• Tidak ada hasil yang ditemukan

"BIDAYUH BORIS DALAM GAWAI OBUO SOWA MASYARAKAT BIDAYUF'

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan ""BIDAYUH BORIS DALAM GAWAI OBUO SOWA MASYARAKAT BIDAYUF'"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

"BIDAYUH BORIS DALAM GAWAI OBUO SOWA MASYARAKAT

BIDAYUF'

P

atricia Elyani

Anak

Rita

ng

M

Sarjana Mu

da

Seni Gunaan dengan KepujiaD

1627

(

Muzik

)

P314

2007

2007

(2)

, \ ,.... f I ~ ,... ~ I, ....,J

l'Usa! l'·t1.:lrnal J\ilaJ(ILlIn~t A!'.3aeml~ P KH IDMAT MAKlUMAT AKADEM IK

UNIVERSITl MALAYS!A SAA,AWM UNIMAS

~.n,~J Kn"J ~.fllJr.Jn.1I

1111111111111111111111111

1000191098

"BIDAYUH BORIS DALAM GAWAIOBUOSOWA MASYARAKAT BIDAYUH"

PATRICIA ELYANI ANAK RITANG

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Muzik)

F akulti Seni Gunaan dan Kreati f UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL : " Bidayuh Boris Dalam GalVa; Obuo Sowa Masyarakat Bidayub" SESI PENGAJIAN 200612007

Saya PATRICIA ELYANI ANAKRITANG

mengaku membenarkan tesisl Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,

Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

I. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pus at Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran autara institusi pengajian tinggi 5. ' sila tandakan

ttl

CJ

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan seperti termaklub di dal am AKTA RAHSIA 1972)

CJ

TERl-lAD

(mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

[l]

TIDAK TERl-lAD

l)Jsahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: \::

'>cJ

·

:l.C·n Tarikh:

Alarnat. Tetap: Kampung Skibang, Jagoi Bau,

94000 Kuehing, Sarawak.

Catalan: '" Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah, Saljan<J Muda

* Jika Tesis! Laporan SULlT atau TERHAD, sila lampirkan sural daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab daJl tempoh tesist [aporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT alau TERHAD

(4)

Projek bertajuk "Bidayuh Boris Dalarn Gawai Obuo Sowa Masyarakat Bidayuh" telah disediakan oleh Patricia Elyani ADak Ritang dan teJah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian daJam program Muzik.

Diterima untuk diperiksa oJeh:

Miss Ng Sie Ai

Tarikh:

(5)

PENGAKUAN

Penulis mengakui bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan atau dilaporkan daJam tesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk suatu Ijazah atau keJulusan sarnada kepada Universiti ini atau Institusi pengajian tinggi lain.

(PATRICIA EIYANI ANAK RITANG)

No. Matrik : 12927

(6)

PENGHARGAAN

Puji dan syukur saya kepada Tuhan Yang Maha Kuasa di atas berkat dan kurnia

yang diberikan untuk kesihatan yang sihat dan kejayaan dalam menyempurnakan projek tahun akhir ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bersusah payah membimbing saya untuk menyiapkan kajian ini Tidak lupa

juga kepada Ketua Program dan para pensyarah Program Muzik serta pensyarah FSGK

yang lain. Saya amat menghargai jasa dan tunjuk ajar kalian.

Khas buat ibubapa tercinta iaitu Michael Ritang dan Philomena Kenis, kakak dan abang yang disayangi iaitu Elizabeth Elrine dan suami Clinard, Daniel Willy, Josephine Elbrina dan Henry Wigan serta anak-anak buah yang come] dan dikasi hi iaitu Ashley Edit dan Chriss Bill. Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan serta kasih sayang

kaJian.

Tidak lupa Juga kepada rakan-rakan sepe~uangan terutamanya Daisy Bato, Goldie

Gayah, Min Padok, Sharon Stephanie, Susan dan Pink Tuban serta rakan-rakan sekelas

yang lain. lJcapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada RTM, Encik Boniface

DoweJl, Mdm Cecelia, Cecilia, Evenneth, Ray dan saudaralsaudari yang terlibat di dalam

temubual serta maklumat mengenai kajian inl. Kerjasama anda semua amat saya hargai dan

semoga anda diberkati selalu.

(7)

lSI KANDUNGAN Muka surat

Tajuk Tesis

Borang Pengesahan Status Tesis 11 Pengesahan dan Tandatangan Penyelia 111 , Pengakuan 1V Penghargaan v lsi Kandungan V1 Abstrak 1X Abstract x Bab 1 Pendahuluan

1.1

PengenaJan

1.2 Latar Belakang Kajian 7

1.3 Perrnasalahan

12

1.4 ObjektifKajian

1

3

1.5

Kepentingan Kajian 13

1.6

Hipotesis Kajian 14

I.7 Skop Kajian

15

Bab 2 Kajian Lepas

2.1

Pengenalan 16

2

.

2

Sorotan Kajian Terhadap 'Bidayuh Boris' dan Gawai Obuo Sowa 16

(8)

Bab 3 Metodoiogi Kajian

3. J Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan 3.2. ] Data Primer 3.2.2 Data Sekunder 3.2.3 Instrumen Kajian 3.3 Lokasi Kajian

Bab4 Analisa Kajian

4.1 Persediaan Gawai Obuo Sowa 4.2 Permuiaan Gawai Obuo Sowa 4.3 Kemuncak Gawai Obuo Sowa

4.4 Selepas Upacara Gawai Obuo Sowa

4.5 Pengenalan Kepada 'Boris'

4.6 Analisis Muzik 'Boris' 4.61. Scale

4.6.2 Melody 4.6.3 Text 4.6.4 Rhythm

Bab 5 Rumusan, Cadangan Dan Kesimpulan Kajian

5.1 Rumusan Kajian Tentang "Bidayuh Boris Dalam

Gawai Obuo Sowa Masyarakat Bidayuh"

V ll 20 20 21 22 23 24 28 31 39 42 43 52 52 53 55 58 60

(9)

5.2 Langkah-langkah Serra Cadangan Yang Perlu Diambil

63

Untuk Memelihara Dan Memulihara Muzik 'Boris'.

5.3 Kesimpulan

67

Glosari 68 Rujukan 72 Lampiran A

74

Lampiran B 78 Vlll

(10)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan genre vokal bagi masyarakat Bidayuh di

Daerah Bau. Fokus kajian adalah mengenai 'Boris' iaitu nyanyian priestess semasa

perayaan Gawai Obuo Sowa yang juga dikenali sebagai Perayaan Menuai . Objektif kajian

adalah supaya pembaca mengetahui mengenai ciri-ciri gaya muzik dan kaitan diantara

aspek muzik, upacara, mitos dan adat semasa perayaan Gawai Obuo Sowa dimana kajian

ini boleh dijadikan sebagai panduan penting kepada sesiapa yang berminat untuk

mengetahui lebih lanjut mengenai rnuzik etnik dan genre vokal rnasyarakat Bidayuh.

(11)

ABSTRACT

This thesis is aimed to highlight the vocal genre ofBidayuh community in Bau District. The

focus of the research will be on 'Boris', a priestess's singing during Gawia Obuo Sowa, also known as the Harvest Festival. The oNective aims to enlighten readers into the music

stylistic features and connection between musical aspects, ceremonies, myth and custom during Gawia Obuo Sowafestival which would be vital informationfor those who wish to learn more about Bidayuh's ethnic music and vocal genre.

(12)

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sarawak merupakan salah satu negeri terbesar di Malaysia. Pada tahun 1999, Sarawak mempunyai jumlah penduduk seramai 1.97 juta orang. Negeri Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum seperti Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Orang Ulu, India dan Penan. Kajian yang dilakukan lebih menfokus kepada masyarakat Bidayuh yang tinggal di Sarawak atau lebih dikenali sebagai Pulau Borneo.

Menurut Bu1etin Perangkaan Bulanan Sarawak (2007), penduduk masyarakat Bidayuh berjumlah 161,873 orang pada tahun 2000 danjumlah tersebut meningkat kepada 193.2 ribu orang pada tahun 2007 dim ana 33.6 ribu daripada jumlah tersebut merupakan masyarakat Bidayuh yang tinggal di Bau dan 74.0 ribu daripada jumlah tersebut tinggal di Kuching.

Menurut Eddie (2003), dulunya masyarakat Bidayuh dikenali sebagai Dayak Darat iaitu satu ungkapan penjajah yang bennaksud "orang yang tinggal di kawasan bukit" namun, panggilan tersebut dianggap kesat pada masa kini dan masyarakat Bidayuh lebih seIesa dengan gelaran Bidayuh. Menurut lagenda, masyarakat Bidayuh datang dari Gunung Sungkong di Kalimantan, Indonesia kim-kira dua puluh generasi sebelum ledakan Gunung

Penrissen. Selepas itu, mereka berhijrah ke kawasan berhampiran dan terdapat juga yang

tinggaJ di sekitar kawasan yang dipanggil Bandar Kuching pada hari ini tetapi mereka telah

(13)

berhijrah semakin jauh ke pedalaman untuk mencari perlindungan apabila telah diserang oleh perompak-perompak dan lanun dari Laut Sulu. Maka, mereka digelar Dayak Darat oleh pihak penjajah British.

Menurut Keppel (1846), Bidayuh terawal seperti juga kumpulan Dayak lain dalam Borneo, berkemungkinan datang dari Pulau Polynesia di Mid-Pacifik. Beliau percaya berdasarkan kebanyakan daripada perkataan-perkataan asal kaum Dayak dan dialek yang digunakan mempunyai persamaan dengan orang di Polynesia dimana kaum Dayak dan Polynesia berkemungkinan besar serumpun. Beliau kemudian menambah, Bidayuh terawal dan kumpulan Dayak lain berkemungkinan bukan berasal dari Negara-negara Asia yang lain kerana dialek dan pertuturan yang digunakan tidak mempunyai persamaan dengan orang Asia yang lain. Teori tersebut telah dipersetujui oleh Low (1847). Beliau menyatakan kaum Bidayuh berkemungkinan berasal dari tempat di luar dan timur Borneo termasuk Celebes, New Guinea dan Polynesia. Beliau turut berpendapat kaum Bidayuh mesti mempelajari penanaman padi dari orang Polynesia iaitu orang yang bertanggungjawab membawa ilmu tersebut ke Borneo melalui Celebes yang kini dikenali sebagai daerah Sulawesi.

Kedatangan kaum Bidayuh di Sarawak telah dibuktikan dengan teori Lee (1970), yang mengatakan bahawa nenek moyang masyarakat Bidayuh berasal dari Gunong Sungkong di Kalimantan Bara!. Minos (2002), dari tahun 1990 hingga 1994 secara peribadi telah melawat dan berjumpa dengan masyarakat Bidayuh yang menggelarkan diri mereka sebagai Dayak di Kalimantan Barat, Indonesia terutamanya masyarakat Bidayuh yang mendiami kawasan Pontianak, Sanggau, Sintang dan Putussibau. Beliau turut melawat

(14)

kawasan pedalaman Kalimantan Barat seperti Sungkong dan Bumbung atau Tamong,

Tebedu di Daerah Serian.

Menurut Minos (2002), sebelum pokok getah dijadikan sebagai crash crop pada akhir tahun 1940an dan 1950an, masyarakat Bidayuh hanya terlibat dalam penanaman padi

bukit. Padi bukit ditanam pada tanah rendah dan cerun-ceron bukit. Masyarakat Bidayuh menunjukkan sanjungan yang tinggi dan memberi penghonnatan pada tanaman padi

sehinggakan ia dianggap sebagai demi-god. Semasa hendak menanam padi, pelbagai ritual,

sembahyang, upacara dan kepercayaan akan diadakan dan persembahan tersebut dilakukan secara tradisional. Semuanya dilaleukan dengan niat untuk melindungi padi dari serangan tileus dan serangga, roh-roh jahat dan bencana alam semulajadi. Ritual dan upacara penyembahan yang diadakan merupakan perkara yang sangat serius dan penting kerana

sesiapa dengan sengaja tidak menghonnati dan mengingkari ritual tersebut akan

dibicarakan atau didenda oleh ketua kampung atau bomoh.

Masyarakat Bidayuh Jagoi mempunyai tiga istilah untuk beras yang terdiri daripada 'podi' iaitu apabila ianya tumbuh membesar di sawah dan sebelum ianya di sekam, 'boras'

iaitu selepas ianya di sekam dan 'tubi' iaitu selepas 'boras' tadi dimasak. Kepentingan padi

kepada masyarakat Bidayuh tidak boleh dipertikaikan kerana padi dianggap sebagai

lambang kemewahan dimana wang tunai dianggap leurang digunakan dan sebagai

alcibatnya leurang penting. 'Podi' akan disimpan di daJam bekas berbentuk segi empat tepat dan bula! yang dipanggil 'petak' dan 'sikiruong'. Sempena perayaan Gawai, masyarakat

Bidayuh cuba memperoleh berkat dari 'Tuhan' dan leng Sumuk leng Saba! iaitu roh nenek

moyang untuk hasil tuaian padi yang melimpah-ruah. Masyarakat Bidayuh menjaga padi

(15)

dengan penuh rasa honnat kerana sekiranya tidak dihonnati, mereka akan mendapat hasil tuaian yang tidak memberangsangkan pada masa akan datang. Oleh itu, mereka

menghonnati padi yang sudah dianggap sebagai kehidupan dan nyawa.

Cara hidup tradisional masyarakat Bidayuh sebahagian besarnya bercorak komunal

dan hal ini turut diakui oleh Minos (2002). Behau percaya sebaik sahaja kaum Bidayuh

menjadi peneroka beberapa tahun yang lampau dan memulakan tanaman padi bukit,

mereka memulakan kehidupan dengan membina rumah dan hidup di dalam kampung. Sistem yang lama seperti komuniti Bidayuh tradisional juga digunakan daJam perkampungan Bidayuh dan ia merupakan sebahagian daripada sejarah dan budaya masyarakat Bidayuh sendiri. Sistem yang digunakan dalarn perkarnpungan Bidayuh merupakan sistem yang sangat menatik kerana ia melambangkat1 identiti masyarakat

Bidayuh dan membolehkan orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai mereka seperti

cara hidup, budaya dan tradisi serta kaedah yang digunakan untuk terus hidup dan beberapa

aspek kepelibadian. SeJain itu, ia turut membeli petunjuk kepada peringkat perkembangan

dan kemajuan sosio-ekonomi masyarakat Bidayuh sendiri. Mereka menganggap katnpung

sebagai place of living. Hal ini kerana dikarnpunglah mereka dilahirkan, dibesarkan

membina keluarga dan belajar untuk hidup dan seterusnya meninggal dunia. Malah segala

aktiviti ritual, upacara, sembahyang dan sebagainya yang berkaitan akan dilakukan di

kampung.

Masyarakat Bidayuh juga mementingkan muzik dalam aktiviti seharian mereka. Menurut Ng (2002), penyanyi Bidayuh pemah mengatakan "the right way to do something is to sing the right song with it" yang bennaksud masyarakat B idayuh mempunyai lagu

(16)

untuk setiap aktiviti yang mereka lakukan. Muzik memainkan peranan yang sangat penting

daIam kehidupan mereka iaitu dari nyanyian untuk aktiviti harian sehingga yang berkaitan

dengan aktiviti sosial dan keagamaan. Malah, masyarakat Bidayuh juga sang at terperinei

daIam menyanyikan lagu yang sesuai untuk setiap aktiviti yang dilakukan. Kebanyakan falsafah kehidupan yang dibina mempunyai hubungan sepanjang hayat dengan kegiatan

pertanian, alam semulajadi, kuasa ghaib dan binatang dimana mereka akan menyanyikan nama kesemua benda yang melalui kawasan jaJan keeil seperti burung, pokok dan tumbuh­

tumbuhan, batu dan sebagainya dimana dalam erti kata lain menyanyikan tentang kewujudan duniawi. Bagi masyarakat Bidayuh, nyanyian merupakan footprints of

ancestors atau way of the law iaitu sebagai teras yang menghubungkan diantara kehidupan

seharian, keturunan dan alam sekeliling.

Selain itu, masyarakat Bidayuh juga mempunyai alat-alat muzik yang tersendiri dan unik kerana kebanyakannya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang boleh

didapati di hutan-hutan. Namun, ala! muzik masyarakat Bidayuh yang terkenal dan banyak

memainkan peranan dalam sesuatu upaeara dan majlis adalah gong dan dalam konteks

Bidayuh, gong yang khusus dalam gong ensemble dikenali sebagai 'gong'. Bagi terminologi Bahasa Inggeris, kesemua 'gong' yang terdiri daripada pelbagai saiz dan berat

diistilah sebagai 'gong' manakala bagi masyarakat Bidayuh, mereka menggunakan nama

'gong' untuk mentakrifkan jenis gong yang khusus seperti gong tawak, gong kigengguk,

gong poom, gong nadong dan gong sanang dalam dialek Bidayuh Bukar-Sadong. Gong

ensemble dimainkan untuk tujuan hiburan, pesta atau perayaan, upaeara penyembuhan atau

healing ceremony dan tarian lagenda.

(17)

Seperti juga kaum Oayak yang lain, masyarakat Bidayuh turut menyambut

perayaan Gawai. Perayaan Gawai merupakan salah satu perayaan yang penting bagi

masyarakat Bidayuh. Hal ini kerana cara keseluruhan kehidupan mereka berpusat kepada

kitaran atau pengalaman yang memuncak pada akhir satu musim pertanian dan

menunjukkan pennulaan kepada musim baru. Secara tradisi, musim penanaman padi akan

berakhir selepas musim menuai pad a bulan April manakala bulan Mei digunakan untuk

beristirehat. Kemudian, musim penanaman akan bennula semula pada bulan Jun. Perayaan

Gawai atau Dayak Festival Day biasanya disambut pada satu han bulan Jun kerana

berdasarkan kepentingan untuk menandakan berakhimya musim menuai dan bennulanya

musim penanaman padi yang barn. Walaupun secara tradisi dan adat setiap kaum Oayak

ketika menyambut perayaan Gawai mungkin berbeza dari setiap rumah panjang yang lain

namun, perayaan Gawai tetap disambut dengan cara yang sama bagi semua kaum Oayak.

Persediaan untuk upacara Gawai biasanya akan bennula beberapa minggu sebelum upacara Gawai yang sebenar diadakan. Seperti juga perayaan-perayaan yang disambut oleh kaum lain di Sarawak, seisi keluarga akan berkumpul pad a malam menjelang Gawai dan sebelum itu mereka yang tinggal berjauhan di bandar dan kota besar akan pulang ke rumah panjang

dan kampung masing-masing untuk berkumpul dengan keluarga pada malam tersebut.

Keadaan ini berbeza dengan kaum Oayak yang menyambut perayaan Gawai di bandar dimana mereka akan mengadakan rumah terbuka untuk rakan-rakan yang berbilang kaum.

Masyarakat Bidayuh boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu

Bukar-Sadong, Biatah, Bau-Jagoi dan Selako-Lara. Bidayuh Bukar-Sadong merupakan

kumpulan terbesar dan terdapat di Hulu Sadong dalam Oaerah Senan. Bidayuh Biatah pula

merupakan kumpulan kedua terbesar dan kebanyakan daripada mereka terdapat di kawasan

(18)

pedalaman di Daerah Kuching iaitu Penrissen dan Padawan. Bidayuh Bau-Jagoi pula

merupakan kumpulan ketiga terbesar dan kebanyakannya terdapat di Daerah Bau manakala

Bidayuh SeJako-Lara merupakan kumpulan terkecil dan kebanyakannya terdapat di Daerah Lundu.

1.2 Latar Belakang Kajian

Sepanjang tahun tanaman padi, masyarakat Bidayuh di Sarawak amnya dan

masyarakat Bidayuh Bau khasnya meraikan tujuh perayaan Gawai yang utama dimana

setiap Gawai akan diiringi dengan persembahan ritual untuk mendapatkan ralunat dari roh

nenek moyang agar memberikan hasil tuaian yang berlebih-lebihan, kesihatan yang baik dan hidup dengan aman damai .

Gawai pertama yang disambut dikenali sebagai Gawai Poris Gran dan diakhiri

dengan Gawai Gbuo Sowa . Gawai Gbuo Sowa merupakan Gawai kesyukuran dan sembahyang akan dilakukan untuk mendapatkan ralunat dari Jeng Swnuk i eng Saba; iaitu roh nenek mOYang untuk semua perkara yang baik pada tahun yang akan datang.

Secara kebiasaannya, rumah panJang akan digunakan sebagai temp at untuk merayakan perayaan Gawai yang memerlukan skala Gawai yang besar seperti Gawai Obuo Sowa. Hal ini kerana rekaan temp at terbuka dalam rumah panj ang dan gay a kehidupan komuniti yang rap at di antara satu sama lain secara logiknya adalah sangat sesuai

digunakan untuk upacara ritual, persembahan upacara dan tempat untuk menyambut

tetamu yang ramai lagi meriah. Setiap tetamu juga boleh memasuki setiap bilik dengan

(19)

mudah termasuk para tetamu yang kurang dikenali turut dijemput masuk oleh setiap keluarga dalam rumah panjang yang dilawati.

Setiap kampung men yam but perayaan Gawai pada tarikh yang berbeza dan terpisah dari kampung-kampung yang lain namun, ia tetap disambut pada musim perayaan Gawai yang sama. Hal ini kerana terdapat ramai rumah panjang dalam setiap kampung maka setiap rumah panjang akan menyambut secara terpisah dari rumah panjang yang lain. Setiap kampung juga tidak mungkin akan menyambut Gawai Obuo Sowa setiap tahun kerana perayaan tersebut memerlukan perbelanjaan yang sangat besar dan upacara yang panjang lebar serta diraikan selama empat hari empat malam. Secara gantiannya, sesebuah kampung hanya menyambut 'bikarak' iaitu ritual yang lebih ringkas dan hanya memerlukan satu hari untuk melakukannya. Biasanya, sesebuah kampung akan memilih sarna ada untuk menyambut perayaan 'Bikarak' setiap dua tahun atau secara bergilir-giJir dan kemudiannya merayakan Gawai Obuo Sowa pada tahun berikutnya.

Sebelum upacara Gawai menjelang, terdapat beberapa ritual Gawai akan dilakukan secara bergotong-royong. Di 'tanju' iaitu pelantaran atau open-air-platform, ritual pertama iaitu 'bawar' yang bermaksud tempat untuk pemberian persembahan akan dibina ditengah­ tengah 'tanju' akan dilakukan dan hanya boleh dilakukan pada waku petang iaitu pada pukul 2.00 petang dan tidak dibenarkan diadakan pada waktu pagi. Ritual kedua dikenali sebagai 'Piseen Bawar' iaitu rahmat daripada sembahyang 'bawar' ketika 'pinyigar' mengayun ayam disekeliling 'bawar'.

(20)

'Mit [eng Podi' merupakan ritual yang keempat dimana pada waktu ini, 'pinyigar' , pembantunya dan beberapa 'dayung boris' akan menyeberangi sungaJ untuk bersembahyang. Kemudian, ritual penyembe1ihan babi akan dilakukan dan selepas itu,

'pinyigar' dan pembantunya akan menyediakan beberapa barang yang akan diletakkan ke dalmn baku] rotan berbentuk segi empat sama sebagai pemberian persembahan. Ritual tersebut dikenali sebagai 'ngoot sadis'. Ritual yang seterusnya dikenali sebagai 'man bradat nyaa de nai ada!' dan pada ketika ini, nyanyian 'boris' akan berkumandang.

HasH temubual dengan Boniface Dowell, mengatakan bahawa 'boris' merupakan sebuah resital atau recital untuk normal priest atau priestess atau shaman. Menurut kepercayaan masyarakat Bidayuh, ia juga merupakan bahasa yang digunakan oleh manusia biasa untuk berkomunikasi dengan manusia yang berkedudukan lebih tinggi yang dikenali sebagai Ieng atau roh. Menurut Nuek (2002), 'boris' bermaksud lagu ritual yang dinyanyikan semasa Gawai dan terdapat beberapa kategori 'boris' seperti 'Boris Birayar', 'Boris Butan', 'Boris Mmnuh', 'Boris Mori', 'Boris Midiek', 'Boris Ngidaan Rasang',

'Boris Pinya' dan 'Boris Sinak'. Menurut Ng (2002), 'barih' atau 'boris' adalah ritual klasik yang dinyanyikan semasa upacara Gawai yang mengandungi lebih Japan hingga 16 Jagu dan barisan teks yang digunakan mengandungi syair keagaJnaan.

Menurut Dowell, rituaJ 'boris' menggunakan bahasa yang sukar untuk difahaJni dan tidak semua boleh menyanyikan 'boris' kerana bahasa yang digunakan bukan hanya menggunakan bahasa Bidayuh tempatan. 'Boris' merupakan sebuah ritual yang bersifat klasik dan Sanskrit akiba! dipengaruhi unsur lavanish dan Hinduism kerana dipercayai semasa pemelintahan empayar Majapahit, nenek moyang masyarakat Bidayuh pada masa

(21)

tersebut telah berhubung dengan Javanish yang turut membawa bersama adat dan budaya mereka pada masa pemerintahan. Maka seeara tidak langsung, budaya masyarakat Bidayuh pada masa tersebut banyak dipengaruhi daripada Javanish. Oleh itu, 'boris' mempunyai kaitan dengan manuskrip Sanskrit dan bahasa yang digunakan dalam nyanyian 'boris' bukan hanya menggunakan bahasa Bidayuh tempatan dan ia adaJah semi-abstract. Menurut kepereayaan, ' Ieng' turut memahami bahasa yang digunakan dalam 'boris' dan secara tidak langsung mereka boleh berkomunikasi, membuat persembahan dan dipenuhi dengan perasaan asyik-maskyuk atau entrance selepas puas melompat setelah menaiki anak tangga kelapan dan menggoncang pokok 'binua' dan' grunung' dengan kuat dalam ritual yang terakhir dan klimaks Gawai yang dikenali sebagai ritual 'simutur' .

Seseorang wanita memerlukan latihan mimmum selama lapan tahun dari nenek moyang masing-masing dan seterusnya memperoleh kelayakan mendapat gelaran 'dayung boris.' Hal ini kerana mereka memerlukan masa satu tahun untuk mempelajari dan menghafal hanya untuk rangkap pertama dan masa lapan tahun untuk menghabiskan keseluruhan lagu. Selepas mendapat kebenaran daripada pengajar yang terdiri daripada ketua Gawai dan juga ' dayung boris', 'dayung-dayung boris' tersebut dibenarkan untuk resital atau recite dan melakukan sembahyang. Apabila 'dayung boris' tersebut bersembahyang, terdapat lapan versi yang dikenali sebagai 'boris'. Sekiranya seorang wanita merupakan 'dayung boris' dan terdapat seorang lelaki ingin melamar dan menjadikan 'dayung boris' tersebut sebagai isterinya maka lelaki tersebut harus mengadakan persembahan berbentuk hantaran dan memerlukan persetujuan dalipada ibu bapa 'dayung boris' tersebut. Selain itu, 'dayung boris' harus melakukan persembahan dan ritual yang sepatutnya sebelum melakukan resital 'boris' kerana ia merupakan pantang

(22)

larang dalam 'boris' dan sekiranya pantang larang tersebut dilanggar, maka akan terdapat bencana yang akan menimpa 'dayung boris' .

Mereka iaitu 'dayung-dayung boris' harus mempercayai pantang-larang dalam

'boris' kerana sekiranya mereka tidak percaya, mereka tidak dapat melakukan persembahan kerana perkara yang dibaca dan dinyanyikan dalam 'boris' sudah tidak mempunyai ertinya dan mereka hanya dapat melakukan persembahan dan recite sekiranya

mereka percaya. Wanita yang tidak mempercayai pantang larang tersebut juga tidak digalakkan untuk menjadi 'dayung boris' kerana tugas sebagai 'dayung boris' memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang sangat besar.

Kesimpulannya, sesungguhnya perayaan Gawai Obuo Sowa merupakan masa masyarakat Bidayuh untuk berhibur, jamuan makan dan berkumpul bersama sanak saudara

dan rakan-rakan dari dalam dan luar kampung. 1a juga merupakan perayaan yang sangat

meriah dan mampu memecah kesunyian sesebuah kampung dan rumah panjang yang

sebelum itu sunyi sepi dengan aktiviti seharian penduduk sesebuah kampung. Walau

bagaimanapun, Gawai Obuo Sowa bukan sahaja merupakan perayaan untuk berhibur semata-mata kerana melalui upacara dan ritual yang dilakukan ia mampu menunjukkan terdapat komunikasi diantara manusia dan 'Tuhan' atau leng serta aktiviti yang dijalankan

sepanjang perayaan Gawai dapat menjalinkan hubungan persahabatan yang lebih kukuh

diantara penduduk kampung dan rumah panjang. Selain itu, 'boris' merupakan satu ritual

yang sangat penting dalam Gawai Obuo Sowa dan merupakan resital yang ditungggu­

tunggu dalam perayaan Gawai .

(23)

1.3 Permasalahan

Pennasalahan kajian utama yang dihadapi adalah masalah rakaman audio dan

visual kerana 'boris' merupakan satu ritual yang hanya boleh dinyanyikan pada masa

tertentu seperti Gawai dan untuk mendapatkan penyanyi 'boris' adalah sesuatu yang sukar kerana ramai orang tua yang pandai menyanyikan 'boris' tidak dapat mengingati

keseluruhan lirik yang hendak dinyanyikan kerana ramai diantara penyanyi yang pengkaji temuramah sudah lupa nyanyian tersebut di sebabkan jarang mempersembahkan

persembahan dan 'boris' kecuali pada masa Gawai. Selain itu, 'boris' juga tidak

mempunyai teks yang ditulis dengan lengkap kerana ia dipelajrui secara lisan. Oleh itu,

untuk mendapatkan rakaman secara visual dan audio adalah sesuatu yang sangat sukar dan

pengkaji hanya dap at melakukan proses rakaman dalam bentuk audio.

Pennasalahan kajian yang kedua ialah masalah penteIjemahan bahasa 'boris'

kerana bahasa yang digunakan adalah bahasa klasik dan sangat sukar untuk difahami dan diteIjemah ke dalam Bahasa MeJayu dan Bahasa lnggeris.

Selain itu, kebanyakan penduduk di kampung Bidayuh menganut agama Kristian dan tidak mengamalkan adat lama. Hal ini menyebabkan 'boris' semakin pupus dan hanya segelintir masyarakat Bidayuh iaitu orang-orang tua sahaja yang masih mengamalkan ritual

dan nyanyian tersebut semasa Gawai Obuo Sowa manakala anak-anak mud a kaum

Bidayuh tidak benninat untuk mempelajari 'boris'.

(24)

1.4 Objektif Kajian

Objektif pertama kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui lebih dekat lagi

aspek muzik nyanyian ritual ' boris' dan adat istiadat yang berkaitan semasa upacara Gawai

terutamanya yang melibatkan nyanyian 'dayung boris' .

SeJain itu, kajian ini juga akan mengenaJ pasti kaitan antara lirik Jagu pemujaan

dengan setiap upacara dan cara penyarnpaian yang digunakan ketika nyanyian dilakukan.

Dan segi penggunaan lirik atau teks, pengkaji akan mengkaji sama ada terdapat perubahan

pada lirik atau teks setiap kali 'boris' dinyanyikan dalam upacara Gawai.

Kemahiran nyanyian 'boris' biasanya diwarisi kepada anak perempuan dan ini

menunjukkan golongan perempuan diberi kepercayaan yang tinggi dan dihonnati dalam

melakukan resital 'boris'. Objektif pengkaji yang seterusnya adaJah untuk mengkaji

kepentingan 'boris' dalam mempersembahkan vokal perempuan Bidayuh semasa upacara

Gawai.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk menunjukkan kaitan di antara aspek sosial, kepercayaan

dan adat resam yang dianuti oleh masyarakat Bidayuh pada masa dahulu iaitu dan segi kepercayaan animisme seperti semangat padi dan kuasa ghaib yang dipercayai boleh

membantu mereka dalam pertanian. Selain itu, kajian ini juga akan memberitahu lebih

Referensi

Dokumen terkait

1) Untuk meningkatkan daya guna uang. Dengan adanya kredit dapat meningkatkan daya guna uang, maksudnya jika uang hanya disimpan saja dirumah tidak akan menghasilkan sesuatu

Menimbang : bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 9 Peraturan Daerah Kabupaten Wonosobo Nomor 12 Tahun 2016 tentang Pembentukan Dan Susunan Perangkat Daerah Kabupaten

-- Early onset sepsis (EOS), timbul dalam 3 hari p Early onset sepsis (EOS), timbul dalam 3 hari p ertama berupa ertama berupa gangguan multisistem dengan gejala pernapasan

Pada Gambar 4.2 besarnya potensi penghematan pemakaian energi listrik pada sistem kelistrikan rumah tangga untuk kategori R-900 VA berdasarkan Tabel 4.8 pengeluaran tertinggi

Dalam sistem ekonomi syariah menurut Advika (2017) ekonomi syariah semakin hari perkembangannya semakin dikenal di masyarakat. Tak hanya untuk kalangan islam semata, tetapi juga

Cloud computing merupakan sistem virtualisasi yang mampu menampung beragam platform, bahasa program (coding), aplikasi dan infrastruktur yang berbeda agar dapat bekerja dalam satu

memiliki kandungan hidrogen yang berbeda menyebabkan jumlah proton yang beresonansi juga berbeda sehingga hasil SNR gambar dan waktu pencitraan juga berbeda sehingga

Sesuai dengan hipotesis penelitian yakni “Ada pengaruh signifikan penerapan metode everyone is teacher here terhadap hasil belajar bahasa Indonesia siswa kelas V