• Tidak ada hasil yang ditemukan

DASAR PENYALAHGUNAAN DADAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DASAR PENYALAHGUNAAN DADAH"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

HRM / HRA / 02 / 2005

** Pekeliling ini membatalkan pekeliling di dalam Berita Dwi-Mingguan 2548 bertarikh 22 Oktober 1994

PEKELILING SUMBER MANUSIA

DASAR PENYALAHGUNAAN DADAH

TARIKH BERKUAT KUASA: 1 JULAI 2005

1. OBJEKTIF

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan dasar dan garis panduan berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di kalangan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (selepas ini disebut sebagai KTMB atau ‘Syarikat’).

1.2 Pekeliling ini dikeluarkan selari dengan Dasar Dadah Negara yang telah diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan di mana adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membenteras penyalahgunaan dadah termasuk di kalangan kakitangan Syarikat.

2. RASIONAL

2.1 Sebagai salah sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan rel yang utama di negara ini, Syarikat bertanggungjawab memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, khususnya dari aspek keselamatan nyawa dan harta-benda mereka. Apa jua elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan Syarikat, seperti penyalahgunaan dadah dikalangan kakitangan, perlu ditangani sewajarnya.

2.2 Syarikat juga percaya bahawa tenaga kerja yang sihat dan berkualiti merupakan suatu aset dan sumber pengeluaran yang terpenting.

(2)

3. JENIS-JENIS DADAH

Bagi maksud pekeliling ini, “dadah berbahaya” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Merbahaya 1952 (Akta 234).

(Sila rujuk LAMPIRAN A yang mengandungi jenis-jenis dadah atau bahan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama. Walau bagaimanapun, senarai tersebut tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa.)

4. LARANGAN

Seseorang kakitangan tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali sebagaimana yang dipreskripsikan untuk kegunaannya bagi maksud perubatan oleh pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 (Akta 50) atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis dadah berbahaya.

5. PROSEDUR TINDAKAN KE ATAS KAKITANGAN KTMB YANG TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH

Prosedur yang perlu dipatuhi dalam menangani kakitangan yang menggunakan atau mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah yang berbahaya atau menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya adalah seperti berikut:

5.1 Pengakuan Secara Sukarela

Seseorang kakitangan yang membuat pengakuan secara sukarela menggunakan, mengambil, menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya akan diambil tindakan seperti berikut:

5.1.1 Dihantar ke Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) bagi menjalani ujian darah/air kencing;

5.1.2 Jika keputusan ujian didapati positif, Syarikat akan mendapatkan nasihat daripada ADK samada kakitangan berkenaan perlu menjalani pemulihan melalui kaedah yang difikirkan sesuai, iaitu samada diletakkan di bawah pengawasan ADK atau dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah (PPD);

(3)

5.1.3 Seseorang kakitangan yang diletakkan di bawah pengawasan ADK akan dibenarkan bekerja seperti biasa. Walau bagaimanapun jika kakitangan tersebut didapati melanggar apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh ADK atau tidak menunjukkan apa-apa perubahan positif terhadap penggunaan, pengambilan, penyalahgunaan atau penagihan, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib;

5.1.4 Jika seseorang kakitangan perlu ditempatkan di PPD, tempoh berada di pusat tersebut adalah dianggap sebagai cuti tanpa gaji;

5.1.5 Seseorang kakitangan yang berjaya pulih sepenuhnya setelah menjalani rawatan dalam tempoh yang ditetapkan akan ditawarkan berkhidmat di jawatan asal atau jawatan lain yang difikirkan sesuai oleh Syarikat; dan

5.1.6 Jika seseorang kakitangan gagal pulih sepenuhnya setelah tindakan pengawasan/pemulihan yang sewajarnya diberikan, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.

(Sila rujuk LAMPIRAN B untuk Carta Aliran bagi Proses Tindakan)

5.2 Ditangkap Oleh Pihak Berkuasa

Jika seseorang kakitangan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menggunakan, mengambil, menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.

(Sila rujuk LAMPIRAN B untuk Carta Aliran bagi Proses Tindakan)

5.3 Melakukan Kesalahan Operasi

5.3.1 Seseorang kakitangan yang terlibat dengan kesalahan operasi kereta api yang berat seperti melanggar semboyan dalam keadaan bahaya, menyebabkan berlakunya pelanggaran kereta api atau kemalangan kereta api yang mengakibatkan kematian, kecederaan atau kerugian kepada harta benda Syarikat adalah dikehendaki menjalani ujian darah/air kencing bagi menentukan sama ada kakitangan itu terlibat dengan penggunaan, pengambilan, penyalahgunaan atau penagihan dadah berbahaya.

(4)

5.3.2 Sekiranya ujian didapati positif, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman yang berat termasuk buang kerja.

(Sila rujuk LAMPIRAN C untuk Carta Aliran bagi Proses Tindakan)

5.4 Pemeriksaan Berkala dan Mengejut

5.4.1 Syarikat atas budi bicaranya berhak mengarah atau mengatur seseorang kakitangan untuk menjalani ujian darah/air kencing secara berkala atau mengejut bagi menentukan sama ada kakitangan itu terlibat dengan penggunaan, pengambilan, penyalahgunaan atau penagihan dadah berbahaya.

5.4.2 Ketua Jabatan diberi kuasa melaksanakan peraturan ini.

5.4.3 Sekiranya ujian didapati positif, kakitangan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

5.4.4 Bagi maksud pekeliling ini, “Ketua Jabatan” ertinya seseorang kakitangan yang bertanggungjawab bagi sesuatu Jabatan atau unit dan termasuklah mana-mana kakitangan dalam Kumpulan Eksekutif yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh kakitangan yang bertanggungjawab bagi Jabatan atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.

(5)

6. TARIKH BERKUAT KUASA / PELAKSANAAN

6.1 Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2005.

6.2 Serentak dengan ini, pekeliling yang telah dikeluarkan melalui Berita

Dwi-Mingguan 2548 bertarikh 22 Oktober 1994 adalah dimansuhkan.

Dikeluarkan oleh: Diluluskan oleh:

__________________________ _______________________

Samat Mahat Dato’ Mohd Salleh Abdullah Pengurus Besar Pengarah Urusan

Sumber Manusia & Pentadbiran

(6)

LAMPIRAN A JENIS-JENIS DADAH BERBAHAYA

(JADUAL PERTAMA SEKSYEN 2, 11(1) DAN 17(3) - AKTA DADAH MERBAHAYA 1952)

BAHAGIAN BIL JENIS

1 Candu mentah 2 Daun Koka 3 Jerami Popi Bahagian I 4 Ganja 5 Candu masak 6 Ganja Bahagian II

7 Resin ganja & bahan-bahan di mana resin tersebut merupakan besnya 8 Acetorphine 9 Acetyl-alpha-methylfentanyl 10 Acetylmethadol 11 Alfentanil 12 Allylprodine 13 Alphacetylmethadol 14 Alphameprodine 15 Alphamethadol 16 Alpha-methylfentanyl 17 Alpha-methylthiofentanyl 18 Alphaprodine 19 2-amino-1-(2,5-dimethoxy-4-methyl) phenylpropane 20 Amphetamine 21 Anileridine 22 Benzethidine 23 Benzylmorphine 24 Betacetylmethadol 25 Beta-hydroxyfentanyl 26 Betahydroxy-3-methylfentanyl 27 Betameprodine 28 Betamethadol 29 Betaprodine 30 Bezitramide 31 Cathinone 32 Clonitazene 33 Coca Leaf 34 Cocaine 35 Codoxime

36 Kepekatan jerami popi (bahagian yang wujud apabila jerami popi telah masuk ke dalam suatu proses untuk memekatkan alkaloids, apabila bahan tersebut boleh didapati dalam perdagangan)

37 Desomorphine

38 DET,N,N-diethyltryptamine Bahagian III

(7)

BAHAGIAN BIL JENIS 40 Diampromide 41 Diethylthiambutene 42 Difenoxin 43 Dihydroetrophine 44 Dihydromorphine 45 Dimenoxadol 46 Dimepheptanol 47 2,5-Dimethoxyamphetamine (DMA) 48 Dimethoxybromoamphetamine (DOB) 49 2,5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET) 50 Dimethylthiambutene 51 Dioxaphethyl butyrate 52 Diphenoxylate 53 Dipipanone 54 DMHP, 3-(1,2-dimethylheptyl)-1-hydroxy-7,8,9, 10 –tetrahydro-6,6,9-trimethyl-6H-dibenzo [b,d] pyran 55 DMT,N,N-dimethyltryptamine 56 Drotebanol 57 Ecgonine 58 Ethylmethylthiambutene 59 Eticyclidine, N-ethyl-1-phenylcyclohexylamine 60 Etonitazene 61 Etorphine 62 Etoxeridine 63 Etryptamine

64 Extract or tincture of cannabis 65 Extract or tincture of coca leaves 66 Extract or tincture of opium 67 Fentanyl 68 Furethidine 69 Heroin 70 Hydrocodone 71 Hydromorphinol 72 Hydromorphone 73 Hydroxypethidine 74 Isomethadone 75 Ketamine 76 Ketobemidone 77 Levomethorphan 78 Levomoramide 79 Levophenacylmorphan 80 Levorphanol

81 (+)-Lysergide, (+)-N,N-diethyllysergamide (d-lysergic acid diethylamide) 82 Mescaline, 3,4,5-trimethoxyphenethylamine

Bahagian III

(8)

BAHAGIAN BIL JENIS 84 Methadone

85 Methadone-Intermediate 86 Methamphetamine (syabu, Ice) 87 Methcathinane 88 5-Methoxy-3,4-methylenedioxyamphetamine (MMDA) 89 4-methylaminorex 90 Methyldesorphine Bahagian III 91 Methyldihydromorphine 92 Methylenedioxy-amphetamine (MDA)

93 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (Ecstacy, MDMA) 94 3-Methylfentanyl

95 1-methyl -4-phenyl-4-piperidinol propionate (MPPP) 96 3-methylthiofentanyl 97 Metopon 98 Monoacetylmorphines 99 Moramide-Intermediate 100 Morpheridine 101 Morphine

102 Morphine Methobromide dan lain-lain, derivatif pentavelent nitrogen morphine,termasuk dan terutamanya derivatif bagi morphine -N-oxide, salah satu daripadanya ialah Codeine-N-oxide

103 Morphine-N-oxide 104 Myrophine 105 N-ethyl (MDA) 106 N-hydroxy (MDA) 107 N-methyl-1-(3,4-methylenedioxyphenyl)-2-butanamine 108 Nicomorphine 109 Nimetazepam 110 Noracymethadol 111 Norlevorphanol 112 Normethadone 113 Normophine 114 Norpipanone 115 Oxycodone 116 Oxymorphone 117 Para-fluorofentanyl 118 Parahexyl,3-hexyl-l-hydroxy-7,8,9,10-tetrahydro-6,6,9-trimethyl-6H-dibenzo [b,d] pyran 119 Paramethoxyamphetamine (PMA) 120 Pethidine 121 Pethidine-Intermediate-A 122 Pethidine-Intermediate-B 123 Pethidine-Intermediate-C 124 Phenadoxone 125 Phenampromide

(9)

BAHAGIAN BIL JENIS 126 Phenazocine

127 1-phenethyl-4-phenyl-4-piperidinol acetate (PEPAP) 128 Phenomorphan 129 Phenoperidine 130 Piminodine 131 Piritramide 132 Propheptazine 133 Properidine 134 Psilocine,Psilotsin, 3-(2-dimethylaminoethyl)-4-hydroxyindole

135 Psilocybine, 3-(2-dimethylaminoethyl)-indol-4-yl dihydrogen phosphate 136 Racemothorphan

137 Racemoramide 138 Racemorphan 139 Remifentanil

140 Rolicyclidine, l-(l-phenylcyclohexyl) pyrrolidine 141 Sufentanil

142 Tenocyclidine, l-[l-(2-thienyl) cyclohexyl piperidine

143 Tetrahydrocannabinols, l-hydroxy-3-pentyl-6a, 7,10,10a-tetrahydro-6,6,9-trimethyl-6-H-dibenzo [b,d] pyran 144 Thebacon 145 Thebaine 146 Thiofentanyl 147 Tilidine 148 Trimeperidine 149 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA) Bahagian III 150

Isomer-isomer, melainkan yang khususnya dikecualikan, bagi dadah-dadah dalam Bahagian ini bilamana kewujudan isomer tersebut boleh berlaku dalam lingkungan bahan kimia tertentu;

Esters dan Ethers, melainkan terdapat dalam Bahagian lain, bagi dadah-dadah dalam Jadual ini bilamana kewujudan esters atau ethers tersebut boleh berlaku;

Garam bagi dadah-dadah yang disenaraikan dalam Bahagian ini, termasuk garam bagi esters, ethers dan isomers seperti yang telah ditetapkan di atas bilamana kewujudan garam tersebut boleh berlaku. 151 Acetyldihydrocodeine 152 Codeine 153 Dextropropoxyphene 154 Dihydrocodeine 155 Ethylmorphine 156 Nicocodine 157 Nicodicodine Bahagian IV 158 Norcodeine

(10)

BAHAGIAN BIL JENIS 159 Pholcodine

160 Propiram Bahagian IV

161 Isomer-isomer, melainkan yang khususnya dikecualikan, bagi dadah-dadah dalam Bahagian ini bilamana kewujudan isomer-isomer tersebut boleh berlaku dalam lingkungan bahan kimia yang telah ditetapkan; Garam-garam bagi dadah-dadah yang disenaraikan dalam Bahagian ini, termasuk garam-garam bagi isomers seperti yang telah ditetapkan di atas bilamana kewujudan garam-garam tersebut boleh berlaku.

(11)

LAMPIRAN B

CARTA ALIRAN PROSES TINDAKAN

PENGAKUAN SUKARELA TANGKAPAN

PEMERIKSAAN AIR KENCING OLEH ADK KEPUTUSAN (+ ATAU -) PUSAT PEMULIHAN PENGAWASAN ADK TANPA GAJI GAJI PENUH TINDAKAN TATTERTIB HUKUMAN: ♦ Henti kenaikan gaji; atau ♦ Turun Gaji; atau

♦ Turun Pangkat; atau ♦ Tamat Perkhidmatan. - ve + ve BEBAS PENYALAHGUNAAN DADAH JIKA TIADA PERUBAHAN : TINDAKAN TATTERTIB HUKUMAN: ♦ Henti kenaikan gaji; atau ♦ Turun Gaji; atau

♦ Turun Pangkat; atau ♦ Tamat Perkhidmatan.

(12)

LAMPIRAN C

CARTA ALIRAN PROSES TINDAKAN

PEKERJA YANG TERLIBAT

DENGAN KESALAHAN OPERASI TREN YANG SERIUS ATAU DIARAHKAN OLEH SYARIKAT

PEMERIKSAAN DARAH / AIR KENCING DI BALAI POLIS ATAU DI HOSPITAL KEPUTUSAN POSITIF KEPUTUSAN NEGATIF TINDAKAN TATATERTIB KERANA KESALAHAN OPERASI DAN PENYALAHGUNAAN DADAH TINDAKAN TATATERTIB KERANA KESALAHAN OPERASI SAHAJA HUKUMAN: ♦ Amaran (bertulis); ♦ Henti kenaikan gaji; atau ♦ Turun Gaji; atau

♦ Turun Pangkat; atau ♦ Tamat Perkhidmatan. HUKUMAN:

♦ Henti kenaikan gaji; atau ♦ Turun Gaji; atau

♦ Turun Pangkat; atau ♦ Tamat Perkhidmatan.

Referensi

Dokumen terkait

Kinerja BPR selama triwulan III-2009 secara umum jika dibandingkan baik dengan periode yang sama tahun lalu dan triwulan sebelumnya mengalami peningkatan tercermin

Terpadu Pemberdayaan Perempuan dan Anak (P2TP2A) Kabupaten Tanggamus, terjadi peningkatan kasus kekerasan terhadap perempuan dari 34 kasus di tahun 2016 menjadi 49

Toolbox adalah sebuah panel yang menampung tombol-tombol yang berguna untuk membuat suatu desain animasi mulai dari tombol seleksi, pen, pensil, Text, 3D

Tujuan dari perancangan ini adalah untuk meningkatkan standar akomodasi lokal menuju ke level yang lebih baik agar tetap bertumbuh seiring perkembangan industri

Batuan alas pembentuk bagian timur Sulawesi, mulai dari Lengan Timur Sulawesi sampai dengan Lengan Tenggara Sulawesi, terdiri atas ofiolit dan kepingan benua yang keduanya

6).Mencari kesempatan untuk merealisasikan rencana yang telah diprogramkan. Jadi berdasarkan uraian diatas, motivasi kerja seorang auditor merupakan dorongan dalam

Dari rencana yang sudah disusun sebe lumnya, diketahui bila operasi itu akan terus digelar hingga warga Kabupaten Malang patuh terhadap prokes Covid­19.. ”Kami tidak ingin

• Data prevalensi kebutaan dan ketulian skala nasional