• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apabila sekumpulan pemimpin agama. Warga Kerajaan Tuhan. pendahuluan. Respons Kepada Kerajaan Sebagai Orang Kristian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Apabila sekumpulan pemimpin agama. Warga Kerajaan Tuhan. pendahuluan. Respons Kepada Kerajaan Sebagai Orang Kristian"

Copied!
40
0
0

Teks penuh

(1)

1

pendahuluan

Warga Kerajaan

Tuhan

Respons Kepada Kerajaan Sebagai

Orang Kristian

A

pabila sekumpulan pemimpin agama

bertanya kepada Yesus sama ada rakyat berbangsa Yahudi harus membayar cukai kepada Kaisar, Dia memberikan jawapan yang mengejutkan. Dia meminta mereka melihat pada kedua-dua belah muka syiling Roma dan berkata, “Berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah.”

(2)

Apakah maksud kenyataan itu bagi kita yang hidup 2,000 tahun kemudian? Sama ada kita hidup dalam sistem sosial demokrasi, republik, monarki, pemerintahan diktator ketenteraan, atau sistem komunis, bagaimanakah kita mengimbangkan tanggungjawab kita sebagai rakyat dengan tanggungjawab kita kepada Kristus?

Halaman-halaman berikutnya akan membantu kita memikirkan cabaran-cabaran apabila kita tidak memberi apa yang menjadi milik Tuhan kepada Kaisar, atau memberikan kepada Tuhan apa yang diamanahkan-Nya kepada Kaisar.

(3)

kandungan

satu

Orang Kristian “Ateis” ? . . . . 5 dua

Prinsip-Prinsip Kerajaan . . . . 9 tiga

Perlukah Kita Membayar Cukai? . . 19 empat

Berdoa untuk

Semua Pemimpin Kita . . . . 29 lima

Masa untuk

Membuat Keputusan . . . . 37

REKA BENTUK KULIT: Stan Myers GAMBAR KULIT: Rob Hill via Hemera REKA BENTUK DALAMAN: Steve Gier

GAMBAR-GAMBAR DALAMAN: Rob Hill via Hemera (m.s. 1): Hemera Photo Objects (m.s. 5); yang lain melalui Stock.xchng: Neil Gould (m.s. 9), Marcin Jochimczyk (m.s. 19), Jesper Noer (m.s. 29), and Andrew Beierle (m.s. 37).

Segala ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak cipta terpelihara

© 2015 RBC Ministries, Grand Rapids, Michigan Hak cipta dipelihara.

(4)
(5)

5

satu

Orang Kristian “Ateis”?

P

ada abad ke-2 tm, cendekiawan Roma yang

dihormati, Celsus, membuat tuduhan ateisme (tidak percaya akan kewujudan Tuhan) terhadap pengikut-pengikut Yesus. Oleh sebab mereka tidak menyembah dewa-dewa Roma atau menghormati Kaisar sebagai dewa, Celsus menuduh mereka kerana pengkhianatan dan kepercayaan ateisme.

Apabila penganiayaan berlaku, jemaah zaman awal menanggungnya dengan tabah. Tiada banyak bukti menunjukkan orang Kristian zaman awal menentang penganiayaan yang disebabkan oleh pemerintah.

(6)

Tetapi sewaktu Perang Dunia ke-2, orang Kristian menjadi kalangan pelindung paling berani dalam

mempertahankan sekumpulan orang yang dianiaya. Orang percaya yang salih memainkan peranan yang penting dalam pertubuhan seperti penentang Belanda, kumpulan bawah tanah Perancis, dan lain-lain yang menentang kekejaman Nazi.

Kebanyakan pertubuhan yang berani ini menggunakan cara damai sebagai pendekatan bantahan. Namun, ada yang mengambil tindakan ganas. Misalnya, pastor dari gereja Lutheran, Dietrich Bonhoeffer, dibunuh oleh Nazi atas penglibatannya dalam komplot membunuh Adolf Hitler.

Beberapa tahun kemudian, Dr. Martin Luther King Jr. mengambil langkah yang digelarnya “tindakan tanpa keganasan.” Dalam suratnya bertajuk, “Surat dari Penjara Birmingham,” King menulis, “Ada dua jenis undang-undang: adil dan tidak adil.” Dia berkata, “Seseorang mempunyai tanggungjawab moral untuk melanggar undang-undang yang tidak adil.”

Dr . Martin Luther King Jr, menulis suratnya “Letter from Birmingham Jail” pada April 1963 selepas dia ditahan kerana membuat demontrasi tanpa permit . Dia dipenjarakan selama 11 hari kerana “kesalahan” itu .

Selagi ada kerajaan yang diperintah oleh manusia, pasti ada rakyat yang tidak menyetujui polisi, keputusan dan aktiviti kerajaan mereka. Masa penentangan boleh menjadi masa krisis. Pada masa itulah pemimpin negara itu perlu membuat keputusan genting. Haruskah kerajaan

(7)

Orang Kristian "Ateis"? 7

menggunakan pedang untuk menuntut ketaatan? Jika demikian, adakah ia akan memanfaatkan rakyat? Atau adakah ia sekadar demi kepentingan dan kemajuan kerajaan itu sendiri?

Sebaliknya, rakyat juga perlu membuat keputusan: Haruskah mereka mengambil risiko untuk menentang demi menegakkan keadilan? Atau adakah mereka wajib berdisiplin sambil menunggu, tetap sabar dan menghormati pihak berkuasa? Di manakah batasnya?

Kita mesti mencari suatu keseimbangan. Masyarakat kita memerlukan pertanggungjawaban sosial dan penguatkuasaan undang-undang mesti

diimbangkan dengan kesedaran bahawa kerajaan—seperti semua

institusi manusia yang lain—pasti tidak akan mencapai semua tujuan yang dirancangnya.

Para pengikut Kristus boleh mendapat manfaat daripada sudut pandangan sejarah dan hikmat Alkitab. Dua kenyataan yang amat ketara dalam Perjanjian Baru menjadi ukuran bagi semua pertimbangan tentang iman dan kerajaan:

• Yesus berkata kepada mereka, “Berikan apa yang dimiliki oleh Kaisar kepada Kaisar, lalu berikan apa yang dimiliki

oleh Allah kepada Allah” (markus 12:17).

Para pengikut

Kristus boleh

mendapat

manfaat daripada

sudut pandangan

sejarah dan

hikmat Alkitab.

(8)

• “Setiap orang harus taat kepada pemerintah, kerana pemerintah mendapat kekuasaan daripada Allah.

Pemerintah yang ada sekarang pun ditetapkan oleh Allah” (roma 13:1).

Kata-kata daripada Kristus dan rasul Paulus ialah tiang kembar yang mendukung kebenaran yang dibentangkan atas dua kewarganegaraan kita.

1. Kita mesti tahu apa yang menjadi milik Tuhan. 2. Kita mesti tahu apa yang telah diamanahkan Tuhan

kepada kerajaan.

Kita mempunyai kewarganegaraan di kerajaan Tuhan, sesebuah negara atau tempat yang kita menghuni. Inilah cabaran kita: Adakah kita mempunyai tanggungjawab moral untuk menuruti perintah kerajaan manusia? Bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa kita tidak memberikan sesuatu yang hanya menjadi milik Tuhan kepada kerajaan—dan kepada Tuhan apa yang sudah diamanahkan-Nya kepada Kaisar?

(9)

9

dua

Prinsip-Prinsip Kerajaan

B

uat seketika, marilah kita bayangkan bahawa

kita sedang mengikuti jejak para pengikut Yesus. Mereka telah dijemput untuk menjadi anggota kerajaan bakal Raja Israel. Apakah yang mungkin terlintas dalam fikiran mereka, apabila impian yang pernah

didoakan oleh nenek moyang mereka kelihatannya hampir menjadi satu kenyataan?

Ketika mereka berjalan di pesisiran pantai tasik Galilea, para pengikut Yesus mula belajar dan menerima prinsip-prinsip kerajaan Tuhan. Mereka mula sedar bahawa Guru mereka yang melakukan mukjizat, sedang menggenapi nubuat nabi Yesaya yang berkata:

Seorang anak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita! Dia akan menjadi

(10)

pemimpin kita. Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,” “Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,” “Raja Damai.”

Kekuasaan-Nya akan terus bertambah, pemerintahan-Kekuasaan-Nya akan sentiasa aman. Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud, pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan dari sekarang hingga akhir zaman. Tuhan Yang Maha

Kuasa pasti melakukan segala perkara ini” (yesaya 9:5-6). Mungkinkah Yesus akan menggenapi kata-kata nabi itu? Mungkinkah Dialah Mesias yang dinanti-nantikan?

Dengan harapan bahawa Tuhan akan menguasai dunia ini, bayangkan persoalan para pengikut-Nya—dan kekeliruan—apabila Raja itu memberitahu mereka bahawa mereka masih perlu membayar

cukai dan memberi hormat kepada raja kafir (orang yang tidak percaya kepada Tuhan)! Namun itulah yang mereka dengar daripada mulut Yesus, beberapa hari sebelum penyaliban-Nya.

Para pengikut mengharapkan pembebasan politik. Tetapi mereka terkejut apabila Yesus mengajar para pengikut-Nya memberi penghormatan bahkan kepada pemerintah kafir.

Apabila Paulus menulis kepada para pengikut Kristus di Roma, dia bermula dengan mengisytiharkan

bahawa Yesus ialah Tuhan (roma

1:1-4). Pegawai-pegawai Roma mungkin

Para pengikut

mengharapkan

pembebasan politik.

Tetapi mereka

terkejut apabila

Yesus mengajar

para

pengikut-Nya memberi

penghormatan

bahkan kepada

pemerintah kafir.

(11)

Prinsip-Prinsip Kerajaan 11

mentafsirkan kenyataan itu sebagai cabaran subversif (atau pemberontakan) terhadap kekuasaan Kaisar. Tetapi dalam surat yang sama dia menulis:

Setiap orang harus taat kepada pemerintah, kerana pemerintah mendapat kekuasaan daripada Allah. Pemerintah yang ada sekarang pun ditetapkan oleh Allah (roma 13:1).

Masa itu Paulus hidup di bawah kekuasaan Kaisar. Adakah dia menyuruh para pengikut Kristus memberikan penghormatan kepada Kaisar yang sepatutnya hanya dimiliki oleh Tuhan?

Dalam penekanan tanggungjawab kita kepada kerajaan, Paulus menggunakan perkataan “taat” sebanyak dua kali (roma 13:1,5). Paulus menggesa pendengarnya mengakui

kuasa yang diberikan oleh Tuhan kepada ketua kerajaan yang meminta dirinya disembah! Tujuan rasul berkata seperti itu adalah untuk mendorong kita menghormati pemimpin, sekular atau kafir. Ini patut dilakukan terhadap mereka yang taat kepada hukum, kerana kuasa pemerintah itu diberikan oleh Tuhan sendiri.

Paulus tidak menyuruh kita menghormati pemimpin kita kerana kita menyetujui keperibadian atau polisi awam mereka. Dia menjelaskan bahawa Tuhan menubuhkan kerajaan kerana hendak membendung keadaan huru-hara.

Kitab Hakim-Hakim dalam Perjanjian Lama mengisahkan pembunuhan raja, penghapusan bangsa, rampasan kuasa, penganiayaan seks, dan kehancuran keluarga—segala tragedi ini disebabkan oleh pemerintahan yang terlalu longgar atau langsung tidak wujud. Oleh sebab tiada kawalan, kitab Hakim-Hakim dengan murung menyimpulkan, “Pada zaman itu umat Israel belum

(12)

mempunyai raja. Tiap-tiap orang melakukan apa yang

dianggapnya benar” (hakim-hakim 21:25).

Sepanjang sejarahnya, negara Israel telah diperintah oleh negara lain . Apabila Yesus mula pelayanan-Nya bersama para pengikut, negara itu diperintah oleh Empayar Roma yang menakluki Israel pada 68 sm . Ada beberapa kumpulan bersedia untuk memberontak , bahkan dengan keganasan (MARKUS 15:7; LUKAS 23:19) .

Roma 13:4-5 menentang pendekatan yang bahaya ini dengan menjelaskan bahawa kuasa kerajaan sivil bertindak bagi pihak Tuhan supaya menjaga keamanan, menegakkan keadilan, menghukum kejahatan dan menghalang

keganasan. Undang-undang yang menentang pembunuhan, rogol, pencurian, merosakkan harta benda dan rasuah, mencerminkan nilai yang diletakkan Tuhan dalam kehidupan manusia dan hak pemilikan harta peribadi.

Rasul Petrus sehaluan dengan Paulus untuk menekan bahawa para Kaisar di dunia ini adalah sebahagian pemberian Tuhan untuk menjaga ketenteraman awam. Dia menekankan bahawa apabila pengikut Kristus menuruti undang-undang, mereka mencerminkan kebaikan Tuhan dan menunjukkan bahawa mereka tidak menggunakan agama mereka sebagai penutup bagi perbuatan yang

tidak senonoh (1 petrus 2:13-17). Petrus mendorong semua

pembacanya mewakili Kristus dengan baik apabila dia menulis, “Hormatilah semua orang, kasihilah sesama saudara seiman, takutlah akan Allah, dan hormatilah Kaisar” (1 petrus 2:17).

Kita mungkin berfikir kita boleh menghormati jawatan pegawai kerajaan tanpa menghormati peribadi yang memegang jawatan itu. Tetapi adakah itu tujuan Yesus

(13)

Prinsip-Prinsip Kerajaan 13

dan para rasul? Adakah mereka menggesa kita supaya menghormati kedudukan yang berkuasa dan bukan individu yang mengisi jawatan itu?

Sekali lagi, kita mesti ingat bahawa Paulus dan Petrus menulis kepada mereka yang hidup pada zaman pemerintahan maharaja. Undang-undang Roma mungkin mengagumkan kerana ia mengizinkan kebebasan secara am dan separuh autonomi diberikan kepada mereka yang diperintah dan ditakluki olehnya, tetapi pada waktu pemerintahan Roma itulah orang Kristian menderita kerana mereka tidak mahu memberikan penghormatan kepada Kaisar, yang mereka percaya hanya layak diberikan kepada Tuhan.

Dorongan Paulus kepada orang percaya di Roma agar taat kepada kerajaan bukan permintaan yang kecil, khususnya dengan penulisan surat Roma pada 57 tm . Kurang daripada 10 tahun sebelum itu, iaitu pada 49 tm, orang Kristian dibuang dari kota Roma oleh kerajaan . Hanya beberapa tahun kemudian di bawah pemerintahan Nero pada 64 tm, penganiayaan yang diluluskan oleh kerajaan terhadap orang Kristian dimulakan .

Paulus tahu ertinya berhadapan dengan pemimpin

yang menyalahgunakan kuasa keagamaan dan sivil (kisah

rasul-rasul 22:30–23:5). Sebenarnya, apabila dia menulis surat kepada Titus, dia sedang berada dalam penjara kerana imannya. Namun, walaupun dia sendiri mengalami ketidakadilan ini, dia tetap memegang prinsip bahawa pemimpin harus dihormati. Dia mengarahkan Titus supaya mengingatkan para pengikut Kristus agar “taat kepada pemerintah dan penguasa, patuh kepada mereka dan

(14)

Bagaimanakah kalau kerajaan menyuruh kita membuang iman kita atau menggugurkan anak kita, atau berkhidmat dalam tentera yang berperang dalam peperangan yang tidak adil?

Alkitab menyatakan dengan jelas bahawa

penghormatan bagi pemimpin tidak bererti ketaatan tanpa pertimbangan langsung. Para rasul dalam Perjanjian Baru menunjukkan kepada kita bahawa ada masanya kita patut membuat rayuan kepada pihak atasan. Apabila pemimpin Yahudi melarang Petrus dan Yohanes bercerita tentang kebangkitan Yesus, para rasul membalas dengan berkata, “Pertimbangkan sendiri mana yang benar di sisi Allah. Taat kepada tuan-tuan atau taat kepada Allah?” (kisah rasul-rasul 4:19-20; lihat juga 5:29).

Cabaran Petrus dan Yohanes terhadap pemerintah mesti difahami dalam konteks kejadian yang membawa kepada konfrontasi itu. Kebenaran yang diketahui mereka telah mendesak mereka menentang arahan itu. Mereka telah melihat Yesus menyembuhkan orang sakit dan mem-bangkitkan orang mati. Mereka telah melihat Dia dengan rela menderita dan mati sebelum bangkit semula secara fizikal selepas tiga hari. Dalam hari-hari berikutnya, mereka telah melihat lagi pekerjaan Tuhan yang tidak boleh diragui (kisah rasul-rasul 3:1-12), yang membantu orang lain percaya akan kebangkitan Yesus daripada kematian.

Para rasul ini bukan penjenayah. Sebaliknya, mereka hidup dalam semangat Daniel, yang berabad-abad dahulu tidak mahu mengikuti penyembahan berhala yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Kerana keberaniannya, Daniel telah dibuang ke dalam gua singa. Tindakannya

(15)

Prinsip-Prinsip Kerajaan 15

yang lemah lembut tetapi penuh keberanian membuktikan dengan jelas bahawa dia tidak ada masalah dengan pemerintah. Apabila dia keluar dari gua singa tanpa cedera sedikit pun, dia berkata kepada raja:

Daulat tuanku! Allah telah mengirim malaikat-Nya untuk menutup mulut singa-singa itu sehingga hamba tidak diapa-apakan. Dia berbuat demikian kerana Dia tahu hamba tidak bersalah, baik terhadap Dia mahupun terhadap tuanku (daniel 6:21-22).

Apabila kita mempunyai isu dengan kerajaan, adalah baik jika kita merujuk kepada cara Daniel menentang raja Darius dengan hormat.

Daud memberikan kita satu lagi contoh bantahan dengan berani tetapi penuh hormat. Apabila dia melarikan diri daripada kemarahan dan kedengkian Raja Saul, dia memilih untuk menghormati “raja yang

dipilih oleh Tuhan” (1 samuel 24:11) walaupun itu bererti

dia mengundang bahaya kepada dirinya (1 samuel

19:9-10; 24-26). Apabila Saul memburu Daud dengan askar bersenjata, Daud mempunyai peluang untuk membunuh

raja tetapi dia memilih untuk tidak berbuat demikian (1

samuel 24:3-4; 26:5-25). Penguasaan diri dan rasa hormat yang dimiliki Daud, akhirnya menyebabkan musuhnya,

Saul memberkati dia (26:25).

Daniel dan Daud

menunjukkan

hormat tetapi

pada waktu yang

sama, mereka

membantah dan

tidak menyetujui

pemimpin dengan

(16)

Keberanian untuk menuruti firman Tuhan daripada mentaati manusia adalah satu perkara. Tidak menghormati para pemimpin kita adalah satu perkara yang lain. Daniel dan Daud menunjukkan hormat tetapi pada waktu yang sama, mereka membantah dan tidak menyetujui pemimpin dengan cara yang mulia.

Lebih dahsyat lagi, pemerintah kita ialah hamba Tuhan tanpa mereka sedari. Paulus menulis, “Oleh itu

orang yang menentang pemerintah, menentang apa yang

sudah ditetapkan oleh Allah” (roma 13:2).

Mengapakah Paulus berkata sedemikian? Mungkin kerana sistem pemerintahan majmuk, iaitu sistem kafir pun tetap menyediakan kemudahan dan susunan sosial yang penting. Bahkan kezaliman pun mungkin lebih baik daripada langsung tiada undang-undang.

Dengan pertimbangan bijak ini, Paulus berkata kepada rakyat Empayar Roma, “Itulah sebabnya kamu harus taat kepada pemerintah—bukan sahaja kerana takut kepada hukuman Allah, tetapi kerana hati nurani kamu menyuruh

kamu berbuat demikian” (roma 13:5). Perkataan hukuman

Allah di sini menyentuh tentang kemungkinan kerajaan akan menggunakan kekerasan untuk menentang rakyatnya. Perkara yang hendak disentuh oleh Paulus adalah apabila mempertimbangkan mahu atau tidak menentang kerajaan demi hati nurani, kita mesti juga mempertimbangkan tindak balas kita kepada institusi yang ditetapkan oleh Tuhan. Ia merupakan suatu latihan dalam keseimbangan dan sudut pandangan yang menuntut kebijaksanaan.

Hormat pada pemerintah bererti mempunyai sikap takut yang sihat terhadap kuasa mereka. Paulus

(17)

Prinsip-Prinsip Kerajaan 17

mengingatkan kita bahawa pemerintah berkuasa untuk menegakkan ketertiban dan menguatkuasakan

undang-undang (roma 13:3-4,7). Ketika menghuraikan kuasa

kerajaan yang dipercayakan dengan tanggungjawab pemerintahan, dia menulis, “Jika kamu berbuat jahat, takutlah kepadanya, kerana pemerintah berkuasa untuk menjatuhkan hukuman. Pemerintah itu hamba Allah, yang menjatuhkan hukuman Allah kepada orang yang berbuat jahat” (roma 13:4).

Sebelum menentang “kekuasaan daripada Allah,” kita harus tahu tindakan ini mungkin mendatangkan pemenjaraan atau hukuman mati terhadap kita sendiri.

Undang-undang bagi hukuman mati yang paling awal ditemui dalam Kod Hammurabi yang ditulis pada 1700-an sm . Jenayah yang boleh dikenakan hukuman mati telah berubah-ubah sepanjang sejarah, termasuk pembunuhan, perzinaan dan mengganggu ketenteraman awam .

Jika kita perlu menentang, kita mesti melaku-kannya dengan hormat pada orang dalam kerajaan.

Dalam kes-kes tertentu, para pengikut Kristus mempunyai alasan untuk menganggap kerajaan mereka sebagai musuh Injil. Dalam keadaan seperti ini, kita mesti ingat bahawa pemerintah yang berkenaan akan bertanggungjawab kepada Tuhan atas kuasa yang telah diberikan-Nya kepada mereka.

Dengan cara yang sama, kita juga akan bertanggungjawab kepada Tuhan—pemerintah dengan kuasa tertinggi— atas cara kita bertindak balas terhadap pegawai kerajaan. Oleh itu, kita mesti berfikir bagaimana sikap angkuh atau sikap permusuhan kita terhadap pemimpin kerajaan akan menggambarkan Kristus.

(18)

Jika kita memilih bahawa demi Kristus kita perlu meng-ambil tindakan sendiri, maka kita perlu ingat dengan baik kata-kata hikmat Dr. Martin Luther King Jr., yang memetik daripada Thomas Aquinas: “Undang-undang yang tidak adil adalah undang-undang manusia yang tidak berakar dalam undang-undang yang kekal dan undang-undang semula jadi.” Dr. King dengan betul memperhatikan bahawa sesetengah polisi yang bersifat perkauman dalam pemerintah pada zamannya memang tidak adil. Namun, King juga berkata dalam surat yang sama: “Saya tidak mengelak atau menentang undang-undang … Itu akan mengakibatkan anarki (tiada pemerintahan yang teratur). Orang yang mahu melanggar undang-undang yang tidak adil mesti melakukannya secara terbuka dan penuh kasih, serta menerima akibatnya dengan kerelaan.”

Oleh itu, jika kita terpaksa menentang kerajaan kita, kita mesti bertanyakan 3 soalan penting ini kepada diri sendiri:

1. Adakah dunia yang memerhatikan penentangan kita

melihat usaha kita itu sebagai cara untuk melindungi hak kita sendiri?

2. Adakah kita membantah supaya melindungi

kepentingan orang lain dan berjuang untuk menuntut keadilan yang lebih tinggi?

(19)

19

tiga

Perlukah Kita

Membayar Cukai?

A

da orang persoalkan sama ada kerajaan

mem-punyai hak untuk memungut cukai. Orang lain pula tertanya-tanya sama ada kita perlu membayar cukai jika kita tidak suka cara wang rakyat dibelanjakan. Ada lagi yang berasa bahawa memberikan wang kepada kerajaan yang menyokong perang, senjata nuklear, perbelanjaan defisit, pengguguran bayi,

kepelbagaian keagamaan, ateisme, atau penggunaan tanah dan pengurusan sumber yang cuai adalah sama seperti menyokong amalan-amalan ini secara langsung.

(20)

Orang Kristian abad pertama dan masyarakat Yahudi dari Roma hingga ke Yerusalem menghadapi masalah yang sama. Pemungutan cukai adalah isu yang sensitif di Yudea pada waktu ia dijajah oleh Roma. Perkara ini bukan sahaja melibatkan beban membayar cukai, tetapi juga soal sama ada boleh atau tidak menggunakan wang Yahudi untuk menyokong Kaisar Roma yang kafir.

Dalam konteks inilah pemimpin keagamaan bertanya kepada Yesus, “Menurut Taurat bolehkah kita membayar

cukai kepada Kaisar Roma?” (markus 12:14).

Apa yang menjadikan persoalan ini lebih menarik adalah ia ditanya oleh wakil daripada dua kumpulan yang saling bertentangan, tetapi bersama-sama datang menguji Yesus. Orang Farisi merupakan penegak tradisi serta

keagamaan Yahudi. Mereka membenci pemerintahan Roma dengan kekafirannya dan pengakuan bahawa Kaisar ialah tuhan. Mereka juga membenci tulisan pada wang syiling Roma yang melambangkan penyembahan berhala.

Oleh itu, apabila orang Farisi bertanya kepada Yesus, sama ada mereka patut membayar cukai kepada Kaisar, mereka mempunyai agenda bersama hendak menentang Kristus. Jika Yesus berkata bahawa orang Yahudi perlu membayar cukai kepada Kaisar, yang merupakan fokus Penyembahan Empayar, mereka akan menuduh Dia menyokong nilai-nilai Romawi dan menghina Tuhan.

Orang Herodes pula ada pendapat yang lain terhadap soalan tersebut. Mereka berfokus pada aspek politik dan bukan pada yang rohani. Mereka berasa bahawa orang Yahudi harus menyokong dinasti Herodes yang bukan

(21)

Perlukah Kita Membayar Cukai? 21

dan memerintah daerah itu mengikut kesukaan Roma. Dengan itu, orang Herodes boleh menuduh Yesus sebagai pengkhianat bangsa jika Dia berkata bahawa orang Yahudi tidak perlu membayar cukai.

Yesus menunjukkan bahawa umat Tuhan boleh menggunakan dua kewarganegaraan mereka. Dia bukannya minta kita memilih antara Tuhan dan Kaisar, sebaliknya Dia mengakui peranan Kaisar sebagai pemerintah yang sah di bawah pemerintahan Tuhan yang Maha Tinggi. Rakyat Kaisar perlu membayar cukai kepadanya. Tetapi Tuhan sahaja yang layak disembah dan menerima kesetiaan penuh.

Haruskah kita membayar cukai jika kerajaan menggunakan wang cukai itu untuk tujuan yang tidak adil atau tidak bermoral? Rasul Paulus tidak

meragui tanggungjawab kita dalam pembayaran cukai. Dia menulis: “Itulah sebabnya pula kamu membayar

cukai, kerana pemerintah berkhidmat kepada Allah apabila menjalankan tugas. Bayarlah apa yang harus kamu bayar kepada pemerintah. Bayarlah cukai pendapatan, jika kamu harus membayarnya. Bayarlah cukai tanah, jika kamu harus

membayarnya. Hormatilah mereka yang harus dihormati, dan hargailah mereka yang harus dihargai” (roma 13:6-7).

Ada sebab-sebab

yang lebih kukuh

untuk para

pengikut Kristus

membayar apa

yang dituntut oleh

(22)

Ada penentang mengemukakan hujah-hujah yang kedengarannya seakan-akan patriotik atau rohani jika tidak membayar cukai. Tetapi ada sebab-sebab yang lebih kukuh untuk para pengikut Kristus membayar apa yang dituntut oleh kerajaan. Alkitab tidak boleh digunakan untuk menyokong pemberontakan terhadap pembayaran cukai, sama dengan ia tidak boleh digunakan untuk mempromosikan pemberontakan atau sikap tidak hormat kepada pemimpin politik kerana mereka tidak menyokong kepercayaan atau nilai-nilai kita.

“Kerajaan Roma pada zaman Paulus menjadikan Nero sebagai dewa, menjalankan negara kebajikan, dan menyokong amalan kafir … Namun Yesus dan Paulus menyatakan dengan jelas bahawa orang Kristian harus membayar cukainya .” —JOHN EIDSMORE IN GOD & CAESAR (M .S . 37)

Bolehkah kita menjadikan negara kita bangsa yang berpusat pada Tuhan? Tidak kira berapa ramai

orang Kristian dalam sesebuah negara, ia tidak dapat disamakan dengan Israel pada masa dahulu. Gereja juga tidak diamanahkan untuk membekalkan undang-undang dan ketenteraman awam kepada masyarakat. Panggilan kita adalah menjadi satu tubuh yang memberikan garam

dan cahaya dalam kalangan semua bangsa (matius

5:13-16). Misi kita adalah mempengaruhi masyarakat dan bukan

mengawalnya.

Apabila Yesus berkata, “Pemerintahan-Ku bukan

dari dunia ini” (yohanes 18:36), Dia mengakui bahawa

(23)

Perlukah Kita Membayar Cukai? 23

bahawa sebelum Dia kembali lagi, kerajaan-Nya tidak akan kelihatan. Sebaliknya, ia merupakan pemerintahan Tuhan yang tidak kelihatan, iaitu dalam hati mereka yang dengan rela mengabdikan diri

kepada-Nya (lukas 17:20-21). Apabila

Dia kembali, Dia akan mendirikan

kerajaan yang kelihatan (matius

24:30-35; 25:31-46; 26:29-64), tetapi

untuk masa ini, Dia memanggil manusia daripada segala bangsa agar memberikan takhta dan pemerintahan hati mereka kepada-Nya (matius 28:18-20).

Kita tidak dipanggil untuk menjadikan hukum Tuhan sebagai hukum negeri dengan membentuk blok undian moral atau pakatan

politik. Sebaliknya kita perlu mempengaruhi masyarakat kita dengan kasih yang radikal, teladan yang sejati dan bantuan bagi mereka yang memerlukan pertolongan.

Sifat-sifat kerohanian yang diminta oleh Yesus daripada kita tidak boleh didesak dengan paksaan atau ditentukan oleh jumlah undian yang paling tinggi. Moral kemasyarakatan Kristus hanya dapat bertumbuh dengan rela satu hati demi satu hati, apabila setiap individu sedar bahawa kita betul-betul kepunyaan-Nya.

Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru memberikan kita contoh tentang umat Tuhan mempengaruhi kerajaan kafir

Sifat-sifat

kerohanian yang

diminta oleh Yesus

daripada kita

tidak boleh didesak

dengan paksaan

atau ditentukan

oleh jumlah undian

(24)

pada zaman mereka.

• Yusuf naik kepada pangkat yang berkuasa tinggi di Mesir (Kejadian 39–50). Tanpa mengubah polisi

keagamaan atau penyembahan berhala di negeri itu, Tuhan menggunakan Yusuf untuk menyelamatkan ramai orang

pada waktu kemarau yang teruk (kejadian 50:20).

• Sadrakh, Mesakh dan Abednego, tawanan dari Yudea, menjadi terkenal di empayar Babilonia. Namun mereka tidak mahu tunduk dan menyembah patung emas raja

Nebukadnezar (daniel 3).

• Daniel, seorang tawanan Yahudi, dihormati kerana dia seorang pengurus yang bijak dan mempunyai karakter yang tidak goyah semasa pemerintahan beberapa orang

raja. Dia tidak takut bersuara bagi pihak Tuhan (daniel

4:27).

• Nehemia, pengurus minuman Raja Artahsasta dari

Persia (464-424 sm), mendapat pertolongan raja untuk

membina semula Yerusalem (nehemia 1–6).

• Rasul Paulus menuntut undang-undang Roma supaya memberikan dia perlindungan apabila dia dipukul tanpa siasatan dan dipenjarakan tanpa perbicaraan, walaupun dia

seorang rakyat Roma (kisah rasul-rasul 22:22-30).

Dalam setiap contoh ini kita melihat orang dengan jelas terlibat dalam kerajaan duniawi mereka, tambahan lagi ada beberapa orang terlibat dalam aspek yang sangat penting. Tetapi dalam setiap kes itu, kesetiaan duniawi mereka

mengambil tempat kedua kepada kesetiaan syurgawi mereka.

Tiada kerajaan yang sempurna di dunia ini . Orang Kristian tidak menghormati perintah Tuhan apabila kita hanya mahu menerima keuntungan sebagai rakyat tanpa memeluk tanggungjawab yang dituntut sebagai rakyat .

(25)

Perlukah Kita Membayar Cukai? 25

pada zaman mereka.

• Yusuf naik kepada pangkat yang berkuasa tinggi di Mesir (Kejadian 39–50). Tanpa mengubah polisi

keagamaan atau penyembahan berhala di negeri itu, Tuhan menggunakan Yusuf untuk menyelamatkan ramai orang

pada waktu kemarau yang teruk (kejadian 50:20).

• Sadrakh, Mesakh dan Abednego, tawanan dari Yudea, menjadi terkenal di empayar Babilonia. Namun mereka tidak mahu tunduk dan menyembah patung emas raja

Nebukadnezar (daniel 3).

• Daniel, seorang tawanan Yahudi, dihormati kerana dia seorang pengurus yang bijak dan mempunyai karakter yang tidak goyah semasa pemerintahan beberapa orang

raja. Dia tidak takut bersuara bagi pihak Tuhan (daniel

4:27).

• Nehemia, pengurus minuman Raja Artahsasta dari

Persia (464-424 sm), mendapat pertolongan raja untuk

membina semula Yerusalem (nehemia 1–6).

• Rasul Paulus menuntut undang-undang Roma supaya memberikan dia perlindungan apabila dia dipukul tanpa siasatan dan dipenjarakan tanpa perbicaraan, walaupun dia

seorang rakyat Roma (kisah rasul-rasul 22:22-30).

Dalam setiap contoh ini kita melihat orang dengan jelas terlibat dalam kerajaan duniawi mereka, tambahan lagi ada beberapa orang terlibat dalam aspek yang sangat penting. Tetapi dalam setiap kes itu, kesetiaan duniawi mereka

mengambil tempat kedua kepada kesetiaan syurgawi mereka.

Tiada kerajaan yang sempurna di dunia ini . Orang Kristian tidak menghormati perintah Tuhan apabila kita hanya mahu menerima keuntungan sebagai rakyat tanpa memeluk tanggungjawab yang dituntut sebagai rakyat .

Haruskah pengikut Kristus menyokong negara mereka sendiri dengan memperalatkan

negara-negara lain? Seperti yang sudah kita lihat,

Alkitab mengajar kita bahawa kita mempunyai dua kewarganegaraan. Kita melayani pemimpin duniawi dengan hormat sambil memberi kesetiaan kita kepada Raja atas segala raja.

Dengan memberi kepada Kaisar apa yang memang milik Kaisar dan kepada Tuhan apa yang memang milik Tuhan, kita mengakui kuasa dan pemerintahan duniawi yang sah di samping kerajaan Kristus.

Tetapi ada orang yang pasti bertanya, bagaimana dengan isu perang? Haruskah seorang Kristian bersifat pasifis (orang yang menentang peperangan)? Beberapa prinsip asas membentuk titik permulaan kita untuk menentukan apa maksudnya mengikuti Kristus pada masa peperangan.

Pengikut-pengikut Kristus pada umumnya memegang salah satu antara dua pendirian apabila dihadapkan kepada soalan penglibatan dalam peperangan yang diiktiraf oleh

kerajaan: Teori Peperangan Adil dan pasifisme.

Teori Peperangan Adil berfokus kepada aspek moral, apabila pengikut Kristus dibenarkan melibatkan diri dalam peperangan bersenjata kerana pemerintah sivil yang adil mewajibkan mereka melakukannya. Menurut sejarah, teori ini menuntut bahawa beberapa syarat dipenuhi

(26)

supaya peperangan dianggap sebagai tindakan yang wajar dilakukan.

1. Tindakan yang adil. Adakah konflik ini untuk tujuan

yang benar?

2. Niat yang betul. Apakah pencapaian yang kerajaan

harapkan melalui tindakannya?

3. Kuasa yang betul dan pengisytiharan umum.

Adakah kerajaan mempunyai kuasa untuk

mengisytiharkan peperangan dalam situasi berikut, dan sudahkah mereka memaklumkan tindakan peperangan dan sebabnya kepada orang awam?

4. Pilihan terakhir. Adakah pilihan lain yang dapat

memelihara dan melindungi kehidupan manusia?

5. Kebarangkalian kejayaan. Matlamat yang pasti

gagal adalah pembaziran nyawa dan sumber yang berharga.

6. Pertimbangan. Adakah tindakan berperang

Teori Peperangan Adil mempunyai sejarah yang panjang, bertarikh pada zaman Yunani dan Rom kuno . Kekristianan, melalui orang-orang seperti Augustine dan Thomas Aquinas mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pembentukan teori ini . Augustine menulis, “Keagamaan yang benar menghadapi peperangan dengan tenang hati, kerana ia dimulakan bukan atas motif kebesaran kendiri atau kekejaman, tetapi dengan tujuan mendapatkan kedamaian, menghukum mereka yang membuat kejahatan, dan menegakkan yang baik .”

(27)

Perlukah Kita Membayar Cukai? 27

bersifat wajar apabila dibandingkan dengan apa yang dipertahankan atau dilindungi dengan kekejaman?

Pasifisme berfokus pada ajaran Yesus tentang keamanan apabila

diterapkan kepada setiap individu yang percaya. Ia menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Yesus, orang percaya harus selalu

mengelak daripada melibatkan diri dalam aktiviti yang ganas sebagai punca keamanan atau pemeliharaan

kedamaian (matius 5:9; 5:38-42; baca

juga lukas 6:27-36; yohanes 13:34). Kedua-dua pihak menyetujui bahawa peperangan tidak pernah menjadi situasi yang baik. Dalam dunia yang sempurna, tidak sekali-kali ada alasan yang patut untuk

berperang. Namun kita hidup dalam dunia yang berdosa. Peperangan ialah gejala yang tidak boleh dielakkan dan akibat daripada ketamakan dan keegoan manusia. Justeru, kita tidak boleh mengandaikan bahawa ketiadaan keganasan bererti kehadiran keamanan.

Alkitab menjelaskan bahawa ada masanya apabila negara perlu mengambil langkah ketenteraan sebagai sebahagian tanggungjawab mereka yang berhak menjatuhkan hukuman. Ini harus dilakukan untuk

menentang keganasan dan melindungi rakyatnya (roma

13:4). Tetapi tuntutan Alkitab adalah supaya kita berusaha

Dalam dunia yang

sempurna, tidak

sekali-kali ada

alasan yang patut

untuk berperang.

Namun kita hidup

dalam dunia

yang berdosa.

(28)

dengan keras agar memupuk kedamaian antara individu

(29)

29

empat

Berdoa untuk Semua

Pemimpin Kita

D

unia ini nampaknya semakin menuju keadaan

yang akan timbul banyak kesusahan, seperti yang dinubuatkan oleh Alkitab pada hari-hari

terakhir (2 timotius 3:1-5). Respons manusia

berbeza-beza. Ada yang mengambil sikap menyerah. Ada yang bersungut-sungut, lari ke padang gurun, atau mengugut untuk memulakan revolusi. Apakah pendekatan yang boleh memuliakan Tuhan kita?

Paulus percaya bahawa jawapan Tuhan kepada doa-doa kita dapat membentuk kerajaan dan juga kehidupan individu. Oleh itu dia menulis:

Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang,

(30)

untuk raja-raja dan semua penguasa. Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain. Hal ini baik dan menyenangkan hati Allah, Penyelamat kita. Dia mahu semua orang diselamatkan serta mengetahui ajaran benar tentang penyelamatan (1 TimoTius 2:1-4).

Mengapa kita harus mendoakan semua pemimpin kita? Paulus berkata bahawa tujuan doa kita adalah supaya

kita dapat "hidup dengan aman dan tenteram.” Kata-katanya seiring dengan nasihat yang diberikan oleh nabi Yeremia kepada orang Yahudi yang tinggal dalam pembuangan di

bawah kerajaan asing dan kafir di Babel (yeremia 29:4-7). Di

bawah pemerintahan kerajaan yang dianggap sangat salah oleh orang Yahudi, Yeremia berkongsi kata-kata Tuhan yang penting ini:

Bekerjalah untuk kemakmuran kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada-Ku untuk kepentingan kota itu, kerana jika kota itu makmur, kamu pun akan makmur (ayat 7).

Nyata sekali, walaupun terpisah oleh beberapa abad, di Babel dan di Roma, Yeremia dan Paulus sama-sama mendesak umat Tuhan supaya berdoa untuk mereka yang berpangkat tertinggi dalam pemerintahan negara, supaya mereka dapat hidup dengan aman.

Doa merujuk kepada apa sahaja permintaan kepada Tuhan . Dalam Perjanjian Baru, perkataan ini merujuk secara umumnya kepada semua jenis perhubungan dengan Tuhan . Namun pentafsir Alkitab, William Hendriksen, mencadangkan bahawa dalam konteks 1 Timotius 2, perkataan ini merujuk kepada keperluan umum sesebuah kerajaan, seperti hikmat dan keadilan .

(31)

Berdoa Untuk Semua Pemimpin Kita 31

Apakah jenis doa yang harus diucapkan untuk mereka yang bertugas dalam kerajaan? Dalam

1 Timotius 2:1, Paulus menggunakan empat cara yang berbeza untuk menghuraikan doa-doa yang harus kita panjatkan bagi pihak kerajaan kita: permohonan, doa, doa syafaat dan ucapan syukur. Walaupun ketiga-tiga perkataan pertama mempunyai huraian yang sama, ada kemungkinan Paulus mahu menekankan bahawa unsur-unsur doa yang tersebut di atas harus menjadi sebahagian kehidupan doa kita.

Justeru, panggilan Paulus untuk berdoa seperti itu mengingatkan kita bahawa Tuhan mahu kita meng-gunakan doa kita agar mengungkapkan keyakinan pada kuasa yang lebih tinggi dan kuasa yang sememangnya milik-Nya sendiri. Aktiviti-aktiviti kerajaan dunia adalah sebahagian peperangan rohani yang akan berakhir apabila Kristus kembali mendirikan kerajaan-Nya. Sementara itu, Tuhan mendengar doa kita dan kita memiliki janji yang

besar ini: “Kita berani menghadap Allah, kerana kita yakin bahawa Dia mengabulkan doa kita, jika kita memohon apa

sahaja yang sesuai dengan kehendak-Nya” (1 yohanes 5:14).

Rayuan merupakan permintaan-permintaan yang timbul kerana ada keperluan dalam situasi yang spesifik . Apabila kita mengajukan permintaan kita untuk kerajaan, rayuan merupakan seruan kita kepada Tuhan, supaya orang yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan

menguatkuasakan undang-undang bagi sesebuah negara akan melaksanakan tugas mereka dengan keadilan .

(32)

Sejarah Yang Penuh Harapan

Salah satu cerita utama dalam Alkitab adalah tentang keluarga dan bangsa yang dipilih oleh Tuhan untuk hidup di bawah pemerintahan dan kepimpinan-Nya. Umat Israel dipilih untuk menjadi rakyat kerajaan Tuhan. Dia sepatutnya menjadi Tuhan dan Raja mereka. Tetapi dalam masa kesusahan, umat pilihan Tuhan mengambil risiko dan memilih seorang pemimpin yang dapat dilihat dan bukan hidup di bawah belas kasihan Raja yang tidak kelihatan.

Walaupun Israel telah menyaksikan Tuhan

menyelamatkan mereka dari Mesir dengan mukjizat-Nya, bahkan mengalami pembekalan dan perlindungan-Nya semasa mereka dalam perjalanan ke Tanah Perjanjian, umat Israel masih memutuskan bahawa mereka memerlukan perubahan dalam kepimpinan.

Selepas 400 tahun yang ditandai dengan keganasan, serangan daripada musuh dan kekacauan sosial, Alkitab menyatakan, “Pada zaman itu umat Israel belum mempunyai raja. Tiap-tiap orang melakukan apa yang

dianggapnya benar” (hakim-hakim 21:25).

Mereka tidak kembali kepada Tuhan, sebaliknya Israel meminta nabi Samuel mencari seorang raja bagi mereka. Namun mereka berbuat lebih daripada itu dan mendesak agar pemimpin itu haruslah “seperti bangsa-bangsa lain” (1 samuel 8:5,20). Mereka mahukan seorang yang akan mendengar permintaan mereka, memimpin mereka dalam peperangan, dan memberikan keselamatan kepada mereka semasa berhadapan dengan musuh.

Melalui Samuel, Tuhan memberikan amaran kepada umat-Nya bahawa meletakkan kepercayaan mereka pada

(33)

Berdoa Untuk Semua Pemimpin Kita 33

pemerintah manusia akan mengakibatkan kekecewaan. Dengan khususnya Tuhan memberikan amaran tentang perkara yang disedari mereka kemudian, iaitu seorang raja akan memungut cukai daripada hasil tangan mereka dan mengambil anak-anak lelaki dan perempuan mereka untuk

berkhidmat kepadanya (ayat 10-18).

Namun Israel masih mendesak untuk mendapatkan seorang raja. Oleh itu, Tuhan menunaikan permintaan mereka—Raja Saul yang kelihatan hebat tetapi akhirnya gagal. Apa yang dipelajari Israel melalui pengalaman yang sukar adalah apa yang didapati benar oleh setiap generasi sejak itu. Seperti yang dikatakan oleh Lord Acton, “Kuasa cenderung membawa kerosakan dan kuasa mutlak

membawa kerosakan secara mutlak.”

Sebaliknya, Alkitab menawarkan Mesias dan Raja yang mempunyai kuasa yang tidak rosak, yang boleh melakukan apa yang tidak mungkin dibekalkan oleh mana-mana pemimpin yang lain.

Perlindungan dan pembekalan. Banyak negara

menggunakan jumlah wang yang besar untuk membina kuasa ketenteraan dan sistem pertahanan untuk melindungi sempadan dan kepentingan mereka. Tetapi tidak ada pertahanan manusia yang kebal. Sejarah memberitahu kita tentang kebangkitan dan kejatuhan negara-negara dan empayar yang pada suatu ketika berasa mereka akan kekal kukuh.

Satu-satunya pertahanan yang boleh dipercayai ditemui pada Raja yang dinanti-nantikan oleh Yesaya. Ingatlah kata-katanya:

(34)

Kekuasaan-Nya akan terus bertambah, pemerintahan-Nya akan sentiasa aman. Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud, pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan dari sekarang sehingga akhir zaman (yesaya 9:6-7).

Seperti diberitahu oleh Alkitab, Mesias, atau Penyelamat kita didapati sama dengan Peribadi yang berdiri di depan gabenor bernama Pilatus, dan berkata bahawa Dialah raja. Menurut Injil Matius, “Pilatus bertanya kepada-Nya, ‘Adakah kamu raja orang Yahudi?’ ‘Begitulah yang tuan katakan,’ jawab Yesus” (maTius 27:11).

Dalam masa yang menyusuli kenyataan yang mulia itu, Raja ini melakukan apa yang tidak mungkin

dilakukan oleh mana-mana gabenor. Yesus dengan rela mengizinkan diri-Nya diseksa dan disalibkan kerana dosa kita. Kemudian, menurut saksi-saksi Perjanjian Baru, tiga hari kemudian Dia mengubah tragedi yang dahsyat itu menjadi dasar untuk keselamatan, kepuasan dan erti hidup yang diidamkan hati kita. Dengan kebangkitan-Nya, Yesus mengalahkan maut.

Kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan.

Pengisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat menyatakan bahawa semua manusia “dikurniakan oleh

“Kekuasaan-Nya akan terus

bertambah,

pemerintahan-Nya

akan sentiasa aman

pemerintahan-Nya akan

berdasarkan

hukum dan

keadilan dari

sekarang sehingga

akhir zaman.”

(35)

Berdoa Untuk Semua Pemimpin Kita 35

Pencipta dengan hak yang tidak boleh terpisah, antaranya ialah kehidupan, kebebasan dan pengejaran kebahagiaan.” Visi bapa-bapa pengasas negara ini adalah supaya

pemerintah harus menegakkan dan melindungi hak-hak ini.

Meskipun sasaran ini tinggi dan mulia, ia masih tidak mencapai apa yang benar-benar diidamkan hati kita. Yesus memberitahu para pengikut-Nya:

Kamu tahu bahawa para penguasa bangsa yang tidak mengenal Allah menindas rakyat. Para pemimpin mereka selalu menekan rakyat. Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Jika seorang antara kamu hendak menjadi orang besar, dia harus melayani orang lain. Jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua. Kamu harus berbuat demikian kerana Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa-Nya untuk membebaskan banyak orang” (maTius 20:25-28).

Fikirkanlah! Raja atas segala raja ini “tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa-Nya untuk membebaskan banyak orang.”

Sejak zaman Yesus, para raja, kerajaan dan empayar telah datang dan lenyap. Namun, Raja yang membezakan diri-Nya daripada semua raja, mati demi kita, malah terus kekal sampai hari ini. Yesus ialah satu-satunya kuasa dan pemerintah yang dapat memenuhi keinginan kita yang paling dalam. Dia sahaja dapat membekalkan perlindungan dan kebebasan yang memuaskan kita sekarang dan selama-lamanya. Dia sahaja yang mempunyai kemampuan untuk memenuhi pengharapan kita yang paling tinggi.

(36)
(37)

37

lima

Masa untuk

Membuat Keputusan

Y

esus tidak mahu menjadi sekadar Raja kita—

Dia mahu menjadi Tuhan dan Penyelamat kita. Dia menawarkan kita hidup yang mempunyai erti dan tujuan yang tidak terbayangkan jika kita menerima pengampunan-Nya.

Rasul Yohanes, iaitu sahabat dan pengikut Yesus menulis, “Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi

anak Allah” (yohanes 1:12). Tetapi apakah maksud itu? Yesus

(38)

Yesus memberitahukan berita yang mendorong ini kepada pemimpin agama, Nikodemus: “Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia,

tetapi untuk menyelamatkannya” (yohanes 3:17).

Bukankah itu kedengaran sangat hebat? Tetapi penyelamatan ini tidak muncul secara automatik. Yesus meneruskan, “Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak dihukum, tetapi sesiapa yang tidak percaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang tunggal” (ayat 18). Beberapa lama kemudian dalam pelayanan-Nya,

Yesus menyatakan diri-Nya kepada seorang perempuan yang terdesak bahawa Dialah Mesias yang dinanti-nantikan itu (yohanes 4:25-26).

Jika anda belum pernah melakukannya, adakah anda sedia untuk menaruhkan kepercayaan anda pada Dia yang dapat memberikan pengampunan dosa yang sungguh kepada kita dan hak untuk masuk ke dalam kerajaan-Nya sebagai anak-Nya?

Jika Alkitab itu benar, dan jika Yesus boleh dipercayai, maka ini merupakan peluang bagi anda mendapat

pengalaman yang memperbaharui; pemahaman yang baru tentang kerajaan—yang memiliki kuasa tertinggi dan kuasa terbesar.

Cara yang terbaik untuk mengubah masyarakat bukan dengan membentuk undang-undang yang baharu atau mendapatkan pemimpin manusia yang baharu, tetapi mengizinkan hati anda diubah—dengan mengundang Raja atas segala raja mengambil tempat sebenar dalam kehidupan anda.

(39)

Renungan

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

39

(40)

Renungan

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

___________________________________

Referensi

Dokumen terkait

Membantu VLE dalam mempublikasikan nasional meeting, project nasional, dan campaign nasional Periode 1,2,3 Seluruh member CIMSA UIN 2017-2018 mengetahui informasi terbaru

Gambaran rata-rata kadar gula darah responden sebelum pemberian rebusan daun sirih merah pada kelompok eksperimen dengan dosis 125 mili liter dapat dilihat pada

Mengatasi masalah keterbatasan anggaran, mestinya Dinas Kesehatan perlu melakukan advokasi kepada pemerintah daerah dan DPRD untuk mendapatkan dukungan dana dalam

Didapatkan hasil nilai rerata kemampuan menelan pasien stroke infark sebelum dilakukan latihan vokal sebesar 3,00 dengan standar deviasi 0,816, kemampuan menelenan

Hasil pene- litiannya menunjukkan bahwa variabel pro- duk, tempat, harga, promosi, proses, bukti fisik, orang dan layanan pelanggan (marketing mix) memiliki pengaruh

Hasil dari kegiatan pengabdian masyarakat ini adalah panduan praktis dan sederhana berupa pedoman bagi usaha mikro dalam membuat laporan keuangan sederhana yang

Tujuan dari pelaksanaan penelitian tindakan kelas ini adalah untuk mengetahui efektivitas suatu metode/model pembelajaran dan media pembelajaran yang digunakan dalam proses

Tugas akhir ini merupakan syarat terakhir yang harus ditempuh untuk menyelesaikan pendidikan pada jenjang Strata Satu (S1), pada Jurusan Farmasi, Fakultas Ilmu