• Tidak ada hasil yang ditemukan

Produk Perlis Tembusi Pasaran Serbuk Agar-Agar IQ-One PPK Johor Bahru Timur Keluarkan Keledek Secara Ladang Kontrak Ladang Kontrak Giatkan Ekonomi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Produk Perlis Tembusi Pasaran Serbuk Agar-Agar IQ-One PPK Johor Bahru Timur Keluarkan Keledek Secara Ladang Kontrak Ladang Kontrak Giatkan Ekonomi"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

I

ndustri pengeluaran makanan semakin berkembang dengan pelbagai insentif dan galakan daripada kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi di bawahnya bagi mengurangkan pergantungan dari negara luar. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cameron Highlands mengambil inisiatif mengusahakan tanaman tomato secara ladang kontrak dengan Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) melalui penggunaan teknologi fertigasi.

Pokok tomato sesuai ditanam di kawasan suhu sederhana panas dengan kos keseluruhan yang rendah jika dibandingkan hasil yang diperolehi. Selain itu, sama seperti mana-mana organisasi yang terlibat dengan pengeluaran hasil pertanian, PPK terpaksa berhadapan dengan harga pasaran yang tidak menentu bagi tanaman ini. Keadaan ini mempengaruhi keuntungan yang diperolehi kerana

harga input pertanian terutamanya benih dan baja yang diimport meningkat setiap masa. Oleh kerana itu langkah mengusahakan tanaman tomato secara ladang kontrak merupakan antara jalan penyelesaian mengatasi masalah tersebut.

Dengan menggunakan kaedah fertigasi iaitu satu kaedah terbaru menanam tanaman jangka pendek tanpa menggunakan tanah sebagai media tanaman dan dengan keadaan tanah serta kemudahan yang dimiliki, PPK mengusahakan tanaman tomato seluas 0.4 hektar pada tahun 2002.

Tanaman tomato varieti Hollands 1039 telah diusahakan di RPS Terisu melalui usahasama secara ladang kontrak kerana terdapatnya kelebihan antara kedua-dua organisasi tersebut. Melalui cara ini PPK hanya perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengeluaran buah tomato manakala FAMA diberi tanggungjawab memasarkannya. Pembiayaan projek

Ladang Kontrak Giatkan

Ekonomi PPK

(3)

tanaman ini disumbang oleh LPP untuk penyediaan infrastruktur seperti rumah perlindungan hujan, pengairan fertigasi dan kemudahan pengairan. Bermula tahun 2005, projek ini telah di perluaskan lagi menjadi 0.8 hektar disebabkan permintaan yang tinggi dipasaran terutama pada musim perayaan. Pengurusan projek untuk tanaman tomato dikendalikan oleh seorang pengurus projek, pengurus perniagaantani, penyelia projek dan penyelia ladang. Usaha itu turut dibantu empat orang pekerja ladang bagi kerja-kerja harian seperti pengairan, pemangkasan, kawal serangga dan penyakit, kutipan hasil dan grading yang menggunakan mesin khas. Buah tomato dikelaskan mengikut gred XL, LL, L, M dan S. Bagi gred XL dan LL buah biasanya mempunyai kualiti yang baik dengan anggaran saiz 12 biji/kg, manakala bagi gred L sekitar 16 biji/kg dan gred M serta S kurang mendapat pasaran kerana saiznya

yang kecil serta kurang berkualiti. Biasanya untuk gred XL dan LL, harga yang diberi oleh FAMA adalah RM2.00/kg dan RM1.20/kg untuk gred M dan S. Buah yang diperolehi oleh FAMA dipasarkan dengan harga borong iaitu sekitar RM2.20/kg. Penetapan harga untuk pasaran buah tomato oleh FAMA diperolehi daripada permintaan semasa.

Di samping itu jumlah kapasiti pengeluaran juga ditetapkan oleh FAMA. Bagi permintaan biasa kapasiti pengeluaran yang diperlukan adalah 1.0 hingga 1.5 metrik tan/sehari. Jika permintaan tinggi PPK perlu mengeluarkan 2.0 metrik tan/sehari bagi menampung pasaran. Pada masa ini kapasiti pengeluaran maksimum yang mampu dihasilkan oleh PPK mencecah 3.0 metrik tan sehari.

Pada tahun 2006 sahaja, PPK telah berjaya mengeluarkan 80 metrik tan buah tomato yang bernilai RM80,000. Mengikut unjuran 2007 pula,

(4)

“Melalui cara ini PPK hanya perlu

memberi tumpuan sepenuhnya

terhadap pengeluaran buah tomato

manakala FAMA diberi tanggungjawab

memasarkannya.”

PPK mampu menghasilkan sehingga 100 metrik tan buah tomato dengan anggaran pendapatan sekitar RM100,000.

Buah-buah tomato akan dimasukkan ke dalam kotak khas terlebih dahulu selepas digrading bagi menjamin kualiti. Kotak-kotak yang mengandungi buah tomato tersebut akan dihantar ke pusat

pengumpulan FAMA di Brinchang sebelum dihantar ke pasar-pasar borong. Kebanyakan tomato tersebut dihantar ke pasar-pasar besar sekitar Kuala Lumpur dan dieksport ke Singapura.

PPK sentiasa mementingkan aspek kualiti dalam pengurusan dan penghasilan buah tomato seperti yang FAMA inginkan bagi menjamin pasaran. Kelebihan menerima pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) menjadikan buah tomato yang dikeluarkan sentiasa memenuhi piawaian yang ditetapkan. Pada masa ini PPK telah menjadi pusat rujukan dan pembelajaran bukan sahaja oleh ahli-ahli PPK, malah oleh Jabatan Pertanian dan lain-lain agensi berkaitan teknik fertigasi untuk tanaman tomato.

(5)

kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi mengusahakan tanaman keledek gendut dan merah di Zon Pengeluaran Makanan Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Konsep ladang kontrak telah banyak diusahakan di Negeri Johor dengan pelbagai jenis tanaman makanan. Antara jenis tanaman makanan dan tempat yang telah dan akan diusahakan secara ladang kontrak ialah:

i. Tanaman Jambu Batu di PPK Muar Tengah ii. Tanaman nanas di PPK Pontian Tengah. iii. Tanaman Nangka Madu Mastura di Sedili

iv. Tanaman Sayuran Kacang Panjang dan sayuran carnpuran di PPK Pontian Timur.

Projek tanaman keledek ini pada awalnya telah dilaksanakan oleh usahawan tetapi kurang berjaya kerana aspek pengeluaran tidak diberi penekanan.

S

ektor pertanian masa kini semakin berkembang setelah pelbagai program dilaksanakan. Pengeluaran hasil pertanian melalui sistem ladang kontrak telah lama dipraktikan bagi membolehkan pengusaha menumpukan sepenuhnya terhadap peningkatan pengeluaran hasil. Ladang kontrak merupakan pakatan strategik antara pengeluar dan pemasar bagai menangani lambakan hasil disebabkan masalah pasaran yang berhubungkait dengan segi kualiti dan mutu hasil keluaran.

Ladang kontrak merupakan pakatan strategik antara pengeluar dan pemasar bagi menangani lambakan hasil kerana pelbagai masalah pasaran yang berhubungkait daripada segi kualiti dan mutu hasil yang dikeluarkan.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Timur mempraktikan ladang kontrak melalui jalinan

PPK Johor Bahru Timur

Keluarkan Keledek

Secara Ladang Kontrak

(6)

Melalui konsep ladang kontrak antara PPK dan FAMA, penekanan terhadap pengeluaran hasil bermula dari peringkat penyediaan tapak hingga ke peringkat pemasaran yang dipantau secara berjadual. Pemantauan perlaksanaan projek akan dibuat oleh Jabatan Agensi MOA Inc. Manakala pihak FAMA pula akan menentukan kualiti varieti dan kuantiti yang diperlukan mengikut gred.

Mengikut konsep tersebut PPK atau usahawan yang terlibat perlu mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan oleh FAMA berhubung varieti keledek, jadual penanaman dan jangkamasa pengeluaran serta kuantiti hasil.

Penilaian sebenar kos/hektar akan dibuat oleh pihak Jawatankuasa MOA Inc. dan jadual operasi akan dimaklumkan setelah menerima laporan daripada pihak terlibat. Dalam hal ini PPK akan memberi tumpuan terhadap aspek pengeluaran manakala FAMA tertumpu kepada segi pemasaran.

Setiap kos yang terlibat berkaitan pengeluaran akan disahkan oleh Jawatankuasa Ladang Kontrak

Daerah. Pihak FAMA tidak terikat dengan penentuan harga sebaliknya ia akan ditetapkan mengikut keadaan semasa. FAMA memberi jaminan bahawa harga yang ditawarkan kepada PPK dan usahawan melebihi harga kos pengeluaran.

Penentuan jadual pengeluaran adalah berasaskan kepada keupayaan pengeluar, di mana kebiasaannya 3-5 tan/0.4 hektar mampu dikeluarkan setiap minggu. Di samping itu jadual pengeluaran hendaklah disesuaikan untuk tempoh satu tahun bermula Julai hingga September setiap tahun dimana pada masa itu jumlah pengeluaran yang diperlukan mencecah 10 metrik tan seminggu. Jadual pengeluaran hasil juga perlu dibuat pada musim panas kerana harga pada musim tersebut agak tinggi.

Penentuan harga di ladang ditetapkan mengikut harga di Pasar borong Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Harga akan ditentukan 50% di peringkat ladang dan selebihnya ditentu-kan mengikut permintaan pasaran. Kaedah

“Melalui konsep ladang

kontrak antara PPK dan

FAMA, penekanan terhadap

pengeluaran hasil bermula dari

peringkat penyediaan tapak

hingga ke peringkat pemasaran

yang dipantau secara

berjadual.”

(7)

penentuan harga setiap kilogram keledek dari peringkat ladang hingga ke pengguna dinyatakan dibawah.

Contoh Harga Keledek / Kg

Kategori Harga Harga di Ladang RM0.50 Harga Borong RM0.85 Harga Penguna RM1.50

Penentuan harga turut dipengaruhi oleh gred keledek yang dijual. Bagi mendapatkan harga tinggi dipasaran keledek perlu digred terlebih dahulu. Secara keseluruhan keledek hanya mempunyai dua gred iaitu gred A yang bersaiz besar dan berasaskan varieti dengan purata berat 500 gm/ biji dan gred B yang bersaiz sederhana dengan anggaran berat tiga biji setiap kilogram.

Keledek yang dihasilkan pula perlu dibungkus mengikut standard pasaran iaitu 10 kg/unit dengan tempoh dua minggu jaminan kualiti selepas dikutip. Bagi menambah pendapatan untuk menampung kos operasi tanaman keledek boleh diselang-selikan dengan tanaman labu Taiwan kerana ia mampu mengeluarkan hasil setelah enam bulan ditanam selain mudah dipasarkan. PPK dan usahawan yang terlibat dalam projek tanaman keledek ini perlu memberi fokus kepada aspek pengeluaran dengan berpandukan Amalan Pertanian Baik (GAP). Usahawan juga akan diberi pendedahan melalui lawatan ke projek-projek yang telah beriaya manakala PPK akan menyelaras dalam aspek pengeluaran termasuk perkhidmatan kepada usahawan bagi memastikan projek berjaya.

(8)

S

ebagai salah satu daripada 10 perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh pengurusan LPP untuk dilaksanakan oleh semua peringkat PP bagi manfaat ahli-ahli peladang, pada awal tahun 2007 PPN Perlis telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Aktiviti Pengumpulan dan Pemasaran Produk/Hasil Keluaran Ahli-Ahli PP di Negeri Perlis. Pada peringkat permulaan ini, tumpuan diberi kepada membantu memasarkan produk makanan dan pemprosesan yang diusahakan pengeluarannya oleh Usahawan-usahawan Peladang.

LPP Negeri Perlis melalui Pertubuhan Peladang Kawasan telah melaksanakan pelbagai program peningkatan hasil dan kualiti pengeluaran produk ahli-ahli peladang melalui Program Pembangunan Usahawan Peladang, Program Kepelbagaian di bawah MOA Inc., Program IKS dan lain-lain.

Oleh itu sebagai organisasi peladang di peringkat pertengahan, PPN Perlis telah mengambil peranan melaksanakan aktiviti Pengumpulan dan Pemasaran Produk/Hasil Keluaran Ahli-Ahli PP di Negeri Perlis ini sebagai memenuhi keperluan dan perkhidmatan berkenaan yang diperlukan oleh ahli-ahli pengusaha projek-projek pengeluaran tersebut.

Sebagai merealisasikannya, PPN Perlis telah mendapat bantuan secara geran daripada LPP Negeri Perlis sebanyak RM 21,150.00 bagi menyediakan peringkat awal label dan pembungkusan, membekal rak untuk pemasaran produk serta bagi menyediakan keperluan peralatan memperkenalkan/promosi produk makanan jenama “Peladang Perlis”.

Pembungkusan baru jenama “Peladang Perlis” tersebut telah dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu

Produk Perlis

Tembusi Pasaran

(9)

menggunakan aluminium dan plastik berlogo peladang mengikut segmentasi pasaran. Upacara pelancaran penggunaan secara rasmi pembungkusan jenama tersebut telah diadakan bersempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPN Perlis kali ke 24 pada 11 September 2007 yang lalu oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Arpan Shah bin Satu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan LPP Malaysia.

Konsep perlaksanaan aktiviti ini ialah PPN Perlis bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator untuk menemukan pengeluar ahli-ahli peladang dengan Usahawan Pemasar serta keperluan-keperluan kedua-dua pihak dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Sehingga ini, PPN Perlis telah mengadakan kerjasama dengan 3 Syarikat/ Usahawan Pemasar sebagai pengedar dan pemasar kepada produk-produk ahli-ahli PP yang berpotensi menggunakan jenama tersebut melibatkan 20 orang Usahawan Peladang dan 25 jenis produk makanan/pemprosesan.

“Sehingga ini, PPN Perlis telah

mengadakan kerjasama dengan 3

Syarikat/Usahawan Pemasar sebagai

pengedar dan pemasar kepada

produk-produk ahli-ahli PP yang berpotensi

menggunakan jenama tersebut

melibatkan 20 orang Usahawan

Peladang dan 25 jenis produk makanan/

pemprosesan.”

Sebagai memperkenal dan mempromosikan produk jenama “Peladang Perlis”, PPN Perlis turut menyertai pelbagai majlis/program pameran dan jualan, karnival, ekspo dan lain-lain yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di Negeri Perlis seperti Kerajaan Negeri, majlis anjuran Jabatan/Agensi dan organisasi sosial lainnya. Di samping itu, PPN Perlis juga sekarang merupakan pembekal cenderahati daripada produk ahli-ahli PP yang diperlukan oleh pelbagai pihak daripada individu dan Jabatan/Agensi.

(10)

Sebagai memenuhi keperluan Akta Makanan 1983, PPN Perlis juga telah membantu sebilangan pengusaha menjalankan kajian dan memperolehi maklumat nutrisi (Nutrition Facts) daripada Syarikat BioChem

“Sebagai memenuhi keperluan Akta

Makanan 1983, PPN Perlis juga telah

membantu sebilangan pengusaha

menjalankan kajian dan memperolehi

maklumat nutrisi (Nutrition Facts)

daripada Syarikat BioChem Laboratories

Sdn. Bhd. untuk produk-produk makanan

yang dikeluarkan.”

Laboratories Sdn. Bhd. untuk produk-produk makanan yang dikeluarkan. Di samping itu PPN juga menguruskan permohonan “Logo Halal” bagi pihak Usahawan-usahawan Peladang daripada Jawatankuasa Logo Halal Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Jabatan Agama Islam. Kelulusan telah diperolehi untuk 8 orang Usahawan Peladang manakala yang lainnya masih perlu memenuhi beberapa ketetapan yang diperlukan. Usaha PPN Perlis menyediakan khidmat pemasaran bukan sahaja untuk membantu ahli-ahli peladang memasar atau meluaskan pasaran bagi hasil dan produk keluaran mereka tetapi yang utamanya ialah untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan supaya proses transformasi pertanian berlaku dalam masyarakat tersebut.

(11)

I

ndustri pemprosesan berasaskan makanan semakin berkembang masa kini dengan penemuan teknologi terkini di mana mampu menghasilkan produk makanan melalui proses-proses tertentu agar penambahbaikan dapat dilakukan ke atas produk yang dikeluarkan tanpa kesan-kesan sampingan. Melalui teknologi pemprosesan yang ada kepelbagaian produk dapat dihasilkan hanya menggunakan satu sumber bahan asas. Agar-agar yang terdapat dipasaran dengan pelbagai rupabentuk merupakan jenis bahan asas kepada makanan pencuci mulut yang telah lama diketahui. Di dalam industri memproses agar-agar, bahan mentah utama ialah rumpai laut daripada spesies Gracilaria yang mempunyai nilai komersial dan telah banyak diusahakan oleh negara luar.

Industri memproses agar-agar merupakan satu bidang pemprosesan yang baru di negara kita. Kepelbagaian kegunaan agar-agar sebagai bahan campuran dalam pemprosesan makanan menjadikan ia semakin berkembang.

Bersandarkan kepada perkembangan tersebut, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok, Kedah dengan sokongan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah mengusahakan tanaman rumpai laut dalam kolam. Usaha menanam rumpai laut tersebut melibatkan usahawan Encik Shaharuddin bin Shafeei melalui program satu PKS satu Unit Peladang.

Idea untuk mengusahakan tanaman rumpai laut timbul setelah melihat kolam-kolam udang ahli yang telah sekian lama terbiar tanpa diusahakan berikutan tsunami yang melanda pada tahun 2004 dan kesukaran menternak udang disebabkan masalah penyakit dan modal pusingan.

Kombinasi pengkulturan rumpai laut dilakukan di kolam-kolam udang terbiar sekitar kampung Segantang Garam, Merbok. Memandangkan rumpai laut yang dihasilkan mudah diproses untuk dijadikan agar-agar, beliau dengan inisiatif sendiri dan galakan PPK telah memproses rumpai laut yang dihasilkan menjadi serbuk agar-agar IQ-One.

Tindakan untuk memproses sendiri rumpai laut sedikit sebanyak dapat membantu pengguna tempatan mendapatkan bahan tersebut yang selama ini diimport dari negara luar. Usaha yang dilakukan

Serbuk Agar-Agar

IQ-ONE

(12)

ini juga merupakan projek perintis melibatkan usahawan bumiputera dalam industri menternak dan memproses rumpai laut di negeri Kedah.

Agar-agar IQ-One yang dihasilkan melalui beberapa peringkat pemprosesan menggunakan kedua-dua kaedah konvensional dan mekanikal dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara keistimewaan yang terdapat pada agar-agar IQ-One adalah:

* Kandungan 100% agar-agar tulen tanpa campuran bahan pengawet.

* Tidak mengandungi gelatin.

* Diproses sendiri oleh usahawan tempatan * Halal, suci dan bersih.

Sehingga kini pakar-pakar permakanan telah mengenalpasti kegunaan bahan yang berasaskan rumpai laut ini dalam penyediaan makanan. Pelbagai kegunaan agar-agar telah diketahui, antaranya ialah:

* Campuran dalan kuih agar-agar * Puding

* Dadih

* Halwa agar-agar * Kerabu rumpai

Selain daripada itu rumpai laut juga telah digunakan dalam industri berasaskan kecantikan seperti kosmetik dan ubat-ubatan selain industri pembuatan. Dengan usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan pergantungan bahan tersebut dari luar pada masa depan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : PPK Merbok,

Pusat Kemajuan Peladang

08400 Merbok, Kedah Darul Aman. Tel: 04 – 457 2117

Fax: 04 – 457 2611

e-mail: ppkmerbok@farm-my.net

“Selain daripada itu rumpai

laut juga telah digunakan

dalam industri berasaskan

kecantikan seperti kosmetik

dan ubat-ubatan selain industri

pembuatan.”

Penaung

Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad Penasihat

Haji Arpan Shah bin Satu Hajah Mariam Mas bte Yaacob

Ketua Pengarang

Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail Penyunting

Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,

50990 Kuala Lumpur. Grafik/Illustrator

Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di http://www.lpp.gov.my

Referensi

Dokumen terkait

Diantaranya yaitu perizinan usaha (usaha menyelenggarakan angkutan orang atau barang dengan kendaraan bermotor yang berdomisili dalam wilayah Kabupaten Bandung

Aktivitas sebagian, merupakan kemampuan seseorang untuk bergerak dengan batasan  jelas dan tidak mam.pu bergerak secara bebas karena dipengaruhi oleh gangguan

Besarnya kontribusi Dana Alokasi Khusus yang secara langsung berkontribusi terhadap ketimpangan pembangunan sebesar (0,036) 2 = 0,13%.Dana Bagi Hasil (DBH) yang

Namun melihat kondisi standar nasional dan infrastruktur penilaian kesesuaian yang ada, pemerintah perlu melakukan berbagai tindakan lebih dulu yaitu (1) membenahi SNI

Tujuan dari penelitian ini untuk mengetahui efisiensi dan efektifitas aliran sungai pada jaringan saluran irigasi wilayah (D.I) kenconorejo serta untuk mengetahui

Terdapat perbedaan hasil antara 2 (dua) metode dengan menggunakan penanda morfologi dan analisis isozim yang dapat dilihat dari perbedaan jarak genetik dari ke-6

Akta ini menyatakan bahwa PT Bank Mayapada Internasional Tbk telah mendapatkan persetujuan dari pemegang saham yang hadir atas pertanggungjawaban isi