• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyelidikan dan Inovasi Guru. Kreativiti dan Inovasi Pendidikan adalah sebahagian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penyelidikan dan Inovasi Guru. Kreativiti dan Inovasi Pendidikan adalah sebahagian"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

20 13 Bil .4

MAJLISIHYARAMADHANIPGKAMPUSIPOH….7

Penyelidikan

dan

Inovasi Guru

P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E

K E G U R U A N M E L A L U I P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I “kreativiti dan inovasi menjana transformasi pendidikan bertaraf dunia”

Buletin JPIPK

MAJLISPELANCARANJURNALPENYELIDIKAN DEDIKASIJLD 5 DANJLD 6,2012, PELANCARAN BUKUDAN

BICARASARJANABIL. 3/2013…..5

PERTANDINGANKREATIVITIDANINOVASI PERNDIDIKAN 2013

PERTANDINGANKUMPULANKREATIFDANINOVATIF (KIK) 2013 …..1

K

reativiti dan Inovasi Pendidikan adalah

se-bahagian daripada inovasi Perkhidmatan Awam yang bertujuan meningkatkan mana-mana aspek kerja dari segi kualiti dan produktiviti sesuatu organisasi. Faktor ini telah mendorong Institut Pendidikan Guru

(IPG) untuk bergerak selari dengan keperluan semasa melalui misi meningkatkan

kreativiti dan inovasi

dalam latihan perguruan.

berpendidikan tinggi, berfikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah melalui

penyelidikan, imaginasi dan visualisasi.

Sehubungan dengan itu, IPG telah menerapkan elemen pemikiran dan amalan kreatif dan inovatif dalam aspek-aspek seperti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran (PdP), kurikulum pendidikan guru melalui

pro forma kurikulum

Berfikir secara kreatif dan kritis, Latihan Bestari dan Pembelajaran Berasaskan Projek.

LAPORANBENGKELKUALITATIF DRABDUL RAZAKOTHMAN ….6

(2)

Sidang Redaksi

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan

B U LE T I N

P E N Y E LI D I K AN & I N OV AS I GU R U Kreativiti dan Inovasi Pendidikan

Kreativiti dan Inovasi Pendidikan adalah cetusan idea warga pendidik melalui pemikiran kreatif, penyelidikan dan penyele-saian masalah PdP yang diketengahkan supaya dapat diguna pakai serta diadaptasi dalam alam pendidikan.

Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK)

Penubuhan pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam kalangan ahli organisasi adalah signifikan bagi men-yokong transformasi organisasi ke arah yang lebih cemerlang. Langkah ini sejajar dengan usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi supaya menjadi lebih sistematik, cekap dan berkesan. Pasukan KIK yang ditubuhkan berperanan men-genal pasti, memilih, menganalisis dan seterusnya mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif mengenai sesuatu isu atau perkara berkaitan dengan kerja atau organisasi. Pasukan ini mengemu-kakan cadangan-cadangan kepada pihak pengurusan untuk per-timbangan. Seterusnya melaksanakan keputusan yang telah

OBJEKTIF

Meningkatkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam latihan perguruan ke arah pendekatan dan pedagogi yang lebih interaktif dan bermakna dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Memberi pendedahan kepada pensyarah dan guru pelatih terhadap pelaksanaan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menyokong usaha transformasi organisasi ke arah yang lebih cemerlang sejajar dengan usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi supaya menjadi lebih sistematik, cekap dan berkesan.

Memilih wakil institut ke pertandingan di peringkat kebangsaan.

Penaung: Tn Hj Kamarulhazizi B in Izham Penasihat : Tn Hj Razali B in AbdulManap

Penasihat Eksekutif

Dr kamarudin Bin Ilias Dr Badrul Hisham Bin Alang Osman

Ketua Pengarang

Siti Rosni B inti Mohamad Yusoff

Pengarang

Dr Azman Bin Isa Dr Devadason Robert Peter

Fauziah Hanim Binti Yusof Mubin Bin Mohd Nor Noradzimah Binti Abd Majid

(3)

PENGELOLAAN PERTANDINGAN

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Pendidikan (PKI) 2013 telah dilaksanakan mengikut per-ancangan pada 4 Julai 2013. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah IPG kampus Ipoh, Tn Hj Kamarulizham Bin Hazizi. Secara keseluruhan penyertaan Pertandin-gan Kreativiti dan Inovasi Pendidikan kategori Pensyarah adalah sebanyak 8 pasukan dan penyertaan Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Pendidikan kategori pelajar sebanyak 7 pasukan manakala Kumpulan Inovasi dan Kreatif sebanyak 2 pasukan. Keseluruhan seban-yak 17 pasukan. Keputusan rasmi adalah seperti berikut:

KEPUTUSAN RASMI

Pemenang Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Pendidikan kategori Pensyarah

Pemenang Pingat Emas Pertama -Pasukan Teman (JTP)

Pemenang Pingat Emas Kedua -Pasukan Kipas Hikmat(J Matematik)

Pemenang Pingat Emas Ketiga - Pasukan KQ 7 (JPIM)

Pemenang Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Pendidikan kategori Pelajar

Pemenang Pingat Emas Pertama - Pasukan Maths Doktor (J16)

Pemenang Pingat Emas Kedua - Pasukan Mint (L7)

Pemenang Pingat Emas Ketiga - Pasukan Haraki (K)

Pemenang Kumpulan Inovasi dan Kreatif

Pemenang Pingat Emas Pertama - Pasukan PESONA (JIP)

Pemenang Pingat Emas Kedua - Pasukan E2U (J Bahasa)

Pemenang Pingat Emas Ketiga - Tiada

Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang, peserta pertandingan, para AJK Pelaksana Pertandingan, AJK pelajar dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Berikut adalah gambar foto kenang-kenangan kedua-dua per-tandingan.

(4)
(5)

Tarikh : 6 September 2013 Masa : 8.00 – 10 pagi

Tempat : Dewan Sri tanjung, IPG Kampus Ipoh

PENGENALAN

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme dan Unit Kokurikulum telah diberi amanah untuk mengendalikan Majlis Perhimpunan Bulanan September 2013. Sempena majlis tersebut telah diadakan secara serentak majlis pelancaran Jurnal, Program Bicara Sarjana 3/2013 dan majlis pelancaran buku-buku hasil tulisan pensyarah IPG kampus Ipoh. Sehubungan dengan itu, perancangan rapi telah dibuat untuk menjadikan perhim-punan bulanan kali ini penuh bermakna dan bermanfaat kepada semua warga IPG kam-pus Ipoh.

OBJEKTIF

Memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam pen-gurusan majlis

Memberi ruang untuk perkongsian ilmu dalam kalangan warga IPG kampus Ipoh Memberi penghargaan kepada semua penulis artikel untuk jurnal dalam kalangan pensyarah

Memberi penghargaan kepada semua penulis buku dalam kalangan pensyarah Melancarkan buku dan jurnal yang dihasilkan oleh warga IPG Kampus Ipoh

PENGELOLAAN MAJLIS

Majlis Perhimpunan Bulanan September 2013 telah berjaya dilaksanakan pada 6 Sep-tember 2013. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Tn Hj Razali Bin Abdul Manap. Majlis kali ini telah menyaksikan tiga program yang dilaksanakan secara tersusun iaitu Majlis Perhimpunan Bulanan yang dikemudikan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Program Bicara Sarjana oleh Dr Abd Hadi Mat Dawi dan Majlis Pelancaran Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 5-6, 2012 serta buku-buku hasil penulisan pensyarah IPG Kampus Ipoh. Secara keseluruhan sebanyak 11 orang penulis buku dan 31 orang penulis untuk jurnal telah dianugerahkan

(6)

Tarikh : 12 September 2013 Masa: 8.30 – 4.30 petang Dr.Abdul Razak bin Othman (PhD)

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

PENGENALAN

Bengkel diadakan di bilik mesyuarat Dahlia. Kehadiran peserta seramai 23 orang (rujuk lampiran). Pence-ramah merupakan pensyarah kanan di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Tunku Bainun dan berkelulusan PhD dari Universiti Sains Malaysia. Seorang yang pakar dalam penggunaan Nvivo.

Sesi pertama dimulakan dengan Penerangan serba ringkas oleh penceramah berkaitan konsep, etika dan

reka bentuk dalam kaedah penyelidikan kualitatif . Pada masa yang sama, semua peserta menyalin program Nvivo dan contoh data mentah yang telah disediakan ke dalam komputer masing-masing.

Sesi kedua adalah penerangan menggunakan komputer dengan program Nvivo bagi memulakan analisis

data kualitatif. Program Nvivo bukan menganalisis data tetapi menolong dalam menguruskan data yang te-lah ditranskripkan. Penjelasan penceramah langkah demi langkah dilakukan bermula dengan mengimport data dan membuat kod-kod. Dalam program Nvivo proses membina kod adalah di dalam ‘nodes ‘ di mana dua istilah iaitu Free Nodes dan Tree Nodes diperkenalkan. Para peserta diajar membina kod iaitu memberi makna perkataan dengan berpandukan data mentah yang telah diimport dari fail yang telah dibekalkan. Pen-ceramah juga menjelaskan, transkrip yang disediakan adalah dari temu bual. Ada tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi dan struktur temu bual tidak berstruktur. Pemerhatian juga boleh di-lakukan dengan membuat nota, mengambil video ataupun mengambil gambar. Penceramah juga memberi contoh dengan berpandukan gambar bagaimana transkrip dibina.

Sesi ketiga dipenuhi dengan melakukan hands on membina kod dalam free nodes seterusnya daripada situ

di teruskan dengan membina tree nodes. Dalam membina tree nodes, kod-kod tadi dikumpulkan dalam satu tema yang bersesuaian. Penceramah juga menyentuh tentang triangulasi iaitu menggunakan pelbagai sumber untuk meningkatkan kesahan dalaman seperti menggunakan pelbagai sumber data, pelbagai penye-lidik, pelbagai situasi dan pelbagai kaedah untuk mengesahkan dapatan. Di atas permintaan hadirin, pence-ramah menunjukkan contoh penggunaan video dan bagaimana ianya dapat dijadikan bukti dan dibina tran-skrip melalui video tersebut. Cara yang sama juga boleh dibuat pada audio yang diperoleh semasa temu bual atau sebagainya. Soalan bagaimana untuk menjurus kepada kemahuan dan kehendak penyelidik untuk mendapat temu bual yang lebih bermakna, penceramah juga menerangkannya dengan merujuk kepada nota yang dibekalkan pada muka surat 7. Sesi terakhir ini berakhir dengan penceramah menyentuh serba sedikit tentang istilah-istilah dan penggunaannya yang terdapat dalam program Nvivo selain free nodes dan tree

nodes tadi.

PENUTUP

Keseluruhannya para peserta berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi dan penerangan yang jelas. Cuma para peserta berasakan masa satu hari tidak mencukupi dan memerlukan lebih masa untuk mendalami

(7)

Tarikh : 1 Ogos 2013 (23 Ramadhan 1434H) Masa : 5.30 – 7.40 malam

Tempat : Masjid Jame’, Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 3, Ipoh, Perak

PENGENALAN

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme (JPIPK) serta Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) te-lah diberi mandat oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Tn Haji Razali Bin Abdul Manap untuk men-guruskan majlis Ihya Ramadhan sempena bulan Ramadhan 2013 yang lalu. Matlamat majlis adalah untuk menguatkan ikatan ukhwah islamiah dalam kalangan warga kampus dan kawasan kejiranannya melalui amalan sedekah yang luas pahalanya sempena bulan yang mulia tersebut.

OBJEKTIF:

Menggalakkan amalan bersedekah mengikut sunah Rasulullah s.a.w.

Membangunkan kemahiran insaniah dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh Mengamalkan budaya ilmu dan beramal dalam kehidupan seharian

Mengeratkan siratulrahim dalam kalangan keluarga, sahabat handai dan kejiranan

PENGELOLAAN MAJLIS

Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Al Qadr. Pada majlis tersebut, sumbangan yang dikumpulkan dalam bentuk barangan dan duit hari raya telah berjaya diserahkan kepada 76 orang anak yatim, orang kurang upaya, golongan asnaf, ibu tunggal dan warga emas. Majlis yang julung-julung kali dianjurkan oleh IPG Kampus Ipoh ini telah mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Masjid Jame’ Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 3, Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi

(8)

Gambar

GAMBAR SEMPENA MAJLIS IHYA RAMADHAN 2013

Referensi

Dokumen terkait

b. Dosen menyampaikan apersepsi dan motivasi agar mahasiswa termotivasi dalam pembelajaran. Dosen menyampaikan indikator serta tujuan pembelajaran yang akan dicapai oleh

Dengan adanya rencana pengembangan Bandara Silangit sebagai bandara terbesar setelah Bandara Ngurah Rai Bali dengan target kunjungan 1.000.000 wisatawan, maka pengembangan

Dari data yang didapatkan dari responden, mereka mengatakan bahwa merasa yakin terdapat penulisan laporan fiktif, terdapat banyak laporan fiktif, menggunakan data yang ada

Tahap pengembangan ( develop) bertujuan untuk menghasilkan LKPD final yang telah mengalami beberapa revisi berdasarkan masukan dari para ahli pada saat uji validitas dan data

Penelitian mengenai ROA pada bank konvensional dan bank syariah telah banyak dilakukan diantaranya yaitu penelitian yang dilakukan Abustan (2009), Munir (2012),

 panuto; paggawa ng isang bagay kung papaano; pagsulat ng mga balita; pagbibigay ng katuturan no; pagsulat ng mga balita; pagbibigay ng katuturan o depinisyon; mga pag-uuri at

• #da juga orang batak sakit karena tarhirim +is $ seorang bapak menjanjikan akan memberi mainan buat anaknya, tetapi janji tersebut tidak ditepati. arena janji tersebut

Hasil penghitugan data statistik uji Beda Nyata Jujur (BNJ) kadar protein terhadap daging cumi-cumi yang telah dilakukan pada penelitian utama tahap II dengan taraf uji