibacakan kepadaku oleh Abu „Abd al-Rahman al-Sulami daripada „Ali bin Abi Talib r.a, dan aku membacakan kepadanya (Imam Syu‟bah) seperti mana dibacakan kepadaku oleh Dhurr bin Hubaysy daripada „Abd Allah bin Mas‟ud ”10.

Manakala yang mengambil qiraat daripada beliau pula antaranya, Husayn bin Muhammad al-Marwazi, Sulayman bin Dawud al-Zuhri, „Amru bin al-Sabbah, „Ubayd bin al-Sabbah, al-Fadl bin Yahya al-Anbari, Abu Syu‟ayb al-Qawwas dan lain-lain11.

6Ibid.

7„Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), op.cit, h.51.

8Ibid, h.74 dan Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof

Jazari (1932), Ghayah Nihayah fi Tabaqat Qurra’, Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiyyah, j.1, h.254.

9„Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), op.cit, h.85. 10

Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof al-Jazari (1932),

op.cit.

(4)

26

Sanad bacaan beliau yang bersambung kepada Rasul s.a.w adalah melalui Imam „Asim dari „Abd al-Rahman al-Sulami dari Saidina „Ali bin Abi Talib dari Rasul s.a.w. Imam Hafs merupakan murid Imam „Asim yang paling banyak mengetahui bacaan-bacaan Imam „Asim, ini adalah kerana beliau berulang kali talaqqi dengan Imam „Asim12

. Oleh kerana berulang kali beliau talaqqi dengan Imam „Asim, maka terbitlah selepas kewafatan beliau tariq bacaan Imam Hafs yang berbagai-bagai turuq.

RIWAYAT RINGKAS IMAM AL-SYATIBI (538H-590H)

Nama beliau ialah Qasim bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad al-Ru‟ayni al-Syatibi al-Andalusi. Dilahirkan di Syatibah di Andalus yang mana sekarang dinamakan Sepanyol pada tahun 538 Hijrah dan meninggal di Mesir pada 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah. Beliau dikebumikan di Kaherah13.

Imam al-Syatibi merupakan seorang yang sangat alim dalam banyak ilmu, samaada ilmu Qiraat, Tafsir, Nahw, Lughah, Hadis, Fekah dan beliau juga merupakan seorang tokoh sasterawan dan penyair yang hebat14. Di samping itu juga beliau memiliki kemahiran di dalam ta’bir mimpi15.

Beliau mempelajari al-Quran dan Ilmu Qiraat daripada gurunya di Syatibah iaitu Abu „Abd Allah Muhammad „Abil „As al-Nafari (550H), Ibn Huzayl (563H), Imam al-Mubarrad, Abu Tahir al-Salafi, Ibn Humayd (586H), Ibn al-Ni‟mah al-Balansi (567H), Abu „Abd Allah al-Isybili (600H), Ibn „Asy‟ir al-Ansari (567H), Abu Tahir al-Salafi (576H), Abu al-Qasim bin Hubaysy (584H), Abu al-Husayn al-„Umri (564H), Ibn al-Faras (567H) dan lain-lain lagi16.

Murid-muridnya ialah Abu Hasan „Ali bin Muhammad bin „Abd Samad Sakhawi (643H), Abu „Abd Allah Muhammad bin „Umar al-Qurtubi (631H), al-Kamal „Ali bin Syuja‟ bin Salim al-Darir al-Masri (661H), „Ali bin Muhammad bin Musa al-Tajibi (626H), Abu „Amru „Uthman bin „Umar bin Abu Bakr al-Kurdi (646H), Muhammad bin Yahya bin „Ali bin Baqa‟ Abu „Abd Allah al-Lakhami al-Janjali, Yusof

12Ibid.

13Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qastalani (2000), al-Fath al-Mawahibi fi

Tarjamah al-Imam al-Syatibi, „Amman: Dar al-Fath, h.34.

14Jarmi, Ibrahim Muhammad (2000), Al-Imam al-Syatibi Sayyid al-Qurra’, Damsyiq,

Dar al-Qalam, h.59.

15

Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof al-Jazari (1932),

op.cit, j.2, h.21.

(5)

27

bin Ja‟afar bin „Abd al-Razzaq Abu al-Hajjaj al-Ansari, Muhammad bin Qasim bin Firuh Jamal Abu „Abd Allah Syatibi (655H), „Abd Rahman bin Abu Qasim Azdi Tunisi (625H), Menurut Imam al-Jazari, boleh jadi beliau merupakan orang yang mula-mula mensyarahkan Matn al-Syatibi (Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani)17.

Kitab-kitab karangan beliau di dalam bidang Ilmu Qiraat dan Ulum Quran ialah Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani fi al-Qira’at, „Aqilah Atrab al-Qasaid fi Asna’ al-Maqasid (kitab yang membicarakan Ilmu Rasm al-‘Uthmani, Nazimah al-Zuhr fi ‘Ad al-‘Ayy (merupakan matan ilmu kaedah bilangan ayat-ayat Quran dan Nuzum fi Za’at

al-Qur’an al-Karim18

. Di dalam bidang Hadis pula kitab karangan beliau ialah Qasidah Daliyyah dan di dalam bidang Bahasa Arab pula ialah

Nuzum fi Mawani’ al-Sarf19.

Sebagai seorang imam yang hebat sudah tentu Imam al-Syatibi mendapat pujian dan kedudukan yang tinggi di kalangan para ulama. Beliau mendapat pujian daripada Imam al-Jazari dengan katanya “ Imam al-Syatibi ialah seorang wali Allah, s.w.t, sangat alim dan merupakan salah seorang ulama besar dan masyhur di seluruh pelusuk alam”20

. Kata Imam al-Jazari lagi “Imam al-Syatibi juga seorang imam yang sangat cerdik dan pintar21.

Selain dari itu beliau juga mendapat pujian daripada Ibn Khalikan, dengan katanya “ Imam al-Syatibi merupakan seorang yang sangat alim di dalam Ilmu Qiraat, Ilmu Tafsir, Bahasa Arab, Ilmu

Ta’bir mimpi dan Ilmu Hadis, sehinggakan beliau boleh

memperbetulkan kesalahan yang berlaku dengan hafalannya22. Syeikh al-Islam Imam al-Nawawi juga ada memuji beliau dengan katanya “ Imam al-Syatibi kalau nak dibandingkan dengan orang lain di Mesir tiada tandingan pada masa itu, ini adalah kerana beliau memiliki kepelbagaian ilmu”23

. Imam al-Dhahabi juga ada memuji beliau dengan katanya “ Imam al-Syatibi adalah merupakan imam yang sangat alim, cerdik, memiliki banyak ilmu di antaranya mengetuai Ilmu Qiraat,

17Ibid, h.67-72.

18Ibid, h.87. 19Ibid, h.89. 20

Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof al-Jazari (1932),

op.cit, j.2, h.20.

21Ibid, h.21 dan Dr. „Abd Fattah Isma‟il Tha‟alabi (1999), Madkhal wa

al-Tamhid fi ‘Ilm al-Qira’at wa al-Tajwid, Kaherah: Maktabah al-Wahbah, h.212.

22Ibn Khalqan, Ahmad bin Muhammad (t.t), Wafiyat al-A’yan, Beirut, Dar Sadir, h.71. 23Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qastalani (2000), op.cit, h.48.

(6)

28

menguasai Ilmu Hadis dan menghafaznya, pakar Bahasa Arab dan lain-lain24.

RIWAYAT RINGKAS IMAM AL-JAZARI (751H-833H)

Nama beliau ialah Abu Khayr Syams al-Din Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof al-„Umri al-Dimasyqi al-Syirazi al-Syafi‟i. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Ibn al-Jazari. Beliau di lahirkan pada malam sabtu pada bulan Ramadan selepas solat Tarawih pada tahun 751 hijrah bersamaan dengan 30 November atau awal September tahun 1350 masihi di Damsyik25.

Di antara guru-gurunya ialah Syeikh Abu Muhammad „Abd al-Wahab bin Yusof bin al-Sallar (698H-782H), Syeikh Ahmad bin Ibrahim bin al-Tahhan al-Manbaji (702H-782H), Syeikh Ahmad bin Rejab bin al-Hasan al-Sulami al-Baghdadi (775H), Syeikh Ibrahim bin „Abd Allah al-Humawi a-Mu‟addib (773H), Syeikh Abu al-Ma‟ali bin al-Lubban (715H-776H), Syeikh Abu „Abd Allah Muhammad bin Saleh Madani (785H), Syeikh Abu „Abd Allah Muhammad bin „Abd al-Rahman al-Saghir al-Hanafi (704H-776H), dan Syeikh Abu Muhammad bin „Abd Rahman bin Ahmad bin „Ali Baghdadi al-Wasiti al-Masri (702H-781H)26.

Antara anak-anak murid beliau yang terkemuka ialah Syeikh Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin al-Jazari, Syeikh Abu al-Fath Muhammad bin Muhammad bin Jazari (777H-814H), Syeikh Abu al-Khayr Muhammad bin Muhammad bin al-Jazari (ketiga-tiga mereka ialah anak kepada Imam Jazari sendiri), Syeikh Mahmud bin Husayn bin Sulayman Syirazi, Syeikh Khatib Mu‟min bin „Ali Rumi, Syeikh „Abd Qadir bin Tallah Rumi dan Syeikh Jamal al-Din Muhammad bin Muhammad, yang terkenal dengan nama Ibn Iftikhar al-Harawi27. Imam al-Jazari merupakan seorang yang sangat aktif di dalam penulisan pelbagai bidang pengajian seperti Qiraat, Ulum Quran, Hadis, Fekah dan Usul, Tarikh, Bahasa Arab dan lain-lain.

24„Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), op.cit, j.2, h.313. 25

Dr. Nabil bin Muhammad „Ali Isma‟il (2002), Al-Imam Ibn al-Jazari wa Juhuduh fi

‘Ilm al-Qira’at, Riyad: Dar Ibn Hazm, h.17 dan Muhammad bin Muhammad bin

Muhammad bin „Ali bin Yusof al-Jazari (1932), op.cit, j.1, h.247.

26Dr „Abd Qayyum bin „Abd Ghafur Sindi (2001), Safahat fi ‘Ulum

al-Qur’an, Beirut: Dar al-Basyair al-Maktabah al-„Imdadiyyah, hlm.277.

(7)

29

Karangan beliau dalam bidang-bidang tersebut adalah sebanyak 78 buah28. Di antara kitab-kitab beliau yang terkenal di dalam bidang Qiraat dan Tajwid ialah Ithaf al-Maharah fi Tatimmah al-‘Asyrah, Usul

Qira’at, Tahbir Taysir, Tuhfah Ikhwan fi Khulf bayna Syatibiyyah wa ‘Unwan, Tidhkar fi Riwayah ‘Abban Ibn Yazid al-‘Attar, Taqrib al-Nasyr (ringkasan kitab al-Nasyr), al-Taqyid fi al-Khulf Bayna Syatibiyyah wa Tajrid, Tamhid fi ‘Ilm Tajwid, al-Taujihat fi Usul al-Qira’at, Jami’ al-Asanid fi al-Qira’at, al-Durrah al-Ma’inah fi al-Qira’at al-A’immah al-Thalathah al-Mardiyyah, Tayyibah Nasyr, Munjid Muqri’in wa Mursyid Talibin dan al-Nasyr fi al-Qira’at al-‘Asyr.

Manakala kitab-kitab karangan beliau di dalam bidang Hadis dan Ulum Hadis ialah Arba’un Hadithan, Bidayah fi ‘Ulum

al-Riwayah, al-Husn al-Hasin min Kalam Sayyid al-Mursalin, al-Hidayah fi ‘Ulum Dirayah, Qasd Ahmad fi Rijal Musnid Ahmad dan al-Awlawiyyah fi Ahadith al-Awlawiyyat.

Seterusnya kitab-kitab karangan beliau di dalam bidang Tarikh dan Fada’il ialah al-‘Ijlal wa al-Ta’zim fi Maqam Ibrahim, Tarikh Ibn

Jazari, Mukhtasar Tarikh Islam li Dhahabi dan Ta’rif bi al-Mawlid al-Syarif29.

Imam al-Sakhawi memuji beliau dengan katanya “beliau mempunyai periwayatan hadis yang tinggi dan menghafalnya, mahir di dalam Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil serta mengetahui periwayat-periwayat terdahulu dan terkemudian”30.

Manakala Imam al-Suyuti pula menjelaskan bahawa beliau merupakan seorang hafiz, muqri’, syeikh qiraat pada zamannya31. Syeikh Zakariyya al-Ansari pula berkata bahawa Imam al-Jazari merupakan seorang al-Syeikh al-Imam, sangat luas ilmu, syeikh Islam dan hafiz pada zamannya32. Syeikh al-Dabba‟ pula ada memuji kitab Imam al-Jazari dengan kata beliau “sesungguhnya Kitab al-Nasyr adalah suatu petunjuk yang jelas kepada kehebatan penulisnya,

28Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof Jazari (1986),

al-Tamhid fi ‘Ilm al-Tajwid, Beirut: Muassasah al-Risalah, h.17.

29Ibid, h. 17-27. 30

Syams al-Din Muhammad „Abd al-Rahman al-Sakhawi (1355H), Al-Daw’ al-Lami’, Kaherah: Maktabah al-Qudsi, j.9, h.258.

31Jalal al-Din „Abd al-Rahman bin Abu Bakr al-Suyuti (1994), op.cit, h.549. 32

Zakariyya bin Muhammad Ansari (2003), Syarh Jazariyyah Musamma

al-Daqaiq al-Muhkamah fi Syarh al-Muqaddimah, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah,

(8)

30

sehingga digelar dengan Imam al-Muhaqqin, Imam al-Hujjah ”33. Seterusnya Syeikh Muhammad Sadiq Qamhawi juga ada memuji beliau dengan katanya “ Imam al-Jazari bukan hanya alim dalam bidang Ilmu Qiraat, bahkan beliau juga juga alim dalam pelbagai ilmu lain seperti Tafsir, Hadis, Fekah, Usul, Tauhid, Sarf, Balaghah dan Bahasa ”34.

MATAN HIRZ AL-AMANI WA WAJH AL-TAHANI

Apabila disebut Matn al-Syatibi sudah pasti semua orang yang menceburi di dalam bidang Qiraat mengetahuinya. Matn Hirz al-Amani

wa Wajh al-Tahani (

نىاهتلا هجوو نىاملأا زرح تنم

) ataupun dikenali dengan nama mudahnya Matn al-Syatibi adalah merupakan hasil karangan Imam al-Syatibi yang terpenting, bahkan kitab ini merupakan karya yang terpenting di dalam Qiraat Tujuh keseluruhannya. Kitab ini ialah kitab yang dihasilkan oleh Imam al-Syatibi di dalam bentuk matan. Beliau telah mula menulis matan tersebut di Andalus hingga sampai matan yang berbunyi

)

ليلد ئراق لك ىلع داج ابأ تلعج

)

,

kemudian beliau menyempurnakannya di Madrasah al-Fadiliyyah di Qaherah35. Imam al-Syatibi telah memasukan Kitab al-Taysir yang telah dikarang oleh Imam al-Dani (wafat 444H, beliau mengarang kitab tersebut di Daniyah di Andalus dan ianya terkenal dan masyhur di Andalus sendiri dan Maghribi yang mendapat sambutan hangat oleh para pelajar) ke dalam matn beliau dengan membuat penambahan khilaf yang dikenali dengan (

ديصقلا تادايز

)36. Selanjutnya beliau menamakan dengan nama tersebut seperti mana kata beliau37:

33Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof al-Jazari (1998),

op.cit, muqaddimah, h.5.

34Muhammad al-Sadiq al-Qamhawi (t.t), al-Kawkab al-Durri fi Syarh Tayyibah Ibn

al-Jazari, Kaherah: Maktabah al-Kulliyyah al-Azhariyyah, h.7.

35

Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qastalani (2000), op.cit, h.59.

36Dr.Ahmad Khalid Syukri, Dr. Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah dan Dr.

Muhammad Khalid Mansur (2001), Muqaddimah fi ‘Ilm al-Qira’at, Amman: Dar „Ammar, h.168.

37Al-Qasim bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad Ru‟ayni Syatibi (1996), Hirz

(9)

31

لابقتم هنهاف نىاهتلا هجوو انميت نىاملأا زرح اهتيسمو

Maksudnya: Aku telah menamakan Qasidah ini

dengan Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani seperti yang telah aku cita-citakan, tahniah dan terimalah ia dengan penuh keredaan.

Beliau menamakan dengan nama tersebut dengan suatu cita-cita dan harapan yang penuh optimis agar segala makna dan maksud akan terhimpun pada bayt-bayt matannya yang sedikit untuk memudahkan para penuntutnya mendapatkan semua lautan ilmu qiraat yang tersusun di dalam qasidah itu38. Matn tersebut mengandungi sebanyak 1173

bayt39. Matn ini juga dikenali dengan nama Syatibiyyah dan

al-Lamiah40.

Imam al-Jazari pernah berkata, “para ahli Balaghah selepas era Imam al-Syatibi tidak dapat menandingi kehebatan Qasidah al-Lamiah (matn al-Syatibiyyah)”41. Kata beliau lagi “ kitab tersebut telah dianugerahkan dengan kemasyhuran dan sambutan yang tiada pada kitab lain di dalam bidang tersebut, bahkan setiap pelajar yang mempelajari ilmu ini mesti memilikinya ”42

. Hirz al-Amani telah dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan penerimaan, sambutan yang hangat dan pengajian Qiraat akan sentiasa berterusan dengannya tanpa memerlukan kepada kitab yang lain43.

Kitab-Kitab Syarahan Al-Syatibiyyah

Kitab syarahan atau ringkasan syarahan kepada al-Syatibiyyah mencecah kepada 54 buah syarahan dan pelbagai jenis ringkasan44. Antara kitab-kitab syarahan yang terkenal ialah :

i) Fath al-Wasid fi Syarh al-Qasid, kitab ini dikarang oleh

Imam „Alam al-Din al-Sakhawi (643H). Beliau merupakan

38Ibrahim Muhammad al-Jarmi (2000), op.cit, h.94.

39Abu Qasim „Ali bin „Uthman bin Muhammad bin Ahmad bin Husayn Ibn

al-Qasih (1954), Siraj al-Qari’ al-Mubtadi’ wa Tidhkar al-Muqri’ al-Muntahi, Kaherah:Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, h.3.

40

Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad Al-Qastalani (2000), op.cit, h.83.

41Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof al-Jazari (1932),

op.cit, j.2, h.21.

42

Ibid.

43„Abd al-Halim bin Muhammad al-Hadi Qabah (1999), op.cit, h.63. 44Ibrahim Muhammad al-Jarmi (2000), op.cit, h 148-165.

(10)

32

anak murid Imam al-Syatibi dan merupakan orang yang mula-mula sekali yang mensyarahkannya. Tetapi menurut Imam al-Jazari boleh jadi Ibn al-Haddad („Abd al-Rahman bin Abu al-Qasim al-Azdi al-Tunisi wafat 625H) orang yang mula-mula mensyarahkan al-Syatibiyyah.

ii) Ibraz al-Ma’ani min Hirz al-Amani. Kitab ini adalah

karangan Abu Syamah al-Maqdisi (665H).

iii) Syarh Syu’lah al-Mawsili atau Kanz al-Ma’ani (656H).

iv) Syarh al-Ja’bari (732H)

v) Syarh Ibn al-Qasih atau Siraj al-Qari’ al-Mubtadi’ wa Tidhkar al-Muqri’ al-Muntahi (801H).

vi) Syarh al-Dabba’ atau Irsyad al-Murid ila Maqsud al-Qasid

(1381H).

vii) Syarh al-Qadi atau al-Wafi (1403H)45.

Sebagai penambahan, talaqqi qiraat mengikut tariq al-Syatibiyyah (begitu juga al-Durrah, al-Taysir dan al-Tahbir) dikenali dengan nama

al-Qira’at al-‘Asyr al-Sughra. Dinamakan dengan nama tersebut ialah

kerana tariq ini adalah sedikit.

1.8 MATN TAYYIBAH AL-NASYR

Matn Tayyibah al-Nasyr ialah matn yang menumpukan kepada Qiraat

Sepuluh yang dikarang oleh Imam al-Jazari yang mempunyai sebanyak 1000 bayt. Beliau telah menyempurnakannya di Rom pada bulan sya‟ban tahun 799H. Imam Jazari juga telah mengikuti Imam al-Syatibi di dalam menggunakan istilah-istilah untuk memudahkan para pelajar menguasai pengajian Qiraat. Kehebatan Tayyibah al-Nasyr ialah melalui bayt-bayt syairnya yang mudah, senang dan lafaznya yang sedikit tetapi maknanya mencakupi. Di dalamnya, dimuatkan dengan

turuq qurra’ berserta periwayat-periwatnya yang terkenal dengan

bersandarkan kepada al-Syatibiyyah dan Kitab al-Taysir di samping beliau melakukan penambahan qiraat, riwayat dan turuq46.

Dinamakan dengan nama tersebut adalah kerana beliau menyusunnya mengikut kitabnya 47

) رشعلا تاءارقلا في رشنلا (

. Matn ini

45Dr. Ahmad Khalid Syukri, Dr. Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah dan

Dr.Muhammad Khalid Mansur (2001), op.cit, h.169.

46Dr. Nabil bin Muhammad „Ali Isma‟il (2002), op.cit, h.56. 47Ibrahim Muhammad al-Jarmi (2000), op.cit, h.186.

(11)

33

telah dimuatkan di dalamnya jenis-jenis qiraat yang mutawatirah daripada Rasul s.a.w, apa yang sahih daripada qiraat dan yang diterima daripada kaedah perpindahan yang masyhur dari segi riwayat. Setiap imam sepuluh akan ada dua orang periwayat48.

Kitab-Kitab Syarahan Matn Tayyibah Al-Nasyr

Kehebatan Matn Tayyibah al-Nasyr telah mendapat tempat di sisi para ulama dan mereka mensyarahkannya dengan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Antaranya :

i) Kitab syarahan anak beliau sendiri iaitu Ahmad bin Muhammad bin al-Jazari (859H).

ii) Abu al-Qasim Muhammad al-Nuwayri (857H). Beliau merupakan anak murid Imam al-Jazari.

iii) Muhammad al-Munir bin Hasan al-Samundi (1199H). iv) Muhammad Mahfuz bin „Abd Allah al-Turmisi (1338H). v) Riduan al-Makhlalati (1311H).

vi) Muhammad Sadiq Qamhawi. Kitabnya Kawkab

Durri. Kitab ini merupakan ringkasan syarahan kepada al-Nuwayri.

Sebagai makluman tambahan talaqqi qiraat menurut tariq al-Tayyibah dan al-Nasyr fi al-Qira’at al-‘Asyrah dikenali dengan nama al-Qira’at

al-‘Asyr al-Kubra. Dinamakan al-‘Asyr al-Kubra dengan sebab banyak turuq di dalamnya49.

Sebagai kesimpulannya di dalam kajian ini, penulis merasakan perlunya para ilmuan Qiraat dan Tajwid menggiatkan usaha dan saling berganding bahu untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang asal usul bacaan yang kitab amalkan serta mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturannya yang sebenar. Oleh kerana bacaan Riwayat Imam Hafs daripada Qiraat Imam „Asim melalui aliran al-Syatibi adalah menjadi amalan dan pilihan utama di Malaysia khususnya, ianya harus menjadi tumpuan utama di dalam pengajian Ilmu Tajwid agar etika bacaannya tidak dilanggari dengan sewenang-wenangnya. Kepekaan pembaca terhadap perbezaan dan perbandingan Riwayat Hafs melalui kedua-dua Tariq al-Syatibi dan al-Jazari adalah

48Dr. Muhammad Khalid „Abd al-„Aziz Mansur (1999), al-Wasit fi ‘Ilm al-Tajwid,

Urdun: Dar al-Nafais, h.61.

49Dr. Ahmad Khalid Syukri, Dr.Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah dan

(12)

34

sebenarnya melambangkan tahap penguasaan sebenar pembaca al-Quran tersebut.

BIBLIOGRAFI

„Abd Allah Muhammad bin Ahmad Dhahabi (1997), Ma’rifah

al-Qurra’ al-Kubar, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah

„Abd al-Fattah al-Qadi (t.t), Tarikh Qurra’ al-‘Asyrah, Kaherah: Maktabah wa Matba‟ah al-Masy‟ad al-Husayni

Abu Qasim „Ali bin „Uthman bin Muhammad bin Ahmad bin al-Husayn Ibn al-Qasih (1954), Siraj al-Qari’ al-Mubtadi’ wa

Tidhkar Muqri’ Muntahi, Kaherah:Maktabah Mustafa

al-Babi al-Halabi wa Awladuh

„Aitani, „Abd al-Rahman (1998), al-Mufid fi ‘Ilm al-Tajwid, cet.2, Beirut, Muassasah al-Rayyan.

Al-Ansari, Syeikh Islam Zakariyya bin Muhammad (2003), Syarh

Jazariyyah Musamma Daqaiq Muhkamah fi Syarh al-Muqaddimah, Beirut, Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Al-Qasim bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad al-Ru‟ayni al-Syatibi (1996),

Hirz Amani wa Wajh Tahani, Madinah: Maktabah Dar

al-Huda

Dr. „Abd Fattah Isma‟il Tha‟alabi (1999), Madkhal wa

Tamhid fi ‘Ilm Qira’at wa Tajwid, Kaherah: Maktabah

al-Wahbah

Dr „Abd al-Qayyum bin „Abd al-Ghafur al-Sindi (2001), Safahat fi

‘Ulum Qur’an,Beirut: Dar Basyair Maktabah

al-„Imdadiyyah

Dr.Ahmad Khalid Syukri, Dr. Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah dan Dr. Muhammad Khalid Mansur (2001), Muqaddimah fi ‘Ilm

al-Qira’at, Amman: Dar „Ammar

Dr. Muhammad Khalid „Abd al-„Aziz Mansur (1999), al-Wasit fi ‘Ilm

(13)

35

Dr. Nabil bin Muhammad „Ali Isma‟il (2002), Al-Imam Ibn al-Jazari

wa Juhuduh fi ‘Ilm al-Qira’at, Riyad: Dar Ibn Hazm

Ibn Khalqan, Ahmad bin Muhammad (t.t), Wafiyat al-A’yan, Beirut, Dar Sadir

Jarmi, Ibrahim Muhammad (2000), Al-Imam Syatibi Sayyid

al-Qurra’, Damsyiq, Dar al-Qalam.

Jazari, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof (1986), Tamhid fi ‘Ilm Tajwid, Beirut, Muassasah al-Risalah.

Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin „Ali bin Yusof al-Jazari (1932), Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra’, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah

Qamhawi, Muhammad al-Sadiq (t.t), al-Kawkab al-Durri fi Syarh

Tayyibah Ibn Jazari, Kaherah: Maktabah Kulliyyah

al-Azhariyyah

Syams al-Din Muhammad „Abd al-Rahman al-Sakhawi (1355H),

Al-Daw’ al-Lami’, Kaherah : Maktabah al-Qudsi

Shihab Din Ahmad bin Muhammad Qastalani (2000), Fath

Mawahibi fi Tarjamah Imam Syatibi, „Amman: Dar

Referensi

Dokumen terkait

VOLUME 14 No.. Dari kenyataan itu para pembelajar bahasa yang berbahasa ibu bahasa Indone- sia merasakan adanya ketidakjelasan anali- sis kalimat berbahasa Arab. Bahkan, mereka

Berdasarkan identifikasi terhadap ketiga elemen utama metafora di atas, dalam kajian ini dapat dijelaskan makna metafora beras beserta hal-hal yang bertalian dengan beras

Untuk wilayah Pulau Singkep, sebaran batuan metamorfik dari Kompleks Malihan Persing dan granit Tanjungbuku merupakan kelompok batuan keras yang sangat potensial untuk

Ada beberapa faktor yang mengakibatkan proses produksi terganggu diantaranya adalah sering terjadi seperti putusnya benang pakan, Ganti beam (kehabisan beam /

Penelitian ini bersifat deskriptif, yaitu lengkap dan terperinci mengenai pelaksanaan pemberian jaminan sosial kesehatan bagi Aparatur Sipil Negara yang

Upaya-upaya yang dilakukan untuk dapat meningkatkan kinerja guru SD di Gugus III Pattimura Kecamatan Denpasar Selatan sebagai berikut (1) Melaksanakan supervisi

Hubungan antara pemakaian masker dengan konsentrasi timbal (Pb) dalam darah dianalisa menggunakan SPSS dengan uji Fisher-exact sehingga diperoleh nilai signifikansi (p

Jika dalam Undang-Undang Mesir, perceraian terjadi jika suami murtad, karena perkawinan antara laki-laki Ahli kitab dengan wanita Muslim dilarang menurut