• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBETULAN KESILAPAN. Modul

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEMBETULAN KESILAPAN. Modul"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBETULAN

KESILAPAN

Pada pelajaran yang lepas sebelum menyediakan Penyata Kewangan, Imbangan Duga perlu disediakan untuk menentukan ketepatan Sistem Catatan Bergu dalam lejar. Namun, Imbangan Duga yang seimbang tidak semestinya tiada kesilapan yang berlaku. Setiap kesilapan yang tidak diperbetulkan akan memberi kesan ke atas Penyata Kewangan.

9

STANDARD KANDUNGAN  Pembetulan kesilapan

 Penyata Kewangan selepas pembetulan kesilapan

(2)

9.1 PEMBETULAN KESILAPAN

Pengenalan

Kesilapan terbahagi kepada dua jenis iaitu kesilapan ketara dan kesilapan tidak ketara.

Kesilapan Ketara

Kesilapan yang jelas dan dapat dilihat daripada jumlah Imbangan Duga yang tidak seimbang.

 Jumlah di bahagian debit tidak sama dengan jumlah di bahagian kredit.

 Terdapat lima jenis kesilapan ketara:

(a) Kesilapan pengiraan semasa menyediakan Buku Catatan Pertama, lejar atau Imbangan Duga

STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh:

• Menerangkan maksud Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara. • Menyenaraikan beberapa

contoh Kesilapan Ketara. • Menerangkan kaedah

membetulkan Kesilapan Ketara berserta contoh. • Menunjukkan contoh

Kesilapan Tidak Ketara dan tatacara membetulkannya dalam Jurnal Am dan lejar selepas Imbangan Duga disediakan.

• Menyediakan Imbangan Duga Terselaras selepas Kesilapan Tidak Ketara dibetulkan.

CONTOH 1

(i) Kesilapan pada Buku Catatan Pertama

Jumlah jualan kredit sepatutnya RM35 000 tetapi direkodkan sebagai RM25 000.

Jurnal Jualan JJ1

Tarikh Butir Folio No. Dokumen Jumlah

2016 RM

Mei 3 Perniagaan Bulat LJ1 J0034 14 000

22 Perniagaan Sukaramai LJ2 J0035 21 000

31 Akaun Jualan (Kt) LA16 25 000 Akaun Jualan LA16

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Mei 31 Akaun Belum Terima JJ1 25 000 Pembetulan

Jumlah dalam Jurnal Jualan RM35 000 salah dijumlahkan sebagai RM25 000. Imbangan Duga yang akan disediakan menunjukkan jumlah Akaun Belum Terima dan jumlah jualan tidak sama.

Jurnal Jualan JJ1

Tarikh Butir Folio No. Dokumen Jumlah

2016 RM

Mei 3 Perniagaan Bulat LJ1 J0034 14 000

22 Perniagaan Sukaramai LJ2 J0035 21 000

31 Akaun Jualan (Kt) LA16 25 000 35 000 Akaun Jualan LA16

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Mei 31 Akaun Belum Terima JJ1 25 000 35 000 lim

(3)

CONTOH 2

Kesilapan

Jumlah dalam Jurnal Belian RM12 500 dipindahkan ke dalam lejar sebagai RM1 250.

Jurnal Belian JB1

Tarikh Butir Folio No. Dokumen Jumlah

2016 RM

Apr 10 Perniagaan Sutera Putih LB1 B3458 3 700

20 Kedai Serbaneka AA LB2 J0035 8 800

30 Akaun Belian (Dt) LA15 12 500 Akaun Belian LA15

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Apr 30 Akaun Belum Bayar JB1 1 250 Pembetulan

Kesilapan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam lejar akan turut di bawa ke Imbangan Duga. Akaun Belian LA15

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Apr 30 Akaun Belum Bayar JB1 1 250 12 500

Imbangan Duga (Petikan)

RM RM

Belian 1 250

12 500

lim

lim

(ii) Kesilapan pada lejar

Jumlah dalam Akaun Kenderaan terkurang sebanyak RM10 000.

Akaun Kenderaan LA4

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Mei 31 Baki b/b JA1 82 000

Perniagaan Motor AA JA2 18 000 90 000

Pengiraan yang salah semasa menjumlahkan lejar akan menyebabkan Imbangan Duga terkurang catat RM10 000.

Pembetulan

Akaun Kenderaan LA4

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Mei 31 Baki b/b JA1 82 000

Perniagaan Motor AA JA2 18 000 90 000 100 000

(b) Kesilapan pindahan sama ada daripada Buku Catatan Pertama ke dalam lejar dan daripada lejar ke dalam Imbangan Duga

(4)

(c) Merekodkan amaun di bahagian yang sama iaitu di bahagian debit atau bahagian kredit sahaja

CONTOH 3

CONTOH 4

Kesilapan

Pemilik mengambil barang niaga berjumlah RM3 000 untuk kegunaan sendiri.

Kesilapan yang berlaku ialah urus niaga direkodkan di bahagian yang sama iaitu di bahagian debit di kedua-dua akaun.

Akaun Ambilan LA14

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Sept 2 Belian JA1 3 000

Akaun Belian LA15

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Sept 2 Ambilan JA1 3 000

Pembetulan

Akaun Belian sepatutnya direkodkan di bahagian kredit. Pembetulan perlu dibuat pada Akaun Belian sahaja.

Akaun Belian LA15

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Sept 2 Ambilan JA1 3 000 Sept 2 Ambilan JA1 3 000

Kesilapan

Menjual barang niaga berjumlah RM8 200 secara kredit kepada Perniagaan Baba.

Kesilapan yang berlaku ialah urus niaga yang direkodkan tidak mengikut Sistem Catatan Bergu iaitu catatan hanya dibuat pada satu akaun sahaja.

Akaun Jualan LA16

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Ogos 5 Akaun Belum Terima:

Perniagaan Baba JJ1 8 200 Pembetulan

Pembetulan akan dibuat dengan membuat rekod di bahagian debit Akaun Perniagaan Baba. Akaun Belum Terima: Perniagaan Baba LJ1

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Ogos 5 Jualan JJ1 8 200

(d) Merekodkan pada satu akaun sahaja lim

(5)

CONTOH 5

Kesilapan

Sewa diterima daripada penyewa sebanyak RM5 000 direkodkan dengan betul dalam Buku Tunai lajur bank tetapi tersalah rekod dalam Akaun Sewa Diterima sebanyak RM500.

Pembetulan

Buku Tunai BT1 Tarikh Butir Folio Diskaun Diberi Tunai Bank Tarikh Butir Folio Diskaun Diterima Tunai Bank

2016 RM RM RM

Jun 30 Sewa LA19 5 000

Akaun Sewa Diterima LA19

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Jun 30 Bank BT1 500

5 000 lim (e) Merekodkan amaun yang tidak sama di bahagian debit dan di bahagian kredit

Kesilapan Tidak Ketara

 Kesilapan yang berlaku tetapi tidak memberi kesan terhadap keseimbangan Imbangan Duga.

Terdapat enam jenis kesilapan tidak ketara:

(a) Kesilapan ketinggalan

• Kesilapan ketinggalan satu urus niaga.

• Urus niaga yang tidak direkodkan dalam mana-mana Buku Catatan Pertama

dan lejar. Pembetulan kesilapan perlu direkodkan dalam akaun yang betul.

CONTOH 6

Kesilapan

Pemilik membawa masuk mesin pencetak bernilai RM1 650 untuk kegunaan perniagaan tetapi tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

Pembetulan

Akaun Alatan Pejabat dan Akaun Modal diwujudkan dengan merekodkan alatan pejabat di bahagian debit dan modal di bahagian kredit.

Catatan dalam Jurnal Am dan lejar adalah seperti berikut:

Jurnal Am JA1

Tarikh Butir Folio Debit Kredit

2016 RM RM

Jun 30 Alatan Pejabat LA4 1 650

Modal LA1 1 650

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan ketinggalan satu urus niaga)

Akaun Alatan Pejabat LA4

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Jun 30 Modal JA1 1 650

Akaun Modal LA1

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

(6)

(c) Kesilapan prinsip

• Kesilapan merekodkan urus niaga dalam akaun yang salah di bawah

pengelasan akaun yang berbeza.

• Sebagai contoh, aset direkodkan sebagai belanja, belanja direkodkan sebagai aset, hasil direkodkan sebagai liabiliti dan liabiliti direkodkan sebagai hasil.

• Pembetulan kesilapan dibuat dengan membatalkan akaun yang salah dan

amaun akan dipindahkan ke dalam akaun yang betul.

(b) Kesilapan komisen

• Kesilapan merekodkan amaun yang betul dalam akaun yang salah di bawah

pengelasan akaun yang sama.

• Pembetulan kesilapan dibuat dengan membatalkan akaun yang salah dan

merekodkan dalam akaun yang betul.

CONTOH 8

Kesilapan

Belanja membaiki komputer sebanyak RM200 telah didebitkan dalam Akaun Komputer. Pembetulan

Akaun Komputer perlu dibatalkan dengan mengkreditkan Akaun Komputer dan mendebitkan Akaun Belanja Membaiki Komputer diwujudkan.

CONTOH 7

Kesilapan

Belian sebanyak RM6 400 daripada Sofia telah direkodkan dalam Akaun Sofian. Pembetulan

Akaun Sofian perlu dibatalkan dengan mendebitkan Akaun Sofian dan mengkreditkan Akaun Sofia. Catatan dalam Jurnal Am dan lejar adalah seperti berikut:

Jurnal Am JA1

Tarikh Butir Folio Debit Kredit

2016 RM RM

Jun 30 Akaun Belum Bayar: Sofian LB3 6 400

Akaun Belum Bayar: Sofia LB4 6 400

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan komisen)

Akaun Belum Bayar: Sofian LB3

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Jun 30 Akaun Belum Bayar:

Sofia LB4 6 400 Jun 20 Belian 6 400

Akaun Belum Bayar: Sofia LB4

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Jun 30 Akaun Belum Bayar:

(7)

(d) Kesilapan amaun

• Kesilapan ini berlaku semasa merekodkan akaun dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.

• Kesilapan berlaku apabila amaun yang salah

direkodkan di bahagian debit dan kredit dalam

Kesilapan amaun berlaku berpunca daripada sumber asal yang salah.

TIP Catatan dalam Jurnal Am dan lejar adalah seperti berikut:

Jurnal Am JA1

Tarikh Butir Folio Debit Kredit

2016 RM RM

Jun 30 Belanja membaiki komputer LA19 200

Komputer LA18 200

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan prinsip)

Akaun Komputer LA18

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Jun 15 Bank BT1 200 Jun 30 Belanja Membaiki

Komputer JA1 200

Akaun Belanja Membaiki Komputer LA19

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Jun 30 Komputer JA1 200

CONTOH 9

Kesilapan

Jualan tunai RM930 tersilap rekod sebagai RM903. Pembetulan

Akaun Jualan terkurang rekod sebanyak RM27 (RM930 – RM903). Oleh itu, Buku Tunai perlu didebitkan dalam lajur tunai sebanyak RM27 dan Akaun Jualan perlu dikredit dengan nilai yang sama.

Catatan dalam Jurnal Am dan lejar adalah seperti berikut:

Jurnal Am JA1

Tarikh Butir Folio Debit Kredit

2016 RM RM

Jun 30 Tunai BT1 27

Jualan LA17 27

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan amaun)

lejar. Amaun yang direkodkan akan terlebih atau terkurang rekod daripada amaun yang sepatutnya.

• Pembetulan dibuat dengan mengenal pasti kesalahan amaun terlebih rekod

atau terkurang rekod.

• Seterusnya, cari perbezaan antara kedua-dua bahagian.

• Jika terlebih rekod, perbezaan amaun tadi perlu direkodkan di bahagian

bertentangan dalam akaun tersebut. Manakala jika terkurang rekod, perbezaan amaun tadi perlu direkodkan di bahagian yang sama dalam akaun tersebut.

(8)

(e) Kesilapan terbalik atau songsang

• Kesilapan catatan yang terbalik atau songsang ialah catatan debit direkodkan di bahagian kredit manakala catatan kredit direkodkan di bahagian debit.

• Pembetulan dibuat dengan menggandakan nilai amaun tersebut.

(f) Kesilapan saling mengimbangi

• Kesilapan urus niaga yang berbeza dengan amaun yang sama di bahagian debit dan di bahagian kredit.

• Berlaku di dalam mana-mana akaun di bahagian debit dan di bahagian kredit dengan terlebih atau terkurang rekod.

• Kesilapan urus niaga yang salah direkodkan telah diimbangi oleh kesilapan yang lain.

• Pembetulan dibuat dengan cara:

(i) Jika kesilapan terkurang rekod, bahagian debit dan bahagian kredit akaun masing-masing akan ditambah.

(ii) Jika kesilapan terlebih rekod, kesilapan dibetulkan dengan merekodkan di bahagian yang bertentangan bagi kedua-dua akaun.

Buku Tunai BT1 Tarikh Butir Folio Diskaun Diberi Tunai Bank Tarikh Butir Folio Diskaun Diterima Tunai Bank

2016 RM RM RM

Jun 25 Jualan LA17 903

30 Jualan LA17 27

Akaun Jualan LA17

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM

Jun 25 Tunai BT1 903

30 Tunai BT1 27

CONTOH 10

Kesilapan

Membayar insurans RM120 dengan tunai direkodkan dalam Buku Tunai di bahagian debit lajur tunai dan Akaun Insurans di bahagian kredit.

Pembetulan

Catatan dalam Jurnal Am dan lejar adalah seperti berikut:

Jurnal Am JA1

Tarikh Butir Folio Debit Kredit

2016 RM RM

Jun 30 Insurans LA13 240

Tunai BT1 240

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan terbalik)

Buku Tunai BT1 Tarikh Butir Folio Diskaun Diberi Tunai Bank Tarikh Butir Folio Diskaun Diterima Tunai Bank

2016 RM RM RM 2016 RM RM RM

Jun 25 Insurans JA1 120 Jun 30 Insurans JA1 240

Akaun Insurans LA13

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

(9)

CONTOH 11

Kesilapan

Belian tunai RM450 terlebih rekod sebanyak RM50 dalam Akaun Belian dan Buku Tunai. Pembetulan

Terlebih rekod RM50 bagi kedua-dua akaun. Setiap akaun perlu dikurangkan daripada catatan asal. Buku Tunai didebitkan dalam lajur tunai sebanyak RM50 dan Akaun Belian dikreditkan sebanyak RM50. Catatan dalam Jurnal Am dan lejar adalah seperti berikut.

Jurnal Am JA1

Tarikh Butir Folio Debit Kredit

2016 RM RM

Jun 30 Tunai BT1 50

Belian LA15 50

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan saling mengimbangi)

Buku Tunai BT1 Tarikh Butir Folio Diskaun Diberi Tunai Bank Tarikh Butir Folio Diskaun Diterima Tunai Bank

2016 RM RM RM 2016 RM RM RM

Jun 30 Belian JA1 50 Jun 10 Belian JA1 500

Akaun Belian LA15

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Jun 10 Tunai JA1 500 Jun 30 Tunai JA1 50

CONTOH 12

Maklumat berikut diambil daripada Kedai Runcit Chun pada 31 Ogos 2016: Kedai Runcit Chun

Imbangan Duga pada 31 Ogos 2016 Modal Awal

Belian dan Jualan Pulangan Belian Pulangan Jualan

Akaun Belum Terima: Sabrina Akaun Belum Bayar: Salina Belanja Am Sewa Inventori Awal Komisen Tunai di tangan Tunai di bank Kenderaan Debit RM 12 000 900 3 000 700 850 4 600 480 11 800 23 000 57 330 Kredit RM 20 000 32 600 700 2 300 1 730 57 330 Setelah Imbangan Duga disediakan, beberapa kesilapan telah dikesan iaitu:

(i) Pemilik mengambil barang niaga sebanyak RM50 untuk kegunaan sendiri dan tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

(ii) Belanja membaiki kenderaan RM2 000 telah direkodkan dalam Akaun Kenderaan. Penyediaan Imbangan Duga Terselaras

Setiap kesilapan yang dibetulkan direkodkan dalam Jurnal Am dan dipindahkan ke dalam lejar. Seterusnya, Imbangan Duga Terselaras akan disediakan.

(10)

(iii) Pulangan jualan dan pulangan belian masing-masing terlebih rekod sebanyak RM35. (iv) Pembayaran hutang sebanyak RM760 kepada Salina telah didebitkan dalam Akaun Belum

Terima Sabrina. Anda dikehendaki:

(a) Membetulkan kesilapan dalam jurnal dan lejar.

(b) Menyediakan Imbangan Duga Terselaras (selepas pembetulan). Penyelesaian

(a) Catatan pembetulan dalam Jurnal Am

Jurnal Am JA1

Tarikh Butir Folio Debit Kredit

2016 RM RM

Ogos 31 Ambilan LA11 50

Belian LA15 50

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan ketinggalan)

Belanja Membaiki Kenderaan LA20 2 000

Kenderaan LA14 2 000

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan prinsip)

Pulangan Belian LA12 35

Pulangan Jualan LA13 35

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan saling mengimbangi)

Akaun Belum Bayar: Salina LB2 760

Akaun Belum Terima: Sabrina LJ4 760

(Pembetulan kesilapan: Merekodkan kesilapan komisen) Pindahkan ke dalam lejar.

Akaun Ambilan LA11

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Ogos 31 Belian JA1 50 Ogos 31 Baki h/b 50

50 50

Sept 1 Baki b/b 50

Akaun Belian LA15

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Ogos 31 Baki b/b 12 000 Ogos 31 Ambilan JA1 50

Baki h/b 11 950

12 000 12 000

Sept 1 Baki b/b 11 950

Akaun Belanja Membaiki Kenderaan LA20

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Ogos 31 Kenderaan JA1 2 000 Ogos 31 Baki h/b 2 000

2 000 2 000

Sept 1 Baki b/b 2 000

Akaun Kenderaan LA14

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Ogos 31 Baki b/b 23 000 Ogos 31 Belanja Membaiki

Kenderaan JA1 2 000

Baki h/b 21 000

23 000 23 000

(11)

Akaun Pulangan Belian LA12

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Ogos 31 Pulangan Jualan JA1 35 Ogos 31 Baki b/b 700

Baki h/b 665

700 700

Sept 1 Baki b/b 665

Akaun Pulangan Jualan LA13

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Ogos 31 Baki b/b 900 Ogos 31 Pulangan Belian JA1 35

Baki h/b 865

900 900

Sept 1 Baki b/b 865

Akaun Belum Bayar: Salina LB2

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Ogos 31 Akaun Belum Terima:

Sabrina JA1 760 Ogos 31 Baki b/b 2 300

Baki h/b 1 540

2 300 2 300

Sept 1 Baki b/b 1 540

Akaun Belum Terima: Sabrina LJ4

Tarikh Butir Folio Amaun Tarikh Butir Folio Amaun

2016 RM 2016 RM

Ogos 31 Baki b/b 3 000 Ogos 31 Akaun Belum Bayar:

Salina 760

Baki h/b 2 240

3 000 3 000

Sept 1 Baki b/b 2 240

(b) Imbangan Duga Terselaras

Kedai Runcit Chun Imbangan Duga pada 31 Ogos 2016 Modal Awal

Belian dan Jualan Pulangan Jualan Pulangan Belian

Akaun Belum Terima: Sabrina Akaun Belum Bayar: Salina Ambilan Belanja Am Sewa Inventori Awal Komisen Tunai di tangan Tunai di bank Kenderaan

Belanja Membaiki Kenderaan

Debit RM 11 950 865 2 240 50 700 850 4 600 480 11 800 21 000 2 000 56 535 Kredit RM 20 000 32 600 665 1 540 1 730 56 535

1 Nyatakan kesilapan yang boleh berlaku pada Imbangan Duga.

2 Apakah perbezaan antara kesilapan ketara dengan kesilapan tidak ketara?

(12)

CONTOH 13

Berdasarkan Imbangan Duga Terselaras dalam Contoh 12, anda dikehendaki menyediakan Penyata Kewangan selepas

pembetulan kesilapan.

Maklumat tambahan: Inventori akhir dinilai sebanyak RM2 800. Penyelesaian

Kedai Runcit Chun

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Ogos 2016

RM RM RM

Jualan 32 600

Tolak Pulangan Jualan (865)

31 735 Tolak Kos Jualan

Inventori Awal 4 600

Belian 11 950

Tolak Pulangan Belian (665) 11 285

Kos Barang untuk Dijual 15 885

Tolak Inventori Akhir (2 800)

Kos Jualan (13 085) Untung Kasar 18 650 Tambah Hasil Komisen 1 730 20 380 Tolak Belanja Belanja Am 700 Sewa 850

Belanja Membaiki Kenderaan 2 000 (3 550)

Untung Bersih 16 830

9.2 PENYATA KEWANGAN SELEPAS PEMBETULAN

KESILAPAN

 Penyata Kewangan akan disediakan selepas penyediaan Imbangan Duga Terselaras.

 Pembetulan kesilapan akan memberi kesan dalam Penyata Kewangan.

 Sekiranya pembetulan kesilapan tidak diambil kira dalam tahun kewangan sebelumnya, ini akan memberi kesan terhadap untung atau rugi perniagaan bagi tahun kewangan semasa.

Murid boleh:

• Menyatakan kesan kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan semasa terhadap kesilapan pada item yang ditemui. • Menyediakan Penyata

Kewangan selepas

mengambil kira pembetulan terhadap akaun-akaun yang berkaitan. • Menerangkan kesan

terhadap untung atau rugi bagi tahun kewangan semasa sekiranya

pembetulan kesilapan tidak diambil kira dalam tahun kewangan sebelumnya.

(13)

Berdasarkan Contoh 13, kesan terhadap untung rugi dalam Penyata Kewangan adalah seperti berikut:

Kesilapan

Sebelum pembetulan

kesilapan Selepas pembetulan kesilapan

Untung

Kasar Untung Bersih Untung Kasar Untung Bersih Pemilik mengambil barang niaga

sebanyak RM50 untuk kegunaan sendiri dan tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

Berkurang Berkurang Bertambah Bertambah Belanja membaiki kenderaan

RM2 000 telah direkodkan dalam Akaun Kenderaan.

Tiada

kesan Bertambah Tiada kesan Berkurang

Pulangan jualan dan pulangan belian masing-masing terlebih rekod sebanyak RM35.

Tiada

kesan Tiada kesan Tiada kesan Tiada kesan Pembayaran hutang sebanyak

RM760 kepada Salina telah didebitkan dalam Akaun Belum Terima Sabrina.

Tiada

kesan Tiada kesan Tiada kesan Tiada kesan Kedai Runcit Chun

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Ogos 2016

RM RM RM

Aset Bukan Semasa

Kenderaan 21 000

21 000 Aset Semasa

Inventori Akhir 2 800

Akaun Belum Terima 2 240

Bank 11 800

Tunai 480

17 320

Tolak Liabiliti Semasa

Akaun Belum Bayar (1 540)

Modal Kerja 15 780 36 780 Ekuiti Pemilik Modal Awal 20 000 Untung Bersih 16 830 36 830 Tolak Ambilan (50) Modal Akhir 36 780

(14)

LATIHAN MINDA 9.2

1 Nyatakan kesilapan berikut:

Perkara Jenis kesilapan

(a) Baki debit Akaun Belian RM4 000 telah tersalah kira dan direkodkan sebagai RM400.

(b) Bayaran gaji RM2 500 telah didebitkan dalam Akaun Gaji tetapi tidak direkodkan dalam Akaun Tunai.

(c) Menerima komisen RM320 telah didebitkan dalam Akaun Bank tetapi telah dikreditkan dalam Akaun Komisen Diterima sebanyak RM230.

(d) Belian tunai RM700 didebitkan dalam Akaun Belian dan Akaun Tunai.

(e) Diskaun diterima RM110 telah tersalah catat di bahagian debit dalam Imbangan Duga.

2 Kenal pasti kesilapan yang berlaku.

Perkara Jenis kesilapan

(a) Ambilan tunai RM100 oleh pemilik perniagaan belum direkodkan dalam mana-mana buku.

(b) Bil tunai RM450 telah didebitkan ke dalam Akaun Tunai dan dikreditkan ke dalam Akaun Belian.

(c) Pulangan belian RM390 kepada Natalia telah tersalah rekod dalam Akaun Natilia.

(d) Komisen yang diterima RM890 telah tersalah rekod sebanyak RM980 ke dalam Akaun Komisen Diterima.

(e) Belian alat tulis RM210 telah didebitkan ke dalam Akaun Alatan Pejabat tetapi direkodkan dengan betul dalam Akaun Tunai.

(f) Belian barang niaga RM550 secara kredit telah direkodkan dalam Jurnal Belian sebanyak RM505.

GERAK KERJA 1

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diminta membuat cabutan sampul berisi beberapa situasi pembetulan kesilapan dan perlu menyiapkan tugasan berikut: (a) Merekodkan pembetulan kesilapan dalam Jurnal Am dan lejar.

(b) Menyediakan Imbangan Duga Terselaras dan Penyata Kewangan.

(c) Merumuskan kesan pembetulan kesilapan terhadap untung atau rugi daripada Penyata Kewangan.

Murid menerangkan kesan terhadap untung atau rugi bagi tahun kewangan semasa sekiranya pembetulan kesilapan tidak diambil kira dalam tahun kewangan sebelumnya.

(15)

Pembetulan Kesilapan

Aktiviti Permainan Kotak Beracun

1 Guru menyediakan kad nombor dan soalan-soalan dalam bab pembetulan kesilapan yang merangkumi pelbagai aras.

2 Aktiviti dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

3 Guru akan memainkan muzik dan pada masa yang sama kotak beracun yang mengandungi kad nombor akan beredar dalam kalangan murid.

4 Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang kotak itu akan mencabut kad nombor dan guru akan mengemukakan soalan.

5 Murid perlu menjawab dalam tempoh masa yang diberi.

6 Murid yang tidak dapat menjawab soalan, satu talian hayat dibenarkan. 7 Ganjaran diberi kepada murid yang dapat menjawab dengan tepat. Contoh

8 Guru boleh menyediakan kad nombor dan soalan sebanyak yang mungkin tetapi nombor yang telah diambil tidak boleh diletakkan semula ke dalam kotak. Permainan ini akan dimainkan beberapa pusingan sehingga kad nombor di dalam kotak habis.

Kad nombor Soalan

(1) Baki debit Akaun Belian RM3 000 telah tersalah kira dan direkodkan sebagai RM300. Nyatakan jenis kesilapan yang berlaku. (2) Belian RM350 daripada Mariam telah

direkodkan dalam Akaun Maria. Nyatakan jenis kesilapan yang berlaku.

(3) Jualan barang niaga RM1 000 kepada Perniagaan Hamizah belum direkodkan dalam mana-mana buku. Nyatakan jenis kesilapan yang berlaku.

(4) Bayaran bagi belanja membaiki komputer RM100 telah direkodkan dengan betul dalam Akaun Bank tetapi tersalah rekod dalam Akaun Alatan Pejabat. Nyatakan jenis kesilapan yang berlaku.

(5) Van baharu bernilai RM40 000 yang dibeli secara kredit daripada Perniagaan Motor Naim telah didebitkan dalam Perniagaan Motor Naim dan dikreditkan dalam

Akaun Kenderaan. Nyatakan jenis kesilapan yang berlaku.

AK

TIVITI PENGA

YA

(16)

PEMBETULAN KESILAPAN Kesilapan ketara

• Kesilapan yang jelas dan dapat dilihat daripada Imbangan Duga yang tidak seimbang.

Kesilapan tidak ketara

• Kesilapan yang berlaku tetapi tidak dapat dilihat daripada Imbangan Duga kerana jumlah Imbangan Duga masih seimbang.

Kesilapan ketinggalan

• Satu urus niaga yang tidak direkodkan dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.

Kesilapan komisen

• Kesilapan merekodkan dalam akaun yang salah di bawah pengelasan akaun yang sama.

Kesilapan prinsip

• Kesilapan merekodkan dalam akaun yang salah di bawah pengelasan akaun yang berbeza.

Kesilapan amaun

• Merekodkan amaun yang salah di bahagian debit dan di bahagian kredit. Kesilapan amaun akan menyebabkan akaun terlebih atau terkurang rekod. Kesilapan terbalik atau songsang

• Merekodkan urus niaga mengikut catatan bergu tetapi membuat catatan di bahagian yang terbalik.

Kesilapan saling mengimbangi

• Kesilapan yang sama berlaku di bahagian debit dan di bahagian kredit akaun sama ada terlebih atau terkurang rekod.

(17)

LATIHAN

Soalan Objektif

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai.

1 Belian barang niaga RM9 900 secara kredit daripada Syarikat KK Bhd. belum direkodkan dalam mana-mana buku. Bagaimanakah kesilapan ini dibetulkan dalam Jurnal Am?

Debit Kredit A Belian Modal 9 900 9 900 B Belian Syarikat KK Bhd. 9 900 9 900 C Syarikat KK Bhd. Belian 9 900 9 900 D Modal Belian 9 900 9 900

2 Bayaran membaiki mesin RM700 dengan cek tersilap rekod dalam Akaun Mesin. Bagaimanakah kesilapan ini dibetulkan dalam Jurnal Am?

Debit Kredit

A Mesin

Bank 700 700

B Belanja Membaiki Mesin

Mesin 700 700

C Belanja Membaiki Mesin

Bank 700 700

D Mesin

Belanja Membaiki Mesin 700 700

3 Kesilapan berikut telah dikesan dalam buku Perniagaan Amira: Apakah jenis kesilapan tersebut?

A Kesilapan amaun C Kesilapan ketinggalan

B Kesilapan songsang D Kesilapan komisen

4 Sewa yang diterima sebanyak RM850 daripada penyewa telah direkodkan dalam Akaun Sewa Dibayar. Apakah jenis kesilapan ini?

A Kesilapan prinsip

B Kesilapan terbalik

C Kesilapan komisen

D Kesilapan saling mengimbangi

(18)

5 Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Malik: Bagaimanakah catatan pembetulan ini dilakukan?

A Dt Kt C Dt Kt Gaji

Bank 600 600 Gaji Belanja Am 600 600

B Dt Kt D Dt Kt Bank

Gaji 600 600 Belanja Am Gaji 600 600

6 Petikan akaun berikut diperoleh daripada buku seorang peniaga yang tersilap rekod.

Bagaimanakah kesilapan ini dibetulkan dalam Jurnal Am?

A Dt Kt C Dt Kt Insurans

Bank 60 60 Bank Insurans 120 120

B Dt Kt D Dt Kt Bank

Insurans 60 60 Insurans Bank 120 120

7 Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Osman.

Bagaimanakah kesilapan ini dibetulkan?

A C

B D

8 Urus niaga direkodkan dengan betul dalam Buku Catatan Pertama. Apabila dipindahkan ke dalam lejar, amaun bagi Akaun Jualan sepatutnya RM8 000 tetapi direkodkan sebagai RM800. Bagaimanakah pembetulan ini dilakukan?

A C

B D

Bayaran gaji pekerja RM600 telah direkodkan dalam Akaun Belanja Am.

Akaun Insurans 2016 RM Ogos 9 Bank 60 Akaun Bank 2016 RM Ogos 9 Bank 60 Akaun Belian RM Bank 1 800 Akaun Belian RM Belian 1 800 Akaun Belian RM Bank 1 800 Akaun Belian RM Belian 1 800

Belian tunai RM1 800 hanya direkodkan dalam Akaun Bank tetapi tidak direkodkan dalam Akaun Belian.

Akaun Jualan RM 8 000 Bank 800 Akaun Jualan RM 800 Bank 8 000 Akaun Jualan RM 8 000 Bank 800 Akaun Jualan RM 800 Bank 8 000 Han Han Han Han

(19)

Soalan 9 dan 10 berdasarkan imbangan duga berikut.

Baki-baki buku perakaunan Perniagaan Siva pada 31 Disember 2016 adalah seperti berikut:

(a) Debit

RM KreditRM

Belian 42 000

Akaun Belum Bayar 8 400

Kadar Bayaran 800

Insurans 300

Terdapat dua kesilapan sebelum Penyata Kewangan hendak disediakan iaitu:

(a) Sekeping invois daripada Pembekal Mimi bernilai RM5 300 baru dijumpai dan belum direkodkan dalam mana-mana buku.

(b) Kadar bayaran dan insurans terkurang rekod RM40.

9 Apakah jenis kesilapan di atas?

(a) (b)

A Kesilapan ketinggalan Kesilapan saling mengimbangi

B Kesilapan ketinggalan Kesilapan amaun

C Kesilapan prinsip Kesilapan saling mengimbangi

D Kesilapan prinsip Kesilapan amaun

10 Jumlah Imbangan Duga di bahagian debit dan di bahagian kredit sebelum pembetulan ialah RM86 400. Berapakah jumlah Imbangan Duga Terselaras selepas kesilapan dibetulkan?

A RM91 780 C RM91 660

B RM91 740 D RM91 620

Soalan Struktur

1 Imbangan Duga Perniagaan Razak pada 31 Julai 2016 adalah seimbang. Maklumat berikut merupakan kesilapan yang telah dikesan:

(i) Jualan barang niaga sebanyak RM400 kepada Perniagaan Anuar belum direkodkan dalam mana-mana buku.

(ii) Jualan peralatan bernilai RM2 900 telah dikreditkan dalam Akaun Kenderaan. (iii) Bayaran insurans RM320 tersalah rekod dalam Akaun Gaji.

(iv) Bayaran sewa RM2 000 dengan cek telah didebitkan dalam Akaun Bank dan dikreditkan dalam Akaun Sewa.

Anda dikehendaki:

(a) Nyatakan jenis kesilapan tersebut.

(b) Membetulkan kesilapan dalam Jurnal Am.

(Jawapan : (Dt) Perniagaan Anuar (Kt) Jualan RM400, (Dt) Kenderaan (Kt) Peralatan RM2 900, (Dt) Insurans (Kt) Gaji RM320, (Dt) Sewa (Kt) Bank RM4 000)

(20)

2 Selepas Perniagaan Sofas menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi berakhir pada 31 Disember 2016 beberapa kesilapan telah ditemui iaitu:

(i) Belian barang niaga sebanyak RM1 000 daripada Pembekal Amanda belum direkodkan dalam mana-mana buku.

(ii) Bayaran bagi belanja membaiki alatan pejabat RM1 100 telah direkodkan betul dalam Akaun Bank tetapi tersalah rekod dalam Akaun Alatan Pejabat.

(iii) Sekeping invois bernilai RM445 yang diterima daripada Emylia, seorang pembekal telah direkodkan sebanyak RM454 dalam Jurnal Belian dan Akaun Belian.

(iv) Kenderaan baharu bernilai RM40 000 yang dibeli secara kredit daripada Perniagaan Motor Power telah didebitkan dalam Perniagaan Motor Power dan dikreditkan dalam Akaun Kenderaan.

Anda dikehendaki:

(a) Nyatakan jenis kesilapan tersebut.

(b) Membetulkan kesilapan dalam Jurnal Am (keterangan tidak diperlukan).

(Jawapan: (Dt) Pembekal Amanda (Kt) Jualan RM1 000, (Dt) Belanja membaiki alatan pejabat (Kt) Alatan pejabat RM1 100, (Dt) Emylia (Kt) Belian RM9, (Dt) Kenderaan (Kt) Perniagaan Motor Power RM80 000)

3 Encik Idham pemilik Kedai Komputer Idham telah menyediakan Imbangan Duga pada 31 Ogos 2016. Walaupun jumlah debit dan kredit adalah sama tetapi beliau telah mengesan berlaku tiga kesilapan iaitu:

(a) Akaun Kadar Bayaran yang direkodkan berjumlah RM500 adalah ambilan oleh Encik Idham untuk membayar belanja bil utiliti rumah kediamannya.

(b) Sebuah komputer telah diambil untuk kegunaan perniagaan. Perkara ini belum direkodkan dalam mana-mana buku.

(c) Penerimaan cek bernilai RM1 000 daripada Jaafar telah didebitkan dalam Akaun Jaafar dan dikreditkan dalam Akaun Bank.

Anda dikehendaki membantu Encik Idham membetulkan kesilapan tersebut dalam Jurnal Am (keterangan tidak diperlukan).

(Jawapan: (Dt) Ambilan (Kt) Kadar bayaran RM500, (Dt) Alatan Pejabat (Kt) Belian RM900, (Dt) Bank (Kt) Jaafar RM2 000)

Referensi

Dokumen terkait

beberapa sekolahan agar hasil yag diperoleh data lebih baik lagi. b) Perlu adanya pengembangan modul dengan materi lain yang. menggunakan model learning cycle 5-e, sehingga

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: (1) ekosistem darat (hutan) dapat digunakan sebagai materi dalam e-modul dalam pembelajaran di Lombok Timur, sedangkan ekosistem pantai

Berdasarkan uraian latar belakang diatas maka peneliti perlu untuk melakukan penelitian dengan judul Pengembangan E-Modul IPA Berbasis Project Based Learning PjBL Materi Interaksi Antar