• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN A. IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAHAGIAN A. IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini."

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAHAGIAN A

Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 25, diberi empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu merupakan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul dan lorek bujuran berangka (1, 2, 3 atau 4) berdasarkan pilihan kamu itu di Kertas Jawapan Optikal (OAS) yang disediakan.

_______________________________________________________________________

IMBUHAN (20 markah)

Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Begitulah kata-kata yang sering menjadi (1)________ kepada anak-anak agar menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah (2)________ oleh ibu bapa kepada anak-anaknya. Sebagai seorang anak, kita hendaklah (3)________ tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kita.

Salah satu tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa hanya mahukan yang (4)________ untuk anak-anak dan tidak akan mengharapkan

(5)________ wang atau harta benda. Kita

hendaklah belajar dan (6)________ ilmu dengan bersungguh-sungguh agar dapat menunaikan segala impian dan (7)________ ibu bapa. Janganlah kita mudah berputus asa dan rajinlah

(8)________ kepada guru-guru jika tidak memahami sesuatu topik yang telah (9)________ di sekolah.

Ibu bapa tentu akan (10)________ bangga apabila anak-anak mereka meraih kejayaan. Dengan itu, marilah kita memastikan jasa ibu bapa tidak disia-siakan. 1 (1) beringat (2) mengingatkan (3) peringatan (4) teringat 2 (1) berlaku (2) dilakukan (3) melakukan (4) pelaku 3 (1) melaksanakan (2) pelaksana (3) pelaksanaan (4) terlaksana 4 (1) berbaik (2) membaiki (3) kebaikan (4) terbaik 5 (1) balasan (2) berbalas (3) membalas (4) pembalas 6 (1) menuntut (2) penuntut (3) penuntutan (4) tuntutan 7 (1) berharap (2) harapan (3) harapkan (4) mengharap 8 (1) bertanya (2) menanyakan (3) penanya (4) pertanyaan 9 (1) dipelajari (2) mengajar (3) pelajar (4) terpelajar 10 (1) berasa (2) dirasai (3) merasakan (4) terasa

(2)

2 PERIBAHASA (10 markah)

Arahan: Pilih peribahasa atau makna yang paling sesuai bagi setiap item dalam petikan karangan di bawah ini.

Encik Razali seorang pengurus syarikat yang amat berjaya. Salah satu rahsia kejayaannya ialah dia (11) bagai isi dengan kuku dengan pekerja-pekerjanya. Encik Razali selalu menolong pekerja-pekerjanya jika mereka mempunyai masalah. Oleh sebab sifatnya yang (12) peramah, pekerja-pekerjanya sangat suka kepada Encik Razali.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa Encik Razali dahulunya miskin. Dia telah (13) perah tenaga untuk mengubah nasibnya. Dia tidak membuang masa berborak dengan kawan-kawan yang lain. Encik Razali tahu perbuatan sebegitu (14) bagai menghitung bulu kambing. Dia sedar dia harus mengubah kehidupan keluarganya. Beliau tidak mahu hidup dalam kesusahan.

Encik Razali telah (15) mengorak langkah supaya belajar hingga ke menara gading. Berkat keazamannya, dia kini mendukung jawatan yang tinggi di sebuah syarikat yang terkenal di Singapura.

11 (1) sangat rapat (2) amat prihatin

(3) orang yang suka berbudi (4) orang yang bertanggungjawab

12 (1) tolak ansur (2) murah hati (3) ambil berat (4) ringan mulut 13 (1) bertekad (2) berjuang (3) bercadang (4) bertungkus-lumus

14 (1) melakukan sesuatu yang sia-sia (2) melakukan sesuatu yang tidak adil (3) melakukan sesuatu yang menyedihkan (4) melakukan sesuatu yang mencurigakan

15 (1) berikhtiar (2) merancang (3) berangan-angan (4) membuat keputusan

(3)

3 GOLONGAN KATA (10 markah)

Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Keadaan di Sekolah Rendah Harapan sangat riuh. Beberapa minit yang lalu, loceng kecemasan telah berbunyi. Arif dan kawan-kawannya telah dilatih untuk berjalan ke padang sekolah dengan teratur. Menurut (16) ________ yang telah dibuat oleh pengetua sekolah, satu kebakaran telah berlaku di sebuah makmal Sains.

Semua murid telah (17) ________ beg-beg serta buku-buku mereka di kelas. Di dalam perjalanan ke padang, Arif melihat ada beberapa orang murid yang

tidak mendengar arahan guru. Mereka mula (18) ________ dan menolak murid-murid yang lain. Ini

mengakibatkan murid-murid terjatuh lalu mengalami kecederaan. Guru-guru yang ada di situ cepat menghulurkan bantuan.

Apabila tiba di padang, ada murid yang mula menangis ketakutan. Bunyi siren yang (19) ________ mula kedengaran. Alif bersyukur dia selamat. Dia juga berharap tiada sesiapa yang tercedera di dalam kejadian itu.

Dia berkata (20) ________ dirinya sendiri, “Nasib baik pihak sekolah telah mengadakan beberapa latihan kecemasan. Jika tidak, tentu keadaan lebih teruk.” 16 (1) ucapan (2) taklimat (3) keterangan (4) pengumuman 17 (1) melepaskan (2) meninggalkan (3) mengemaskan (4) menyembunyikan 18 (1) berlari (2) berlagak (3) berkhayal (4) bergoyang 19 (1) efektif (2) merdu (3) lantang (4) produktif 20 (1) pada (2) untuk (3) dengan (4) kepada

(4)

4 KEFAHAMAN 1 (10 markah)

Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

Amalan nilai-nilai murni amat penting dalam kehidupan seharian seorang murid di sekolah. Amalan nilai-nilai murni ini patut dipupuk awal lagi untuk membentuk karakter seseorang itu. Sebagai seorang murid, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan.

Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh murid di sekolah ialah nilai kerajinan. Murid akan cemerlang dalam pelajaran jika mengamalkan nilai kerajinan di sekolah. Murid juga mestilah rajin membaca buku, membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran terutama apabila menjelang peperiksaan.

Selain itu, murid juga perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa. Disiplin di sekolah juga mengawal diri murid daripada melanggar undang-undang. Perkara ini membolehkan mereka membentuk sikap dan kepercayaan dengan murid-murid lain. Murid perlu menyedari bahawa tujuan peraturan sekolah dibuat bukan untuk menghukum tetapi membolehkan murid belajar dengan baik. Oleh itu, murid yang melanggar peraturan sekolah wajar dikenakan tindakan disiplin.

Murid juga perlu mengamalkan nilai menghormati guru. Seorang murid itu harus mendengar segala tunjuk ajar yang disampaikan oleh guru mereka untuk mengecapi kejayaan dalam pelajaran dan juga kehidupan. Murid itu tidak boleh bersikap kurang ajar dan melawan kata-kata guru. Kita mesti sedar bahawa guru banyak berjasa kepada murid seperti memberi ilmu pengetahuan dan juga mengajar seseorang itu menjadi insan yang baik.

Amalan nilai-nilai murni di kalangan murid amat mustahak. Dengan mengamalkan nilai-nilai murni ini, negara Singapura tentu akan melahirkan individu-individu yang boleh berbakti kepada masyarakat pada masa hadapan.

(5)

5

Arahan: Berdasarkan petikan karangan yang diberi, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut.

21 Amalan nilai-nilai murni amat mustahak dalam _______________.

(1) hidup seorang murid

(2) memupuk minat untuk belajar (3) pemikiran murid di luar sekolah (4) kehidupan murid dari usia remaja

22 Murid akan berjaya dalam pelajaran jika _______________.

(1) mengulangkaji pelajaran

(2) mengabaikan kerja-kerja sekolah (3) tidak mengendahkan nilai kerajinan

(4) rajin belajar menjelang peperiksaan sahaja

23 Peraturan sekolah membantu murid _______________.

(1) percaya dengan kawan-kawan yang lain (2) melakukan perkara-perkara yang ditegah (3) belajar dalam suasana yang kurang sesuai

(4) mengenakan tindakan disiplin kepada murid yang lain

24 Kita tidak boleh bersikap kurang ajar terhadap guru kerana dia _______________.

(1) melawan kata-kata murid (2) memberi kita pengetahuan

(3) menerima tunjuk ajar daripada murid (4) mahu membentuk insan yang negatif

25 Makna berjasa dalam petikan bermaksud _______________.

(1) berbakti (2) bertindak (3) berjumpa (4) berinteraksi

(6)

6

BAHAGIAN B

Bagi SOALAN 26 hingga SOALAN 40, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di kertas soalan ini.

_________________________________________________________________________

FRASA (8 markah)

Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) berkelakuan sopan (2) seorang yang berbakat (3) perpustakaan awam tadi (4) membuat persiapan yang rapi (5) menawarkan hadiah yang menarik (6) berasa yakin di hadapan penonton

Kamil : Apa khabar Hassan? Kamu dari mana?

Hassan : Oh, saya dari (26) _________________.

Kamil : Apa yang kamu buat di sana?

Hassan : Saya mengambil bahagian dalam satu peraduan bercerita.

Kamil : Wah! Tidak sangka awak (27) _________________.

Hassan : Banyak perkara yang saya pelajari daripada mengambil bahagian dalam peraduan ini. Salah satunya, saya mesti (28) ___________________.

Kamil : Saya setuju. Saya rasa tentu awak telah (29) __________________.

Hassan : Ya. Saya juga amat berterima kasih kepada guru-guru yang telah meluangkan masa untuk membimbing saya.

(7)

7 RANGSANGAN GRAFIK (10 markah)

Arahan: Teliti brosur yang berikut.

Lari Sambil Beramal

dalam usaha mengumpul dana untuk :

RUMAH KEBAJIKAN ORANG-ORANG TUA CITRA LESTARI

anjuran Syarikat Pemuda-Pemudi Melayu

disokong oleh Kementerian Kesihatan Singapura

Tarikh Masa Tempat Bermula Tempat Berakhir Jarak : : : : : Ahad, 30 Mei 2016 7 pagi Stadium Bedok Stadium Tampines 10 kilometer

Kamu boleh mendaftar melalui :

(1) Kelab Kesihatan Mekar 21 Jalan Intan

Singapura 622521

(2) Perpustakaan Masyarakat Tampines 21 Tampines Central

Singapura 655771

(3) Lelaman Syarikat Pemuda-Pemudi Singapura di www.pemuda-pemudi.com atau hubungi Encik Hafis Ahmad di nombor talian 65432211.

 Yuran pendaftaran : Orang dewasa - $20 Kanak-kanak (13 tahun ke bawah ) - $10

 Lima dolar untuk setiap pendaftaran akan didermakan kepada Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Citra Lestari.

 50 peserta pertama akan mendapat sehelai kemeja-T percuma.

Tahukah anda ?

Berlari dapat mengurangkan berat badan dan juga mengawal tekanan darah. Berlari bersama rakan-rakan

dan keluarga juga dapat mengeratkan silaturrahim.

.

Ayuh! Daftarlah sekarang! Badan sihat! Otak pun

cergas!

KUPON DISKAUN

Potong dan tunjukkan kupon ini untuk menikmati sekotak Milo percuma. Berikan sokongan kamu!

Daftar sebelum 15 Mei 2016.

*Syarat Penyertaan

Peserta harus berusia antara 12 – 45 tahun, sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan.

(8)

8

Arahan: Berdasarkan brosur yang diberi, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. Bagi soalan 33, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di halaman 9.

30 Tujuan utama Lari Sambil Beramal diadakan adalah untuk _______________. (1) bersenam dengan warga emas

(2) mengumpul dana untuk rumah kebajikan (3) menyokong Kementerian Kesihatan Singapura

(4) memberi sumbangan kepada Syarikat Pemuda-pemudi Melayu

31 Sesiapa yang berminat untuk menyertai larian ini harus mendaftarkan diri dengan secepat mungkin. Hal ini disebabkan _______________.

(1) jumlah peserta terhad

(2) yuran pendaftaran akan dinaikkan (3) pemberian sekotak Milo akan habis

(4) pendaftaran akan ditutup pada 15 Mei 2016

32 Acara ini tidak terbuka kepada semua orang. Buktinya ialah acara ini terbuka kepada _______________.

(1) penduduk Tampines

(2) pelari yang menerima kemeja-T

(3) peserta yang tidak mempunyai masalah kesihatan (4) pemuda-pemudi yang menelefon Encik Hafis Ahmad

SOALAN JAWAPAN

30 31 32

(9)

9

Ayah, saya amat berminat untuk menyertai larian amal ini. Dengan mengambil bahagian dalam acara ini, kita dapat _______________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________

33 Kamu ingin mengajak keluarga kamu mengikut serta dalam larian ini bersama kamu. Untuk meyakinkan ayah kamu yang aktiviti ini baik untuk seisi keluarga, kamu harus menerangkan kepadanya dua kebaikan yang dapat diperolehi jika mengambil bahagian dalam larian ini.

Gunakan informasi dalam brosur untuk melengkapkan pesanan ringkas di

(10)

10 KEFAHAMAN 2 (22 markah)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Hatiku tidak tenang. Pemeriksaan ke atas ibu telah selesai. Doktor Intan yang bersuara lembut memanggil namaku mesra.

“Yati, ibu kamu panggil sebentar.” Aku jalan ke arah katil ibu. Sambil menepuk bahuku, Doktor Intan berlalu dan meninggalkanku. Aku melihat tubuh ibuku yang lesu. Aku memegang tangan ibu yang pucat lesi dan aku bawa dekat dengan pipiku. Buat seketika, kerongkongku terasa perit sekali untuk aku berkata apa-apa kepada ibu.

“Apa kata doktor ibu?” Mataku menjalar pada raut wajah ibu yang amat menyedihkan. Rambut ibu yang selalu disikat rapi kini seperti tidak terurus. Bibir ibuku dipenuhi lebam. Jari-jemari ibu yang gebu dan lembut menjadi kering dan kasar. Hampir keseluruhan fizikal ibu berubah. Aku ngeri. Ibu meleraikan genggaman tanganku lalu ibu usap anak rambutku yang lebat menutupi dahi. Amat lemah dan bergetar suara ibu menjawab soalanku.

“Yati, mungkin malam ini ibu akan dibedah. Doakan ibu.” Kata-kata ibu terhenti di situ. Aku amat takut kehilangan ibu. Sedaya mungkin aku cuba menahan titisan air mataku. Aku tidak mahu ibu melihat aku sedih. Ini akan membuatkan ibu lesu dan kehilangan tenaga. Kedukaanku akan mematahkan semangat ibu.

“Ibu bersabarlah,” kata Yati sambil mengusap belakang tangan ibu lembut. Perasaan kesal mula memenuhi tubuhku. Jika aku mengawal perasaanku tadi, tentu ibu tidak akan dilanggar oleh sebuah kereta. Aku juga sepatutnya berfikiran matang. Sebenarnya, aku merajuk kerana ibu tidak membelikanku sebuah beg yang aku idamkan. Apabila ibu tidak menunaikan permintaanku, aku terus lari dari kedai beg itu hingga aku tiba di tepi sebatang jalan raya. Aku terus meluru tanpa menyedari bahawa ada sebuah kereta menghampiriku. Apabila melihat anaknya dalam bahaya, ibu menolakku ke tepi lalu dia dilanggar oleh kereta itu.

Nasi sudah menjadi bubur. Aku tahu aku hanya boleh mendoakan agar ibu selamat. Aku berjanji aku akan menjaga ibu hingga sembuh. Bukan itu sahaja, aku berazam untuk menjadi seorang anak yang baik.

(11)

11

Arahan: Berdasarkan petikan karangan yang diberi, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

34 Nyatakan perasaan Yati ketika berada di hospital. (2 markah)

35 Berikan dua bukti untuk menunjukkan bahawa Yati berasa sedih melihat keadaan

ibunya. (4 markah)

36 Menurut ibu Yati, apakah yang akan dilakukan oleh doktor? (2 markah)

(12)

12

37 Berikan dua sebab Yati tidak mahu ibunya melihat dia sedih. (4 markah)

38 Berikan dua contoh yang menunjukkan bahawa Yati menyesal akan perbuatannya. (4 markah)

39 Yati akan berubah sikapnya. Nyatakan dua perkara yang akan Yati lakukan untuk menyokong pernyataan ini. (4 markah)

(13)

13

40 Terdapat perkataan dalam petikan yang mempunyai maksud yang sama dengan frasa di bawah. Kenal pasti perkataan tersebut. Kemudian tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. (2 markah) (a) tidak cergas

(b) menunjukkan rasa tidak suka

(14)

5

XINGHUA PRIMARY SCHOOL MID-YEAR EXAMINATION 2016 MALAY LANGUAGE PRIMARY 5 STANDARD SOALAN 1-10 (IMBUHAN) SOALAN 11-15 (PERIBAHASA) SOALAN 16-20 (GOLONGAN KATA) SOALAN 21-25 (KEFAHAMAN 1) 1. 2. 3. 4. 5. 3 2 1 4 1 6. 7. 8. 9 10. 1 2 1 1 1 11. 12. 13. 14. 15. 1 4 4 1 1 16. 17. 18. 19. 20. 4 2 1 3 4 21. 22. 23. 24. 25. 1 1 1 2 1 SOALAN 26-29 (FRASA) SOALAN 30-33 (RANGSANGAN GRAFIK) 26. 27. 28. 29. 2 4 6 3 30. 31. 32. 33. 2 4 3

mengurangkan berat badan mengawal tekanan darah mengeratkan silaturrahim membuatkan badan sihat membuatkan otak cergas

(2 isi daripada 5 jawapan di atas boleh diterima.) – 2 markah untuk setiap isi.

Soalan 34-40 (KEFAHAMAN) 34. 35. 36. 37. 38.

Yati berasa tidak tenang. (2 markah)

Bukti yang pertama ialah Yati memegang tangan ibunya yang pucat lesi dan dia bawa dekat dengan pipinya.(2 markah) Bukti yang kedua ialah

kerongkong Yati terasa perit sekali untuk dia berkata kepada ibu.(2 markah)

Doktor akan membedah ibu Yati. (2 markah)

Sebab yang pertama ialah ibunya akan berasa lesu dan kehilangan tenaga. (2 markah) Sebab yang kedua ialah kesedihan Yati akan mematahkan semangat ibunya.(2 markah)

Contoh yang pertama ialah Yati sedar dia seharusnya mengawal perasaannya. (2 markah) Contoh yang kedua ialah Yati sepatutnya berfikiran matang. (2 markah)

(15)

6 39.

40.(a) (b)

Dia akan menjaga ibunya hingga sembuh. (2 markah) Bukan itu sahaja, dia berazam untuk menjadi seorang anak yang baik.(2 markah)

tidak cergas : lesu

Referensi

Dokumen terkait

Obesitas merusak regenerasi sistem imun khususnya kemampuan timus untuk memproduksi sel-sel imun, menyebabkan involusi timus dan defek signifikan pada

Berdasarkan latar belakang masalah tersebut, maka penulis tertarik untuk melakukan penelitian yang penulis tuangkan dalam bentuk skripsi dengan judul “Nilai-Nilai

Berdasarkan tabel diatas diperoleh hasil perhitungan analisis determinasi diketahui bahwa R square (R 2 ) sebesar 0,189 atau sebesar 18,9% gaya kepemimpinan

Selanjutnya untuk alur data (data flow) digambarkan dengan anak panah, yang menunjukkan arah menuju ke dan keluar dari suatu proses. Alur data ini digunakan untuk

Agar penyelenggaraan pemilihan umum berjalan aman, tertib, lancar, bebas, rahasia, jujur, adil, dan tindak pidananya dapat ditegakkan secara kongkret maka di dalam

Terdapat beberapa tulisan yang membahas tema sejenis dengan tulisan ini, di antaranya tulisan Ali Usmar berjudul “ Pendidikan Islam Berwawasan Lingkungan Hidup .” Dalam

Adanya fluktuasi nilai tukar mata uang tertentu yang terjadi di pasar foreign exchange bisa menimbulkan risiko kerugian bagi banyak perusahaan yang memiliki eksposur

Hasil uji anova menunjukkan bahwa antara metode GC dan alkoholmeter tidak terdapat perbedaan hasil secara signifikan sehingga metode GC dan alkoholmeter dapat digunakan