• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah Pentaksiran Psv

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kaedah Pentaksiran Psv"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Penilaian Melalui Portfolio.

Apakah portfolio?

• Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.

• Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

• Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. • Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan

daripada pelbagai pihak.

• Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. • Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio

• Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

• Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

• Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina. 1. Porfolio kerja harian

2. Portfolio hasil terbaik 3. Portfolio dokumen. 1. Portfolio Kerja Harian

(2)

• Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

• Contohnya; Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio Hasil Terbaik

• Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. • Berbentuk sumatif

• Contohnya;

Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen

• Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan. • Contohnya;

Hasil lukisan daripada warna tersebut. Kegunaan Portfolio

• Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

• Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

• Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.

• Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar. • Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan

melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

(3)

• Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio: 1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang

dikehendaki.

2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.

3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai

portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?

• Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

• Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

• Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

• Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.

• Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian

I. Struktur dan organisani II. Strategi pengurusan III. Variasi isi yang sesuai

IV. Struktur ayat dan gaya bahasa

V. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.

(4)

VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Penilaian Melalui Pemerhatian

• Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

• Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.

• Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.

• Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar. • Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan

komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran. • Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;

1. Kualiti Pemerhatian 2. Bentuk perancangan

3. Merekod penilaian pemerhatian 4. Jenis Pemerhatian

5. Strategi pelaksanaan

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian. Kualiti Pemerhatian

• Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.

(5)

• Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. • Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

• Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.

• Tekal dan stabil dalam penilaiannya. Bentuk Perancangan

• Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. • Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

• Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian

• Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

· Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas b) Menjalankan Tugasan

· Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .

c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan

· Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

d) Tindakan Susulan

· Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

(6)

• Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:

1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)

2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu 3. Muzik

4. Kecekapan (body khanisthetic) 5. Kecekapan intrapersonal 6. Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik

• Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

• Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan

terancang. Muzik

· Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu. Kecekapan (body khanisthetic)

· Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal

· Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri. Kecekapan interpersonal

· Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

(7)

• Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu: i. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian dan tanggapan.

Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa. ii. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”.

Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

iii. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan

I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang. II. Menggunakan senarai semak.

III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

o Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

o Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

Bandingbeza Penilaian Hasil Kerja & Penilaian Portfolio

Penilaian Hasil Kerja Penilaian Portfolio • Melibatkan penggunaan radas,

alatan konkrit/gambar & tidak banyak bergantung kpd penggunaan bahasa

• Satu koleksi hasil kerja murid; terdiri drp pelbagai bahan & sumber yg relevan dgn objektif mata pelajaran.

(8)

& kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi.

• Bagi menguji kebolehan & kecekapan seorang individu. • Amat sesuai bagi pelajar yang

kelemahan bahasa.

• Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt berikut:

 mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.  menstrukturkan pembentangan.  menilai & memberi maklum balas

tentang pembentangan.

• Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai

pembelajaran murid.

• Dalam penilaian ini, guru akan meminta murid untuk memanipulasi satu set data, selepas itu,

mempersembahkan analisis mereka terhadap data itu.

• Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek:

- contoh-contoh yang dikaitkan - edaran-edaran yang berkait - peralatan yg guna dlm hasil kerja

• Digunakan sbg rekod utk

menunjukkan pencapaian murid utk mata pelajaran yg berlainan di sekolah.

• Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang berikut iaitu:

- nota yg disediakan oleh guru - senarai semak yg disediakan guru - refleksi kendiri pelajar

- buku log - catatan jurnal - gambar & foto

• Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah

portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir.

• Kebaikan:

 melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran & pembelajaran.  Memberi guru maklumat utk

menilai pencapaian murid-murid.

 Menilai tahap perkembangan murid-murid.

 Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap

kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

Penilaian Alternatif

- bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.

- Jenis penilaian alternatif yang bolehdigunakan oleh guru ialah: a) Portfolio

(9)

c) Pemerhatian a) Portfolio

• Satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran.

• Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian murid-murid untuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah.

• Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang berikut iaitu:

- nota-nota yang disediakan oleh guru - senarai semak yang disediakan oleh guru - refleksi kendiri pelajar

- buku log - catatan jurnal - gambar & foto

• Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir.

• Kebaikan:

- melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran & pembelajaran. - Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.

- Menilai tahap perkembangan murid-murid.

- Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

b) Persembahan / Amali

(10)

• Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak

bergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi.

• Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa.

• Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt berikut: - mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.

- menstrukturkan pembentangan.

- menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan.

• Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid.

• Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu set data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap dataj itu.

• Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek: - contoh-contoh yang dikaitkan

- edaran-edaran yang berkait

- peralatan yang digunakan dlm persembahan c) Pemerhatian

• Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif & psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik & Pendidikan Jasmani.

• Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid-murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu.

• Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian. • Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar. • Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui pemerhatian, projek / kerja lapangan.

• Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru).

• Strategi Pelaksanaan

- dibuat secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang. - dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif, psikomotor, bahan & persekitaran.

(11)

Pemulihan, Pengayaan PEMULIHAN

Konsep Pemulihan:

• Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.

• Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.

• Program Pendidikan Pemulihan adalah

~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid menjalinkan kontak

mesra dengan persekitarannya.

~ satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam pencapaian

akademik mereka.

Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan:

• Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau.

• Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

• Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah.

• Untuk membantu murid membina keyakinan diri.

• Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini. • Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran misalnya matematik mengikut kebolehannya.

(12)

• Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU.

• Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. ~ menjalankan ujian dignostik

PENGAYAAN Konsep Pengayaan:

• Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah

Tujuan dan Rasional Pengayaan:

• Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid

• Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka

• Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang

• Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan:

• Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid

• Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri • Berbentuk lembaran kerja atau projek

Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan:

• Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah

• Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri

• Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai

Proses Pengajaran Pengayaan Matematik: • Pengayaan matematik

(13)

~ aktiviti tambahan yang lebih menarik, kompleks dan mencabar, bertujuan untuk meluaskan

pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dipelajari oleh murid ~ pengayaan dibuat untuk kumpulan murid cerdas dan lambat

Referensi

Dokumen terkait