• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 KEPADA PELAJAR DAN IPT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 KEPADA PELAJAR DAN IPT"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN

PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

2015 KEPADA PELAJAR DAN IPT

(2)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia 2015 Kepada Pelajar Dan IPT 2

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA 2015

1. PENDAHULUAN

Pada 10 Oktober 2014, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I di dalam pembentangan Bajet tahun 2015 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM325 juta untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Semua 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dijangka menerima manfaat daripada program ini.

2. OBJEKTIF

Pemberian BB1M 2015 adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3. KRITERIA KELAYAKAN

Pelajar yang layak menerima BB1M 2015 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2015;

c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31

Disember 2014.

d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; e) Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan

f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

(3)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 3

4. TEMPOH PELAKSANAAN

BB1M 2015 ini sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2015.

5. KADAR

Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M 2015 berjumlah RM250.

6. TANGGUNGJAWAB JABATAN

6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia

a) Menyedia dan mengedar Surat Siaran dan Garis Panduan Pemberian BB1M tahun 2015;

b) Mengemukakan enrolmen pelajar mengikut IPT kepada Kementerian Kewangan dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi tujuan cetakan BB1M 2015;

c) Mengemukakan data pelajar yang layak mengikut IPT kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan penyelarasan dengan BR1M tahun 2015; dan

d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pemberian BB1M 2015 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

6.2 Agensi Penyelaras

a) Mengemukakan data pelajar yang layak kepada Urus Setia BB1M 2015 di Bahagian Kewangan, KPM;

i. Keseluruhan IPT harus mengemukakan data pelajar yang layak selewat-lewatnya pada 10 Januari 2015. Pihak Urus Setia tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan pihak IPT mengemukakan data tersebut pada tempoh yang telah ditetapkan oleh KPM.

ii. Data bagi pelajar yang berada atau meneruskan pengajian di IPT yang lain/bukan IPT yang asal, perlu dimasukkan dalam data IPT asal pelajar tersebut.

b) Memaklumkan kepada semua pelajar yang layak mengenai pelaksanaan pemberian BB1M 2015;

(4)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 4

c) Menyelaras pengagihan BB1M 2015 untuk semua

sekolah/kolej/kampus/cawangan di negeri masing-masing

(Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyelaras pengagihan BB1M 2015 meliputi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta/Persendirian);

d) Memastikan pelajar menandatangani Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M 2015 seperti di Lampiran 1;

e) Mengecop BB1M 2015 dengan cop rasmi IPT pada ruang yang telah ditetapkan;

f) Memastikan pelajar mengisi pada ruangan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M 2015 sebaik sahaja menerima BB1M 2015 tersebut;

g) Menyimpan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M 2015 dan buku keratan BB1M 2015 bagi tujuan penyemakan dan pengauditan; dan

h) Melaporkan Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M 2015 seperti di Lampiran 2 kepada Urus Setia seperti di Jadual 1:

Jadual 1 PERINGKAT PENGAJIAN/ INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AGENSI PENYELARAS

Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi (BM) Tingkatan 6 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Institut Pendidikan Guru

(IPG)

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Kolej Vokasional Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

Politeknik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Institut Pengajian Tinggi

Awam (IPTA)/ Hospital Pengajar

Pejabat Bendahari/ Pejabat Kewangan IPTA

(5)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 5 i) Agensi Penyelaras hendaklah mengumpul Ringkasan Akuan

Penerimaan/Pengagihan BB1M 2015 di bawah tanggungjawab masing-masing dan mengemukakannya kepada Urus Setia BB1M 2015 di Bahagian Kewangan KPM sebelum 1 Ogos 2015; dan

j) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan BB1M 2015 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

7. TATACARA PENYALURAN DAN PENEBUSAN BB1M 2015

Tatacara penyaluran dan penebusan BB1M 2015 adalah seperti berikut :

7.1 BB1M 2015 akan dicetak dan diedarkan terus oleh Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) kepada Agensi Penyelaras;

7.2 IPT bertanggungjawab membuat semakan ke atas BB1M 2015 yang diterima dan melaporkan terus kepada Urus Setia BB1M 2015 sekiranya berlaku ketidakcukupan BB1M 2015 yang diterima daripada pihak PNMB; 7.3 IPT perlu mengagihkan BB1M 2015 kepada pelajar selepas mendapat

arahan daripada pihak KPM;

7.4 Pelajar perlu mengisi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dengan jelas pada BB1M 2015 semasa menuntut BB1M 2015 di IPT; 7.5 Pelajar juga perlu memastikan BB1M 2015 telah dicop dengan cop rasmi

IPT berkenaan;

7.6 Pelajar perlu menggunakan BB1M 2015 di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M 2015 dan kad pengenalan;

7.7 Pelajar hendaklah menggunakan kesemua BB1M 2015 bernilai RM250

untuk tujuan pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah serta merangkumi segala jenis bahan bacaan yang memberi manfaat dan berkaitan dengan bidang pengajian pelajar sahaja;

Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) Bahagian Governans IPTS (JPT) Institusi Pengajian Tinggi

di bawah Kementerian lain/Kerajaan Negeri

Pejabat Kewangan Agensi

(6)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 6

7.8 Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada KPM;

7.9 BB1M 2015 tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang

tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

7.10 Tempoh sah laku BB1M 2015 adalah enam (6) bulan sahaja sehingga 30

Jun 2015; dan

7.11 Pembelian e-book adalah dibenarkan kepada pelajar tetakluk kepada syarat asas di para 7.7.

8. PELAJAR BERPINDAH ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

8.1 Pihak IPT hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada IPT asal pelajar mengenai status pemberian BB1M 2015 bagi mengelakkan pertindihan agihan; dan

8.2 Pelajar yang telah berpindah ke IPT yang lain dan belum menerima BB1M 2015, hendaklah menuntut BB1M 2015 di IPT asal pelajar tersebut.

9. KEROSAKAN

9.1 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

a) IPT perlu memastikan BB1M 2015 yang diterima berstatus baik; b) Sekiranya berlaku kerosakan pada BB1M 2015, pihak

bertanggungjawab perlu memaklumkan kepada pihak Urus Setia BB1M 2015 dan mengemukakan BB1M 2015 tersebut dalam

kadar yang segera bagi tujuan pencetakan semula BB1M 2015 oleh

pihak PNMB; dan

c) Kerosakan BB1M 2015 adalah seperti; I. Nombor siri bertindih;

II. Ketidaksempurnaan dalam pencetakan; dan

III. Lain-lain kerosakan kepada BB1M 2015 yang memerlukan pencetakan semula.

(7)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 7

9.2 PELAJAR

a) Pelajar hendaklah memastikan BB1M 2015 yang diterima daripada IPT masing-masing berada dalam keadaan yang baik; dan

b) IPT dan KPM berhak untuk menolak sebarang tuntutan pengantian BB1M 2015 sekiranya berlaku sebarang kerosakan disebabkan kecuaian pelajar sendiri.

10. KEHILANGAN/ KECURIAN BB1M 2015 10.1 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

a) Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil oleh IPT sekiranya berlaku sebarang kehilangan atau kecurian BB1M 2015:

i. IPT hendaklah membuat laporan polis dengan segera dalam tempoh masa 24 jam dari masa kehilangan/kecurian diketahui; ii. Mengemukakan laporan kehilangan/kecurian kepada Urus Setia

BB1M 2015 beserta laporan polis dalam tempoh dua (2) hari dari masa kehilangan telah diketahui; dan

iii. BB1M 2015 yang hilang dalam simpanan IPT tidak akan diganti dan pihak IPT perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

10.2 PELAJAR

a) Sebarang kehilangan/kerosakan BB1M 2015 selepas pengagihan adalah di bawah tanggungjawab pelajar.

11. KEKURANGAN/LEBIHAN BB1M 2015

11.1 Sekiranya berlaku lebihan BB1M 2015, IPT hendaklah mengembalikannya kepada Urus Setia BB1M 2015 melalui IPT masing-masing sebelum 30

(8)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 8

12. PENYALAHGUNAAN BB1M 2015

12.1 BB1M 2015 yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

12.2 Setiap pelajar hanya diperuntukan BB1M 2015 berjumlah RM250. Sebarang penebusan melebihi nilai BB1M 2015 yang diperuntukan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pelajar yang menerima lebih daripada RM250 BB1M 2015 perlu memulangkan lebihan tersebut kepada IPT

12.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak IPT dan Penjual/Pekedai Buku untuk mematuhi tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian BB1M 2015 bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan; dan

12.4 Mana-mana pihak atau pelajar yang didapati menyalahgunakan BB1M 2015 ini boleh dikenakan tindakan senaraihitam dan tidak akan

diberikan kemudahan dalam menyertai program BB1M pada masa hadapan.

13. Garis panduan ini tertakluk kepada sebarang pindaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

14. Garis Panduan ini akan berkuatkuasa sehingga garis panduan baru dikeluarkan pada tahun berikutnya.

(9)

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 9

15. URUS SETIA BB1M 2015

15.1 Sebarang urusan surat-menyurat berkenaan BB1M 2015 hendaklah dialamatkan kepada:

Urus Setia BB1M 2015

Bahagian Kewangan, Sektor Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 12, No. 2 Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya.

15.2 Untuk pertanyaan lanjut, boleh melalui e-mel ke [email protected] atau menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:

a) Sektor Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri/Kolej Komuniti)

i. En. Mohd Redzuan bin Masnan No. Telefon : 03-88705334

ii. Cik Nor Shafidatul Adila binti Abd Aziz No. Telefon : 03-88705339

iii. En Wan Hazaman bin Wan Hassin No. Telefon : 03-88704363

iv. Cik Norhidayah binti Rizuem No. Telefon : 03-88704361

b) Sektor Pelajaran (Sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional/Institut Pendidikan Guru)

i. Encik Mohd Yusof bin Rosli No. Telefon : 03-88847616 ii. Puan Hasnah binti Ismail

No. Telefon : 03-88847081 iii. Norzilah binti Kadir

(10)

LAMPIRAN 1 SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015

(Borang ini dikemaskini dan disimpan oleh Institusi Pengajian Tinggi masing-masing)

NAMA INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ... KOD INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ………...

ALAMAT : ...

NO. TELEFON : ………...….. JUMLAH BB1M 2015 DITERIMA : ...

NO FAKS : ... JUMLAH BB1M 2015 DIAGIH : ...

JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN : ………...

BIL NAMA PELAJAR NO. KAD

PENGENALAN MENERIMA / MENOLAK BB1M 2015 TARIKH TERIMA NO SIRI BB1M 2015 TANDATANGAN

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan :

(11)

RINGKASAN AKUAN PENERIMAAN/PENGAGIHAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015

(Borang ini dikemaskini oleh Institusi Pengajian Tinggi dan dihantar kepada Agensi Penyelaras)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI/ AGENSI PENYELARAS : ALAMAT : NO TELEFON : NO FAKSIMILI :

BIL INSTITUSI PENGAJIAN/ AGENSI PENYELARAS BB1M 2015 DITERIMA BB1M 2015 DIAGIH LEBIHAN / KURANGAN (NO SIRI) JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan Tandatangan

Nama Nama

Jawatan Jawatan

Referensi

Dokumen terkait

Di lokasi Kawah Ratu juga dijumpai 1 keluarga Elang Hitam (I. malayensis) dengan rincian 2 dewasa. Pada kedua lokasi ini, elang jenis lain melakukan aktivitas pada

Untuk pengujian dan analisa kualitas jaringan serat optik FTTH dan kualitas penerimaan audio video dengan menerapkan IPTV dalam jaringan serat optik, maka arsitektur IPTV

Dalam pelaksanaannya ben tuk pelanggaran hukum yang ter jadi di wilayah Kogartap III/Sura baya yang sering terjadi dibagi menjadi dua yang pertama adalah

Berbagai kegiatan kepanitiaan penulis ikuti selama menjadi mahasiswi di antaranya Fieldtrip Gumatika 2009 sebagai Ketua Pelaksana, Bogor Bussiness Simulation and

Guru meminta siswa untuk mencari contoh dari masing – masing language features yang terdapat dalam teks. Please find the examples of each language features in

Artikulu honetan, azalduko da zein metodologia erabiltzen den modu- konmutazioaren bidez sistemen ikuskatzerako eta kontrol-arkitekturaren diseinurako; gero, IEC 61131-3

Tingkat optimisme konsumen Indonesia menunjukkan penurunan di kuartal ini, yang disebabkan oleh terjadinya penurunan pada tiga indikator yaitu optimisme mengenai prospek

Dengan demikian penatagunaan tanah penting untuk dilakukan karena bisa mensinergiskan antara kegiatan pembangunan (termasuk infrastruktur) dengan rencana tata ruang yang ada