• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

ZARINA SAMIN KB, PA

Kolej Komuniti Bandar Penawar Johor zarina@kkbpenawar.edu.my

Pembelajaran sepanjang hayat menyokong penyebaran budaya ilmu tanpa mengira batasan usia dan telah mengubah cara berfikir individu. Saranan pihak kerajaan menjadikan masyarakat Malaysia yang kaya dengan ilmu pengetahuan kian menjadi nyata melalui pembelajaran sepanjang hayat. Hasrat meningkatkan pengetahuan diri dan inginkan perubahan sering kali menjadi alasan individu untuk belajar. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada pembelajaran sepanjang hayat dan kesediaan untuk berubah. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap pembelajaran sepanjang hayat, tahap kesediaan pelajar berubah dan hubungan pembelajaran sepanjang hayat dan kesediaan pelajar untuk berubah. Kajian dijalankan dalam bentuk kajian kuantitatif. Alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur pembelajaran sepanjang hayat ialah soal selidik pembelajaran sepanjang hayat Mohamad Satar et al. (2009) dan soal selidik soal selidik skala tahap perubahan yang diadaptasi dari soal selidik URICA 1983. Seramai 17 orang pelajar Sijil Akauntansi Kolej Komuniti Bandar Penawar terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (peratusan) dan statistik inferensi (korelasi Pearson). Kajian mendapati tahap pembelajaan sepanjang hayat pelajar adalah tinggi dan pelajar berada pada skor berfikir untuk berubah. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara pembelajaran sepanjang hayat dengan kesediaan pelajar untuk berubah. Diharap keputusan kajian ini dapat mengukuhkan keyakinan individu yang ingin berubah ke arah kehidupan yang lebih baik melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, ia dapat membantu Kementerian Pendidikan menghebahkan kepada masyarakat kepentingan pembelajaran sepanjang hayat melalui Kolej Komuniti khususnya dan institusi pendidikan lain amnya.

Kata kunci: pembelajaran sepanjang hayat; kesediaan berubah; pelajar;

(2)

PENGENALAN

Pembelajaran Sepanjang Hayat

perhubungan yang baik dengan orang lain. Emosi mempengaruhi keputusan, kreativiti dan juga sikap seseorang. Emosi merupakan elemen yang sangat penting dalam diri seseorang. Ahli psikologi melihat Kesediaan untuk berubah. Menurut Abd Aziz (2000), dalam Mohd Shatar et al. (2009), kemahiran keusahawanan memerlukan empat kemahiran utama iaitu kemahiran pengurusan, kemahiran menyatakan tidak, kemahiran pengurusan tanggapan pertama dan kemahiran pengurusan masa. Kemahiran-kemahiran ini jika dikuasai akan membantu individu dalam keusahawanan. Secara umumnya, keusahawanan adalah proses-proses yang terlibat dalam membentuk sikap, ciri-ciri dan nilai dalaman seseorang ke arah menjadi usahawan.

Menurut Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (2012), dalam ucapannya sewaktu Seminar Keusahawanan Kebangsaan Kolej Komuniti 2012 bidang keusahawanan masih lagi belum menjadi kerjaya pilihan pelajar Institusi Pengajian Tinggi tempatan apabila statistik menunjukkan hanya sekitar 1 peratus sahaja graduan dan lulusan IPT menceburi bidang keusahawanan dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian pada tahun 2011. Berdasarkan kajian mengenai persepsi, niat dan sikap masyarakat terhadap bidang keusahawanan yang dijalankan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) di 54 buah negara, Malaysia didapati berada di kedudukan yang agak rendah dari segi niat individu menjadi usahawan iaitu hanya mencapai skor sebanyak 8.7 peratus berbanding negara yang mempunyai skor yang tertinggi seperti Columbia 55.8 peratus, Chile 46 peratus dan China 42.8 peratus.

Pihak Kementerian Pendidikan pada masa kini bukan sahaja menumpukan kepada inisistif dan usaha untuk melahirkan usahawan semata-mata tetapi memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk membentuk usahawan yang berkualiti dan mempunyai daya tahan yang tinggi, kekuatan mental dan kerohanian.

Kepentingan pembelajaran sepanjang hayat kepada kesedian berubah Peranan kecerdasan emosi dapat dilihat dalam keusahawanan apabila individu itu berhadapan dengan sesuatu pekerjaan yang kompleks dan rumit maka semakin tinggilah keperluan kecerdasan emosi yang diperlukan dalam diri individu. Kekurangan kecerdasan emosi akan mempengaruhi kemahiran keusahawanan.

(3)

PERNYATAAN MASALAH OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian penyelidikan ini ialah:

i. Mengkaji tahap pembelajaran sepanjang hayat pelajar Sijil Akauntansi pelajar KKBP.

ii. Mengkaji tahap kesediaan berubah pelajar Sijil Akauntansi KKBP.

iii. Mengkaji hubungan pembelajaran sepanjang hayat dengan kesediaan berubah pelajar sijil Akauntansi KKBP.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian seperti berikut:

i. Apakah tahap pembelajaran sepanjang hayat pelajar Sijil Akauntansi KKBP?

ii. Apakah tahap kesediaan berubah pelajar pelajar Sijil Akauntansi KKBP? iii. Adakah terdapat hubungan pembelajaran sepanjang hayat dengan

kesediaan berubah pelajar sijil Akauntansi KKBP?

KERANGKA KAJIAN

Kajian terhadap hubungan antara Model Kecerdasan Emosi Goleman (1995) dengan kemahiran keusahawanan adalah berdasarkan kepada kerangka kerja teorikal yang dibina seperti Rajah 1. Kerangka teoritikal ini terbina berdasarkan kajian lepas terhadap kecerdasan emosi Goleman dan kemahiran keusahawanan. Bahyah et al (2008), menggunakan model kajian kecerdasan emosi Goleman, membincangkan aspek kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial, dan kemahiran sosial bagi melihat faktor kecerdasan emosi dalam keusahawanan. Terdapat dua pemboleh di dalam kajian ini iaitu pemboleh ubah bersandar (DV) dan pemboleh ubah berbebas (IV). Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini merujuk kepada lima elemen kecerdasan emosi. Manakala kemahiran keusahawanan sebagai pemboleh ubah bersandar.

Kerangka kajian tersebut juga menunjukkan kaitan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah kecerdasan emosi menggunakan alat ukur Inventori Kecerdasan Emosi Goleman (1995), menyentuh lima elemen iaitu mengenali emosi kendiri, mengurus emosi kendiri, motivasi kendiri, kemampuan membina hubungan dengan orang lain dan mengenali emosi orang lain (empati). Manakala pemboleh ubah kemahiran keusahawanan menggunakan alat ukur kemahiran keusahawanan yang dibina oleh Mohammad Shatar et al. (2009), yang menyentuh tentang kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan serta kebolehan untuk bekerja sendiri.

(4)

METOD

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan pengumpulan maklumat daripada responden melalui borang soal selidik. Borang soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian A berkaitan maklumat demografi, bahagian B berkaitan kecerdasan emosi yang diukur menggunakan Inventori Kecerdasan Goleman (1995) dan Bahagian C berkaitan soal selidik kemahiran keusahawanan yang diadaptasi dari Mohamad Shatar et al. (2009).

Soal Selidik Pembelajaran Sepanjang Hayat (1995)

Dalam kajian ini pengkaji hanya mengguna pakai soal selidik item persepsi sahaja yang mengandungi 60 item yang terdiri daripada lima dimensi kecerdasan emosi iaitu mengenali emosi, mengelola emosi, motivasikan diri sendiri dan mengenali emosi orang lain serta membina hubungan dengan orang lain. (Sila rujuk Jadual 1)

Skala jawapan yang digunakan adalah berpandukan kepada skala likert iaitu sangat setuju (4), setuju (3), tidak setuju (2) dan sangat tidak setuju (1). Soal selidik ini membahagikan tahap kecerdasan emosi kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. (Sila rujuk Jadual 2). Nadhirin (2009), menjelaskan secara keseluruhannya didapati nilai kebolehpercayaan bagi instrumen yang telah dibina adalah tinggi dan melebihi .80.

Kajian Rintis

Satu kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang pelajar di Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) menggunakan soal selidik kemahiran keusahawanan. Hasil dapatan tersebut mendapati soal selidik kemahiran keusahawanan yang diadaptasi dari Mohamad Shatar et al. (2009), pula mendapat nilai kebolehpercayaan alpha .69.

Sementara itu, pengkaji telah membahagikan kemahiran keusahawanan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Menurut Rahimah (2006), markat lima mata dalam skala Likert perlu diubah kepada tiga mata untuk memudahkan proses analisis data. (Sila rujuk Jadual 3)

Responden

Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar KKBP Kementerian Pendidikan. Seramai 107 orang pelajar telah terlibat menjadi responden di dalam kajian ini (dengan merujuk kepada jadual penentu saiz sampel Krejie dan Morgan (1970).

DAPATAN

Kajian ini adalah untuk melihat hubungan pembolehubah kecerdasan emosi iaitu mengenali emosi kendiri, mengurus emosi kendiri, motivasi kendiri, kemampuan

(5)

membina hubungan dengan orang lain dan mengenali emosi orang lain (empati) dengan kemahiran keusahawanan. Kaedah korelasi telah dilakukan bagi melihat hubungan tersebut. Berikut merupakan jadual yang menerangkan tentang interpretasi kekuatan hubungan pembolehubah kajian. (Sila rujuk jadual 4)

Berikut merupakan pengujian hipotesis:

Hipotesis 1: Terdapat hubungan keupayaan mengenal emosi kendiri dengan kemahiran keusahawana pelajar KKBP.

Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif dan signifikan di antara keupayaan mengenal emosi dengan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar KKBP. Terdapatnya hubungan positif yang sederhana di antara kedua-dua pembolehubah, iaitu r = 0.52, n =107, p < 0.05. Ini menunjukkan semakin tinggi keupayaan mengenal emosi, semakin tinggi kemahiran keusahawanan. Justeru, hipotesis yang menyatakan terdapatnya hubungan di antara keupayaan mengenal emosi dengan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar KKBP diterima dalam kajian ini. (Sila rujuk Jadual 5)

Hipotesis 2: Terdapat hubungan keupayaan mengurus emosi kendiri PERBINCANGAN

Terdapat hubungan keupayaan mengenal emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP.

Dalam kajian mendapati hubungan antara keupayaan mengenal emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan merupakan eleman Model Kecerdasan Emosi Goleman yang paling kuat hubungannya dengan kemahiran keusahawanan iaitu r=0.52 berbanding dengan elemen kecerdasan emosi Goleman yang lain. Hal ini, membuktikan keupayaan individu itu memahami kendirinya lebih utama daripada elemen-elemen yang lain sebelum individu memilih untuk menjadi usahawan. Hubungan ini menunjukkan semakin tinggi keupayaan mengenal emosi seseorang pelajar itu semakin tinggi kemahiran keusahawanan yang dimilikinya. Apabila individu memahami dirinya secara tidak langsung ia akan mengenali kekuatan dan kelemahan diri yang membolehkan individu berfikir secara rasional apabila individu memilih keusahawanan sebagai bidang pekerjaan.

Kajian Azizi et al. (2007), mendapati semua elemen kecerdasan emosi yang dikaji mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik namun tidak terdapat hubungan keupayaan mengenal emosi kendiri dengan pencapaian akademik. Walaupun kajian ini mengukur kecerdasan emosi dengan kemahiran keusahawanan namun dapat dilihat keperluan menentukan kendiri sendiri yang penting dalam menentukan kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Terdapat hubungan keupayaan mengurus emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP.

Keputusan kajian ini telah menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif di antara keupayaan mengurus emosi kendiri dengan kemahiran keusahawanan,

(6)

dengan nilai r =0.36. Walaupun dapatan ini menunjukkan hubungan positif yang rendah ia tetap mempunyai hubungan. Mengikut Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah SAW pernah bersabda, "bukanlah orang kuat itu adalah orang yang hebat dalam berjuang, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan emosinya ketika ia marah". Hal ini berkaitan dengan diri individu yang menjadi usahawan akan beruntung jika dapat mengawal perasaannya apabila berurusan dengan orang lain.

Terdapat hubungan motivasi kendiri dengan kemahiran keusahawanan pelajar KKBP.

Kajian ini telah menunjukkan terdapat hubungan positif yang rendah di antara hubungan motivasi kendiri dengan kemahiran keusahawanan iaitu, r= 0.42. Dapatan ini membuktikan motivasi kendiri memainkan peranan penting dalam kemahiran keusahawanan kerana menjadi penggerak kepada kejayaan individu bergelar usahawan.

Berdasarkan kajian Ma’rof (2004) peranan yang dimainkan oleh (motif) motivasi dan emosi menggerakkan tingkahlaku. Biasanya tingklahlaku yang digerakkan oleh motif akan lebih bertenaga apabila disertai dengan emosi.

CADANGAN

Hasil daripada dapatan dan perbincangan beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan. Cadangan tersebut ialah:

1. Para pensyarah kolej komuniti khususnya perlulah mempunyai kemahiran untuk meneroka kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap elemen kecerdasan emosi pelajar kolej. Oleh kerana, kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh dikembang dan dipupuk, para pensyarah juga dituntut mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang kecerdasan emosi agar dapat membantu meningkatkan kecerdasan emosi para pelajar.

2. Pensyarah hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang, cara bekerjasama dengan orang lain, kaedah mengurus masalah emosi, membantu pelajar mengenal pasti kelebihan, kebolehan, bakat dan kelemahan pada diri mereka kerana elemen kecerdasan emosi ini mempunyai kaitan dalam meningkatkan kemahiran keusahawanan. Apabila pelajar berupaya membina hubungan dengan orang lain ini akan membentuk rangkaian yang menguntungkan bagi pelajar kerana salah satu penentu kejayaan bidang keusahawanan ialah sokongan dan dorongan daripada rangkaiannya.

3. Kolej Komuniti hendaklah mewujudkan suasana keusahawanan yang menyeronokkan seperti mengadakan pertandingan perniagaan perpaduan 1 Malaysia supaya pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain dalam

(7)

pelbagai latar bangsa dan budaya. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar memahami rakan atau orang lain dan dapat memberi respon terhadap tindakan yang diambil iaitu perasaan empati. Pelajar yang mempunyai empati lebih mudah memenuhi permintaan dan kehendak orang lain dan mampu memberi respon dengan segera. (ciri penting keusahawanan).

4. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu pembentukan dan proses perkembangan kesempurnaan emosi pelajar. Kesedaran ibu bapa terhadap keperluan kecerdasan emosi anak-anak akan membantu meningkatkan tahap kecerdasan yang dimiliki. Azizi et al (2005), menyatakan kecerdasan emosi tumbuh seiring pertumbuhan manusia sejak lahir hingga meninggal dunia. Pertumbuhan emosi dipengaruhi oleh lingkungan keluarga dan contoh-contoh yang diperolehi oleh individu sejak lahir daripada orang tuanya.

5. Tanggungjawab semua pihak dalam menyahut cabaran menjadikan usahawan sebagai kerjaya pilihan kerana sasaran Malaysia menjadi Negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang boleh dirumuskan berpandukan hasil dapatan yang diperoleh dalam kajian. Program-program yang dapat membentuk kecerdasan emosi dan kemahiran keusahawanan pelajar perlu diperhebatkan lagi bagi melahirkan lebih ramai usahawan di Malaysia. Pengalaman dalam pembelajaran dan pengajaran menjadi guru terbaik kepada para pelajar. Hasil dapatan menunjukkan elemen Model Kecerdasan Emosi Goleman yang dikaji dengan kemahiran keusahawanan terdapat hubungan yang signifikan tetapi masih pada aras yang sederhana dan rendah. Ini menunjukkan pelbagai aspek perlu diteliti semula oleh pensyarah dan pihak pengurusan tertinggi bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Malaysia agar benar-benar mencapai hasratnya dan harapan melahirkan lebih ramai lagi “bintang ”dari kolej komuniti menjadi kenyataan.

(8)

RUJUKAN

Wan Liz Ozman & Wan Omar Sulzari Mohamed. (2002). Memperkasakan Usahawaan Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan Dan Penjanaan Usahawan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Yahya Don. (2006). Psikologi sosial dalam pendidikan. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd : Kuala Lumpur.

Yahya Emat. (2005). Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. IBS Buku Sdn.Bhd:Selangor

Yuriadi.(2013). Profil Kecerdasan Emosi Pelajar Sekolah Menengah Di Pamekasan. Tesis memenuhi sebahagian keperluan Untuk Ijazah Sarjana Sains Sosial Psikologi Kaunseing, Universiti kebangsaan Malaysia : Bangi.

KPT Perkenal Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT. Utusan Malaysia. 18 Februari:10.

Program Bantu Siswazah Menggangur Akan dilancar hujung tahun ini. Mstar On line. 28 September:12.

(9)

APENDIKS Rajah 1 Pemboleh Ubah Bersandar (DV)

Pemboleh Ubah Bebas (IV)

Rajah 1.1: Kerangka kerja teorikal kajian terhadap hubungan antara Model Kecerdasan Emosi Goleman dengan kemahiran keusahawanan pelajar.

Jadual 1 Susunan item positif dan item negatif Inventori Kecerdasan Emosi Goleman (1995)

Bil Dimensi Item positif Item negatif Jumlah 1. Mengenali emosi 1,11,21,31,41,51 6,16,26,36,46,56 12 2. Mengelola emosi 2,12,22,32,42,52 7,17,27,37,47,57 12 3. Memotivasi diri sendiri 3,13,23,33,43,53 8,18,28,38,48,58 12 4. Mengenali emosi

orang lain

4,14,24,34,44,54 9,19,29,39,49,59 12

5. Membina hubungan dengan orang lain

5,15,25,35,45,55 10,20,30,40,50,60 12

Jumlah 30 30 60

Model Kecerdasan Emosi Goleman (1995)

 Elemen keupayaan mengenal emosi kendiri.

 Elemen keupayaan mengurus emosi kendiri.

 Elemen motivasi kendiri.  Elemen keupayaan

mengendalikan perhubungan berkesan.

 Elemen keupayaan mengenal emosi orang lain (empati)

Kemahiran Keusahawanan

(10)

Jadual 2 Interpretasi skor min bagi tahap kecerdasan emosi pelajar Skor min Interpretasi skor min

1.0 sehingga 2.33 Rendah 2.34 sehingga 3.66 Sederhana 3.67 sehingga 5.00 Tinggi

Jadual 3 Tahap kemahiran keusahawanan

Tahap Jumlah skor

Rendah 1 sehingga 58

Sederhana 59 sehingga 92

Tinggi 93 sehingga 125

Jadual 4 Interpretasi mengikut saiz pekali korelasi* Saiz pekali korelasi Interpretasi

.90 hingga 1.00 Korelasinya terlalu tinggi .70 hingga .90 Korelasinya tinggi

.50 hingga .70 Korelasinya sederhana .30 hingga .50 Korelasinya rendah .01 hingga .30 Korelasinya lemah

.00 Tiada korelasi

*Interpretasi harus merujuk kepada tanda positif atau negatif pekali korelasi

(11)

Jadual 5 Keputusan hubungan 5 elemen kecerdasan emosi terhadap kemahiran keusahawanan pelajar KKBP

Pembolehubah Nilai r Interpretasi

Elemen 1

Keupayaan mengenal emosi terhadap

Kemahiran keusahawanan

0.52

sederhana

Elemen 2

Keupayaan mengurus emosi kendiri terhadap Kemahiran keusahawanan 0.36 rendah Elemen 3

Motivasi kendiri dengan Kemahiran keusahawanan 0.42 rendah Elemen 4 Keupayaan mengendalikan perhubungan dengan Kemahiran keusahawanan 0.37 rendah Elemen 5

Keupayaan mengenal emosi orang lain (empati)dengan Kemahiran keusahawanan

0.42

rendah

*p<0.05

Jadual 6 Ringkasan keseluruhan hasil hipotesis yang telah diuji

Hipotesis Keputusan Hipotesis 1 Diterima Hipotesis 2 Diterima Hipotesis 3 Diterima Hipotesis 4 Diterima Hipotesis 5 Diterima

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Sistem pengawas kapal penangkap ikan berbasis AI menggunakan drone adalah sistem dari ide kami yang kami buat untuk menjaga perairan Indonesia dari kapal - kapal penangkap ikan

Intervensi theraband exercise yang diberikan untuk meningkatkan stabilitas pada kondisi ankle sprain kronik akibat dari adanya overstretch dari ligamen akibat menumpu

Hal ini dapat dilihat dari hasil angket yang terdiri dari 2 sub variabel yakni intrinsik dan ekstrinsik dalam belajar dengan persentase untuk motivasi belajar sebesar 82,20%

Oleh karena itu, penulis ingin mendeskripsikan sistem promosi perpustakaan melalui layanan perpustakaan keliling di Kantor Arsip dan Perpustakaan Daerah Kota

Tujuan pemberian merek adalah untuk mengidentifikasi produk atau jasa yang dihasilkan oleh pesaing (American Association Marketing dalam Freddy Rangkuti, 2002: 1) Perilaku

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud huruf a dan huruf b, perlu menetapkan Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan tentang Pemberian Tunjangan

DtrNGAN MENGGIJNAKAN RTMOTtr CONTROL. Drj,hrvbryi br